program kitar semula

22
BAB IV ANALISIS DAN KEPUTUSAN 4.1 Penilaian Program Kitar Semula Mengikut Kategori Responden Kejayaan program kitar semula dinilai terhadap jenis responden iaitu menurut jantina, bangsa dan umur. Kaedah ini akan dapat menilai sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi program berkenaan. 4.1.1 Kajian terhadap responden yang berbeza jantina Jadual 4.1 di bawah menunjukkan responden –responden yang aktif dalam kategori jantina ini adalah tediri daripada kategori perempuan. Responden perempuan menjadi majoriti dalam kajian soal selidik ini. Responden perempuan lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi

Upload: azlinaali

Post on 17-Nov-2015

341 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

program

TRANSCRIPT

Keputusan Analisa Soal Selidik

PAGE 49

BAB IV

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

4.1Penilaian Program Kitar Semula Mengikut Kategori Responden

Kejayaan program kitar semula dinilai terhadap jenis responden iaitu menurut jantina, bangsa dan umur. Kaedah ini akan dapat menilai sejauh mana faktor-faktor tersebut mempengaruhi program berkenaan.

4.1.1Kajian terhadap responden yang berbeza jantina

Jadual 4.1 di bawah menunjukkan responden responden yang aktif dalam kategori jantina ini adalah tediri daripada kategori perempuan. Responden perempuan menjadi majoriti dalam kajian soal selidik ini. Responden perempuan lebih mudah memberikan kerjasama dalam mengisi borang soal selidik. Peratusan yang diperolehi lelaki adalah 45.2 peratus seramai 113 orang dan perempuan adalah sebanyak 54.8 peratus seramai 137 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah seramai 250 orang.

Jadual 4.1 : Perbandingan peratusan terhadap responden yang berbeza jantina

JantinaBilangan RespondenPeratusan (%)

Lelaki11345.2

Perempuan13754.8

Jumlah250100

Walau bagaimanapun pemilihan jumlah responden lelaki dan perempuan agak seimbang, oleh itu kajian tersebut dapat menunjukkan gambaran situasi sebenar tahap pemahaman penduduk perumahan Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur.

4.1.2Kajian terhadap pecahan responden mengikut bangsa

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan keputusan kajian yang diperolehi melalui hasil soal selidik ini menunjukkan tahap kefahaman, ukuran pengetahuan dan keberkesanan amalan responden melalui analisis terhadap perbezaan bangsa. Seramai 250 orang penduduk telah ditemuduga secara persampelan mudah. Soal selidik ini melibatkan pelbagai kaum iaitu bangsa Melayu, Cina, India dan lainlain.

Jadual 4.2 : Perbandingan terhadap pecahan responden mengikut bangsa

BangsaBilangan RespondenPeratusan (%)

Melayu17871.2

Cina4016

India3112.4

Lain - lain10.4

Jumlah250100

Responden Melayu merupakan bilangan yang tertinggi iaitu sebanyak 71.2 peratus diikuti responden Cina (16 peratus), India (12.4 peratus) dan lain-lain sebanyak satu peratus. Berdasarkan data-data yang diperolehi, kaum Melayu adalah seramai 70 orang dari pihak lelaki dan perempuan seramai 108 orang.

Berpandukan data-data soal selidik (Lampiran B), bagi kaum Cina pula, lelaki seramai 25 orang dan perempuan seramai 15 orang. Manakala mewakili kaum India pula masing-masing adalah seramai 15 orang dan 16 orang. Terdapat seorang mewakili bagi ketegori lain-lain di mana responden dari kaum Kadazan.

Kesemua responden yang terdiri daripada mereka yang tinggal di kawasan perumahan Taman Setapak Indah merupakan penempatan kawasan operasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

4.1.3Kajian terhadap tahap umur responden yang terlibat dalam soal selidik

Program kitar semula memainkan peranan penting dalam kajian keberkesanan tahap kesedaran dalam proses kitar semula sisa pepejal ini. Pengasingan melalui pelbagai peringkat umur memainkan peranan dalam mendorong penentuan kelancaran aktiviti kitar semula sisa pepejal. Beberapa tahap peringkat umur telah ditemuduga antaranya kurang 17 tahun, 18 hingga 30 tahun, 31 hingga 54 tahun dan 55 tahun ke atas.

Jadual 4.3 di bawah menunjukkan hasil soal selidik bagi peratusan yang tertinggi adalah dari kategori responden yang berumur 18 hingga 30 tahun iaitu sebanyak 45 peratus diikuti umur kurang dari 17 tahun sebanyak 31.6 peratus, umur 31 hingga 54 tahun pula sebanyak 22 peratus dan akhir sekali umur 55 tahun ke atas sebanyak 0.8 peratus.

Jadual 4.3 : Perbandingan peratusan terhadap tahap umur responden yang terlibat dalam soal selidik

Umur (Tahun)Bilangan RespondenPeratusan (%)

< 177931.6

18 - 3011445.6

31 54 5522.0

> 5520.8

Jumlah250100

Kepelbagaian peringkat ini dapat menjana kecapaian tujuan kerajaan yang sebenarnya dalam memastikan ia bermula dari awal. Malahan ketentuan target ini dapat membantu memudahkan Kerajaan dalam melaksanakan pelbagai program. Peringkat awalan seharusnya diberi penekanan dan dorongan motivasi untuk menentukan kejayaan sebenarnya aktiviti kitar semula ini. Perlaksanakan ini harus dilakukan secara berperingkat-peringkat. Tindakan susulan yang berterusan dapat memberi keberkesanan proses yang berterusan sehingga ke akhirnya.

4.2Bahagian Kefahaman Responden Terhadap Program Kitar SemulaMenurut kefahaman responden berbagai kaedah dan pendekatan kerajaan telah dilakukan bagi memahamkan penduduk mengenai perlunya amalan kitar semula dilaksanakan. Di Malaysia kitar semula telah dilaksanakan sejak tahun 1993, walau bagaimanapun tahap pemahaman penduduk mengenai program tersebut amat rendah. Bagi menilai tahap sebenar pemahaman penduduk terhadap program ini, kajian pemahaman responden dilakukan.

4.2.1Kajian terhadap bilangan responden yang pernah mendengar / mengetahui mengenai program kitar semula

Jadual 4.4 menunjukkan hasil keputusan soal selidik ini terbukti bahawa program kitar semula ini sebenarnya bukan suatu perkara yang baru. Seramai 247 orang (98.8 peratus) responden menyatakan pernah/ketahui/mendengar program seumpama ini. Hanya tiga orang (1.2 peratus) responden masih tertanya-tanya akan maksud kitar semula.

Jadual 4.4 : Perbandingan peratusan terhadap bilangan responden yang pernah mendengar/mengetahui mengenai program kitar semula

Ya/TidakBilangan RespondenPeratusan (%)

Ya24798.8

Tidak31.2

Jumlah250100

Hasil analisa berpandukan data-data soal selidik (Lampiran B) mendapati bahawa hampir keseluruhan lingkungan umur 31-54 dan 55 tahun memberi jawapan ya. Namun begitu masih juga ada yang menjawab tidak. Sama ada responden ini tidak pernah mendengar atau mengetahui atau juga memang tidak ambil tahu langsung akan kewujudan kitar semula yang telah dilaksanakan oleh kerajaan. Contoh yang terdapat di sini, seorang responden yang berumur di bawah 17 memberi jawapan tidak dan begitu juga tedapat dua orang responden dari umur lingkungan 18-30 tahun turut menyatakan tidak.

Kempen-kempen yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui media massa, media elektronik dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) memberikan pulangan yang baik. Sebaran yang meluas dalam media massa amat ketara. Iklan-iklan yang ditayangkan di televisyen atau papan-papan iklan memberi kesan terhadap penonton-penonton yang melihatnya. Malahan kepelbagaian cara pengiklanan yang dilakukan oleh kerajaan begitu hebat.

Jika diperhatikan antaranya pada kenderaan awam, iklan-iklan terpampang dari setiap sudut membuatkan penumpang tidak terlepas pandang. Ia memberi kesan tentang adanya kewujudan, kemahuan dan alternatif kerajaan dalam menyampaikan hasrat kerajaan akan kitar semula ini.

4.2.2Kajian terhadap tahap kefahaman responden mengenai program kitar semula

Manusia mempunyai pemikiran yang berbeza-beza. Tidak dinafikan dalam kefahaman kitar semula ini pelbagai reaksi diperolehi hasil dari jawapan responden. Jadual 4.5 menunjukkan keputusan hasil dari kajian soal selidik ini mendapati majoriti responden mempunyai kefahaman yang sederhana mengenai program kitar semula iaitu sebanyak 67.6 peratus. Pemahaman yang sedikit merangkumi 9.2 peratus dan tahap pemahaman yang sederhana adalah 23.2 peratus. Secara keseluruhan mendapati tahap pemahaman penduduk di kawasan perumahan ini boleh dikategorikan sebagai tahap pemahaman yang membanggakan.

Jadual 4.5 : Perbandingan peratusan terhadap tahap kefahaman responden mengenai program kitar semula

Tahap KefahamanBilangan RespondenPeratusan (%)

Banyak5823.2

Sederhana16967.6

Sedikit239.2

Tidak Tahu Langsung--

Jumlah250100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur di bawah 17 tahun merupakan peratusan yang tertinggi diikuti lingkungan umur di antara 18-30 tahun yang ketara mengenai kefahaman ini. Ini berkemungkinan tahap umur di bawah 17 tahun telah diberikan pendedahan akan mengenai kitar semula di sekolah-sekolah. Kerajaan mula sedar bahawa penekanan perlu diterapkan dalam sistem pendidikan untuk memberikan kesedaran yang menyeluruh pada masyarakat.

Masyarakat luar pula perlu lebih perihatin akan keperluan hasrat kerajaan untuk membendung permasalahan sampah yang begitu ketara pada masa ini. Masyarakat tidak seharusnya bergantung dengan kerajaan untuk memahami kitar semula ini. Pelbagai tindakan telah dilakukan oleh kerajaan untuk memberi dan menerangkan kepada masyarakat mengenai program kitar semula ini. Ini terpulang kepada masyarakat untuk menentukan masa hadapan mereka.

4.2.3Kajian terhadap kod warna pada tong bagi program kitar semula

Hasil analisa mendapati Jadual 4.6 menunjukkan bahawa 90.4 peratus daripada keseluruhan responden dapat menyatakan dengan tepat warna bagi tong kitar semula. Majoriti responden boleh dianggap kesemuanya mengetahui akan kewujudan warna-warna tong kitar semula ini. Sikap ambil tahu ini melahirkan masyarakat yang perihatin. Hanya 6.4 peratus responden tidak pasti dan sebanyak 3.2 peratus responden yang memberikan jawapan dengan salah.

Jadual 4.6 : Perbandingan peratusan terhadap kod warna pada tong bagi program kitar semula

Tahap KefahamanBilangan RespondenPeratusan (%)

Tidak Pasti166.4

Betul22690.4

Salah83.2

Jumlah250100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur di bawah 17 tahun merupakan peratusan yang tertinggi dan diikuti umur di antara 30-54 yang menyatakan betul. Manakala responden yang memberikan jawapan salah bilangan kesemuanya lapan orang responden. Lima dari umur di bawah 17 tahun, dua dari umur antara 18-30 dan seorang dari umur antara 31-54. Kelapan-lapan responden ini kesemuanya dari kaum Melayu.

Keputusan ini memberikan satu tanggapan bahawa responden tidak tercicir dalam memastikan kod-kod warna terhadap tong kitar semula. Responden mengenal dengan mudah dalam menentukan kod-kod warna ini. Masih belum terlewat program kitar semula ini dilaksanakan bagi memastikan ia masih berfungsi.

4.2.4Kajian tahap kefahaman responden terhadap bahan-bahan yang boleh dikitar semula

Jadual 4.7 di bawah menunjukkan seramai 128 responden perempuan dan selebihnya seramai 97 responden lelaki menyatakan dengan betul. Keseluruhannya menjadikan seramai 225 responden dengan peratusan 90 peratus. Manakala seramai 16 responden lelaki dan sembilan responden perempuan memberikan jawapan tidak pasti. Jawapan tidak pasti ini mewakili peratusan keseluruhannya 10 peratus.

Jadual 4.7 : Perbandingan peratusan tahap kefahaman responden terhadap bahan-bahan yang boleh dikitar semula

Tahap KefahamanBilangan RespondenPeratusan (%)

Betul22590

Tidak Pasti2510

Jumlah250100

Berdasarkan data-data soal selidik (Lampiran B), lingkungan umur peratusan yang tertinggi menyatakan betul adalah umur di antara 18-30. Kemudian diikuti oleh umur di bawah 17 tahun. Manakala peratusan yang menyatakan tidak pasti tertinggi adalah di bawah 17 tahun diikuti umur di antara 18-30 tahun. Kepelbagaian kaum ini juga memberikan peratusan tertinggi bagi responden Melayu memberikan jawapan betul diikuti kaum Cina, India dan lain-lain. Responden Melayu juga tertinggi peratusannya yang memberikan jawapan tidak pasti. Kaum India ditempat kedua dan diikuti Cina.

Nyata masyarakat di sini iaitu responden tahu barang-barang yang perlu di kitar semula. Keputusan yang diperolehi memperlihatkan setiap sampah-sampah tersebut sememangnya boleh di kitar semula. Barang-barang lama yang hendak dijadikan sampah seharusnya boleh dikitar semula dengan bantuan masyarakat tanpa membuangnya begitu sahaja. Pengenalan terhadap barang-barang yang boleh di kitar semula ini dapat mengurangkan bebanan pihak-pihak yang terlibat. Majoriti memberikan keputusan yang memuaskan dalam menentukan barang-barang kitar semula bukan lagi sebagai sampah.

4.2.5Kajian terhadap program Kitar Semula perlu diperluaskan

Jadual 4.8 di bawah menunjukkan hasil kajian soal selidik daripada 250 responden memperlihatkan kesungguhan di mana kesemua daripada responden bersetuju supaya program dan aktiviti kitar semula ini diperluaskan terutama dalam kawasan perumahan taman Setapak Indah ini. Responden menyedari akan kepentingan aktiviti kitar semula yang melibatkan persekitaran yang sihat satu kehidupan yang lebih baik demi memanfaatkan kepentingan bersama.

Jadual 4.8 : Perbandingan peratusan terhadap program kitar semula perlu diperluaskan

Tahap KefahamanBilangan RespondenPeratusan (%)

Setuju250100

Jumlah250100

Hakikatnya kesemua responden mempunyai rasa tanggungjawab dalam memperluaskan program ini. Cuma kemahuan atau kehendak untuk melibatkan diri dalam program ini amat sedikit dan kurang mendapat sambutan. Jadi, inisiatif diri dan kekuatan atitud amat perlu dalam mengaplikasikan program sebegini.

4.2.6Kajian terhadap persetujuan hukuman kepada individu yang tidak bekerjasama

Borang soal selidik yang dijalankan untuk mengetahui respon terhadap persepsi mereka mengenai tindakan terhadap masyarakat yang tidak bekerjasama bagi melaksanakan program kitar semula. Jadual 4.9 di bawah menunjukkan majoriti daripada responden iaitu 81.6 peratus bersetuju supaya hukuman dilaksanakan oleh kerajaan sebagai pengajaran bagi mereka yang tidak bekerjasama untuk melaksanakan hasrat kerajaan tersebut.

Jadual 4.9 : Perbandingan peratusan terhadap persetujuan hukuman kepada individu yang tidak bekerjasama

Tahap KefahamanBilangan RespondenPeratusan (%)

Setuju20481.6

Tidak Setuju4618.4

Jumlah250100

Pengubalan undang-undang boleh diakta, tetapi dalam melaksanakan ia harus praktikal dan bukan setakat teori. Ia bukan satu jenayah tetapi penekanan dalam diri sendiri memberikan motivasi secara tak langsung tehadap individu itu sendiri. Hasil analisa menunjukkan bahawa bangsa Cina adalah majoriti memberi persetujuan dalam pengubalan undang-undang bagi menyedarkan masyarakat terhadap kritikalnya kitar semula sisa pepejal. Ia di ikuti dengan bangsa Melayu dan seterusnya India.

4.2.7Kajian terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program kitar semula

Jadual 4.10 : Perbandingan peratusan terhadap kaedah paling berkesan bagi menjayakan program kitar semula

Kaedah Paling BerkesanBilangan RespondenPeratusan (%)

Pendidikan8634.4

Penguatkuasaan4216.8

Pendidikan & Penguatkuasaan12148.4

Lain-Lain10.4

Jumlah250100

Berpandukan Jadual 4.10 di bawah, peratusan tertinggi adalah sebanyak 48.4 peratus yang menyatakan bersetuju supaya kaedah pendidikan dan penguatkuasaan dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat paling efektif untuk menjayakan program kitar semula. Sementara itu, pendidikan sahaja merupakan peratusan kedua yang tertinggi dalam memberi kesedaran dan diikuti penguatkuasaan sebanyak 16.8 peratus dan yang terakhir iaitu lain-lain sebanyak satu peratus.

Masyarakat Melayu menunjukkan peratusan tertinggi dalam memberi sokongan perlaksanaan undang-undang dalam pendidikan dan penguatkuasaan. Susulan berikutnya adalah dari masyarakat India, Cina dan lain-lain. Bagi kategori umur pula, umur dibawah 17 tahun memberikan peratusan paling tinggi dan diikuti peringkat antara 18-30 tahun, peringkat umur 31-54 tahun dan 55 tahun katas. Kesemua data-data ini berpandukan hasil data soal selidik di Lampiran B.

Penguatkuasaan merupakan satu perkataan yang kadang-kala membebankan masyarakat. Malahan ia merupakan satu tekanan dan membuat rasa tidak selesa terhadap pengguna. Tinjauan hasil dari soal selidik ini mendapati responden ingin membuat pembaharuan terhadap penguatkuasaan dan pendidikan. Dapat dibincangkan di sini bahawa majoriti masyarakat iaitu responden bersetuju sekiranya diperkukuhkan lagi institusi-intitusi penguatkuasaan dan pendidikan. Jika diperhatikan secara logik, ada baiknya juga sekira institusi penguatkuasaan ini diperketatkan. Kebiasaannya apabila penguatkuasaan ini diperluas dan dilaksanakan mungkin barulah masyarakat mulai sedar sebenarnya tanpa penguatkuasaan juga boleh dilaksanakan. Tidak kiralah apa jua bentuk hukuman seperti denda yang maksimum atau penjara yang maksimum, undang-undang ini harus dijadikan landasan sebagai peraturan yang harus dipatuhi demi menjaga kepentingan alam sekitar malah kebersihan masyarakat kita sendiri.

Pendedahan haruslah bermula di peringkat sekolah lagi kerana pendidikan daripada peringkat awal dapat membuka minda disamping amalan ini di praktikkan dan akan menjadi kebiasaan sekaligus menjadi rutin pelajar. Justeru itu, organisasi pendidikan seperti sekolahsekolah, kolejkolej dan universiti-universiti mestilah bersungguh-sungguh dalam mengaplikasi program kitar semula.

Kekurangan pendekatan tentang kesedaran program kitar semula menjadikan kempen ini kurang efektif dan tidak menjadi. Ia seperti ditunjukkan di dalam gambar foto 4.1 hingga 4.4. Oleh itu kempen gotong royong atau kursus motivasi, seharusnya diterapkan agar pelajar-pelajar menjadi lebih peka dan rasa bertanggungjawab tentang keutamaan pengurusan program kitar semula dan penjagaan alam sekitar demi masa depan sejagat dapat dilaksanakan dengan baik.

Gambar Foto 4.1 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang tanpa pengasingan.

Gambar Foto 4.2 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang masih dengan cara lama.

Gamabar Foto 4.3 : Gambar menunjukkan sampah sampah yang dibuang tanpa pengasingan.

Gambar Foto 4.4 : Gambar menunjukkan terdapat sampah-sampah yang dibuang di tempat awam.

4.3 Cadangan Meningkatkan Keberkesanan Program Kitar Semula

Kesedaran sivik mengenai cara pembuangan sampah yang sempurna oleh warga penduduk Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur masih jauh ketinggalan berbanding warga negara lain seperti di Australia, Jepun, Sweden dan Korea. Warga penduduk taman ini mengambil mudah tanpa memikirkan kesan sampingan yang akan berlaku kepada sampah dan sisa pepejal domestik yang dibuang jika tidak menggunakan cara betul. Oleh yang demikian, program-program berikut merupakan cadangan-cadangan yang boleh diambil adalah seperti berikut:

(a)Pembentukkan Institusi

Pembentukkan institusi ini menggalakkkan pembentukkan Jabatan Perkhidmatan Bandar di semua Penguasa-Penguasa Tempatan bagi melaksanakan perkhidmatan pembersihan bandar secara menyeluruh dan meletakkan kuasa terhadap pengurusan pekerja-pekerja dan kenderaan yang diperlukan di bawah Jabatan berkenaan. Malahan pembentukkan ini dapat memberikan penumpuan yang berterusan di dalam sesuatu kawasan.

(c)Penyediaan sistem latihan yang tetap kepada kakitangan yang terlibat dalam pengurusan sisa-sisa pepejal

Sistem latihan yang kekal ini dapat menguatkan komponen pengurusan sisa-sisa pepejal dalam program-program latihan. Ia dapat membaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sisa-sisa pepejal melalui mengwujudkan kakitangan utama yang betul-betul mahir dalam kerja tersebut.

(d)Mengukuhkan penguatkuasaan dan pendidikan

Pengarauh pendidikan awal dari institusi kekeluargaan dan di sekolah harus ditekankan secara berperingkat-peringkat. Penguatkuasaan pula harus dilaksanakan secara berterusan dalam menangani cara pembuangan sampah yang betul.

(e)Memperbaiki pengurusan kenderaan berteknologi

Menaiktarafkan kenderaan berteknologi tinggi bagi memudahkan pemprosesan awal kitar semula dari rumah Kenderaan pengangkutan sampah ini mempunyai ciri-ciri alam yang selamat dan menjimatkan masa.

(f)Perbanyakan Pusat Pengumpulan Kitar Semula

Memudahkan kelancaran proses pembuangan sampah yang hendak dikitar semula. Tidak lagi mengambil masa dan jarak yang panjang . Memberikan keyakinan dan kesungguhan masyarakat untuk betapa pentingnya penjagaan alam sekitar.

(g)Peningkatan Ilmu Dan Teknologi Dalam Penjagaan Alam Sekitar

Kerajaan negara kita seharusnya menambahkan lagi bidang pengajian yang berasaskan alam sekitar, terutamanya di institusi peringkat tinggi supaya ia lebih banyak pakar-pakar dalam bidang ini dihasilkan. Kehadiran pakar-pakar yang lebih banyak, nescaya teknologi kitar semula ini dapat ditingkatkan dan seterusnya mencapai kejayaan dalam penjagaan alam sekitar.

(h)Pembentukkan sistem maklumat untuk pengurusan sisa-sisa pepejal

Pembentukkan sistem maklumat untuk pengurusan kitar semula ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan kitar semula. Dasar sistem maklumat berkomputer ini akan meliputi sistem pengawalan kecekapan pemungutan sampah pada setiap rumah. Data-data dari setiap rumah akan diperolehi.

(i)Peningkatan Kesedaran Masyarakat

Meningkatkan kesedaran masyarakat, kempen-kempen yang bertemakan cinta pada alam sekitar atau melalui ceramah, forum perbincangan, seminar yang diberikan boleh membantu. Disamping itu, media-media yang berbentuk elektronik atau percetakan juga boleh mengambil peranan dalm dalam mendidik masyarakat negara kita terhadap kepentingan alam sekitar.