definisi kitar semula

28
Definisi Kitar Semula Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: [email protected] ). Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut. Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.

Upload: russell-warren

Post on 26-Dec-2015

288 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Kitar Semula

Definisi Kitar Semula

Terdapat banyak definisi mengenai kitar semula. Namun definisi yang sering kali digunakan ialah suatu proses untuk mengubah bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai (Sumber: [email protected]). Terdapat beberapa jenis bahan buangan atau sampah yang dijana oleh kita boleh dihasilkan sebagai satu barangan baharu ataupun barangan yang sama dengan memproses semula barangan tersebut.

Tahukan anda bahawa setiap hari kita akan menghasilkan sampah? Sampah ataupun sisa pepejal merupakan sesuatu yang tidak digunakan dan diperlukan lagi yang dijana daripada aktiviti komersial, agrikultur dan industri. Sampah terdiri daripada pepejal, cecair dan gas.( www.medcities.org) . Untuk mengurangkan jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat, salah satu langkah yang kita harus amalkan ialah KITAR SEMULA.

Kenapakah kita perlu mengamalkan kitar semula?

1) Mengurangkan penjanaan sampah sarap ke tapak pelupusan sampah.

Page 2: Definisi Kitar Semula

2) Mengurangkan pencemaran udara kesan daripada pembakaran hutan (untuk membina tapak pelupusan sampah).

3) Mengurangkan pencemaran udara kesan akibat pembakaran sampah secara terbuka.

4) Mengurangkan pencemaran sungai dan laut akibat daripada pembuangan sampah secara berleluasa.

5) Mengelakkan pencemaran bau akibat daripada pengurusan sampah yang tidak dilaksanakan secara sistematik.

6) Menjana pendapatan dengan mudah.

7) Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melaksanakannya.

8) Mengurangkan penggunaan sumber yang baharu untuk dijadikan bahan baharu seperti kulit kayu yang digunakan untuk menghasilkan kertas.

Page 3: Definisi Kitar Semula

9) Bahan yang boleh dikitar semula boleh dijadikan bahan-bahan sumbangan kebajikan.

10) Mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Tahukah anda di Malaysia terdapat pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang menyokong program yang berkaitan dengan kitar semula ini? Amalan kitar semula ini merupakan salah satu amalan gaya hidup lestari. Semua ini menunjukkan bahawa amalan kitar semula merupakan amalan yang SANGAT BAIK !!! Jadi marilah kita bersama-sama memulakan amalan gaya hidup ini tidak kira dimana jua kita berada. Secara tidak langsung kita dapat membantu memelihara kehijauan bumi kita dan membantu menjana pendapatan terutamanya kepada golongan terkebawah.

Page 4: Definisi Kitar Semula

Apakah barangan yang kita boleh kitar semula?

1) Kertas

- Surat khabar lama, buku, majalah lama,kertas, kotak, sampul surat, kalendar dan sebagainya

2) Aluminium dan besi

- Tin minuman, foil aluminium dan barangan logam

3) Plastik

- Beg plastik, botol mineral, botol syampo, botol minuman, bekas makanan plastik dan sebagainya

4) Pakaian

- Pakaian-pakaian lama

5) E-waste

Page 5: Definisi Kitar Semula

- Barangan elektrik seperti komputer lama, radio dan sebagainya

Barangan yang tidak boleh dikitar semula:

1) Tin cat

2) Tong sisa toksik

3) Sel kering

4) Mentol

5) Tingkap rumah

6) Aluminium foil

7) Bekas styrofom

8) Lampin pakai buang kanak-kanak

9) Bakas pembalut makanan

10) Kertas tisu

Page 6: Definisi Kitar Semula

Tong Kitar Semula

Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. Proses pengasingan sisa pepejal atau sampah merupakan proses penting. Oleh itu, penyediaan set tong kitar semula adalahpenting tidak kira tong tersebut merupakan yang mahal atau dibuat sendiri. Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. Terdapat juga tong yang telah disediakan oleh agensi bukan kerajaan (NGO) yang peka terhadap pentingnya amalan kitar semula. Pada kebiasaannya tong kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsinya yang berbeza iaitu warna biru, coklat dan jingga.

Set Tong Kitar Semula Coklat, Biru dan Jingga.

Fungsi warna biru yang terletak pada salah satu tong kitar semula ini adalah untuk menggumpul kertas, tong coklat untuk menggumpul kaca dan tong jingga untuk menggumpul tin aluminium dan plastik.

PEMASUAN SEMULA

Author: Ana nA-NiNa | | at 4/22/2009 |

Page 7: Definisi Kitar Semula

Tanaman hiasan memerlukan medium memasu yang kaya dengan nutrient untuk tumbuhdengan subur dan cantik. Kesuburan tanaman hiasan akan terganggu apabila nutrient didalam pasu yang telah diambil oleh tanaman tidak digantikan semula. Seterusnya, ruangdidalam pasu turut menjadi padat disebabkan pertambahan bilangan akar yang tumbuh.Keadaan ini memerlukan kerja-kerja pemasuan semula tanaman hiasan dijalankan. Hal yang demikian bagi menyediakan kembali keadaan yang sesuai untuk pertumbuhanpokok dengan sihat.

Pemasuan Semula

Dilakukan untuk mengantikan medium yang kurang subur dan pasu yang tidak sesuai denganpertumbuhan pokok. Medium dan pasu baru yang disediakan akan memberi keadaan yang baikuntuk pertumbuhan pokok bagi mendapatkan nutrient, air dan pengudaraan akar.

Ciri-ciri tanaman hiasan yang memerlukan pemasuan semula:

Pertumbuhan yang kurang subur dan tidak segar dimana keadaan iniyang disebabkan oleh kandungan nutrient dalam medium berkurangankerana telah diserap oleh pokok dalam pasu tersebu

t

Medium dalam pasu berkeadaanpadat yang bermaksud mediumdidalam keadaan mantap yang menyebabkabpernafasan akar terganggu dan akar sukarmenembusi medium untuk menyerap nutrien.

Pasu retak akibat pertumbuhan akar yangbanyak dan padat. Saiz pasu tidak lagi sesuaidan perlu digunakan pasu yang lebih besar.

Air siraman bertakung dipermukaan mediumdidalam pasu dan mengakibatkan air sukarmeresap dari keadaan medium yang padat

Akar padat dan kelihatan keluar dari lubang dasar pasu

tujuan Pemasuan Semula

memudahkan tumbuhan menerima bekalan nutrient, air, kelembapan dan cahaya

memudahkan pokok hiasan dialih ketempat yang hendak dihias

Page 8: Definisi Kitar Semula

memudahkan kerja penjagaan

Memilih Bekas Pasu yang sesuai untukPemasuan Semula

Pelbagai bekas boleh digunakan untuk kerjapemasuan semula tanaman hiasan seperti pasuseramik, pasu tanah liat, pasu plastik sabut kelapa,kotak kayu, bekas terbuang dan tayar terpakai.Semasa membuat pemilihan pasu untuk tujuanpemasuan semula perkara berikuthendaklah dipertimbangkan :-

saiz pasu yang lebih besar dari asal hendaklah digunakan bagi mengantikan pasuasal bagi menyediakan ruang untuk mengisi medium yang baru dan pertumbuhanakar

pasu yang mempunyai lubang saliran di dasarnya bagi tujuan menyalirkan airsiraman yang berlebihan dan mengelakkan air dari bertakung yang bolehmenyebabkan kerosakan akar

mudah dibersihkan

kemas dan menarik dari segi bentuk dan warnanya

Alam Sekitar

MONDAY, OCTOBER 4, 2010

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

ALIFF AIKAL BIN IBRAHIM

206058

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Keseimbangan alam bermaksud keadaan di mana interaksi antara organisma atau antara organisma dengan alam sekitar. Keseimbangan ini dapat mengekalkan kehidupan. Untuk mencapai keseimbangan alam, peranan kitar semulajadi amatlah penting. Antara kitar semula jadi tersebut adalah kitar karbon, kitar nitrogen, dan kitar air.

Page 9: Definisi Kitar Semula

Kesemua kitar semula jadi itu membolehkan organisma terus hidup dan beranak. Dalam kitar nitrogen, nitrogen digunakan untuk membekalkan nutrien kepada tumbuhan. Dalam kitar karbon pula, karbon dioksida yang terbebas semasa respirasi (pernafasan) digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula mengeluarkan makanan dan sumber oksigen untuk haiwan. Dalam kitar air pula, air tersejat dari proses transpirasi tumbuhan dan respirasi haiwan. Air yang tersejat ini membentuk awan dan turun semula ke bumi sebagai hujan.

Selain dari keseimbangan alam, kita juga sering diancam oleh bencana alam seperti gempa bumi kemarau yang boleh menyebabkan keseimbangan alam tergugat. Antara kesannya ialah menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar, menganggu kitar semula jadi, merosakkan habitat haiwan.

Pencemaran alam sekitar juga berlaku disebabkan penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan api fosil. Hasil pembakaran api fosil telah menghasilkan gas-gas beracun seperti karbon monoksida dan sulfur dioksida. Pengusaha kilang-kilang juga tidak mempunyai sikap prihatin terhadap alam sekitar kerana kebanyakan kilang telah membuang sisa-sisa toksik ke dalam sungai yang menyebabkan hidupan akuatik terancam.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Penghutanan semula

Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelenbapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisyen.Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik

Page 10: Definisi Kitar Semula

Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air.petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah biologi

Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketiggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemarkan alam sekitar.Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Pertanian tetap

Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya.petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap.Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan

Kaedah perundangan didefinasikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tndakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya:

Akta kualiti alam sekitar(1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar.serentak dengan ini akta ini perlu diperketatkan agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara.

Page 11: Definisi Kitar Semula

Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar dibawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

UNIT 16 : PEMELIHARAN DAN PEMULIHARAAN TUMBUHAN SEMULAJADI DAN HIDUPAN LIAR.

16. 1 Kepentingan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

Hutan adalah khazanah alam yang sangat penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam yang lainnya. Hutan penting juga untuk warisan generasi akan datang. Walau bagaimananpun, terdapat terdapat pelbagai kegiatan manusia yang menyebabkan tumbuhan semula jadi dan hidupan liar terancam. Banyak kawasan umbuhan semula jadi yang musnah dan sepsis hidupan liar yang hamper pupus.

Supaya kegiatan-kegiatan tersebut dapat dikawal, maka langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan perlu dilaksanakan. Pemeliharaan hutan termasuklah usaha-usaha membela dan menjaga hutan supaya tidak musnah. Pemuliharaan hutan pula ialah usaha-usaha memperbaiki dan mengembalikan keadaan hutan yang telah tercemar kepada keadaan semula jadinya.

16. 2 Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

Mewartakan Hutan Simpan dan Taman Negara.

Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi serta hidupan liar di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara sebagai kawasan perlindungan hidupan liar.

Page 12: Definisi Kitar Semula

Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan oleh kerajaan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan dan aktiviti perburuaan hidupan liar di kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.

Page 13: Definisi Kitar Semula

Rajah 16.1 Taman Negara- penebangan hutan dan perburuan hidupan liar diharamkan disini.

Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) turut bertanggungjawab dalam perlindungan hidupan liar di negara kita. Kawasan perlindungan hidupan liar yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1903, iaitu Kawasan Perlindungan Chior di Perak. Kini, terdapat 55 kawasan perlindungan hidupan liar di seluruh negara.

Page 14: Definisi Kitar Semula

Rajah 16.2 Taburan taman negara dan kawasan perlindungan hidupan liar di Malaysia.

Beberapa sepsis hidupan liar yang mengalami kepupusan telah dikenalpasti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Antaranya termasuklah badak sumbu, seladang, harimau, gajah, orang utan dan beberapa spesis burung.

Rajah 16.3 Spesis Burung yang terlindung

Page 15: Definisi Kitar Semula

Penanaman Semula Pokok-pokok

Kawasan hutan yang telah ditebang telah ditanam semula dengan pokok-pokok. Penanaman semula secara percubaan dijalankan sejak tahun 1920-an di Semenanjung Malaysia. Hutan yang telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek penanaman semula ini dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak , Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

Rajah 16.4 Penanaman semula pokok bakau di kawasan hutan paya air masin

Penyelidikan Baka Tumbuhan

Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong. Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di Larut Matang, Perak. Disini, spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam. Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi bagi kegunaan masa depan.

Page 16: Definisi Kitar Semula

Penubuhan Ladang Hutan.

Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan lading hutan untuk mendapatkan bekalan kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara peradangan dan ditebang mengikut giliran selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar yang dipilih untuk ditebang. Penanaman semula pokok baru akan dijalankan di kawasan ini untuk menggantikan pokok-pokok yang telah ditebang

Penubuhan lading hutan juga mengurangkan penebangan pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha menjayakan projek lading hutan di Malaysia. Kedua-dua institusi ini memilih baka seperti akasia , yemane dan batai.

Rawatan silvilkultur

Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga yang diberi peluang tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di lading-ladang hutan. Langkah ini bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan.

Pengawalan Pembalakan Hutan

Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui akta ini, tindakan undang-undang

Page 17: Definisi Kitar Semula

dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.

Pertubuhan Alam Sekitar.

Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS) , dan FRIM berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan memulihara alam sekitar.

16.3 Cadangan Langkah Lanjutan untuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar.

Pemuliharaan Bekas Lombong

Pakar perhutanan dari FRIM telah membuat kajian dan mendapati bahawa spesis pokok tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong yang ditinggalkan. Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan kayu untuk dibuat kertas. Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini. Spesis ini akan menghasilkan balak dan meyuburkan tanih. FRIM telah berjaya menanam pokok akasia dikawasan bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.

Undang-undang Perlindungan Flora

Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk melindungi beberapa spesis flora. Beberapa spesis pokok bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis Rafflesia diharamkan dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang melakukan perbuatan tersebut.

Page 18: Definisi Kitar Semula

Mewujudkan Ladang Jati

Penanaman spesis berharga seperti pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan Selangor. Penanaman pokok ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar tanah yang ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000 hingga RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.

Rajah 16.5 Penanaman pokok jati mendatangkan hasil yang lumayan

Kitar Semula Kertas

Orang ramai perlu sedarakan kepentingan mengitar semula kertas. Permintaan terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah semakin meningkat. Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4 juta setiap bulan untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini. Jumlah ini dijangka akan meningkat dari setahun ke setahun.

Page 19: Definisi Kitar Semula

Perlindugan Hidupan Liar.

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mempunyai undang-undang sendiri untuk melindungi hidupan liar. Namun begitu, undang-undang ini masih tidak dapat melindungi spesis yang diancam kepupusan. Perburuna haram masih berlaku dengan berleluasa. Kawalan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dan lebih banyak kawasan yang perlu dijadikan kawasan perlindungan hidupan liar. Orang ramai perlu juga diberi penerangan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara hidupan liar kita.

Rumusan

Page 21: Definisi Kitar Semula

Pemuliharaan Hutan

Kelbagaian hab itat yang terdapat di Malaysia kaya dengan hidupan liar seperti Orang Utan, Monyet Probokis, Burung Enggang dan penyu laut, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan menarik dan unik, contohnya Rafflesia, Periuk Kera dan berbagai-bagai jenis orkid liar yang unik.Oleh kerana Negara Malaysia kaya dengan khazanah alam semula jadinya, Kerajaan Negeri telah menubuhkan banyak kawasan-kawasan lindungan agar habitat semulajadi sepsis-spesis tumbuhan dan haiwan dapat dilindungi oleh undang-undang. Antara kawasan-kawasan perlindungan yang besar terdapat di negeri ini ialah Taman Banjaran Crocker dan sebagainya.

Pada masa ini selai n daripada pemuliharaan habitat dan spesis, keutamaan diberikan kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semulajadi yang lebih berkekalan . Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan usaha dalam mengenalpasti kawasan lindungan.Sebagai contohnya, Pelancongan dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan WWF Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia mefokus kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990an strategik ini menyeru agar ditubuhkan pelbagai kawasan perlindungan juga memperbaiki pengurusan sumber-sumber berdasarkan kepada kawasan-kawasan.

Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu diadakan dalam aspek-aspek penggunan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi

Page 22: Definisi Kitar Semula

kepelbagaian, melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran, pembangunan pantai dan lain-lain, sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan perlindungan / simpanan.

Pemuliharaan yang telah diperkembangan untuk 9 buah negeri di Malaysia. Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan negara.Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.

Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber genetik yang belum diterokai (untapped genetic resource) dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan.Sehubungan dengan ini, Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk pemeliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak tahun 1930an lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang kebanyakannya berada dalam hutan dara.

Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan Hutan Simpanan dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum. Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah dibalak atau kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian. Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan. Beberapa spesies hidupan liar yang menghadapi kepupusan.

Page 23: Definisi Kitar Semula

Pemeliharaan hutan dan perlindungan alam sekitar adalah penting bagi Semenanjung Malaysia. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain. Pengurusan hutan secara berkekalan untuk memastikan keluasan hutan asli yang mencukupi bagi mengekalkan kualiti dan kestabilan alam sekitar. Perlindungan kawasan berhutan sebagai tadahan air adalah penting. Ini adalah untuk meminimumkan kesan kerosakan ekoran dari pengusahasilan hutan. Maka dengan itu segala bentuk penerokaan kawasan hutan dan pembangunan infrastruktur yang lain, baik dalam tanah kerajaan, perlu diawasi dan dikawal dengan sepenuhnya mengikut rancangan pengurusan dan pengusahasilan yang telah ditetapkan bagi menjamin pengeluaran balak yang mencukupi di samping memelihara kualiti alam sekitar dan kestabilan ekologi.

Sebagai contohnya , Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh Y.A.B. Ketua Menteri Melaka sendiri, telah disempurnakan perasmiannya pada tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar.

Hutan Simpan Sungai Udang ini telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib. Kawasan yang mengalami kerosakan dari jenayah alam sekitar itu kini telah pun ditanam dengan pelbagai spesis hutan beharga seperti Pokok Karas (aquilaria Malaccensis), Pokok Kayu Jati (Tectona Grandis), Pokok Nyatoh (Ganua hirtiflora (Ridley) Van Royan), Pokok Keruing Merah (Dipterocarpus verrucosus Foxw), Pokok Cengal (Neobalanocarpus heimii), dan Pokok Merbau (Intsia palembanica Miq).

Pada tahun 2008, sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi kemudahan rekreasi di Hutan Rekreasi Sungai Udang.

Posted by kd6315 at 11:12 PM