sej eropah.docx

30
SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113) 1.0 PENGENALAN Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan manusia akan ditentukan berdasarkan ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh mereka. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al- Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Di dalam kitab Al-Quran yang agung Allah S.W.T telah berfirman iaitu “Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Al-Baqarah 269) Malahan Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” Begitulah menurut Al-Quran dan Hadis yang merupakan sumber rujukan utama orang muslim yang meletakkan ilmu di puncak yang tertinggi dalam menempuh setiap dugaan yang melanda. Hanya dengan ilmu seseorang itu akan di angkat dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Dengan ilmu juga suatu peradaban itu akan menjadi semakin maju dan menguasai setiap Negara-negara yang berada di sekitarnya. Zaman kegemilangan Rom, Zaman kegemilangan Yunani dan Zaman kegemilangan islam, setiap zaman ini merupakan hati kepada setiap ilmu yang ada ketika itu malahan ini juga merupakan 1

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 13-Dec-2015

89 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

1.0 PENGENALAN

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia.

Perkembangan dan kemajuan manusia akan ditentukan berdasarkan ilmu pengetahuan

yang dipelajari oleh mereka. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi

pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan

keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang

memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Di dalam kitab Al-Quran yang

agung Allah S.W.T telah berfirman iaitu “Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu yang

berguna) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan yang ditentukan-Nya). dan

sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang

banyak. dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-

orang yang menggunakan akal fikirannya”. (Al-Baqarah 269) Malahan Rasulullah S.A.W

pernah bersabda yang bermaksud “Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w

bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:

sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh

yang berdoa untuknya.”

Begitulah menurut Al-Quran dan Hadis yang merupakan sumber rujukan utama

orang muslim yang meletakkan ilmu di puncak yang tertinggi dalam menempuh setiap

dugaan yang melanda. Hanya dengan ilmu seseorang itu akan di angkat dan dipandang

tinggi oleh masyarakat. Dengan ilmu juga suatu peradaban itu akan menjadi semakin maju

dan menguasai setiap Negara-negara yang berada di sekitarnya. Zaman kegemilangan

Rom, Zaman kegemilangan Yunani dan Zaman kegemilangan islam, setiap zaman ini

merupakan hati kepada setiap ilmu yang ada ketika itu malahan ini juga merupakan

penguasaan dari sudut kebudayaan yang berlaku secara tidak langsung ke atas Negara-

negara yang lemah. Peradaban yang agung sebelum ini amat menitikberatkan penguasaan

dari sudut ilmu pengetahuan ini kerana mereka mengetahui kunci kepada kejayaan sebuah

empayar bermula dengan penguasaan dari sudut ilmu pengetahuan.

Berkat kedatangan Islam di Andalusia pada abad ke 8 kaum Muslim mengusasi

kota-kota penting seperti Toledo, Saragosa, Cordoba, Valencia, Malaga, Seville, Granada

dan lain sebagainya, mereka membawa panji-panji ke-Islaman, baik dari segi Ilmu

pengetahuan, Kebudayaan, maupun segi Arsitektur bangunan. Pada ketika itu negara-

negara di eropah menghadapi zaman kegelapan, dengan kurangnya ilmu pada ketika itu.

Dalam tugasan kali ini guru pelatih perlu menghuraikan mengenai perkembangan dari sudut

1

Page 2: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

pendidikan yang berlaku dalam zaman renaissance, zaman reformasi protestan, zaman

sains dan zaman pencerahan.

2.0 ZAMAN RENAISSANCE

Renaissance1 bermaksud "kelahiran semula"2 dalam bahasa Itali iaitu renisciment.

Renaissance yang dimaksudkan ini merujuk kepada perhargaaan yang diberikan kepada

ilmu yang telah disumbangkan oleh tokoh-tokoh pada tamadun Rom dan Yunani. Perkataan

Renaissance juga merujuk kepada kebangkitan semula pembelajaran sastera Romawi dan

Yunani di Eropah. Menurut The New Columbia Encyclopedia 1975 "Di Italy Renaissance

bermula pada abad ke 14 M dan memuncak dalam abad ke-15 dan 16 M. Di tempat yang

lain di Eropah, kebangkitan boleh dikatakan bermula dari abad 15M hingga pertengahan

abad 17 M". Zaman ini juga merupakan zaman penghidupan semula kehidupan lampau,

iaitu Yunani dan Rom dalam pelbagai bidang sains dan sastera, tetapi juga adalah kejayaan

manusia sezaman. Mereka telah berjaya mencampuradukkan kejayaan klasik dalam aspek-

aspek baru yang dikemukakan oleh mereka sendiri iaitu aspek-aspek yang boleh dibuktikan,

yang selaras dengan semula jadi dan yang dapat difahami oleh pengetahuan manusia.

Selain itu, perkembangan intelektual dikalangan masyarakat Eropah telah meningkat

sejak kurun ke-12 lagi3 apabila kebudayaan Eropah bertembung dengan peradaban Islam di

Timur Tengah, Eropah Selatan dan Timur. Terdapat beberapa sebab yang mempercepatkan

lagi proses Rennaissance. Satu daripadanya ialah kemajuan Islam sebagai sebuah kuasa

yang besar. Kehadiran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang berbekalkan

wahyu dan kitab Al-Quran daripada Allah telah mewujudkan satu keadaan yang aman dan

maju. Kesedaran untuk menuntut ilmu seperti yang telah ditegaskan oleh Nabi Muhammad

telah mengakibatkan ramai orang Islam berusaha menuntut ilmu dan menyebarkannya

kepada orang ramai. Kemunculan Sepanyol sebagai sebuah negara Islam telah

menyebabkan ramai orang Eropah terutamanya jirannya, Itali, datang menuntut ilmu di

sana. Umpamanya, Christopher Colombus dari bandar pelabuhan kapal Genoe, Italy, tahu

1 Perkataan renaissance, yang bermaksud “lahir semula” digunakan untuk menggambar keseluruhan waktu peralihan dari zaman pertengahan ke zaman moden. Waktu ini berlaku kelahiran semula seni dan pengajian klasik yang memberi kesan kepada politik, ekonomi dan sosial Negara di eropah

2 Carlton J.H. Hayes, Eropah Moden Hingga 1870, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1971, hlm 106

3 Kesedaran dalam diri masyarkat untuk mengumpul semula karya-karya yang telah dilupakan dan diabaikan dengan menyelongkar biara-biara lama dan perpustakaan lama seperti karangan Quintilian mengenai kefasihan pidato Cicero, sejarah-sejarah Tacitus, Livy dan Ammianus Marcellinus, karya ilmu hisab Firmicus, tulisan seni bina Vitruvius, esei-esei pertanian Columella dan banyak lagi.

2

Page 3: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

kewujudan benua di barat Eropah melalui rujukan kepada tulisan-tulisan kitab geografi yang

dikarang oleh tokoh Islam yang terkenal, Ibn Rusyd.

Jelaslah disini bahawa umat Islam merupakan guru kepada masyarakat Eropah.

Menurut Dr. Gustane Len Bon di dalam bukunya, "Islamic and Arab Civilization": Orang

Muslim mengkaji sains dengan bertujuan untuk penggunaannya. Oleh itu adalah tepat untuk

memberi gelaran kepada tamadun orang Muslim sebagai guru kepada Eropah (Europe's

Professor) kerana melalui mereka sains Romawi dan Yunani ditemui semula dan

dikembalikan kepada Eropah semasa ia keluar dari Zaman Kegelapannya. Selain itu, pihak

gereja juga memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan lagi proses

rennaissance. Pihak gereja amat berkuasa pada masa itu sehingga melampaui batas dan

menindas kebebasan aliran agama. Ia juga menindas kebebasan individu, ekonomi dan

pelajaran. Oleh itu, rakyat telah bosan dengan konkongan itu dan inginkan perubahan.

Pada tahun 1500 Masihi, orang Eropah sudah mula dahagakan ilmu pengetahuan.

Oleh itu, ramai rakyat telah berhijrah ke Sepanyol untuk menuntut ilmu. Menurut Briffault,

seorang sarjana Inggeris dalam bukunya, Making of Humanity “Roger Bacon (1241-1294)

pada mula-mula lagi telah mempelajari bahasa Arab dan Sains Arab. Roger Bacon dan

Francis Bacon (1561-1629)4, kedua-duanya boleh dikatakan telah memperkenalkan kaedah

percubaan atau ujikaji. Roger Bacon adalah tidak lain dari seseorang yang memperjuangkan

sains dan metologi sains yang dibina oleh Tamadun Islam ke Eropah. Walaupun beragama

Kristian, beliau tidak penat mengisytiharkan kepada rakan-rakannya bahawa untuk menuntut

ilmu yang sebenar, jalannya hanya melalui bahasa Arab dan sains yang dibina oleh Arab”.

Asas paling penting yang merujuk kepada zaman ini ialah penonjolan kepada

keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan masalahnya. Pemikiran lebih dikenali

sebagai humanisme. Tokoh humanisme yang terkenal ialah Francesco Petrarch (1304-

1374). Petrarch5 telah memuji karya klasik dan puisi Latin dan menyeru orang sezamannya

4 Francis Bacon anak seorang petani desa, mahasiswa Univesiti Cambridge, peguam, hakim dalam pemerintahan Raja James I. ketika di university lagi beliau telah cenderung kepada falsafah yang dibawa oleh Aristotle, beliau menafsir sendiri fahaman yang dibawa oleh Aristotle yang digunakan untuk perdebatan dan kajian-kajian sains. Beliau menulis beberapa buah karya ketika hayatnya iaitu Essays, The Advancement of learning, The Novum Organum dan The New Atlantis. Dalam karyanya The Novum Organum beliau menyatakan kuasa pemikiran manusia ini mesti didasarkan dengan sains dan juga menceritakan keagungan cipataan manusia.

5 Menghabiskan waktu kanak-kanaknya di Tuscany dan berkhidmat untuk Paus dalam masa remajanya, beliau menumpukan sepenuh hainya dalam kesusasteraan dan kesarjanaan.bakat istimewanya terletak kepada pengkajian klasik Latin yang lebih mendapat simpati dan menjadi kegemarannya. Beliau cukup memuja karya-karya klasik tersebut dan telah mencuba menniru karya-karya klasik itu dan menghidupkannya semula mengikut kefahamannya.

3

Page 4: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

agar mengkaji karya-karya klasik dan memperbaiki bahasa Latin dan akhirnya beliau telah

menjadi seorang sarjana yang masyhur di Eropah. Tokoh-tokoh lain yang terkenal adalah

Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio6. Semangat inkuiri atau semangat ingin tahu

yang kuat juga merupakan semangat yang wujud pada waktu itu.

Zaman Renaissance bermula di Itali pada kurun ke-14 dan berkembang ke Eropah

pada akhir kurun ke-17. Di Itali, muncul bandar-bandar seperti Venice, Genoa, Florence,

Rom dan Milan dan bandar-bandar ini dijadikan pusat perdagangan antarabangsa7.

Aktiviti perdagangan yang berlaku di Itali telah membawa pedagang-pedagang kaya

datang berdagang disini. Kumpulan ini akhirnya dikenali sebagai 'patron'. Antara patron

yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence. Golongan ini telah menarik para

cendekiawan dan seniman untuk memajukan bandar mereka. Pada waktu yang sama, para

cendekiawan dan seniman ini bermusafir dari bandar ke bandar untuk mencari ilmu

pengetahuan dan menyiapkan tugasan. Justeru, tugas penyebaran ilmu telah berlaku

diseluruh Itali.

Paus di Rom turut menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.

Penguasa Gereja mencemburui pencapaian bandar serta kuasa yang dipegang oleh

keluarga Medici di Rom. Mereka juga menaruh harapan untuk mencantikkan bandar Rom

seperti di Florence8 menggantikan seni bina Gothic9. Namun, mereka tidak bersedia untuk

menampung ahli sains dan ahli matematik kerana bimbang golongan ini akan mencabar

pemikiran yang dibawa oleh pihak Gereja. Seperti yang kita ketahui, para saintis lebih

menekankan penekanan dalam kaedah pemerhatian dan penggunaan akal dan logik dalam

6 Merupakan rakan baik kepada Petrach. Beliau sama-sama meminati bidang karya-karya klasik lama dan latin purba di ketika zaman yunani. Ketika kejatuhan Konstatinople ramai penuntut-penuntut latin yang serius telah keluar daripada Konstatinople dan berhijrah ke Itali

7Kedudukan Itali yang strategik kerana dikelilingi oleh Laut Mediterranean menjadikan Itali muncul sebagai persimpangan utama dan seterusnya melangkah sebagai pusat perdagangan antarabangsa. Bandar-bandar ini juga menjadi pusat perkembangan idea baru kerana di situlah berlaku pertembungan budaya, bahasa dan agama.

8 Kelahiran semula seni bina Rom dan Yunani mula dihidupkan dimulakan di Itali dan kawasan-kawasan sekitarnya. Peperangan oleh Negara-negara eropah yang berlarutan mengakibatkan Itali kalah dari sudut politik dan perdagangan namun begitu Negara Itali bangkit dari sudut seni binanya. Seni bina yang menggantikan senibina Gothic itu telah mengakibatkan tercetus peperangan dari sudut seni bina pula.

9 Istilah Gothic dipopularkan oleh Giorgio Vasari salah seorang murid Michelangelo. Beliau meghuraikan tugu-tugu zaman pertengahan bersala daripada bangsa Goth, “suku Bangsa Jerman” yang jahil ketika itu. Beliau juga menyatakan cara Gothic itu sebagai timbunan tanduk rusa, puncak Gunung dan perhiasan-perhiasan yang ganjil.

4

Page 5: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

sesuatu fenomena alam. Sebaliknya, pihak Gereja lebih menekankan penjelasan tradisional.

Perselisihan pendapat ini dapat dilihat melalui perselisihan faham Galileo Galilei10.

Perselisihan faham Galileo Galilei bermula apabila beliau telah mengeluarkan

pendapat beliau bahawa Matahari merupakan pusat alam dan bukannya bumi seperti yang

telah dinyatakan oleh pihak gereja. Hal ini telah membimbangkan pihak gereja kerana

pendapat yang dikeluarkan bertentangan dengan ilmu mereka. Oleh itu, Galileo Galilei telah

ditangkap dan hampir dibakar hidup-hidup sebagai balasan kepada pernyataannya. Namun

beliau telah sempat menarik balik pendapatnya itu dan hanya dihukum penjara seumur

hidup.

Kerana mencurigai para saintis, pihak Gereja di Rom lebih menekankan kegiatan

seni lukis dan seni ukir sahaja. Oleh itu, muncullah pengukir dan pelukis terkenal seperti

Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo yang ditugaskan mencantikkan gereja11 dan

katedral di Rom. Dengan usaha yang telah dijalankan oleh pihak Paus ini, pusat seni

Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom. Pada Zaman Pertengahan, sumbangan

dalam bidang seni tidak begitu menyerlah. Ini adalah kerana pelukis dan pengukir bekerja

secara berkumpulan. Namun semuanya berubah apabila mereka mula bekerja secara

bersendirian. Bakat mereka dapat digilap sepenuhnya dan kemahiran mereka mula dihargai

oleh orang lain. Pelukis seperti Leonardo da Vinci, Raphael dan Michelangelo dikenali

sebagai tokoh yang tersendiri. Semangat dan amalan begini dikenali sebagai

'individualisme'.12

10 Galileo merupakan seorang insan yang pandai dalam ilmu hisab, ilmu matematik, ilmu mata dan juga kaji bintang. Sumbangan beliau adalah dalam kajian beliau iaitu tentang hipostesis Copernicus. Kuliah yang beliau sampaikan dari tahun 1592 hingga 1610 seringkali sesak hinggakan mencecah lebih dari 2000 orang.

11 Gereja-gereja yang indah mempunyai bentuk menara yang tirus di hujungnya menunjuk ke langit,ukiran kayu dan batu yang berbentuk wajah manuia dan haiwan, gambar-gambar khayalan pahlwan yang saleh, patung lelaki dan wanita, juga kisah-kisah kemuliaan dan kejatuhan manusia, dan penebusan dosa yang dilakukan oleh Nabi Isa. Cermin-cermin kaca yang indah dan berwarna-warni serta muzik organ yang dihasilkan di dalam gereja ini membayangkan betapa tinggi pemikiran zaman pertengahan ketika itu.

12 Individualisme merupakan satu pandangan moral, politik atau sosial yang menekankan kemerdekaan manusia serta kepentingan bertanggung jawab dan kebebasan sendiri. Seorang individualis akan melanjutkan percapaian dan kehendak pribadi. Mereka menentang intervensi dari masyarakat, negara dan setiap badan atau kelompok atas pilihan pribadi mereka. Oleh itu, individualisme melawan segala pendapat yang menempatkan tujuan suatu kelompok sebagai lebih penting dari tujuan seseorang individu yang dengan sendiri adalah dasar kepada setiap badan masyarakat. Pendapat ini bertentangan dengan gaya hidup paderi ketika itu yang menganggap konsep pengabdian diri kepada tuhan dengan tidak berkahwin, tidak mendapat gaji dan tidak boleh mengandung merupakan kebebasan diri.

5

Page 6: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Penekanan terhadap keupayaan individu telah membawa perubahan kepada konsep

pendidikan. Pada zaman Renaissance, pembinaan kemahiran dalam semua aspek

intelektual dan fizikal telah ditekankan. Pembinaan kemahiran ini digalakkan di kalangan

individu. Contoh yang dapat dilihat ialah Leonardo da Vinci, bukan sahaja terkenal dalam

bidang seni lukis dan seni ukir namun dikenali dalam bidang ilmu yang lain.

Tokoh-tokoh Renaissance juga telah muncul di beberapa negara Eropah yang lain.

Di England contohnya, muncul pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon dan William

Shakespeare13. Tokoh pemikir ini telah terkenal dalam bidang masing-masing seperti

falsafah sains, matematik, astronomi, dan lukisan. Melalui merekalah, kita dapat melihat

penciptaan yang agung dalam bidang seni bina, seni pahat patung, seni lukis, seni muzik,

pertumbuhan kesusteraan kebangsaan dan kemajuan dalam ilmu sains dan perubatan.

3.0 ZAMAN REFORMASI PROTESTAN

Gerakan Renaissanse telah menukar pandangan masyarakat Eropah terhadap

institusi gereja Katholik. Mereka mula menyoal tentang ajaran-ajaran gereja. Mereka mula

sedar kekurangan dan penyelewengan pihak gereja. Sementara itu raja-raja Negara bangsa

yang baru muncul di Eropah tidak suka Paus campur tangan dalam hal ehwal negara

mereka.Akibat daripada kepincangan dalam amalan gereja Katholik pada awal kurun ke-16,

perpaduan Katholik di Eropah Barat telah berpecah kepada dua mazhab Katolik dan

Protestant. Mazhab Protestant mengemukakan pendekatan baru terhadap doktrin Kristian

yang bertentangan dengan gereja Katholik.

Pengasas mazhab Protestant ialah seorang paderi dari Jerman bernama Martin

Luther14. Pada tahun 1517, beliau telah mengemukakan 95 hujah menentang amalan

13William Shakespeare telah dibaptiskan pada 26 April 1564 dan telah menamatkan riwayat hidupnya pada 23 April 1616. Beliau merupakan seorang penulis skrip drama pentas, tersohor dengan gelaran penulis bahasa inggeris terbaik dan dramatis pra-unggul bertaraf dunia. Beliau biasanya dipanggil penulis England National Poet dan “Bard of Avon”. Hasil karyanya, termasuk beberapa hasil kerjasamanya bersama beberapa orang penulis terdiri daripada 38 drama, 154 soneta, dua sajak panjang dan beberapa sajak yang lain. Skrip dramanya telah banyak diadaptasikan kepada beberapa bahasa dan paling banyak dipentaskan berbanding skrip drama yang lain. Shakespeare telah dibesarkan di Stratford-upon-Avon.Semasa mencecah umur 18, dia telah mengahwini Anne Hathaway dan mempunyai tiga orang anak iaitu Susanna dan sepasang kembar, Hamnet dan Judith.Antara tahun 1585 sehingga 1592, Kebanyakan hasil karya Shakespeare dihasilkan antara tahun 1589 dan 1613. Drama awalnya banyak berunsurkan komedi dan sejarah, genre yang berjaya beliau angkat pada penghujung abad ke-16. Beliau kemudiannya menulis banyak drama tragedy sehingga 1608 termasuk Hamlet, King Lear, Othello serta Macbeth dan diiktiraf sebagai skrip drama yang halus bahasa Inggerisnya. Fasa terakhirnya, beliau banyak menulis drama komedi tragik, juaga dikenali sebagai romantic, dan dikolaborasikan bersama beberapa skrip drama yang lain.

6

Page 7: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

indulgences (amalan penjualan surat pengampunan dosa) oleh pihak gereja, ini merupakan

satu faktor yang mencetuskan reformasi.15.

Martin Luther telah menulis Ninety-Five Thesis (95 hujah) untuk memprotes terhadap

tindakan Tetzel16. Pada 31 Oktober 1517, Martin Luther menampalkan tesisnya di pintu

gereja dan menawarkan perdebatan terbuka dengan sesiapa sahaja yang ingin mencabar

pandangannya. Tesis Martin Luther seterusnya dicetak dan diedarkan dengan luas di

seluruh Eropah di mana pada mulanya ditulis dalam bahasa Latin tetapi dengan cepat

diterjemahkan dalam bahasa Jerman dan ia menimbulkan kontroversi yang hebat sehingga

beliau dipulau oleh gereja.

Beliau juga menentang amalan rasuah, kekolotan dan penyelewengan-

penyelewengan Gereja Katholik yang lain. Sejak 1500 kuasa atau kedudukan paus menjadi

semakin korup akibat kebanyakan daripada tenaga mereka dihabiskan menjual pejabat

gereja, meninggikan kadar cukai dan sepersepuluh daripada hasil tanaman yang mesti

dibayar kepada gereja untuk membantu mempertahankan tentera. Pada ketika itu eropah

14 Martin luther lahir pada 10 November 1483 di empayar Rom Suci dan mati pada 18 Februari pada umur 62 tahun di Eisleben. Beliau merupakan seorang ahli teologi dan paderi. Isterinya bernama Katharina Von Bora. Beliau mempunyai enam orang anak iaitu Hans, Elizabeth, Magdalena, Martin, Paul dan Margarethe. Bapanya bernama Han Luther yang merupakan seorang pelombong manakala ibunya bernama Margarethe Luthe. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik perempuan dan empat orang adik-beradik lelaki dan salah seorangnya dikatakan adalah Nabi Yaakub. Semasa berumur 17 tahun, Martin Luther telah memasuki Universiti Erfurt iaitu pada tahun 1501. Selaras dengan impian bapanya Martin Luther telah dihantar ke sekolah undang-undang tetapi merasakan undang-undang tersebut tidak mempunyai kepastian. Hal ini kerana beliau lebih berminat kepada teologi dan falsafah. Martin Luther terus berhasrat untuk menjadi seorang paderi selepas satu peristiwa berkaitan dengan petir pada 2 Julai 1505, semasa peristiwa tersebut Martin Luther takut dengan kematian sehingga beliau menyeru, “ membantu! Saint Anna, saya akan menjadi rahib.” Namun bapanya menentang keras kerana mahu anaknya menjadi seorang peguam. Selain itu, beliau telah banyak mengeluarkan wang untuk memberikan pendidikan untuk anaknya di mana jika anaknya menjadi paderi sia-sia sahaja yang dilakukan selama ini disamping kerjaya paderi yang tidak menjamin masa depan.

15 Pada tahun 1514, Pope Leo X memerlukan wang untuk membina Gereja St. Peter dan dia bercadang mendapatkan wang tersebut dengan tentang cara-cara Tetzel menjalankan penjualannya didapati dari sebuah kampung menjalankan penjualan pengampunan. Seterusnya dia membuat perjanjian dengan Albert , Biskop besar di Mayence dan dengan sebuah syarikat bank bernama Fuggers Of Augsburg. Albert banyak meminjam wang dari bank itu untuk membayar kepada Pope sebagai balasan penganugerahan pangkat Biskop besar kepadanya. Bank itu ditugaskan menjalankan penjualan pengampunan. Separuh daripada hasil jualan itu akan diserahkan kepada bank tersebut sebagai membayar hutang Biskop besar dan separuh lagi kepada Paus untuk membina gerejanya yang baru. Tugas sebenar menjual pengampunan terserah kepada paderi bernama Tetzel.

16 Huraian perlombongan bernama Annaberg. Mengikut Tetzel jika seorang Kristian melakukan zina antara adik-beradik, dia hanya perlu memasukkan duit ke dalam peti derma pengampunan Paus, dan Paus mempunyai kuasa di dunia dan di akhirat untuk mengampunkan dosanya. Jika Paus mengampunkan dosa tersebut, tuhan juga pasti membuat demikian. Jika orang kampung bersedekah banyak-banyak di Bukit Kampung St Annaberg, ia akan bertukar menjadi perak seluruhnya. Apabila wang dimasukkan ke dalam peti derma, ketika itu juga roh penderma akan terus naik ke syurga. Inilah yang dimaksudkan dengan penjualan pengampunan dan ia ditentang oleh Martin Luther.

7

Page 8: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

dilanda penyakit endemik yang dikenali sebagai Black Death yang telah membinasakan

seluruh Eropah. Wabak tersebut telah memusnahkan kehidupan sosial dan spiritual bagi

golongan petani Eropah dan kelas pekerja di mana mereka berharap bahawa kesucian

gereja diperlukan untuk fahaman katholik terus berjuang untuk hidup.

Keadaan menjadi bertambah buruk lagi apabila dua buah kuasa besar dalam politik

dan keagamaan di Eropah ketika itu iaitu England dan Perancis yang berperang sesama

sendiri yang dikenali sebagai perang seratus tahun. Hal ini telah menyebabkan keadaan

bertambah huru-hara serta ditambah pula dengan peranan gereja di Christendom yang

menunjukan ia telah gagal dalam memulihkan huru-hara yang berlaku. Ia telah menjadi

faktor yang mencetuskan reformasi yang dimulakan oleh Martin Luther di mana ia dikenali

sebagai Reformasi Protestan.

Tambahan pula penerbitan atau pencetakan Bible Gutenberg pada pertengahan

abad ke-15 yang menyebarkan dakyah berkenaan kunci utama bagi setiap ideologi

Protestan iaitu setiap individu tidak memerlukan paderi sebagai perantaraan dengan tuhan

dan mendalami ilmu agama Kristian melalui diri mereka sendiri dengan merujuk kepada

Kitab Bible. Menjelang penghujung zaman pertengahan, gereja telah mengabaikan

tugasnya-tugasnya dan mula menjadi korup. Jawatan-jawatan dalam gereja mula dibeli dan

dijual secara terbuka. Monastri yang dibentuk pada zaman pertengahan mula menjadi korup

disebabkan kekayaan berlebihan yang dimiliki oleh mereka. Rahib dan pertubuhan agama

lebih memburu keseronokan serta kemewahan dan melupakan ideal kemiskinanan,

kebajikan dan kepatuhan.

PERKEMBANGAN FAHAMAN PROTESTAN

Rakyat mula mendalami ilmu dalam bahasa Latin dan Greek untuk diri sendiri.

Mereka membaca kitab Injil Baru ( New Testament ) dalam bahasa Greek tanpa bantuan

para paderi dan mengetahui bagaimana komuniti gereja harus hidup. Para Pope tidak lagi

berperanan sebagai ketua agama, mereka menghukum sesiapa sahaja yang memprotes

terhadap kehidupan mewah gereja. Martin Luther memprotes terhadap sesetengah

kekejaman yang dilakukan oleh gereja. Semua penyelewengan ini telah mewujudkan

suasana yang baik bagi reformasi.

Nama “Protestant” mula-mula dipakai khas bagi golongan yang sukakan perpecahan

dibawah kepimpinan Martin Luther yang memprotes satu percubaan Dewan Diet Empayar

Rom Suci untuk menyekat usul “pembaharuan agama” tetapi kemudiannya namanya itu

menjadi suatu biasa yang ditunjukkan kepada orang-orang Kristian yang menolak

8

Page 9: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

kekuasaan Paus dan tidak digunakan dalam Kegerejaan Ortodoks di Timur Eropah.

Protestan merupakan satu cabang Kristian yang tidak berpuas hati dengan Gereja Roman

Katolik yang semakin cenderung kepada keduniaan. Nama agama ini berasal dari perkataan

Inggeris "Protest" yang bermaksud membangkang. Ia merujuk kepada sekumpulan Putera

dan Bandar Imperial yang memprotes "Diet of Speyer" 1529 untuk menarik balik

keputusannya pada 1526 dan menguatkuasakan kembali "Edict of Worms" 152117.

Putera-putera raja tersebut merangka satu bantahan undang-undang, dimana

mereka mengisytiharkan bahawa mereka bermaksud mematuhi undang-undang yang dibuat

dalam tahun 1526. Daripada bantahan inilah mula terbitnya nama Protestan. Keputusan

utama dalam Diet pada 1526 ini ialah selagi Majlis Awam atau General Council belum

berjumpa dan menyelesaikan isu-isu teologi yang dibangkitkan oleh Martin Luther, "Edict of

Worms" tidak boleh dikuatkuasakan dan setiap Putera boleh membuat keputusan sama ada

membenarkan atau tidak ajaran dan pemujaan cara Lutheran di wilayah mereka masing-

masing berdasarkan prinsip Cuius regio, eius religio atau "Siapa yang memerintah, itulah

agamanya". Namun atas desakan gereja Roman Katolik, keputusan ini telah ditarik balik.

31 Oktober merupakan Hari Reformasi yang disambut oleh setiap penganut kristian

protestan. Walaupun penganut Protestan percaya kepada Nabi Isa sebagai anak Tuhan,

mereka dan juga penganut Kristian Ortodoks18 tidak mengiktiraf kuasa Paus, dalam perkara

yang berkait dengan ajaran agama Kristian. Beberapa bentuk agama Kristian timbul dalam

17 Dewan atau Diet Empayar Rom Suci yang bersidang di Speyer dalam tahun 1526 menyaksikan pembahagian dikalangan putera-putera raja Jerman kepada Fahaman Luther dengan Katholik, tetapi kedudukan kepercayaan baharu itu dari segi undang-undang masih diragukan memandangkan kepada kandungannya yang samar-samar akan pengisytiharan bahawa “setiap putera-putera raja mestilah melakukan dengan sendiri sebagaimana dia bertanggungjawab bagi pekertinya terhadap Tuhan kepada Maharaja”. Tetapi dalam persidangan Diet yang satu lagi, di langsungkan di situ juga dalam tahun 1529, Maharaja Charles V yang berpegang kepada Kegerejaan Katholik, mengarahkan bahawa undang-undang menentang bidaah mestilah di kuatkuasakan dan pendapatan kegerejaan yang biasa tidak boleh digunakan untuk kegunaan pemujaan baharu.

18 Mereka yang tinggal di Negara Rusia dan sebahagian besar penduduk Negara Yunani dan semenanjung Balkan adalah penganut Kristian Orthodok. Golongan ini menolak Paus sebagai ketua agama bagi agama kristian

9

Page 10: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

abad ke enam belas. Yang pentingnya ialah Fahaman Luther, Fahaman Calvin19 dan

Fahaman Aglican20,

PENTERJEMAHAN KITAB BIBLE

Teologi Luther dicabar kuasa paus yang menitikberatkan kitab Bible sebagai sumber

tunggal kuasa keagamaan dan gereja sebagai satu jawatan paderi semua penganut. Bible

merupakan sumber ajaran kristian yang mutlak. Luther menterjemah kitab Bible21 ke dalam

bahasa Jerman sepanjang tinggal di istana Wartburg dan semua orang boleh

mengetahuinya dan bukan hanya terhad kepada mereka yang memahami bahasa Latin

sahaja. Penterjemahan Luther ini mempunyai kesan yang besar terhadap politik gereja dan

kebudayaan Jerman. Secara tidak langsung daripada gerakan Reformasi ini perkembangan

kesusasteraan kebangsaan.

Doktrin – doktrin agama dan amalan yang tidak ditemui dalam kitab Injil seperti

penyembahan patung Mary dan keramat ( saints) dianggap sebagai penyelewengan agama.

Upacara keagamaan Kegerejaan Katholik dalam bahasa Latin diterjemahkan ke dalam

bahasa Inggeris, dibawah naungan Cranmer, dan edisi Book Of Common Prayer22 yang

diterbitkan dalam tahun 1522. Menurut Luther keselamatan boleh ditemui dengan

mengamalkan amalan-amalan Kristian seperti dalam kitab Bible dan bukan melalui kerja-

kerja baik yang dilakukan oleh orang yang berdosa atau ahli-ahli gereja bagi pihaknya.

19 Di Perancis, seorang peguam bernama John Calvin telah melakukan reformasi Kristian dan menamakan alirannya sebagai Calvinisme. Ajarannya memberikan penekanan terhadap amalan hidup masyarakat Kristian yang bukan sahaja menyentuh soal agama bahkan juga mencakupi aspek sosial dan kemasyarakatan. Pendekatannya yang rasional dan kejayaannya menyesuaikan agama Kristian dengan arus perkembangan semasa membolehkan pengaruhnya berkembang dengan cepat. Misalnya, Calvinisme menggalakkan perniagaan di kalanagan penganutnya dengan menghalalkan amalan riba.

20 Gerakan ini telah disebarkan ke Switzerland pada tahun 1518 oleh Ulrich Zwingli. Ia juga tersebar ke Sweden, Denmark, Norway dan beberapa negara lain. Raja Henry VIII, dari England memutuskan hubungan dengan Paus dan mengisytiharkan dirinya sebagai ketua Gereja Inggeris (Gereja Anglican).

21 Terjemahannya The New Testament telah dicetak pada September 1522 dan, hasil kerjasama dengan Johannes Bugenhagen, Justus Jonas, Caspar Creuziger, Philipp Melanchthon, Matthaus Aurogallus, dan George Rorer. Kitab Bible terdapat dalam dua versi iaitu Perjanjian Lama ( The Old Testament ) dan Perjanjian Baru ( The News Testament ) , pada 1534. Kitab Injil Luther menyumbang kepada kemunculan bahasa Jerman moden dan adalah dianggap sebagai satu mercu tanda dalam kesusasteraan Jerman.

22 Sakraman Maha Kudus tidak lagi di anggap sebagai satu pengorbanan meminta ampun, nama-nama seperti “Jamuan Malam Suci” dan “Makan Malam Isa” digantikan “Sembahyang Ramai”, sementara perkataan “altar” dan boneka di buang, kitab-kitab sembahyang lama di musnahkan, dan tingkap kaca yang berwarna-warrni dipecahkan. Hanya kepercayaan kepada Tuhan akan membawa keselamatan.

10

Page 11: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Luther berkongsi beberapa khurafat atau penyelewengan mengenai ilmu sihir yang telah

biasa berlaku. Luther percaya amalan tersebut adalah tidak baik untuk Kristian23.

Martin Lurther meninggal dunia pada 18 Feb 1546 pada ketika itu berusia 62 tahun di

Eisleben. Khutbahnya yang terakhir beliau hadiri adalah di Eisleben yang merupakan tempat

lahirnya.24 Reformasi atau pembaharuan agama yang dibuat oleh Martin Luther merupakan

suatu perkembangan dalam Sejarah Eropah yang berjaya mencabar beberapa andaian dan

pegangan yang telah membentuk sikap gereja Khatolik pada Zaman Pertengahan,

khususnya tentang agama dan hubungannya dengan perkara-perkara yang bersifat duniawi

ataupun sekularisme. Perkembangan ini telah membahagikan dunia Kristian kepada dua

blok iaitu katolik dan protestan dalam revolusi agama pada abad ke 16. Reformasi ini

banyak membawa kemunculan fahaman-fahaman baru di Eropah menjelang tahun 1600,

corak agama baru telah terbentuk dengan jelas di Eropah.

4.0 ZAMAN REVOLUSI SAINS

Kesan penting gerakan renaissans ialah kemunculan revolusi sains. Minat terhadap

sains membawa kepada tertubuhnya akademi sains di kota Rom pada tahun 1603, satu

kumpulan ahli sains telah menubuhkan Akademi Lynxes. Pada pada abad ke-17, akademi-

akademi yang serupa telah didirikan di kota-kota lain, terutamanya di Itali dan Jerman. Pada

tahun 1662, Persatuan Diraja Inggeris telah diberi piagam oleh Raja Charles II untuk

menyelidik dan mengkaji sains. Pada tahun 1666, Akademi Sains Perancis telah

diperbaharui oleh Raja Louis XIV. Pemerintah-pemerintah Barat telah memberi dorongan

kepada kemajuan pengetahuan sains dan menjadikan diri mereka sebagai penaung ilmu

pengetahuan. Ilmu astronomi25 menjadi ilmu yang penting pada zaman revolusi sains. Pada

mulanya, masyarakat Barat berpegang kepada teori kaji bintang yang dibuat oleh Claudius

Ptolemy yang hidup dalam permulaan abad kedua Masihi.

Masyarakat pada Zaman Pertengahan menerima teori Ptolemy yang berpendapat

bahawa bumi merupakan pusat alam dengan matahari dan bintang-bintang mengelilinginya.

23 Dalam satu “perbualan masa makan” Luther berkata kepada golongan tersebut yang akhirnya menimbul kemarahan mereka akibat daripada penyataan yang menyelar amalan penyelewengan dalam agama. “On 25 August 1538 there was much discussion about witches and sorceresses who steal chicken eggs out of nests, or steal milk and butter. Doctor Martin said: "One should show no mercy to these [women]; I would burn them myself, for we read in the Law that the priests were the ones to begin the stoning of criminals."

24 Luther berkata, "we want to practise Christian love toward them and pray that they convert," but also that they are "our public enemies ... and if they could kill us all, they would gladly do so. And so often they do.”

25 Tokoh astronomi zaman renaissanse yang popular ketika itu adalah Nicholaus Copernicus dan Galilei Galileo

11

Page 12: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Tiada seorang ilmuan pun yang berani menyoalnya kerana teori tersebut turut disokong oleh

institusi gereja Kristian. Nicholaus Copernicus26 (1473-1543). Beliau telah mengkaji sistem

matahari dan mendapati bumi mengelilingi matahari dan bukan sebaliknya. Ini

menyebabkan beliau diumumkan sebagai pengingkar kerana melahirkan pendapat yang

bertentangan dengan pihak gereja. Keberaniannya telah mendorong ilmuan-ilmuan yang

lain mengikut jejak langkahnya, antaranya ialah Galilei Galileo27 (1564-1642), Johannes

Kepler (1571-1630), dan Sir Isaac Newton28 (1642-1727). Revolusi sains telah merintis jalan

kepada perkembangan sains moden. Di antara kesemua tokoh-tokoh berpengaruh zaman

evolusi Sains ini, Sir Isaac Newton merupakan salah seorang individu yang paling dikenali

kerana penemuan beliau dalam hukum graviti dan beliau merupakan insan yang paling

genius ketika itu. Berdasarkan pernyataan E.T. Bell (1937, Simon and Schuster) dan H.

Eves.29

Pada pertengahan abad ke 17 dimana waktu itu merupakan jangkamasa

berkembangnya ilmu pengetahuan. Penemuan teleskop pada masa itu telah mengubah

seluruh pendapat mengenai ilmu Astronomi. Seorang ahli falsafah Inggeris, Francis Bacon

dan ahli falsafah Perancis, Rene Descartes telah mencadangkan kepada seluruh ilmuwan

26 Copernicus adalah seorang paderi dari Poland yang telah membahagikan hidupnya dengan kerja-kerja Kristian dan melakukan penyelididkan bersendirian. Ketika tinggal di Itali selama 10 tahun beliau telah mempelajari banyak ilmu antaranya adalah ilmu yang beliau pelajari daripada ahli kaji bintang dari yunani dan tokoh-tokoh humanis. Hasil perkenalan ini beliau telah merasakan keraguan dalam teori yang dibawa oleh Ptolemy mengenai bumi. Beliau telah Mengemukakan teori bahawa matahari merupakan pusat semesta dan bumi beredar mengelilingi matahari. Dalam peredaran ini bumi berpusing pada paksinya. Teori Copernicus dikenali heliosentrik yang bertentangan dengan teori geosentrik yang dikemukakan oleh Ptolemy. Dengan teori ini, pendapat lama yang didasarkan Ptolemy telah ditolak. Karya penulisan beliau antaranya

De Revolutionibus Orbium Coelestiom (Concerning the Revolutions of the Heavenly Spheres) yang diterbitkan pada 1453 M.

27 Carlton J. H. Hayes, op. cit, hlm 137

28 Isaac Newton lahir pada 4 Januari 1643 di Lincolnshire, Inggeris. Ayahnya meninggal 3 bulan sebelum Newton dilahirkan. Beliau lahir dalam tempoh pramatang dan saiz Newton ketika di lahirkan amatlah kecil berbanding dengan keadaan bayi yang normal. Ketika berusia tiga tahun ibu beliau berkahwin lain dan beliau ditinggalkan di bawah jagaan neneknya. Pada tahun 1661, Newton menuntut ilmu di Universiti Cambridge dan di sini beliau menghabiskan hidupnya mendalami ilmu matematik dan fizik. Ketika berumur 27 tahun beliau telah diberi gelaran ‘Sir’ oleh Queen Anne kerana menjadi salah seorang insan yang banyak memberi sumbangan dalam ilmu hisab

29 Newton memulai sekolah saat tinggal bersama neneknya di desa dan kemudian dikirimkan ke sekolah bahasa di daerah Grantham dimana dia akhirnya menjadi anak terpandai di sekolahnya. Saat bersekolah di Grantham dia tinggal di kediaman William Clarke. Sebelum meneruskan kuliah di Universiti Cambridge pada usia 19, Newton sempat menjalin kasih dengan adik angkat William Clarke, Anne Storer. Saat Newton memfokuskan dirinya pada pelajaran, kisah cintanya dengan wanita tersebut menjadi semakin tidak menentu dan akhirnya Storer menikahi orang lain. Banyak yang mengatakan bahawa Newton, selalu mengenang kisah cintanya walaupun selanjutnya tidak pernah disebutkan Newton memiliki seorang kekasih dan bahkan pernah menikah.

12

Page 13: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Eropah supaya tidak lagi bersandarkan pendapat dari Aristotle semata-mata melainkan

melakukan percubaan, penelitian dan penyelidikan sendiri.30

Perkara yang dicadangkan oleh kedua-dua ahli falsafah itu telah dilakukan oleh

Galileo Galilei, seorang ahli astronomi Itali. Penggunaan teleskop dan penemuan baru

dalam bidang astronomi diaplikasikan oleh Newton lalu menghasilkan revolusi penyelidikan

bintang. Manakala apa yang telah dijalankan olehnya di sektor mekanik pula telah

menghasilkan apa yang dikenali sebagai ‘Hukum Gerakan Newton’ yang pertama.

Saintis hebat yang lain seperti William Harvey, yang menemui sistem peredaran

darah manakala Johannes Kepler menemui hukum yang menerangkan pergerakan planet

mengelilingi matahari telah membawa maklumat asas yang baru ke dalam ilmu sains.

Walaupun Nicholas Copernicus dan Galileo Galilei sudah menyingkirkan beberapa

anggapan kolot tentang pengetahuan purba dan telah mengusulkan pengertian yang lebih

benar mengenai alam semesta, namun tiada satu pun asas fikiran pun yang dapat

dirumuskan dengan sebaiknya yang mampu mengubah dasar pemikiran kabur dan tidak

berasas.

Walaupun cubaan untuk menghasilkan satu lagi teori bagi memungkinkan

perkembangan ramalan-ramalan yang lebih ilmiah. Sebenarnya, Isaac Newton adalah orang

yang sanggup menghimpunkan kumpulan teori-teori yang tersusun rapi dan meletakkan

asas pertama ilmu pengetahuan moden yang kini menjadi ikutan.

Isaac Newton tidak begitu yakin untuk menerbitka dan mengumumkan penemuan-

penemuannya. Gagasan dasarnya telah disusun sebelum tahun 1669, tetapi kebanyakan

teori-teori barunya diketahui umum pada tahun-tahun berikutnya. Penerbitan pertama

penemuannya adalah berkaitan kekusutan anggapan lama tentang cahaya. Dalam siri-siri

percubaan yang dilakukan, Newton menemui bahawa apa yang disebut sebagai ‘cahaya

putih’ sebenarnya terdiri dari pertambahan semua warna dalam warna pelangi.

Beliau juga berhati-hati melakukan analisis terhadap hukum pantulan dan pembiasan

cahaya selepas itu. Berpegang dengan hukum ini, pada tahun 1668, beliau merancang dan

30 Perkara yang dicadangkan oleh kedua-dua ahli falsafah itu telah dilakukan oleh Galileo Galilei, seorang ahli astronomi Itali. Penggunaan teleskop dan penemuan baru dalam bidang astronomi diaplikasikan oleh Newton lalu menghasilkan revolusi penyelidikan bintang. Manakala apa yang telah dijalankan olehnya di sektor mekanik pula telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai ‘Hukum Gerakan Newton’ yang pertama.

13

Page 14: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

seterusnya mereka teleskop refleksi yang pertama31 Selain itu, pada masa yang sama,

percubaan optik yang telah dimulainya lalu diserahkan kepada Lembaga Penelitian Kerajaan

Inggeris. Pada ketika itu, beliau baru berusia 29 tahun.

Kejayaan besar Isaaac Newton dalam bidang matematik adalah penemuan tentang

‘kalkulus integrasi’ yang mungkin dimulakan pada usianya 23 tahun. Penemuan ini

merupakan hasil karya terpenting dalam bidang matematik moden. Bukan mudah untuk

menemui teori matematik kerana menghadapi pelbagai masalah akan tetapi tanpa

penemuan itu kemajuan-kemajuan pengetahuan moden yang seterusnya pasti mustahil.

Penemuan-penemuan Newton yang terpenting adalah dalam bidang mekanikal iaitu

pengetahuan tentang pergerakan sesuatu jasad. Galileo Galilei merupakan orang yang

pertama menemui hukum pergerakan sesuatu objek apabila tidak dipengaruhi kekuatan dari

luar. Pada asalnya, semua objek dipengaruhi oleh kekuatan luar dan persoalan penting

dalam ilmu mekanikal adalah bagaimana objek bergerak dalam keadaan itu. Masalah ini

dirungkai oleh Newton dalam hukum gerakannya yang kedua dan termasyhur dan dianggap

sebagai hukum fizik klasik yang utama.

Hukum kedua32 menetapkan bahawa pecutan objek adalah sama dengan daya yang

dibahagikan dengan jisim objek, kemudian beliau menambah hukum ketiganya yang

masyhur tentang gerakan (menegaskan bahawa pada setiap gerakan, misalnya kekuatan

fizik terdapat gerakan yang sama tetapi menuju ke arah yang bertentangan).

Penemuan paling mashur adalah mengenai kaedah ilmiah hukum jisim universal.

Keempat-empat hukum ini jika digabungkan akan membentuk satu kesatuan sistem bagi

seluruh sistem mekanikal makro, bermula dari hayunan buah bandul sehinggalah ke

gerakan planet dalam orbit yang mengelilingi matahari yang dapat diawasi dan gerakannya

juga dapat diramal. Newton bukan sahaja menetapkan hukum-hukum mekanikal tetapi juga

menggunakan alat kalkulus matematik dan menunjukkan bahawa rumus-rumus ini dapat

digunakan untuk menyelesaikan masalah.

Hukum Newton dapat digunakan secara meluas daam bidang saintifik dan masalah

kejuruteraan. Ketika hayatnya, penggunaan hukum-hukumnya amat efektif dalam bidang

astronomi. Newton telah mendahului dalam bidang ini. Pada tahun 1678, Newton

31 Model teleskop ini masih digunakan oleh para ahli astronomi pada hari ini

32 secara matematik dirumuskan sebagai F = ma

14

Page 15: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

menerbitkan bukunya yang masyhur iaitu ‘Prinsip-Prinsip Matematik Mengenai Falsafah

Alam’ atau diringkaskan sebagai ‘Principia’.33

Newton juga memberi sumbangan besar dalam bidang termodinamik (penyelidikan

haba) dan bidang akustik (penyelidikan suara). Beliau juga telah memberikan penjelasan

yang mudah tentang prinsip-prinsip fizik berkaitan pengawetan jumlah gerakan agar tiada

pembaziran tenaga serta pengawetan jumlah gerakan sesuatu jasad yang bersudut.

Malahan, penemuan ini boleh dipanjangkan. Newtonlah orang yang menemui bukti binomial

dalam matematik yang sangat logik dan bertanggungjawab. Beliau jugalah orang yang

pertama mengusulkan asal usul pembentukan bintang. Ketika menuntut di Universiti

Cambridge beliau sentiasa melakukan kajian-kajian sendirian hinggakan teori-teori yang

dibawa beliau mengubah seluruh dunia. Pada pertengahan abad ke 17 penemuan teleskop

telah membantu para ilmuwan untuk mengkaji ilmu astronomi dengan lebih mendalam.

Francis Bacon dan Rene Descartes merupakan anatra tokoh ketika itu yang menggunakan

kaedah teleskop ini untuk mengkaji bintang dan tidak lagi hanya bersandarkan kepada

falsafah yang di bawa oleh Aristotle ketika zaman yunani dahulu. Penggunaan teleskop ini

telah lama digunakan oleh galileo namun tidak menjadi hebahan oleh orang ramai ketika itu

kerana masih berada di bawah pengaruh gereja. Namun begitu, Sir Isaac Newton telah

merevolusikan teleskop ini dan menggunakannya dalam kajian penyelidikan beliau, apa

yang dilakukan oleh beliau dikenali kini dengan sebutan “hukum gerak Newton’ yang

pertama.

Beliau juga telah menghasilkan sebuah karya yang dikenali sebagai Philosophiae

Naturalis Principia Mathematica yang mempunyai maklumat berkenaan teori graviti.

Berdasarkan kajian beliau itu mendapati setiap benda dan objek akan tertarik ke bawah

secara automatik kerana adanya daya tarikan gravity di pusat bumi. Selain itu, beliau juga

merupakan orang pertama yang menjelaskan mengenai teori gerak dan berperan penting

dalam merumuskan gerakan melingkar dari hukum Kepler. Newton menyatakan hukum

tersebut dengan memberi penerangan bahawa setiap suatu orbit berbentuk lingkaran tidak

akan sentiasa berbentuk sempurna misalnya elipse, hiperbola dan parabola.

5.0 ZAMAN PENCERAHAN

33 Dalam buku tersebut, Newton mengemukakan teori hukum berat dan gerakan. Beliau menunjukkan juga bagaimana hukum-hukum itu dapat digunakan untuk mengira secara tepat gerakan planet mengelilingi matahari. Persoalan utama ilmu astronomi adalah bagaimana menentukan kedudukan dengan tepat dan gerakan bintang-bintang serta planet. Teori ini dipecahkan oleh Newton dengan cepat. Berdasarkan karya-karyanya itu, Newton sering dianggap sebagai seorang ahli astronomi yang paling bijak

15

Page 16: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Gerakan pencerahan atau Enlightment bermula antara 1650 hingga 1800 dan adalah

era di mana semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal, berasaskan

sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik malahan wujudnya gerakan yang

memperjuangkan hak semulajadi manusia atau tabii manusia yang lahir pada abad ke-18. Ia

juga dikenali sebagai Zaman Penyerlahan. Pemikir-pemikir gerakan ini terdiri daripada ahli-

ahli falsafah, pakar-pakar politik, ahli-ahli ekonomi, ahli-ahli ekonomi dan sosial. Zaman ini

juga berusaha untuk melahirkan masyarakat yang lebih terbuka, bertolak ansur,

menekankan kebahagiaan individu dan berdasarkan undang-undang dan perlembagaan.

Dengan itu, menjadi satu revolusi intelektual yang telah melahirkan pemikiran yang liberal

dan moden. Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju masyarakat yang lebih terbuka.

Antara pelopor gerakan ini ialah John Locke34 (1632-1704), Montesquieu (1689-1755),

Voltaire (1694- 1778), dan Rousseau (1712-1778). Mereka berusaha untuk membebaskan

pemikiran manusia daripada mitos, fantasi dan kepercayaan-kepercayaan lama yang

dianggap kolot (termasuk agama).

FAHAMAN JOHN LOCKE

Falsafah John Locke merangkumi ilmu pengetahuan iaitu mengenai sekitar

persoalan epistemologi35. Locke amat berminat membincangkan tentang asal usul ilmu

pengetahuan dan kesahihannya. Namun begitu, Locke menolak pendapat yang diutarakan

oleh golongan Rationalisme36. Selain itu, Locke menegaskan bahawa untuk memastikan

sesuatu fakta itu adalah tepat dan benar, seseorang itu hendaklah terlebih dahulu mengkaji

34John Locke mendapat pendidikan di University of Oxford, England dalam bidang falsafah, sains tabie dan perubatan. Beliau juga pernah memegang jawatan penting dalam kerajaan. Ketika berumur 34 tahun, Locke telah bertemu dengan Lord Ashley yang kemudiannya Lord ini bergelar Earl of Shartesbury. Pada tahun berikutnya, Locke telah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Earl of Shartesbury di samping menjadi sahabat dan setiausaha kepada Earl. Pada ketika itu, Earl merupakan individu yang berpengaruh di dalam kancah politik. Namun begitu Earl of Shatesbury dan Locke telah dibuang negeri ke Netherland akibat Earl yang menggunakan pengaruh raja dan istana di dalam politiknya. Kemudiannya, beliau kembali semula ke England pada tahun 1699.

35 Ketika di dalam buangan tersebut Locke telah menerbitkan dua buah buku iaitu Two Treatises on Goverment dan Essays Corncerning Human Understanding. Kedua-dua tulisannya ini diterbitkan pada tahun 1690. Kedua-dua karyanya inilah yang telah mengangkat nama Locke dalam alam falsafah moden. Seterusnya, ketika masa tua Locke banyak dihabiskan dengan menumpukan hidup kepada agama. Beberapa tahun sebelum meninggal dunia Locke juga telah mempelajari agama di Epistles of St. Paul. Beliau meninggal dunia pada tahun 1704 ketika berusia 72 tahun.

36 Golongan rationalisme mengemukakan konsep innate ideas. Innate ideas ditafsirkan sebagai sumber atau alat utama manusia untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Locke amat menentang konsep innate ideas ini adalah kerana Locke beranggapan adalah mustahil bagi suatu benda itu ada dan tiada pada waktu yang sama. Locke juga beranggapan kebenaran seperti itu bukanlah berbentuk innate kerana idea sedemikian bukan diberikan kepada seseorang ketika dilahirkan.

16

Page 17: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

asal-usul idea tersebut. Hal ini juga boleh menentukan had pengetahuan kita. Menurut

Locke lagi, hanya mental fakulti atau kuasa sahaja yang dianggap innate (semula jadi)

dalam proses mendapatkan dan mencari ilmu pengetahuan, sedangkan ilmu pengetahuan

yang aktual itu sendiri diperoleh melalui pancaindera dan pengalaman. Minda (mind) pula

mendapatkan ilmu pengetahuan daripada kelima-lima pancaindera dan kemudiannya

mencetak semua ilmu pengetahuan pada fikiran seolah-olah minda sebelumnya hanya

merupakan tabula rasa (black tablet) atau umpama sekeping kertas yang tidak mempunyai

apa-apa tulisan di atasnya dan tanpa sebarang idea. Oleh yang demikian, semua bahan

yang digunakan untuk berhujah dan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan datangnya

daripada pengalaman. Justeru itu, falsafah John Locke telah dipanggil sebagai

Empericisme.

Di samping itu, Locke juga turut meyatakan bahawa apa yang dianggap sebagai

suatu dosa kepada seseorang itu mungkin juga perkara itu merupakan tanggungjawab bagi

seseorang yang lain. Oleh itu, hal seperti itu bukanlah semula jadi kerana ia masih

memerlukan pertimbangan akal bagi menentukan kebenarannya (validity). Locke turut

menganggap apa yang dimaksudkan dengan innate idea itu hendaklah meliputi ilmu

pengetahuan yang diperoleh atau dipunyai oleh kanak-kanak atau uncultured people serta

uneducated people. Beliau turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Decrates berhubung

dengan the idea of God sebagai innate itu sebenarnya adalah tidak benar. Hal ini adalah

kerana banyak lagi kaum-kaum yang sama kurang mempunyai idea of God tersebut

ataupun kurangnya the knowledge of God. Tambahan lagi, menurut Locke sekalipun

manusia itu mempunyai kefahaman ketuhanan dalam dirinya, tidaklah juga bererti bahawa

idea tersebut merupakan idea yang innate.

Sehubungan dengan itu, Locke menyatakan bahawa minda itu mula dilengkapi

dengan ilmu pengetahuan apabila bersumberkan pengalaman pancaindera. Locke turut

membahagikan pengalaman pancaindera kepada dua jenis iaitu dalaman dan luaran37.

Locke menyifatkan idea itu adalah apa-apa sahaja yang dapat difahami atau dapat

dimengertikan oleh minda secara langsung ataupun sesuatu yang menjadi objek kepada

persepsi, pemikiran atau kefahaman. Hal ini bermakna bahawa refleksi menyediakan idea

yang menjadi sebahagian dari alam dalam tubuh badan.

37 Pertamanya, melalui sensasi. Melalui sensasi ini minda seorang akan dilengkapi dengan nilai-nilai sensasi. Sensasi inilah yang akan menyediakan apa sahaja idea yang terpancar dari pengalaman luaran, iaitu dari objek luaran manusia. Keduanya, pengalaman diperoleh daripada refleksi atau pantulan atau juga pancaindera dalaman. Refleksi inilah yang akan membekalkan minda seseorang dengan idea-idea yang dihasilkan oleh kerja-kerja refleksi itu seperti berfikir, meragui, percaya, mengetahui, berkehendak dan sebagainya

17

Page 18: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Seperti yang diketahui, gabungan beberapa idea yang mudah akan membentuk idea

yang sukar. Tuhan sebagai contoh merupakan sebuah idea yang sukar. Hal ini adalah

kerana idea tentang tuhan merupakan gabungan beberapa idea mudah seperti kewujudan,

masa, pengetahuan, kuasa dan lain-lain. Fikiran seseorang mempunyai kekuatan untuk

mengetahui beberapa perkara dan kemudiannya menggabungkannya hingga menjadi tiada

kesudahan (infinity). Oleh kerana Locke mendapatkan idea sukar atau abstrak daripada

sensasi maka beliau telah diselar sebagai Norminalist dan kebanyakan ahli-ahli falsafah

Inggeris adalah terpengaruh dengan pendapat beliau.

John Locke turut membezakan idea-idea sama ada sukar atau mudah dengan

hakikat yang objektif iaitu benda atau alam nyata yang dinamakan atau digelar oleh idea

tersebut. Menurut apa yang disebut sebagai idea tersebut sebenarnya berada di luar

daripada kita. Benda sebenar tersebut mempunyai kualiti tertentu atau mempunyai kuasa

tertentu. Kuasa atau nilai yang dimaksudkan itu meliputi dua jenis iaitu prima38 dan nilai yang

sekunder39. Kualiti prima menurut Locke merupakan kualiti yang dimiliki oleh objek itu sendiri

dan ia tidak boleh dipisahkan atau tidak boleh diceraikan dari benda yang sebenar.

Demikianlah beberapa teori John Locke yang mana teori-teori daripada beliau telah

menjadi teras bagi teori-teori aliran empericisme dan juga teori-teori pendidikan oleh tokoh-

tokoh pendidikan kemudiannya.

FAHAMAN MONTESQIUEU

38 Contoh kualiti prima ialah kepadatan, pengembangan, bentuk, gerak dan diam. Apabila kita mengatakan bahawa kita sedang mengalami atau merasai kualiti-kualiti primer, maka idea kita sebenarnya hanyalah merupakan salinan daripada kualiti itu sendiri, juga sebagai bentuk-bentuk mental atau gambaran kepada hakikat benda itu semata-mata seperti mana benda itu sendiri

39 Kualiti sekunder menurut Locke ialah kualiti yang bukanlah sebahagian dari objek tersebut. Kita boleh sahaja menggantikannya serta-merta dengan kualiti sekunder yang lain pula tanpa melibatkan objek itu sendiri dari segi kewujudannya. Sebagai contoh, kualiti sekunder ialah warna, bunyi, bau dan rasa. Umpamanya seketul batu merah itu memang ada dan mengambil ruang tertentu untuk wujud, tetapi warna merah yang dilihat itu hanyalah kualiti sekunder sahaja kerana kemerahan warna itu hanya melalui deria penglihatan kita dan kualiti ini tidak menjadi sebahagian dari objek batu itu sendiri.

18

Page 19: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Montesqiueu40 melalui karya “The Spirit of the Laws” mengetengahkan 2 idea utama

iaitu pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan. Contohnya

despotisme (pemerintahan mutlak) hanya sesuai untuk empayar yang besar dalam iklim

panas dan demokrasi hanya akan berfungsi dalam negara kota kecil.

Selain itu, beliau membawa doktrin41 yang kedua iaitu menentang pemerintahan

mutlak di Perancis dengan pembahagian dan imbangan kuasa. Menurut beliau

pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat. Doktrin yang terkenal ialah

doktrin pembahagian kuasa yang sering digunakan bagi membangkitkan jiwa rakyat.

Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara raja, bangsawan, bandar dan gereja. Beliau

menegaskan perlu ada pemisahan antara pembentuk undang-undang dan perundangan

(eksekutif), pelaksana keputusan perwakilan rakyat dan penghukum, pelanggar undang-

undang, kehakiman (judiciary). Bila ketiga-tiga jentera ini menjalankan tugas secara

berasingan, maka rakyat akan memiliki kebebasan.

Hasil daripada idea yang dibawa oleh Montesquieu telah menamatkan pemerintahan

mutlak di Perancis apabila berlaku Revolusi Perancis pada 1789. Revolusi ini menamatkan

pemerintahan feudal dan digantikan pemerintahan yang mendokong kedaulatan rakyat42,

kebebasan43 dan persamaan.44 Seterusnya muncul pemerintah enlightened despot iaitu raja-

raja memerintah dengan penuh kesedaran dan mempraktikan undang-undang yang tegas.

Selain itu, berlakunya pemusatan kuasa dalam pemerintahan iaitu keistimewaan yang

dimiliki oleh provinsi (wilayah ) dihapuskan

40 Latar belakang Charles Louis Montesquie, dilahirkan di Chateau de la Brede, barat daya Perancis pada 18 Januari 1689. Lulusan undang-undang dari Universiti Bordeaux dan Berjaya jadi peguam pada 1708. Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan. Pada tahun 1716, Montesquieu dilantik sbg Presiden Parlimen Bordeaux menggantikan bapa saudaranya. Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah Spirit of the Laws yang diterbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke 19. Karya lain ialah The Considerations on the Causes of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734) dan Letters Persanes (1721)

41 Doktrin beliau mengenai pengasingan kuasa amat berpengaruh terhadap bangsa Amerika dan beberapa negara lain sehinggakan penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787 berdasarkan idea beliau.

42 Prinsip rakyat harus memerintah sendiri.

43 Kebebasan daripada kerajaan mutlak termasuk penangkapan dan pemenjaran yang tidak adil.

44Hak yang sama kepada setiap individu dalam segala aspek kehidupan.

19

Page 20: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Disamping itu, berlaku perubahan dalam jentera pentadbiran iaitu pemerintah

membina jentera pentadbiran sebuah Negara moden yang berfungsi tanpa campur tangan

raja. Raja-raja juga bertindak menggantikan pegawai-pegawai kerajaan di peringkat pusat,

provinsi dan tempatan. Perlantikan mereka berasaskan teori-teori politik oleh golongan

intelektual. Malaahan berlakunya perubahan sistem percukaian iaitu raja menghapuskan

imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan dan cukai ditaksir dan dibayar mengikut

kemampuan pembayar. Charles Louis Montesquieu telah banyak memberikan sumbangan

kepada Perancis khususnya iaitu dengan meletakkan asas bagi kemunculan revolusi di

Perancis dan mengubah secara drastik lanskap politik, ekonomi dan sosial di Eropah

apabila idea beliau tersebar ke Negara-negara lain di benua Eropah. Idea dan doktrin beliau

mempunyai pengaruh dalam penggubalan perlembagaan di dunia hari ini.

6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, sumbangan yang diberikan orang Islam kepada orang Eropah

adalah sangat berharga. Kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Eropah pada hari ini

adalah hasil usaha mereka menuntut ilmu daripada Negara islam. Jika dilihat kembali orang

Eropah merupakan kaum yang seharusnya sedar bahawa mereka telah banyak berhutang

budi kepada orang Islam. Namun begitu akibat perpecahan umat lslam dan masalah-

masalah yang dihadapi oleh kerajaan lslam itu sendiri, maka tamadun ini tidak dapat

dikekalkan malah digantikan dengan kebangkitan Eropah ataupun dikenali sebagai Zaman

Renaissance hingga ke Zaman perindustrian di Eropah. Malahan Negara-negara eropah

yang dahulunya hilang cahaya keilmuannya bangkit semula dan kini menjajah Negara-

negara islam lain dari sudut kebudayaan, politik, sosial, ekonomi dan teknologi.

Zaman kegemilangan islam yang satu ketika dahulu menjadi kegerunan oleh orang

Eropah kini sudah tiada. Namun begitu, sebagai seorang islam setiap perkara yang berlaku

itu ada hikmahnya, malahan setiap empayar yang kuat tidak akan kekal selamanya. Jika kita

lihat semula empayar-empayar yang agung seperti Empayar Rom, Empayar Parsi, Empayar

Macedonia dan Empayar Mesir, kesemua empayar ini tidak bertahan dengan lama. Akhirnya

pengaruh budaya, ilmu, dan teknologi yang datang hasil dari empayar-empayar ini diserap

pula ke dalam sistem pemerintahan empayar yang seterusnya.

20

Page 21: SEJ EROPAH.docx

SEJARAH EROPAH SEHINGGA AWAL ABAD KE -20 (SJH3113)

Namun begitu, umat lslam di era globalisasi ini pula amat sukar untuk berdiri megah

seperti tamadun lslam suatu ketika dahulu. Namun sumbangan tamadun lslam di Andalus,

Eropah dan Empayar Turki Uthmaniah di Eropah Timur dapat menarik minat orang Barat

untuk mengubah hidup mereka yang berada di zaman kegelapan pada masa itu

terutamanya dalam bidang ilmu pengetahuan. Oleh itu, kita sebagai umat Islam mesti

bersatu-padu dalam mempertahankan Islam dari ancaman musuh sama ada melalui fizikal

atau mentaliti.

21