komsas.cerepen pahlawan buntung
TRANSCRIPT
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
1/15
Cerpen Pahlawan Buntung.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
2/15
Sinopsis
Khalid telah bertemu kembali dengan Pak Husain yang berkaki kudung.
Pertemuan itu menyebabkan Khalit mengingat kembali kepada kisah lampau
yang berlaku ketika tentera Jepun mendarat di Pengkalan Chepa. Khalid
memberitahu ayahnya sudah meninggal dunia setahun yang lalu. Khalid
terkenang peristiwa 34 tahun dahulu, sebelum dia bersama keluarganya telah
berpindah ke kota.Ketika tentera Jepun mendarat di Kelantan, Pak Husain berusia 30 tahun dan
Khalid berusia 14 tahun. Mereka tinggal di Kampung Pulau Pak Amat. Tentera
Jepun mendarat dan membunuh askar-askar Punjabi. Pak Husain telah
mengarahkan keluarga Khalid dan penduduk kampung berpindah. Mereka
mengekori langkah Pak Husain dari belakang sehinggalah mereka ditinggalkan
di selekoh batas. Suasana ketika itu sangat mencemaskan kerana bedilansenapang dan letupan bom berlaku di mana-mana. Ketika mereka mahu
menaiki perahu, sebuah ledakan jatuh di depan mereka. Rumah Mak Esah
terbakar. Mak Esah dan anaknya telah menjadi korban tentera Jepun. Perahu
bergerak pantas sebelum diserang oleh tentera Jepun. Dalam keadaan kelam-
kabut itu mereka mendapati Pak Husain tiada bersama-sama mereka.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
3/15
Penduduk kampung berkumpul di Kampung Dal. Khalid dan
rakan-rakannya menyeberangi sungai Pangkalan Cepa. Mereka
mendapati Pangkalan Cepa sudah terbakar. Merekakemudiannya pulang semula ke Kampung Dal. Ketika itu Pak
Husain ada bersama-sama. Pak Husain menceritakan punca
kehilangannya. Dia telah ditahan oleh tentera Jepun dan
menyuruhnya menggali kubur besar untuk menanam mayat
mangsa perang yang terbunuh.Setelah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, rompakan
sering berlaku. Pak Husain telah menembak perompak tersebut
yang masih di dalam perahu dengan menggunakan senapang
yang diambil daripada mayat askar Punjabi. Pada satu pagi, Pak
Husain terkena letupan bom peninggalan perang. Beliau tidaksedarkan diri dan dibawa ke Hospital Kota Bharu. Kaki Pak Husain
dipotong.
Kisah silam terputus dan kini Khalid berhadapan dengan Pak
Husain. Khalid menjemput Pak Husain ke rumahnya di Jalan
Bayam, tetapi Pak Husain menolak kerana dia mahu ke PadangBemban, rumah cucunya.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
4/15
TEMA
Perang meninggalkan kesan
yang buruk secara fizikal dan
mental terhadap mangsa-
mangsanya. Khalid masihteringat akan peristiwa tentera
Jepun menyerang Tanah
Melayu walaupun peristiwa itu
sudah lama berlaku. Pak
Husain pula menderita akibat
terkena bom peninggalan
perang Dunia Kedua.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
5/15
PERSOALANi. Persoalan tentang sikap bertanggungjawab seorang individuyang melindungi orang lain sehingga menyebabkan dirinya
menderita. Pak Husain sanggup bersusah payah menyuruh
penduduk kampung berpindah tetapi beliau sendiri ditahan oleh
tentera Jepun.
ii. Persoalan tentang kekejaman pihak yang mahu berkuasadengan menggunakan kekerasan. Pihak tentera Jepun mendarat di
Pengkalan Chepa dan membunuh askar Punjabi.
iii. Persoalan tentang budi baik orang yang berjasa tidak akan
dilupakan. Khalid tetap mengenang jasa baik Pak Husain
menyelamatkan mereka ketika serangan tentera Jepun.iv. Persoalan tentang penderitaan yang terpaksa diharungi ketika
peperangan berlaku. Kematian dan kecederaan ialah perkara
biasa yang harus dihadapi oleh mangsa perang.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
6/15
WATAK DAN PERWATAKAN
Khalid
i. Dia seorang yang berusia dalam lingkungan 41
tahun.
ii. Dia seorang anak rakan baik Pak Husain semasa
tinggal di Kampung Pulau Pak Amat.
iii. Dia seorang yang sangat mengenang budi. Dia
masih ingat akan budi Pak Husain menyelamatkan
mereka ketika tentera Jepun menyerang.iv. Dia seorang yang berani. Khalid kembali ke
Pengkalan Chepa untuk melihat keadaan tempat
itu selepas diserang pihak Jepun.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
7/15
Pak Hussain
berusia 60 tahun
dahinya berparut dan kakinya kudung ( terkena serpihan bom )
berpakaian sederhana ( keperibadian desa - suci murni )
mengetuai orang kampung semasa peperangan dengan Jepun. Pak Hussaintelah mengetuai penduduk kampung berpindah ketika Jepun menyerang
Kampun Pulau Pak Amat.
berpengalaman dan pernah diseksa oleh tentera Jepun. Pak Hussain
dipaksa kubur besar dan menguburkan mayat orang kampung seharisuntuk oleh pihak Jepun sehingga semangat beliau hilang dan dia meracau-
racau.
berjasa kepada orang-orang kampung. Pak Hussain dengan berani telah
memberitahu pihak Jepun bahawa semua penduduk telah melarikan diri.
Pak Hussain juga pernah membedil kawasan perompak bagi
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
8/15
Secara keseluruhannya plot cerpen ini mengikut kronologi.
Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu:
( i ) Permulaan
Watak Pak Hussain diperkenal melalui imbas kembali Khalid
akibat peperangan yang telah berlaku berdasarkan fizikal.
( ii ) Perkembangan
Dialog antara Pak Hussain dengan Khalid dan imbas kembaliKhalid terhadap peperangan yang menyebabkan keluarganya
berpindah. Pada ketika itu Pak Hussain berusia 30 tahun dan
dia telah membantu orang-orang kampung Pulau Pak Amat
yang diserang oleh tentera Jepun.
PLOT
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
9/15
( iii ) Konflik
Adik beradik Khakid memeluk ibu mereka kerana perasaan takut yang
amat sangat. Pak Hussain hilang semasa mengetuai perpindahan orang-
orang kampung. Pak Hussain ditahan askar Jepun untuk menggali kubur
ketika dalam perjalanan memeriksa barang-barang di rumahnya.
( iv ) Klimaks
Sewaktu Pak Hussain Melarikan dari tahanan askar Jepun dan semangat
Pak Hussain hilang dan sentiasa meracau apabila teringat kembali
( v ) Peleraian
Setahun selepas Jepun menyerah kalah, Pak Hussain terkena saki baki
bom yang ditanam dan mengakibatkan kaki Pak Hussain dipotong.
Khalid mengimbas kembali segala periatiwa yang menimpa Pak Hussain
dan keberaniannya menentang musuh serta berharap hubungannya
dengan Pak Hussain terus terjalin.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
10/15
Teknik Plot:
1. Pemerian
Ketika kami melangkah ke pintu tadi, cahaya subuh sudah
terpancar dari sebelah timur. Kemerah-merahan. Keheningan
malam selalunya masa begini telah membawa langkah para
nelayan ke gigi ombak...
2. Dialog
"Jemputlah ke rumah kami, kataku. "kami tinggal di Jalan
Ayam. Abang dan Adik kebetulan ada."
"Terima kasih Khalid!" Pak Hussain menanamkan matanya ke
dalam mataku.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
11/15
3. Suspen
Dia jugalah mengumpulkan ke pengkalan. Dia segala-
galanya. Dan dia tertinggal dalam saat akhir bila Pak Ngah
memerintahkan kami meninggalkan pengkalan. Tidak
seorang pun di antara kami yang sedar bahawa Pak Hussain
belum turun ke pengkalan. Dan ketika perahu kami melewati
Tuk Lukup, Pulau Tukang Dolah, Pulau Panjang dan Sungai
Gali, kami belum sedar akan kehilangan Pak Hussain. Mak
Bidah, isterinya juga tidak sedar. Dan sekarang. Mak Bidah
pula meraung...
4. Imbas kembali
... usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih
sedikit empat belas tahun. Pak Hussain tegap sasa. Dia
berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya...
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
12/15
Latar Masa:
1.30 tahun lalu ( situasi perang )
2.Tahun 1941 - 19733.semasa sambutan ulang tahun kemerdekaan
4.semasa zaman penjajahan Jepun
Latar Tempat:
1.Kampung Pulau Pak Amat
2.Kampung Tok Lukup3.Sungai Gali
4.Kampung Dal
5.Jalan Bayam
Latar Masyarakat:
1.masyarakat kampung iaitu Kampung Pulau Pak Amat
2.masyarakat nelayan yang bekerja menangkap ikan
3.masyarakat yang hormat-menghormati sesama jiran
4.masyarakat yang setia kawan dalam memberi pertolongan
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
13/15
Gaya Bahasa
Kata ganda. Contoh: berjabu-jabu.
Metafora. Contoh: gebar kebingungan
Hiperbola. Contoh: diselubungi oleh raksasa
ketakutan dan putua asa
Personifikasi. Contoh: ombak pagi yang malas
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
14/15
Nilai
1.Nilai keberanian. Contohnya Pak Hussain berani menghadapi tentera Jepun.
2.Nilai kebijaksanaan. Contohnya Pak Hussain bijak menggunakan tipu daya
untuk menyelamatkan diri daripada askar Jepun.
3.Nilai kasih sayang. Contohnya Mak Da yang menangisi kehilangan Pak Hussain
ketika mereka berpindah.
4.Nilai Patriotik. Contohnya Pak Hussain yang sanggup menggadai nyawa untuk
mempertahankan tanah air.
Pengajaran:
1.kita hendaklah berani mempertahankan hak di tanah air kita sendiri.
2.kita hendaklah bijak membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah.
3.kita hendaklah menyayangi ahli keluarga dan jiran tetangga.
4.kita hendaklah mematuhi arahan ketua semasa menjalankan sesuatu tugas.
-
8/6/2019 Komsas.cerepen Pahlawan Buntung
15/15
SEKIAN:
1.NUR FAZIRA MD SALEH
2.NADIA HAFIZAH
3.ZARIF SOFIA SABANI
4.SITI HAJAR BARIRAH