pismp sejarah ipgk rajang_ penyerahan sarawak dan sabah kepada british_ sebab-sebab penyerahan dan...

8
PISMP Sejarah IPGK Rajang Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan 1.0 PENGENALAN Charles Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British pada 8 Februari 1946. Namun, penyerahan ini telah mendapat bantahan yang hebat oleh rakyat tempatan. Ekoran bantahan tersebut, Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri yang kemudiannya bersidang selama tiga hari dengan keputusan 18 menyokong dan 16 menentang. Pada 1 Julai 1946, Sarawak telah diisytiharkan sebagai Jajahan Mahkota British. Manakala, di Sabah, British telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBUB) pada 26 Jun 1946. Pada 15 Julai 1946, Borneo Utara secara rasminya diisytiharkan menjadi tanah jajahan British. Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British ini berlaku atas beberapa sebab, sama ada faktor dalaman atau luaran. Penyerahan Sarawak misalnya, berlaku disebabkan oleh masalah dalaman yang berlaku dalam keluarga Brooke, keadaan Sarawak selepas pendudukan Jepun dan sejarah hubungan diplomatik antara British dan Sarawak. Begitu juga, penyerahan Sabah kepada British adalah disebabkan kerosakan yang dialami selepas pendudukan Jepun, hubungan erat SBUB dengan kerajaan British dan sistem pentadbiran SBUB yang lapuk dan ketinggalan zaman dan kepentingan ekonomi British sendiri di Sabah. Sebabsebab penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam tugasan ini. Begitu juga, penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British ini telah mendapat reaksi daripada rakyat tempatan. Segelintir rakyat menerima penyerahan ini, tetapi sebilangan besar rakyat menentang penyerahan tersebut. Di Sarawak, penyerahan ini telah mendapat tentangan hebat khasnya dari masyarakat Melayu dan Iban. Manakala, hal yang sebaliknya berlaku di Sabah. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarang bantahan yang berkesan. Bantahan yang dilakukan hanyalah penentangan yang dilakukan oleh waris Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah merupakan kepunyaan mereka. Dalam tugasan ini, reaksireaksi rakyat tempatan terhadap penyerahan ini akan dianalisis secara kritikal. 2.0 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH 2.1 SebabSebab Penyerahan Sarawak telah dibebaskan dari cengkaman Jepun oleh tentera Australia dan askaraskar Pihak Berikat pada tahun 1945. Setelah kekalahan Jepun, Pentadbiran Tentera British (BMA) telah diperkenalkan di Sarawak pada November 1945. Sarawak telah diletakkan di bawah BMA sehingga tahun 1946. Menurut Sheela (1993), semasa pendudukan Jepun, Charles Vyner Brooke menetap di Australia untuk meneruskan usahanya dalam menguruskan masa depan Sarawak. Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawak hanya selepas pemerintahan BMA ditamatkan. Sebelum Charles Vyner Brooke kembali ke Sarawak, satu rundingan telah diadakan di antara beliau dengan pihak British yang akhirnya membawa kepada keputusannya untuk menyerahkan Sarawak kepada British. Hal ini turut disokong oleh Sheela (1993), di mana beliau menyatakan bahawa rundingan telah diadakan di London untuk menyerahkan Sarawak semasa Sarawak diduduki oleh Jepun. Pengumuman penyerahan Sarawak kepada British telah dibuat oleh Charles Vyner Brooke pada 8 Februari 1946 di London. Namun, PISMP SEJARAH TAHNIAH ! ANDA PENGUNJUNG KE 1 2 1 2 PPISMP Semester Satu SJH1101 Pengantar Sejarah SJH1102 Sejarah Sosioekonomi Malaysia Sehingga 1970 Semester Dua SJH1103 Sejarah Politik Malaysia Sehingga Awal Abad Ke 20 SJH1104 Pembinaan Negara Bangsa SJH1106 Sejarah Asia PROFORMA PPISMP & PISMP SEJARAH 2015 (14) February (13) Kajian Lapangan Pembelajara n Di Sekolah Jenis Keba... SK Bandar Bintangor, Bintangor SJK (C) Kwang Chien SK St. Anne, ARKIB BLOG PISMP SEJARAH 0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Upload: kirthana-sivaraman

Post on 16-Jan-2016

109 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

bhjbbhk

TRANSCRIPT

Page 1: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 1/8

PISMP Sejarah IPGK Rajang

Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British:SebabSebab Penyerahan dan Reaksi RakyatTempatan

1.0 PENGENALANCharles Vyner Brooke telah mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British pada 8Februari 1946. Namun, penyerahan ini telah mendapat bantahan yang hebat oleh rakyattempatan. Ekoran bantahan tersebut, Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeriyang kemudiannya bersidang selama tiga hari dengan keputusan 18 menyokong dan 16menentang. Pada 1 Julai 1946, Sarawak telah diisytiharkan sebagai Jajahan MahkotaBritish. Manakala, di Sabah, British telah menandatangani perjanjian dengan SyarikatBerpiagam Borneo Utara (SBUB) pada 26 Jun 1946. Pada 15 Julai 1946, Borneo Utarasecara rasminya diisytiharkan menjadi tanah jajahan British.

Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British ini berlaku atas beberapa sebab,sama ada faktor dalaman atau luaran. Penyerahan Sarawak misalnya, berlaku disebabkanoleh masalah dalaman yang berlaku dalam keluarga Brooke, keadaan Sarawak selepaspendudukan Jepun dan sejarah hubungan diplomatik antara British dan Sarawak. Begitujuga, penyerahan Sabah kepada British adalah disebabkan kerosakan yang dialami selepaspendudukan Jepun, hubungan erat SBUB dengan kerajaan British dan sistem pentadbiranSBUB yang lapuk dan ketinggalan zaman dan kepentingan ekonomi British sendiri di Sabah.Sebabsebab penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British akan dibincangkan denganlebih lanjut dalam tugasan ini.

Begitu juga, penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British ini telah mendapatreaksi daripada rakyat tempatan. Segelintir rakyat menerima penyerahan ini, tetapisebilangan besar rakyat menentang penyerahan tersebut. Di Sarawak, penyerahan ini telahmendapat tentangan hebat khasnya dari masyarakat Melayu dan Iban. Manakala, hal yangsebaliknya berlaku di Sabah. Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarangbantahan yang berkesan. Bantahan yang dilakukan hanyalah penentangan yang dilakukanoleh waris Kesultanan Sulu yang mendakwa Sabah merupakan kepunyaan mereka. Dalamtugasan ini, reaksireaksi rakyat tempatan terhadap penyerahan ini akan dianalisis secarakritikal.

2.0 PENYERAHAN SARAWAK KEPADA BRITISH2.1 SebabSebab Penyerahan

Sarawak telah dibebaskan dari cengkaman Jepun oleh tentera Australia dan askaraskarPihak Berikat pada tahun 1945. Setelah kekalahan Jepun, Pentadbiran Tentera British(BMA) telah diperkenalkan di Sarawak pada November 1945. Sarawak telah diletakkan dibawah BMA sehingga tahun 1946. Menurut Sheela (1993), semasa pendudukan Jepun,Charles Vyner Brooke menetap di Australia untuk meneruskan usahanya dalammenguruskan masa depan Sarawak. Charles Vyner Brooke kembali semula ke Sarawakhanya selepas pemerintahan BMA ditamatkan.

Sebelum Charles Vyner Brooke kembali ke Sarawak, satu rundingan telah diadakandi antara beliau dengan pihak British yang akhirnya membawa kepada keputusannya untukmenyerahkan Sarawak kepada British. Hal ini turut disokong oleh Sheela (1993), di manabeliau menyatakan bahawa rundingan telah diadakan di London untuk menyerahkanSarawak semasa Sarawak diduduki oleh Jepun. Pengumuman penyerahan Sarawak kepadaBritish telah dibuat oleh Charles Vyner Brooke pada 8 Februari 1946 di London. Namun,

PISMP SEJARAH

TAHNIAH ! ANDAPENGUNJUNG KE

1 2 1 2

PPISMP

Semester SatuSJH1101 PengantarSejarahSJH1102 SejarahSosioekonomi MalaysiaSehingga 1970

Semester DuaSJH1103 Sejarah PolitikMalaysia Sehingga AwalAbad Ke 20SJH1104 PembinaanNegara BangsaSJH1106 Sejarah Asia

PROFORMA PPISMP &PISMP SEJARAH

2015 (14) February (13)

KajianLapanganPembelajaran Di SekolahJenis Keba...

SK BandarBintangor,Bintangor

SJK (C) KwangChien

SK St. Anne,

ARKIB BLOG

PISMP SEJARAH

0 More Next Blog» Create Blog Sign In

Page 2: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 2/8

penyerahan ini telah mendapat bantahan yang hebat oleh rakyat tempatan. Ekoran bantahantersebut, Charles Vyner Brooke merujuk kepada Majlis Negeri yang kemudiannya bersidangselama tiga hari dengan keputusan 18 menyokong dan 16 menentang. Walaubagaimanapun, merujuk kepada buku Malaysia Kita (1991), persidangan ini hanyalah untukmengaburi pandangan masyarakat antarabangsa dan tempatan. Akhirnya, pada 1 Julai1946, Sarawak telah diisytiharkan sebagai Jajahan Mahkota British.

Sesungguhnya, penyerahan Sarawak kepada British adalah disebabkan olehbeberapa faktor penting. Pertama, masalah dalaman yang dihadapi oleh keluarga Brooke;kedua, berkait rapat dengan sejarah hubungan diplomatik di antara Sarawak dengan Britain;yang ketiga, kedudukan serta keadaan Sarawak selepas pendudukan Jepun; danseterusnya ialah kepentingan ekonomi British di Sarawak. Masalah dalaman keluargaBrooke berpunca daripada konflik di antara Charles Vyner Brooke dengan adiknya, BetramBrooke. Konflik keduaduanya telah merumitkan lagi pentadbiran di British. Keadaan inidiburukkan lagi apabila Charles Vyner Brooke telah menggubal Perlembangan 1941 tanpaberbincang dengan Betram Brooke. Begitu juga, pada tahun 1946, Charles Vyner Brooketelah mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarawak kepada British tanpa memberitahuadiknya.

Charles Vyner Brooke tidak memiliki anak lelaki untuk mewarisi takhtanya.Keadaannya yang uzur telah membuatkannya berpendapat bahawa pilihan untukmenyerahkan Sarawak kepada British adalah satu pilihan yang tepat dan sesuai denganmasanya. Manakala, Betram Brooke mempunyai seorang anak lelaki yang bernamaAnthony Brooke. Walau bagaimanapun, Charles Vyner Brooke mendapati Anthony tidaksesuai dengan sikap dan pendiriannya. Anthony bersikap kasar dan berlaku curang. Mac1939, Anthony telah dilantik sebagai Raja Muda Sarawak, tetapi dipecat disebabkan olehperlakuannya yang kasar dan curang tersebut. Sheela (1993), turut mengatakan bahawaCharles Vyner Brooke tidak mempunyai keyakinan atas Anthony Brooke untukmenggantikan takhta kerajaan Sarawak. Masalah dalaman keluarga Brooke inilah yang telahmendorong Charles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British.

Seterusnya, perlu kita ketahui bahawa Sarawak sudah mempunyai perhubunganrasmi dengan Britain semenjak tahun 1888 sebagai negeri lindungan. Perlindungan ini telahmemberi kuasa kepada pihak British untuk mengawal hal ehwal negeri Sarawak danmenyatakan bahawa Sarawak tidak boleh diserahkan atau digadaikan kepada manamanapihak tanpa persetujuan British. Menurut Sheela (1993), campur tangan British lebih meluaslagi apabila satu perjanjian telah ditandatangani pada 22 November 1941 antara CharlesVyner Brooke dengan kerajaan British. Menurut perjanjian ini, seorang wakil British akanditempatkan di Sarawak sebagai penasihat kepada Raja Sarawak. Charles Vyner Brookeberpendapat bahawa penerusan pemerintahan ‘Raja Putih’ sudah tidak sesuai lagi denganadanya kemajuan politik moden. Jelas dilihat bahawa Charles Vyner Brooke tidak berminatlagi untuk meneruskan pemerintahannya di Sarawak dan berniat untuk menjual Sarawakkepada British. Akhirnya, Charles Vyner Brooke telah menandatangani dokumen penyerahanpada 20 Mei 1946 dan Sarawak telah diisytiharkan sebagai Jajahan Mahkota British pada 1Julai 1946.

Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Sarawak telah mengalami kemusnahan yangteruk dan memerlukan perbelanjaan yang besar untuk memulihkan kembali keadaantersebut. Keluarga Brooke tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untukmenampung dan membiayai kerjakerja pemulihan tersebut. Hal ini turut dinyatakan olehSheela (1993), yang mengatakan bahawa niat Charles Vyner Brooke untuk menyerahkanSarawak adalah untuk kepentingan rakyat dan hanya kerajaan British berkemampuan untukmenanggung beban pembangunan semula dan pemulihan. Keadaan ini telah mendorongCharles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada pihak British untuk memberikuasa kepada British dalam membangunkan semula Sarawak.

Seterusnya, penyerahan Sarawak kepada British turut disebabkan oleh desakanBritish sendiri. Desakan ini berpunca daripada kepentingan ekonomi British di Sarawak, iaitujaminan pelaburan pemodal British. Pelaburan pemodal British dalam ladangladang getah,lada hitam, sagu dan kelapa kering. Mereka juga memiliki pelaburan dalam syarikatpembalakan dan petroleum. Hasil keluaran ini boleh didapati dengan mudah di Sarawak danSabah, dan keadaan ini sangat diperlukan oleh British untuk mengembangkanperindustriannya. Selain itu, Sabihah (1990), juga menyatakan bahawa penjajahan British diSarawak adalah disebabkan oleh potensi negeri ini sebagai pembekal bahan mentah dantempat pemasaran barangan keluaran Britain.

Kumpulan Sejarah PISMP

View my complete profile

Page 3: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 3/8

Kesimpulannya, penyerahan Sarawak kepada British disebabkan oleh empat faktorutama iaitu masalah dalaman yang berlaku dalam keluarga Brooke, sejarah hubungandiplomatik British dan Brooke, keadaan negeri Sarawak selepas pendudukan Jepun sertakepentingan ekonomi pihak British di Sarawak. Faktorfaktor inilah yang telah menjadipendorong kepada Charles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada British padatahun 1946.

2.2 Reaksi Rakyat Tempatan Terhadap PenyerahanPengisytiharan penyerahan Sarawak yang dilakukan oleh Charles Vyner Brooke telahmenimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat tempatan di Sarawak.Golongan yang menentang hebat penyerahan ini terdiri daripada orang Melayu dan orangIban. Gerakan penentangan ini dikenali sebagai Gerakan AntiPenyerahan (anticessionmovement). Gerakan antipenyerahan ini dilakukan atas dua sebab utama. Pertama,penyerahan Sarawak bertentangan dengan Perlembagaan 1941; dan yang kedua, CharlesVyner Brooke tidak berunding bersama pemimpin tempatan terlebih dahulu.

Menurut Sheela (1993), Charles Vyner Brooke telah menjanjikan pemerintahansendiri kepada Sarawak menjelang Perang Dunia Kedua melalui Perlembagaan 1941.Gerakan ini mahukan Brooke terus memerintah Sarawak kerana penjajahan British hanyaakan melambatkan lagi proses kemerdekaan yang ingin dicapai. Mendapatkan kemerdekaandi bawah pemerintahan Brooke dapat dilakukan dengan cara yang mudah keranapentadbiran Brooke telah menjadi semakin lemah. Namun, sekiranya Sarawak diserahkankepada British, usaha untuk mendapatkan kemerdekaan akan menjadi lebih sukar danmengambil masa yang agak lama. Begitu juga, gerakan antipenyerahan ini wujuddisebabkan oleh tindakan Charles Vyner Brooke yang menyerahkan Sarawak kepada Britishtanpa berunding atau bertanya terlebih dahulu kepada pemimpinpemimpin Bumiputera diSarawak.

Gerakan antipenyerahan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu telah diketuaioleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah (gambar; rujuk lampiran). Datu Patinggi Abang HajiAbdillah telah membuat bantahan semasa Rang UndangUndang Penyerahan dibahaskan.Penentangan ini turut dilakukan disebabkan penyerahan yang bertentangan denganPerlembagaan 1941 dan keputusan penyerahan yang dibuat tanpa berunding dengan ketuaketua bumiputera Sarawak. Begitu juga, penubuhan persatuan berkembangan secara drastikdi Sarawak rentetan daripada gerakan antipenyerahan ini. Menjelang awal tahun 1947,sebanyak 52 buah persatuan telah ditubuhkan di Sarawak dengan hasrat mementangpenyerahan Sarawak kepada British. Menurut Sabihah (1990), antara persatuan yangditubuhkan ialah Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Angkatan SemangatAnak Sarawak (ASAS), Persatuan Bumiputera Sarawak (PBS), Pergerakan Pemuda Melayu(PPM), Kesetiaan Melayu Matu, Kesetiaan Melayu Simanggang dan Persatuan DayakSarawak (PDS).

Begitu juga, penentangan ini turut dilakukan oleh masyarakat Iban di Sarawak.Menurut Sutlive Jr. (1992), dalam kalangan masyarakat Iban, persatuan yang paling kuatmenentang penyerahan Sarawak ini adalah Persatuan Dayak Sarawak (PDS). Persatuan initelah menghantar bantahan mengenai penyerahan ini melalui telegram kepada pihak British.Di samping itu, dua orang wakil masyarakat Iban iaitu Philip Jitam dan Edward Jerah jugatelah menentang penyerahan tersebut dalam sesi mengundi di Majlis Negeri pada 15 Mei1946. Selain itu, di Sibu, Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) telah merekrut sebanyak 52penghulu Iban, termasuk Temenggung Jugah dan Temenggung Koh (gambar; rujuklampiran). Keduakedua mereka mempunyai posisi yang penting dan memberikan sokonganpadu dalam pergerakan tersebut.

Selain itu, gerakan antipenyerahan tidak hanya terbatas kepada kaum lelaki sahaja.Gerakan tersebut turut disertai oleh golongan wanita. Antara golongan wanita yangmenentang hebat penyerahan Sarawak ialah Cikgu Lily Everwin (PKMS), Puan Hajah SipahTuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol (gambar; rujuk lampiran). MenurutSabihah (1990), kaum ibu yang diketuai oleh Cikgu Lily Everwin telah pergi ke rumahrumahpanjang untuk mengadakan kempen kesedaran sama ada berjalan kaki ataupun menaiki bot.Begitu juga, menurut K. C. Jong (1983), Datuk Ajibal Abol turut memainkan peranan yangpenting dalam gerakan antipenyerahan. Beliau telah mengetuai kaum wanita untukbergabung tenaga dengan gerakan antipenyerahan untuk memperjuangkan kemerdekaan

Page 4: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 4/8

Sarawak dan bukannya menjadi koloni British.

Penentangan demi penentangan telah dilakukan oleh rakyat tempatan di Sarawaksebagai tanda protes terhadap penyerahan Sarawak kepada British. Pelbagai cara telahdilakukan oleh gerakan antipenyerahan ini untuk memperjuangkan misi mereka. MenurutMohd. Hasbie (1989), golongan antipenyerahan telah menghantar surat, kawat dan telegrambantahan kepada kerajaan British, tetapi tidak diendahkan oleh British. Gerakan ini turutmenganjurkan tunjuk perasaan (gambar; rujuk lampiran) dan bertindak memulaukanperlantikan Gabenor Sarawak. Tunjuk perasaan yang terbesar berlaku di Kuching pada 1Julai 1947 yang disertai oleh PKMS, BPM dan PDS bagi membantah perlantikan CharlesArden Clarke sebagai Gabenor Sarawak yang pertama. Begitu juga, gerakan antipenyerahan bertindak menampal poster dan sepanduk di setiap kampung dan juga kampus.Antara poster yang ditampal adalah mengandungi ayat provokatif seperti “Sarawak adalahhak kami, leburkan kolonial”.

Pada mulanya, British hanya memandang ringan gerakan antipenyerahan ini keranaberpendapat bahawa penentangan yang dilakukan hanya bersifat sementara. Walaubagaimanapun, apabila penentangan demi penentangan dilakukan tanpa menunjukkanpengakhiran, British bertindak mengeluarkan Pekeliling No. 9 pada Disember 1946.Pekeliling No. 9 ini bertujuan untuk melarang kakitangan kerajaan terlibat dengan gerakanantipenyerahan. Menurut K. C. Jong (1983), akibat daripada larangan ini, sebanyak 337orang kakitangan kerajaan telah bertindak meletakkan jawatan dan keadaan inimenyebabkan sebanyak satu pertiga buah sekolah Melayu kerajaan di Sarawak terpaksaditutup.

Kemuncak gerakan antipenyerahan di Sabah adalah apabila Pergerakan PemudaMelayu (PPM), Sibu telah berhimpun secara sulit dan menubuhkan sebuah kumpulan yangdinamakan Rukun Tiga Belas. Kumpulan ini mempunyai 13 orang ahli dan diketuai olehAwang Rambli. Kumpulan yang bersifat radikal ini telah bersumpah akan menghapuskansemua pegawai Inggeris dan Datodato Melayu yang menyokong penyerahan Sarawak(Sheela, 1993: 148). Pada 3 Disember 1949, gabenor kedua Sarawak, Sir Duncan Stewarttelah mengadakan lawatan rasmi yang pertama ke Sibu. Semasa lawatan beliau, ahlikumpulan Rukun 13 iaitu Rosli Dhobi, seorang guru pelatih di Maktab Perguruan Sarawak(gambar; rujuk lampiran) telah menikam Sir Duncan Stewart dan membunuhnya. Peristiwapembunuhan ini telah menggemparkan pihak British sekaligus memberikan alasan kepadaBritish untuk bertindak secara kekerasan. Rosli Dhobi (gambar; rujuk lampiran), MorshidiSidek, Ramli Mohd Deli dan Bujang Suntong telah dikenakan hukuman gantung sampai matipada 2 Mac 1950. Seramai 15 orang lagi yang dipercayai bersuhabat dalam pembunuhantersebut turut dipenjarakan. Begitu juga, menurut Reece (1989), pada 6 Disember 1950,British telah mengharamkan Pergerakan Pemuda Melayu (PPM). Sehingga tahun 1951,selama lima tahun, gerakan antipenyerahan ini tidak membuahkan hasil. Hal ini telahmembawa kepada kelumpuhan gerakan ini secara berperingkatperingkat.

Kesimpulannya, penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkan tentanganhebat daripada rakyat tempatan di Sarawak. Golongan yang menentang terdiri daripadaorang Melayu yang diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah, orang Iban yang diketuaioleh Temenggung Jugah dan Temenggung Koh serta kaum Ibu yang diketuai oleh Cikgu LilyEverwin dan Cikgu Ajibah Abol. Begitu juga, banyak persatuan seperti PDS, PPM, PKMStelah ditubuhkan untuk menyokong gerakan antipenyerahan ini. Banyak cara yang telahdilakukan oleh gerakan antipenyerahan ini seperti menghantar telegram, surat dan kawatkepada British, menampal poster dan menggantung sepanduk di kawasan kampung sertamengadakan tunjuk perasaan. Kemuncak gerakan antipenyerahan ini adalah peristiwapembunuhan Sir Duncan Stewart di Sibu. Rentetan daripada pembunuhan tersebut, Britishmula menggunakan kekerasan untuk menghentikan gerakan antipenyerahan. Akhirnya,gerakan antipenyerahan tersebut telah dapat dilumpuhkan oleh pihak British.

3.0 PENYERAHAN SABAH KEPADA BRITISH3.1 SebabSebab Penyerahan

Seperti Sarawak, Sabah juga telah dibebaskan daripada pemerintahan Jepun oleh angkatantentera Australia. Selepas pembebasan tersebut, pentadbiran Sabah telah diambil alihsementara oleh Pentadbiran Tentera Australia. Menurut Sheela (1993), untuk memperbaikikerosakan dan memulihkan undangundang serta pentadbiran Sabah, Pentadbiran TenteraBritish telah diisytiharkan oleh Leftenan Jeneral L.J. Morshead pada 10 Jun 1945.Pemerintahan SBUB di Sabah selama 63 tahun berakhir apabila Sabah telah menjadi Tanah

Page 5: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 5/8

Jajahan British pada 15 Julai 1946. Penyerahan Sabah kepada pihak British telah didorongoleh beberapa faktor. Pertama, kerosakan yang dialami selepas pendudukan Jepun; kedua,hubungan erat British dengan SBUB; ketiga, kelemahan sistem pemerintahan SBUB; danseterusnya, kepentingan British di Sabah.

Selepas pendudukan Jepun, kerosakan akibat peperangan di Sabah adalah lebihteruk berbanding dengan keadaan di Tanah Melayu, Singapura dan Sarawak. Hal ini turutdisokong oleh Tregonning (1965), yang menyatakan bahawa Sabah ialah negeri yangterbinasa sekali akibat Perang Dunia Kedua daripada negerinegeri jajahan British yang lain.Serangan tentera Berikat telah membinasakan bandarbandar besar, perhubungan danpengeluaran hasil eksport telah diberhentikan. Kerosakan ini memerlukan perbelanjaan yangterlalu besar dan tidak mampu dipikul Kompeni. SBUB tidak mempunyai pilihan lain selaindaripada menyerahkan Sabah kepada British. Menurut Sheela (1993), Sir Neill Malcolm,pengerusi badan pengarah Kompeni menyatakan bahawa pihaknya tidak mempunyai sumberkewangan untuk membangunkan semula negeri Sabah kecuali diserahkan kepadapentadbiran Tanah Jajahan British.

Seterusnya, penyerahan Sabah dibuat hasil daripada wujudnya kerjasama yang eratdi antara Sabah dan pihak British. Pada tahun 1881, British telah mengurniakan sebuahPiagam kepada Syarikat Berpiagam Sabah. Keadaan ini sebenarnya telah memperlihatkanpenguasaan British terhadap Syarikat tersebut. Sama seperti Perjanjian 1888 di Sarawak,Piagam tersebut telah mengikat Syarikat untuk memberikan hak istimewa kepadawarganegara British dan Syarikat tidak boleh menjualkan atau menyerahkan Sabah kepadakuasa asing. Begitu juga, pada tahun 1888, Sabah telah menjadi negeri naungan British,sekaligus memberikan kuasa kepada British untuk menguasai perhubungan luar negeri danpertahanan Sabah (Siti Aidah, 2007). Keadaan ini lah yang telah mendorong Syarikat untukmenyerahkan Sabah kepada British pada tahun 1946.

Selain itu, kelemahan sistem pentadbiran SBUB juga telah menjadi satu faktorpenting dalam penyerahan Sabah kepada British. SBUB telah mentadbir Sabah selama lebih60 tahun. Dalam usia ini, pentadbiran SBUB di Sabah telah menjadi usang dan ketinggalanzaman. Seiring dengan perkembangan politik moden, sistem pentadbiran yang dilaksanakanoleh SBUB menjadi tidak relevan dan memerlukan pucuk pimpinan yang baharu. MenurutBuyong Aidil (1981), rundingan penyerahan hak tersebut telah dibuat di London. SetiausahaTanah Jajahan telah mengisytiharkan kepada Dewan Rakyat mengenai perjanjian mengambilalih Sabah daripada kompeni pada 26 Jun 1945. Kerajaan British juga turut membayar wangpendahuluan sebanyak £860,000 untuk mengurangkan beban hutang kompeni.

Begitu juga, penyerahan Sabah kepada British turut disebabkan oleh kepentinganBritish di negeri tersebut. Menurut Sheela (1993), pada mulanya kerajaan British tidakberminat untuk mengambil alih Sabah kerana Perdana Menteri Clemer Atlee pada ketika itumempunyai antidasar tanah jajahan dan sedang menyelesaikan soal pemberiankemerdekaan kepada Sri Lanka, Burma dan India. Walau bagaimanpun, setelah memikirkankedudukan negeri ini dari pelbagai aspek, khasnya dari segi ekonomi, British akhirnyamembuat keputusan untuk mengambil alih Sabah daripada SBUB. Kepentingan ekonomiBritish di Sabah jelas dilihat kerana Sabah merupakan satu negeri yang kaya dengan hasilpengeluaran seperti getah, lada hitam dan kayu balak yang amat penting bagi British untukmengembangkan perindustriannya. Justeru itu, dapat kita simpulkan bahawa penjajahanBritish di Sabah adalah disebabkan oleh potensi negeri tersebut sebagai pembekal bahanmentah dan tempat pemasaran barangan keluaran British.

Konklusinya, penyerahan Sabah kepada pihak British adalah disebabkan olehempat faktor utama. Antara faktor tersebut ialah kerosakan yang dialami oleh Sabahselepas pendudukan Jepun, hubungan erat British dengan SBUB, kelemahan sistempemerintahan SBUB sendiri dan untuk menjamin kepentingan ekonomi British di Sabah.Faktorfaktor inilah yang telah mendorong Kompeni (SBUB) untuk menyerahkan Sabahkepada British. Pada 15 Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diisytiharkan sebagaiTanah Jajahan British atau dikenali sebagai Crown Colony.

3.2 Reaksi Rakyat Tempatan Terhadap Penyerahan

Penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkan tentangan hebat oleh rakyattempatan di Sarawak. Hal yang sebaliknya pula berlaku di Sabah. Menurut Sabihah (1986),penyerahan Sabah kepada British berlaku tanpa sebarang penentangan yang berkesan. Halini berkemungkinan disebabkan oleh tahap kesedaran rakyat Sabah yang rendah mengenai

Page 6: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 6/8

kemerdekaan. Hal ini turut disokong oleh Sheela (1993), yang mengatakan bahawa rataratapenduduk Sabah tidak memahami tujuan perubahan pemerintahan daripada Kompeni kepadapemerintahan British.

Malahan, sehingga tahun 1961, Sabah masih belum mengenal pilihan raya. Hal inijelas menunjukkan bahawa perkembangan politik di Sabah telah jauh ketinggalan berbandingdengan Sarawak. Rakyat Sabah tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidangpentadbiran. Hal ini mungkin disebabkan oleh pemerintahan Kompeni yang menggunakanPiagam 1881. J. P. Ongkili (1972), turut mengatakan bahawa Piagam tahun 1881 tidakbanyak memberi peluang kepada orangorang Sabah untuk campur tangan dalampentadbiran negeri mereka.

Begitu juga, sekiranya ditinjau dari aspek kesedaran nasional, rakyat di Sabah jelasmenunjukkan kelembapan mereka. Selepas pendudukan Jepun, semangat nasionalisme diAsia Tenggara telah meluapluap, khasnya di Indonesia, Tanah Melayu dan juga Sabah. Halyang sebaliknya pula berlaku di Sabah. Menurut Sheela (1993), walaupun terdapat persatuanseperti Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah dan Barisan Pemuda Sabah yang ditubuhkanpada tahun 1946, keduadua persatuan ini tidak menjadi pendorong untuk menimbulkankesedaran nasionalisme dalam kalangan rakyat tempatan di Sabah.

Walau bagaimanapun, penyerahan Sabah kepada British telah ditentang oleh negarajiran Sabah, iaitu Kesultanan Sulu. Penentangan ini dilakukan kerana Kesultanan Sulumendakwa bahawa Sabah merupakan milik mereka. Penentangan ini langsung tidakmemberi kesan kepada penyerahan Sabah kepada British. Secara keseluruhannya,penyerahan Sabah kepada British pada 15 Julai 1946 tidak mendapat sebarang penentanganyang berkesan daripada rakyat tempatan di Sabah.

4.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, tugasan ini telah membincangkan mengenai sebabsebabpenyerahan Sarawak kepada British pada 1 Julai 1946 dan penyerahan Sabah kepadaBritish pada 15 Julai 1946. Begitu juga, tugasan ini telah menganalisis secara kritikaltentang reaksi rakyat tempatan terhadap penyerahan tersebut. Seperti yang telah dijelaskan,penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British telah didasari oleh beberapa sebab.

Penyerahan Sarawak kepada British telah didorong oleh beberapa faktor, iaitumasalah dalaman yang berlaku dalam keluarga Brooke, sejarah hubungan diplomatik Britishdan Brooke, keadaan negeri Sarawak selepas pendudukan Jepun serta kepentinganekonomi pihak British di Sarawak. Faktorfaktor inilah yang telah menjadi pendorong kepadaCharles Vyner Brooke untuk menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946.

Begitu juga, penyerahan Sabah kepada British turut didasari oleh beberapa faktor.Antara faktor tersebut ialah kerosakan yang dialami oleh Sabah selepas pendudukan Jepun,hubungan erat British dengan SBUB, kelemahan sistem pemerintahan SBUB sendiri danuntuk menjamin kepentingan ekonomi British di Sabah. Faktorfaktor inilah yang telahmendorong Kompeni (SBUB) untuk menyerahkan Sabah kepada British, di mana pada 15Julai 1946, Sabah secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan British ataudikenali sebagai Crown Colony.

Sesungguhnya, penyerahan Sarawak kepada British telah menimbulkanpenentangan yang hebat daripada rakyat tempatan di Sarawak. Penentangan tersebutdikenali sebagai gerakan antipenyerahan. Rakyat Sarawak percaya bahawa penyerahanSarawak ini jelas bertentangan dengan Perlembagaan 1941. Hal ini akan melambatkan lagiproses kemerdekaan yang diingini oleh rakyat di Sarawak. Penentangan demi penentangantelah dilakukan oleh gerakan antipenyerahan di Sarawak. Kemuncak gerakan tersebutadalah peristiwa pembunuhan Sir Duncan Stewart yang membawa kepada tindakan kerasBritish yang akhirnya melumpuhkan gerakan antipenyerahan di Sarawak.

Manakala, di Sabah, penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat sebarangtentangan yang berkesan dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan oleh rakyatSabah yang tidak mempunyai kesedaran politik dan semangat nasionalisme seperti diSarawak. Begitu juga, ketiadaan penentangan ini turut berpunca daripada akyat Sabah yangtidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang pentadbiran kerana tidak diberikan

Page 7: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 7/8

Newer Post Older PostHome

Posted by Kumpulan Sejarah PISMP

peluang untuk mentadbir semasa pemerintahan Kompeni.

Konklusinya, penyerahan Sarawak dan Sabah ini merupakan satu titik tolak kepadakebangkitan kesedaran nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan. Walaupunpenentangan yang dilakukan tidak membuahkan hasil, namun, kesedaran yang timbulsemasa gerakan tersebut merupakan satu langkah yang diperlukan oleh rakyat dalamproses mencapai kemerdekaan. Selepas penyerahan tersebut, British telah menyediakankeduadua negeri tersebut ke arah berkerajaan sendiri. Pada 16 September 1963, keduaduanegeri ini telah bergabung dengan Tanah Melayu dan Singapura untuk membentuk sebuahentiti politik yang dikenali sebagai Malaysia sehinggalah pada hari ini.

HasilTugasan Projek, Anita Dilam(PISMP Sej)

Post a Comment

No comments:

Copyright© 2014 PISMP Sejarah Ambilan Januari 2013. Awesome Inc. template. Template images by molotovcoketail. Powered by Blogger.

Page 8: PISMP Sejarah IPGK Rajang_ Penyerahan Sarawak Dan Sabah Kepada British_ Sebab-Sebab Penyerahan Dan Reaksi Rakyat Tempatan

4/21/2015 PISMP Sejarah IPGK Rajang: Penyerahan Sarawak dan Sabah kepada British: SebabSebab Penyerahan dan Reaksi Rakyat Tempatan

http://pismpsejarah.blogspot.com/2015/02/penyerahansarawakdansabahkepada.html 8/8