pembahagian jin dan syaitan

23
KATA-KATA PENGANTAR Puji dan syukur kami ucapkan kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat serta hidayah kepada kita semua, sehingga berkat kurnianya kami Kumpulan 3 dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Dalam penyusunan tugasan ini, pihak kami tidak lupa mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pihak yang telah membantu dalam menyelesaikan tugasan ini terutamanya kepada Al-Musnid Ustaz Haji Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi selaku tenaga pengajar kami ketika mengikuti Kursus Perubatan Islam, di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Temerloh,Pahang. Oleh yang demikian, besar harapan kami dengan terhasilnya tugasan ini, dapat menggamit perhatian kita akan kepentingan mengetahui serta memperdalami lagi pelbagai sudut perubatan Islam sebagai persediaan yang lengkap untuk menjadi seorang perawat Islam yang bermanfaat kepada agama Islam, bangsa serta masyarakat amnya. 1

Upload: lukhman-hakim

Post on 13-Dec-2014

152 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembahagian Jin Dan Syaitan

KATA-KATA PENGANTAR

Puji dan syukur kami ucapkan kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat serta hidayah kepada kita semua, sehingga berkat kurnianya kami Kumpulan 3 dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Dalam penyusunan tugasan ini, pihak kami tidak lupa mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga pada semua pihak yang telah membantu dalam menyelesaikan tugasan ini terutamanya kepada Al-Musnid Ustaz Haji Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi selaku tenaga pengajar kami ketika mengikuti Kursus Perubatan Islam, di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Temerloh,Pahang. Oleh yang demikian, besar harapan kami dengan terhasilnya tugasan ini, dapat menggamit perhatian kita akan kepentingan mengetahui serta memperdalami lagi pelbagai sudut perubatan Islam sebagai persediaan yang lengkap untuk menjadi seorang perawat Islam yang bermanfaat kepada agama Islam, bangsa serta masyarakat amnya.

PENDAHULUAN

1

Page 2: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah , yang Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, tempat kita memohon pertolongan dan hidayah serta pengampunan.Tugasan ini kami siapkan dengan harapan agar sedikit sebanyak dapat memperdalami lagi pengetahuan serta pengalaman kami berkaitan perubatan Islam.Dengan erti kata lain, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat yang cukup besar kepada bakal-bakal perawat, para pesakit serta masyarakat keseluruhannnya.Tugasan ini mengandungi kupasan yang agak lengkap berkaitan pembahagian jin dan syaitan, serta tugasannnya.Seterusnya diperlengkapkan lagi serba sedikit saling kaitan diantara gangguan jin, saka, dan sihir serta hubungkait diantara ketiga-tiganya bagi membolehkan satu kefahaman yang lebih jelas dapat diperolehi.Ini adalah kerana, sememangnya amat penting bagi para perawat khususnya mempunyai pengetahuan yang luas berkaitan permasalahan gangguan jin, saka, serta sihir supaya usaha-usaha merawat dan menyebarkan konsep perubatan Islam yang jitu berasaskan Al-Quran dan Sunnah dapat di praktikkan secara berkeyakinan serta tidak tersasar daripada landasan Islam yang sebenarnya.Selain itu, tugasan ini juga ada membincangkan persoalan penggunaan bahan-bahan alami yg turut meluas digunakan di dalam perubatan Islam iaitu penggunaan limau purut/limau nipis, garam kasar, lada hitam, ais, cuka dan daun bidara yang dikatakan dapat memberi kesan kepada gangguan jin dan syaitan seterusnya menyumbang kepada proses penyembuhan para pesakit.

Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit melalui penyediaan tugasan ini dapat menjadi panduan berguna kepada para perawat, seterusnya kepada pesakit amnya dalam usaha murni kita mendapatkan hidayah seta keredhaan Allah s.w.t di dalam kehidupan di dunia ini mahu pun di akhirat kelak.Amin….

1. PEMBAHAGIAN JIN DAN SYAITAN, FUNGSI DAN TUGASNYA

2

Page 3: Pembahagian Jin Dan Syaitan

PEMBAHAGIAN JIN

Jin adalah sejenis makhluk halus yang ghaib, yang dipertanggungjawabkan untuk menjalankan undang-undang dan peraturan tuhan. Jin dijadikan tuhan dari lidah api (yang boleh menyerap racunnya ke liang bulu roma), mereka dijadikan sebelum kejadian manusia sebagaimana yang diterangkan dalam Surah Al-Hijr ayat 27.

Maksudnya “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dariapi yang sangat panas.”

Jin terbahagi kepada dua golongan :

Pertama - Golongan yang diciptakan tuhan dengan sifat semulajadinya mempunyai persediaan sama seperti yang ada pada manusia iaitu boleh berfikir dan berusaha melakukan perkara-perkara yang baik atau yang buruk. Oleh sebab itu, di antara golongan jin ini ada yang Islam dan ada yang Kafir sebagaimana yang diterangkan dalam ayat 14 Surah Al-Jin.

Kedua - Golongan yang diciptakan tuhan dengan sifat semulajadinya mempunyai persediaan untuk melakukan perkara-perkara yang buruk semata-mata. Mereka ini ialah Iblis-Syaitan meliputi zuriatnya serta bala tenteranya. Golongan inilah yang menyebabkan sebahagian besar umat manusia menyeleweng dan terpesong dari undang-undang dan cara hidup yang ditetapkan Allah untuk manusia mendapat nikmat yang sebenar serta kebahagiaan yang kekal.

Hakikat ini ditegaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmanNya yang kemudian disampaikan ertinya oleh Rasulullah s.a.w seperti berikut

o Dari 'Iyadr bin Hamar Al-Mujasyi' r.a, bahawa Rasulullah s.a.w suatu hari bersabda dalam khutbahnya:

"Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhanku telah memerintahkan supaya aku mengajar kamu akan apa yang tidak kamu mengetahuinya dari perkara-perkara yang diajarkan kepada kamu hari ini, iaitu (Tuhanku berfirman) : Segala harta benda yang Aku berikan seseorang mendapatnya dengan mana-mana jalan yang Aku benarkan : adalah halal, dan sesungguhnya Aku telah jadikan hambaku semuanya suci bersih (dari fahaman dan amalan syirik) serta betul benar

3

Page 4: Pembahagian Jin Dan Syaitan

menurut keadaan semulajadinya, dan sesungguhnya mereka didatangi dan diperdayakan oleh syaitan-syaitan sehingga sebahagian besar di antara mereka menyeleweng dan terpesong dari ajaran agamanya yang sebenar..."

Dengan adanya angkara Syaitan yang demikian, maka Allah s.w.t yang amat mengasihani mengingatkan anak Adam di dalam Al-Quran supaya masing-masing berjaga-jaga dan mengawasi dirinya dari fitnah - hasutan Syaitan dan bala tenteranya. Di antaranya dalam ayat 27 Surah Al-A'raf, ayat 168 dan 169 Surah Al-Baqarah, ayat 21 Surah An-Nur dan ayat 5 dan 6 Surah Fathir, yang antara maksudnya manyatakan bahawa :

Syaitan : Tabiatnya menghasut, membuat fitnah, memecah belahkan rumahtangga dan merosakkan masyarakat.

Syaitan giat memujuk dan memperdayakan manusia supaya melakukan segala jenis kejahatan dan mengatakan yang bukan-bukan terhadap Allah s.w.t.

Sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan sudah tentu akan binasa.

Syaitan - kepada manusia - adalah musuh yang jelas nyata semenjak wujudnya Adam (bapa manusia).

Wajib atas tiap-tiap seorang memusuhi Syaitan dan bisikan hasutannya sekalipun terdapat atau terasa ada kebaikan didalamnya, kerana tujuan bisikannya hanyalah hendak menjadikan sesiapa yang menurutnya termasuk dalam golongan ahli neraka.

Dari Al-Quran

Surah Al-'Araf ayat 12 :

Maksudnya “Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang Dia Engkau ciptakan dari tanah".

Surah al-Rahman ayat 15 :

4

Page 5: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Maksudnya “Dan Dia menciptakan jin dari nyala api”.

Surah al-Hijr ayat 26-27 :

Maksudnya “Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas” 

Dari Hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim r.a maksudnya :

o "Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu (tanah)".

 

Keterangan "Al-Maarij"

"Maarij" ertinya nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas suhunya atau "Al-Lahab" ertinya jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.

(Sesetengah Ulama mengatakan "Al-Maarij" itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu panas yang sangat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kining dan biru.)

Al-Maarij sama maknanya dengan "As-Samuun" iaitu api yang tidak berasap yang sangat tinggi suhu panasnya. Sementara As-Samuun ialah angin yang paling tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Al-Maarij - api yang bercampur warna.

Hadis riwayat daripada Ibnu Mas'ud bermaksud :

5

Page 6: Pembahagian Jin Dan Syaitan

o "Angin Samuun ini hanyalah sebahagian daripada tujuh puluh bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah jadikan Jaan".

Maka dari api inilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa menciptakan kejadian Jin, iaitu dari sel atau atom atau nukleus-nukleus api. Kemudian Allah masukkan ruh atau nyawa padanya jadilah dia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Allah memberi keizinan kepada golongan Jin ini untuk menzahirkan dirinya dalam berbagai rupa dan bentuk yang disukainya kecuali rupa Rasulullah S.A.W mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Bentuk rupa asal Jin selepas dicipta dan ditiupkan ruh hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahuinya. Sesetengah Ulama berpendapat rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin 90% mirip kepada manusia.

Keadaan / rupa Jin

Ruang yang kecil boleh dipenuhi oleh berjuta-juta jin. Jin Islam yang soleh rupanya elok-elok. Jin yang kekal dalam Kafir dan Jin Islam yang pasiq - rupanya hodoh-

hodoh iaitu rupa yang menakutkan dan mengerikan. Bentuk tubuh mereka ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi,

berbagai warna iaitu merah, biru, hitam dan sebagainya. Jin Islam yang paling tinggi imannya, paling tinggi solehnya, dan

paling baik amalannya serta paling luas ilmunya masih ada pada dirinya sifat-sifat mazmumah seperti takabbur, ria', 'ujub dan sebagainya.

Manusia pula yang paling jahat ialah manusia yang bersifat dengan semua sifat-sifat mazmumah seperti sombong, ria, takabbur, 'ujub dan sebagainya. Mungkin inilah yang lazim dikatakan :

"Sebaik-baik Jin itulah sejahat-jahat manusia yang pasiq".  

Jenis-jenis Jin

Ada Ulama' membahagikan jin-jin kepada puak-puak yang menunggu kubur, puak-puak yang menunggu gua, puak-puak yang menunggu mayat manusia, puak-puak yang menunggu hutan rimba, puak-puak yang menunggu bukit bukau, puak-puak yang menunggu air mata air, tasik, kolam, teluk, pulau dan sebagainya.

Iblis - (Bapa) Pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan. Asy-Syaitan - Syaitan-syaitan. Al-'Ummaar - Pemakmur-pemakmur.

6

Page 7: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Al-Quranaa - Pangawan-pengawan. Al-'Afaariit - Penipu-penipu. Al-A'waan - Pelayan-pelayan. Al-Maraddah - Peragu-peragu (pewas-was). At-Tawaabi' - Pengikut-pengikut (pengekor). Al-Ghawwaasuun - Penyelam-penyelam. Al-Tayyaaruun - Penerbang-penerbang.

Raja Jin (Alam) Bawah yang Kafir

Mazhab Marrah Ahmar Burkhan Syamhurash Zubai'ah Maimon

Raja Jin (Alam) Atas yang Islam

Rukiyaail Jibriyaail Samsamaail Mikiyaail Sarfiyaail 'Ainyaail Kasfiyaail

*Raja Jin yang menguasai kesemua Jin-Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI*

Di antara Jin, Ifrit dan Syaitan

Jin adalah segala makhluk halus yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Tahap pengetahuan dan umur Jin adalah lebih luas dan panjang berbanding manusia.

Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu, busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong dan amat derhaka.

Syaitan juga dari golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan dari Allah hingga Kiamat.

Iblis juga dari golongan Jin. Firman Allah yang bermaksud :

7

Page 8: Pembahagian Jin Dan Syaitan

o "Iblis menjawab : Sebab Engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang mereka dari jalan-Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur (taat).

Bermula dari saat itulah syaitan melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga Kiamat. Allah menjelaskan tiga jenis permusuhan syaitan dengan manusia :

o Kejahatan (As-Suu') : Iaitu berkenaan dengan dosa-dosa (maksiat) hati dan segala anggota badan.

o Kekejian (Al-Fahsyaa') : Iaitu kejahatan yang lebih buruk atau jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian kederhakaan (maksiat) kepada Allah.

o Berbohong kepada Allah. o Kecepatan pergerakan Jin melebihi kecepatan pergerakan

cahaya dalam satu saat.o Umur Jin tersangat panjang dan ada yang mencecah beribu

tahun lamanya. o Seluruh umat manusia dari Adam hingga Kiamat (termasuk

haiwan, tumbuhan dan segala isi bumi ini) hanya 1/10 daripada jumlah keseluruhan Jin. Ini bermaksud seorang manusia adalag bersamaan dengan sembilan Jin (1/9). Manakala jumlah keseluruhan Jin adalah 1/10 jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang maha mengetahui.

o Tempat tinggal Jin ialah lautan, daratan, udara dan "Alam Mithal" iaitu suatu alam antara alam manusia dan alam malaikat. Jika ditakdirkan oleh Allah s.w.t kepada kita melihatnya, jarum yang jatuh dari atas tidak akan jatuh ke bumi melainkan jatuh di atas belakang-belakang mereka. Ini bermaksud bilangan mereka adalah terlalu banyak.

2. PERBEZAAN DI ANTARA GANGGUAN JIN, SAKA DAN SIHIR SERTA HUBUNG KAIT DI ANTARA KETIGA-TIGANYA

Gangguan Jin dan Sihir

8

Page 9: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Al-Quran memperakui adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin adalah iblis dan syaitan. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin lebih awal daripada Adam. Gangguan jin-jin terhadap manusia adalah suatu hakikat yg tidak dapat kita nafikan. Allah s.w.t menjadikan makhluk jin berkemampuan berubah dari satu bentuk kepada satu bentuk yang lain dengan cepat kerana jasadnya yang halus. Kerana itu, mereka berupaya menyakiti manusia dengan memasuki kedalam badan manusia melalui cara halus. Jin-jin ini Allah jadikan di dalam berbagai bentuk, ada yang besar, tinggi, rendah, kecil dan sebagainya. Tetapi Allah memberikan keupayaan kepada mereka untuk mengecilkan jasad mereka dan memasuki tubuh badan manusia.

Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu.

Berapa banyak jin berada di dalam badan pesakit terpulang kepada komplikasi dan jenis-jenis sihir yang ditujukan kepada pesakit.Lebih banyak jin di dalam badan pesakit, maka lebih banyak komplikasi atau rasa sakit yang dirasai oleh pesakit itu. Kebanyakkan pesakit yang sakit gangguan sihir mempunyai 5 hingga 20 jin atau lebih di dalam badan mereka. Makin lama jin itu berada di dalam badan pesakit, mereka boleh beranak pinak dan jumlah dan bilangan akan bertambah.

Jenis-jenis atau Punca Penyakit.

Terdapat 5 jenis punca gangguan jin yang dikenal pasti oleh para perawat

1. Gangguan jin akibat perbuatan sihir. Di sini makhluk jin memasuki

9

Page 10: Pembahagian Jin Dan Syaitan

badan manusia bertujuan untuk menyakitkan tubuh fizikal dan gangguan emosi dan mental seseorang. Ilmu-ilmu sihir dan ilmu santau banyak menggunakan jin sebagai medium perantaraan diantara tukang-tukang sihir dan mangsa yang kena sihir. Disini tukang sihir akan mengarahkan atau menyuruh jin-jin yang dibawah kuasa mereka untuk membawa benda-benda sihir atau racun-racun santau kedalam badan pesakit bertujuan untuk menyakitkan seseorang itu.

2. Gangguan jin keatas tubuh seseorang akibat kelemahan iman atau lemah ketahanan diri atau lemah semangat seseorang itu. Roh yang sakit atau lemah akibat iman yang lemah kerana ingkar mengikut perintah Allah, atau banyak melakukan dosa dan maksiat, meninggalkan sembahyang, minum arak atau melakukan penzinaan, ini menyebabkan sesaorang itu senang untuk di dampingi oleh makhluk-makhluk halus. Usia yang lanjut bukan faktor yang utama membolehkan makhluk-makhluk jin tersebut menyerang manusia kerana ketahanan diri yang sebenarnya terletak kepada kekuatan iman yang membentuk kekuatan roh. Kekuatan inilah yang menjadi benteng utama bagi pertahanan diri kepada gangguan jin-jin dalam kehidupan seharian atau ketika sakaratul maut.

3. Gangguan jin akibat amalan seseorang itu memuja jin-jin dengan sengaja atau pun tidak sengaja seperti dilakukan ketika membaca jampi, mentera atau serapah. Mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin, seperti amalan kebatinan mempertahankan diri, ilmu kebal, susuk, ilmu yang berkaitan dengan permainan teater tradisional atau berubat dengan bomoh/pawang/tukang ubat yang pada hakikatnya berdampingan dengan jin-jin atau roh-roh sesat.

4. Gangguan jin terhadap pesakit terencat akal semenjak lahir. Anak-anak yang mengalami penyakit terencat akal selalunya diganggu oleh makhluk halus. Ini disebabkan daya pertahanan mereka lemah kerana tidak kesempurnaan akal pemikiran mereka. Disini jin dan syaitan mudah mengambil kesempatan untuk menguasai tubuh badan mereka.Kebanyakkan pesakit yang menghadapi penyakit terencat akal (contohnya anak-anak down syndrome) terdapat gangguan jin didalam tubuh badan terutama dibahagian otak dan urat saraf.

5. Penyakit fizikal yang disebabkan oleh gangguan jin. Terdapat beberapa jenis penyakit fizikal seperti stroke (sakit angin ahmar), sakit buah pinggang (nephronic syndrome)dan penyakit SLE, sakit cancer seperti busong yang berpunca dari gangguan sejenis jin yang telah dikenal pasti oleh ramai perawat. Punca penyakit-penyakit ini adalah kerana gangguan

10

Page 11: Pembahagian Jin Dan Syaitan

makhluk halus yang memasuki tubuh badan pesakit dan menyerang anggota-anggota badan yang tertentu seperti otak, buah pinggang, urat saraf dan sebagainya.

6. Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keterunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin. Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampingnya sebelum waris itu meninggal dunia.

Simptom-simptom gangguan jin dan sihir adalah banyak dan berbeza di antara pesakit-pesakit dan jenis-jenis gangguan. Kebanyakan simtomp yang sering dialami oleh para pesakit adalah seperti:

1. Sakit anggota badan:

a. Sakit pada anggota badan tertentu seperti di tengkok, kepala, bahu, pinggang, tulang belakang. tulang belikat, sendi-sendi, tangan, kaki, rahim, dada, perut, tapak kaki dan sebagainya. Sakitnya seperti dicucuk jarum atau bisa atau pun lengoh, atau panas pijar seperti terkena lada. Kadang kala kepala terasa dicengkam dan leher terasa dicekik.

b. Sakit menyeluruh daripada dua hujung kaki hingga ke kepala, kadang-kadang sakit itu berpindah atau berjalan dari setempat ke setempat, contohnya hari ini sakit di bahagian kaki dan esoknya sakit di bahagian bahu dan lengan.

c. Sakit di bahagian kepala - bisa dan pening. Ada pesakit merasa macam keadaan mabuk dan tak stabil. Berdiri dengan keadaan tidak stabil seolah-olah mabuk laut.

d. Perut kembung tanpa sebab dan diikuti dengan sesak nafas.

2. Gangguan emosi iaitu rasa resah dan gelisah yang berpanjangan, tidak senang duduk atau berdiri, semua yang dilakukan tidak menjadi, rasa malas dan letih badan. Dada rasa sebak, berdebar-debar, dan rasa sedih atau rasa marah saling berganti tanpa rasa sebab yang jelas. Dalam istilah perubatan "mood swing". Hati rasa tak tenang dan kadang kala berdebar tanpa sebab.

11

Page 12: Pembahagian Jin Dan Syaitan

3. Gangguan pemikiran. Fikiran bercelaru dan berserabut dan tidak fokus atau tidak dapat menumpukan perhatian. Rasa hilang kawalan diri (lost self confidence) pada waktu-waktu tertentu seperti ketika mesyuarat, atau berada di hadapan orang ramai. Kadang-kadang pesakit akan merasa mengantuk yang berpanjangan walaupun sudah cukup tidur semalaman. Keadaan mengantuk ini akan menggangu pesakit terutama apabila pesakit hendak melakukan ibadah seperti solat, mangaji Al-Quran atau berzikir.

4. Perasaan cepat marah tanpa sebab yang jelas. Melihat orang lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan, seolah-olah dunia ini di rasakan begitu sempit. Pesakit akan merasa semua orang memandangnya dengan pandangan buruk.

5. Pesakit rasa putus asa untuk hidup. Timbul rasa gelisah dan sedih berpanjangan. Tekanan jiwa yang berpanjangan mengakibatkan pesakit itu berada dalam "depression". Ada ketika timbul dorongan untuk membunuh diri.

6. Perasaan takut atau fobia (phobia) seperti tidak boleh berada di khalayak ramai, tidak boleh menaiki kenderaan seperti kapal terbang atau kereta, atau tidak boleh menaiki lif di banggunan tinggi, tidak boleh bersendirian di dalam rumah atau bilik, takut untuk bersemuka dengan sahabat atau sesiapa sahaja.

7. Gangguan tidur - tidur tak lena, mimpi-mimpi yang menakutkan dan cemas, terjaga tidur ditengah malam.

8. Gangguan ketika beribadah iaitu ketika solat, membaca Al-Quran atau berzikir. Pesakit-pesakit kadang kala langsung tidak dapat mengingati doa-doa atau ayat Al-Quran yang dihafal. Kadang-kala pesakit tidak boleh mendengar azan atau bacaan ayat-ayat Al-Quran, dan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran, badan pesakit merasa menggeletar dan timbul perasaan rasa pilu dan sedih.

9. Suka mengelamun dan mengurung diri dalam bilik, tidak peduli makan dan minum, pakaian dan kebersihan diri. Pesakit selalu bercakap besendirian atau kelihatan bercakap dengan seseorang. Pada masa tertentu pesakit akan menjadi agresif dan berkelakuan ganas. Tabiat asalnya berubah. Apabila ditanya sesuatu terutamanya berkenaan dirinya, ia kelihatan terperanjat, seolah-olah baru bangun dari tidur, atau pun baru sedar dari mengelamun. Ketika ini pesakit mungkin kelihatan kembali

12

Page 13: Pembahagian Jin Dan Syaitan

normal, tetapi kembali kepada keadaan asal tidal lama selepas itu atau selepas ditinggalkan bersendirian.

10. Terdengar suara memanggil nama atau memberi salam. Ternampak bayangan atau imbasan bentuk lembaga seketika sahaja.

11. Berlaku kejadian-kejadian ganjil seperti bunyi suis lampu dinyalakan, paip air dibuka, bunyi tingkap atau pintu rumah dibuka atau ditutup, bunyi orang berlari atau berjalan didalam rumah siang hari atau waktu malam, bunyi orang naik tangga rumah dan sebagainya. 12. Terhidu bau yang tidak tahu dari mana punca seperti bau sampah, bangkai, darah, bau kemenyan atau bau wangi. Bau ini hanya dapat dihidu oleh pesakit atau orang-orang tertentu sahaja.

13. Pesakit dirasuk. Di sini jin atau syaitan/iblis akan menguasai pemikiran dan diri pesakit atau jin itu akan meresap kedalam diri pesakit. Bila dirasuk, pesakit mengeluarkan suara yang lain daripada yang asal, dan berbicara dengan bahasa yang tidak diketahui oleh tuan punya badan. Pesakit akan jadi agresif dan melawan sesiapa yang ada didepannya. Apabila sedar, pesakit tidak tahu apa yang telah berlaku keatas dirinya. 14. Reaksi atau tindak balas anggota badan pesakit apabila terkena gangguan jin atau sihir atau apabila dirasuk. Di antara reaksinya ialah perjalanan darah menjadi lebih kencang atau menjadi tidak normal atau tekanan darah naik tanpa sebab, menggeletar kedua-dua belah tangan atau jari-jari, memejamkan mata bersangatan, menjerit atau menjadi marah, menangis, sayu, ketawa atau mengilai, mengadu sakit, menguap berulang kali, sendawa, atau mengeluarkan angin dari mulut seperti hendak muntah, terasa sesuatu yang berjalan didalam tubuh dan sakit bahagian perut atau rahim.

15. Gangguan jin dan sihir juga boleh melemahkan atau memerangsangkan gelora nafsu dan tenaga batin seseorang. Ramai dikalangan suami isteri yang dikenakan sihir atas tujuan meruntuhkan rumah tangga mereka. Kadang kala apabila gelora nafsu di rangsang oleh makhluk halus ini, menyebabkan seseorang itu terdorong melakukan kejahatan di luar ikhtiar diri, seperti berzina dan sebagainya.

16. Bayi kecil yang mengalami sawan tangis. Sakit sawan tangis ini berpunca dari gangguan makhluk halus yang menyebabkan sakit di bahagian perut bayi. Kebiasaannya bayi akan mengalami kembung perut (colic pain) dan sakit yang teramat sangat. Kebiasaannya selepas dirawati dengan mengeluarkan makhluk halus dari badan bayi tersebut, perut kembung akan pulih seperti sediakala.

13

Page 14: Pembahagian Jin Dan Syaitan

17. Penderitaan dan halangan. Selain dari penderitaan fizikal tubuh badan seperti yang telah dijelaskan, gangguan jin dan sihir boleh menyebabkan pelbagai masalah di luar jangkaan, seperti perkerjaan atau perniagan yang tidak menjadi. Kedai makanan yang tidak dimasuki pelanggan, rasa benci atau tidak suka pergi ke tempat kerja, anak-anak yang rajin belajar tiba-tiba menjadi malas dan tak berminat untuk pergi bersekolah dan seterusnya berhenti bersekolah. Semua usaha mencari rezeki terhalang. Ketika hendak berkerja, ada sahaja yang menghalang. Fikiran rasa sempit dan binggung dan tidak tahu menjalankan tugas. Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja manakala pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahan. Sihir juga boleh menyebabkan hidup terpulau, dibenci oleh keluarga, ipar duai, mertua, adik beradik dan suami isteri.

3.KEDAH PERUBATAN ISLAM MENGGUNAKAN LIMAU PURUT/NIPIS, GARAM KASAR,LADA HITAM, CUKA DAN DAUN BIDARA SERTA KESANNYA TERHADAP JIN/SYAITAN.

PENGGUNAAN LIMAU PURUT/LIMAU NIPIS

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.

Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak

14

Page 15: Pembahagian Jin Dan Syaitan

terhingga. Maka khasiat mandi limau berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.

GARAM KASAR

Khasiat serta kelebihan garam kasar di dalam perubatan Islam telah diperakui oleh Allah swt dan Rasulullah sebagaimana di dalam sebuah hadith yang bermaksud;

“Sesungguhnya ada empat benda yang diturunkan Allah ke muka bumi mempunyai keberkatan ;besi, api, air dan garam.

       Menurut bekas mufti kerajaan Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz Bazz pernah menyatakan, penggunaan bahan dalam rawatan Islam adalah harus selagi ia tidak diharamkan oleh syarak. Ia sama juga dengan mengambil panadol apabila pening kepala atau demam. Di dalam kandungan panadol terdapat bahan yang boleh memudaratkan tubuh jika diambil secara berlebihan. Namun begitu ia tidak dihukumkan haram selagi mana ia tidak mendatangkan mudarat atau jelas ada dalil yang menunjukkan haram.

      Syeikh Abu Al-Barra turut memetik jawapan dari Syeikh Abdullah Abdul Rahman Al-Jebreen yang mengatakan, penggunaan garam dalam menghalau makhluk halus adalah harus. Ia berdasarkan kisah pengalaman Abu Nadhir Hasyim Ibnu Qasim yang mengamalkan perbuatan tersebut berdasarkan kitab Al-Wabas Sayyib min Al-Kalimat Tayyib oleh Syeikh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.

       Dalam merawat apa jua peyakit, yang penting sekali, perlu ditanam dalam hati setiap pesakit, i'tiqad keyakinan bahwa hanya Allah swt sahaja yang mampu menyembuhkan. Ubatan atau bahan-bahan rawatan hanyalah sebagai alat penghubung bagi menyembuhkan penyakit tersebut. Ia tidak mempunyai sebarang kuasa pun. Pesakit juga hendaklah sabar, berdoa dan terus bertawakal kepada Allah swt seperti Nabi Allah Ayub yang terus tabah menghadapinya segala penyakit yang dideritainya. Hanya kesabaran yang mampu membuktikan keimanan kita kepada Allah swt.

      Dalam konteks ini, bahan yang digunakan mestilah bahan yang halal, harus dan tidak bercanggah dari segi syarak dan orang yang mengubat mestilah seorang Muslim yang beriman kepada Allah swt, dengan melaksanakan setiap suruhannya. Manakala kaedah rawatan pula, mestilah bersandarkan kepada bacaan ruqyah iaitu ayat Al-Quran, Al-

15

Page 16: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Hadis, doa-doa dan amalan ulama. Bagi bacaan doa-doa dan amalan ulama, dua kriteria perlu dipastikan supaya ia bertepatan dengan inti pati Islam, iaitu tiadanya unsur syirik seperti menyeru kepada jin atau meminta pertolongan dengan makhluk halus. Yang kedua, bacaan tersebut hendaklah difahami dengan jelas bagi orang yang membacanya. Sekiranya bacaan Al-Quran yang dicampuradukkan dengan mantera, maka ia bercanggah sama sekali dengan syarak.

       Berdasarkan buku rawatan penyakit jasmani, seorang pengamal dan pengkaji perubatan Islam di Arab Saudi iaitu Syeikh Abu Al-Barra' Usamah bin Yassinal Ma'ani pernah ditanya tentang penggunaan garam yang direnjis pada sudut, atau tiang rumah yang mengalami gangguan makhluk halus, sama ada ia dibenarkan atau tidak. Jawabnya, ia harus dengan beberapa syarat iaitu:

1. Hendaklah memaklumkan kepada makhluk yang mengganggu bahawa tindakan ini tidak bermaksud menceroboh atau menyakiti secara sengaja.

2. Hendaklah dimaklumkan kepada tuan rumah bahawa adalah semata-mata ikhtiar berdasarkan pengalaman pengamal perubatan yang berpengalaman.

LADA HITAM

Ianya merupakan satu bahan yang bersifat panas dan boleh menyakitkan tubuh fizikal jin jika terkena pada tubuh jin, tambahan pula apabila dirukyahkan dengan ayat-ayat Al Quran pada lada hitam tersebut ianya boleh melukakan fizikal dan rohani jin.Menurut perubatan Melayu, lada hitam merupakan antara bahan yang paling banyak digunakan sebagai ubat. Lada hitam dipercayai dapat menghalau gangguan hantu, jin dan syaitan. Orang yang kerasukan boleh dibantu dengan menggunakan lada hitam. Ada juga yang ‘memagar rumah’ menggunakan lada hitam beserta garam.

CUKA

Nabi saw memakan roti bercecahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum makan apa2 adalah cara rawatan Tibb Nabawi yang AJAIB!!! Kegunaan cuka juga adalah sama khasiatnya dalam perubatan Islam untuk menyakitkan jin kerana mengandungi asid –asid tertentu dan bersifat tajam yang boleh mendatangkan kesakitan dan kecederaan kepada jin di dalam tubuh pesakit tambahan pula apabila telah diurkyahkn dan didoakan dengan ayat-ayat suci Al Quran sehingga menyebabkan terkeluarnya jin daripada tubuh pesakit dengan izin Allah swt.

16

Page 17: Pembahagian Jin Dan Syaitan

Dalam perubatan Islam:

1) Amat baik untuk rawatan Santau makanan

2) Santau atau sihir merosakkan kulit

DAUN BIDARA

Daun bidara tidak hanya dimanfaatkan untuk memandikan jenazah, orang yang baru masuk Islam atau mandi haidh, tapi juga memiliki khasiat untuk menyembuhkan berbagai jenis penyakit.Daun bidara sangat efektif untuk membantu proses penyembuhan penyakit karena gangguan jin. Ulama Wahab bin Munabih menyarankan untuk menggunakan tujuh lembar bidara yang dihaluskan. Kemudian dilarutkan dalam air dan dibacakan ayat Kursi, surat al-Kafirun, al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas. (Boleh juga dibacakan ayat-ayat al-Qur’an lainnya) Lalu dipergunakan untuk mandi atau diminum. (lihat Mushannaf Ma’mar bin Rasyid 11/13)

Al Qurtubi menceritakan daripada Wahab untuk mengubati Sihir: “ Diambil 7 helai daun bidara ditumbuk halus lalu dicampurkan air dan dibacakan Ayat Kursi dan diberi minum pada orang yang terkena sihir tiga kali teguk dan baki airnya diguna untuk mandi ,Insya Allah akan hilang sihirnya”. “Dan diutamakan membaca Qul A’uzubil Falak ,Qul A’uzubirabinnas juga ditambah Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir Syaitan.” ( Tafsir Ibn Katsir Jilid Satu Terjemahan Singkat Halaman 171)

Di antara bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan Islam ialah daun bidara yang ditumbuk halus kemudian dicampurkan dengan air doa lalu diminumkan sebahagian, dan sebahagian lagi untuk mandi.

Ibnu Kathir menyebutkan di dalam tafsirnya bahawa Al-Qurthubi menceritakan dari Wahab bahawa dia mengatakan,“Ambillah 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara 2 batu kemudian dicampurkan dengan air dan dibacakan Ayat Kursi kemudian diminumkan kepada orang yang terkena sihir sebanyak 3 kali tegukan lalu dimandikan dengan air sisanya maka ia akan menghilangkan sihirnya. Terutama bagi suami yang terhalang menggauli isterinya.Ibnu Kathir mengatakan bahawa yang paling bermanfaat dalam menghilangkan pengaruh sihir adalah dengan menggunakan apa yang diturunkan Allah s.w.t. kepada RasulNya untuk

17

Page 18: Pembahagian Jin Dan Syaitan

menghilangkan hal itu iaitu membaca al-muawwidzatian (al-Falaq dan an-Nas) dan Ayat Kursi kerana ayat-ayat itu dapat mengusir syaitan.

Sebenarnya,setiap apa yang diciptakan Allah di bumi ini ada kelebihannya tersendiri melalui tindak balas kimia.terutamanya ciptaan seperti batu, kayu, daun memang banyak kelebihannya. Cuma orang Islam tidak mengakaji secara lebih terperinci kelebihan setiap ciptaan Allah. Jadi tidak lah salah menggunakan pelbagai bahan ketika di dalam rawatan. Tetapi ia bergantung pada niat:

1.Harus yakin bahan-bahan itu mempunyai kelebihan yang diturunkan Allah.2.Mempercayai bahan itu adalah diciptakan Allah.3.Tidak taksub ketika menggunakan apa-apa bahan di dalam rawatan.4.Mempercayai Allah yang mendatangkan penyakit dan Allah juga yang memulihkan penyakit.5.Tidak merasakan bahan yang digunakan itu mempunyai kuasa luarbiasa untuk menyembuh 6.Jangan terlalu memuja dan bergantung pada bahan-bahan tersebut tetapi harus kita berdoa agar Allah menyembuhkan penyakit.7.Berdoa dan tawakal selepas ikhtiar.

PENUTUP

Alhamdulillah, demikianlah secebis ilmu yang dapat dikongsi bersama. Semoga apa yang terkandung di dalam kertas kerja ini dapat di manfaatkan sebaik mungkin dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

18