pencemaran air

Upload: nur-hanani

Post on 07-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Dokumen ini adalah mengenai pencemaran air.This is a document about water pollution, the information is in Malay.

TRANSCRIPT

Definisi Pencemaran Air

Definisi Pencemaran AirMenurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi , atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuhan-tumbuhan air.Kaedah Penjimatan Air

Selain daripada udara, air merupakan asas kehidupan manusia. Air amat berharga dan merupakan bahan yang sangat penting untuk kehidupan. Walau bagaimanapun ramai daripada kita yang tidak mengambil peduli akan kepentingan air.

Walaupun demikian, terdapat pelbagai cara kita boleh bertindak. Sebagaimana yang anda dapati tertera di bawah ini, penjimatan air adalah mudah. Apa yang perlu anda lakukan ialah memberi sedikit perhatian terhadap apa yang anda lakukan setiap hari.Walaupun negara kita menerima kadar air hujan yang tinggi, ini tidak bererti bahawa kita tidak akan menghadapi masalah krisis air. Pada tahun 1998 yang lalu, negara dikejutkan dengan masalah kekurangan air terutama di Negeri Selangor dan Melaka. Krisis air ini mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali pulih seperti sediakala serta menelan kos yang tinggi untuk menyelesaikannya.

Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.Sekiranya tragedi begini berulang, kita mungkin terpaksa mengambil tindakan, antara lain dengan membina empangan-empangan baru yang amat tinggi kos pembinaannya.

Oleh itu setiap kali anda menggunakan hos untuk mencuci halaman rumah, menyiram pokok, rumput halaman, atau ingin mengambil masa yang lama di dalam bilik mandi anda, atau menangguh pembaikan paip bocor anda, fikirkan kaedah-kaedah yang dinyatakan di bawah ini. Ambil tindakan seperti yang disarankan. Dengan cara ini anda telahpun menyumbang kepada penjimatan penggunaan air yang amat berharga kepada semua kehidupan.

Purata satu tahun penggunaan air untuk sebuah rumah di Ipoh ialah 500,000 litres atau lebih kurang isipadu 10 buah kolam renang berukuran sederhana.

Carta 1 : Pecahan Penggunaan Air Rumahtangga

HALAMAN RUMAH Cara bijak untuk mengekalkan kehijauan taman anda ialah menggemburkan tanah, membaja dan menyiramnya sebanyak 2 KALI SEMINGGU untuk pertumbuhan yang baik.

Apabila memotong rumput, pastikan rumput halaman anda tidak dipotong terlalu pendek (kurang daripada 2 cm) kerana ini akan menyebabkan rumput andakekurangan daun hijau yang melindungi dirinya daripada kesan pembakaran di bawah panas terik matahari.

Gunakan baldi atau sprinkler yang sesuai aliran airnya. Sekiranya sprinkler digunakan pastikan limpahan airnya tidak terlalu halus dan tersebar kerana mudah ditiup angin yang boleh mengurangkan keberkesanan siraman anda. (Sprinkler yang lupa ditutup boleh membazir air sehingga 1,000 litre sejam)

Gunakan penyiram sprinkler halaman yang mempunyai kawalan timer jika perlu. Jangan lupa memeriksa masa/tempoh yang dipilih supaya ianya bersesuaian.

Siram tanaman halaman anda di waktu awal pagi atau lewat petang iaitu di masa tanaman halaman anda boleh mendapat faedah yang maksimum daripada air yang anda sirami.

Terlalu kerap menyiram tanaman halaman anda boleh mengakibatkan akar menjadi pendek (cangkat) dan sukar untuk hidup. Kurangkan kekerapan menyiram halaman anda tetapi hendaklah menyeluruh yang membantu pertumbuhan akar yang sihat.

Elakkan penyiraman yang berlebihan kerana ianya adalah satu pembaziran. Landskap yang bijak boleh menjimatkan sehingga 50% kegunaan air untuk halaman anda.

Sekiranya anda mencuci kenderaan anda SEKALI SEMINGGU dan membiarkan air tidak bertutup sebenarnya anda telah menggunakan 1,500 litres sejam atau bersamaan 18,000 litres setahun. Gunakan baldi (bukannya hos yang terbuka) untuk membasuh kenderaan anda.

Untuk membersihkan halaman gunakan penyapu (bukannya hos air). Ini boleh menjimatkan anda

Sekiranya anda mempunyai bahan baja kompos penutup bumi gunakannya agar dapat mengurangkan pengeringan tanah tanaman anda.

Hadkan penggunaan hos anda secara menyiram pantas di peringkat permulaan penyiraman halaman untuk menolak kotoran dan minyak dan seterusnya membilasnya dengan air perlahan untuk menghanyutkannya.

BILIK MANDISekiranya anda menggosok gigi anda sebanyak 2 kali sehari, 3 minit setiap kali, dan membiarkan pili paip terbuka, anda akan menggunakan lebih kurang 5 litres air seminit, iaitu lebih kurang 11,000 litres setahun, seorang!! ) Oleh itu : -

Gunakan gelas minuman untuk berkumur selepas menggosok gigi. Kurangkan penggunaan ubat gigi yang berlebihan. Anda boleh menjimatkan lebihkurang 9,000 litres setahun, seorang.

Gunakan kepala shower yang tidak terlalu besar. Kebanyakan kepala shower model lama menggunakan 20 litres seminit atau lebih daripada itu. Model baru kebanyakannya menggunakan 9 litres seminit. Langkah penjimatan 45% keupayaan ini dapat menjimatkan kira-kira 28,000 litres setahun seorang (Dengan kepala shower model lama yang menggunakan 20 litre seminit, sekiranya anda mandi selama 7 minit setiap kali, bererti penggunaan adalah sebanyak 50,000 litres setahun).

Jimatkan air dengan menghadkan penggunaan mandi setakat untuk membersihkan diri sahaja. (Perbuatan berkampung di dalam bilik air bukan sahaja membazir air bahkan juga masa yang berharga)

Sebuah tandas yang bocor boleh membazir air sehingga 16,000 litres setahun. Pastikan kebocoran di tandas dibaiki dengan segera. Dapatkan khidmat tukang tukang paip berdaftar untuk tujuan ini.

Menggantikan tandassingle flush dengan dual flash cistern boleh menjimatkan 5 litre air setiap flush. Sekiranya rumah didiami oleh 2 orang dewasa dan 3 kanak kanak dengan 4 kali flush sehari/seorang, ianya melibatkan penjimatan sebanyak 36,500 litres setahun sekeluarga.

DAPUR DAN MESIN PENCUCI Sebuah pili boleh mengalirkan air antara 15 ke 25 litres, setiap minit. Oleh itu :

Basuh pinggan mangkuk anda dengan mengisi sinki dengan suku atau separuh penuh sahaja. Sekiranya masa membasuh lebih kurang 3 5 minit anda boleh menjimatkan lebih kurang 33 48 litres sebasuhan.

Anda boleh menggunakan sehingga 120 litres air untuk mesin basuh anda setiap kali digunakan. Oleh itu jangan gunakan mesin basuh sekiranya jumlah pakaian terlalu sedikit.

Membasuh pinggan mangkuk menggunakan dishwasher menggunakan 35 litre air sebasuhan. Oleh jangan gunakan dishwasher sekiranya jumlah pinggan mangkuk terlalu sedikit.

Apabila anda ingin membeli mesin basuhan pakaian yang baru pilihlah jenis yang menjimatkan dari segi kegunaan air. Anda mungkin dapat menjimatkan air dan juga wang anda di sepanjang jangka hayat mesin basuhan tersebut.

Pengawalan AirKaedah Pengawalan Pencemaran Aira) Pencegahan- Kitar semula bahan buangan- Merawat kumbahan- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur

b) Kuatkuasa Undang-undang- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air

c) Pemantauan- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan larangan

Pembersihan AirAda beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.Air yang datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

a) PenurasanKaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampaiKeburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut

b) PendidihanPendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidupKeburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

c) PengklorinanPengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidupKeburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

d) PenyulinganPenyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarutKeburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan# INFO EXTRA :Sistem Bekalan air ke kediaman

Kaedah pengawalan pencemaran air

1. elakkan pembuangan sisa-sisa makanan dan organik ke dalam longkang2. penguatkuasaan undang-undang3.Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.4.Melaksanakan programPeningkatan Kualiti Air Sungaiuntuk mempertingkatkan kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

Pencemaran Air

Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Kesan Pencemaran Air

1. Sampah sarap dari rumah menyumbat sistem pengaliran air. Air yang bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk dan mikroorganisma, menyebabkan penyakit merebak.

2. Mikroorganisma di dalam air kumbahan boleh mencemar sumber,dan menyebabkan pelbagai penyakit.

3. Bahan kimia seperti merkuri yang dibebaskan oleh kilang-kilang boleh menyebabkan buta, kerosakan otak dan kematian. Kadmium boleh merosakkan organ-organ dan mengakibatkan penyakit ginjal, peparu dan sakit jantung. Sianida boleh menjejaskan proses respirasi dan boleh menyebabkan maut.

4. bahan kimia hasil aktiviti pertanian menyebabkan sumber air minuman tercemar. Pestisid gramoxone dan DDT boleh merosokkan system saraf dan menjejaskan pernafasan.

5. Tumpahan minyak dari kapal tangki menjejaskan organisma akuatik

Jenis-jenis Bahan Yang Menyebabkan Pencemaran Air

1) Bahan buangan industriSumber : Kilang industriKandungan : Ianya mengandungi sisa kimia atau sisa radioaktifKesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan manusia yang memakan hidupan tersebut

2) Bahan buangan domestikSumber : KediamanKandungan : Sampah sarap dan air kumbahanKesan : Menghalang aliran air sungai, Kekurangan oksigen terlarut dalam air

3) Bahan kimia pertanianSumber : Ladang pertanian dan sawah padiKandungan : Baja kimia dan pestisidKesan : Pertumbuhan alga yang menjejaskan hidupan akuatik lain

4) Pengelodakan sungaiSumber : Pembangunan dan penebangan hutanKandungan : Lumpur dan kelodakKesan : Mengakibatkan banjir kilat, Sungai semakin cetek

5) Tumpahan minyakSumber : Kapal tangki minyakKandungan : MinyakKesan : Menjejaskan hidupan akuatik dan burung di kawasan laut berkenaan

Cara-cara Mengawal Pencemaran AirAir merupakan salah satu komponen yang dibutuhkan kehidupan manusia. Menurut Kodoatie (2008) air merupakan sumber kehidupan. Semua makhluk membutuhkan air. Ketersediaan air dari segi kualitas maupun kuantitas mutlak diperlukan. Indonesia merupakan negara kepulauan, sehingga sebagian besar wilayahnya merupakan lautan. Meskipun terdiri atas perairan, kondisi ini masih belum dapat dimanfaatkan dengan baik oleh masyarakat Indonesia. Sebaliknya, mayoritas masyarakat Indonesia menyalahgunakan perairan dengan mencemarinya.

Sebenarnya,ekosistem airdapat melakukan rehabilitasi secara alami apabila terjadi pencemaran air. Namun kemampuan rehabilitasi ini ada batasnya. Oleh karena itu, setidaknya harus ada upaya untuk pencegah dan penanggulangan pencemaran air. Cara mengatasi pencemaran air dapat dilakukan mulai dari pengenalan dan pengertian yang baik oleh perilaku masyarakat. Cara mengatasi pencemaran air dapat dilakukan usaha preventif, misalnya dengan membuang sisa-sisa makanan dan bahan organic ke dalam tong sampah dan jangan dibuang di sungai.

Selain itu, ada beragam tindakan lain selain tindakan preventif yang bisa kita lakukan. Berikut ini beberapa tindakan yang dapat kita lakukan oleh masyarakat sebagai Cara mengatasi pencemaran air , iaitu:

Gunakan air dengan bijaksana. Kurangi penggunaan air untuk kegiatan yang kurang berguna dan gunakan dalam jumlah yang tepat.

Kurangi penggunaan detergen. Sebisa mungkin pilihlah detergen yang ramah lingkungan dan dapat terurai di alam secara cepat.

Kurangi konsumsi obat-obatan kimia berbahaya. Obat-obatan kimia yang berbahaya seperti pestisida, dan obat nyamuk cair merupakan salah satu penyebab rusaknya ekosistem air

Tidak menggunakan sungai untuk mencuci mobil, truk, dan sepeda motor.

Tidak menggunakan sungai untuk wahana memandikan hewan ternak dan sebagai tempat kakus.

Jangan membuang sampah rumah tangga di sungai/danau. Kelola sampah rumah tangga dengan baik dan usahakan menanam pohon di pinggiran sungai/danau.

Sadar akan kelangsungan ketersediaan air dengan tidak merusak atau mengeksploitasi sumber mata air agar tidak tercemar.

Mengoptimalkan pelaksanaan rehabilitasi lahan kritis yang bertujuan untuk meningkatkan konservasi air bawah tanah

Menanggulangi kerusakan lahan bekas pembuangan limbah B3.

Bahan buangan dan sisa kimia tidak boleh dibuang ke dalam sungai Sampah dilupuskan secara sistematik oleh pihak pelupusan sampah Bahan beracun dari kilang hendaklah ditapis atau dirawat sebelum disalurkan ke sungai Penjualan pestisid diperketatkan Bahan bukan organik hendaklah dikitar semula Mempergiatkan usaha mendapatkan tenaga biojisim daripada sampah sarap