refleksi individu

8
REFLEKSI INDIVIDU Oleh : MUHAMMAD ZULHILMI B ISMAIL PENGENALAN Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 3 dan 4 Mei 2010 di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman secara tertutup. Sebanyak empat buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih empat jenis permainan tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Bagi kelas kami iaitu PISMP semester 5, PK/PJ 02 yang telah melalui perbincangan dan dipersetujui semua pelajar, empat jenis permainan tradisional yang dipilih ialah permainan Naik Haji, Lompat Untai Gelang Getah, Baling Tin serta Tarik Upih dan kami akan memulakan pertandingan pada sesi pagi, 3 Mei 2010. Pelajar-pelajar dari kelas kami seramai 20 orang telah dibahagikan kepada empat buah kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli dimana setiap satu kumpulan dikehendaki menganjurkan satu jenis permainan seperti yang dinyatakan diatas. Kumpulan saya terdiri daripada diri saya sendiri, Nurulain Fazillah, Nurul Hidayah Ismail, Nur hafiza Rumli serta Muhamad Irrwan Zakaria dan kami telah memilih permainan tarik upih untuk dianjurkan. Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan di kawasan padang bola jaring IPG Kampus Darulaman, yang bertentangan dengan Jabatan Pendidikan Jasmani

Upload: nagarajan

Post on 12-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pnp

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI INDIVIDU

REFLEKSI INDIVIDU

Oleh : MUHAMMAD ZULHILMI B ISMAIL

          

PENGENALAN

Pertandingan Permainan Tradisional bagi pelajar-pelajar semester lima

Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) telah diadakan pada 3 dan 4 Mei

2010 di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman secara tertutup. Sebanyak

empat buah kelas telah diberikan tugasan untuk menganjur dan mengelolakan

pertandingan di mana setiap kelas diminta memilih empat jenis permainan

tradisional yang berbeza bagi setiap kelas. Bagi kelas kami iaitu PISMP semester 5,

PK/PJ 02 yang telah melalui perbincangan dan dipersetujui semua pelajar, empat

jenis permainan tradisional yang dipilih ialah permainan Naik Haji, Lompat Untai

Gelang Getah, Baling Tin serta Tarik Upih dan kami akan memulakan pertandingan

pada sesi pagi, 3 Mei 2010.

Pelajar-pelajar dari kelas kami seramai 20 orang telah dibahagikan kepada

empat buah kumpulan yang terdiri daripada lima orang ahli dimana setiap satu

kumpulan dikehendaki menganjurkan satu jenis permainan seperti yang dinyatakan

diatas. Kumpulan saya terdiri daripada diri saya sendiri, Nurulain Fazillah, Nurul

Hidayah Ismail, Nur hafiza Rumli serta Muhamad Irrwan Zakaria dan kami telah

memilih permainan tarik upih untuk dianjurkan.

Bagi permainan ini, kami sepasukan telah menetapkan agar ianya diadakan

di kawasan padang bola jaring IPG Kampus Darulaman, yang bertentangan dengan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Kafeteria Sri Lawang. Tujuannya

ialah kerana permukaan padang yang berumput lembut dan adalah amat sesuai

bagi peserta untuk menarik upih selain faktor keselamatan kepada peserta.

Kami telah menyediakan lima buah lorong yang panjangnya 10 meter bagi

lima buah pasukan dimana setiap pasukan adalah terdiri daripada 6 orang peserta.

Disebabkan permainan ini memerlukan dua orang pemain pada satu masa iaitu

seorang pemain akan bertindak sebagai penarik dan seorang lagi akan duduk di

atas upih untuk ditarik maka kami telah meminta supaya setiap pasukan

menyediakan tiga pasangan.  Pasangan yang pertama akan bergerak dari kawasan

permulaan ke kawasan pertukaran dan mereka akan bertukar peranan daripada

Page 2: REFLEKSI INDIVIDU

penarik kepada orang yang ditarik dan sebaliknya sehinggalah kepada pasangan

kedua diikuti oleh pasangan yang ketiga. Pemenang akan ditentukan melalui

bendera yang diangkat oleh pengadil lorong sebaik pasangan ketiga tersebut

sampai ke garisan penamat.

Tempoh yang telah ditetapkan bagi permainan ini adalah selama 45 minit dan

ia menggunakan sistem pertandingan menyerupai sistem kalah mati. Ini kerana

permainan ini tidak sesuai dijalankan secara liga kerana ia merupakan sejenis

permainan yang melibatkan stamina serta kerahan kekuatan fizikal dari peserta.

Disebabkan bilangan peserta adalah sebanyak 10 pasukan, maka kami telah

pecahkan kumpulan tersebut kepada dua buah kumpulan yang sama banyak  iaitu

kumpulan A dan kumpulan B dimana kumpulan A terdiri daripada lima buah

pasukan, begitu juga dengan kumpulan B. Mengikut kesesuaian, jadual perlawanan

pun diatur dimana hanya akan terdapat tiga perlawanan sahaja bagi permainan tarik

upih ini termasuk perlawanan akhir. Lima pasukan dari kumpulan A akan

memulakan perlawanan pertama, diikuti lima pasukan daripada kumpulan B sebagai

perlawanan kedua. Kemudian, dua buah pasukan dari kumpulan A dan kumpulan B

iaitu johan dan naib johan kumpulan akan dipilih sebagai empat pasukan yang layak

ke perlawanan akhir dan merupakan perlawanan ketiga. Melalui jadual ini,

keputusan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dapat ditentukan

dengan mudah dan cepat.

KEKUATAN/ KELEBIHAN

            Semasa menganjurkan permainan tradisional tarik upih ini, antara kelebihan

yang kami dapati ialah cara bermain permainan ini telah diketahui oleh kebanyakan

pelajar-pelajar PISMP semester lima. Justeru, ia akan memudahkan kami dari segi

penerangan cara bermain dimana kami hanya perlu menetapkan peraturan yang

sesuai untuk menjadikan permainan ini lebih menarik. selain itu, kami dapat

menjimatkan masa tanpa perlu memberikan penerangan panjang lebar tentang cara

bermain kepada para peserta.

Kelebihan kedua yang kami dapati semasa menganjurkan permainan ini ialah

para peserta berasa seronok semasa bermain permainan tradisional tarik upih ini. Ini

amat penting kerana permainan kami merupakan acara yang terakhir bagi sesi pagi

Pertandingan Permainan Tradisional PISMP semester 5 dimana pada waktu

tersebut, semua peserta telah pun keletihan, malah terdapat peserta yang jatuh

Page 3: REFLEKSI INDIVIDU

pengsan. Namun, para peserta masih mampu berseronok semasa bermain

permainan tarik upih ini selain memberikan penuh kerjasama kepada kami pihak

penganjur. Melihatkan peserta berasa seronok, matlamat kami boleh dikatakan 80%

tercapai walaupun dari aspek afektif.

Kelebihan yang ketiga ialah peralatan yang diperlukan bagi menganjurkan

permainan tarik upih ini senang didapati dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Antara alatan yang kami gunakan ialah skitel dan tepung sebagai penanda kawasan

permainan dan lorong peserta, bendera bagi menentukan kemenangan dan juga

upih. Bagi peralatan seperti skitel, dan bendera, kami mendapatkannya di setor

alatan Pendidikan jasmani dan tepung pula kami beli di kedai manakala upih pula

kami dapatkannya secara percuma hasil bantuan daripada bapa angkat ahli

kumpulan kami iaitu Nurainfazillah yang merupakan penduduk dari kampong

berdekatan IPG Kampus Darulaman. Selain itu, kawasan gelanggang bagi

permainan ini adalah di atas padang rumput yang lembut sekaligus mampu

mengurangkan risiko kecederaan dan memudahkan peserta untuk menarik

pasangannya di atas upih.

Kelebihan yang terakhir ialah masa bagi permainan ini adalah sangat singkat

dan boleh menjimatkan masa selain tidak memerlukan susun atur jadual perlawanan

yang banyak.

KELEMAHAN

            Sepanjang permainan ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan yang

timbul. Pertama, dari segi pengurusan masa. Pada sesi pendaftaran peserta,

terdapat segelintir pelajar yang datang lewat. Ini menimbulkan masalah bukan

sahaja kepada pihak urusetia, malahan kepada peserta-peserta lain juga. Akibatnya,

perjalanan pertandingan pada pagi 3 Mei terganggu dan menjejaskan para peserta

sendiri dimana peserta tidak mendapat rehat yang mencukupi dan terpaksa bermain

sehingga ke tengahari dan waktu permainan bagi trik upih ini juga terpaksa

disingkatkan.

Page 4: REFLEKSI INDIVIDU

            Kelemahan kedua yang kami dapati daripada pemilihan permainan ini ialah

masalah dalam kumpulan. Maksudnya, bilangan ahli perempuan dan lelaki tidak

seimbang diantara setiap kumpulan. Bagi permainan yang memerlukan kudrat dan

tahap kecergasan yang tinggi, masalah akan timbul apabila ahli perempuan terpaksa

menarik ahli lelaki untuk mencukupkan pasangan bermain seperti yang dinyatakan

di atas. Begitu juga apabila terdapat kumpulan yang kesemua ahlinya merupakan

lelaki ataupun sebaliknya, maka keputusan permainan akan menjadi tidak adil.

Selain daripada masalah di atas, masalah saiz badan turut mempengaruhi dan

menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan peserta. Memang mudah bagi ahli

yang besaiz badan besar untuk menarik ahli yang bersaiz badan kecil, tetapi apabila

tiba waktu untuk brtukar peranan maka masalah mula timbul.

            Kelemahan yang ketiga pula ialah dari segi kawasan gelanggang.

Disebabkan permainan tarik upih dijadualkan sebagai permainan penutup untuk sesi

pagi, 3 Mei 2010 maka kami sekumpulan telah berpakat pada hari sebelumnya

untuk menandakan dahulu kawasan gelanggang dengan menggunakan batu dan

tali. Kawasan gelanggang sepatutnya ditandakan dengan skitel dan tepung namun

setelah mengambil kira banyak faktor dan risiko contohhya, apabila hujan turun dan

kawasan padang menjadi becak, maka akan sia-sialah usaha kami menyiapkan

kawasan gelanggang tersebut. masalah timbul pada hari pertandingan dimana para

peserta dengan sengaja memasuki atau melintasi kawasan gelanggang kami yang

telah ditanda dengan tali dan batu tadi lalu menyebabkan ukuran yang telah dibuat

sebelum ini menjadi kucar-kacir. Setiap kali peserta bergerak untuk bermain

permainan tradisional yang lain, mereka akan melintasi kawasan yang sama

sehingga ahli kumpulan kami terpaksa membetulkan semula ukuran yang telah

dibuat.

CADANGAN

            Penyelesaian adalah perlu bagi mengelak masalah-masalah seperti yang

disebutkan daripada berulang pada masa hadapan. Berikut merupakan antara

cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh pihak pengelola pada masa

hadapan iaitu, yang pertama hal berkaitan pengurusan masa. Pihak peserta

mungkin datang lewat pada awal pagi kerana bersarapan, maka pihak pengelola

Page 5: REFLEKSI INDIVIDU

harus melihat kepada perkara ini dan melakukan sesuatu mengenainya. Sebagai

cadangan, pihak pengelola boleh memberitahu dan menyediakan sarapan kepada

peserta di tempat pertandingan. Bagi peserta yang sengaja datang lewat pula,

wujudkan satu peraturan tegas dan nyatakan di dalam borang peserta bahawa

peserta yang lewat mendaftarkan diri akan dibatalkan penyertaan kumpulannya. Ini

akan menyebabkan setiap ahli rasa bertanggungjawab tentang kumpulan dan tidak

mementingkan diri sendiri sahaja.

            Cadangan kedua ialah berkenaan dengan masalah dalam kumpulan. Pihak

pengelola sepatutnya sedar dan harus mengambilkira akan faktor perbezaan

individu seperti jantina, saiz dan bentuk badan peserta. Mungkin peserta tidak patut

ditentukan kumpulannnya dan dibiarkan bertanding mengikut kelas mereka. dengan

ini, peserta akan memilih calon yang sesuai dari segi jantina  dan saiz badan

sebagai wakil bagi permainan seperti tarik upih ini. Selain itu, pastikan bilangan ahli

wanita dan lelaki adalah seimbang bagi mengelakkan sebarang bentuk bantahan

samada sebelum, semasa dan selepas pertandingan dijalankan.

            Cadangan seterusnya ialah berkenaan dengan kawasan gelanggang. Bagi

mengelakkan kawasan permainan dilintasi atau dirosakkan oleh peserta, tandakan

pita keselamatan disekeliling kawasan gelanggang dan letakkan notis atau tanda

peringatan yang bertindak sebagai amaran kepada para peserta melainkan pihak

penganjur sahaja

            kesimpulannya, sesuatu projek mahupun pertandingan itu memerlukan

perancangan yang rapi dimana ia merupaka elemen terpenting dalam bidang

pengurusan terutamanya dalam dunia sukan. Setiap kelemahan yang timbul selepas

sesuatu pertandingan itu harus diperbaiki dimana ia akan bertindak sebagai sebuah

panduan agar perjalanan pertandingan pada masa akan datang akan berjalan

dengan lebih lancar.