pahlawan buntung

6

Click here to load reader

Upload: muhammad-syazmi

Post on 08-Jul-2015

396 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pahlawan buntung

Pahlawan buntung

SINOPSIS

Pertemuan semula Khalid (aku) dengan Pak Husain selepas berpisah selama 30 tahun mengimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun yang telah mengakibatkan kesengsaraan hidup penduduk Kampung Pulau Pak Amat. Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun. Selepas tamat perang, orang kampung pulang ke kampung halaman dan kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Kaki Pak Husain telah dipotong kerana terkena serpihan bom tentera. Pak Husain dianggap sebagai pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi menjamin keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

TEMA

Kesengsaraan hidup akibat peperangan terhadap penduduk kampung serta mengakibatkan kecacatan Anggota tubuh badan dan juga kematian.

PERSOALAN

• Kasih sayang yang wujud antara ahli keluarga. • Kezaliman dan kekejaman pihak penjajah. • Pergolakan dan kekacauan yang berlaku pada zaman perang. • Keberanian dan kecekalan dalam mempertahankan hak dan keazaman menentang musuh. • Kerjasama setiap anggota masyarakat dalam menghadapi kesusahan. • Semangat patriotisme yang tinggi di dalam jiwa masyarakat dalam mempertahankan kedaulatan negara. • Mengenang jasa-jasa tokoh yang telah banyak berjasa. • Sentiasa berusaha membina semula kehidupan selepas menghadapi kesengsaraan hidup. • Menghormati kepada warga tua.

PLOT

Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi dan terdapat lima peringkat garapan plot iaitu;

TEKNIK PENCERITAAN

1. Pemerian

ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya Subuh sudah terpancar dari sebelah timur.

Kemerah-merahan. Keheningan malam selalunya masa begini telah membawa langkah

para nelayan ke gigi ombak…

2. Dialog

"Jemputlah ke rumah kami, kataku. " kami tinggal di Jalan ayam. Abang dan Adik kebetulan

ada."

"Terima kasih Khalid!" Pak Husain menanamkan matanya ke dalam mataku. Teknik Plot

Page 2: Pahlawan buntung

3. Suspens

Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-galanya. Dan dia tetinggal dalam

saat akhir bila Pak Ngah memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak seorang

pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Husain belum turun ke pengkalan. Dan ketika

perahu kami melewati Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai Gali,

kami belum sedar akan kehilangan Pak Husain. Mak Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan

sekarang. Mak Bidah pula meraung…

4. Imbas kembali

….usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak

Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya…

LATAR

Latar Masa

• Pada selang masa 30 tahun lalu (situasi perang) • Pada tahun 1941 – 1973, di mana 1941 merupakan zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan 1973 merupakan zaman sekarang iaitu ketika Khalid berusia 44 tahun. • Pada tahun 1946 • Semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan • Pada waktu malam, siang dan awal pagi

Latar Tempat

• Di rumah khalid • Di Pulau Tukang Dolah • Di Kampung Pulau Pak Amat • Di Kampung Tok Lukup • Di Sungai Gali • Di Pulau Panjang • Di Pengkalan Chepa • Di Sabak • Di Pulau Panjang • Di Kampung Dal • Di Ketereh • Di Dalam Perahu • Di Jalan Bayam

Latar Masyarakat

• Masyarakat kampung iaitu di Kampung Pulau Pak Amat • Masyarakat nelayan yang tinggal di tepi laut dan di tepi sungai dan bekerja sebagai penangkap ikan • Masyarakat yang menjadi mangsa perang dan terpaksa menyelamatkan diri daripada serangan dan bedilan bom. • Masyarakat yang hormat menghormati sesama jiran tetangga dan mengamalkan semangat setia kawan dalam

memberi pertolongan • Masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. • Masyarakat penjajah yang bertindak kejam terhadap penduduk kampung.

Page 3: Pahlawan buntung

WATAK UTAMA

Pak Husain Resource

WATAK SAMPINGAN

Khalid (aku) Resource

Fatimah Resource

GAYA BAHASA

1) Kata ganda

Contoh:

berjabu-jabu

2) Metafora

Contoh:

Gebar kebingungan

Ketika kami berpamit, perpisahanku dengan Pak Husain merentangkan sebuah jalan ingatan tentang kekejaman perang.

3) Hiperbola

Contoh:

Diselubungi oleh raksasa ketakutan dan putus asa

Api politik membakar seluruh tanah air

4) Personifikasi

Contoh:

Ombak pagi yang malas

Page 4: Pahlawan buntung

Wajah Pak Husain memanjat kepalaku

5) Sinkope

Contoh:

Tapi, tak, nak

6) Simile

Contoh:

Semua perahu kami bergerak dalam samar-samar pagi itu seperti suatu denyut nadi yang malas

NILAI

• Nilai keberanian Contoh: Pak Husain berani berhadapan dan menentang tentera Jepun

• Nilai kebijaksanaan Contoh: Pak Husain bijak menggunakan tipu daya untuk menyelamatkan diri dan masyarakat kampung daripada askar Jepun.

• Nilai kasih sayang Contoh: Hassan amat menyayangi isteri dan anak-anaknya iaitu Salim, Khalid dan Fatimah. Mak Da menangisi kehilangan Pak Husain ketika mereka berpindah.

• Nilai patriotisme Contoh: Pak Husain sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air. Selain itu, Pak Husain Sanggup menggunakan tongkat kayu bagi menghadiri temasya sambutan Hari Kemerdekaan Negara.

• Nilai kerjasama Contoh: Penduduk Kampung Pulau Pak Amat saling membantu menyelamatkan diri daripada serangan musuh.

• Nilai kecekalan Contoh: Penduduk Kampung Pulau Pak Amat tabah menghadapi segala keperitan semasa zaman perang.

• Nilai Mengenang jasa Contoh: Penduduk Kampung Pulau Pak Amat mengiktiraf jasa Pak Husain dengan memanggilnya pahlawan.

Page 5: Pahlawan buntung

• Nilai sanggup berkorban Contoh: Pak Husain sanggup menggadaikan nyawanya demi mempertahan masyarakat Kampung Pulau Pak Amat

• Nilai bertanggungjawab Contoh: Pak Husain bertanggungjawab mengarahkan penduduk Kampung Pulau Pak Amat berpindah dengan segera sebelum askar Jepun mendarat.

PENGAJARAN

• Kita mestilah tabah menghadapi segala kepayahan dan kesulitan hidup • Kita mestilah berani bertindak dalam mempertahankan hak di tanah air sendiri. • Kita mestilah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah. • Kita mestilah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga. • Kita mestilah mengenang jasa kepada orang yang telah banyak berjasa kepada tanah air • Kita mestilah mematuhi segala arahan dan bekerjasama dengan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas. • Kita mestilah memupuk semangat cintakan negara bagi menjamin kedaulatan negara.

PLOT

Permulaan

Watak Pak Husain diperkenalkan melalui imbas kembali Khalid akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal. Pak Husain digambarkan terpaksa berjalan menggunakan tongkat kayu. Watak Khalid yang merupakan anak kepada kawan sekampungnya iaitu Hassan.

Perkembangan

Dialog yang terjadi antara Pak Husain dengan Khalid dan imbas kembali Khalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya berpindah. Pak Husain berusia 30 tahun pada ketika itu dan dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat ketika pendaratan Jepun di Kelantan.

Konflik

Penduduk kampung Pulau Pak Amat terpaksa meninggalkan kampung mereka bagi mengelakkan diri daripada serangan tentera Jepun. Pak Husain telah mencadangkan mereka berpindah ke Kampung Dal pada waktu subuh. Tiba-tiba Pak Husain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-orang kampung. Pak Husain telah ditahan askar Jepun untuk menggali kubur ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya. Pak Husain juga telah membantu penduduk Kampung Pulau Pak Amat daripada ancaman perompak. Pak Husain telah membedil perahu yang dinaiki sekumpulan perompak ketika mereka baru sahaja mendarat di kampung Pulau Pak Amat.

Klimaks

Semangat Pak Husain hilang dan sentiasa meracau setelah dia berjaya melarikan diri dari tahanan askar Jepun apabila teringat kembali tentang mayat-mayat yang dikebumikannya. Kaki Pak Husain terpaksa dipotong apabila kakinya cedera parah setelah terpijak pecahan bom yang tertanam di benteng Kuala Pak Amat selepas setahun Jepun menyerah kalah.

Peleraian

Page 6: Pahlawan buntung

Khalid mengimbas kembali segala peristiwa yang menimpa Pak Husain. Keberanian Pak Husain menentang musuh amat dikagumi mereka dan serta berharap hubungannya dengan Pak Husain terus terjalin.

Pak Husain

• Berusia 60 tahun, berbadan tegap sasa dan merupakan anak jati Kampung Pulau Pak Amat. • Dahinya berparut dan kaki kudung akibat terkena serpihan bom. • Sentiasa berpakaian sederhana • Mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun dan mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang Kampong Pulau Pak Amat. • Berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Husain dipaksa menggali kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung. • Berjasa kepada orang-orang kampung dan berani memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri. • Seorang yang bijak mengatur strategi dan pandai membuat helah. • Memiliki semangat patriotisme yang amat tinggi.