dialog keamanan: satu sorotan dari kacamata al-qur’Ān … · sebagai syaitan (al-tabari,...

17
Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace 30 November 01 December 2016 Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/ 1 DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [email protected] Aemy Elyani Binti Mat Zain Kolej Universiti Islam Selangor Rabi’atul Athirah Muhamad Isa Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur ABSTRAK Islam agama sejahtera. Islam mempromosi keamanan dalam setiap aspek kehidupan manusia. Istilah Islam sendiri bermaksud aman dan sejahtera. Aspek keamanan dan keimanan berjalan seiringan kerana tanpa wujud keduanya, maka keamanan tidak dapat dicapai. Ianya tampak lebih jelas apabila melibatkan isu hubungan dengan penganut berlainan agama, bangsa dan budaya. Oleh itu, dua prinsip ini mampu memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan yang telus sesama manusia sejagat. Begitu juga anjuran bersikap adil saksama membuktikan kesyumulan Islam. Ungkapan al-makruf di dalam al- Qur’ān merangkumi nilai-nilai seperti kemuliaan (al-fadilah), kebenaran (al-haq) kebaikan (al- khayr), dan keadilan (al-‘adl). Islam turut memperakui hak-hak penganut agama lain, terutamanya kafir zimmi seperti pemeliharaan nyawa, fizikal, harta benda, penjagaan maruah, jaminan ketika sakit, tua dan fakir serta perlindungan dari ancaman luar, perlindungan dari ancaman dalam negeri dan lain-lain. Kertas ini membincangkan konsep dialog keamanan yang dipelopori oleh Islam. Perbahasannya mengfokuskan dialog keamanan menurut perspektif al-Qur’ān dan al-Sunnah Nabi saw. Kata kunci: Dialog Keamanan, Sorotan, Kacamata Al-Qur’ān Dan Al-Sunnah PENDAHULUAN Islam menganjurkan keamanan dalam segenap aktiviti kehidupan manusia. Ini dapat dilihat daripada istilah Islam sendiri bermaksud aman dan sejahtera. Apabila melibatkan isu hubungan dengan penganut agama lain, aspek keadilan dan keamanan adalah seiringan kerana tanpa wujudnya keadilan yang ditekankan dalam Islam, maka keamanan tidak dapat dicapai. Oleh itu, kedua prinsip ini mampu memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan yang telus sesama manusia sejagat. Selain itu, perbezaan antara manusia adalah sunnatullah dan mempunyai hikmah di sebaliknya. Allah SWT menjadikan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan serta berbagai bangsa. Kepelbagaian ini diraikan Islam dengan matlamat supaya manusia saling kenal mengenal dan bekerjasama antara satu sama lain (al-Hujurat 49: 13). Ini kerana Allah SWT menilai hamba-Nya bukan dari aspek puak, kabilah atau etnik tertentu, tetapi ia berdasarkan taqwa dan kepatuhan mereka terhadap perintah serta ajaran-Nya (Musa Ahmad, 2004: 3). Maka, ini menunjukkan latar belakang yang berbeza adalah satu keistimewaan jika mereka memanfaatkan perbezaan itu dalam landasan yang dianjurkan Islam

Upload: lylien

Post on 08-Apr-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/ 1

DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN

Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

[email protected]

Aemy Elyani Binti Mat Zain Kolej Universiti Islam Selangor

Rabi’atul Athirah Muhamad Isa

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur

ABSTRAK

Islam agama sejahtera. Islam mempromosi keamanan dalam setiap aspek kehidupan

manusia. Istilah Islam sendiri bermaksud aman dan sejahtera. Aspek keamanan dan

keimanan berjalan seiringan kerana tanpa wujud keduanya, maka keamanan tidak dapat

dicapai. Ianya tampak lebih jelas apabila melibatkan isu hubungan dengan penganut

berlainan agama, bangsa dan budaya. Oleh itu, dua prinsip ini mampu memupuk semangat

kebersamaan dan perpaduan yang telus sesama manusia sejagat. Begitu juga anjuran bersikap

adil saksama membuktikan kesyumulan Islam. Ungkapan al-makruf di dalam al- Qur’ān

merangkumi nilai-nilai seperti kemuliaan (al-fadilah), kebenaran (al-haq) kebaikan (al-

khayr), dan keadilan (al-‘adl). Islam turut memperakui hak-hak penganut agama lain,

terutamanya kafir zimmi seperti pemeliharaan nyawa, fizikal, harta benda, penjagaan

maruah, jaminan ketika sakit, tua dan fakir serta perlindungan dari ancaman luar,

perlindungan dari ancaman dalam negeri dan lain-lain. Kertas ini membincangkan konsep

dialog keamanan yang dipelopori oleh Islam. Perbahasannya mengfokuskan dialog

keamanan menurut perspektif al-Qur’ān dan al-Sunnah Nabi saw.

Kata kunci: Dialog Keamanan, Sorotan, Kacamata Al-Qur’ān Dan Al-Sunnah

PENDAHULUAN

Islam menganjurkan keamanan dalam segenap aktiviti kehidupan manusia. Ini dapat dilihat

daripada istilah Islam sendiri bermaksud aman dan sejahtera. Apabila melibatkan isu

hubungan dengan penganut agama lain, aspek keadilan dan keamanan adalah seiringan

kerana tanpa wujudnya keadilan yang ditekankan dalam Islam, maka keamanan tidak dapat

dicapai. Oleh itu, kedua prinsip ini mampu memupuk semangat kebersamaan dan perpaduan

yang telus sesama manusia sejagat.

Selain itu, perbezaan antara manusia adalah sunnatullah dan mempunyai hikmah di

sebaliknya. Allah SWT menjadikan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan serta

berbagai bangsa. Kepelbagaian ini diraikan Islam dengan matlamat supaya manusia saling

kenal mengenal dan bekerjasama antara satu sama lain (al-Hujurat 49: 13). Ini kerana Allah

SWT menilai hamba-Nya bukan dari aspek puak, kabilah atau etnik tertentu, tetapi ia

berdasarkan taqwa dan kepatuhan mereka terhadap perintah serta ajaran-Nya (Musa Ahmad,

2004: 3). Maka, ini menunjukkan latar belakang yang berbeza adalah satu keistimewaan jika

mereka memanfaatkan perbezaan itu dalam landasan yang dianjurkan Islam

Page 2: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

2

Seterusnya, Islam turut memberikan kebebasan beragama kepada setiap umat manusia.

Jadi, isu paksaan dalam beragama adalah bercanggah dalam konteks agama Islam (al- Baqarah

2: 256). Petikan surah al-Kafirun jelas menunjukkan penganut agama lain bebas menyembah

Tuhan mereka. Namun, agama Islam tetap membenarkan konsep dakwah kepada non muslim

dalam keadaan menghormati kebebasan mereka dalam beragama (Mohamad Rizal et.al. 2009:

54). Ini bermaksud segala perbincangan atau bentuk dakwah mestilah dilakukan secara yang

terbaik sehingga tidak menyinggung dan menjauhkan mereka daripada umat Islam (Musa

Ahmad, 2004: 4).

Tiada yang menafikan, agama adalah neraca yang mutlak mengenai hakikat-hakikat

yang asasi dalam kehidupan seseorang (Mohd Farid, 2012: 83). Umat yang beragama

mempunyai suatu kerangka pemikiran tertentu berdasarkan tuntutan dan ajaran agama- agama

mereka. Begitu juga agama Islam, satu agama yang mana ajarannya begitu sempurna dan

berbeza dengan agama dan kepercayaan lain, bahkan ia seharusnya diamalkan dalam

kehidupan manusia sejagat (al-Maidah 6: 3). Ini dapat dilihat daripada sebahagian prinsip-

prinsip asas kesyumulan ajaran Islam yang menganjurkan keadilan dan keamanan, meraikan

perbezaan antara umat manusia, memberi kebebasan beragama serta mengutamakan konsep

persaudaraan bukan sahaja sesama umat Islam tetapi juga umat agama lain dan sebagainya.

Semua rasul yang diutus kepada setiap umat menyeru ke arah beriman dan

mentauhidkan Allah dan menjauhi toghut (al-Nahli 16: 36). Perkataan toghut boleh difahami

sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri.

Terdapat banyak jenis kezaliman yang dilakukan oleh manusia samaada kepada dirinya

sendiri, kepada orang lain mahupun kepada Allah. Orang yang beriman mendapat jaminan

keamanan dari Allah. Ayat ini merupakan penjelasan kepada ayat “Orang-orang yang beriman

dan tidak mencampuri keimanan mereka dengan kezaliman, mereka itulah orang- orang yang

mendapat keamanan dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” (Al-An’am 6:

82). Syirik yang dimaksudkan dalam penulisan ini ialah zalim berdasarkan sebuah hadith yang

diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas’ud radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Ketika turunnya

ayat ((Orang-orang yang beriman dan tidak menodai keimanan mereka dengan kezaliman)),

kami berkata: Ya Rasulullah. Siapakah di antara kami yang tidak pernah menzalimi dirinya

sendiri? Baginda menjawab: Hal ini bukanlah sebagaimana yang kalian katakan. ((Tidak

menodai keimanan mereka dengan kezaliman)) itu bermaksud syirik. Tidakkah kalian pernah

mendengar kata-kata Luqman kepada anaknya ((Wahai anak ku, janganlah engkau

mensyirikkan Allah. Sesungguhnya syirik kezaliman yang besar)). [Sahih al-Bukhari, Kitab

Ahadis al-Anbiya’, hadis no: 3360]. Perbuatan syirik merupakan kezaliman yang besar.

Nasihat Luqman jelas menunjukkan bahawa syirik merupakan satu kezaliman yang sangat

besar. Besarnya dosa syirik ditunjukkan dalam banyak ayat al-Qur’ān, antaranya yang

bermaksud “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik, dan Dia

mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendakiNya.

Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh dia telah melakukan dosa yang

besar” (An-Nisa’ 4: 48). Ayat lain yang bermaksud “Sesungguhnya orang yang

mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya

syurga, dan tempatnya ialah neraka (Al-Maidah 5: 72).

Allah SWT menciptakan umat manusia daripada keturunan yang sama iaitu Adam AS

(An- Nisa’ 4:1). Manusia diciptakan dengan sebaik-baik ciptaan yang meliputi tiga komponen

utama iaitu fizikal, intelektual dan spiritual. Namun disebabkan fitrah manusia yang

mempunyai pilihan samaada hak atau batil. Maka, wujudnya golongan yang berada dalaam

agama fitrah dan sebaliknya (Kamar Oniah 2010: 234). Dalam hal ini, Islam tidak

Page 3: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

3

memandangkan penganut lain sebagai musuh, sebaliknya Islam memandang mereka sebagai

saudara yang berasal dari keturunan sama yang mana mereka mempunyai hak untuk diseru

kepada agama fitrah dan mereka juga mempunyai hak-hak tertentu. Ini jelas dibuktikan

apabila piagam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. meletakkan sebanyak 24

perkara mengenai hak dan kewajipan terhadap orang-orang Yahudi. Sikap Rasulullah s.a.w.

terhadap saudaranya yang bukan Islam dalam mengamalkan Piagam Madinah terpancar

apabila baginda tidak mengambil tindakan ke atas golongan Yahudi Bani Qaynuqa’ yang

enggan memeluk Islam (Azmi, 2009: 148).

Anjuran bersikap adil saksama membuktikan kesyumulan Islam. Ini cukup jelas

apabila ungkapan al-makruf di dalam al-Qur’ān merangkumi nilai-nilai seperti kebaikan (al-

khayr), kemuliaan (al-fadilah), kebenaran (al-haq) dan keadilan (al-‘adl) (Zakaria Stapa, 1999:

119). Berhubung dengan penganut agama lain, Islam turut memperakui hak-hak mereka

terutamanya kafir zimmi seperti perlindungan dari ancaman luar, perlindungan dari ancaman

dalam negeri, pemeliharaan nyawa, fizikal, harta benda, penjagaan maruah, jaminan ketika

sakit, tua dan fakir dan lain-lain (Mohamad Rizal et.al. 2009 : 51).

Oleh yang demikian, berpaksikan prinsip-prinsip asas yang ditonjolkan agama Islam

menunjukkan bahawa penganut agama lain tidak terkecuali daripada mendapat perlindungan

seperti yang berlaku kepada umat Islam sendiri. Malahan, kesyumulannya ini juga

membuktikan Islam itu tinggi dan tidak ada ketinggian agama lain yang boleh menandinginya.

Ini menunjukkan Islam adalah agama yang paling sesuai untuk seluruh manusia.

Sehubungan itu persoalan penting yang perlu diketengahkan ialah bagaimana al-

Qur’ān memberi pedoman dalam berinteraksi dengan pelbagai lapisan manusia yang

membuktikan prinsip keamanan dan keadilan sebagaimana yang dipelopori oleh al-Qur’ān

merangkumi dialog sesama Islam dan non muslim.

Oleh yang demikian, objektif penulisan ini ialah untuk memaparkan bagaimana al-

Qur’ān mengajar dan memandu umat dalam berinteraksi dengan pelbagai golongan dalam

mengamalkan dialog keamanan ini dan kesannya dalam masyarakat berbilang kaum di

Malaysia.

KONSEP DIALOG

Dialog adalah perbualan atau penyampaian yang melibatkan dua atau lebih individu dan

kumpulan. Menurut Ghazali Basri (1992: 53) dan Ramli Awang (2008: 37) dialog ialah proses

penyampaian antara dua atau lebih individu atau kumpulan. Dialog melibatkan komunikasi

antara dua hala. Dari sudut epistimologi, dialog bermaksud percakapan, perbualan dalam

lakonan, cerita atau apa saja bentuk pertuturan serta pertukaran pendapat, perbincangan,

perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu isu secara terbuka (Khadijah Mohd

Khambali @ Hambali 2012).

Azizan Baharuddin menjelaskan konsep dialog bukan sekadar proses penyampaian dua

atau lebih pihak yang terlibat, tetapi dialog adalah bicara dengan pihak yang berbeza fikiran

dengan tujuan utamanya belajar cara berfikir yang berlainan dan baru, suatu cara untuk

melihat alam dan kehidupan orang lain (Rahimin et.al. 2011: 93-94). Menurut beliau lagi,

‘dialogue’ berasal daripada akar kata ‘dia’ bermaksud melalui apa yang diperkatakan (logos),

mengeluarkan sesuatu yang tersorok atau tersirat. Jadi, berdialog dikatakan adalah cara

menjelaskan yang tersirat. Idea dan hakikat sejarah, budaya dan alam sekitar tidak mempunyai

Page 4: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

4

apa-apa realiti dan impak dengan sendiri kerana semuanya itu perlu di dialogkan (Khadijah

Mohd Khambali @ Hambali 2012: 2). Dalam menyampaikan yang tersirat atau suatu yang

tidak diketahui oleh pihak lain yang terlibat, tentunya wujud perbezaan pandangan antara satu

sama lain, namun pihak-pihak yang terlibat dapat mengambil manfaat daripada pandangan dan

idea itu (Khadijah Mohd Khambali @ Hambali 2007: 319).

Ataullah Siddiqui menegaskan dialog adalah berbeza-beza mengikut disiplin ilmu

golongan yang menakrifkannya. Menurutnya (1997: 56-57), dialog merujuk kepada

perundingan, perbualan antara dua atau lebih pihak yang bertukar pandangan dengan harapan

akhirnya menemui kesepakatan antara yang terlibat. Seterusnya dialog boleh juga merujuk

kepada suatu komunikasi seseorang yang melibatkan percakapan dan pendengaran akan

pandangan di hadapan segolongan orang ramai dengan tujuan memupuk sifat saling

menghormati antara satu sama lain dan mencari nilai-nilai yang boleh melahirkan kerjasama.

Selain itu, dialog merujuk kepada komunikasi dengan penganut agama-agama yang berbeza,

juga komuniti yang berbeza untuk memupuk persefahaman antara satu sama lain. Dialog

ditakrifkan sebagai penglibatan dua atau lebih pihak yang berbincang akan pegangan dan

akidah agama masing-masing, bahkan juga melihat kepada konflik-konflik yang mungkin

tercetus antara agama dan melihat kerjasamanya yang boleh dilakukan antara mereka.

Pengelasan terakhir makna dialog yang diberikan oleh Ataullah Siddiqui ialah, dialog adalah

perkongsian dan pertukaran pandangan, dalam masa yang sama lahirnya juga usaha untuk

saling memahami antara satu sama lain dan mengurangkan perbezaan dan konflik antara yang

terlibat.

Manakala, dalam konteks yang lebih kecil lagi, definisi dialog keamanan dalam al-

Qur’ān melibatkan diolag antara para nabi Allah dan pengikut mereka. Ia adalah hampir

menyamai dengan makna dialog secara umum kerana istilah tersebut adalah sama, cuma aspek

dialognya adalah keimanan iaitu melibatkan pegangan, kepercayaan, pendirian, dan aqidah

yang berbeza.

Penulis berpandangan dialog keamanan dalam al-Qur’ān ialah proses komunikasi

antara dua atau lebih pihak yang berbeza pegangan dan kepercayaan agama mengenai

perspektif agama masing-masing terhadap isu atau tajuk perbincangan. Ringkasnya, dialog ini

bukanlah bermatlamatkan untuk mengalahkan pihak lain, tetapi dialog adalah untuk

mempelajari, memahami dan menambahkan ilmu seseorang terhadap pihak yang lain

(Muhammad Shafiq et.al. 2007: 1).

Justeru itu, dialog keamanan secara keseluruhan perlu dilihat dalam perbincangan ini

sebagai proses komunikasi yang menyentuh isu-isu dan tajuk-tajuk berhubung dakwah nabi

kepada kaumnya serta memberi manfaat kepada semua terlibat terutamanya dari sudut

melahirkan bibit-bibit persefahaman dan membina hubungan baik. Jelas di sini, mencapai

persefahaman dan bertukar-tukar pandangan berkaitan isu yang dibincangkan adalah tujuan

dialog. Proses interaksi akan melahirkan generasi baru yang bertamadun tanpa mengira agama,

budaya dan latar belakang yang berbeza (Muhammad Razak 2003: 24).

Berdasarkan perbahasan beberapa definisi dialog di atas, boleh dirumuskan bahawa

konsep dialog keamanan dalam kajian ini ialah:

1. Proses komunikasi dua atau lebih individu.

2. Melibatkan pihak-pihak yang berbeza pandangan dan perspektif.

3. Membincangkan isu-isu dan tema-tema tertentu.

Page 5: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

5

4. Memanfaatkan semua pihak yang terlibat khususnya mewujudkan persefahaman dan

membina hubungan baik.

KERANGKA TEORI

Pengkaji menggunakan teori al-Qur’ān yang dipetik dari Surah al-Nahl ayat 125 yang mana

firman Allah SWT:

bermaksud: “Serulah kepada jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah

kebijaksanaan, nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau

serukan itu) dengan cara yang terbaik, sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua Maha Mengetahui

akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang Maha Mengetahui orang-orang yang

mendapat hidayah petunjuk”.

Input atau teori pertama iaitu hikmah yang merupakan satu pendekatan dakwah

berasaskan huraian dijelaskan dalam al-Qur’ān. Hikmah mempunyai takrifan yang pelbagai

antaranya wisdom, sagacity and judiciousness, the power of true and right discernment, good

practical judgment dan the ability to make a right decision or judgment by applying intelligent

thought to a wide range of experience and knowledge with prudence (Hikmatullah Babu

Shahib et.al. 2011: 132).

Hikmah juga dilihat sebagai ketetapan Allah ke atas suatu peraturan dan hukum kepada

manusia yang mana tidak diberikan sekali gus, sama ada ia berbentuk suruhan ataupun

larangan (Akmal Mohd Zain 2001: 24). Ini selari dengan pandangan tokoh Islam, Abu Ja‟far

Muhammad b. Jarir b. Yazid b. Kathir al-Amili al-Tabari dalam petikan daripada Hikmatullah

Babu Shahib et.al. (2011: 133) menyatakan bahawa hikmah itu adalah wahyu atau al-Qur’ān.

Dalam masa yang sama, Fakhr al-Din Muhammad b. Umar al-Razi juga melihat hikmah itu

sebagai wahyu atau al-Qur’ān yang padanya mempunyai bukti dan hujahan muktamad akan

semua kepercayaan yang wujud (2011: 134).

Jelas di sini bahawa hikmah itu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sebagai contoh,

pendakwah seharusnya menyampaikan mesej dakwahnya berpandukan kaedah dan cara yang

berhikmah terhadap sasaran dakwah yang ditemuinya. Dalam konteks pendekatan dialog

keamanan ini, teori hikmah yang disebut pada petikan ayat alQuran tersebut begitu berkaitan

dengan kajian ini.

Seterusnya, teori mawcizat al-hasanah yang merupakan teori kedua yang disebut dalam

ayat al-Qur’ān. mawcizat al-hasanah dan hikmah saling berkaitan yang mana hikmah dari

sudut dalaman, iaitu bukti, hujahan, ilmu itu sendiri yang tercatat dalam al-Qur’ān. Manakala,

mawcizat al-hasanah adalah luaran iaitu lisan atau penyampaian dalam berdakwah. Ini

Page 6: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

6

seiringan dengan apa yang dilihat oleh kedua-dua tokoh Islam iaitu Abu Ja‟far Muhammad b.

Jarir b. Yazid b. Kathir al-Amili al-Tabari dan Fakhr al-Din Muhammad b. Umar al-Razi

dalam artikel yang bertajuk Promoting Islam to Non- Muslims: A Study in Da‟wah bil-

Hikmah as a Strategy (2011: 134) yang menyatakan mawcizat al-hasanah to be the beautiful

lessons which Allah has revealed in His book as clear proof for the addressees and the mention

of His bounties to remind them. Bertambah jelas lagi apabila Akmal Mohd Zain membezakan

hikmah dan mawcizat al-hasanah dengan menyatakan letak perbezaannya pada cara dan kata

(2001: 35). Tambahnya lagi, mawcizat al-hasanah ini adalah metod dakwah yang telah

diamanahkan oleh Allah SWT melalui lisan Rasul-Nya ke atas para pendakwah yang mana

disampaikan dengan cerita-cerita yang berkesan, cerita yang mempunyai teladan, pendidikan

dan sindiran yang dapat dilihat daripada sejarah-sejarah para Rasul, para sahabat dan para

ulamak yang terdahulu (2001: 35-36). Berdasarkan perbincangan di atas akan teori mawcizat

al-hasanah, jelas bahawa perkaitan rapat antara teori hikmah dan mawcizat al-hasanah yang

mana kedua-dua teori ini diolah ke dalam konteks kajian ini.

Begitu juga teori terakhir pada ayat al-Qur’ān iaitu “waja dilhum bi al-lati hiya ahsan”

yang merupakan pendekatan dakwah terakhir yang dijelaskan pada ayat tersebut. Ayat ini

menggesa para pendakwah agar bermujādalah dengan cara yang terbaik. Mujādalah, takrifan

khususnya telah dibincangkan pada bab II yang mana mujadalah ini berlaku apabila wujudnya

perbezaan pandangan antara inidividu yang berbincang mahupun berdialog. Takrifan ini turut

dikemukakan oleh Fakhr al-Din Muhammad b. Umar al-Razi yang menyatakan those

arguments which aim at countering the argument of the opponent and making him pointless

(2011: 134). Ini bermakna, dalam konteks Islam sebagai pendakwah yang berbincang dan

berdialog dengan sasaran dakwah yang mempunyai pandangan yang berbeza daripadanya,

maka mesej dakwah yang ingin disampaikan oleh pendakwah itu harus diteruskan sehingga

sasaran akui kebenaran mesej tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan juga oleh Abu Ja‟far

Muhammad b. Jarir b. Yazid b. Kathir al-Amili al-Tabari bahawa “to continue fulfilling

responsibility of propagating the message of (submission to none but) Allah ignoring the harm

the opposing addressees put forth‟ (2011: 134). Berdasarkan perbincangan berkaitan teori-

teori dakwah yang tercatat pada ayat al-Qur’ān ini, maka enulis merumuskan ianya

mempunyai kaitan rapat dengan pendekatan dialog keamanan dalam al-Qur’ān yang

diketengahkan dalam kajian ini.

Dialog keamanan dalam al-Qur’ān

Rajah 1: Kerangka Teori Dialog Keamanan dalam Al-Qur’ān

DIALOG KEAMANAN DALAM AL-QUR’ĀN

Secara umumnya, al-Qur’ān banyak membahaskan ayat-ayat yang menjurus kepada dialog.

Namun, pendekatan ayat-ayat yang dibahaskan itu berlaku secara langsung dan sebaliknya.

Menurut Muhammad Sayid al-Al-Tantawi (2001: 8-9) bentuk dialog di dalam al-Qur’ān dapat

dilihat dari 5 kategori iaitu:

Teori mawcizat

Teori al-hasanah hikmah

Teori wa jādilhumbi al-lati hiya

ahsan

Page 7: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

7

1. Dialog tentang keesaan Allah SWT

2. Dialog tentang hari kiamat, pahala dan dosa

3. Dialog tentang al-Qur’ān

4. Dialog Allah SWT dengan makhluknya dan

5. Dialog Rasul dengan kaumnya

Dialog-dialog pada setiap kategori itu adalah umum. Dalam konteks yang lebih kecil

iaitu dialog keamanan yang melibatkan penganut selain daripada Islam hanya terdapat satu

kategori sahaja iaitu dialog Rasul dengan kaumnya yang mana dialog ini terbahagi kepada

dialog umum dan dialog khusus (al-Al-Tantawi, 2001: 9) dan inilah yang menjadi fokus

penulisan ini. Dialog umum tidak disebut secara jelas rasul atau nabi mana yang terlibat

berdialog dengan kaumnya, sebaliknya dialog khusus pula jelas menunjukkan rasul dan nabi

yang tertentu berdialog dengan kaumnya, antaranya Nabi Nuh AS, Nabi Hud AS, Nabi Saleh

AS, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Syuaib AS. Selain itu, keseluruhan ayat-ayat dialog Rasul dan

kaumnya ini adalah dari ayat Makkiyah yang tentunya memiliki ciri-ciri yang tertentu. Jadual

1 menunjukkan surah dan ayat Makkiyah dalam dialog antara Rasul dengan kaumnya.

Jadual 1: Surah dan ayat Makkiyah dalam dialog antara Rasul dengan kaumnya.

Bil Surah Kekerapan Jenis dialog

1 Al-Ankabut 4 Dialog tentang keesaan Alah (2X)

Dialog tentang hari kiamat,pahala,dosa (1X) Dialog

Nabi Ibrahim dengan kaumnya (1X)

2 Al-A‟raf 7 Dialog tentang keesaan Allah (1X)

Dialog Allah SWT dengan Nabi Musa (1X)

Dialog Nabi Nuh dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Hud dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Soleh dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Syu’aib dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Lut dengan kaumnya (1X)

3 Hud 6 Dialog Nabi Nuh dengan kaumnya (3X)

Dialog Nabi Hud dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Soleh dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Syu’aib dengan kaumnya (1X)

4 Asy- Syu‟araa 3 Dialog Nabi Nuh dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Hud dengan kaumnya (1X)

Dialog Nabi Ibrahim dengan kaumnya (1X)

5 Al-Anbiyaa 1 1. Dialog Nabi Ibrahim dengan kaumnya (1X)

6 Al-Naml 1 1. Dialog Nabi Soleh dengan kaumnya (1X)

7 Mukminun 1 1. Dialog Nabi Nuh dengan kaumnya (1X)

8 Yasin 1 1. Dialog Rasul dengan kaumnya (1X)

9 Ibrahim 1 1. Dialog Rasul dengan kaumnya (1X)

10 Maryam 1 1. Dialog Nabi Ibrahim dengan bapanya (1X)

11 Nuh 1 1. Dialog Nabi Nuh dengan kaumnya (1X)

Sumber: Al-Tantawi 2001 & Ahmad Fakhrurrazi 2009

Berdasarkan jadual 1 di atas, jelas menunjukkan keseluruhan surah yang khusus

berkait dengan dialog Rasul dengan kaumnya adalah daripada Makkiyah yang mana ayat-ayat

Makkiyah mengandungi ciri-ciri yang agak berbeza dengan ayat Madaniyah. Menurut Sofiah

Shamsuddin (2006: 68-69) antara perkara yang boleh dilihat pada surah Makkiyah ialah ayat-

Page 8: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

8

ayatnya menyeru kepada Tawhid kepada Allah SWT dan akidah yang benar kerana majoriti

umat ketika itu ingkar dan jahil dalam mencari agama yang benar. Selain itu, surah Makkiyah

juga menyebut amalan-amalan kaum musyrikin yang melampaui batas seperti makan harta

anak yatim dan menanam anak hidup-hidup serta banyak menceritakan kisah-kisah Nabi

terdahulu dengan kaumnya yang ingkar yang mana dapat dijadikan teladan. Hal yang sama

turut dinyatakan oleh Thameem Ushama (1998: 157-158) yang menyebut ciri utama yang

boleh dilihat daripada surah Makkiyah ialah seruan kepada agama Islam. Tambahnya lagi,

petikan-petikan ayat Makkiyah ini sebenarnya mengandungi asas-asas kebaikan dan teladan

yang boleh dijadikan contoh kepada generasi masa kini (Thameem Ushama 1998: 158).

Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa dialog al-Qur’ān yang menyentuh

tentang dialog keamanan adalah dialog Rasul dengan kaumnya yang mana keseluruhan ayat-

ayatnya adalah Makkiyah. Justeru, pengajaran yang boleh diambil daripada pendekatan al-

Qur’ān dalam konteks dialog Rasul dengan kaumnya ialah seruan kepada agama Islam. Dari

sudut inti pati yang terkandung dalam dialog Rasul dengan kaumnya, Ahmad Fakhrurrazi et.al.

(2009: 43-48) dalam artikelnya yang bertajuk “Dialog dengan non- Muslim: Iktibar dari kisah

para Nabi dalam al-Qur’ān” telah menilai beberapa pendekatan dialog Rasul dan kaumnya.

Antaranya mempromosikan agama Islam secara jitu tanpa berkias, tenang dalam menghadapi

provokasi, tegas dan berprinsip, ilmu sebagai sandaran utama, membangkitkan keinginan

berfikir dan persoalan kemasyarakatan (Ahmad Fakhrurrazi et.al. 2009: 44-47).

Manakala, Al-Tantawi (2001: 152-176) melihat pendekatan dialog Rasul dan kaumnya

yang ditekankan dalam al-Qur’ān adalah seperti dalam jadual 2 berikut:

Jadual 2: Pendekatan al-Qur’ān dalam dialog Rasul dengan kaumnya

Bil Kisah para rasul (Surah/ayat) Pendekatan dialog

1.

Nabi Nuh dengan kaumnya

(al-A‟raf: 60-63 , Hud: 25-49,

Mukminun:

23-30 dan al-Syu’ara’: 105-122)

Hujah dialog disampaikan kuat/kukuh

Mempersiapkan diri dengan etika yang mulia,

keberanian dan kesabaran, menyerahkan

segala urusan kepada Allah.

2. Nabi Hud dengan kaumnya

(al-A‟raf: 67-70, Hud: 50-57

dan al-

Syu‟araa 123-140)

Menjawab semua pertanyaan dan persoalan

pihak lain tanpa ada unsur kekerasan dan

mempunyai nasihat dan petunjuk.

3.

Nabi Soleh dengan kaumnya

(al-A‟raf: 73-76, Hud: 63, an-Naml:

4547)

Mempersiapkan diri dengan etika yang mulia,

hujah disampaikan secara logik dan benar,

mengingatkan nikmat Allah kepada pihak lain,

memberi peringatan kepada mereka yang,

bergelimang dengan maksiat.

4.

Nabi Ibrahim dengan bapanya

(Maryam: 41-47, Tawbah: 114)

Berdialog dengan sopan, lemah-lembut dan

rasa kasih saying, menerima jawapan dengan

hati terbuka, menjawab dengan hujah secara

logik dan benar serta beretika baik.

5.

Nabi Ibrahim dengan kaumnya

(Asy-Syu‟araa: 69-82, al-Ankabut:16-

Berdialog dengan sopan, lemah-lembut dan

rasa kasih saying, membangkitkan perasaan

Page 9: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

9

24,

al-Anbiyaa: 51-69)

berfikir dengan melontar kembali persoalan,

memberi ingatan sebagaimana yang telah

berlaku kepada umat terdahulu, memberi hujah

yang kuat dan nasihat yang baik sebagai bukti

kebenaran.

6.

Nabi Syuaib dengan kaumnya (al-A‟raf:

85-89, Hud:84-93)

Memberi ingatan sebagaimana yang telah

berlaku kepada umat terdahulu, memberi hujah

yang kuat dan nasihat yang baik sebagai bukti

kebenaran.

Berdasarkan kenyataan dalam jadual 2 di atas, kita mendapati pendekatan al-Qur’ān tentang

dialog keamanan yang melibatkan dialog Rasul dan kaumnya, secara tidak langsung al-Qur’ān

memberi gambaran tentang konsep dialog. Kedua, al-Qur’ān juga memberikan panduan dan

etika berdialog yang seharusnya dijadikan rujukan utama umat Islam yang ingin terlibat

dengan dialog keamanan. Dalam hal ini, pengkaji menganalisis dan menggariskan pendekatan

akhir yang terbentuk daripada perbincangan di atas yang mana mempunyai enam pendekatan

utama iaitu mendekati pelbagai manusia yang menyekutukan Allah, mempersiapkan diri

dengan hujah yang kukuh dan benar, membangkitkan perasaan berfikir dengan

mengemukakan kembali persoalan, mempersiapkan diri dengan etika yang mulia, berani dan

sabar, berusaha menjawab keraguan yang dilontarkan secara tenang dan berlapang dada dan

menyerah segala urusan kepada Allah SWT.

PERBINCANGAN

Pendekatan al-Qur’ān dalam dialog boleh dilihat melalui istilah dialog dalam bahasa Arab.

Dua istilah yang ketara dan jelas membincangkan isu dialog iaitu hiwar dan jidal yang mana

makna dan konsep kedua istilah ini telah dibahaskan sebelum ini. Walaupun ada pandangan

yang melihat hiwar adalah dialog, manakala jidal lebih kepada perdebatan (Faisal 2012: 2),

namun setelah Pengkaji melakukan penelitian, hiwar dan jidal adalah suatu konsep yang sama

iaitu proses komunikasi dua atau lebih individu yang terlibat, bahkan dalam petikan ayat-ayat

al-Qur’ān yang mengandungi istilah hiwar dan jidal, anjuran al-Qur’ān terhadap kaedah

melaksanakannya adalah seimbang. Contohnya dalam surah al-Kahf: 34 & 37 yang

mempunyai istilah hiwar mempunyai unsur-unsur pandangan yang berbeza antara dua pihak

yang berdialog. Begitu juga, surah al-Ankabut: 46 mempunyai istilah jidal yang mempunyai

maksud yang baik yang dianjurkan al-Qur’ān dalam melakukan dialog dengan golongan bukan

Islam. Oleh yang demikian, perbincangan seterusnya akan melihat secara tuntas dua istilah

dalam bahasa Arab iaitu hiwar dan jidal yang mempunyai konsep yang sama dengan dialog

seperti yang dibincangkan sebelum ini.

Umumnya konsep hiwar iaitu perbincangan atau percakapan dan jidal ialah

perselisihan, namun secara keseluruhannya kedua istilah itu adalah melibatkan proses

komunikasi antara dua atau lebih individu yang sama ada mempunyai perbezaan pandangan

antara pihak yang terlibat ataupun sekadar pemindahan pemikiran dan idea antara pihak yang

terlibat.

Perkataan dasar hiwar iaitu (Ha, Waw, Ra) terdapat banyak petikan ayat-ayatnya di

dalam al-Qur’ān seperti hawariyun dan hurun „ain yang tentunya mempunyai makna yang

berbeza daripada dialog. Bagi istilah hiwar khusus tentang dialog, hanya terdapat tiga ayat

Page 10: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

10

yang utama (Muhammad Shafiq et.al. 2007: 1; Fatmir Mehdi 2008: 101-102) seperti yang

terdapat pada jadual 3 di bawah.

Jadual 3: Istilah “Hiwar” di dalam petikan ayat-ayat al-Qur’ān berserta terjemahan

Bil Nama surah Petikan ayat berserta terjemahannya

1. Al-Kahf 15: 34

(Makki)

Maksudnya: “Dan dia juga mempunyai hasil buahan yang lain

lalu dia berkata kepada temannya ketika dia berdialog dengannya:

Aku mempunyai harta kekayaan yang lebih banyak dari engkau

dan mempunyai pengikut-pengikut yang lebih kuat”.

2.

Al-Kahf 15: 37

(Makki)

Maksudnya: “Lalu temannya berkata kepadanya ketika dia

berdialog dengannya: Apakah engkau tidak percaya lagi kepada

Tuhan yang telah menciptakan engkau dari tanah kemudian dari

nutfah kemudian Dia menjadikan engkau seorang lelaki (yang

sempurna)”.

3.

Al-Mujadalah 58:

1 (Madani)

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan

wanita yang bersoal jawab dengan engkau mengenai suaminya

dan dia mengadukan (halnya) kepada Allah dan Allah memang

mendengar perbicaraan kamu berdua. Sesungguhnya Allah Maha

Mendengar dan Maha Melihat‟.

Begitu juga dengan istilah jidal mempunyai 3 tempat pada ayat al-Qur’ān yang khusus

mempunyai makna yang hampir dengan dialog. Ini boleh dilihat daripada jadual 4 di bawah.

Jadual 4: Istilah “Jidal” di dalam petikan ayat-ayat al-Qur’ān berserta terjemahan

Bil. Nama surah Petikan ayat berserta terjemahannya 1. Al-‘Ankabut

29: 46

(Makki)

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahlil-Kitab

melainkan dengan cara yang paling baik kecuali orang-orang yang

zalim dari mereka, dan katakanlah: Kami telah beriman kepada

kitab-kitab yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan

kepada kamu.Tuhan kami dan Tuhan kamu adalah satu dan kami

berserah kepada-Nya”.

2.

Al-Nahl 16:

125 (Makki)

Maksudnya: “Berdakwahlah ke jalan Tuhanmu dengan hikmat

kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan

mereka dengan cara yang terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu lebih

mengetahui tentang mereka yang sesat dari jalanNya dan juga lebih

mengetahui tentang orang-orang yang mendapat hidayat‟.

3.

Al-Mujadalah

58: 1

(Madani)

Maksudnya: “Sesungguhya Allah telah mendengar perkataan

wanita yang bersoal jawab dengan engkau mengenai suaminya dan

dia mengadukan (halnya) kepada Allah dan Allah memang

mendengar perbicaraan kamu berdua.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat”.

Dalam membincangkan istilah hiwar dan jidal pada petikan ayat-ayat di atas, Fatmir Mehdi

(2008: 107-108) menyatakan bahawa istilah pada ayat-ayat tersebut boleh difahami melalui

penggunaan dari sudut konteks ayatnya yang mana beliau menjelaskan ayat-ayat

Page 11: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

11

tersebutmengajak manusia supaya berfikir secara rasional dan berhikmah khususnya ketika

terlibat dalam dialog dengan yang lain. Contohnya dapat dilihat pada istilah hiwar pada surah

al- Kahf pada jadual 3 yang sebenarnya menekankan supaya dialog berlaku dengan cara-cara

yang ada garis panduan dan bijaksana, objektif dan tidak berat sebelah (Fatmir Mehdi 2008:

102). Petikan ayat-ayat tersebut juga memberi gambaran akan keterbukaan agama Islam dalam

dialog yang mana bukan sahaja menyentuh isu akidah tetapi juga isu kemanusiaan. Contohnya

dapat dilihat pada istilah hiwar surah al-Mujadalah seperti jadual 4 di atas menerangkan sikap

terbuka agama Islam dalam dialog yang mana Islam tidak menghadkan dialog berlaku hanya

sesama lelaki sahaja dan dialog juga tidak hanya berlaku di kalangan orang yang sama

pangkatnya sahaja. Adapun dari sudut isu perbincangannya pula melibatkan isu-isu

kemanusiaan seperti konflik rumah tangga yang berlaku pada surah tersebut.

Namun, bagaimana pula perbincangan ahli pentafsir tentang petikan ayat-ayat tersebut?

Melalui petikan ayat-ayat tersebut, apakah al-Qur’ān ada mengungkapkan pendekatan dialog

secara tersirat yang mampu ditanggapi oleh mufasirin? Justeru, dalam menjawab persoalan di

atas, Pengkaji meneliti dua tafsir bi ra‟yi yang muktabar iaitu Tafsir al-Azhar karangan Hamka

(1983) dan Tafsir Fi Żhilal al-Qurān karangan Syed Qutb (2000). Tujuan utama pemilihan

kedua tafsir tersebut kerana tafsir bi ra‟yi ini bukan sahaja menafsir al- Qur’ān sendiri bahkan

mengaitkannya dalam konteks dunia kini.

Syed Qutb menjelaskan hiwar pada kedua ayat ini (al-Kahf 15: 34 & 37) adalah

melibatkan dua individu yang berbeza pegangan dan kepercayaannya. Satu pihak yang

beriman kepada Allah dan satu pihak yang lain kufur kepada-Nya. Isu yang didialogkan pada

ayat tersebut adalah dua isu utama iaitu teguran terhadap lelaki kufur supaya kembali

mengingati asal usul kejadiannya dan teguran terhadap lelaki kufur agar beradab dengan Allah

yang sebenarnya telah mengurniakannya nikmat yang telah didakwanya adalah milik

mutlaknya (2000: 331-332).

Ayat ini juga menjelaskan, peranan lelaki beriman dalam melakukan dialog dengan

objektif dan bersangka baik walaupun hujah yang dikemukakan oleh lelaki kufur itu angkuh

dan sombong. Dalam ayat yang sama (al-Kahf 15: 34 & 37), Hamka melihat dialog pada ayat

ini wujud ingatan lelaki beriman ke atas lelaki kufur melalui pendekatan membangkitkan

persoalan supaya lelaki kufur yang lupa diri dan angkuh itu kembali berfikir hakikat dirinya

sebenarnya (1983: 205).

Seterusnya, menurut Syed Qutb (2000:134-135) terdapat beberapa pendekatan

berdialog atau berhujah dengan bukan Islam yang dianjurkan al-Qur’ān pada surah an-Nahl

(16: 125) yang mana pendekatannya adalah (Syed Qutb 2000:134-135):

Melalui cara-cara yang bijaksana dan memberi perhatian yang teliti terhadap keadaan

dan suasana sekeliling orang ingin didekati itu.

1. Mendekati dan menyampaikan dakwah kepada sasaran mengikut kadar aqal dan

kemampuannya.

2. Mempelbagaikan cara-cara penyampaian mengikut kehendak-kehendak

keadaaan yang sesuai.

3. Dilakukan dengan cara yang halus dan tidak memperkecilkan perasaan sasaran dakwah

seperti serkahan kasar, kecaman, kritikan terhadap mereka.

Page 12: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

12

4. Matlamat dalam berdialog dan berhujah bukan untuk kemenangan fikiran si

pendakwah dan mengalahkan fikiran sasaran dakwah tapi untuk memberi keyakinan

dan mencapai kebenaran.

Menurut Hamka surah al-Nahl 14: 125 mengandungi tiga pendekatan dakwah iaitu,

hikmah (kebijaksanaan), al-mawcizat al-hasanah (nasihat), jadilhum bi al-lati hiya ahsan

(bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik) dan ketiga adalah dakwah itu sendiri. Menurut

beliau lagi, hikmah yang dimaksudkan ini bukan sekadar ucapan mulut tetapi termasuk juga

dengan tindakan dan sikap hidup (1983: 321). Manakala al-mawcizat al- hasanah pula adalah

nasihat dan pengajaran yang baik dan jadilhum bi al-lati hiya ahsan lebih kepada perbezaan

pandangan antara dua pihak yang mana seseorang pendakwah harus mempamerkan perasaan

kasih sayang terhadap mad‟unya. Ini dapat dilihat golongan bukan Islam yang jahil tentang

Islam mengeluarkan katakata celaan terhadap agama Islam. Jadi, pendekatan yang seharusnya

dilakukan oleh pendakwah adalah bertindak yang melalui sebaik-baiknya dan bukan cara

menyakiti hati mereka atau membalas celaan mereka kepada agama yang mereka anuti (1983:

321). Pendekatan terakhir yang dikemukakan Hamka pada ayat ini ialah dakwah itu sendiri

yang mana ia meliputi hikmah, al-mawcizat al-hasanah dan jadilhum bi al-lati hiya ahsan iaitu

seruan atau ajakan membawa umat manusia kepada jalan yang benar dan menyakin, bukan

melalui paksaan dan propaganda (1983: 322).

Bagi Syed Qutb, umat manusia di dunia ini adalah satu umat yang menyembah Allah

yang tunggal, namun di kalangan umat ini terbahagi kepada 2 golongan iaitu golongan yang

beriman (Hizbu allah) dan golongan yang menentang Allah (Hizb alshaytan) (2000: 411- 412).

Hikmah yang tersirat itulah al-Qur’ān menganjurkan umat Islam agar berdebat dengan

golongan ini dengan cara yang paling baik. Pendekatan berdialog atau berhujah yang

dianjurkan dalam ayat ini adalah untuk menerangkan hikmat kedatangan risalah terakhir oleh

Rasulullah s.a.w. dan hubungannya dengan risalah-risalah yang dibawa para rasul terdahulu.

Kedua, untuk meyakinkan mereka supaya berpegang dengan risalah akhir baginda SAW.

Bahagian terakhir adalah surah al-Mujadalah 58: 1 yang mempunyai istilah hiwar dan

jidal pada ayat yang sama. Isu utama yang wujud dalam dialog Rasulullah s.a.w. dan seorang

wanita adalah berkenaan soal kehidupan atau isu kemanusiaan yang turut menjadi isu

perbincangan dalam konteks Islam (Hamka 1983: 6-10 ; Syed Qutb 2000: 552-553). Anjuran

al-Qur’ān dalam ayat ini ialah wujudnya unsur-unsur saranan, nasihat dan bimbingan berjalan

seiringan dengan hukum (2000:555). Seterusnya, perkataan yang dibincangkan dan pengaduan

yang dilakukan seseorang itu, kedua-duanya didengari oleh Allah (1983: 11; 2000: 554).

Dalam hal ini menjelaskan lagi situasi dialog yang berlaku sama ada ia bersifat terbuka atau

tertutup, sulit dan rahsia dalam membincangkan isu-isu tertentu, kedua-duanya dihadiri oleh

Allah SWT dan individu Muslim yang berdialog itu harus merasai kehadiran Allah SWT

dalam setiap pertemuan dialognya dengan agama lain. Hikmatnya di sini supaya pendiriannya

sebagai Islam dalam sesi dialog tersebut tidak tergugat dengan persamaan dan kehebatan yang

ada pada agama lain sehingga meletakkan agama Islam sama dengan agama-agama lain.

Justeru, kesimpulan awal pendekatan al-Qur’ān melalui penelitian daripada ayat-ayat

yang melibatkan dialog para Nabi dan kaumnya serta pandangan ahli pentafsir daripada ayat-

ayat khusus tentang jidal dan hiwar adalah menyeluruh yang mana al-Qur’ān bukan sahaja

memberi gambaran jelas akan konsep dan falsafah dialog antara agama tanpa membezakan

Page 13: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

13

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

dari sudut istilahnya, iaitu hiwar dan jidal. Konsep yang dikemukakan ini adalah seiring dengan

konsep yang dibawa oleh para sarjana dalam dan luar negara. Tambahan lagi, dalam konteks

adab, pendekatan dan isu dialog antara agama juga telah lama wujud dalam kerangka pemikiran

Islam. Di sini, al-Qur’ān memberi panduan tentang adab dan pendekatan yang sepatutnya

dilakukan oleh umat Islam dalam melakukan dialog dengan penganut bukan Islam. Seterusnya,

isu dalam dialog antara agama juga telah al-Qur’ān tonjolkan yang mana isu dialog ini boleh

berlaku dalam dua bentuk iaitu, urusan keagamaan (doktrin agama) dan urusan kemanusiaan

(nilai-nilai kemanusiaan). Ini bererti mekanisme dialog antara agama adalah suatu yang tidak

asing dan baru dalam Islam dan seharusnya umat Islam keseluruhannya menjadikan dialog

antara agama sebagai suatu keperluan dan penting dalam menjalani hidup bersama komuniti

berlainan agama.

KESIMPULAN

Berdasarkan penelitian daripada perbincangan di atas, Pengkaji meneliti bahawa pengaplikasian

dialog antara agama dalam masyarakat dunia sering berlaku sama ada dialog itu berbentuk

formal atau tidak. Dari sudut konsep dan epistemologi dialog antara agama, jelas

menggambarkan dialog antara agama adalah suatu wahana yang mampu menghubungkan

manusiawi dalam memahami dan mengenali antara satu sama lain.

Dari sudut ilmu wahyu iaitu al-Qur’ān dan Hadith pula, jelas didapati amalan dialog

antara agama berlaku khususnya dialog yang bermotifkan seruan kepada mentawhidkan Allah

SWT. Seruan dan amalan dialog antara agama yang berlaku pada dua sumber utama agama

Islam ini tidak terhenti begitu sahaja, tetapi turut diaplikasikan daripada zaman kehidupan

baginda s.a.w. dan bersambung pula kepada zaman Khalifah al-Rashidin dan juga zaman

tamadun dan kegemilangan Islam yang bermula daripada era Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah

dan Dawlah Uthmaniyyah. Pendekatan dialog ini bukan sahaja bermotifkan mengajak kepada

Islam tetapi juga dialog diplomatik atau megadakan hubungan sosio- politik dengan pemimpin

besar yang bukan Islam. Ini kerana jajahan takluk negara Islam semakin meluas dan

berkembang serta percampuran umat Islam dengan umat agama lain juga menyebabkan

platform dialog antara agama atau dialog peradaban turut berlaku. Sekalipun bermotifkan

diplomatik dengan negara bukan Islam, sikap umat Islam khususnya pemimpin Islam pada

waktu itu menarik perhatian masyarakat bukan Islam mendapatkan perlindungan daripada

negara Islam, bahkan ada juga yang memeluk Islam.

Sikap terbuka dan dialog berhikmah yang diamalkan sejak zaman kegemilangan Islam

ini memberi impak yang cukup besar pada masa kini yang mana dapat diperhatikan bahawa

lahirnya sarjana-sarjana Islam yang mempelopori dialog keamanan melalui metod-metod

tertentu yang mereka perkenalkan. Fokus tema yang ditumpukan adalah common word iaitu

etik, moral dan nilai sejagat. Dalam konteks yang lebih khusus pula iaitu Malaysia, mekanisme

dialog juga menjadi suatu keperluan yang penting bagi merapatkan jurang masyarakat majmuk

yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Peri pentingnya mekanisme dialog ini jelas yang mana dialog keamanan mampu

membuka ruang kepada umat Islam membetulkan persepsi negatif penganut agama lain

terhadap Islam, contohnya dalam isu kalimah Allah, akta RUU 355, isu terrorisme, isu

exterisme dan sebagainya. Bahkan dialog juga membuka ruang kepada umat beragama selain

Page 14: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

14

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

Islam membetulkan salah faham umat Islam terhadap mereka, contohnya sikap mereka

terhadap isu Palestin. Dalam masa yang sama, suatu hubungan antara agama akan terjalin dan

akhirnya persefahaman dan keamanan negara akan terbina dengan jitu dan mantap.

Kepentingan mekanisme dialog antara agama di Malaysia ini menuntut rakyat Malaysia

khususnya umat Islam mempelajari ilmu dialog dalam menyiapkan diri berhadapan dengan

rakyat Malaysia yang bukan Islam, sekali gus bagi mengatasi cabaran dan kekangan yang

dihadapi oleh mereka. Justeru, melalui keseluruhan konsep dan epistemologi dialog keamanan

yang di bincangkan di atas adalah hujah dan bukti peri pentingnya dialog untuk dipraktikkan

oleh umat Islam dan penolakan terhadap mekanisme ini sepatutnya tidak lagi wujud dalam diri

seseorang Muslim itu.

Page 15: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

15

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

RUJUKAN

Abu Bakar Yang. (2008). Pendekatan Adab Berdialog Jauhi Keraguan. Utusan Mingguan

Malaysia. 18 April 2010. Dialog ke Arah Kesejahteraan [17 Februari 2012].

Ahmad Fakhrurrazi B. Mohammed Zabidi & Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah. (2009).

Dialog dengan non-Muslim: Iktibar dari kisah para Nabi dalam al-Qur’ān (43-48).

Al-Jazar, Kamal Muhammad Salim. 2006. Al-Mu’jam al-Farid li Ma‘ani Kalimat al-Qur’an al-

Majid. al-Qahirah: Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr.

Al-Mawsucat al-cArabiyah al-Muyassarah. (1987). t.tp: t.pt.

Al-Mubarakfuri. (2008). Shahih Tafsir Ibnu Katsir. Bogor: Pustaka Ibnu Katsir.

Al-Zubair. Muhammad. (1991). Mawsu’at al-sultan qamus li asma al-‘arab. Jil.1. Hlm.

Anon. (1999). al-Mucjam al-cArabi al-Asasi. Jama’ah min kibar al-lughawiyin al-cArab bi

taklif min al-munazamah al-cArabi wa al-thaqafah wa al-culum.

Ataullah Siddiqui. (1997). Christian-Muslim Dialogue in the Twentieth Century. London:

Macmillan Press.

Azizan Baharuddin dan Enizahura Abdul Aziz. (2012). Dialog Antara Agama: Perspektif

IKIM. Persidangan Meja Bulat Dialog Antara Agama, anjuran Institut Islam Hadhari

Universiti Kebangsaan Malaysia. 24 Mei.

Azizan Baharuddin, Simon T.W. (2008). Dialogue of Civilisations and The Construction of

Peace. Kuala Lumpur: Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya.

Azizan Baharuddin. (2005). Dialog Peradaban: Perspektif Global dan Lokal dalam Azizan

Baharuddin, Mohamad Khairudin Mohamad, Faridah Noor Mohd Noor & Ahmad Syahir

Sarani Dialog Peradaban: Peranan dan Kepentingannya di Malaysia. hlm.16-20.

Selangor: Institut Perkembangan Minda (INMIND).

Azmi Ahmad. (2009). Piagam Madinah dan Kebebasan Beragama: Mengimbas Semula

Warisan Nubuwwah dan Menggagas Wawasan Perpaduan Ummah dalam Prosiding

Seminar Antarabangsa Ketamadunan Islam II: Dialog Antara Agama Pemangkin

Keharmonian Agama.

Baz, Abdul Aziz Abdullah. (2007). Fathul Baari: Penjelasan Kitab Shahih al-Bukhari. Jil.21.

Jakarta: Pustaka Azzam.

Faisal Ahmad Shah. (2012). Dialog Antara Agama dari Perspektif Hadis: Isu, Pendekatan dan

Etika. Persidangan Meja Bulat Dialog Antara Agama, anjuran Institut Islam Hadhari

Universiti Kebangsaan Malaysia. 24 Mei.

Page 16: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

16

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

Fatmir Mehdi Shehu. (2008). Nostra Aetate and The Islamic Perspective of InterReligious

Dialogue. Kuala Lumpur: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ghazali Basri. (1992). Christian Mission and Islamic Da’wah in Malaysia. Kuala Lumpur:

Nurin Enterprise.

Hamka (1983) Tafsir al-Azhar

Ibnu Hajar al-Asqalani (2007): 319-320) 15

Kamar Oniah Kamaruzaman. (2010). Religion and Pluralistic Co-Existence: The Muhibah

Perspective (A Collection of Seminar Papers). Kuala Lumpur: Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia.

Khadijah Mohd Hambali dan Khairul Nizam Mat Karim. 2004. Interaksi dan Dialog.

Khadijah Mohd Hambali dan Khairul Nizam Mat Karim. (2006). Dialog Antara Agama (Dialog

Peradaban): Realiti, Aplikasi dan Cabaran. Seminar Islam dan Hubungan Antara Agama

di Malaysia Peringkat Kebangsaan. 2(20). 18-19 Jan.

Khadijah Mohd Hambali. (2012). Dialog Antara Agama di Malaysia: Isu, Pendekatan dan

Etika. Persidangan Meja Bulat Dialog Antara Agama, anjuran Institut Islam Hadhari

Universiti Kebangsaan Malaysia. 24 Mei.

Mohamad Rizal Mohamed Nor, Abdul Jabbar Abd. Kahar & Muhammad Fahmi b. Ghazali.

(2009). Kafir Zimmi dan Hak-Haknya Menurut Islam dalam Prosiding Seminar

Antarabangsa Ketamadunan Islam II: Dialog Antara Agama Pemangkin Keharmonian

Agama. Hlm.49-64.

Mohd Farid Mohd Shahran. (2012). Aqidah Islam dan Faham Pluralisme Agama Dalam

Pluralisme Agama: Satu Gerakan Iblis Memurtadkan Ummah.

Mucjam al-‘Arab al-‘Asasi. (1999). Jama‘ah min Kibar al-Lughawiyin al-‘Arab.

Mucjam al-Wasit. (2004). al-Qahirah: Maktabah al-Shuruq al-Dawliyah.

Muhammad Razak Idris. (2003). Dialogue of Civilizations: Islam and the West. Tesis MA,

Jabatan Falsafah. Sudan: Republic of Sudan Juba University.

Muhammad Sayid al-Al-Tantawi. (2001). Adab Dialog Dalam Islam. Terj. Mohd Nor Mamat.

Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia.

Muhammad Shafiq & Mohammed Abu Nimer. (2007). Interfaith Dialogue: A Guide for

Muslims. USA: The International Institute of Islamic Thought.

Musa Ahmad. (2004). Pandangan dan Respons Islam terhadap Dialog Peradaban. Meja Bulat

Page 17: DIALOG KEAMANAN: SATU SOROTAN DARI KACAMATA AL-QUR’ĀN … · sebagai Syaitan (al-Tabari, 17:201). Mengikut jalan syaitan adalah perbuatan menzalimi diri. ... Sehubungan itu persoalan

17

Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace

30 November – 01 December 2016

Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia

http://www.iium.edu.my/capeu2016/index.php/proceedings/

‘Dialog Peradaban: Perspektif Islam. No.1.Hlm.1-8.

Rahimin Affandi Abd Rahim, Mohd Anuar Ramli, Paizah Ismail & Nor Hayati Mohd Dahlal.

(2011). Dialog Antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia dalam Kajian Malaysia.

29(2) -91-110.

Ramli Awang. (2008). Dialog antara Agama dari perspektif al-Qur’ān. Johor: UTM.

Salim Bahraeisy et.al. (1994). Terjemah Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jil.7&3. Kuala Lumpur:

Victory Agencie.

Sofiah Shamsuddin. (2006). Al-Madkhal Ila Dirasah Ulum al-Qur’ān. Kuala Lumpur:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Suraya Sintang, Azizan Baharuddin & Khadijah Mohd Khambali@Hambali. (2012). Dialogue

of Life and Its Significance in Inter-Religious Relations in Malaysia. International

Journal of Islamic Thought. 2:69-79.

Tafsir Fi Żhilal al-Qurān Syed Qutb (2000).

Thameem Ushama. (1998). Sciences of The Quran: An Analytical Study. Kuala Lumpur:

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Umar Hasyim. (1979). Toleransi dan Kemerdekaan Beragama dalam Islam sebagai Dasar

Menuju Dialog dan Kerukunan antara Agama. Surabaya: Pt. Bina Ilmu Selangor: Mazni

Irfan Publication.

Zakaria Stapa. (1999). Islam dan Cabaran ke Arah Kecemerlangan Ummah. Kuala Lumpur:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.