reaksi masyarakat tempatan terhadap perluasan kuasa barat

40
SUBJEK : SEJARAH DUNIA TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA TAJUK : REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT TAJUK SOALAN : BINCANGKAN REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA PADA ABAD KE-19 HINGGA ABAD KE-20 DAN KESANNYA. DISEDIAKAN OLEH : RODHIATUL WAHDHIHAH BINTI ESMAIL KELAS : 6 RENDAH ZA’BA

Upload: suziana15

Post on 13-Apr-2017

2.233 views

Category:

Education


67 download

TRANSCRIPT

TEORI WUJUD TUHAN

SUBJEK : SEJARAH DUNIA

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

TAJUK : REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PELUASAN KUASA BARAT

TAJUK SOALAN : BINCANGKAN REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT DI CHINA PADA ABAD KE-19 HINGGA ABAD KE-20 DAN KESANNYA.

DISEDIAKAN OLEH : RODHIATUL WAHDHIHAH BINTI ESMAIL

KELAS : 6 RENDAH ZABA

1

LATAR BELAKANG1. Pada akhir abad ke-18, kuasa-kuasa Barat berminat untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan China.2.Walau bagaimanapun, kuasa-kuasa Barat menghadapi kesukaran untuk berdagang kerana kerajaan China yang pernah diperintah oleh Dinasti Manchu (1644-1911) mengamalkan dasar tutup pintu.3. Kerajaan China melarang saudagar-saudagar British berdagang di mana-mana pelabuhan kecuali Canton.

2

6. Sikap angkuh Kerajaan China menyebabkan British terpaksa menggunakan kekerasan bagi memaksa Kerajaan China membuka pintu kepada kuasa-kuasa Barat.

4. Selain itu, pedagang-pedagang Barat hanya dibenarkan menjalankan perdagangan melalui Co-hong.5. British dan kuasa-kuasa Barat yang lain berusaha untuk mempengaruhi Kerajaan Manchu supaya mengubah sikap mereka tetapi gagal.

3

Perang candu pertama (1839-1842)

1. Dikenali sebagai peperangan inggeris-china pertama.2. Tercetus ekoran daripada pertembungan antara dua kebudayaan yang bertentangan.3. Menyebabkan kuasa-kuasa barat mula bertapak di negara china.4. Menyebabkan dinasti Manchu telah mengalami kemerosotan.5. Tercetus disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kemasukan chandu, sekatan kerajaan china terhadap pedagangan asing, konsep pedagangan yang bertentangan, sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan, pertentangan undang-undang dan kekejaman undang-undang china.

4

Faktor-faktor perang candu pertama(1839-1842)1. Sekatan terhadap perdagangan asing.2. Sistem hubungan antarabangsa yang bertentangan. 3. Pertentangan konsep undang-undang. 4. Konsep perdagangan yang bertentangan.5. Kekejaman undang-undang China.6. Kemasukan Candu.7. Tindakan Lin Tsu-Hse.

5

ISU PERDAGANGAN

1.Pedagang Barat terutamanya British mengharapkan keuntungan perdagangan yang berlipat ganda jika mereka dapat menjalankan perdagangan dengan negara China tetapi tidak berjaya. Ini disebabkan Kerajaan Manchu mengamalkan dasar tutup pintu..Pemerintah China mengenakan pelbagai sekatan ke atas pedagang asing dan dibenarkan melaksanakan urus niaga dengan China melalui pelabuhan Canton..Kilang asing tidak boleh mengupah pembantu rumah dan hanya dibenarkan mengambil pekerja lelaki tidak melebihi lapan orang..Pedagang asing tidak dibenarkan membawa wanita dan senjata ke China dan dilarang berkahwin dengan wanita tempatan.

6

ISU PERUNDANGAN

.Doktrin bertanggungjawab berkumpulan diamalkan di China. Menurut doktrin ini, sekiranya seseorang individu melakukan kesalahan atau tidak dapat dikesan maka kumpulannya bertanggungjawab secara kolektif untuk menyerahkan salah seorang daripada mereka untuk menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan itu..Pihak Barat cuba melindungi rakyat mereka menerusi pelbagai keistimewaan seperti hak wilayah asingan yang membolehkan rakyat mereka tidak dibicarakan oleh mahkamah China..Seperti kes kelasi British yang mabuk terlibat dalam pembunuhan Lin Wei His di Kowloon. Penguasa Birtish Charles Elliot meminta kelasi tersebut dibicarakan mengikut undang-undang Bitish dan didapati bersalah dan didenda 50 paun dan tiga bulan penjara..Namun begitu, Pihak Berkuasa China tetap menuntut agar pesalah tersebut diserahkan kepada mereka untuk diadili mengikut undang-undang negara China.

7

ISU CANDU

.Kemasukan candu mengakibatkan pengaliran wang keluar dengan banyak kerana nilai import candu melebihi eksport teh dan sutera..Maharaja Tao Kuang telah mengeluarkan perintah yang mengharamkan penggunaan dan perniagaan Candu. Beliau juga mengawal rapi aktiviti penyeludupan candu..Kerajaan China melantik Lin Tsu-hse sebagai Pesuruhjaya Canton. Beliau mengarahkan supaya candu tidak dibenarkan dibawa masuk ke China. .Pedagang asing dikehendaki menandatangani surat akuan yang menyatakan mereka tidak akan menjalankan perdagangan candu..Candu perlu diserahkan kepada pihak berkuasa China dan jumlah candu yang diserahkan itu dibayar dengan teh bergantung kepada jumlah teh yang diserahkan.

8

ISU AGAMA KRISTIAN

. Perasaan anti asing bertambah kerana kegiatan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman, luar dari Canton. Ramai rakyat China yang berjaya dikristiankan. Perkembangan ini mengancam kebudayaan dan tradisi orang China yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan Taoisme.. Seorang mubaligh Perancis, Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak yang menentang kerajaan China.

9

ISU AGAMAKRISTIAN

3. Selain membina gereja-gereja baru, mubaligh kristian dikatakan melindungi orang Cina yang memeluk agama Kristian. Kemuncak kepada isu agama Kristian ialah pembunuhan di Tientsin pada tahun 1870 yang menyebabkan paderi, rahib, dan pegawai Barat dibunuh, gereja turut dibakar oleh orang China.4. Kehadiran gerakan mubaligh Kristian di kawasan pedalaman China mendekatkan mereka dengan penduduk tempatan. Namun, gerakan Kristian gagal menarik ramai orang China menganut agama Kristian. Pelbagai usaha dilakukan seperti mendirikan sekolah, hospital, membantu mangsa bencana alam, dan menjaga anak yatim tetapi gagal dalam misi mereka menarik lebih ramai orang China menganut agama Kristian.

10

Kesan perang candu pertamaekonomisosialpolitik

11

POLITIKsosialekonomiKedaulatan Negara China terjejas.Perjanjian dengan kuasa-kuasa barat.Dasar tutup pintu tamat.Kemerosotan Dinasti Manchu.Muncul gerakan menguatkan diri.Penyebaran agama Kristian.Penghapusan kuasa kowtowMonopoli Co-Hong dimansuhkan.Muncul golongan pedagang baharu.Perniagaan candu meningkat.Ekonomi China terjejas.Konsep pedagangan bebas diterima.

12

Perang Candu Kedua (1856-1860)Tercetus pada tahun 1856 merupakan rentetan daripada perang Candu Pertama.Perang Candu Pertama berakhir apabila Kerajaan China dan British bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842.Perjanjian ini gagal menyelesaikan masalah dan pertikaian antara kuasa-kuasa Barat dan Negara China.Kerajaan China bertindak tidak menghormati syarat-syarat perjanjian yang dipersetujui dengan kuasa-kuasa barat.Sebaliknya, Kerajaan China bertindak menyekat perluasan pengaruh kuasa-kuasa Barat di China.Kerajaan China tidak mematuhi hubungan diplomatik berdasarkan persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat.Perkembangan ini mengeruhkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat dengan Negara China dan akhirnya tercetus perang antara kedua-dua pihak.Semasa perang Inggeris-China ke-2, Britain bekerjasama dengan Perancis dalam menggunakan kekerasan terhadap China.Dalam pada itu, Amerika Syarikat dan Rusia menggunakan kesempatan tersebut bagi menyemak semula perjanjian-perjanjian yang telah dibuat di Negara China. Negara China telah tewas dalam perang tersebut dan ini telah menyebabkan kemerosotan kuasa dan maruah Dinasti Manchu.

13

Faktor-faktor Perang Candu Kedua (1856-1860)

1. Kepentingan perdagangan.2. Hubungan diplomatik yang renggang.3. Sikap anti orang asing.4. Rasa tidak puas hati terhadap perjanjian Nanking.5. Perdagangan Candu.

14

1.KEPENTINGAN PERDAGANGAN

.Kuasa-kuasa Barat ingin meluaskan kepentingan perdagangan masing-masing selaras dengan dasar perdagangan bebas yang telah diamalkan oleh mereka..Pembukaan 5 buah pelabuhan, iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai kepada perdagangan asing masih tidak memuaskan pedagang-pedagang asing..Mereka hanya dibenarkan mengadakan hubungan perdagangan melalui kesatuan saudagar China yang dikenali sebagai Co-hong.

15

2.HUBUNGAN DIPLOMATIK YANG RENGGANG

.Sikap permusuhan yang ditonjolkan oleh orang Cina terhadap kuasa-kuasa asing menyebabkan hubungan semakin renggang..Tindakan Kerajaan China enggan menerima perwakilan asing telah memburukkan hubungan antara mereka..Percubaan Pesuruhjaya Amerika Syarikat, Peter Parker untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai China tidak mencapai kejayaan.

16

3.SIKAP ANTI ORANG ASING

Sikap anti orang asing yang menebal dalam kalangan orang Cina telah menimbulkan rasa tidak puas hati kuasa-kuasa Barat..Pada tahun 1847, tentera British menyerang pelabuhan Canton ekoran sikap penduduk Canton yang enggan membenarkan pedagang-pedagang British dengan bebas..Hsu Kuang Ching dan Yeh Ming Chen yang merupakan pegawai hal ehwal luar Canton mengamalkan sikap anti orang asing.

17

4.RASA TIDAK PUAS HATI TERHADAP PERJANJIAN NANKING

1.Syarat-syarat perjanjian Nanking menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kuasa-kuasa Barat terhadap Kerajaan China..Pembukaan 5 buah pelabuhan masih tidak memuaskan hati pedagang-pedagang Barat..Pihak British mendesak Kerajaan China memberikan lebih banyak hak keistimewaan kepada mereka..Kerajaan China tidak berpuas hati dengan Perjanjian Nanking yang langsung tidak menyentuh tentang perdagangan candu.

18

5.PERDAGANGAN CANDU

.Kerajaan China bertindak mengeluarkan perintah mengharamkan perdagangan candu selepas Perang Candu Pertama..Namun demikian, kuasa-kuasa Barat terutamanya British masih meneruskan perdagangan candu yang mendapat keuntungan yang lumayan..Perdagangan candu telah meningkat daripada 46 000 buah peti candu pada tahun 1848 kepada 52 929 buah peti candu pada tahun 1850.

19

20

Kerajaan China menghadapi beberapa pemberontakan dalam negeri seperti Pemberontakan Taiping (1851-1864)Putera Kung (1833-1898), Tseng Kou-Fan (1811-1872), Li Hung-Chang (1823-1901) dan Tso Tsung-Tang (1812-1885) sedar untuk memodenkan China.China telah melahirkan rancangan pemodenan yang dikenali sebagai Gerakan Menguatkan Diri. (Pengasas: Feng Kuei-fen).Feng Kuei-fen berpendapat bahawa negara China harus memperoleh ilmu daripada negara-negara Barat untuk memodenkan China.Gerakan ini dilaksanakan mulai tahun 1861-1895.Antara langkah yang diambil untuk menguatkan diri dalam bidang diplomatik, pendidikan, ketenteraan, ekonomi, pentadbiran serta sistem perhubungan dan pengangkutan.GERAKAN MENGUATKAN DIRI (1861-1895)

21

Pembinaan kilang senjataPenubuhan sekolah & biro penterjemahanPembinaan limbungan kapalPenubuhan angkatan tentera lautPenghantaran pegawai-pegawai ke luar negara.Kejayaan gerakan menguatkan diri

22

diplomatikPenubuhan Tsugli yamenPelantikan pesuruhjaya perdaganganPenubuhan pejabat perwakilan asing

23

Penubuhan Maktab BahasaProgram menghantar pelajar ke luar negara

pendidikan

24

Ketiadaan pemimpin nasional yang cekap.Tentangan daripada golongan konservatif.Masalah kewangan.Ketiadaan penyelarasan.Kesan imperialisme Barat & Jepun.Pemodenan terhad.Kelemahan kerajaan Manchu.Faktor kegagalan gerakan menguatkan diri

25

Gerakan islah 1898Disebabkan oleh kekalahan negara china-jepun (1894-1895)Juga dikenali sebagai gerakan pemulihan 100 hari.Matlamat utamanya adalah untuk melakukan pembaharuan dalam institusi-institusi politik dan sosial berasaskan sistem barat bagi membentuk sebuah negara yang kuat dan moden.Dipimpin oleh golongan reformis radikal di bawah pimpinan kang yu-wei.

26

Faktor-faktor pelaksanaan gerakan islahKegagalan gerakan menguatkan diriPeranan golongan reformisPeranan golongan pelajar

27

Pelaksanaan gerakan islahPentadbiran:

Institusi pentadbiran kerajaan ditubuhkan (12 biro)Jabatan kurang penting dimansuhkan (lembaga jamuan, lembaga penyembahan korban, lembaga kehakiman, jabatan perayaan negara)Cara pentadbiran baru diperkenalkan.Rakyat digalakkan mengemukakan cadangan-cadangan berkaitan dengan isu-isu politik, sosial dan ekonomi kepada kerajaan.

28

Pendidikan:Maktab dan sekolah-sekolah moden menekankan pengajian barat ditubuhkan di peringkat wilayah.Sekolah menengah dan rendah ditubuhkan.Peperiksaan khas dalam bidang ekonomi & politik diperkenalkan.Karangan 8 perkara dalam sistem peperiksaan awam digantikan dengan karangan mengenai hal ehwal semasa.Ekonomi:Mengalakkan pembinaan landasan keretapi & jalan raya.Memperkenalkan perkhidmatan pos.Menyediakan belanjawan.

29

Undang-undang:Membaiki & memudahkan kanun undang-undang.

Ketenteraan:Menyusun semula tentera darat & undang-undang.

30

Faktor-faktor kegagalan gerakan islah

KELEMAHAN PEMIMPIN GERAKAN ISLAHTENTANGAN DARIPADA GOLONGAN KONSERVATIFTentangan daripada maharani dowagerTentangan daripada pegawai ManchuKetiadaan sokongan rakyatKonflik perkauman

31

Pemberontakan boxerBertujuan untuk menghalau orang asing dari negara China dan membunuh orang Cina yang beragama Kristian.Reaksi orang Cina terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa-kuasa asing terhadap kerajaan China.Anggota Gerakan Boxer menggangap orang asing bertanggungjawab terhadap keruntuhan kerajaan Manchu.Berasal daripada sebuah kongsi gelap Cina yang dikenali sebagai I Ho Chuan (Persatuan tinju keadilan & keharmonian).Menjelang 1818, pengaruh Persatuan I Ho Chuan merebak kepada wilayah Chihli.Pemberontakan Boxer meletakkan asas bagi kejatuhan kerajaan Manhu & kemunculan Kerajaan Republik di negara China.

32

Faktor-faktor Pemberontakan BoxerSentimen anti orang asingSentiment anti kristianPenguasaan ekonomi oleh kuasa asingMasalah kewanganBencana alamSokongan istana

33

Kesan pemberontakan boxer

Kemerosotan kerajaan ManchuKemerosotan maruah kerajaan ManchuMasalah kewangan kerajaan ManchuPerang rusia-jepun meletusMuncul gerakan pembaharuanGerakan pembaharuan ching (1901-1911)

34

LANGKAH-LANGKAH PEMBAHARUANPENDIDIKAN:

1. Matlamat utama adalah untuk melatih pegawai-pegawai kerajaan yang lebih cekap.2. Pada tahun 1904, sistem pendidikan yang moden diperkenalkan oleh kerajaan Manchu berdasarkan model pendidikan Jepun.3. Sistem pendidikan merangkumi 4 tahap iaitu:TAHAPINSTITUSITEMPOH PENGAJIAN1SEKOLAH RENDAH4 TAHUN2SEKOLAH MENENGAH5 TAHUN3SEKOLAH TINGGI/MAKTAB3 TAHUN4UNIVERSITI PEKING3 TAHUN

35

4. 1905 Peperiksaan Perkhidmatan Awam kerajaan yang berdasarkan kitab-kitab klasik Cina dimansuhkan.5. 1906 Kementerian Pendidikan ditubuhkan.6. Kerajaan Manchu menghantar banyak pelajar untuk menuntut di luar negara.

KETENTERAAN:1. Yuan Shih-kai dilantik untuk merancang & melaksanakan program-program ketenteraan.2. Langkah-langkah yang dilaksanakan ialah:a) Merombak struktur angkatan tentera berdasarkan modul ketenteraan barat.b) Membesar & memodenkan angkatan tentera barat.c) Memperkenal senjata moden dari negara barat.

36

3. Sekolah-sekolah tentera moden ditubukan.4. 1909 700 pegawai tentera China dihantar ke Jepun untuk menjalani latihan.5. 1906 Kementerian Pertahanan ditubuhkan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan.PERLEMBAGAAN:Sebuah jawatankuasa ditubuhkan terdiri daripada 5 orang anggota di bawah pimpinan Tsai Tse untuk mengkaji perlembagaan negara-negara asing.Anggota-anggota tersebut dihantar ke Jepun, Britain, Perancis, Belgium, Austria dan Itali untuk mengkaji perlembagaan negara-negara tersebut.1908 Kerajaan Manchu meluluskan undang-undang bagi penubuhan Majlis Perhimpunan Wilayah.1909 MPW mengadakan persidangan pertama untuk menubuhkan sebuah Parlimen.

37

EKONOMI:1903 Penubuhan Kementerian Perdagangan di Peking.Menukarkan nama kepada Kementerian Pertanian, Perindustrian & Perdagangan.Pengusaha-pengusaha tempatan digalakkan menubuhkan kilang-kilang.1903 Yuan Shih-kai mengadakan satu pameran perindustrian di Tiensin.Menjelang 1991, kerajaan membina landasan keretapi sepanjang 9600 km.SOSIAL:Melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial.Menghapuskan amalan mengikat kaki dalam kalangan wanita cina.

38

PENTADBIRAN:3. Beberapa pembaharuan dilaksanakan.4. Kementerian-kementerian baru ditubuhkan.TAHUNKEMENTERIAN1901KEMENTERIAN LUAR NEGERI1905KEMENTERIAN POLIS1906KEMENTERIAN ANGKATAN TENTERA DARAT1906KEMENTERIAN KEWANGAN

39

40