pembentangan etika

31
(KKP 6023) ETIKA DAN PERUNDANGAN DALAM KAUNSELING DISEDIAKAN UNTUK: DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM DISEDIAKAN OLEH: AKRAMIN BIN ABDUL KADIR FAIZAL BIN AMRAN NOOR HAMIDAH BINTI MOHD HALIMI

Upload: faizal-bin-amran

Post on 28-Dec-2015

156 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

etika

TRANSCRIPT

Page 1: pembentangan etika

(KKP 6023)ETIKA DAN PERUNDANGAN

DALAM KAUNSELING

DISEDIAKAN UNTUK: DR.MOHAMMAD NASIR BIN BISTAMAM

DISEDIAKAN OLEH: AKRAMIN BIN ABDUL KADIR

FAIZAL BIN AMRAN

NOOR HAMIDAH BINTI MOHD HALIMI

Page 2: pembentangan etika

PENGENALAN

• Sebelum seseorang itu boleh bergelar kaunselor, dia mestilah mempunyai kelayakan yang diperolehi melalui latihan formal dalam bidang kaunseling yang mengandungi pembelajaran tentang teori dan teknik kaunseling dan telah menjalani latihan amali atau internship selama beberapa bulan di bawah penyeliaan orang yang berkelayakan.

• Kaunselor perlu mempunyai hasrat untuk berkomunikasi secara terbuka, jujur dan tepat apabila berhadapan dengan orang awam dan profesional lain. Mereka hendaklah menjalankan amalan mereka dalam suasana yang tidak diskriminatif, dalam lingkungan sempadan profesional dan kompetensi peribadi, dan mematuhi kod etika kaunselor lembaga kaunselor. Kaunselor hendaklah melibatkan diri secara aktif dalam pertubuhan profesional peringkat tempatan, negeri dan negara yang memupuk perkembangan dan kemajuan kaunseling.

Page 3: pembentangan etika

KECEKAPAN PROFESIONAL• Kecekapan dan latihan professional seseorang kaunselor adalah aspek yang

sangat dititikberatkan kerana ianya melibatkan kebajikan dan keselamatan klien secara langsung.

• Salah satu isu penting tentang etika dan kecekapan profesional dalam sesuatu program atau kursus latihan kaunseling yang sering dipersoalkan ialah bagaimanakah cara untuk melaksanakan polisi dan prosedur yang dapat mengenalpasti calon-calon yang paling sesuai untuk bidang yang melibatkan kesihatan mental.

• Ini adalah kerana calon yang mempunyai gred atau keputusan peperiksaan yang baik tetapi mempunyai sikap yang negatif, berkemungkinan tidak dapat berfungsi sebagai seorang kaunselor yang beretika dan seterusnya akan mendatangkan keburukan kepada klien.

Page 4: pembentangan etika

• Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab pihak kolej atau universiti untuk bersikap tegas dalam soal ini kerana jika ianya dibiarkan, mereka mungkin akan melahirkan kaunselor yang tidak berkualiti dan boleh dipertanggungjawabkan jika berlaku sebarang masalah terhadap klien pada masa hadapan kerana ianya boleh dilihat sebagai melanggar etika dalam latihan kaunselor.

• Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, Latihan Dan Pengajaran, kaunselor, ada menyatakan bahawa penyelia hendaklah memastikan bahawa klien mengetahui akan kelayakan individu yang diselia, yang hendak memberikan perkhidmatan kaunseling kepada mereka.

Page 5: pembentangan etika

KES HELEN

• Oleh kerana proses kaunseling boleh menjadi tidak menentu pada bila-bila masa, kaunselor kadang-kadang akan menghadapi situasi di mana jalan etika untuk diikuti ialah untuk merujuk klien kerana kekurangan kecekapan dalam suatu proses tertentu seperti kecekapan dalam amembuat rujukan.

• Helen yang berusia 45 tahun dan dia telah bertemu dengan seorang kaunselor di sebuah pusat kesihatan mental masyarakat selama enam sesi. Dia mengalami tempoh kemurungan dan sering bercakap tentang bagaimana sukarnya untuk bangun untuk hari yang baru. Dia juga sukar menyatakan perasaannya dan hanya berdiam diri semasa sesi kaunseling. Kaunselor memutuskan bahawa masalah helen memerlukan terapi jangka panjang yang dia tidak berasa berwibawa untuk memberi kecekapannya. Di samping itu, pusat itu mempunyai dasar merujuk pelanggan yang memerlukan rawatan jangka panjang untuk ahli terapi di klinik swasta. Kaunselor itu menghampiri helen dengan cadangan rujukan di mana, kaunselor tersebut mencadangkan helen untuk dirujuk kepada terapis lain pada sesi keenam. Helen mengalami kesukaran untuk memulakan semula dengan terapis yang lain yang dia tidak kenal dan tidak percaya

Page 6: pembentangan etika

• Helen tidak bersetuju dengan cadangan kaunselor untuk merujuknya kepada pakar lain. Kaunselor memberitahu helen bahawa dia hanya mampu melakukan kaunseling jangka pendek. Kemudian, helen menganggap bahawa kaunselor menyangkakan masalahnya sangat serius. Kaunselor kemudiannya menerangkan bahawa dia sangat prihatin tentang kemurungan berpanjangan yang dialami oleh helen dan kerisauannya tentang fantasi helen untuk membunuh diri. Dan kaunselor meminta helen untuk bertemu dengan seseorang yang lebih pakar berkaitan dengan kemurungan. Tetapi, helen menolak cadangan tersebut, dan memutuskan untuk tidak menjalankan kaunseling sekiranya kaunselor tidak mahu meneruskan sesi yang sedia ada.

Page 7: pembentangan etika

SOALAN:

1. Apa yang anda fikir tentang cara kaunselor Helen mendekati kliennya?

2. Perlukah anda perlu menunggu sehingga sesi keenam untuk mengingatkan beliau penamatan?

3. Sekiranya anda adalah kaunselor Helen, adakah anda bersetuju untuk terus menjalankan sesi jika dia enggan dirujuk kepada orang lain? Kenapa ya dan kenapa tidak?

Page 8: pembentangan etika

JAWAPAN:

1. kaunselor cuba untuk membantu klien yang menghadapi masalah kemurungan. Selepas enam sesi, kaunselor berasakan dia tidak mampu untuk membantu klien menyelesaikan masalah kerana kurang pengalaman bagi kes ini. Jadi, kaunselor cuba untuk membantu klien dengan merujuk klien kepada pakar yang lebih profesional.

2. Kaunselor perlu meneroka sejauh mana permasalahan klien sebelum membuat sesuatu keputusan. Klien (helen) mungkin menghadapi kesukaran untuk mempercayai dan menceritakan masalahnya kepada orang yang tidak dikenali.

3. Oleh itu, kaunselor cuba untuk membantu klien yang menghadapi masalah kemurungan. Selepas enam sesi, kaunselor berasakan dia tidak mampu untuk membantu klien menyelesaikan masalah kerana kurang pengalaman bagi kes ini. Jadi, kaunselor cuba untuk membantu klien dengan merujuk klien kepada pakar yang lebih profesional.

Page 9: pembentangan etika

• Kod Etika Perkama menyatakan: Bahagian A1:5 Kecekapan Profesional. Kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan

kaunseling mengikut bidang kepakaran dengan tidak melangkau sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan

dan pengalaman yang diselia. Kaunselor tidak menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat dalam

bidang di luar kepakarannya.

• Kod Etika Perkama menyatakan : Bahagian A1 : 6 Kesedaran Ketidakupayaan. Kaunselor hendaklah sedar terhadap

sebarang ketidakupayaan dari segi fizikal, mental dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai seorang profesional.

Kaunselor harus menghindari daripada memberi khidmat kaunseling profesional apabila terdapat tanda-tanda tersebut.

Kaunselor perlu merancang dan membuat persediaan untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada rakan profesional yang

dikenal pasti jika terjadi ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan amalan.

• Kod Etika Perkama menyatakan : Bahagian A2 : 1 Menjaga Kepentingan Klien. Kaunselor mengutamakan

kepentingan klien berbanding dengan kepentingan sendiri. Dalam kes-kes di luar kemampuan kaunselor, maka dengan

persetujuan klien, sesi perlu ditamatkan/ dirujuk kepada kaunselor atau profesional lain.

• ACA Menyatakan : Section A : The Counseling Relationship A.11. Termination And Referral A.11.C. Appropriate

Termination. Counselor terminate a counseling relationship when it becomes reasonably apparent that the client no longer

need assistance, is not likely to benefit, or is being harmed by continued counseling. Counselors may terminate counseling

when in jeopardy of harm by the client, or another person with whom the client has a relationship, or when client do not pay

fees as agreed upon. Counselor provide pretermination counseling and recommend other service providers when necessary.

Page 10: pembentangan etika

ISU ETIKA DALAM LATIHAN KAUNSELOR

•  Selain daripada itu, kandungan kursus dalam sesuatu latihan kaunseling juga sangat penting bagi memastikan bahawa seseorang bakal kaunselor itu telah dibekalkan dengan pengetahuan serta latihan kemahiran yang mencukupi sebelum menamatkan kursus.

• Namun, adakalanya ianya masih belum mencukupi untuk menjadi seorang kaunselor yang cemerlang.

Malahan ramai yang telah mendapat ijazah kedoktoran tetapi masih kekurangan dari segi kemahiran atau

pengetahuan untuk mengendalikan sesetengah tugasan teraputik..

• Ini jelas menunjukkan bahawa kelulusan ynag tinggi masih belum dapat menjamin tahap kecekapan yang tinggi kerana bidang kaunseling merupakan satu bidang yang luas dan sentiasa berkembang. Justeru itu, adalah amat penting bagi kaunselor untuk mengetahui sejauh mana kemampuan mereka dalam mengendalikan sesuatu kes yang di luar kebiasaan mereka dan seterusnya bersedia untuk merujuk kepada orang yang mempunyai kepakaran yang lebih tinggi sekiranya kes tersebut berada di luar kemampuan mereka.

Page 11: pembentangan etika

KES PRUDENCE & PROFESOR

• Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian F: Penyeliaan, Latihan Dan Pengajaran, F.6.D. Etika pengajaran ada menyatakan bahawa pendidik kaunselor hendaklah membuatkan pelajar dan individu yang diselia sedar akan tanggungjawab etika dan piawaian profesion dan tanggungjawab etika mereka kepada profesion. Pendidik kaunselor hendaklah menyerapkan aspek etika ke dalam keseluruhan kurukulum.

• Prudence adalah pelajar universiti dalam program kaunseling. Kurang mempunyai sifat empati. Namun dia mendapat gred yang baik dalam membaca, menulis kertas kerja, dan mengambil peperiksaan seperti biasa. Dia menghadiri banyak program siswazah dan memasuki program intensif proses kumpulan supaya dapat bekerjasama dalam program ini.

Page 12: pembentangan etika

• Pada akhir semester, tingkah laku dan kemahiran prudance tidak bertambah baik. Profesornya menganggap prudance tidak layak untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang kaunseling kerana jawapannya yang pelik dan amat berisiko kepada orang lain. Pihak universiti dan profesor memberi gred gagal kepada prudance dan tidak boleh mengulangi kelas proses kumpulan lagi. Prudance mendakwa profesor dan universiti. Beberapa warga universiti dipanggil untuk menjadi saksi.

• Senat menolak gred profesor dan menganugerahkan ijazah sarjana dalam kaunseling untuk prudence. Sekarang, beliau adalah seorang kaunselor profesional berlesen. Profesor mendapat sokongan yang berkurangan daripada pihak universiti dan pengajarannya dikurangkan kepada separuh masa serta bersara awal.

Page 13: pembentangan etika

SOALAN

1. Apakah pandangan andan tentang isu menghalang beliau dari ijazah sarjana berdasarkan prestasi beliau?

2. Apakah pandangan anda tentang tindakan yang diambil oleh pentadbiran?

3. Adakah ia tanggungjawab agensi-agensi akreditasi profesional untuk campur tangan dalam keadaan seperti ini?

Page 14: pembentangan etika

JAWAPAN

1. Pada pandangan saya, saya tidak akan melakukan tindakan yang sedemikian tanpa merujuk kepada bahagian universiti yang terlibat kerana bimbang risiko yang bakal diperolehi dan tahap profesional akan dipersoalkan. Oleh itu, penting bagi saya dalam merujuk pihak yang terlibat sebelum membuat sebarang keputusan.

2. Pada pandangan saya, saya bersetuju sebanyak 50% akan tindakan yang dilakukan. Jika dilihat, pentadbiran masih boleh memberi peluang kepada profesor berkenaan kerana ia merupakan kesalah kali pertama yang mungkin boleh dijadikan pengajaran. Saya mencadangkan agar pihak pentadbiran dan profesor berbincang sebab beliau mengambil keputusan berkenaan dan jika salah, nyatakan kesalahannya sebagai pengajaran buat kali pertama.

3. Pada pendapat saya, ia mugkin boleh melibatkan campur tangan akreditasi profesional supaya apa yang ditimbulkan mendapat cetusan idea menyelesaikan konflik yang berlaku secara berhemah. Dengan itu, keputusan yang diambil adalah atas dasar profesional dan bukannya keputusan untuk terus menghukum.

Page 15: pembentangan etika

• Perkama Bahagian A 2:4. Pengetahuan Pelbagai Budaya. Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

• Perkama Bahagian A2:8.Keadilan. Kaunselor perlu berlaku adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi berasaskan etnik, jantina, agama, status, ideologi, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk sekali pun.

• Asca:a.1.C. Responsibilities To Students Respect student’s values, beliefs and cultural background and do not impose the school counselor’s personal values on students or their families.

Page 16: pembentangan etika

PERLESENAN DAN PERAKUAN PROFESIONALISME

• Sweeney (1995) menerangkan credentialing sebagai satu pendekatan untuk mengenal pasti individu mengikut kumpulan pekerjaan, yang melibatkan tiga kaedah iaitu: pendaftaran, pensijilan dan lesen. Pensijilan adalah satu percubaan oleh kumpulan sukarela untuk mempromosikan identiti profesional yang mengesahkan bahawa pengamal telah memenuhi satu set standard minimum yang ditubuhkan oleh agensi pensijilan.

• Terdapat tiga tahap dalam menentukan kelayakan seseorang kaunselor. Tahap yang pertama ialah kelulusan seperti diploma, ijazah atau master. Tahap ini menunjukkan bahawa kaunselor telah menamatkan kursus latihan yang ditetapkan dan memenuhi kelayakan minima yang telah ditetapkan. Ianya merupakan asas kelayakan bagi seorang kaunselor.

• Tahap yang kedua ialah certification atau sijil amalan kaunseling. Certification atau sijil amalan kaunseling diberikan kepada kaunselor yang telah mencapai standard minima oleh lembaga kaunseling yang diiktiraf melalui proses atau prosedur yang telah ditetapkan.

• Tahap yang tertinggi sekali ialah licensure atau lesen kaunseling.

Page 17: pembentangan etika

• Tidak seperti sijil amalan, lesen menjamin status kaunselor dan meliputi amalan professional. Ianya secara khusus ada menyatakan apa yang boleh dilakukan oleh pemegang lesen tetapi tidak boleh dilakukan oleh orang lain.

• Sijil amalan atau lesen dilihat sebagai sesuatu yang berharga bagi setiap kaunselor atau sesuatu firma kerana ianya dapat memberi kelebihan kepada mereka dan yang paling penting ianya dapat melindungi orang ramai daripada kaunselor-kaunselor yang tidak bertauliah dan berkelayakan.

• Namun begitu, penganugerahan sijil, perlesenan atau perakuan profesionalisme sememangnya masih belum dapat menjamin atau menentukan tahap kecekapan seseorang kaunselor kerana banyak faktor- faktor lain yang menyumbang ke arah kecekapan seperti pengalaman dan keperibadian.

Page 18: pembentangan etika

• PENGGUNA YANG BIASANYA MEMERLUKAN PERKHIDMATAN KAUNSELING TIDAK TAHU BAGAIMANA UNTUK MEMILIH SEORANG PENGAMAL YANG BERKUALITI DALAM MEMBERIKAN PERKHIDMATAN.

• OLEH ITU, SIJIL AMALAN DAN LESEN KAUNSELING AKAN DAPAT MEMBEZAKAN DIANTARA PENGAMAL YANG PROFESSIONAL DAN TIDAK PROFESSIONAL. LESEN INI JUGA DAPAT MENINGKATKAN KEMATANGAN PROFESION KERANA KAUNSELOR AKAN LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DENGAN LESEN YANG DIMILIKINYA.

Page 19: pembentangan etika

BIDANG PENGKHUSUSAN DALAM KAUNSELING

• Selain daripada itu, bidang pengkhususan dalam kaunseling juga memainkan peranan yang penting dalam kaunseling.

• Subjek-subjek atau latihan kemahiran yang diberikan di dalam kursus haruslah sentiasa dikemaskini dan dipertingkatkan dari masa ke semasa selaras dengan perkembangan dunia untuk menjamin kualiti kursus dan produk yang dikeluarkan.

• Kolej-kolej atau university yang menawarkan dan mengendalikan bidang pengkhususan kaunseling haruslah sentiasa dipantau kualitinya agar tidak lari dari landasan dan etika yang ditetapkan.

Page 20: pembentangan etika

• Syarat kemasukan ke bidang pengkhususan dalam kaunseling harulah diseragamkan dan diperketatkan untuk memastikan hanya calon yang benar-benar layak sahaja dapat mengikuti program ini.

• Pemilihan calon juga wajar melalui proses temuduga supaya penilaian mengenai seseorang calon dapat dilakukan dengan lebih teliti dan tepat.

• Beberapa program latihan menawarkan latihan khusus dan menggalakkan pelajar untuk mendaftar di landasan tertentu pada semua peringkat pendidikan, daripada sekutu seni kepada program kedoktoran.

Page 21: pembentangan etika

• Pada program kaunseling peringkat sarjana, pelajar boleh pakar dalam bidang tertentu seperti kaunseling sekolah, kaunseling pemulihan, atau perkahwinan dan kaunseling keluarga.

• Program doktor falsafah menawarkan pengkhususan dalam masyarakat dan kaunseling pelbagai budaya, pembangunan organisasi, dan pembangunan manusia, pada pengkhususan peringkat kedoktoran juga wujud dalam setiap satu profesion kesihatan mental utama iaitu, terapi perkahwinan dan keluarga terapi sosial, psikologi klinikal, psikologi kaunseling, dan kaunseling pendidikan.

Page 22: pembentangan etika

PENDIDIKAN LANJUTAN

• Bidang kaunseling adalah merupakan satu bidang yang sangat meluas dan sentiasa mengalami perkembangan. Oleh yang demikian, kaunselor seharusnya bersikap lebih proaktif dalam mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka untuk meninggikan lagi mutu dan tahap kecekapan mereka.

• Justeru itu, pendidikan lanjutan dalam bidang kaunseling amatlah digalakkan kepada setiap kaunselor agar mereka tidak ketinggalan dalam arus pengetahuan dan pembangunan yang semakin pesat. Tanpa adanya penambahan ilmu, segala kemahiran atau pengetahuan yang sedia ada sukar untuk berkembang.

Page 23: pembentangan etika

• Dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor Bahagian C: Tanggungjawab Profesional, C.2.F pendidikan berterusan ada menyatakan bahawa kaunselor perlu sedar tentang pentingnya memperoleh dan mengekalkan pendidikan berterusan mengenai maklumat saintifik dan professional terkini dalam bidang mereka. Mereka juga perlu mengambil langkah mengekalkan kompentensi dalam kemahiran yang mereka gunakan, sedia menerima prosedur baru dan sentiasa mengemaskinikan maklumat mengenai populasi pelbagai dan khusus melibatkan tugasnya.

• Dalam Kod Aca Etika (1995) menyatakan yang berikut mengenai pendidikan berterusan: kaunselor mengiktiraf keperluan untuk pendidikan berterusan untuk mengekalkan tahap yang munasabah kesedaran maklumat terkini saintifik dan profesional dalam bidang masing-masing aktiviti. Mereka mengambil langkah-langkah untuk mengekalkan kecekapan dalam kemahiran yang mereka gunakan, adalah terbuka kepada prosedur baru, dan menyimpan semasa dengan pelbagai dan / atau populasi khas yang bekerja dengan mereka. (C.2.F.).

Page 24: pembentangan etika

• Pengamal individu mempunyai tanggungjawab yang beretika untuk mencari cara-cara untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan baru dalam bidang mereka, dan pentadbir agensi-agensi kesihatan mental juga mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan aktiviti pendidikan yang berterusan untuk kakitangan.

• Antara aktiviti-aktiviti ini boleh berlaku dalam bentuk bengkel-perkhidmatan dan latihan di laman web agensi, aktiviti-aktiviti lain akan memerlukan terapi pergi ke luar agensi.

Page 25: pembentangan etika

KES DR CONRAD HADENUF

• Dalam kes Dr Conrad Hadenuf, beliau telah menjadi psikologi berlesen selama 20 tahun dan sentiasa mengekalkan amalan sibuk. Dia telah menyaksikan pelbagai jenis pelanggan. Sebagai syarat pembaharuan lesen, dia dikehendaki untuk menghadiri program 15 jam latihan semula kepada penyalahgunaan dadah. Dia marah. "Saya mempunyai ph.D. Saya mempunyai 3000 jam pengalaman diselia, dan saya mempunyai tahun pengalaman dengan pelbagai masalah, "katanya. "Ini adalah hanya gimik membuat wang bagi mereka yang ingin menjana bengkel!" Mengetahui bahawa dia tidak mempunyai pilihan jika dia mahu mengekalkan lesen, conrad enggan menghadiri bengkel, duduk di belakang bilik, tidak mengambil nota, mengambil rehat lebih lama daripada yang dijadualkan, dan terus pulang sebaik sahaja sijil kehadiran diberikan.

Page 26: pembentangan etika

• Conrad tidak sepatutnya menyatakan hal demikian dan sepatutnya beliau bersikap profesional. Hal ini demikian kerana conrad perlu menghormati dan mengikuti syarat-syarat yang telah ditetapkan sekiranya beliau ingin memperbaharui lesennya.

• Bagi pendapat saya adalah tidak wajar sekirangya conrad tidak mengambil bahagian dalam bengkel. Hal ini demikian kerana kemungkinan conrad akan mempelajari sesuatu yang baharu didalam bengkel tersebut. Conrad dapat menilai semula keupayaan kekuatan dan kekurangan yang beliau miliki semasa mengendalikan sesi sebelum ini.

Page 27: pembentangan etika

• American Counseling Association (ACA) Menyatakan : SECTION C: Professional Responsibility C.2.B. New Specialty Areas Of Practice. Counselors practice in specialty areas new to them only after appropriate education, training, and supervised experience. While developing skills in new specialty areas, counsellors take steps to ensure the competence of their work and to protect others from possible harm.

• American Psychological Association (APA) Menyatakan: 2.06 Personal Problems And Conflicts (A) Psychologists refrain from initiating an activity when they know or should know that there is a substantial likelihood that their personal problems will prevent them from performing their work-related activities in a competent manner.

Page 28: pembentangan etika

• Walaupun Conrad mungkin mendakwa bahawa dia tidak mempunyai keinginan untuk berurusan dengan penyalahgunaan dadah, bolehkah secara realistik mengatakan bahawa dia tidak pernah berhadapan dengan pelanggan dengan masalah penyalahgunaan dadah?

• Ada kemungkinan conrad untuk bertemu dengan klien yang mempunyai masalah penyalahgunaan dadah adalah wajar. Hal ini kerana individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga mengalami masalah psikologi. Sekiranya conrad mengikuti bengkel tersebut mungkin conrad akan lebih mengetahui bagaimana untuk mengendali klien yang mempunyai masalah psikologi berkaitan penyalahgunaan dadah.

• Oleh itu,, pendidikan yang berterusan sebagai syarat pembaharuan lessen adalah yang terbaik. Hal ini demikian kerana kita dapat menambah ilmu dan dapat mempelajari satu ilmu yang baharu. Pendidikan yang berterusan dapat memantapkan lagi pengetahuan semasa kaunselor mahu pun ahli psikologi semasa mengendalikan permasalahan klien.

Page 29: pembentangan etika

• Kod Etika PERKAMA - Menyatakan: Bahagian A: Tanggungjawab Kaunselor . Meningkatkan Kecekapan. Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran tersebut dengan latihan berterusan.

• Ethical For School Counselor (ASCA) – Menyatakan : E. Reseponsible To Self, E.1. Professional Competence C. Monitor personal responsibility and recognize the high standard of care a professional in this critical position of trust must maintain on and off the job and are cognizant of and refrain from activity that may lead to inadequate professional services or diminish their effectiveness with school community members professional and personal growth are ongoing throughout the counselor’s career.

Page 30: pembentangan etika

RUMUSAN

• Kesimpulannya, kaunselor yang benar-benar berjaya ialah mereka yang tidak pernah jemu dalam meningkatkan dan mengembangkan lagi potensi diri untuk menjadi individu yang cemerlang.

Page 31: pembentangan etika

TERIMA KASIH

Q&A