proposal-menambahbaik penyampaian konsep sains perubahan tenaga dengan menggunakan kit sains

43
TAJUK : MENAMBAH BAIK CARA BIMBINGAN DALAM MENGENAL PASTI PEMBOLEHUBAH SAINS DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN INKUIRI 1.0 PENDAHULUAN Dalam meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah bagi mencapai pelan tindakan pendidikan Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, pelbagai inisiatif telah dibuat terutamanya ke atas golongan pendidik. Antara program dan langkah awal yang telah dilaksanakan oleh bahagian pendidikan Malaysia ialah mewujudkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) kepada pelajar yang baru sahaja tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dengan wujudnya program seperti ini, kerajaan berharap agar mampu melahirkan golongan pendidik yang bukan sahaja berkualiti, berketerampilan bahkan telus dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan saya dalam mengikuti program ijazah sarjana muda pendidikan telah memberi satu skop lembaran dan situasi yang awal serta nyata kepada saya tentang cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang pendidik di era transisi sains dan teknologi. Lembaran dan situasi ini saya peroleh dan pelajari apabila menjalani program praktikum selama 6 bulan yang merupakan salah satu aspek yang wajib dijalani. Objektif pelaksanaan praktikum ini kepada semua

Upload: nia-iskandar

Post on 10-Jul-2016

18 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KAJIAN TINDAKAN BED IN SCINCE

TRANSCRIPT

Page 1: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

TAJUK :

MENAMBAH BAIK CARA BIMBINGAN DALAM MENGENAL PASTI

PEMBOLEHUBAH SAINS DENGAN MENGGUNAKAN PAPAN INKUIRI

1.0 PENDAHULUAN

Dalam meningkatkan kualiti guru dan pemimpin sekolah bagi mencapai pelan

tindakan pendidikan Malaysia yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Malaysia,

pelbagai inisiatif telah dibuat terutamanya ke atas golongan pendidik. Antara

program dan langkah awal yang telah dilaksanakan oleh bahagian pendidikan

Malaysia ialah mewujudkan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP)

kepada pelajar yang baru sahaja tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dengan wujudnya program seperti ini, kerajaan berharap agar mampu melahirkan

golongan pendidik yang bukan sahaja berkualiti, berketerampilan bahkan telus dalam

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pemilihan saya dalam mengikuti program ijazah sarjana muda pendidikan telah

memberi satu skop lembaran dan situasi yang awal serta nyata kepada saya tentang

cabaran dan tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang pendidik di era transisi

sains dan teknologi. Lembaran dan situasi ini saya peroleh dan pelajari apabila

menjalani program praktikum selama 6 bulan yang merupakan salah satu aspek

yang wajib dijalani. Objektif pelaksanaan praktikum ini kepada semua bakal pendidik

adalah bertujuan sebagai persediaan awal kepada guru pelatih bagi menimba

pengalaman serta ilmu sebelum menuju dan menghadapi alam perguruan guru yang

sebenar. Penempatan praktikum yang berbeza sekolah telah memberi peluang

untuk melihat pelbagai tingkah laku dan celikan murid terutamanya dalam matematik

dan sains yang menjadi petanda aras kepada kemajuan sains dan teknologi.

Sudah tentunya, menjalani praktikum memberi kesan pengalaman yang positif

mahupun negatif kepada saya terutamanya berkaitan dengan murid-murid, guru-

guru, pihak pentadbir sekolah termasuklah persekitaran sekolah. Menjalankan

praktikum di sekolah sekitar Kuala Lumpur tentunya memberi impak kepada saya

Page 2: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

sebagai tenaga pengajar. Kemudahan bilik - bilik seperti makmal sains, makmal

komputer dan bilik ICT yang terdapat di sekolah – sekolah pastinya menjadi akar

umbi kepada usaha melonjakkan kemahiran murid dalam bidang sains dan ICT.

Ketidakgunaan makmal sains di sekolah yang saya hadiri oleh guru – guru sains,

membolehkan saya mengguna pakai makmal sains secara maksimum sewaktu

tempoh mata pelajaran sains. Ini kerana menurut Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah

Osman dan Lilia Halim (2010), mendapati persekitaran makmal Sains boleh

mempengaruhi sikap pelajar terhadap Sains dan seterusnya mempengaruhi

pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Sains.

Untuk setiap kali masa pengajaran sains tahun 5, saya sering sahaja

menggunakan makmal sains untuk murid melakukan eksperimen sains. Murid –

murid akan diletakkan dalam kedudukan berkumpulan supaya mereka mudah

berbincang. Setelah melaksanakan sesuatu amali, saya akan membimbing murid

dalam mengenal pasti pembolehubah, keputusan serta kesimpulan terhadap

eksperimen yang telah dijalankan. Bagi menilai semula kefahaman murid, saya telah

memberi satu helaian kertas yang mengandungi beberapa soalan berkaitan dengan

eksperimen yang dijalankan contohnya dalam menyatakan hipotesis ataupun

hubungan, menyatakan pemboleh ubah serta inferens. Saya telah memberikan masa

kepada setiap murid untuk menyiapkan soalan. Namun begitu, saya mendapati

murid mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan. Murid juga didapati

sering tertanya – tanya serta melihat antara satu sama lain kertas soalan mereka.

Perkara ini telah menimbulkan tanda tanya dan persoalan dalam diri saya. Sewaktu

sesi penyemakan jawapan pula, saya mendapati terdapat masih ramai murid yang

belum menyiapkan soalan berkaitan mengenal pasti pembolehubah dan ada di

antara mereka memberi jawapan yang salah dan kurang tepat. Apabila bersoal

jawab, mereka mengatakan mereka tidak faham dan tidak jelas semasa bimbingan

yang disampaikan oleh saya.

Saya merasakan masalah yang dialami oleh murid adalah masalah kepada

guru. Sehubungan dengan itu, saya perlu menangani masalah yang timbul. Dalam

usaha menangani masalah murid yang tidak faham dan tidak jelas dengan

bimbingan yang disampaikan, saya sering kali mengulangi bimbingan saya dengan

penggunaan nada suara yang berbeza. Ini kerana menurut kajian yang dilakukan

Page 3: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

oleh Nor Shafrin , Fadzilah dan Rahimi (2009) intonasi suara merupakan salah satu

aspek komunikasi yang memainkan peranan yang penting dan perlu diberi

penekanan oleh setiap guru dalam pengajaran. Selain itu, saya juga turut menyuruh

murid melakukan semula aktiviti amali supaya mereka dapat melihat perkaitan yang

jelas apa yang diterangkan oleh saya, namun masih lagi tidak membantu

meningkatkan kefahaman mereka untuk menjawab soalan. Natijahnya, saya menjadi

penat dan memerlukan lebih banyak masa untuk memberi kefahaman kepada murid

untuk mengenal pasti pembolehubah dalam eksperimen. Hal ini sedikit sebanyak

mengganggu kepada kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Dalam pada itu juga, saya mendapati sewaktu murid ingin menjawab soalan

dalam kertas yang diberikan, murid sering kali bertanyakan soalan pembolehubah

kepada saya, walaupun mereka telah dibimbing sebaik sahaja mereka menjalankan

amali. Apabila soalan pembolehubah diutarakan kepada saya dan diterangkan

semula maklumat pembolehubah kepada murid, namun terdapat murid lain yang

masih mengajukan soalan yang sama kepada saya. Oleh sebab itu, saya mendapati

cara bimbingan saya untuk membantu murid mengenal pasti pembolehubah adalah

kurang berkesan untuk membantu mereka menjawab soalan pembolehubah.

Saya mengandaikan, sekiranya saya mengaplikasikan strategi bimbingan

dengan menggunakan sesuatu bahan konkrit yang efektif semasa membimbing

murid, saya dapat meningkatkan kefahaman murid dan seterusnya dapat membantu

murid menjawab soalan pembolehubah dengan betul dan tepat. Dengan

menggunakan strategi bimbingan yang berkesan, saya perlu menggunakan atau

mengaplikasikan sesuatu alat yang sesuai agar saya dapat melihat dengan jelas

kefahaman murid dalam mengenal pasti pembolehubah. Apabila murid mengenal

pasti pembolehubah dalam sesuatu amali, maka murid dapat menjawab soalan

pembolehubah dengan betul dan tepat.

Selain itu juga, saya masih lagi meneruskan kaedah bimbingan bagi membantu

murid mengenal pasti pembolehubah selepas mereka menjalankan amali. Saya perlu

memastikan bahawa penggunaan ayat yang disampaikan ringkas, padat serta jelas.

Hal ini kerana dapat membantu murid memahami maklumat yang disampaikan oleh

saya dengan lebih mudah. Selain itu, dapat mengelakkan murid berada dalam

kekeliruan ketika menjawab soalan pembolehubah. Oleh yang demikian. Kelancaran

Page 4: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

proses pengajaran dan pembelajaran dapat diwujudkan.

Setelah difikirkan kembali, saya dapati saya tidak mengaplikasikan strategi

pengajaran secara menyeluruh semasa membimbing murid. Saya juga tidak

menggunakan ayat yang jelas semasa membimbing murid mengenal pasti

pembolehubah dalam makmal sains. Oleh itu, saya percaya, sekiranya alat bantu

mengajar yang sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran semasa membimbing,

maka masalah ketidakfahaman murid dalam mengenal pasti pembolehubah dapat

dikurangkan. Apabila masalah tidak fahami murid di atasi, secara tidak langsung

murid dapat menjawab soalan pembolehubah dengan betul dan tepat serta

memahami konsep sains yang dipelajari dengan lebih mudah.

Page 5: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

2.0 FOKUS KAJIAN

Saya berhadapan dengan masalah memberi bimbingan kepada murid untuk

mengenal pasti pembolehubah dalam sains. Masalah ini dihadapi selepas murid

melakukan eksperimen secara berkumpulan dalam makmal sains. Setelah saya

memberi bimbingan untuk mengenal pasti pembolehubah, murid telah diberikan

dengan satu lembaran kertas yang mengandungi soalan yang berkaitan dengan

pembolehubah. Saya telah mengulangi memberi bimbingan beberapa kali dengan

gaya dan intonasi yang berbeza untuk memberi kefahaman kepada murid, namun

bimbingan yang diberikan masih kurang berkesan untuk menangani masalah

ketidakfahaman murid untuk menjawab soalan pembolehubah. Hal ini kerana, saya

tidak menggunakan strategi ataupun pendekatan yang sesuai semasa membimbing

murid untuk mengenal pasti pembolehubah dalam makmal sains. Oleh sebab itu,

murid tidak dapat memahami dan menjawab soalan pembolehubah dengan betul

dan tepat.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Muhamad dan Haleefa (2011), faktor-faktor

yang mempengaruhi pencapaian dalam suatu mata pelajaran bergantung pada

strategi mahupun kaedah pengajaran guru. Guru perlu mencuba berbagai-bagai

strategi dan kaedah pengajaran. Sekiranya guru hanya menggunakan satu atau dua

strategi pengajaran sahaja sepanjang masa, pelajar akan berasa jemu dan

pengajaran guru kurang berkesan. Mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran

akan menjadikan pengajaran guru menarik dan berkesan. Tidak ada satu kaedah

yang boleh dianggap kaedah terbaik. Setiap kaedah atau strategi pengajaran itu ada

kelebihan dan kekurangannya. Guru bertanggungjawab untuk mengajar pelajar

supaya memahami isi kandungan pelajaran. Pengajaran guru yang baik dan

berkesan akan meningkatkan kualiti pendidikan.

Oleh itu, bimbingan saya kepada murid untuk mengenal pasti pembolehubah

perlulah lebih padat, jelas, menarik dan lebih mudah difahami oleh murid. Ini kerana

murid-murid akan menjadi lebih berminat dan bersemangat untuk meneruskan

pembelajaran sains. Kesalahan menjawab soalan pembolehubah dengan tepat dan

betul perlulah diatasi supaya murid dapat memahami konsep sains yang dipelajari

dengan mudah. Saya perlu menjadi lebih bijak menggunakan papan inkuiri sebagai

Page 6: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

strategi pengajaran untuk membimbing murid mengenal pasti pembolehubah dalam

sains. Hal ini supaya penggunaan papan inkuiri dalam makmal sains akan menjadi

lebih berkesan. Oleh yang demikian, saya perlu memantapkan diri saya dari segi

penyampaian cara penggunaan papan inkuiri kepada murid untuk mengenal pasti

pembolehubah sains.

Sehubungan itu, kajian ini boleh ditadbir dan dilaksanakan di sekolah ini kerana

ia mempunyai kemudahan makmal sains yang dilengkapi dengan peralatan dan

bahan sains. Ini merupakan pendekatan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran

mengawal pembolehubah iaitu mengenal pasti pembolehubah apabila murid

melakukan eksperimen di dalam makmal sains.Tambahan pula, kemahiran

mengawal pembolehubah yang merupakan kemahiran proses sains bersepadu ini

dapat ditingkatkan dan dikuasai dengan lebih baik sekiranya murid dapat melakukan

eksperimen secara “hands-on” melalui penggunaan peralatan di dalam makmal

sains. Selain menyediakan ruang yang selesa. ia juga menyediakan meja yang besar

(cukup untuk 5 orang pelajar bagi satu meja), untuk proses pertukaran idea dan

maklumat setelah murid melakukan eksperimen. Kapasiti sampel yang seramai 10

orang juga sesuai untuk menjalankan kajian ini kerana ia tidak terlalu sedikit dan

tidak terlalu ramai. Jadi, agak senang untuk membuat pemerhatian ke atas mereka.

Kajian ini juga boleh dilaksanakan kerana papan inkuiri yang digunakan tidak

menggunakan kos yang tinggi memandangkan kapasiti sampel yang tidak ramai.

Kajian ini penting kepada saya untuk mengubah dan memperbaiki amalan

pengajaran saya supaya lebih baik pada masa akan datang. Kajian ini membolehkan

proses pengajaran dan pembelajaran saya lebih bermakna kerana sekiranya kajian

ini berjaya dilakukan, saya akan mengetahui bagaimana cara untuk meningkatkan

kemahiran proses sains bersepadu murid terutamanya dalam aspek mengawal

pembolehubah. Maka, saya boleh melaksanakan strategi tersebut untuk murid-murid

semasa dan selepas eksperimen dijalankan tanpa perlu mengambil masa yang

panjang untuk memberi penerangan pembolehubah kepada mereka. Kajian ini juga

penting kepada murid-murid kerana secara tidak langsung, membantu kepada

pembinaan pembelajaran secara inkuiri dalam sains.

Kajian ini juga boleh digunakan oleh guru-guru lain sebagai panduan untuk

mengubah amalan sedia ada yang tidak berkesan terutamanya dalam aspek

Page 7: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

penerangan dalam mengenal pasti pembolehubah. Walaupun kajian ini dilakukan ke

atas murid tahun 5 Cekal, namun, pelaksanaan strategi dalam kajian ini boleh

dilakukan juga kepada murid di kelas lain atau tahun-tahun lain. Contohnya, saya

juga boleh menggunakan strategi kajian ini untuk murid tahun 4 dan tahun 6.

Disebabkan fokus kajian ini tidak terlalu rumit, maka pihak sekolah dan guru-

guru lain sentiasa memberikan kerjasama. Mereka telah memberi keizinan untuk

menjalankan kajian ini kerana saya menggunakan sampel dari kelas yang saya

mengajar. Saya juga tidak perlu mengganggu guru-guru lain untuk meminjam sampel

tersebut. Justeru, saya tidak menghadapi masalah untuk membuat pemerhatian dan

sebagainya. Guru-guru di sekolah tersebut juga, terutama guru pembimbing saya

bagi mata pelajaran Sains sentiasa memberi maklum balas dan sokongan yang

membina bagi melaksanakan kajian ini.

Kajian ini relevan dilaksanakan kerana dalam kurikulum sains sekolah rendah

(KSSR), penguasaan kepada kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir,

pemahaman kepada prinsip asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni

serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian

murid diberikan penekanan di sekolah. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan terdiri

daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Kemahiran proses

sains pula terbahagi kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran

proses sains bersepadu (Ergul, Simsekli, Calis, Ozdilek dan Sanli, 2011). Kemahiran

proses sains bersepadu antaranya merangkumi mentafsir maklumat, mendefinisi

secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1993). Oleh itu, salah satu cara meningkatkan

penguasaan murid dalam aspek kemahiran mengawal pembolehubah ialah dengan

penggunaan papan inkuri. Ini kerana menurut Wilke & Straits. (2005).... “scientific

inquiry exercises typically serve as the primary source of science process skill

development and inquiry is used to teach science process skill”. Strategi ini

membolehkan murid yang berlainan tahap berupaya meningkatkan kemahiran

proses sains. Juga, mengikut kajian lepas, Wynne Harlen. (2004). “Inquiry - based

learning in science means that students develop understanding through using mental

dan physical skills to gather evidence about the natural and made world”.

Page 8: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Oleh itu, saya perlu memikirkan satu cara yang sesuai untuk menambah baik

cara saya membimbing mereka mengenal pasti pembolehubah sains. Dengan itu,

saya akan menggunakan papan inkuiri bagi membantu saya menambah baik amalan

saya sebelum ini. Jika saya menggunakan papan inkuiri dengan baik, secara tidak

langsung ia dapat membantu saya membuat perkaitan dalam eksperimen dengan

lebih baik. Dengan itu, kefahaman murid dalam mengenal pasti pembolehubah

terhadap eksperimen yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

Saya merasakan saya mempunyai masalah dalam memberi bimbingan untuk

mengenal pasti pembolehubah kepada murid. Ini dibuktikan melalui data awal

Borang PR (rujuk lampiran 1) yang dibuat oleh guru pembimbing ke atas pengajaran

saya. Menurut guru pembimbing saya di dalam pemantauan kedua praktikum 3,

menurut beliau murid kelihatan berada dalam kekeliruan dan tertanya – tanya antara

satu sama sendiri ketika untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan mengenal

pasti pembolehubah. Ini mungkin disebabkan semasa saya membimbing mereka

ayat yang disampaikan adalah tidak jelas, meleret- leret, dan mungkin terlalu sukar

difahami untuk tahap mereka. Perkara ini jelas menunjukkan, kemampuan saya

dalam aspek memberi bimbingan untuk mengenal pasti pembolehubah sains adalah

kurang baik. Penilaian markah yang diberi membantu kepada proses penilaian

kelemahan saya terutamanya dalam proses bimbingan. Juga menurut beberapa

orang murid tahun 5 Cekal (17 Februari 2013) yang saya temu bual secara tidak

langsung, mereka mengatakan mereka tidak dapat melihat begitu jelas aspek-aspek

pembolehubah dalam eksperimen ketika saya membimbing mereka. Kesannya

mereka tidak tahu apa yang perlu untuk ditulis sebagai jawapan.

Masalah yang dialami oleh saya, dibuktikan dan dikukuhkan lagi melalui data

pemerhatian senarai semak (rujuk lampiran 2) yang saya kumpulkan. Saya meminta

bantuan rakan praktikum untuk membuat pemerhatian ke atas saya. Pemerhatian

dilakukan ke atas saya sebaik sahaja murid melakukan amali sains. Berdasarkan

data yang diperoleh, saya dapat mengenal pasti tindakan yang telah saya lakukan

dan tindakan yang belum saya lakukan. Melalui senarai semak, pemerhati telah

memberikan jawapan “Ya” kepada aspek komunikasi bukan lisan seperti kontak

mata, ekspresi muka, penampilan dan pergerakan badan. Bagi respon “Tidak” yang

diberikan oleh pemerhati terhadap senarai semak adalah seperti kelancaran dan

kejelasan penerangan dan penggunaan ayat semasa bimbingan.

Page 9: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Justeru, daripada kata – kata mereka, saya kini sedar bahawa saya mempunyai

kelemahan dari aspek memberi bimbingan kepada murid untuk mengenal pasti

pembolehubah sains. Oleh itu, saya perlu menambah baik cara memberi bimbingan

dalam mengenal pasti pembolehubah supaya dapat meningkatkan kefahaman dan

membantu murid dapat menjawab soalan pembolehubah dengan betul dan tepat.

Page 10: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

Kajian difokuskan kepada cara saya menambah baik dalam memberi bimbingan

kepada murid untuk mengenal pasti pembolehubah sains. Hal ini terjadi disebabkan

saya tidak menggunakan strategi yang berkesan sewaktu membimbing murid

mengenal pasti pembolehubah. Walaupun pengulangan bimbingan telah dilakukan,

namun keberkesanan kefahaman yang diterima masih kurang baik. Tujuan

bimbingan mengenal pasti pembolehubah amali dijalankan adalah untuk memastikan

murid dapat menjawab soalan pembolehubah dengan betul. Antara tindakan yang

akan diambil bagi menambah baik bimbingan mengenal pasti pembolehubah sains

ialah dengan menggunakan satu alat yang dinamakan sebagai papan inkuiri.

Objektif kajian adalah untuk memperbaiki cara memberi bimbingan kepada murid

untuk mengenal pasti pembolehubah sains. Ini bagi meningkatkan pemahaman

murid untuk menjawab soalan pembolehubah terhadap amali yang telah dijalankan.

Saya akan berbantukan penggunaan papan inkuiri semasa memberi bimbingan

mengenal pasti pembolehubah sains.

Berikut adalah antara soalan kajian yang akan saya bina menjurus kepada fokus

kajian seperti :

Bagaimana saya dapat memperbaiki cara memberi bimbingan dalam

mengenal pasti pembolehubah sains dengan penggunaan papan inkuiri.?

Adakah saya dapat membantu murid mengenal pasti pembolehubah dalam

sesuatu eksperirmen dengan penggunaan papan inkuiri?

Page 11: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 5 Cekal sebagai kumpulan sasaran. Ini

kerana mereka merupakan kumpulan yang memiliki tahap kecerdasan kognitif yang

berbeza dan mereka merupakan kelas pertama daripada empat kelas mengikut

tahap kecerdasan pelajar yang telah di saring oleh sekolah.

Rasional saya menjadikan murid tahun 5 Cekal sebagai kumpulan sasaran atau

sampel juga adalah kerana ia merupakan salah satu kelas yang saya mengajar.

Justeru, agak senang bagi saya untuk menjalankan kajian terhadap mereka.

Kumpulan sasaran ini terdiri daripada 10 orang pelajar yang berlainan jantina.

Mereka terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan.

Pencapaian kumpulan sasaran tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

Berdasarkan data prestasi ujian bulanan mata pelajaran Sains yang saya peroleh

pada bulan Mac 2013, kebanyakannya murid dalam kumpulan sasaran memperoleh

markah dalam di antara julat di antara 50% hingga 60%. ( Rujuk lampiran ).

Page 12: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Perancangan Pelan Tindakan

Dalam kajian ini, saya ingin memperbaiki cara memberi bimbingan kepada murid dalam mengenal pasti pembolehubah sains.

Hal ini supaya dapat membantu murid menjawab soalan pembolehubah sains dengan betul dan tepat. Untuk melaksanakan kajian

ini, saya telah merancang satu pelan tindakan seperti berikut :

Berdasarkan pelan tindakan di atas, saya akan menjalankan kajian saya dalam tempoh tiga hari semasa waktu mata pelajaran

sains. Untuk setiap tempoh masa mata pelajaran sains dalam tiga hari tersebut, eksperimen yang berbeza akan saya jalankan ke

atas kumpulan sasaran. Merujuk kepada pelan tindakan yang telah dirancang, pada hari Isnin, murid akan melakukan amali untuk

menyiasat adakah luas permukaan mempengaruhi kestabilan sesuatu objek. Pada hari Selasa dan hari berikutnya pula, murid akan

Isnin

Selasa

Rabu

Eksperimen A

Menyiasat adakah luas permukaan mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.

Eksperimen B

Adakah ketinggian mempengaruhi kestabilan objek?

Eksperimen C

Menyiasat faktor – faktor yang mempengaruhi kekuatan bahan.

Papan Inkuiri

Page 13: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

melakukan amali bagi menyiasat adakah ketinggian mempengaruhi kestabilan objek dan menyiasat faktor – faktor yang

mempengaruhi kekuatan bahan. Bagi setiap eksperimen yang dilaksanakan oleh kumpulan sasaran, papan inkuiri akan digunakan

oleh guru untuk membimbing murid mengenal pasti pembolehubah sains.

Namun begitu, sebelum murid melakukan amali terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti oleh murid. Langkah – langkah ini

perlu diulangi untuk ketiga – tiga amali yang akan dijalankan oleh guru kepada murid. Carta alir di bawah menunjukkan langkah –

langkah untuk melaksanakan amali :-

Eksperimen A , Eksperimen B, Eksperimen C

LANGKAH 1

Murid membaca langkah – langkah menjalankan amali dalam kertas amali yang diberikan oleh guru.

Murid melakukan amali secara berkumpulan.

Murid memerhati

LANGKAH 2

Guru membimbing murid mengenal pasti pembolehubah amali dengan menggunakan papan inkuiri.

Guru memberi lembaran kertas yang mengandungi soalan pemboleh ubah.

LANGKAH 3

Murid menggunakan papan inkuiri untuk mengenal pasti serta menjawab soalan pembolehubah.

LANGKAH 4

Guru melakukan penyemakan jawapan soalan pembolehubah bersama murid.

.

Page 14: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

LANGKAH 1

Saya akan menyediakan segala bahan dan peralatan sains untuk murid melakukan

eksperimen iaitu adakah luas permukaan mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.

Selepas itu, murid dikehendaki membaca langkah – langkah yang perlu dilakukan

untuk menjalankan amali dalam sehelai kertas yang diberikan oleh guru. Murid

seterusnya melakukan amali secara berkumpulan. Murid memerhati dan merekod

keputusan amali dalam buku aktiviti sains.

LANGKAH 2

Setelah langkah 1 dijalankan oleh murid, saya seterusnya akan menjalankan

peringkat – peringkat dalam langkah 2. Dalam langkah 2 ini, apabila murid telah

dapat mengumpul keputusan amali, saya akan membimbing murid mengenal pasti

pembolehubah dengan menggunakan papan inkuiri.

LANGKAH 3

Setelah saya membimbing murid mengenal pasti pembolehubah dengan

menggunakan papan inkuiri, murid pula diberi peluang untuk menggunakan papan

inkuiri. Pada ketika ini, murid berbincang bersama - sama dalam mengenal pasti

pembolehubah bagi menjawab soalan pembolehubah. Murid boleh menggunakan

pelbagai strategi semasa menggunakan papan inkuiri supaya dapat menentukan

pembolehubah sains dengan cepat dan betul.

LANGKAH 4

Pada langkah empat, apabila semua murid telah dapat menjawab soalan pemboleh

ubah dengan bantuan penggunaan papan inkuiri, guru seterusnya melaksanakan

sesi penyemakan jawapan soalan pembolehubah bersama-sama murid.

Penyemakan jawapan ini adalah untuk menilai keberkesanan kefahaman murid

mengenal pasti pembolehubah melalui bimbingan yang telah saya jalankan dengan

menggunakan papan inkuiri.

LANGKAH 1

Murid membaca langkah – langkah menjalankan amali dalam kertas amali yang diberikan oleh guru.

Murid melakukan amali secara berkumpulan.

Murid memerhati

LANGKAH 2

Guru membimbing murid mengenal pasti pembolehubah amali dengan menggunakan papan inkuiri.

Guru memberi lembaran kertas yang mengandungi soalan pemboleh ubah.

LANGKAH 3

Murid menggunakan papan inkuiri untuk mengenal pasti serta menjawab soalan pembolehubah.

Page 15: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Sehubungan dengan itu, ketika murid ingin menjalankan eksperimen A,

eksperimen B dan eksperimen C , saya akan menyuruh rakan sepraktikum dan

ketua panitia sains untuk melakukan pemerhatian ke atas saya dengan

menggunakan senarai semak (Lampiran 3). Selain itu juga, saya akan menjalankan

soal selidik (Lampiran 4) ke atas murid di akhir eksperimen ke -3 untuk mendapatkan

maklum balas terhadap bimbingan yang telah saya berikan dengan menggunakan

papan inkuiri.

Justeru itu, dalam melaksanakan segala perancangan kajian tindakan saya,

saya perlu memastikan bahawa keadaan seperti persekitaran dan emosi murid

diambil kira sepanjang melakukan kajian tindakan saya. Hal ini adalah untuk

memastikan setiap langkah dalam eksperimen dapat dilakukan dengan baik dan

lancar.

Page 16: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Dalam menjalankan kajian menambah baik cara saya membimbing murid

dalam mengenal pasti pembolehubah dengan menggunakan papan inkuiri, saya

telah menggunakan beberapa kaedah cara pengumpulan data. Kaedah yang akan

saya gunakan untuk mengumpul data kajian saya ialah melalui pemerhatian senarai

semak, soal selidik dan temu bual.

Pemerhatian akan dijalankan untuk memerhatikan cara saya menambah baik

bimbingan untuk mengenal pasti pembolehubah dengan menggunakan papan inkuiri.

Pemerhatian akan dijalankan ke atas setiap eksperimen yang dilakukan oleh murid.

Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan borang senarai semak. Senarai

semak ini akan diisi oleh guru pembimbing dan rakan praktikum. Senarai semak

yang digunakan terdiri daripada beberapa aspek.

Untuk semua aspek terdiri daripada blok masa yang bermula dari 1 hingga 8.

Satu blok masa adalah bersamaan dengan 5 minit. Pada dua blok masa yang

pertama (10 minit) guru menjalankan set induksi. Blok masa ketiga merupakan

pengajaran sebenarnya. Pemerhati perlu menanda (Y) pada blok masa yang

menunjukkan saya menjalankan aspek tersebut semasa amali dijalankan.

Pemerhatian Melalui Borang Senarai Semak Eksperimen A, B dan C

5 10 15 20 25 30 35 40 minit

Aspek 1 2 3 4 5 6 7 8 Jumlah

Mengemukakan soalan yang

memerlukan murid berfikir.

X X Y Y Y Y Y Y 6/6

Meminta murid mengemukakan

soalan.

X X Y Y 2/6

Page 17: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Data juga akan dikumpulkan melalui soal selidik (rujuk lampiran 4). Borang

selidik akan diisi oleh murid dalam kelas 5 Cekal. Memandangkan sampel kajian

tindakan yang dipilih adalah murid yang agak lemah, maka soalan soal selidik hanya

memerlukan jawapan setuju atau tidak setuju. Kandungan soal selidik terdiri

daripada beberapa aspek iaitu ciri-ciri papan inkuiri dan kesan penggunaan papan

inkuiri ke atas murid. Kedua - dua aspek yang dinilai akan memberi peluang kepada

saya untuk menilai keberkesanan papan inkuiri dalam menambah baik bimbingan

mengenal pasti pembolehubah kepada murid.

Selain daripada kaedah pemerhatian senarai semak dan soal selidik, kaedah

temu bual (rujuk lampiran 5) digunakan sebagai pengumpulan data. Temu bual

adalah berbentuk subjektif dan penemu bual akan menceritakan perasaan secara

menyeluruh ketika ditemu bual. Temu bual akan dijalankan separa struktur dan

dijalankan sebaik sahaja murid menjalankan ketiga-tiga eksperimen. Saya akan

menyediakan soalan berstruktur kepada murid bagi membantu murid menjadi lebih

berfokus. Soalan temu bual adalah berbentuk protokol temu bual. Soalan yang sama

akan diberikan kepada lima orang murid. Selain itu juga, saya akan menggalakkan

murid untuk menyatakan pendapat secara bebas tentang pengajaran saya dalam

bilik darjah. Ini dapat memberi peluang kepada murid untuk menyatakan isi hati dan

membolehkan saya menilai penggunaan papan inkuiri dalam memperbaiki

bimbingan dalam mengenal pasti pembolehubah.

Oleh yang demikian, pemerhatian, soal selidik dan temu bual merupakan

kaedah yang akan diguna pakai untuk mendapatkan data. Data yang diperoleh akan

dianalisis supaya hasil kajian dapat dikenal pasti.

Page 18: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Bagi menganalisis data soal semak yang dibuat melalui pemerhatian, perkara

pertama yang akan saya lakukan ialah menyusun soal selidik itu secara teratur

berdasarkan tarikh amali dijalankan:

Tarikh Amali : (Eksperimen A) : 3. 7. 2013

(Eksperimen B) : 4. 7. 2013

(Eksperimen C) : 5. 7. 2013

Kemudiannya, data jumlah untuk setiap aspek yang sama bagi ketiga – tiga

eksperimen dikumpulkan dan dicatatkan ke dalam jadual. Seterusnya, peratusan

untuk setiap aspek dihitung dan dicatatkan ke dalam jadual analisis data. Peratusan

untuk setiap aspek dikira adalah kerana untuk menentukan aspek yang membuktikan

keberkesanan penggunaan papan inkuiri dalam membantu saya menambah baik

bimbingan kepada murid dalam mengenal pasti pembolehubah sains.

Contoh perancangan menganalisis data Senarai semak

Bil Aspek Eksperimen Peratusan (%)

A B C

1 Mengemukakan soalan yang

memerlukan murid berfikir.

6/6 2/6 5/6 72

2 Mengemukakan soalan yang

memerlukan murid berfikir.

6/6 2/6 5/6 72

Page 19: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS
Page 20: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Bagi menganalisis data soal selidik pula, perkara pertama yang dilakukan ialah

menyusun soal selidik itu secara teratur. Kemudian, skala bagi setiap soalan yang

diberikan akan dianalisis untuk setiap responden. Ini adalah penting untuk

mendapatkan jumlah sebenar responden yang setuju atau tidak setuju bagi setiap

soalan yang diberikan. Saya akan membilang seberapa banyak murid yang

menjawab pada petak ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’ pada setiap item soalan selidik.

Selepas mendapat bilangan murid yang menjawab pada petak ‘setuju’ dan ‘tidak

setuju’ pada setiap item, saya akan menukarkan bilangan tersebut kepada

peratusan. Untuk menukarkan bilangan nombor kepada nilai peratusan, saya akan

membahagikan bilangan yang terdapat pada setiap petak ‘setuju’ dan ‘tidak setuju’

pada setiap item dengan jumlah keseluruhan murid yang menjawab soal selidik ini.

Terdapat 10 orang murid yang akan terlibat di dalam pengambilan data soal selidik.

Peratusan yang diperoleh akan dapat membantu saya membuat interpretasi data

terhadap kajian yang dijalankan.

Contoh perancangan menganalisis data soal selidik :

Bil Item soal selidik murid

Bilangan murid

(%) N=20

Setuju Tidak setuju

1. Saya tahu menggunakan papan inkuiri.

n(%) n(%)

2. Saya mudah mengenal pasti

pembolehubah dengan menggunakan

papan inkuiri

n(%) n(%)

Page 21: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Data juga akan dianalisis dengan menggunakan kaedah temu bual. Temu bual

akan direkodkan melalui audio dan di transkripkan dalam bentuk patah perkataan.

Temu bual akan dianalisis dengan menggunakan kaedah verbatim. Melalui kaedah

ini, pengekodan ke atas jawapan murid berdasarkan soalan yang diutarakan saya

akan dibuat. Saya akan menganalisis jawapan murid yang mempunyai hubungan

serta maksud yang sama untuk membuat tema. Dengan penciptaan tema tersebut,

dapatlah saya mengetahui aspek keberkesanan penggunaan papan inkuiri dalam

menambah baik bimbingan saya kepada murid dalam mengenal pasti pemboleh

ubah sains.

Page 22: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

5.4 Perancangan Pelaksanaan Pelan Tindakan

5.4.1 Jadual Pelaksanaan Kajian Tindakan

Sebelum melaksanakan kajian, perancangan telah dilakukan untuk

mendapatkan gambaran tentang apa yang ingin dilakukan selepas mendapatkan

tugasan. Seperti mana kita tahu perancangan ini penting sebagai persediaan untuk

menjalankan sesuatu kajian. Melalui perancangan ini, saya dapat melakukan

tugasan secara sistematik berdasarkan tempoh masa yang telah dirancang dan

menyelesaikan kajian tindakan dalam masa yang telah ditetapkan. Hal ini secara

tidak langsung menyumbang kepada keputusan hasil kajian yang lengkap serta

berkualiti sebagai rujukan. Selain itu, perancangan pelaksanaan juga merupakan

pendekatan bagi memastikan beberapa langkah penting kajian tindakan yang telah

dirancangkan dilaksana.

Jadual di sebelah menunjukkan perancangan pelaksanaan kajian tindakan.

Page 23: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

I. Jadual pelaksanaan

Bil Perkara Bulan

Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

1. Mendapat tugasan daripada pensyarah.

2. Mencari sumber di institut-institut luar kampus.

3. Membuat pemerhatian terhadap murid semasa masuk kelas.

4. Membuat kertas cadangan kajian tindakan.

5 Membuat senarai semak dan soalan temubual.

6 Menemubual guru dan murid.

7 Menyediakan bahan-bahan kajian.

Page 24: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

8 Melakukan proses pengajaran dan pembelajaran.

9 Menjalankan kajian.

10 Menyemak jawapan yang diberikan dalam kertas soalan.

11 Mendapat dan mengumpul data

12 Menganalisis maklumat

13 Menyiapkan tesis

Jadual 3 : Pelaksanaan kajian

Page 25: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

5.4.2 Kos Kajian

Kajian ini memerlukan penggunaan beberapa bahan untuk melaksanakan

tindakan yang telah dirancang. Kos diperlukan untuk mendapatkan

bahan-bahan tersebut.

Jadual di bawah menunjukkan bahan yang akan digunakan bersama kos

yang diperlukan :

BIL. BAHAN KUANTITI(±)

KOS SEUNIT(±)

JUMLAH KOS(±)

1. Fotostat

(sumber literature)

100 helai RM 0.10 RM 10.00

2. Kertas A4 2 rim RM 10.90 RM 21.80

3. Dakwat komputer 1 botol refill RM 9.90 RM 9.90

4. Kertas Keras

(mounting board)

3 keping RM2.00 RM 6.00

5. Marker pen 3 batang RM 2.00 RM 6.00

6. Pelekat Berwarna 3 buah RM 3.00 RM 9.00

7. Jilid tesis 1 RM 150.00 RM 150.00

JUMLAH RM 212.70

Jadual 4 : Kos bahan yang digunakan di dalam kajian

Page 26: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

LAMPIRAN 4SOAL SELIDIK

Arahan: Tandakan ( / ) di dalam kotak maklum balas yang berkenaan bagi setiap

soalan yang diberi.

Bahagian A: Latar Belakang Murid

Jantina : lelaki perempuan

Bahagian B: Pendapat Murid

Arahan: Sila pilih tahap persetujuan anda bagi pernyataan-pernyataan yang

diberikan dibawah dengan menggunakan skala:

- Setuju

- Tidak setuju

BIL PERKARAMAKLUM BALAS

Setuju Tidak

setuju

1. Saya tahu menggunakan papan inkuiri.

2. Saya mudah mengenal pasti pembolehubah dengan menggunakan papan inkuiri.

3. Saya lebih yakin untuk menjawab soalan pembolehubah apabila menggunakan papan inkuiri

4. Papan inkuiri menggalakkan komunikasi bersama rakan

5. Papan inkuiri guru sangat menarik

6 Papan inkuiri menggalakkan saya berfikir.

7 Papan inkuiri menggalakkan komunikasi bersama rakan.

Page 27: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

LAMPIRAN 3

SENARAI SEMAK

Topik : Tarikh :Masa :

Tandakan (Y) pada petak masa yang diperhatikan.

5 10 15 20 25 30 35 40 Minit

Aspek 1 2 3 4 5 6 7 8 Jumlah

Mengemukakan soalan yang memerlukan murid berfikir.

X X

Meminta murid mengulas idea yang dikemukakan. X X

Menggunakan perkataan fikir. X X

Meminta murid menghubungkan satu pembolehubah dengan pemboleh ubah lain.

X X

Menerima idea yang dikemukakan oleh murid- murid.

X X

Menggalakkan murid berfikir bersama-sama dalam aktiviti berkumpulan.

X X

Memberi masa untuk membolehkan murid – murid berfikir.

X X

Petunjuk : X mewakili “ Waktu set induksi”

Page 28: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

.

Page 29: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

LAMPIRAN 2SENARAI SEMAK

Topik : Tarikh :Masa :

Tandakan (/) pada petak ya atau tidak.

ITEM PEMERHATIAN YA TIDAK CATATAN1. Guru menerangkan pembolehubah dalam amali

yang dijalankan dengan lancar.

2. Suara guru jelas semasa memberi penerangan

pembolehubah kepada murid.

3. Guru menggunakan intonasi suara semasa

memberi penerangan pembolehubah kepada

murid.

Page 30: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

4. Guru menggunakan kontak mata dan ekspresi

muka semasa penerangan pembolehubah.

5. Guru mengaplikasikan penampilan gerak badan

semasa penerangan pembolehubah.

6 Guru menerangkan pembolehubah dalam amali

yang dijalankan dengan jelas.

7. Guru menggunakan ayat yang mudah difahami

semasa menerangkan pembolehubah dalam

amali yang dijalankan.

LAMPIRAN 5

Protokol temu bual

Soalan:

1) Adakah penerangan pembolehubah saya jelas dengan penggunaan papan inkuiri?

2) Adakah papan inkuiri membantu mengenal pasti pembolehubah.?3) Adakah papan inkuiri meningkatkan kefahaman dalam mengenal pasti

pembolehubah?4) Adakah papan inkuiri membantu murid menjawab soalan pembolehubah?5) Adakah murid menggemari penggunaan papan inkuiri oleh guru semasa

penerangan pembolehubah?.6) Nyatakan perasaaan anda apabila berada dalam kelas Sains?

Page 31: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Rujukan

Basaga. H., Geban. O., & Tekkaya.(1994).The Effect Of The Inquiry Teaching Method On Biochemistry and Science Process Skill Achievement. Journal of Biochemical Education,vol. 22(1): 29 - 31

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. (2010). Hubungan Ramalan Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia.vol.35(2): 19 - 30

E. Remziye., S.Yeter., C.Sevgul., O. Zehra.,G.Sirin.,& S.Meral. (2011). The Effect Of Inquiry – Based Science Teaching On Elementary School Students’ Science Process Skills and Science Attitudes. Bulgarian Journal Of Science and Education Policy,vol.5(1): 48 - 65

Haury, D. L. (1993). Teaching Science through inquiry. ERIC CSMEE Digest, March. (ED 359048)

Harlen.W. (2004). Evaluating Inquiry – Based Science Development. A Paper Commissioned By the National Research Council in Preparation for a Meeting on the Status of Evaluation of Inquiry – Based Science Education.

Muhammad Abdillah Royo dan Haleefa Mahmood. (2011). Faktor - faktor Kelemahan yang Mempengaruhi Pencapaian Cemerlang Dalam Mata Pelajaran

Page 32: Proposal-MENAMBAHBAIK PENYAMPAIAN KONSEP SAINS PERUBAHAN TENAGA DENGAN MENGGUNAKAN KIT SAINS

Reca Cipta. Journal Of Educational Phychology and Counseling, 2, 145 - 174

Nor Shafrin Ahmad, Fadzilah dan Rahimi Che Aman. Kemahirah Komunikasi Guru pelatih Universiti Sains Malaysia. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 24, 125 - 142.

Wilke, R.R. & Straits, W.J. (2005). Practical advice for teaching inquiry- based science process skills in biological sciences. American Biology Teacher, 67, 534 - 540.

.