pergerakan kreatif

Upload: nalamaran-thanarasa

Post on 19-Oct-2015

127 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Pjk

TRANSCRIPT

PERGERAKAN KREATIF

PERGERAKAN KREATIFMinggu

TajukHuraian/FokusContoh AktivitiBil. JamAlatan/Rangsangan

1TEMA 1

Kesedaran Tubuh Badan

- Lokomotor

- Bukan Lokomotor

- Bahagian-bahagian

Tubuh BadanPenekanan diberi kepada penggunaan keseluruhan tubuh badan bertujuan memberi pengalaman bergerak dan berhenti secara bebas dan terikat supaya mencapai kawalan aliran pergerakan.

Penerangan diberik kepada istilah pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Daya cipta kreatif akan dapat dilihat dalam variasi pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor yang dicipta untuk menunjukkan perasaan dan idea yang sesuai.

Meniru pergerakan-pergerakan haiwan di dalam zoo. Contoh; berjalan seperti gajah, menjengket seperti kanggaru, melompat seperti arnab berdiri seperti bangau dan sebagainya.

Pergerakan merangkak untuk menggambarkan kucing berjalan, bahagian tubuh badan yang dikenalpasti ialah tangan, tapak tangan dan lutut sebagai sokongan kepadea berat badan.2 jamSuara

Muzik

Gambar

Tamborin

Alat Perkusi

Peta Pergerakan

TEMA 2

Kesedaran Rintangan Kepada Beban dan Masa- Beban

- Halus-Ringan

- Berat-Kuat- Masa

- Serta-Merta

- Kawal-LambatTumpuan diberi kepada cara tubuh badan bergerak dan membantu individu mengawal pergerakan mereka supaya dapat melahirkan perasaan atau idea melalui pergerakan.

Halus-Ringan - lakuan pergerakan yang lembut,

halus dan sensitif menggunakan

otot yang kecil.

Berat-Kuat - lakuan pergerakan yang tegas,

kuat, bertenaga dan pantas

menggunakan otot besar.

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara keseluruhan dan bahagian-bahagian tubuh badan digerakkan untuk menghasilkan kesan halus-ringan dan berat-kuat bagi membolehkan pengucapan perasaan dan idea.

Serta-Merta - pergerakan dilakukan dalam masa

singkat, cepat, tegas, berspontan

dan dinamik.

Kawal-Lambat - pergerakan yang perlahan,

lambat, licin, beralun dan

berayun, tidak perlu tergesa-

gesa dan boleh dilakukan

tubuh badan yang berasingan.

Mulakan aktiviti menggunakan bahagian-bahagian tubuh badan seperti, berjalan, melompat dan merangkak dengan cara halus-ringan dan berat-kuat.

Beri perhatian kepada perbezaan antara yang halus-ringan dan berat-kuat.

Rangkaikan pergerakan berat-kuat dan halus-ringan yang dilakukan dalam kumpulan

Contoh: mencangkung dan seolah-olah mengangkat benda berat ( berat-kuat).

Menyelam/scuba (halus-ringan)

Meniru pergerakan seorang peninju sedang bertinju

Pergerakan burung yang sedang terbang di udara.

Bergerak mengikut bunyi tamborin/gendang yang dibunyikan.

Gerak setempat atau gerak edar dan menggunakan bahagian tubuh badan yang berlainan untuk menghasilkan pergerakan serta-merta dan kawal-lambat.

Bergerak mengikut cerita sebagai bahan rangsangan.2 jamTamborin

Muzik

Gambar

Gong

Tamborin

Gambar

Bacaan Cerita/Puisi

Alat Perkusi

2

TEMA 3

Kesedaran Ruang

- Kawasan

- Ruang Diri

- Ruang Am

Ruang digunakan untuk menimbulkan mud atau perasaan, misalnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka manakala perasaan gembira ditunjukkan bila tubuh badan meneroka ruang seperti melompat-lompat dari satu tempat ke tempat yang lain.Ruang Diri - kegunaan ruang di kawasan

sekeliling

Ruang Am - kawasan keseluruhan dalam

Pergerakan

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara kawasan digunakan dan kesedaran ruang untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.

Cerita berkenaan dengan sehelai dau di atas pokok yang ditiup angina.

Lakukan pergerakan seperti sehelai daun yang gugur dan ditiup angina.

(Bunyikan gendang/tamborin dengan rentak yang berbeza)

Gunakan tangan, kaki dan kepala untuk mengelilingi ruang dan menolak ruang.

Meneroka ruang secara bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.Galakkan murid menunjukkan perasaan atau idea melalui pergerakannya.2 jamGendang/Tamborin

Cerita

Gambar

Gong

Peta Pergerakan

- Arah

- Laluan

- Aras

- EkstensiMenekankan kepada penggunaan lima arah berdasarkan bahagian tubuh badan yang mendahului pergerakan seperti ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas dan ke bawah.

Daya cipta kraetif dapat dilihat dalam cara bahagian tubuh ke lima bahagian badan yang lain boleh digunakan untuk mendahului pergerakan ke lima arah yang berlainan

Laluan merupakan penggunaan corak pergerakan atas lantai atau di udara berdasarkan garis lurus atau lengkung seperti laluan bersudut atau zig-zag adalah kombinasi garsian lurus dan corak bulatak merupakan kombinasi beberapa garisan melengkung.

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam corak pergerakan yang berbeza.

Pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan berada di satu aras. Tiga aras asas ialah:

- aras tinggi pada paras bahu seperti melompat, berdiri atas hujung jari kaki.- aras rendah pada bawah aras pinggang seperti melutut, duduk, baring atau dekam.

- aras sederhana ialah antara parus bahu dan pinggul apabila keadaan badan dicondong ke depan, belakang atau ke sisi.

Ekstensi merupakan pergerakan yang melibatkan keseluruhan badan seperti membesar, mengecil, menjauh dan mendekat.- BESAR - jauh dari badan

- KECIL - dekat dengan badan

- JAUH - jauh dari pusat badan

- DEKAT - dekat dengan pusat badan

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam cara murid mencetuskan idea sesuatu yang menjadi besar, kecil, jauh atau dekat dengan pusat badan.Mengecilkan badan kemudian bergerak seperti sebiji benih bercambah. (ceritakan bagaimana sebiji benih mengeluarkan pucuk akar, batang dan daun)

Bergerak setempat seperti sebatang pokok ditiup angina dan lakukan pergerakan seperti pokok tumbang.

(bunyikan tamborin/gendang/kompang dengan kelajuan dan rentak yang berbeza serta isyarat pokok tumbang)

Dalam kumpulan gunakan bahagian tubuh badan untuk bergerak kea rah hadapan, belakang, sisi, atas dan bawah.

Berdiri setempat dan membuat bentuk badan yang berlainan.

Bergerak ke hadapan atau ke belakang dengan corak pergerakan di atas lantai yang berbeza.

Bergerak dengan laluan yang berbeza dan berhenti sambil membuat bentuk badan yang berlainan.

Sediakan peta pergerakan sebagai persediaan untuk membuat pergerakan.

Gerak bebas mengikut rentak yang dibunyikan dan berhenti bila isyarat diberikan. Kekalkan bentuk badan dan tukar bentuk badan ke aras yang berlainan. Berhimpun dalam kumpulan kecil dan bentuk formasi.

Ceritakan dan lakukan pergerakan seperti sebutir bom yang akan meletup

Duduk dekam dan lakukan pergerakan seperti sekumtum bunga berkembang dan menguncup.

(Pukul kompang dengan kelajuan yang sama tetapi semakin kuat dan dari kuat ke bunyi semakin perlahan dan lembut)GambarSuara

Kompang/Tamborin/

Gendang

Cerita

Puisi/Sajak

Kad kecil dengan lukisan garisan lurus dan melengkungTamborin/Kompang

Peta Pergerakan

Alat Perkusi

Cerita

Puisi/SajakCerita

Tamborin/Kompang

Gambar

TEMA 4

Aliran Beban Badan Dalam Ruang dan Masa

- Aliran

- Aliran Terikat

- Aliran Bebas

- Ruang

- Terus

- Tidak Terus

- Masa

- Serentak

- Berturut-berturutMenekankan berat kepada kualiti pergerakan, kelancaran urutan serta penggunaan ruang dan masa.

Aliran terikat ialah lakuan yang boleh dihentikan dengan mudah dan serta merta. Aktiviti yang dilakukan terkawal dan boleh diberhentikan dalam kedudukan imbangan.

Aliran bebas ialah menggunakan keseluruhan bahagian tubuh badan serentak dan melukan aktiviti berterusan, lancer, licin dan tersusun dan aktiviti ini sukar diberhentikan dengan serta merta

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam verbagai aliran. Aliran ini dilakukan secara terkawal dan sukar diberhentikan.

Ruang terus digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas.Ruang tidak terus digunakan secara langsung dalam berbagai aras dan dengan menggunakan kawasan yangl uas dan sepenuhnya.

Masa ialah penglibatan bahagian tubuh badan melakukan pergerakan. Keseluruhan bahagian tubuh badan bergerak serentak atau satu bahagian badan mendahului pergerakan.

Pergerakan Serentak keseluruhan bahagian tubuh badan bergerak serentak semasa melakukan pergerakan seperti lompatan dan gulingan

Pergerakan Berturut-turut merupakan satu bahagian badan bergerak mendahului bahagian tubuh badan yang lain seperti berjalan dan berlari

Daya cipta kreatif dapat dilihat apabila berbagai pergerakan serentak dan berturut-turut yang unik dilakukan selepas diberi tugasan.

Gambarkan lakuan dan bergerak mengikut lakuan binatang seperti arnab dan katak.

Gambarkan pergerakan dan lakukan pergerakan objek seperti gasing, bola dan laying-layang.

Gambarkan situasi keretapi dari Johor Baharu ke Arau dengan hentian di beberapa stesyen.

Bergerak dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan ke garisan penamat dengan berbagai cara.

Meniru pergerakan laying-layang dari permulaan layangan sehinggan mendarat.

Meniru pergerakan seorang tua yang sedang memikul seguni beras dan seorang budak sedang bermain di papan gelongsor.Bergerak dengan pergerakan harian yang boleh membayangkan pergerakan serentak dan berturut-turut.Gambar binatan dan ohjek

Cerita

Alat perkusi

Alat Perkusi

Tepukan Tangan

Carita

3TEMA 5

Penyesuaian Terhadap Rakan

- Kerja Berpasangan

- Kerja BerkumpulanPenyesuaian terhadap rakan secara berpasangan. Perhubungan dengan rakan dapat dilakukan dengan pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan.

Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam perhubungan dengan rakan baru secara unik.

Penyesuaian terhadap rakan secara berkumpulan. Perhubungan dengan rakan boleh secara:

- ketua dengan pengikut

- kumpulan bekerjasama

- ahli-ahli kumpulan bertentangan dengan rakan

Pertukaran tempat, pergerakan meniru atau bertentangan dengan rakan adalah cara-cara penyesuaian terhadap rakan. Ahli-ahli kumpulan menyedari kedudukan rakan dari kedudukan dirinya dan juga kedudukan bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain.

Daya cipta kreatif dapat dilihat cara sekumpulan berkomunikasi melalui pemerhatian pergerakan ahli-ahli kumpulan itu.

Anda dan adik anda telah ditugaskan oleh ibu untuk membersihkan rumah seperti mengelap dindiang dan mengelap cermin. Lakukan tiga tugasan aksi pergerakan meniru selari dan tiga pergerakan meniru bertentangan. Gunakan tamborin atau tepukan tangan semasa melaksanakan tugasan sebagai ritma.

Gambarkan pasukan anda memasuki pertandingan mendayung perahu sempena Hari Kemerdekaan Negara. Titik kemenangan ialah kerjasama serta keunikan teknik mendayung. Terokai pelbagai pergerakan dalam kumpulan yang menggambarkan kelajuan. Gunakan gong, gendang, tamborin dan alatan-alatan lain sebagai rangsangan.2 jamTamborin/Gendang

Tepukan Tangan

Cerita

TEMA 6Penggunaan Tubuh Badan Sebagai Alat

- Lompatan Asas

- Bentuk Tubuh

Badan

- Gerak Isyarat

Fokus adalah untuk membolehkan murid melonjak dan menjelajah di udara dengan lompatan secara spontan dan bebas. Ada lima lompatan asas:

a. melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan kaki yang sama

b. melonjak sebelah kaki dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

c. melonjak sebelah kaki, mendarat dengan sebelah kaki yang lain.

d. melonjak dengan kedua-dua belah kaki dan mendarat dengan sebelah kaki.

e. melonjak dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki.

Kesemua jenis lompatan di atas boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Penekanan ke arah kesedaran pergerakan mempunyai bentuk dan kesedaran bentuk badan semasa dalam keadaan seimbang.Empat bentuk badan asas ialah:

- LURUS seperti panah

- LEBAR seperti tembok

- BULAT seperti bola

- PULAS seperti paku

Penekanan lakuan gerak isyarat ialah pembentukan pergerakan di udara dengan bahagian tubuh badan yang tidak menyokong beban badan. Contoh: Tangan dirapatkan bersama sementara berat badan disokong oleh kaki.Gerak isyarat boleh dilakukan oleh beberapa bahagian tubuh badan tetapi kaki dan tangan adalah paling mudah digunakan oleh pelajar.

Daya kreatif dapat dilihat dalam jenis gerak isyarat dan pilihan bahagian-bahagian tubuh badan yang digunakan

Gambarkan semasa anda pulang dari sekolah, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor anjing. Dalam keadaan ketakutan anda berlari sekuat hati dan melintasi pagar, longkang, lopak dan parit besar. Akhirnya anda selamat tina ke rumah. Lakonkan situasi di atas dengan memberi penekanan kepada lima lompatan asas. Gunakan puisi atau sajak dan genderang atau tamborin sebagai rangsangan.

Bayangkan anda sedang menjalani latihan lasak yang dikelolakan oleh Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pasukan anda terpaksa melalui banyak halangan yang telah disediakan. Antaranya ialah memnjat tembok, meniti titian, meredah sungai, merangkak melalui terowong kecil dan pelbagai aktiviti lasak. Oleh sebab anda seorang yang bersemangat dan mempunyai tahap kecergasan tinggi, maka anda dapat melakukan aktiviti tersebut dengan selamat. Cipta pelbagai bentuk pergerakan berdasarkan situasi di atas.

Gambarkan anda seorang ahli akrobat yang sedang mebuat pertunjukkan di atas seutas tali yang direntang. Anda membuat pelbagai aktiviti yang mencemaskan dengan membuat berbagai-bagai jenis gerak isyarat menggunakan kedua-dua tangan dan kaki, sebelah tangan dan sebelah kaki. Terokai pelbagai jenis pergerakan isyarat yang lebih unik dan mencabar. Penggunaan alat rangsangan digalakkan berdasarkan situasi di atas.Cerita

Puisi/Sajak

Genderang/Tamborin

Gambar

Carita

Alat perkusi

4TEMA 7

Lapan Lakuan Daya Asas

a. Lejang dan radak

b. Apung

c. Cantasd. Luncur

e. Pulas

f. Cecah

g. Tekan

h. Ketis atau Renjis

Lejang merupakan pergerakan cepat, kuat dan bertenaga secara serta merta dan secara langsung. Lejang dilakukan dengan menggunakan kaki.

Radak merupakan perbuatan menusukkan benda yang panjang serta tajam kepada sesuatu benda lain. Radak dilakukan dengan tangan.

Apung merupakan pergerakan yang lemah lembut, halus dan ringan dengan menggunakan jari dan tangan serta secara kawal-lambat. Pergelangan tangan , jari dan siku digunakan untuk mendahului pergerakan.

Cantas ialah pergerakan yang cepat dan serta merta. Ruang yang digunakan adalah bebas. Aksi menyabit rumput ialah salah satu contoh pergerakan cantas

Luncur merupakan pergerakan yang licin, tenang dan tidak berliku-liku, kawal-lambat dan terus.

Pulas pergerakan yang dilakukan secara bertentangan arah antara bahagian pinggul dan bahagian atas badan. Tangan dan siku berperanan penting dalam aktiviti ini. Tubuh akan mengencil, membesar, mengetat dan melonggar.

Bahagian tubuh badan melakukan pergerakan serta-merta secara halus dan terus. Dilakukan dengan cepat dari satu tempat ke tempat yang lain. Keseluruhan badan berasa cergas dan bersedia melakukan pergerakan yang laju.

Tekan bermaksud pergerakan tegas, kuat dan bertenaga. Tekan boleh dilakukan dengan kedua belah tangan, kaki, lutut atau jari ke atas sesuatu permukaan atau anggota badan yang lain.

Aksi ketis atau renjis ialah pergerakan yang cepat, riang dengan gerak isyarat yang berselerak. Otot yang terlibat ialah otot pergelangan tangan dan kaki.Seekor kuda berlari pantas menuruni bukit dan terserempak dengan seorang penembak. Kuda dengan serta merta melejang penembak sehingga pengsan. Tunjukkan aksi lejang secara kreatif berdasarkan situasi.

Anda mewakili Negara dalam perlawanan pedang. Dengan menggunakan pedang, anda meradak ke kiri, ke kanan dan ke bawah.

Terokai pelbagai pergerakan radak yang anda cipta.Bayangkan anda adalah layang-layang yang bergerak bebas dan tenang menikmati keindahan alam. Anda bergerak dengan tenang. Kadang-kala hilang kawalan ditiup angina kencang.

Lakonkan situasi berkenaan dan terokai pelabagai pergerakan kawal-lambat.

Bayangkan anda sedang membersihkan kawasan rumah. Anda mencantas ranting pokok dan semak samun. Tiba-tiba anda ternampak sesuatu bergerak di ranting pokok. Sepantas kilat, anda mencantas dan mencincang benda i tu.Anda sedang menlintasi lantai yang baru digilap dengan berhati-bati. Tiba-tiba anda terluncur dan jatuh ke lantai. Anda cuba berdiri tetapi gagal. Anda terpaksa mengengsot untuk keluar dari kawasan yang licin itu.

Cipta pelbagai pergerakan luncur berdasarkan situasi di atas.

Andaikan anda ialah sebatang skru yang sedang dipulas untuk diketatkan.

Lakonkan dan terokai situasi pergerakan tersebut.Bayangkan anda sedang belajar tarian buluh. Anda melakukan pelbagai pergerakan cecah dengan kaki dan tangan semasa melakukan kativiti ini.

Semasa dalam perjalanan pulang ke kampong, tiba-tiba kereta yang dipandu ayah anda rosak. Anda sekeluarga menolak kereta itu untuk membantu. Pada masa yang sama, anda dapati kedua-dua tayar berkenaan bocor. Anda cuba menampal tayar dengan pelbagai cara.

Terokai pelbagai pergerakan tekan dengan tangan, kaki dan bahagian abdan yang lain.

Bayangkan anda sedang bermain bola tampar di pantai. Setelah selesai bermain, anda membersihkan badan daripada pasir yang melekat pada badan dan pakaian anda.

Terokai pelbagai pergerakan ketis atau renjis dengan pelbagai cara.

TEMA 8

Ritma-ritma Berkaitan Dengan Pekerjaan

a. Lakuan-lakuan

Pekerjaan I

- Domestik - Pertanian

b. Lakuan-lakuan

Pekerjaan II

- Perkhidmatan

- PerindustrianPerkaitan antara pergerakann kreatif dengan ritma-ritma pekerjaan yang didapati dari pergerakan pekerjaan.

Pekerjaan yang dilakukan di dalam rumah

Pekerjaan yang dilkukan di luar rumah

Pelajar perlu mengenal pasti kegiatan yang dikehendaki dalam pekerjaan itu seperti:

a. bentuk tangan memegang sesuatu alatan

b. Ritma yang didapati semasa pekerjaan itu diulang.

c. Peralihan antara dua pergerakan.

d. Cara tubuh badan digunakan untuk melakukan pergerakan.Pekerjaan yang berkaitan dengan perkhidmatan awam seperti menaip (juru taip), kawad (tentera), mencantas dan menebas (buruh), memberi gerak isyarat (polis trafik)

Pekerjaan yang berkaitan dengan aktiviti dalam industri seperti memunggah barang dan mengangkat, memasang bahagian kereta dan membungkus barang dan sebagainya.Bincangkan gerak-geri yang dikaitkan dengan pekerjaan dan alat yang digunakn.

Lakukan pergerakan pekerjaan secara berpasangan dan kemudian dalam kumpulan.

Bayangkan mood dan perasaan yang dikaitkan dengan pergerakan dan ritma pekerjaan.

Menggiling, menjahit, memberus lantai, menyapu (pekerjaan domestic)

Mendayung, mebanting padi, mencangkul (pekerjaan pertanian)

Bincangkan gerak-geri yang dikaitkan dengan pekerjaan dan alat yang digunakn.

Lakukan pergerakan pekerjaan secara berpasangan dan kemudian dalam kumpulan.

Bayangkan mood dan perasaan yang dikaitkan dengan pergerakan dan ritma pekerjaan.

Kawad, gerak isyarat, menebas dan membuat the tarik ( Perkhidmatan)

Mengangkat barang, memasang pintu kereta dan membungkus (Perindustrian)

Gambar

Tamborin/Kompang

Peta pergerakan