pi ustz umi
TRANSCRIPT
SOALAN 1
PANDANGAN HIDUP ISLAM BERASASKAN PEMIKIRAN ISLAM YANG BENAR TENTANG KEHIDUPAN DAN SARA HIDUP (EKONOMI)
Sebagai suatu sistem hidup (millah, din) ajaran Islam dapat diklasifikasikan menjadi dua.
Bahagian.Pertama yang berhubung dengan ibadah khususnya yang mengandungi perhubungan
dimensi vertikal. Sedangkan yang kedua pula yang berhubung dengan permasalahan
perhubungan sesama makhluk (muamalat). Kedua-dua sub-sistem ini tidak dapat dipisahkan
antara satu sama lain.Ini kerana keduanya merupakan komplementer satu dengan yang
lainnya.Muamalat bererti hubungan-hubungan yang tercipta antara pergaulan dua makhluk atau
lebih. Dalam pergaulan sesama manusia,kita dapat membatasi ini menjadi dua jalur yang besar,
iaitu Muamalat Maaliyah (hubungan yang berkaitan dengan masalah harta, ekonomi dll) dan
Muamalat Ghairu Maaliyah (yang bukan harta, seperti pernikahan, hokum, politik dll)
Dengan menggunakan kerangka Muamallat Maaliyah dan beberapa peringkat idea-idea ekonomi
moden, kita dapat berusaha memilih sejumlah segmen dari sejarah kehidupan Nabi Muhammad
s,a,w. untuk menemukan konsep-konsep pembaharuan dan pola pembangunan yang beliau
laksanakan dalam bidang ekonomi dan juga kewangan.Ada satu hal yang harus kita kemukakan
kepada orang yang mengagungkan pemikiran ekonomi yang mendominasi masa kini,
sesungguhnya ilmu ekonomi bukanlah kebenaran yang pasti dan bukan pula sesuatu yang abadi.
Pemikiran yang berkembang sekitar ekonomi hanyalah saham yang selalu berubah dan mungkin
suatu saat akan disanggah. Ilmu ekonomi adalah ilmu yang selalu mengalami renovasi dari masa
ke masa.
Ilmu ekonomi sebagaimana ilmu kemanusiaan lainnya sampai saat sekarang masih tetap sebagai
ilmu yang dalam proses diterima atau ditolak. Ilmu ini belum sampai dan tidak akan pernah
sampai kepada titik kematangan untuk menetapkan suatu saham yang benar ( Qardhowi 1995 )
yang mengutip dari ekonomi Amerika bernama, John S. Cambs,menyatakan bahawa ilmu
ekonomi bukanlah ilmu melainkan sekedar “harapan ilmu”.
Qardhowi (1995) menyatakan bahawa ekonomi Islam adalah ilmu yang berdasarkan kepada ke-
Tuhanan. Sistem ini bertitik tolak dari Allah, bertujuan akhir pada Allah, dan menggunakan
sarana dan prasarana yang tidak lepas dari syariah dan hukum Allah. Aktivitas-aktivitas ekonomi
( seperti, produksi,distribusi komsumsi,perdagangan dll) yang dijalankan tidak terlepas dari titik
tolak ketuhanan dan bertujuan akhir pada Allah. Sebagai missal, kalau seorang muslim bekerja
dalam bidang produksi, maka itu tidak lain karena ingin memenuhi perintah Allah. Seperti yang
dijelaskan dalam Al-Quran.
“Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, Maka berjalanlah disegala penjurunya
dan makanlah sebagian rezeki-Nyalah kamu kembali (setelah dibangkitkan).”
Juga ketika menanam, maka seorang muslim merasa bahwa yang ia kerjakan adalah ibadah
kepada Allah. Begitu pula saat ia sedang membajak, menganyam,ataupun berdagang. Makin
tekun ia bekerja, makin taqwa ia kepada Allah, bertambah rapi pekerjaannya,bertambah dekat ia
kepada-Nya.
Memahami sistem ekonomi Islam secara utuh dan komprehensif,selain memerlukan pemahaman
tentang Islam juga memerlukan pemahaman yang memadai tentang pengetahuan ekonomi umum
mutakhir. Keterbatasan dalam pemahaman Islam akan berakibat pada tidak dipahaminya sistem
ekonomi Islam secara utuh dan menyeluruh, mulai dari aspek fundamental ideologis sampai
pemahaman konsep serta aplikasi praktisnya. Akibatnya tidak jarang pemahaman yang muncul,
hanya menganggap bahwa sistem ekonomi Islam tidak berbeza dengan sistem ekonomi umum
yang selama ini ada, hanya minus sistem ribawi (riba) ditambah dengan zis
( zakat, infak,sedekah) juga disertai adanya prinsip-prinsip akhlak yang diperlukan dalm kegiatan
ekonomi.
Sebaliknya keterbatasan dalam pemahaman tentang ekonomi umum mutakhir akan berakibat
pada anggapan bahwa sistem ekonomi Islam tidak memiliki konsep operasional, namun hanya
memiliki konsep-konsep teoritis dan moral seperti yang terdapat pada hukum-hukum fikah
tentang muamalah, seperti perdagangan,sewa-menyewa,sistem simpan pinjam dan lain-lain.
Dengan kata lain menurut mereka sistem Islam hanya berisi tentang konsep-konsep dan garis
besarnya saja, tetapi sebetulnya lebih dari itu yaitu merincinya lebih lanjut dalam operasional
pelaksanaannya.
Bagi memahami sistem ekonomi Islam selain memerlukan pemahaman tentang Islam secara
utuh,juga memerlukan pemahaman tentang pengetahuan ekonomi umum mutakhir. Pemahaman
Islam diperlukan untuk memahami prinsip-prinsip ekonomi Islam secara utuh, yang memerlukan
bahagian dari sistem keseluruhan. Atau dengan kata lain agar falsafah, tujuan dan strategi
operasional dari sistem ekonomi Islam dapat difahami secara komprehensif. Dengan demikian
tidak ada lagi anggapan bahwa sistem ekonomi Islam tidak memiliki landasan filosofis. Politis
mahupun strategi.
Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat
dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti
tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.Abad ke 21 amat
mencabar kekuatan peradaban manusia. Kemajuan bangsa dan negara amat bergantung kepada
kemantapan tamadunnya.
Cara hidup mestilah diasaskan kepada nilai beragama sepenuhnya. Kemusnahan blok Komunis
dari segi politik, ekonomi dan budaya adalah faktor kerosakan idelogi manusia. Blok kapitalis
juga tidak dapat diteladani kerana ianya tidak berteraskan nilai-nilai positif. Kehebatan Amerika
dan Eropah juga makin meluntur dan tidak dapat lagi dibuat panduan. Islam berperanan utama
untuk menyelesaikan senario ini. Sistem ekonomi yang lebih berkesan dan relevan dengan
permasalah dan survival umat. Sebagai sebuah negara Islam di Asia Pasifik, Manusia perlu
menyusun pembangunannya dengan berakar umbikan kepada Al-Quran dan Hadith.
Sesungguhnya Islam mengutamakan penyusunan masyarakat sesebuah negara.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud:
“ Demi tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi
rahmat sekelian alam” (Surah Al-Anbiya’ 21:107)
SISTEM EKONOMI ISLAM DAN MASYARAKAT MALAYSIA.
Di Malaysia, sistem ekonominya terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi kapitalis dan sistem
ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan secara menyeluruh pada tahun 1983
dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini sistem ekonomi yag berteraskan
Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat, pelbagai produk kewangan telah diperkenalkan
antaranya ialah takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan al-Rahnu.
Konsep pajak gadai Islam atau ar-Rahnu adalah satu sistem yang diperkenalkan pada tahun 1993.
Kehadirannya mendapat perhatian masyarakat sama ada Islam dan bukan Islam. Justeru , kaedah
pengaplikasian skim tersebut adalah mengikut syariat. Firman Allah S.W.T. :
أ فاء مقبوضه فرهن تبا كا تجدوا ولم سفر علئى كنتم وان
فليؤد بعضا بعضكم من
ومن الشهدة تكتموا وال ربه الله وليتق أمنته اؤتمن الذئ
عليم تعملون بما والله قلبه ءاثم فاءنه يكتمها
Maksudnya: “ Dan jika kamu dalam musafir sedang kamu tidak dapat seorang penulis maka
hendaklah ada barang jaminan yang dipegang. Tetapi jika sebahagian kamu mempercayai
sebahagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya dan hendaklah
bertaqwa kepada Allah. Dan janganlah kamu sembunyikan kesaksian kerana barang siapa yang
menyembunyikannya sungguhpun hatinya kotor (berdosa) dan Allah mengetahui apa yang kamu
kerjakan”.
Kewujudan skim ini dijangka dapat membantu ramai masyarakat Malaysia yang memerlukan
wang tunai segera. Skim ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah
tetapi juga golongan masyarakat yang lain yang memerlukan pinjaman mikro kredit yang cepat
tanpa ada unsure riba’ serta menguntungkan kedua-dua belah pihak sama ada penggadai atau
penerima gadaian.
Skim Pajak gadai bukanlah satu fenomena baru kepada masyarakat Malaysia, malah ia
merupakan institusi yang cukup dikenali oleh masyarakat bawahan serta golongan yang
memerlukan wang segera sebagai satu saluran mudah untuk mendapatkan perjhidmatan
pinjaman jangka pendek. Bagaimanapun, sejak zaman British di negara ini, perniagaan pajak
gadai telag diusahakan oleh golongan bukan Islam. Transaksi yang berlaku adalah melibatkan
unsure-unsur gharar dan bersifat menekan (Utusan Malaysia, 28 Mac 2006)
Latar belakang sejarah, kebudayaan, sikap, aspirasi dan kefahaman perlu difahami sedalam-
dalamnya agar sistem ekonomi dan dapat diterapkan dengan hikmah, teratur dan menyeluruh.
Sebenarnya sistem ekonomi Islam jika dilaksanakan dengan menyeluruh akan menguntungkan
kesemua pihak. Adalah diharapkan sistem ekonomi Islam dapat difahami bukan sekadar
keperluan ‘ritual’ sebaliknya dilaksanakan dalam ‘mainstream’ sistem ekonomi negara agar
ekonomi Malaysia pada tahun 2020 terus berkembang.
Adapun berbagai bagai agama yang ada di muka bumi ini memperolehi namanya masing-masing
dan ada kalanya dari nama orang yang mengasaskannya, atau kepada umat yang tertentu yang
menubuhkan dan mengembangkan agama tersebut. Agama Nasrani atau Masehi misalnya
mengambil namanya dari al-Masih. Agama Buddha diambil daripada nama pembawanya,
Gautama Buddha. Agama Zarathustra pula berasal dari nama pembawa panji- panjinya yang
bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi yang terbit dari kabilah Yahuda, maka
agama itupun dinamakan Yahudi.
Berlainan dengan Islam, ia tidak disandarkan kepada nama seseorang yang tertentu dan tidak
kepada umat yang tertentu. Nama Islam itu menunjukkan sifat-sifat khusus yang terkandung
dalam makna perkataan Islam itu sendiri. Daripada nama tersebut jelas bahawa ia tidak
menunjukkan pembawa atau pengasasnya di kalangan manusia. Ia bukan khas bagi umat
tertentu, tetapi ia adalah untuk seluruh bangsa. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh
penduduk bumi dengan sifat Islam. Siapa sahaja yang bersifat dengan sifat ini, bahkan manusia
di zaman lampau atau manusia di masa ini, ia adalah Muslim. Demikian juga orang yang
berpegang dengannya di masa yang akan datang adalah seorang Muslim.
PRINSIP-PRINSIP UTAMA EKONOMI ISLAM
Dalam sistem ekonomi Islam terdapat beberapa prinsip, yamg antaranya:
Hak Milik Peribadi
Islam memperakui pemilikan hak perseorangan dan menempatkan hak ini ditempat yang
paling sesuai dengan fitrah manusia. Malah Islam menetapkan bahawa harta dan milik
peribadi adalah di antara lima perkara yang wajib dilindungi oleh syariatnya.
Fitrah ini berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksudnya:
“Telah dihiasikan bagi manusia itu mencintai hawa nafsu terhadap wanita, anak pihak,
kekayaan yang melimpah ruah daripada emas dan perak, kuda yang tangkas, binatang –
binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan kehidupan dunia.” (Ali-
Imran:14)
Islam melihat bahawa manusia adalah makhluk yang memiliki dorongan-dorongan dan ingin
memiliki dan menyukai harta benda. Dorongan-dorongan yang bersifat fitri ini jugalah yang
menggerakkan manusia me;lakukan usaha pembangunan dan bersungguh-sungguh untuk
berjaya. Namun demikian perakuan Islam terhadap hak milik peribadi tidaklah bererti Islam
membiarkan manusia bebas tanpa sebarang ikatan dan peraturan. Untuk meletakkan perakuan
terhadap hak milik peribadi di atas jalan yang sentiasa seiring dengan fitrah manusia yang baik
dan bukan pula mengikut hawa nafsu yang buruk maka syariat Islam menetapkan peraturan-
peraturan yang kukuh dan berkesan.
Kebebasan Mencari Sumber Pendapatan.
Islam memberikan setiap orang hak dan kebebasan dalam menentukan corak
kehidupannya. Ia bebas memilih kerja-kerja yang ia minati asalkan tidak bertentangan
dengan syariat Islam. Dengan adanya berbagai-bagai minat di dalam menentukan
pekerjaan dan sumber pendapatan masing-masing maka timbullah kepelbagaian di dalam
hasil negara dan keperluan masyarakat.
Dalam Islam, pekerjaan mempunyai taraf kemuliaan yang besar yang tidak ada
bandingannya dalam semua agama dan kebudayaan yang lain. Kebebasan mencari
sumber pendapatan dalam Islam berdasarkan kepada firman Allah yang bermaksudnya:
“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah
kurniaan Allah “ (Al-Jum’ah:10)
“Dialah yang menjadikan bumi ini mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala
penjuruNya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya, dan kepadaNya kamu
(kembali setelah) dibangkitkan.” (Al-Mulk : 15)
Keadilan Sosial
Kegiatan ekonomi adalah sebahagian daripada ruang lingkup Islam yang syumul.Oleh
itu, apa sahaja yang hendak ditegakkan oleh Islam maka itu jugalah yang ditegakkan oleh
mana-mana bahagian daripadanya. Islam bertujuan untuk menegakkan keadilan, oleh itu
salah satu asas utama sistem ekonomi Islam juga ialah untuk menegakkan keadilan.
Keadilan sosial yang hendak ditegakkan oleh sistem ekonomi Islam bersih daripada
sebarang slogan kosong dan bebas daripada sebarang kekeliruan. Ini adalah kerana
keadilan dalam Islam mempunyai asasnya yang tersendiri, iaitu di atas dasar taqwa dan
maaruf.
Hak Pewarisan
Di antara prinsip yang ditetapkan oleh Islam dalam memperolehi hak milik ialah melalui
hak pewarisan. Hak pewarisan berdasarkan kepada fitrah manusia, keadilan dan
penghormatan terhadap kehendak dan cita-cita pemilik.Setiap orang yang memiliki harta
berhajat untuk menjamin hidup ahli keluarganya dan berusaha agar harta yang ada
padanya tidak habis. Maka kerana itulah hak pewarisan ini adalah satu perinsip yang
tinggi nilainya dalam sistem ekonomi.Malah Islam memandang bahawa hak peawrisan
adalah salah satu alat yang utama bagi mencapai keadilan sosial di dalam masyarakat. Di
atas dasar inilah undang-undang pewarisan Islam menjadi sesuatu undang-undang yang
unit dan tidak terdapat di dalam sistem-sistem yang lain.
CIRI-CIRI UTAMA SISTEM EKONOMI ISLAM
Sistem Ekonomi Islam Sebagahagian Sistem Islam yang Syumul
Salah satu cirri yang menonjol dalam sistem ekonomi Islam ialah kegiatan ekonomi
mempunyai hubungan dari segi aqidah mahupun syariatnya. Sistem ekonomi Islam tidak
boleh dipisahkan daripada dasar-dasar aqidah dan nilai-nilai syariat Islam. Dari segi
aqidah, sistem ekonomi Islam berlandaskan kepada hakikat bahawa Allah adalah
Pencipta dan Pemilik alam semesta seperti firman Allah yang bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)
kamu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan menyempurnakan nikmatNya
untukmu zahir batin.” (Luqman:20)
Sementera dari segi syariat pula ia menghubungkan sudut-sudut muamalah sesama
manusia. Sebagaimana firman Allah yang bermaksudnya:
“Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya di kalangan
kamu.”(Al-Hasyr:7)
Mewujudkan Keseimbangan di antara Kepentingan Individu dengan Masyarakat.
Satu lagi ciri sistem ekonomi Islam yang membezakannya dengan sistem-sistem yang
lain ialah ia mewujudkan keseimbangan di antara kepentingan individu dan kepentingan
masyarakat adalah sehaluan dan selari bukannya bertentangan di antara satu sama lain
sebagaimana yang dirumuskan oleh sistem-sistem yang lain. Bagi mewujudkan
keseimbangan ini, sistem ekonomi Islam memberi kebebasan bagi anggota masyarakat
untuk terlibat dengan berbagai-bagai jenis kegiatan ekonomi yang halal di samping
menyelaraskan beberapa bidang kegiatan tersebut menerusi kekuasaan undang-undang
dan pemerhatian.
SOALAN 2
MASALAH-MASALAH KEWANGAN YANG TIDAK MENURUT LUNAS ISLAM
i) AH LONG
Ah Long merupakan istilah popular bagi “ceti haram”. Ia merujuk kepada orang
perseorangan ataupun badan yang menawarkan pinjaman kewangan secara haram
pada kadar faedah yang sangat tinggi kepada si peminjam, disusuli dengan ugutan
ataupun ancaman keganasan.Mereka menawarkan pinjaman kredit kepada sesiapa
yang tidak sanggup atau tidak berupaya untuk memperoleh pinjaman daripada sumber
yang sah (seperti bank) kerana telah disenarai hitam, diisytihar muflis dan
sebagainya.
Ah long juga mengenakan kadar faedah yang sangat tinggi dan sering kali mengugut
akan menggunakan keganasan kepada peminjam yang gagal untuk membayar pada
masa yang telah ditetapkan.Apabila peminjam gagal membayar pada masa yang
ditetapkan, Ah long akan menyembur, menyimbah ataupun menconteng dengan cat
merah pada dinding rumah atau bangunan milik peminjam bertujuan untuk mengugut
mangsa serta memalukan peminjam tersebut sehinggalah si peminjam membayar
hutangnya.Menurut polis serta pihak berkuasa tempatan, terdapat beberapa kes di
mana peminjam dibelasah ataupun harta benda mereka dimusnahkan,malah ada
mangsa yang membunuh diri.
Pada masa sekarang, Ah Long tidak lagi menunggu mangsa yang masih belum
membayar hutang mereka tetapi mereka memecah masuk rumah mangsa dan mencuri
beberapa barang sehinggalah nilainya sama dengan nilai pinjaman. Cara ini juga
digunakan bagi menjumatkan masa dan tenaga.Kes-kes terkini menunjukkan Ah
Long juga mempamerkan salinan kad pengenalan mangsa di atas pelanduk besar serta
menggantungkannya di atas [pagar. Memandangkan Ah long haya memerlukann
salinan kad pengenalan sebagai dokumen untuk permohonan pinjaman,taktik
sedemikian manjadi lazim sehinggakan peminjam akan berasa malu kerana
identitinya dipaparkan di khalayak ramai dan seterusnya akan melunaskan hutang
mereka dengan segera.
ii) SKIM CEPAT KAYA
Skim cepat kaya merupakan satu skim di mana sejumlah wang akan didepositkan
atau dilaburkan kepada penganjur skim cepat kaya dengan janji dan syarat bahawa
wang deposit tersebut akan dipulangkan kembali dengan faedah atau keuntugan yang
dijanjikan bagi wang yang didepositkan selalunya tinggi daripada apa yang
ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang berlesen. Terdapat pelbagai jenis
skim cepat kaya,antaranya adalah Skim Piramid dan Skim Ponzi. Di Malaysia Skim
Cepat Kaya yang paling terkenal adalah Skim Pak Man Telo.
Pada permulaan skim tersebut, penganjur menggunakan wang deposit yang diterima
daripada pendeposit baru untuk membayar pulangan atau wang pokok pendeposit
yang sebelumnya.Pada amnya, para penganjur skim cepat kaya tidak melaburkan
deposit yang diterima ke dalam pelaburan atau perusahaan yang mendatangkan
keuntungan yang sama atau lebih tinggi. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat
terus menanggung pembayaran pulangan yang tinggi kepada pelabur yang sedia ada.
Jika tiada deposit baru diterima oleh penganjur atau skim ini dibatalkan, ia akan gagal
dan para pelabur atau pendeposit akan kehilangan wang mereka.
Pada kebiasaannya antara ayat-ayat skim cepat kaya adalah seperti berikut:-
“ Anda hanya perlu mengeposkan kepada…….Orang yang kemudiannya akan
membuat deposit ke dalam akaun anda ………”
“ Anda tidak perlu berbuat apa-apa. Hanya tunggu wang terkumpul dalam akaun
anda…….”
Dijamin tiada risiko, dan wang akan dipulangkan kembali.
Orang berkenaan( individu, syarikat atau organisasi ) menerima,mengambil atau
bersetuju terima deposit daripada orang awam tidak mempunyai lessen di bawah
seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-intitusi kewangan 1989.
Orang tersebut berjanji akan membayar semula deposit dengan atau tanpa faedah
atau pulangan (faedah atau pulangan pelaburan yang dijanjikanuntuk dibayar
dalam suatu tempoh masa dan dalam bentuk wang atau nilaian wang, sebagainya)
Orang tersebut berjanji akan membayar semula deposit pokok apabila
pembayaran balik dituntut atau pada suatu masa atau mengikut hal keadaan yang
dipersetujui oleh atau bagi pihak orang yang membuat bayaran itu dan orang yang
menerimanya, dengan apa-apa balasan berupa wang atau nilaian wang
( pembayaran pelaburan pokok adakalanya dimasukkan sekali dalam faedah atau
pulangan tetap yang dijanjikan.
Diantara skim cepat kaya yang terdapat di Malaysia adalah Pak Man Telo, Labu
peram ( Sekitar 1980-an), Linggam Telo (1990 Lembah Klang), Skim 350 (1980-
an Kulim, Kedah ), Platinum Lane Sdn Bhd ( PLSB) ( 1991 Kulim Kedah ), dan
Sri Emas Enterprise.
iii) KAD KREDIT
Kad Kerdit bolehlah ditakrifkan sebagai sejenis kad yang digunakan sebagai
pengganti wang tunai atau buat masa ini lebih dikenali sebagai wanag plastik. Sejak
akhir-akhir ini, penggunaan kad kredit didapati semakin popular di kalangan
masyarakat kita terutamanya ahli perniagaan. Kini terdapat semakin banyak syarikat
yang mengeluarkan kad kredit seperti American Express, Visa, dan Master Card.
Menurut pendapat Menteri Kewangan Malaysia, penggunaan kad kredit merupakan
pemangkin masalah inflasi yang sangat ketara.Di samping itu, beliau juga turut
meramalkan bahawa bilangan pengguna kad kerdit ini di negara kita akan bertambah
pada tahun-tahun yang akan datang.
Salah satu faktor yang menggalakkan orang ramai menggunakan kad kredit ialah
mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak untuk membeli belah. Bagi
sesetengah pengguna, membawa wang tunai yang banyak ketika membeli belah
merupakan suatu beban. Keadaan ini lebih ketara sejak kerajaan mewujudkan wang
yang bernilai seringgit dalam bentuk siling. Kini terdapat hampir 50 peratus daripada
pengguna yang membeli belah di pasar raya-pasar raya dengan menggunakan kad
kredit.
Pengguna kad kredit juga merasa lebih selamat menggunakan kad kredit berbanding
dengan penggunaan wang tunai. Hal ini kerana semua kad kredit yang digunakan
tidak boleh bertukar milik. Setiap kali mereka menggunakan kad kredit tersebut
mereka dikehendaki menandatangani borang khas yang akan dapat mengesan pemilik
sebenar kad kredit tersebut. Oleh hal yang demikian, pemilik kad kredit tidak perlu
bimbang sekiranya kad mereka hilang atau dicuri orang.
Seterusnya, kebanyakan ahli masyarakat lebih gemar menggunakan kad kredit kerana
mereka tidak perlu menukar mata wang ketika berada di luar negara. Sekiranya kita
melancong ke luar negara, kita mungkin perlu menukarkan mata wang negara kita ke
mata wang negara yang kita lawati itu. Hal ini tidak demikian bagi pemegang kad
kredit kerana pertukaran nilai mata wang asing akan dilakukan secara automatis
setiap kali kad kredit tersebut digunakan. Menurut pendapat kebanyakan pelancong,
mereka lebih suka menggunakan kad kredit kerana mereka diberikan layanan yang
lebih istimewa ketika berurus niaga terutamanya di hotel-hotel yang terkemuka dan
bertaraf antarabangsa.
Di samping kemudahan yang boleh dinikmati, pemegang kad kredit juga sering
menghadapi beberapa masalah. Hal ini kerana tidak semua para peniaga mahu
menerima pembelian secara kredit terutamanya kedai-kedai biasa atau kedai-kedai
kecil yang jumlahnya lebih banyak daripada kedai-kedai besar atau pusat-pusat
membeli belah yang terkenal. Oleh hal yang demikian, tempat-tempat penginapan
atau pusat-pusat membeli belah yang boleh dikunjungi oleh pemegang kad kredit
adalah terhad. Oleh itu, pemegang kad kredit mungkin menghadapi masalah
sekiranya pusat beli belah atau gerai yang mereka kunjungi itu menolak penggunaan
kad kredit.
Selain itu, pemegang kad kredit mungkin berbelanja secara berlebih-lebihan kerana
mereka tidak begitu peka atau perihatin dengan nilai wang yang dibelanjakan. Oleh
itu, kita sering mendengar rungutan daripada pemilik kad kredit yang menghadapi
masalah beban hutang yang banyak. Setelah puas berbelanja, mereka mungkin akan
berada dalam keadaan yang sugul kerana terpaksa berfikir bagaimana hendak
membayar balik jumlah wang yang telah mereka belanjakan.
iv) INSURANS
Insurans itu adalah apabila kita membeli polisi insurans dengan membayar premium
kepada syarikat insurans kita telah mengikat kontrak dengan syarikat insurans yang
akan berkewajiban membayar sejumlah wang yang telah dipersetujui apabila
berlakunya sesuatu kemalangan ataupun kematian terhadap kita.
Terdapat berbagai-bagai jenis insurans untuk melindungi kita dari semua jenis risiko
seperti insurans nyawa, insurans kenderaan dan insurans kebakaran. Semua jenis
insurans termasuk insurans motor adalah bertujuan menolong kita mengurangkan atau
menampung kerugian kewangan akibat berlakunya sesuatu kecelakaan. Oleh itu,
sebuah polisi insurans sebenarnya merupakan sesuatu kontrak di antara pihak syarikat
insurans dan pihak pengguna bahawa pampasan akan dibayar jika kecelakaan ataupun
kemalangan yang disebutkan di dalam polisi itu berlaku. Walau bagaimanapun,
pampasan hanya akan dibuat bergantung kepada premium yang dibayar.
INSURANS NYAWA
Tujuan insuran nyawa ialah untuk memberi jaminan kewangan kepada anak-anak dan
tanggungan lain yang berada di bawah tanggungan pencari nafkah jika beliau
meninggal dunia.Insurans penggal memberi perlindungan insurans untuk beberapa
tahun yang ditetapkan (term).Jika pemegang polisi meninggal dunia dalam tempoh
itu, keluarga beliau akan mendapat jumlah yang diinsuranskan. Tetapi jika pemegang
polisi tidak meninggal dunia dalam jangka masa yang ditetapkan itu, beliau tidak
akan mendapat apa-apa dari syarikat insurans berkenaan. Keistimewaan insurans
penggal adalah premium yang dibayar adalah lebih rendah berbanding dengan
insurans yang lain.
Untuk jenis insurans yang lain seperti insurans endowmen, polisinya ialah untuk
jangka waktu yang tertentu. Pemegang polisi akan menerima jumlah yang
diinsuranskan pada akhir tempoh yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, sekiranya
pemegang polisi meninggal dunia sebelum tempoh yang ditetapkan, keluarganya
berhak menerima bayaran daripada polisi tersebut.Bagi polisi insurans nyawa seumur
hidup, pemegang polisi membayar premium untuk seumur hidup. Apabila pemegang
polisi meninggal dunia,keluarga beliau akan menerima kesemua jumlah wang yang
diinsuranskan. Jika pemegang polisi menyerahkan polisi beliau selepas 20 atau 30
tahun, sebelum kematiannya seperti yang dinyatakan di dalam polisi, beliau akan
mendapat balik sejumlah wang yang tertentu –iaitu jumlah yang beliau telah bayar
campur dengan sebahagian dari keuntungan pelaburan kumpulan wang insurans
berkenaan.
INSURANS MOTOR
Perlindungan insurans motor ialah satu kemestian bagi semua kenderaan yang
digunakan di jalanraya. Ia adalah untuk menjamin supaya pemandu-pemandu
dilindungi daripada liabiliti (tangungan) yang mungkin wujud jika berlaku sesuatu
kemalangan. Jenis insurans kenderaan yang biasa ialah Polisi Pihak Ketiga dan Polisi
Komprehensif. Perlindungan lain bolehlah diperolehi mengikut pilihan pemegang
polisi.
v) PAJAK GADAI
Ramai pengguna berfikir memajak adalah satu cara yang mudah, cara yang selesa
untuk meminjam wang. Ia memang betul jika kita dapat menebus balik barangan
yang digadai. Namun kita boleh ditipu oleh pekedai pajak gadai yang tidak jujur.
Oleh itu kita perlulah berwaspada supaya kita tidak tertipu atau tidak terpedaya.
Sebagaimana Akta Pajak Gadai 1972 telah diluluskan untuk menyeragamkan undang-
undang mengenai pajak gadai di seluruh Malaysia. Sebelum itu terdapat Enakmen-
Enakmen yang berbeza-beza mengawal aktiviti pajak gadai di tiap-tiap negeri di
Semenanjung Malaysia.
Definasi Pemegang Pajak Gadai
Orang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai pajak gadai
digelar sebagai pemegang pajak gadai atau dalam bahasa Inggerisnya ‘pawn
broker’.ini termasuklah orang yang menerima barang seseorang lain sebagai cagaran
untuk pembayaran balik wang yang tidak lebih dari RM 5,000 yang telah
didahulukan.Sebagai contoh: A, seorang yang mempunyai wang telah meminjamkan
RM 100 kepada B yang memerlukan wang itu. Sebagai jaminan untuk pembayaran
balik wang itu, B meninggalkan dengan A sebentuk cincin emas. A di sini disifatkan
sebagai seorang yang menjalankan perniagaan mengambil barang-barang sebagai
pajak gadai.
Definasi Pemajak Gadai
Akta mendefinasikan pemajak gadai adalah sebagai seorang yang menyerahkan
sesuatu barang umtuk dipajak gadai kepada seseorang pemegang pajak gadai. Akta
juga memperuntukkan bahawa golongan-golongan yang tertentu tidak boleh menjadi
pemajak gadai. Ini termasuklah orang yang dalam keadaan mabuk dan juga orang
yang di bawah umur 16 tahun. Seorang kanak-kanak misalnya tidak boleh disuruh
oleh ibu bapanya membawa barang-barang yang tertentu untuk digadaikan. Sekatan
yang dikenakan ke atas golongan ini adalah berasaskan prinsip am undang-undang
bahawa orang ini tidak berkeupayaan untuk melibatkan diri dalam apa-apa transaksi
undang-undang.
CADANGAN JALAN PENYELESAIAN BERHUBUNG DENGAN MASALAH
KEWANGAN DI ATAS
Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk
dilaksanakan oleh umatnya bagi memgelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur
gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara
ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan oleh masyarakat Cina. Ini telah
menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum
syarak.
Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akedemi Pengajian Islam, Universiti Malaya,
Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini
memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan memggadai barang-barang tertentu
untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa . Kebiasaannya mereka
menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan
makanan.
“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli
barang-barang lain atau ditebus balik Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar
bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang
tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali.Ini menunjukkan berlaku
pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai
konvensional. Pada tahun 1990, bekas gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri
Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya
sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan
kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.
Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah
melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 januari 1992. Pajak
gadai ini ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu
Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Terengganu. Penubuhan
pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil. 2) 1986.
Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di
bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuat kuasa pada 1 Jun
1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak
syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui
anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-
Rahnu yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM 2 juta. Ia
merupakan syarikat atau intitusi gadaian Islam terawal di Malaysia.
Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Al-Rahnu
di seluruh negara menjelang 1993. Di kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-
undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran
hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga
sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak
dijelaskan.
Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-dawam) dan
penahanan(al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama
Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
(YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat
umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara
Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.
Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim
Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan
riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi,
skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan
barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.
YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat
bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan
berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yamg bermula
pada 21 oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM 5 juta daripada
YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30.
Konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang
memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan.
Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi
perdagangan yang berunsur negetif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya
meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat.
Orang awam diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pelaburan yang
dipromosikan melalui internet. Sesetengah syarikat dan laman web yang
menawarkan skim pelaburan melalui internet tidak dilesenkan atau diberi kuasa
oleh Bank Negara Malaysia untuk mengambil deposit atau wang asing.Aktiviti
sedemikian biasanya menawarkan pulangan pelaburan yang menarik atau peluang
pelaburan yang membabitkan kadar pulangan yang tidak realistic dan tanpa risiko
atau berisiko rendah.
Pelabur adalah diingatkan supaya membuat deposit hanya dengan institusi yang
berlesen atau menjalankan urus niaga mata wang asing dengan institute yang
diberi kuasa oleh Bank Negara Malaysia agar mereka boleh mendapat
perlindungan yang sepatutnya. Pengendali tidak berlesen boleh berhenti
menjalankan perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak
mempunyai perniagaan mereka yang menyebabkan pelabur-pelabur tidak
mempunyai apa-apa cara untuk mendapatkan semula wang pelaburan mereka atau
membuat tuntutan terhadap mana-mana orang yang terbabit dengan skim tersebut.
Di dalam Islam harta bukanlah merupakan matlamat hidup tetapi adalah wasilah
atau perantara bagi merealisasikan perintah Allah Taala. Matlamat hidup yang
sebenar ialah seperti firman Allah dalam surah al-An’am ayat 162 yang
bermaksud:
“Katakanlah : ‘Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku, dan matiku,
hanyalah untuk Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam”
Merealisasikan perintah Allah Taala yang sebenarnya ini akan membawa kepada
ketenangan hidup yang hakiki. Setiap muslim percaya bahawa Allah Taala
merupakan Pencipta yang mampu memberikan ketenangan yang hakiki bukannya
harta. Untuk itu harta bukanlah tujuan sebenar kehidupan tetapi adalah sebagai
jalan bagi mencapai nikmat ketenangan kehidupan di dunia dan berterusan hingga
kea lam akhirat.