nota ketamadunan manusia bab 1.docx
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
1/66
Nota SJH1105
Ketamadunan ManusiaKOMPONEN SATU: PEMBINAAN TAMADUN MANUSIA
(A) TAMADUN MANUSIA
MASYARAKAT PRASEJARAH
Definisi - Zaman prasejarah ialah zaman belum ada tulisan atau
rekod bertulis tentang sejarah manusia.
Dikenali juga sebagai preliterate, iaitu zaman sebelum penciptaan
tulisan.
Zaman prasejarah dikatakan sebagai sebahagian masa silam
manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum
sejarah ataupun sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod-
rekod bertulis. Bukti-bukti zaman prasejarah diperolehi melalui
kajian terhadap artifak dan fosil-fosil yang dilakukan oleh ahli-ahli
arkeologi.
Ahli-ahli arkeologi atau ahli kaji purba telah menjumpai dan
mengenalpasti beberapa tapak masyarakat zaman pra-sejarah
termasuklah:
Sangoans di Afrika Tengah dan Selatan
Fauresmith di Afrika Timur, Rhodesia dan Afrika Selatan
Eropah Barat bermula sejak setengah juta tahun lalu di Perancis
dan Sepanyol Utara
Asia sejak sejuta tahun lampau di Choukoutien
China Utara Pithecanthropus Pekinensis
Jawa Man - Indonesia.
1Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
2/66
Penemuan-penemuan artifak-artifak dan fosil-fosil daripada tapak-
tapak kajian arkeologi seperti tulang-tulang manusia dan haiwan
serta alat perkakasan, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan,
organisasi sosial dan kepercayaan agama telah dikaji dan dikatakan
menjadi asas kepada corak kehidupan yang berbeza antara zaman
Paleolitik Awal dan Akhir, Mesolitik dan Neolitik. Di samping
itu, manusia Homo sapiens dikatakan muncul pada zaman geologi
Pleistocene.
Zaman Prasejarah terbahagi kepada dua, iaitu Zaman Prasejarah
awal ( Paleolitik dan Mesolitik ) dan Prasejarah Akhir ( Neolitik ).
Zaman Paleolitik merupakan zaman prasejarah awal manakala zaman
Neolitik adalah zaman prasejarah akhir. Zaman Paleolitik dikatakan
bermula sekitar tahun 500,000 SM hingga 10000 SM dan dibahagikan
kepada dua iaitu Zaman Paleolitik Awal dan Zaman Paleolitik Akhir.
Empat spesies manusia yang penting pada zaman ini
ialah Pithecanthropus Erectus ( Jawa Man), Sinanthropus
Pekinensis ( Peking Man ), Fontechevade dan Homo
Neanderthalensis.
Zaman Neolitik pula dianggarkan bermula sekitar tahun 7000
SM apabila manusia mula bergantung kepada pertanian sebagaisumber makanan utama dan dikatakan berakhir pada 3500
SM setelah munculnya Tamadun Mesopotamia di Lembah Sungai
Tigris dan Euphrates.
Paleolitik wujud antara tahun 500 000 SM hingga10 000 SM, Mesolitik
wujud antara 10 000, Neolitik wujud antara 7000 SM hingga 35 000
SM.
2Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
3/66
Zaman Prasejarah berlainan antara satu kawasan dengan satu
kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun manusia di
kawasan tersebut.
CIRI-CIRI MASYARAKAT ZAMAN PRASEJARAH
Ciri Satu: Tempat Tinggal / Petempatan
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat zaman Paleolitik hidup secara berpindah randah atau
nomad dan bergantung hidup kepada sumber-sumber alam sekitar.
Mereka tinggal di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-
pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Sebagai
contohnya, penempatan masyarakat Paleolitik terletak diGua
Niah ( Sarawak ), Kota Tampan ( Perak ) dan Gua Tingkayu ( Sabah ).
Zaman Prasejarah Akhir:
Berbeza dengan petempatan masyarakat prasejarah awal,
masyarakat Neolitik pula mereka tinggal secara tetap di kampung-
kampung berhampiran dengan lembah-lembah sungai yang
subur dan menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan menternak
binatang.
Masyarakat zaman Neolitik ini sudah pandai
membina rumah daripada tanah liat dan pondok-
pondok daripada ranting-ranting kayu.
3Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
4/66
Perkembangan petempatan ini melahirkan perkampungan sebagai
contoh Gua Gomantong ( Sabah ) dan Jenderam Hilir ( Selangor ).
Ciri Dua: Kegiatan Ekonomi Utama
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat zaman Paleolitik adalah merupakan pengguna kepada
sumber-sumber alam sekitar. Mereka hidup secara nomad dan
mengembara untuk mencari makanan. Dalam hal ini, mereka menjalankan aktiviti mengutip hasil hutan,
memburu binatang dan menangkap ikan. Mereka memburu dalam
kumpulan kecil hasil buruan akan dikongsi bersama.
Secara umumnya, mereka adalah merupakan parasit
persekitaran dan menjalankan sistem ekonomi bercorak saradiri.
Zaman Prasejarah Akhir:
Dalam aspek kegiatan ekonomi, masyarakat Neolitik pula telah
mengalami perubahan yang amat ketara jika dibandingkan dengan
masyarakat zaman Paleolitik. Mereka bukan lagi sebagai pengguna
kepada alam sekitar tetapi telah berubah kepada pengeluar
makanan.
Dalam hal ini, mereka telah mula menjalankan aktivitipertanian seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.
Kehidupan secara nomad telah berhenti dan mereka telah mula hidup
secara menetap di kampung-kampung berhampiran dengan lembah-
lembah sungai utama.
Tercetusnya revolusi pertanian telah menyebabkan
berlakunya lebihan dalam hasil-hasil pertanian dan ini telah
menyebabkan munculnya aktiviti perdagangan yang
berkonsepkan sistem barter.
4Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
5/66
Perkembangan sistem perdagangan telah menyebabkan berlakunya
hubungan dengan masyarakat luar dan ini telah menyebabkan
berlakunya pertukaran dan perkembangan idea dan teknologi baru.
Ciri Tiga: Teknologi Peralatan
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat pada zaman Paleolitik mempunyai kemahiran dalam
membuat peralatan daripada batu, kayu dan tulang-tulang haiwan.
Sebagai contohnya, kapak genggam atau flaked toolsdigunakan
untuk pelbagai tujuan dan berfungsi sebagai pisau,
gergaji dan kapak.
Alat-alat batu ini digunakan untuk memburu, mengutip hasil hutan,
senjata dan mungkin sebagai perhiasan.
Peralatan pada zaman ini adalah ringkas dan kasar dari segi
pembuatannya. Kaedah yang mereka gunakan adalah secara
merepih.
Fungsi peralatan batu ini adalah terhad sesuai dengan tahap
teknologi masyarakat pada zaman itu yang masih lagi rendah atau
primitif.
Zaman Prasejarah Akhir:
Berbeza dengan teknologi peralatan dalam masyarakat zaman
Neolitik yang telah mengalami perubahan yang ketara. Mereka telah
mempunyai kemahiran dalam menghasilkan peralatan
daripadabatu yang lebih halus dan kompleks.
5Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
6/66
Masyarakat zaman ini telah mampu membuat pelbagai alat yang
terdiri daripada sabit, cangkul dan tenggala daripada batu yang
mempunyai nilai-nilai teknologi dan estetika yang lebih tinggi
daripada zaman sebelumnya.
Penciptaan roda contohnya, telah memaju dan meningkatkan
pengeluaran hasil makanan dan memudahkan urusan harian.
Teknologi pembuatan tembikar pula telah menandakan satu gejala
perubahan baru dalam kehidupan masyarakat dan alatan ini
digunakan untuk menyimpan bijirin, makanan, air dan memasak.
Di samping itu, penemuan dan penggunaan layar telah menyebabkan
aktiviti perdagangan dapat dimajukan dan berkembang dengan
pesat.
Ciri Empat: Organisasi sosial
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat zaman Paleolitik belum lagi mempunyai organisasi
sosial. Hal ini disebabkan mereka masih lagi hidup dalam keadaan
nomad dan mengembara.
Bagi memenuhi keperluan ekonomi, mereka berada dalam kelompok
kecil yang terdiri daripadagabungan beberapa keluarga asas.
Zaman Prasejarah Akhir:
Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula
membentuk organisasi sosial yang mudah.
6Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
7/66
Kesan daripada Revolusi Pertanian telah menyebabkan masyarakat
pada zaman ini mula hidup secara menetap dan bilangan penduduk
di sesuatu kawasan telah semakin ramai.
Dalam hal ini, telah wujud ketua keluarga dalam setiap rumah dan di
peringkat kampung telah diadakan jawatan ketua kampung yang
berperanan menjaga ketenteraman dan keamanan kampung serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kegiatan pertanian
dan sebagainya.
Kewujudan pengkhususan kerja pada zaman ini telah memulakan
pembentukan masyarakat kelas atasan dan bawahan.
Ciri Lima: Agama dan Kepercayaan
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat berkebudayaan Paleolitik mempunyai dan mengamalkan
kepercayaan berunsurkan animisme.
Dalam hal ini mereka beranggapan semua benda terutamanya alam
sekitar mempunyai kuasa dan roh. Oleh itu, mereka cukup takut
kepada petir dan kilat dan berpendapat unsur-unsur alam ini mampu
mempengaruhi kehidupan mereka. Lantaran itu, mereka mula
menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam atau
animisme ini.
Zaman Prasejarah Akhir:
Agama dan kepercayaan masyarakat zaman Neolitik mula berubah
dan berkembang maju.
7Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
8/66
Dalam hal ini, masyarakat zaman Neolitik mula belajar
untuk menguasai alam sekeliling terutamanyaunsur-unsur alam
sekitar. Perbagai amalan atau upacara ritual telah diadakan dan yang
pentingnya ialah mereka dapat berdamai dengan alam sekitar bagi
mengelakkan bencana alam seperti banjir dan kemarau serta wabak
penyakit.
Sebagai contohnya, mereka menjalankan upacara penyembahan
dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan
supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambahberlipat kali ganda.
Mereka juga mula tahu bagaimana untuk menguruskan mayat
saudara mara mereka yang telah meninggal dunia. Mayat-mayat
dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan dengan sempurna.
Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat zaman Neolitik telah mula
maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangandan kesan kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang
bercorak politiesme.
Ciri Enam: Kesenian dan kebudayaan
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat zaman Paleolitik mengamalkan kesenian
bercorak idealisme. Dalam hal ini, Mereka mula mempunyai
kemahiran melakar ukiran, melukis dan menghasilkan mural.
Lukisan atau lakaran yang mereka hasilkan di dinding-dinding gua
dan kulit-kulit pokok adalah gambar-gambar yang datangnya
daripada binatang-binatang buruan mereka seperti rusa, harimau dan
gajah.
8Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
9/66
Bentuk-bentuk kesenian yang diamalkan oleh masyarakat zaman
Paleolitik ini adalah berkaitan dengan kehidupan mereka sehari-hari.
Ringkasnya, seni Paleolitik adalah berdasarkan realisme yang mereka
lihat dan alami sendiri.
Zaman Prasejarah Akhir:
Kesenian zaman Neolitik adalah berbeza sekali dengan zaman
Paleolitik. Ini dapat dibuktikan dengan kesenian pada zaman Neolitikyang bercorak simbolisme serta mempunyai unsur-unsur abstrak.
Hal ini dapat dilihat dan ditunjukkan pada permukaan tembikar-
tembikar yang dihias dengan pola-pola geometrik dan simbolik dan
ini menunjukkan satu gejala baru yang memperlihat pemikiran
masyarakat ini yang semakin maju dan mula berdasarkan pemikiran
konseptual.
Ciri Tujuh: Corak Hidup
ZamanPrasejarah Awal:
Masyarakat Paleolitik mengamalkan corak hidup nomad atau
berpindah randah. Hal ini adalah untuk memenuhi keperluan ekonomi
melalui aktiviti memburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan
secara berkumpulan.
Oleh kerana mereka menjalankan kehidupan yang mudah dan ringkas
maka mereka tiada barang-barang perhiasan dan tidak mempunyai
memiliki harta. Sebagai buktinya, mereka hanya tinggal di gua-gua
dan hanya bergantung sepenuhnya kepada sumber-sumber alam
sekitar.
9Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
10/66
Zaman Prasejarah Akhir:
Perubahan yang ketara dalam aspek corak hidup telah mula berlaku
pada zaman Neolitik. Kesan daripada perkembangan revolusi
pertanian, masyarakat Neolitik sudah mula hidup secara lebih selesa
dengan memiliki harta benda.
Sebagai buktinya, mereka mula memiliki tanah-tanah pertanian dan
juga binatang-binatang ternakan bagi memastikan bekalan makanan
mereka tidak terputus. Bagi memastikan keselamatan mereka,
mereka sudah mulamencipta senjata-senjata seperti kapak dan pisau
untuk mempertahankan diri.
Perkembangan yang amat ketara dalam corak hidup mereka
ialah mereka mula tinggal di rumah-rumah yang mereka bina
daripada tanah liat di lembah-lembah sungai dan golongan wanita
terutamanya, mula memakai barang-barang perhiasan seperti
gelang, subang dan rantai bagi tujuan kecantikan dan keagamaan.
Ciri Lapan: Pengkhususan Pekerjaan
Zaman Prasejarah Awal:
Masyarakat zaman Paleolitik tidak mempunyai pengkhususan kerja.
Semua pekerjaan dilakukan sendiri oleh mereka secara bersama-
sama dalam kumpulan kecil.
Jumlah mereka yang sedikit dan sering berpindah randah
menyebabkan pengkhususan pekerjaan tidak wujud dan tidak
praktikal.
10Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
11/66
Zaman Prasejarah Akhir:
Berbeza dengan masyarakat zaman Neolitik yang telah mula
mempunyai pengkhususan kerja. Hal ini dapat dibuktikan, dengan
wujudnya pengkhususan pekerjaan berdasarkan perbezaan
peranan yang dimainkan oleh golongan lelaki dan wanita.
Golongan lelaki menjalankan aktiviti yang memerlukan tenaga yang
kuat seperti mengusahakan ladang-ladang pertanian manakala
golongan wanita menguruskan urusan rumah tangga dan kerja-kerja
yang mudah.
Perkembangan Revolusi Pertanian juga telah menyebabkan
perkembangan dalam aspek pengkhususan pekerjaan di mana telah
lahir golongan petani yang menjalankan aktiviti bercucuk tanam dan
menternak binatang serta golongan artisanyang mempunyai
kemahiran membina rumah dan membuat peralatan-peralatan
senjata dan pertanian.
Ciri Sembilan: Institusi Politik
Zaman Prasejarah Awal:
Tidak wujud institusi politik pada zaman Paleolitik.
Zaman Prasejarah Akhir:
Kemajuan dalam bidang pertanian telah menyebabkan munculnya
institusi politik kerana sistem pentadbiran yang teratur bagi
mengawasi kerja-kerja pembinaan empangan, terusan atau tali air.
Dalam hal ini, ketua-ketua dilantik untuk mengarahkan kerja-kerja
pembinaan dan penyelenggaraan terusan dan tali air di samping
berperanan untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
pertanian dan hak milik tanah.
11Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
12/66
Perkembangan inimenyebabkan mula munculnya sistem pentadbiran
yang bertujuan untuk menyelesaikan hak-hak masyarakat yang
semakin kompleks, menjamin pengagihan yang lebih seimbang dan
mewujudkan kawalan dan keselamatan sosial dari ancaman musuh.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas ternyata bahawa masyarakat
zaman prasejarah telah mengalami satu kemajuan yang pesat dalam
pelbagai aspek kehidupan mereka.
Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan
masyarakat pengguna alam sekitar kepada masyarakat pengeluar
makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik.
Perkembangan Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat
pada zaman Neolitik ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal
ini dapat dibuktikan dengan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik , sosial dan sebagainya
sehingga menjadi asas kepada kemunculan tamadun-tamadun awal
manusia di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro & Harappa dan Hwang
Ho.
PEMBINAAN TAMADUN
KONSEP TAMADUN
Definisi Tamadun
12Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
13/66
Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu mudun
dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang berkaitan dengan
tamadun adalah madana yang mempunyai dua maksud iaitu tinggi
budi bahasa dan pembukaan bandar.
Apabila bercakap berkaitan makna tamadun, perkataan ini turut
berkait dengan perkataan umran dan hadharah yang dibincangkan
oleh seorang sarjana Islam iaitu Ibnu Khaldun berkaitan dengan sifat
manusia.
Umran membawa maksud tanah yang didiami secara tetap,
berkembang dan maju manakala hadharah bermaksud hidup di
bandar yang penuh dengan tatasusila, kesopanan dan moral yang
tinggi.
Dalam bahasa Inggeris, tamadun merujuk kepada perkataan
civilization. Perkataan berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas
yang bermaksud bandar atau peradaban.
Bagi mendapatkan makna tamadun dalam ruang lingkup yang lebih
tepat dan menyeluruh, maka pandangan para sarjana diambil kira
dalam mentakrifkan makna tamadun. Berikut adalah definisi yang
diberikan oleh tokoh Barat dan Islam tentang makna tamadun:
SARJANA BARAT
Tamadun adalah merupakan pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-
hal kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan
pembandaran.
TOKOH PENDEFINISIAN TAMADUN
Gordon Childe Pencapaian yang tinggi dalam cara kehidupan, jenis
kehidupan, corak petempatan, bentuk kerajaan,
13Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
14/66
pengkelasan sosial, sistem ekonomi, keilmuan dll.
Pencapaian lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan
tamadun dalam sesebuah masyarakat.
R.A Buchanan &
Darcy Riberio
Menolak unsur rohaniah sebagai salah satu cara
mengukur ketamadunan sebaliknya hanya
menekankan kepentingan dan pembangunan
lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.
Darcy Riberio turut beranggapan bahawa tamadun
berkait dengan perbandaran dan tamadun
merupakan puncak pencapaian masyarakat dalam
proses kemajuan.
Richard Sullivan Menganggap unsur rohaniah juga penting dalam
mengukur sesebuah ketamadunan manusia.
SARJANA ISLAM
tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Oleh
itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan rohaniah. Kedua-dua
unsur ini penting untuk mengukur tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat.
TOKOH PENDEFINISIAN TAMADUN
Ibnu Khaldun Hadharah - Hidup di bandar yang penuh tatasusila,
kesopanan dan nilai moral yang tinggi.
Abu Nasir al-Farabi Tamadun adalah merupakan pencapaian umat Islam
di kota yang berasaskan wahyu, syarak dan akhlak.
Jurji Zaidan Pencapaian umat Islam yang berpusat di kota dalam
bidang kerohanian dan kebendaan yang berasaskan
14Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
15/66
agama.
Syed Naquib al-Attas Tamadun merupakan pencapaian tahap tatasusila
yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh
sesebuah masyarakat.
Faktor Pembentukan Tamadun
FAKTOR HURAIAN/CONTOH
Petempatan Kekal Kemunculan tamadun awal sejak 3,500 SM
telah disebabkan oleh wujudnya petempatan
kekal.
Wujud masyarakat bercorak perkampungan
di mana manusia dapat berkumpul di sesuatu
tempat dan hidup bersama-sama untuk
menghadapi cabaran fizikal supaya
persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih
berkesan.
Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana
kini mereka dapat bergantung kepada bekalan
makanan yang dihasilkan di sekitar kawasan
petempatan mereka.
Petempatan kekal ini kemudiannya
mewujudkan urbanisasi.
Ekploitasi Terhadap
Alam
Manusia tertarik kepada kesuburan tanah di
lembah sungai untuk menjalankan aktiviti
15Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
16/66
pertanian dan penternakan.
Proses pertanian dan pengairan yang
terdapat di Mesopotamia dan Mesir
menunjukkan kemampuan manusia mengawal
air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-
besaran.
Hal ini terbukti apabila tamadun-tamadun
awal terletak di tebing-tebing sungai besar
seperti Sungai Nil, Tigris dan Euphrates, Indus
dan Hwang Ho.
Kemajuan Teknologi Manusia mula mencipta pelbagai peralatan
yang membawa kemajuan teknologi.
Hal ini terbukti dengan penggunaan logam
seperti tembaga, gangsa dan besi.
Penggunaan bajak menyebabkan manusia
mula menggunakan tenaga haiwan bagi
membantu meringankan pekerjaan mereka.
Haiwan seperti kuda dan kerbau dilatih
untuk mengangkut barang atau membajak
sawah. Selain daripada itu, manusia juga telah
berjaya mencipta pelbagai peralatan daripada
tembikar.
Penciptaan Roda Penciptaan roda telah mengubah corak
pengangkutan dan mempercepatkan
perkembangan industri terutamanya industrikerja tangan untuk memenuhi keperluan
16Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
17/66
agama dan sosial.
Roda telah meningkatkan daya produktiviti
manusia. Penggunaan roda sebagai alat
industri menyebabkan barang yang
dikeluarkan mempunyai bentuk yang seragam
dan dapat dijadikan barang-barang eksport.
Roda dapat menggalakkan pertumbuhan
perdagangan dengan tamadun-tamadun lain
seperti perdagangan antara Mesir dan
Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia
dengan Mohenjo-Daro.
Sistem Tulisan Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas
kepada penambahan pengetahuan dan
melicinkan pengurusan ekonomi.
Tulisan telah digunakan untuk merekod hal
agama, pentadbiran dan perdagangan.
Sistem tulisan Cuneiform telah wujud dalam
tamadun Mesopotamia, tulisan hieroglif dalam
tamadun Mesir dan tulisan ideogram dalam
tamadun Hwang Ho.
Organisasi Sosial Organisasi sosial atau susun lapis dalam
masyarakat telah membawa kepada
kemunculan tamadun.
Masyarakat memerlukan pemimpin untuk
menyelaras dan memberikan arahan.Pahlawan pula diperlukan untuk menjaga
17Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
18/66
keamanan. Masyarakat memerlukan pendeta
untuk menjalankan kegiatan agama.
Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul
sebagai orang yang berkuasa. Pahlawan
dengan senjatanya. Paderi pula dengan
pengetahuannya tentang tuhan.
Majoriti masyarakat yang tidak memiliki alat
dan pengetahuan menjadi pengikut. Lama-
kelamaan masyarakat di sesuatu petempatan
terbahagi kepada kelas pemerintah dan rakyat.
Pengkhususan Kerja Kehidupan yang bertambah kompleks
menyebabkan masyarakat memerlukan
kepada pengkhususan untuk menjalankan
tugas tertentu mengikut kemahiran dankebolehan seseorang.
Peningkatan produktiviti telah menjamin
keperluan bekalan di sesuatu kawasan.
Keadaan ini membolehkan sesetengah
penduduk di situ menjalankan kegiatan bukan
pengeluaran seperti kegiatan kesenian atauaktiviti keagamaan. Hal ini membawa kepada
bermulanya pengkhususan kerja dalam
masyarakat.
Agama dan
Kepercayaan
Agama dan kepercayaan telah membawa
kepada kemunculan tamadun. Ia membantu
manusia akur dengan hukum-hukum alam.
18Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
19/66
Kehidupan lebih memberikan penekanan
kepada nilai-nilai agama dan kepercayaan
yang mempunyai kaitan secara langsung
dengan bumi dan kesuburan tanah untuk
pertanian.
Contohnya, orang-orang Mesir percaya
bahawa tuhan tinggal di Lembah Sungai Nil.
Perbandaran Proses urbanisasi di sesuatu tempat
berikutan adanya kegiatan pertanian,
penenunan dan penternakan binatang.
Manusia juga cuba hidup bersatu dengan
tujuan untuk menghadapi cabaran fizikal.
Berlaku perkembangan daripada sebuah
kampung ke bandar dan negara kota.
Ekoran daripada berlakunya pertambahan
penduduk di sesuatu kawasan seperti di
kampung, berlakunya pembukaan tanah-tanah
baru untuk penempatan dan kegiatan
pertanian.
Urbanisasi ini membawa kepada pengasasan
beberapa tamadun lain.
19Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
20/66
KEMUNCULAN TAMADUN
1. TAMADUN MESOPOTAMIA
Asal-usul Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia wujud pada 3500 S.M di antara dua sungai
yang mengalir iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates (yang terletak
dalam wilayah Iraq pada zaman moden).
Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, sesuai
dengan kedudukannya yang terletak di antara Sungai Tigris dan
Euphrates.
Petempatan masyarakat Mesopotamia dimulakan oleh masyarakat
Sumeria, diikuti Babylonia dan kemudiannya Assyria. Pada waktu
tersebut, Sumeria didiami oleh tiga etnik iaitu orang Sumeria, Semitik
dan orang yang tidak diketahui asal-usul keturunannya.
Wilayah Mesopotamia pula terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
kawasan Assyria di Utara, dan Babylon di Selatan. Kawasan Babylon
pula terbahagi kepada orang Akkad di Utara dan Sumeria di Selatan.
Kerajaan dalam tamadun Mesopotamia sentiasa bertukar ganti
dengan dimulakan oleh kerajaan Sumeria dan diakhiri oleh kerajaan
Chaldea.
Kawasan Mesopotamia adalah merupakan lembah yang subur
disebabkan kedudukan geografinya yang terletak di antara dua
sungai. Hal ini telah membawa kepada kemajuan dalam bidang
pertanian di kawasan tersebut. Pertanian telah diusahakan secara
besar-besaran seperti menanam gandum, barli dan menternak
binatang seperti lembu, khinzir, kambing dan biri-biri. Penemuan
kilang mengisar bijirin di kawasan ini membuktikan bahawa kawasan
20Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
21/66
tersebut merupakan sebuah pusat pertanian besar pada masa
dahulu.
Kemudiannya, bagi mengairi kawasan yang jauh daripada sumber air,
terusan telah dibina termasuklah ke kawasan Tell Uqair.
Ciri-ciri Perbandaran Mesopotamia
1. Pembinaan kubu-kubu pertahanan :
Pembinaan kubu bermula menjelang tahun 3000 S.M.
Bandar lama : kubu pertahanan di bahagian tengah.
Bandar baru : Kubu terletak di kawasan luar bandar.
2. Tembok pertahanan :
Fungsi : Menjadi sempadan antara bandar dan luar bandar, barisan
pertahanan semasa peperangan.
Bentuk pertahanan yang berbeza : segi empat sama, segi empat
tepat, bulat dan bujur,. Bandar Ur dan Uruk bentuk pertahanan
berbentuk bujur, bandar Zenjirli, tembok pertahanan berbentuk
bulatan.
Raja bertanggungjawab untuk memelihara dan perbaiki tembok-
tembok pertahanan.
3. Pintu gerbang yang melambangkan kekayaan sesebuah bandar :
Terdapat monumen di pintu gerbang untuk menarik pelawat-pelawat.
Raja membina patung mereka berhampiran pintu gerbang.
21Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
22/66
Pintu gerbang juga sebagai pusat sivik, perhimpunan akan diadakan
berhampiran pintu gerbang.
Procession street : Perarakan diadakan di jalan besar yang melalui
pintu gerbang semasa perayaan tahun baru.
Terdapat lapan pintu gerbang di Babylon, setiap pintu masuk
dinamakan sempena nama tuhan, pintu Ishtar merupakan pintu
gerbang utama.
Nama pintu gerbang mencerminkan golongan masyarakat danpekerjaan mereka yang mendiami bahagian bandar . contoh : gate of
metalworks di Assur.
4. Kewujudan Pasar :
Perkembangan pasar didorong oleh perkembangan bandar-bandar
besar.
Catatan dalam inskripsi di Susa menyebut tentang kewujudan pasar
dan senarai harga di pamerkan di pasar.
5. Pembinaan jalan :
Jalan-jalan menghubungkan pintu masuk utama dengan tempat lain
di dalam bandar.
Jalan di bandar Ur mempunyai lebar yang standard dan bersilang
pada sudut yang tepat.
Jalan di bandar Urartu, jalan dibina dalam corak grid yang tersusun,
lebar lim meter/tujuh meter.
22Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
23/66
Terdapat jalan suci di bandar Babylon, Assur dan Uruk. Jalan suci
digunakan untuk perarakan semasa perayaan tahun baru. Terdapat
monumen yang indah di kedua-dua belah jalan suci.
2. TAMADUN MESIR
Asal Usul dan Perbandaran Tamadun Mesir
Herodotus, sejarawan Yunani ketika mengembara ke Mesir pada
tahun 400 S.M mencatatkan bahawa tidak ada Mesir tanpa Nil.Hal
ini kerana, Mesir sangat bergantung kepada kewujudan Sungai Nil
sebagai nadi ekonomi dan nadi kehidupan mereka.
Sungai Nil yang mengalir dari Utara Mesir ke arah Laut Mediterranean
telah mengubah geografi di sekelilingnya yang merupakan tanah
padang pasir kepada sebuah kawasan tanah yang subur untuk
pertanian.
Oleh itu, para petani telah mengusahakan tanah di sepanjang tebing
Sungai Nil dengan hasil-hasil pertanian dan menjadikan kawasan
tersebut sebagai kawasan tempat tinggal mereka.
Disebabkan jumlah penduduk yang semakin bertambah, maka
kawasan yang selama ini tidak diusahakan akibat kurang subur
ditebus guna dan empangan telah dibina bagi mengairi kawasan
yang jauh daripada sungai.
Akhirnya wujud kampung-kampung di sepanjang Sungai Nil yang
diketuai oleh Ketua Suku dan berkembang. Akhirnya kampung-
kampung tersebut telah bercantum dan mewujudkan sebuah daerah
yang dikenali sebagai nome.
23Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
24/66
Beberapa nome yang disatukan akhirnya membawa kepada
pembentukan pusat pentadbiran seperti Memphis dan Thebes.
Di setiap pusat pentadbiran, gudang, bengkel, gerai dan pondok-
pondok rehat dibina bagi menjana ekonomi di kawasan bandar.
Kemudiannya, bandar-bandar dibina dengan pusat perbendaharaan,
mahkamah, rumah ibadat dan penjara yang menjadi salah satu ciri
perbandaran penting yang membawa kepada sebuah ketamadunan
di Mesir.
Pada mulanya wujud dua buah kerajaan di Mesir iaitu Kerajaan Utara
dan Kerajaan Selatan. Akhirnya kedua-duanya disatukan oleh Raja
Menes dan baginda telah menjadikan Memphis sebagai ibu kota
pentadbirannya.
Di Bandar Memphis, selain terdapat istana Firaun dan pejabat-pejabat
kerajaan, terdapat juga rumah berhala untuk Tuhan Ptah iaitu tuhan
yang menaungi bandar tersebut dan dibina kubu di sekeliling rumahberhala tersebut.
Kemudiannya, peranan Memphis sebagai ibu kota pentadbiran Mesir
diambil alih oleh Thebes sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat
perkembangan politik dan keagamaan.
3. TAMADUN INDUS
Asal-usul Tamadun Indus
Sebelum kewujudan tamadun di Lembah Indus, masyarakat di sekitar
Sungai Indus hidup secara nomad.
24Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
25/66
Walaubagaimanapun, kewujudan saliran air yang baik iaitu Sungai
Indus yang mengalir daripada Banjaran Himalaya dan sekitarnya
telah membawa kepada kewujudan petempatan kekal di kawasan
tersebut.
Masyarakat di Lembah Indus telah mula hidup menetap secara kekal
di sepanjang Sungai Indus dan mengusahakan pertanian sebagai
sumber kehidupan harian mereka.
Tamadun ini mula muncul sekitar 2500 S.M dan mengalami
kemerosotan pada tahun 1800 S.M. Sebab kemerosotan tamadun ini
adalah disebabkan oleh serangan orang Aryan, kemarau, banjir kilat
dan gempa bumi.
Pembentukan tamadun ini adalah disebabkan kejayaan manusia
mengadaptasikan alam sekeliling dalam kehidupan seharian mereka
yang menjadi petempatan dan hasil pertanian mereka.
Sebelumnya, mereka adalah masyarakat nomad yang berpindah
randah dan hanya memburu dan memungut hasil hutan untuk
memenuhi keperluan kehidupan mereka.
Perbandaran Tamadun Indus
1. Bandar terancang : Pembinaan bandar terancang , penduduk mempunyai pengetahuan
tinggi dalam bidang perancangan dan pembinaan bandar.
2.Pelan Struktur yang Sama :
Pembahagian bandar kepada kubu dan bandar.
Kubu di bahagian timur untuk pertahanan dan mengatasi masalah
banjir.
25Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
26/66
Bahagian bawah kubu terletak bandar yang menganjur sejauh tiga
batu.
3. Bahan Binaan yang Bermutu Tinggi :
Pembinaan bangunan daripada batu bermutu tinggi , dua saiz yang
standard iaitu 11 X 5.5 X 2.5. inci.
Bangunan didirikan dalam blok-blok empat persegi di sepanjang
jalan-jalan dan lorong-lorong.
4.Jalan yang Teratur : Jalan-jalan utama dibina secara lurus dan berukuran 30 kaki lebar.
Jalan dari utara ke selatan.Disilang pada sudut tepat dan bentuk blok-
blok yang berukuran 130 kaki X 65 kaki.
Lorong-lorong dibina selari dengan jalan-jalan utama.
5. Pembinaan Longkang dan Sistem Pembentungan:
Terdapat longkang tertutup di sepanjang jalan-jalan utama. Longkang
dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk kerja pembersihan.
Air dari rumah dialirkan ke longkang besar melalui longkang-
longkang kecil.
6. Kemudahan-kemudahan Awam :
Tempat mandi awam great bath , tandas awam, dewan
perhimpunan.
7. Rumah dibina dalam satu deretan di sepanjang jalan-jalan utama
:
26Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
27/66
Batu yang bermutu tinggi, dua tingkat atau lebih, berbentuk empat
segi, mempunyai bilik mandi dan perigi., peredaran udara yang baik.
Terdapat juga rumah kongsi bagi buruh dan hamba.
Jelepang besar untuk menyimpan bijirin.
4. TAMADUN CHINA
Asal-usul Tamadun China
Tamadun awal China iaitu tamadun Hwang Ho bermula di Sungai
Hwang Ho (Sungai Kuning) di Utara China.
Lembah Sungai Hwang Ho yang subur telah menarik minat orang
nomad yang berpindah-randah untuk menetap dan membina
petempatan di kawasan tersebut.
Setelah menetap, penduduk Hwang Ho menjalankan kegiatan bertani,
menternak binatang, memungut hasil hutan dan berburu.
Kewujudan petempatan ini akhirnya mewujudkan kawasan bandar
seperti Anyang yang menjadi ibu kota bagi Dinasti Shang.
Kemudiannya, pada zaman Dinasti Chou, wilayah Hwang Ho
berkembang sehingga ke Sungai Yangtze.
Perbandaran Tamadun China
Kemajuan dalam ekonomi pada zaman Shang menyebabkan
kemunculan bandar yang berfungsi sebagai pussat perdagangan
dan keagamaan.
27Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
28/66
Proses urbanisasi bermula di dataran lanar berhampiran Loyang yg
dikelilingi Sungai Kuning di utara dan banjaran Chin Ling di selatan.
Anyang,Loyang,dan Cheng Chow pernah menjadi ibu kota Dinasti
Shang.
Rumah golongan bangsawan besar dan didirikan berhampiran tempat
ibadat serta dikelilingi tembok.
Golongan petani tinggal dalam rumah semi-subterranan yang
bahagian stuktur binaannya terletak di bawah tanah.
Sebelum pengasasan sesebuah empayar,bandar didirikan untuk
menempatkan raja,golongan bangsawan dan para pembantu raja.
Pada zaman Imperial,empayar yang besar dan luas mempunyai dua
buah ibu kota.
Antara faktor yang diambil kira untuk membangunkan bandar dalam
tamadun China termasuklah:
1. Perlindungan daripada ancaman munsuh dan banjir.
2. Bekalan air yang mencukupi
3. Kemudahan pengangkutan
4. Ekonomi
5. Kemudahan untuk membesarkan bandar
Ciri-ciri perbandaran di China termasuklah:
CIRI-CIRI HURAIAN/CONTOH
28Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
29/66
Jenis bandar Terdiri daripada dua jenis bandar iaitu:
1. Bandar Terancang
didirikan oleh kerajaan baru.
berfungsi sbg pusat kediaman dan pentadbiran
kerajaan.
2. Bandar Tidak Terancang
muncul secara semula jadi
didirikan oleh pihak swasta
Tembok
pertahanan
Didirikan di sekeliling bandar untuk menghadapi
serangan musuh.
Berbentuk segi empat sama @ segi empat tepat.
Terdapat 2 tembok dan tanah yg terletak diantara
kedua-dua tembok digunakan untuk bercucuk
tanam.
Bekalan Air dan
Pintu Masuk
Pintu gerbang dibina di sekeliling tembok untuk
memudahkan penghuni, pekerja dan pengunjung
keluar masuk.
Menara kawalan di kedua-dua belah pintu
masuk.
Bekalan air diperoleh daripada sumber semula
jadi ataupun buatan manusia seperti sungai
ataupun kincir air.
Jalan Bandar terancang seperti Changan didirikan
untuk memenuhi keperluan kehidupan moden.
Bandar mempunyai tembok segi empat tepat
29Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
30/66
dan jalan yang luas dan lurus.
Terbahagi kepada unit-unit kecil yg terdiri
daripada kawasan kediaman .
5. TAMADUN YUNANI
Asal-Usul Tamadun Yunani
Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau-
pulau di sekitamya yang dikelilingi oleh Laut Aegean dan Laut
Mediterranean.
Tamadun ini bermula dengan pembentukan petempatan manusia
yang dikenali sebagai negara kota atau polis.
Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan
bandar pada sekitar tahun 1000 - 800 S.M..
Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara
kota mengandungi sebuah kota yang dikelilingi oleh kawasan
pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil. dan istana.
Walaupun terdapat banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling
menonjol ialah Athens, Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota
tersebut terletak berhampiran dengan Laut Mediterranean.
Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang
tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan.
30Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
31/66
Masyarakat Dalam setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu,
walaupun begitu, peperangan sering berlaku antara negaranegara
kota tersebut.
Perbandaran dalam Tamadun Yunani
Perbandaran Yunani bermula di Crete yang terletak di Laut Aegean.
Ibu Kota Crete ialah Knossus yang dipercayai bandar terawal didirikan
di benua Eropah.
Bandar Knossus dilengkapi dengan sistem paip dan sistem
pembuangan najis yang lengkap dan Dilengkapi dengan jaringan
jalan yang sistemetik.
Ciri-ciri pembandaran zaman Mycenea:
(a) terdapat jaringan jalan raya
(b) jambatan didirikan
(c) sistem bekalan air disediakan
(d) kubu pertahanan didirikan
Gabungan beberapa buah bandar menyebabkan negara kota dikenali
sebagai Polis (1152-750 S.M)
150 negara kota di Yunani mempunyai purata penduduk antara 5000
hingga 10000 orang.
Negara kota terbahagi kepada tiga bahagian;
1.Acropolis - terletak di kawasan yang tinggi di tengah
kota.
31Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
32/66
- dikelilingi kubu pertahanan
- pusat keagamaan
- pusat sosial dan politik yang dihormati
2.Agora - tempat pertemuaan rakyat & pusat
ekonomi
3. Kawasan pertanian - terletak di luar kota
- menyediakan bekalan makananuntuk penduduk
6. TAMADUN MELAYU
Asal-Usul Tamadun Melayu
Tamadun Melayu wujud di kawasan pesisir pantai yang berpotensi
sebagai sebuah pelabuhan.
Di Srivijaya misalnya, kerajaan Srivijaya pada awal pengasasannya
adalah merupakan sebuah perkampungan nelayan yang didiami oleh
orang-orang Laut yang melakukan kegiatan menangkap ikan di laut
dan sebahagiannya bercucuk tanam.
Mereka tidak mempunyai kerajaan dan hidup bertebaran di
sepanjang Selat Melaka terutamanya di kawasan Kepulauan Riau-
Lingga.
Walaubagaimanapun, apabila pembesar asal Srivijaya iaitu Demang
Lebar Daun menabalkan Seri Tri Buana sebagai Raja Srivijaya, maka
rakyat memberikan taat setia kepadanya.
Kemudiannya, Srivijaya akhirnya berkembang sebagai pusat
perdagangan utama di Selat Melaka.
32Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
33/66
Dalam era Kesultanan Melayu Melaka pula, kerajaan tersebut wujud
daripada sebuah perkampungan nelayan yang kecil yang didiami oleh
orang Laut. Akhirnya Melaka turut berkembang sebagai sebuah
kerajaan yang besar apabila pengasasnya iaitu Parameswara berjaya
memajukan Melaka sebagai pelabuhan terkemuka di Selat Melaka.
Perbandaran di Alam Melayu
Pada zaman tamadun muncul petempatan di pimggir pantai danmuara sungai dari utara Segenting Kra hingga kedah.
Selepas kejatuhan Funan,laluan laut Selat Melaka bertambah penting
& muncul bandar dan perlabuhan di sekitar Selat Melaka.
Pada abad ke-7 hingga 13M,lahir petempatan di
Kelantan,Terangganu,Pahang,Johor,Singpura dan Kedah.
Pada abad ke-15 M,Melaka muncul sebagai pelabuhan entrepot yang
utama di Nusantara.
Antara bandar awal di Kepulauan Melayu ialah;
Bandar Awal Keterangan
Langkasuka Diasaskan pada abad ke-2M
Terletak di Semanjung Tanah Melayu & pernah
menjadi jajahan takluk Funan
Menjadi sebuah negara kota yg kaya pada abad ke-
7M
Menjalankan hubungan baik dengan China pada
abad ke-6M.
33Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
34/66
Kedah Tua Kerajaan terawal di Semanjung Melayu yg didirikan
pada abad ke-6M.
Berperanan sbg pelabuhan transit yg penting
dalam perdagangan India,China dan Nusantara
pada abad ke-3 M.
Muncul sbg pelabuhan entrepot dari abad ke-7
hingga ke-11 M.
Sebagai pusat perdagangan merosot ekoranserangan tentera Chola pada tahun 1025 M.
Melaka Pada akhir abad ke-15M,Melaka muncul
sbgpelabuhan entrepot.
Bilangan penduduk lebih kurang 40000 orang
termasuk pedagang asing dari
Arab,Parsi,India,China & Nusantara.
Terletak di atas Bukit Melaka ,manakala istana
desa terletak di dusun & sawah.
Mendirikan rumah kediaman di kaki Bukit Melaka &
berhampiran muara Sungai Melaka.
Orang laut mendirikan petempatan di tepi laut.
Pedagang kaya membina rumah di luar tembok &
mempunyai pejabat peniagaan di dalam bandar.
Pusat jual beli & gudang untuk memudahkan para
pedagang asing menyimpan barang dagang.
34Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
35/66
(B) TAMADUN ISLAM
PANDANGAN ISLAM TENTANG KEJADIAN MANUSIA
Menurut Islam, manusia telah dicipta oleh Allah S.W.T melalui
penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam A.S.
Pandangan Islam terhadap asal usul kejadian manusia adalah
berbeza dengan pandangan Barat yang menganggap manusia itu
lahir disebabkan evolusi daripada binatang kepada manusia melalui
teori-teori yang dikemukakan oleh Lamarck dan Darwin.
Dalam Islam, umatnya percaya bahawa manusia adalah ciptaan Allah
bermula melalui penciptaan Nabi Adam A.S dengan tanah.
Kemudiannya Allah menciptakan Hawa, isteri Nabi Adam A.S dengan
menggunakan tulang rusuk Nabi Adam A.S.
Kemudiannya, Adam dan Hawa melahirkan zuriat mereka dan
berkembang biak membentuk umat manusia seperti yang ada padahari ini. Dalam hal ini, al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa
Allah mencipta manusia dengan setitis mani kecuali tiga orang yang
istimewa iaitu Adam A.S daripada tanah, Hawa daripada tulang rusuk
Adam A.S dan Nabi Isa A.S yang lahir daripada mukjizat Allah yang
lahir tanpa bapa.
Perkataan manusia dalam bahasa Melayu berasal daripada perkataan
Arab iaitu al-ins, al-insan dan an-nas yang berasal daripada kata
akarnya iaitu nasiya.
Nasiya dalam bahasa Melayu bermaksud lupa. Hal ini merupakan
sikap utama manusia yang sering lupa untuk melakukan segala
suruhan dan meninggalkan larangan Allah yang telah ditetapkan
dalam al-Quran dan Sunnah Rasul.
35Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
36/66
Dari segi istilahnya pula, manusia bermaksud sejenis makhluk yang
paling istimewa di sisi Allah yang menjadi Khalifah Allah di atas muka
bumi. Dua keistimewaan manusia berbanding makhluk lainnya di
dunia adalah disebabkan pengurniaan akal untuk berfikir dan tujuan
penciptaannya sebagai khalifah di atas muka bumi.
Tujuan penciptaan manusia difirmankan Allah dalam surah al-
Baqarah, sesungguhnya aku ingin menjadikan seorang khalifah di
atas muka bumi.
Khalifah Allah di atas muka bumi bermaksud Allah menjadikan
manusia sebagai tuan, pemerintah, pemilik, pengurus dan pengguna
terhadap segala yang dijadikan oleh Allah sama ada yang berada di
lautan, daratan ataupun angkasa.
Fungsi Manusia di Atas Muka Bumi
Penciptaan manusia oleh Allah adalah sebagai khalifah Allah di atas
muka bumi dan setiap manusia tidak terlepas daripada tiga persoalan
utama penciptaan mereka iaitu dari mana ia datang, kenapa ia
dijadikan dan ke mana di akan dikembalikan.
Oleh itu, setiap manusia perlulah beribadat kepada Pencipta mereka
iaitu Allah S.W.T yang memberikan kesenangan dan nikmat hidup
kepada mereka. Hal ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah adz-
Dzaariyaat iaitu Allah menciptakan jin dan manusia supaya
menyembah Allah.
Beribadat kepada Allah bererti melakukan segala suruhan Allah dan
meninggalkan segala larangannya dan mengimarahkan dunia dengan
hukum-hukum Allah dalam segala aspek kehidupan.
36Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
37/66
MASYARAKAT JAHILIAH
Konsep Jahiliyyah
Sebelum kedatangan Islam oleh Nabi Muhammad S.A.W di Jazirah
Arab (Semenanjung Arab), masyarakat Arab hidup dalam keadaan
yang tidak bertamadun selepas hancurnya ketamadunan yang
diasaskan oleh kerajaan Saba di Yaman apabila runtuhnya Empangan
Maarib. Selepasnya, kerajaan Himyar yang menggantikan Saba
dibayangi oleh pengaruh Rom dan Parsi.
Apakah yang dimaksudkan dengan jahiliyyah? Dari segi bahasa
perkataan jahiliyyah berasal dari perkataan dasar Arab iaitu jahala
yang bermaksud tidak tahu (bodoh) dan sesat.
Dari segi istilahnya pula, masyarakat jahiliyyah bermaksud
masyarakat yang sesat daripada agama samawi. Agama samawi
bermaksud agama-agama yang diturunkan dari langit yang bersifat
monoteisme (Tuhan yang tunggal) seperti dalam agama Islam,
Kristian dan Yahudi.
Islam menggariskan empat ciri mengapa masyarakat Arab sebelum
kerasulan Muhammad sebagai jahiliyyah disebabkan oleh:
1. Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk
2.Zaman yang tidak mempunyai peradaban atau tamadun
3. Zaman masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan sombong
4. Zaman masyarakatnya buta huruf (tidak tahu menulis dan
membaca)
37Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
38/66
Era Jahiliah : Bermula kejatuhan Kerajaan Saba (dengan runtuhnya
empangan Maarib sehinggalah kepada penerimaan wahyu oleh
Muhammad S.A.W.
Ciri-ciri Masyarakat Jahiliyyah
Masyarakat Arab Jahiliyyah terbahagi kepada dua iaitu masyarakat
Hadhari dan masyarakat Badwi.
Masyarakat Arab Hadhari merujuk kepada masyarakat Arab yang
tinggal di bandar manakala Arab Badwi masyarakat Arab yang tinggal
di kawasan pedalaman. Berikut adalah perbezaan kedua-dua
masyarakat tersebut:
Masyarakat Hadhari Ciri Masyarakat Badwi
Tinggal di kawasan
bandar-bandar seperti
Makkah, Thaif, Syam dll.
Tempat
tinggal
Tinggal di kawasan desa,
pedalaman, berhampiran
kawasan gunung-ganang
atau lereng-lereng bukit.
Berniaga, berdagang,
artisan (tukang ukir,
pembuat berhala dll).
Kegiatan
Ekonomi
Bertani, menternak
binatang, merompak
kafilah dagang.
Mempunyai struktur
masyarakat yang lebih
tersusun dengan
kewujudan beberapa
golongan iaitu:
Struktur
Masyaraka
t
Hidup secara kabilah
(berpuak-puak) yang
diketuai oleh seorang
ketua.
38Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
39/66
1. GolonganBangsawan ahli
perniagaan dan
pemerintah tempatan.
2. Golongan Agama
( pendeta ) tukang tilik
dan penyair.
3. Masyarakat awam dan
rakyat biasa
4. Wanita.
5. Golongan hamba.
Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyyah
Oleh disebabkan ketiadaan pemerintahan berpusat di Jazirah Arab
(Semenanjung Tanah Arab), terutamanya di kawasan Hijjaz dan Najd,
kehidupan masyarakat Arab Jahiliyyah hidup secara berpuak-puak
dalam kabilah masing-masing.
Setiap ahli kabilah kebanyakannya disertai disebabkan oleh faktor
pertalian darah dan keturunan. Disebabkan kehidupan berkabilah
seperti ini, masyarakat Arab Jahiliyyah hidup dengan semangat
asabiyyah (berpuak-puak) yang tinggi dengan bermusuhan dan
bersengketa dengan kabilah-kabilah lainnya.
Kehidupan berkabilah ini menyebabkan berlakunya pelbagai perang
dan persengketaan yang disebabkan oleh pelbagai faktor
39Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
40/66
terutamanya dalam merebut kawasan sumber air, padang rumput
dan pelbagai hal remeh temeh yang lain.
Misalnya dalam Perang al-Basus di antara Bani Bakar dan Bani Taghlib
bermula hanya disebabkan perebutan seekor unta oleh dua orang ahli
dalam kabilah tersebut.
Antara perang-perang utama yang berlaku pada zaman tersebut
termasuklah Perang Al-Basus, Perang Dahis dan Perang Fujar.
Adat Resam dan Kepercayaan Masyarakat Arab Jahiliyyah
Kehidupan masyarakat Arab Jahiliyyah yang jauh daripada panduan
hidup beragama dan bimbingan oleh seorang Rasul menyebabkan
mereka hidup dalam keadaan tersesat dalam kehidupan dari segi
akidah, syarak dan akhlak. Sifat dan perlakuan masyarakat Arab
Jahiliyyah adalah sangat keji dan kebanyakannya terkeluar daripadanorma kemanusiaan yang bertamadun. Walaubagaimanapun, di sana
masih terdapat beberapa sifat mulia yang wujud dalam masyarakat
tersebut.
Antara sifat mulia yang ada dalam masyarakat jahiliyyah
termasuklah:
Sifat Mulia Huraian/Contoh
Murah Hati
(al-Karam)
Masyarakat Arab Jahiliyyah amat suka menerima tetamu.
Bagi mereka, menerima tetamu dalam apa jua keadaan
sekalipun adalah satu kebanggaan kepada mereka.
Tetamu seperti pengembara akan diberi layanan baik
termasuk memberi makan, minum dan tempat tidur.
Antara mereka yang dikenali sangat menghormati tetamu
adalah Halim at-Taii.
40Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
41/66
Menepati
Janji
(al-Wafa)
Syair-syair Arab misalnya sering menggambarkan kisah
Hanzalah at-Taii dengan Raja Numan al-Munzir. Ketika
Hanzalah hendak dijatuhkan hukuman bunuh, beliau
meminta untuk menangguhkan hukuman tersebut selama
setahun bagi menyelesaikan satu amanah terlebih
dahulu. Apabila genap setahun, Hanzalah hadir untuk
dihukum dan Raja Numan kagum dengan sifat menepati
janjinya dan baginda menitahkan agar Hanzalah
dibebaskan.
Berani
(asy-
Syajaah)
Faktor geografi Jazirah Arab yang tandus dan kering-
kontang menjadikan mereka bersifat berani dan berjati
diri yang tinggi. Mereka adalah golongan yang tahan
lasak, tabah, sabar dan berani. Mereka sanggup mati
untuk mempertahankan kabilah mereka.
Walaupun mempunyai beberapa sifat mulia, pelbagai sifat keji yang tidak
bertamadun dalam kehidupan mereka. Antaranya termasuklah:
Sifat Keji Huraian/Contoh
Menanam
anak
perempuan
hidup-hidup
Anak perempuan dianggap sebagai punca maksiat oleh
orang Arab Jahiliyyah yang boleh memalukan keluarga.
Keadaan mereka yang sentiasa bersengketa dan
berperang menyebabkan mereka bimbang apabila anak
perempuan ditawan oleh musuh kerana sebahagiannya
akan diperkosa dan dijadikan hamba. Mereka juga melihat
anak perempuan tidak mempunyai kepentingan dan
41Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
42/66
hanya akan menambahkan kemiskinan keluarga. Oleh itu,
kebanyakannya akan dibunuh selepas dilahirkan.
Perbuatan ini dilakukan oleh sesetengah kabilah Arab
terutamanya Bani Tamim dan Bani Asad. Sebagai contoh,
apabila ketua kabilah Bani Tamim, Qais bin Hasyim
memeluk Islam beliau mengaku membunuh kesemua
lapan anak perempuannya hidup-hidup ketika zaman
Jahiliyyah.
Berjudi Masyarakat Jahiliyyah sangat suka berjudi untuk mencari
jalan mudah untuk menjadi kaya sehingga sanggup
menggadaikan apa sahaja termasuk harta benda, malah
anak, isteri dan diri sendiri turut dipertaruhkan untuk
berjudi yang akhirnya hanya membawa kepada
perhambaan.
Merendahkan
martabat
wanita
Kedudukan wanita di sisi masyarakat Arab Jahiliyyah
adalah rendah dan tarafnya adalah lebih rendah
berbanding lelaki. Hal ini kerana wanita dianggap sebagai
pemuas nafsu dan menyambung zuriat semata-mata.
Sebagai contoh, wanita dilarang untuk mewarisi harta
pusaka dan akan dijadikan hamba abdi apabila ditawan
oleh musuh.
Sifat keji lain Minum arak, suka berperang, mempercayai tenung nasib,
merompak dan lain-lain.
42Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
43/66
Selain itu, masyarakat Arab Jahiliyyah turut mempunyai beberapa
kepercayaan dan agama yang berbeza-beza yang diamalkan termasuklah:
Agama/
Kepercayaa
n
Huraian/Contoh
Animisme Animisme adalah merupakan kepercayaan yang
melakukan pemujaan terhadap semangat dan roh. Orang
Arab Jahiliyyah misalnya melakukan pemujaan terhadap
haiwan, bulan, matahari dsb yang mempunyai kaitan
dengan rezeki dan kehidupan seharian mereka.
Menyembah
berhala
Terdapat tiga jenis berhala yang disembah oleh orang
Arab Jahiliyyah seperti Asnam (berhala yang diukir
daripada batu dan menyerupai sesuatu), Authan (berhala
yang diukir daripada kayu atau tembaga dan menyerupai
manusia) dan Ansab (berhala kayu atau batu yang tidak
berukir tetapi dianggap sebagai sembahan). Masyarakat
Quraisy di Mekah misalnya menyembah dua berhala yang
utama dan diletakkan di sekeliling Kaabah iaitu Al-Latta
dan Al-Uzza.
Kristian
(Nasrani)
Agama Kristian merupakan ajaran yang dibawa oleh Nabi
Isa a.s sekitar 750 tahun sebelum kelahiran Rasulullah.
Pengaruhnya tidaklah begitu meluas di Tanah Arab kecuali
di wilayah yang dikuasai oleh Kekaisaran Romawi
(Empayar Byzantine yakni Rom Timur) di wilayah seperti
43Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
44/66
Hirah dan Manazirah. Di Jazirah Arab, Kristian dibawa
masuk melalui Syria, Mesir dan Habsyah dan raja Habsyah
sendiri iaitu An-Najasyi turut menganut agama Kristian.
Orang-orang Kristian juga turut melarikan diri ke kawasan
Jazirah Arab disebabkan enggan tunduk di bawah
empayar Rom ataupun Parsi. Di Mekah misalnya, seorang
alim Nasrani yang terkenal sebelum kerasulan
Muhammad adalah Waraqah bin Naufal iaitu sepupu
kepada isteri baginda.
Yahudi Agama Yahudi adalah berasaskan ajaran Nabi Musa a.s
melalui kitab Taurat. Apabila Rom menguasai Palestin,
orang-orang Yahudi enggan tunduk di bawah empayar
Rom dan berhijrah ke kawasan lain di Tanah Arab
terutamanya di wilayah Hijjaz seperti Yathrib (Madinah)
dan kawasan Yaman. Contohnya, antara kabilah Yahudi
yang terdapat di Yathrib termasuklah Bani Qainuqa, Bani
Quraizah dan Bani Nadir.
Majusi Majusi adalah merupakan agama yang menjadikan
semangat api sebagai Tuhan mereka dan menjadi agama
bagi kerajaan Parsi. Wilayah naungan Parsi di Jazirah Arab
seperti Oman, Bahrain dan Yaman menerima agama
Majusi sebagai agama anutan mereka.
Hanif Terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s digelar Hunafa dan
bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya Nabi
Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif
44Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
45/66
mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
Aspek Politik dan pentadbiran :
Tidak terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dikalangan
masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan. Hirah dan Ghassan di utara
telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di kuasai oleh kuasa
Rom dan Parsi.
Masyarakat Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka
tidak mampu melawan penjajah dan sentiasa kalah. Di bahagian selatan
iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan tetap tetapi
statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
Di Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas. Terdapat Majlis
Tindakan (Darul Nadwah ) yang merupakan jabatan-jabatan pentadbiran
dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh. Namun ciri-ciri politiknya
mempunyai unsur-unsur jahiliah.
Mereka mengamalkan politik berkabilah yang membawa kepada perebutan
kuasa yang hebat. Suasana pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram.
Berlaku diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan
ingin menguasai puak-puak lain.
Perebutan kuasa antara kabilah berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir
Jabatan Haji, perdagangan dan ketenteraman yang amat penting.
Disamping itu ketua-ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua-ketua
suku iaitu Mala tetapi golongan berpengaruh berjaya mempengaruhi
keputusan Mala dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
Kecelaruan politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan
iaitu pentadbir lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan
untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi :
Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar.
Hubungan perdagangan diantara bandar di Syiria dengan di Yaman di
selatan memberi nafas kepada bangsa Arab.
45Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
46/66
Namun akibat penjajahan oleh Rome ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman,
perdagangan Arab turut terjejas. Saudagar Arab Makkah menghadapi kesan
itu dengan pelbagai cara. Mereka mengeksport perdagangan satu hala
dengan suku Badwi yang menternak binatang. Cara hidup Badwi berpindah
randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah.
Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui
kawasan mereka sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi
desakan kebendaan.
Ketika Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkantugas kepada anak-anaknya. Misi-misi perdagangan dihantar ke Syiria,
Habsyah, Yaman dan Parsi.
Barang rempah, permata, emas, sutera dan lain-lain diimport. Manakala
berhala, buah tamar, kulit binatang dan lain-lain dieksport melalui
pelabuhan-pelabuhan. Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang Nabi
Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja
Byzantine dan Parsi diwujudkan.
Pakatan dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
Sistem perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan
perdagangan. Musim sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada
musim panas mereka akan ke utara ( Syam).
Pasar-pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya. Barangan bijirin, buah-
buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka kalah
berperang dan barangan lain dijual di pasar-pasar. Sistem tukar barang
diamalkan. Penipuan dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial :
Struktur sosial masyarakat Arab agak mudah, terdiri daripada golongan
bangsawan dan hamba. Golongan bangsawan wujud di bandar. Mereka
berpuak-puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat
tebal. Setiap puaknya melantik seorang sheikh di kalangan mereka danmenjadi ketua bagi kabilah itu.
46Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
47/66
Hamba pula dibeli untuk dikerah bekerja. Suku Badwi pula hidup berpuak
puak dan ketua puak dipilij di kalangan anggota yang berpengaruh. Sistem
berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung
menjadi keluarga besar disebut bani. Suku Badwi tidak wujud bani kerana
kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan mereka percaya
semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
Semangat Assabiyyah menyuburkan cirri-ciri jahiliah. Tingkah laku mereka
kasar terhadap puak lain. Peperangan mudah berlaku walaupun disebabkan
oleh perkara perkara kecil. Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan
dan mengejar nama.
Pernah berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah
akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.
Akhlak yang runtuh dan tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan
dan undang-undang hawa nafsu menyebabkan tindakan mereka dilepas
tanpa kawalan. Golongan bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan
melibatkan kegiatan perjudian, pelacuran dan pembunuhan.
Kaum wanita dipandang hina. Bayi perempuan ditanam hidup-hidup bagi
mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.
Walaubagaimanapun terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan
mereka.
Darun Nadwah dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak
perempuan mereka sebagai perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil
baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan :
Kebanyakkan orang Arab Jahiliah buta huruf. Walaupun terdapat di kalangan
mereka saudagar-saudagar atau pedagang luar lebih maju tetapi pedagang
Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan yang lebih
menguntungkan. Selain keuntungan mereka mengejar keseronokan.
47Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
48/66
Kemahiran bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan
perasaan melalui kata-kata yang terhasil melalui pemikiran yang sepontan.
Daya hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan
perkara-perkara yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti
ilmiahnya.
Di kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga,
hanya 17 orang sahaja yang boleh membaca dan menulis. Faktor sikap
saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan
ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup. Dengan itu ciri-
ciri kejahilan sangat ketara di kalangan mereka.
MASYARAKAT ISLAM DI MEKAH DAN MADINAH
Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib, seorang pemuda dari
bangsa Arab Quraisy dilahirkan di Kota Mekah (dalam wilayah Hijjaz)
pada 12 Rabiul Awwal Tahun Gajah (20 April 571M) telah mengubah
kehidupan masyarakat Arab yang hidup dalam kehidupan sesat dan
jahil kepada kehidupan yang mengesakan Allah S.W.T di bawah
agama Islam. Baginda dilantik menjadi Rasul (Utusan Allah) pada
tahun 611 Masihi ketika berusia 40 tahun.
Ajaran Islam yang mengajak masyarakat untuk beriman kepada Allah
dan Rasulnya, serta melakukan segala suruhan dan meninggalkan
larangan-Nya telah mendapat tentangan hebat daripada masyarakatMekah di awal dakwah (seruan) Muhammad supaya masyarakat
Mekah menerima Islam.
Prinsip-prinsip Islam yang diseru oleh Muhammad S.A.W melalui
wahyu yang diturunkan ditentang oleh kalangan masyarakat
termasuk ahli keluarganya sendiri disebabkan prinsipnya yang
bertentangan dengan sifat dan ciri-ciri masyarakat Jahiliyyah yang
sesat dan tidak bertamadun.
48Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
49/66
Walaubagaimanapun, hasil daripada dakwah Rasulullah secara
bersembunyi dan terbuka di Mekah sebelum berhijrah ke Madinah
telah melahirkan sebuah masyarakat Islam di Mekah dan Madinah
dengan pengislaman beberapa sahabat baginda yang awal seperti
Khadijah (isteri baginda), Abu Bakar as-Siddiq (sahabat), Ali bin Abu
Talib (sepupu) dan lain-lain.
Asas-asas masyarakat Islam yang bersatu-padu mengikut panduan
al-Quran dan Sunnah yang diberikan oleh Rasulullah telah melahirkan
masyarakat awal Islam yang kental di Mekah walaupun ditekandengan hebat oleh golongan musyrikin di Mekah. Antara tekanan
tersebut termasuklah pemulauan terhadap orang Islam dan sehingga
kepada kemuncaknya apabila mereka bertindak untuk membunuh
Rasulullah S.A.W.
Walaupun menerima pelbagai ujian dan tekanan, asas-asas yang
berjaya dibentuk dalam diri umat Islam oleh Rasulullah sehingga
menjadikan mereka kental dan tabah termasuklah:
Prinsip Huraian/Contoh
Perdamaian Melalui Islam, Rasulullah menganjurkan pengikutnya
untuk melakukan perdamaian dengan meninggalkan
sikap suka berperang dan bersengketa sebelumnya.
Oleh itu, segala pertikaian dan salah faham yang berlaku
dalam kalangan umat Islam perlulah diselesaikan
dengan baik dan berdiplomasi.
Kasih Sayang Islam menganjurkan umatnya bersifat kasih terhadap
sesama manusia di mana suami mestilah mengasihi
isteri, ibu bapa mengasihi anak-anak, keluargamengasihi keluarga, jiran mengasihi jiran dan sahabat
49Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
50/66
mengasihi sahabat. Apabila sikap kasih mengasihi
ditanam dalam diri umat Islam, amalan-amalan
jahiliyyah seperti membunuh anak perempuan, sikap
panas baran dan sikap yang tidak bertamadun yang lain
dapat diatasi dengan baik.
Persamaan Di sisi Islam, semua manusia adalah setaraf dan hanya
ketakwaan kepada Allah yang membezakan seseorang
dengan seseorang yang lainnya. Ajaran ini menarik
minat golongan yang ditindas ketika zaman jahiliyyah
terutamanya golongan hamba seperti Bilal bin Rabah
dan keluarga Yassir. Selain itu, Islam juga mengiktiraf
kesaksamaan hak dalam kalangan lelaki dan perempuan
yang dinafikan ketika zaman jahiliyyah.
Mencegah
Faktor
Pemusnah
Masyarakat
Dalam menjamin keharmonian masyarakat Islam,
beberapa faktor yang boleh memusnahkan sesebuah
masyarakat ditekankan supaya dihindari termasuklah:
1. Mengumpat iaitu perbuatan menceritakan keburukan
orang lain ketika ketiadaan orang tersebut
2. Fitnah iaitu perbuatan mereka-reka keburukan
tentang diri seseorang yang sebenarnya tidak wujud
dalam diri seseorang itu.
3. Hasad dengki iaitu perbuatan yang berasa tidak
senang apabila melihat seseorang mendapat nikmat dan
berasa gembira apabila seseorang ditimpa musibah.
4. Zalim iaitu perbuatan yang tidak meletakkan sesuatu
pada tempatnya terutamanya dalam soal keadilan
50Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
51/66
seperti merampas dan menafikan hak seseorang,
mencedera atau menganiaya orang yang tidak bersalah.
Masyarakat Islam di Mekah (Zaman Awal Islam)
Pada zaman awal Islam, seruan dakwah Rasulullah S.A.W terhad
kepada individu di sekelilingnya dan dibuat secara bersembunyi dan
pada ketika itu keadaan masyarakat Islam adalah sangat lemah tanpa
kekuatan yang cukup.
Pusat kegiatan Islam ketika itu adalah di rumah al-Arqam bin Abi al-
Arqam dan dihadiri oleh orang-orang Islam dalam kalangan isteri, ahli
keluarga, sahabat dan beberapa orang hamba abdi di Mekah.
Kemudiannya, dakwah dilakukan secara terbuka oleh Rasulullah
bermula dengan mengajak kabilahnya sendiri untuk memeluk Islam
yang menimbulkan penentangan dalam kalangan pembesar Quraisy
yang juga keluarganya seperti bapa saudaranya iaitu Abdul Uzza (Abu
Lahab) dan bapa mentuanya sendiri iaitu Abu Suffian bin Harb.
Walaupun mendapat tentangan yang hebat, Rasulullah mendapat
jaminan keselamatan daripada bapa saudaranya yang merupakan
salah seorang pembesar Quraisy yang utama iaitu Abu Talib yangmenyebabkan keselamatan baginda terjamin. Selain itu, baginda
turut mendapat pembelaan daripada Bani Hashim dan Bani al-
Mutallib.
Seterusnya, penentangan terhadap umat Islam semakin berkurangan
apabila masyarakat Islam di Mekah bertambah ramai terutamanya
dengan berlakunya pengislaman Umar al-Khattab dan Hamzah bin
51Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
52/66
Abdul Mutallib yang merupakan seorang pahlawan Quraisy yang
disegani.
Masyarakat Islam di awal Islam walaupun berada dalam keadaan
lemah dan tertindas tetapi mampu untuk mempertahankan akidah
dan kepercayaan mereka walaupun sebahagiannya diseksa dan
dibunuh kerana enggan meninggalkan Islam seperti keluarga Yassir
dan Bilal bin Rabah.
Islam yang ditekan di Mekah akhirnya mendapat bantuan orang-
orang Yathrib yang telah berjanji taat setia dan memeluk Islam di
hadapan Rasulullah dalam dua siri Perjanjian Aqabah yang seterusnya
membawa kepada penghijrahan umat Islam dari Kota Mekah ke
Yathrib (Madinah).
Masyarakat Islam di Madinah
Penghijrahan Rasulullah dan umat Islam ke Yathrib telah menjadi asas
pengukuhan Islam sehingga mampu untuk membentuk satu
ketamadunan Islam yang tersebar ke Timur dan Barat.
Bagi membina sebuah masyarakat Islam yang kukuh di Yathrib empat
asas utama telah dititikberatkan oleh Rasullullah S.A.W iaitu:
Keadilan Islam
(al-adalah al-
Islamiah)
Islam mementingkan keadilan terhadap
semua termasuklah dalam kalangan orang
Islam dan bukan Islam. Contohnya, walaupun
orang Islam menguasai Madinah, orang-orang
bukan Islam termasuk orang Yahudi
dibenarkan untuk menjadi rakyat Madinah dan
dikehendaki untuk berbaiah terhadap
52Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
53/66
Rasullullah menerusi Piagam Madinah.
Bermesyuarat
(as-syura)
Islam menghormati pandangan semua orang
baik pemimpin mahupun pengikut biasa.
Dalam pelbagai keadaan di Madinah,
Rasulullah telah menggalakkan konsep
musyawarah. Misalnya ketika mengatur
strategi dalam Perang Ahzab (Perang
Khandak), baginda menerima pendapat
Salman al-Farisi untuk menggali parit
pertahanan walaupun Salman hanyalah
merupakan seorang rakyat biasa di Madinah.
Perpaduan
(al-wahdah)
Kehadiran Islam di Madinah telah berjaya
menyatukan kabilah-kabilah Arab yang
bersengketa semenjak sekian lama di
Madinah iaitu suku Aus dan Khazraj. Kejayaan
menyatukan suku-suku di Madinah telah
berjaya membina sebuah masyarakat yang
bertamadun di Madinah.
Persaudaraan Islam
(al-ukhuwwah)
Melalui ajaran Islam, setiap umat Islam adalah
bersaudara tanpa mengira kaum, bangsa,
keturunan ataupun warna kulit. Oleh itu, salah
satu langkah awal yang dibuat oleh Rasulullah
S.A.W di Madinah adalah mempersaudarakan
golongan Muhajirin (orang Islam yang
berhijrah dari Mekah) dengan golongan Ansar
(orang Islam yang berasal dari Madinah).
53Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
54/66
Persaudaraan ini telah melahirkan semangat
saling kasih mengasihi dalam kalangan umat
Islam terutamanya dalam membantu
golongan Muhajirin yang datang tanpa harta
dan kekuatan ke Madinah.
Selain menyatukan Aus dan Khazraj, mempersaudarakan umat Islam
dan mendapatkan taat setia daripada semua penduduk Yathrib,
Rasulullah juga telah melakukan beberapa pembaharuan termasuk
menukarkan nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah (Bandar
yang Bercahaya) dan membina Masjid Nabawi sebagai pusat utama
masyarakat Islam di Madinah.
Hasil daripada ajaran Islam dan kepatuhan masyarakat Islam Madinah
terhadap ajaran Islam, Madinah muncul sebagai sebuah kota yang
bertamadun di kawasan Jazirah Arab semenjak runtuhnya kerajaan
Saba sebelumnya. Kawasan Hijjaz iaitu kawasan yang meliputi
kawasan Makkah, Yathrib dan lain-lain yang sebelumnya dikenali
sebagai sebuah kawasan kering-kontang dan tandus serta tidak
diminati oleh tamadun besar dunia seperti Rom dan Parsi telah
muncul sebagai pusat ketamadunan yang akhirnya telah
menjatuhkan kedua-dua tamadun tersebut kemudiannya.
Masyarakat Islam Madinah hidup dalam keadaan bersatu-padu,
hormat-menghormati, harmoni serta mempunyai sikap taat setia
kepada Rasulullah dan negara yang tinggi. Malah, mereka sanggup
untuk mempertahankan Madinah yang telah diserang sebanyak tiga
kali oleh tentera Mekah dalam Perang Badar, Uhud dan Ahzab
(Khandak).
54Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
55/66
Kunci utama kegemilangan masyarakat Islam di Madinah adalah
disebabkan kesemua ajaran Islam telah disempurnakan oleh
Rasullullah ketika berada di Mekah.
MASYARAKAT ISLAM ZAMAN KHULAFA AR-RASYIDIN DAN
SELEPASNYA
Masyarakat Islam Zaman Khulafa Ar-Rasyidin
Kewafatan Rasulullah S.A.W pada tahun 11 Hijrah (632 Masihi) telah
mengubah landskap masyarakat Islam pada ketika itu terutamanya
hal-hal yang berkait dengan soal kepimpinan dalam kalangan umat
Islam.
Misalnya, dalam keadaan masyarakat Islam Madinah kehilangan
Rasulullah S.A.W sebagai pemimpin mereka, masyarakat Ansar
(masyarakat asal Madinah) cuba untuk melantik pemimpin mereka
sebagai pengganti Rasulullah.
Dalam keadaan tersebut, satu musyawarah dalam kalangan umat
Islam di Balai Bani Saadah telah diadakan bagi melantik Khalifah
umat Islam yang pertama yang akhirnya berpihak kepada sahabat
Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq R.A.
Zaman Khulafa ar-Rasyidin telah menyaksikan pelbagai dugaan di
sebalik kejayaan yang telah membanggakan umat Islam. Antara
cabaran terbesar Khalifah Abu Bakar adalah memerangi golongan
riddah iaitu golongan yang bertindak keluar daripada agama Islam,
ancaman Nabi-nabi palsu seperti Musailamah Al-Kazzab dan Sajjah,
selain cabaran dalam memerangi golongan yang enggan
membayar zakat.
55Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
56/66
Selain menghadapi ancaman, umat Islam zaman Khulafa ar-Rasyidin
turut mengecapi beberapa kejayaan besar termasuklah
menundukkan kerajaan Rom Timur (Byzantine) dan kerajaan Parsi.
Oleh itu, sebuah masyarakat Islam yang lebih luas di era Khulafa ar-
Rasyidin telah terbentuk di hampir keseluruhan Semenanjung Tanah
Arab.
Walaupun menghadapi kejayaan di bawah Khalifah kedua iaitu
Khalifah Umar al-Khattab, di akhir pemerintahannya, keadaan umat
Islam telah menjadi semakin kelam kabut apabila Khalifah Umar al-Khattab mati dibunuh oleh Abu Luluah (putera Raja Parsi yang telah
memeluk Islam).
Semenjak itu, di bawah khalifah ketiga iaitu Khalifah Uthman bin
Affan walaupun telah berjaya menstabilkan kembali umat Islam di
bawah pemerintahannya selama 12 tahun telah gagal untuk
membendung fitnah yang berleluasa dalam kalangan umat Islam
yang dibawa oleh golongan Khawarij pimpinan Abdullah bin Saba.
Di akhir pemerintahannya, suasana sudah tidak terkawal apabila
seramai hampir 3000 orang Khawarij dari Kufah dan Basrah
mengepung kediaman Khalifah selama hampir 40 hari sebelum
membunuh Saiyidina Uthman bin Affan.
Kemudiannya dalam pemerintahan Khalifah keempat iaitu Saiyidina
Ali bin Abu Talib, kedudukan masyarakat Islam semakin menegang
apabila berlakunya perperangan dalam kalangan umat Islam dalam
Perang Jamal dan Perang Siffin bagi menuntut bela mencari
pembunuh sebenar Saiyidina Uthman sebelumnya. Akhirnya
perperangan tersebut ditamatkan melalui majlis perdamaian umat
Islam yang bersengketa di antara tentera Muawiyah bin Abi Suffian
dengan Khalifah Ali bin Abu Talib dalam Majlis Tahkim.
56Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
57/66
Semenjak peristiwa tersebut, umat Islam telah terpecah kepada tiga
golongan iaitu golongan ahli Sunnah, Syiah dan Khawarij. Pihak
Khawarij yang merupakan punca kucar-kacir umat Islam pada zaman
itu telah bertindak membunuh Saiyidina Ali. Kematian tersebut
menandakan berakhirnya era Khulafa ar-Rasyidin dalam Islam apabila
putera Saiyidina Ali iaitu Saiyidina Hassan hanya mentadbir umat
Islam selama lima bulan sebelum menyerahkannya kepada
Muawiyah. Akhirnya bermulalah sebuah masyarakat Islam di bawah
pemerintahan Dinasti Umayyah.
Berikut adalah golongan masyarakat yang wujud pada zaman Khulafa ar-
Rasyidin:
1. ORANG ARAB
Terdiri daripada orang Arab Utara dan Arab Selatan.
Rasulullah telah berjaya menyatukan padukan masyarakat Arab
seperti kaum Muhajirin dengan Ansar.
Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Arab Quraisy
menerima Islam dan memberi sumbangan yang besar kepada
negara Islam.
Di zaman Khalifah Ar Rashidin orang Arab Madinah dan ArabQuraisy merupakan golongan yang penting membantu
pentadbiran negara contohnya:
Pada zaman Khalifah Abu Bakar, Khalid Al- Walid dan Amru Al As
merupakan panglima perang yang berjaya mengatasi golongan Ar
Riddah.
57Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
58/66
Pada zaman Khalifah Umar al Khattab pula, beliau melantik
enam orang para sahabat seperti Ali bin Abu Talib, Uthman bin
Affan dan Zubir bin Al Awwam sebagai ahli Majlis Syura.
Pada zaman Uthman bin Affan, keluarga Bani Umaiyyah diberikan
jawatan penting seperti Marwan al Hakkam dan Muawiyyah bin
Abu Sufyan sebagai Gabenor.
2. GOLONGAN AR RIDDAH.
Wujud di zaman Khalifah Abu Bakar al Siddiq dan terdiri daripada tiga
golongan, iaitu :
a. Golongan Yang Enggan membayar zakat.
Mereka berpendapat zakat merupakan cukai yang hanya dibayar
kepada nabi Muhammad. Mereka terdiri daripada penduduk Bahrain,
Yamamah dan Hirah. Di Yamamah golongan ini diketuai oleh Abdul
Malik bin Al Mughirah.
b. Golongan Nabi palsu dan Pengikutnya.
Nabi nabi palsu ini seperti Sajah dan Musailammah al Kazab
merupakan nabi palsu yang berpengaruh. Mereka mendakwa
menerima wahyu. Tujuannya untuk mendapatkan pengaruh dan
kepentingan peribadi.
Musailammah mempunyai pengikutnya seramai 40, 000 orang yang
berpusat di Yamamah.
58Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
59/66
c. Golongan Murtad.
Mereka terdiri daripada kabilah kabilah Arab yang menerima Islam
dengan tujuan mendapatkan perlindungan politik daripada negara
Islam. Setelah nabi wafat mereka kembali semula kepada amalan
jahiliah.
Abu Bakar mengambil tindakan dengan menghantar pendakwah
supaya mereka kembali kepada ajaran Islam. Pasukan tentera Islam
telah berjaya mengalahkan golongan ini dan mereka kembali semula
kepada ajaran Islam.
3. GOLONGAN AHLUL AYYAM (AHL AL AYYAM)
Golongan ini wujud pada zaman pemerintahan Umar al- Khattab.
Khalifah Umar telah membuka tanah di wilayah Iraq, Syria dan Mesir.
Orang orang Arab yang menyertai pasukan tentera membuka dan
menetap di wilayah tersebut dikenali sebagai golongan ahl al
Ayyam yang lain terutamanya bekas golongan Murtad.
Golongan ini terdiri daripada suku Arab yang kecil seperti suku
Syaiban dan bekas golongan Murtad. Mereka diberi kuasa mentadbir
ladang dan tanah di wilayah Iraq dan memungut cukai sebagaimengenang jasa mereka dalam pentadbiran.
Zaman Khalifah Umar al Khattab terdapat lebih kurang 12000 orang
golongan ini. Pemimpin mereka ialah Al Ashtar, Malik al Harith dan
Hujr al Kindi.
4. GOLONGAN AL QURRA.
59Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
60/66
Berasal daripada golongan ahl al Ayyam yang diberikan amanah
untuk menguruskan tanah di Iraq. Mereka menggelar diri mereka
sebagai al Qurra bagi menjaga status dan membezakan daripada
golongan ahl al Ayyam yang lain terutama bekas golongan
murtad.
Di zaman Khalifah Uthman, sebahagian besar mereka memberontak
kerana pengambilan kuasa pentadbiran tanah dan cukai di wilayah
Iraq oleh Bani Umaiyyah. Golongan ini bertanggungjawab
menyebabkan pembunuhan Khalifah Uthman.
Mereka memberikan sokongan yang kuat kepada Khalifah Ali
terutamanya Perang Jamal dan Perang Siffin.
5. GOLONGAN KHAWARIJ.
Mereka terdiri daripada bekas penyokong Khalifah Ali yang terlibatdalam Perang Jamal dan Perang Siffin. Mereka tidak bersetuju dengan
tindakan Khalifah Ali menerima perdamaian dengan tentera
Muawiyyah dalam Perang Siffin dan rundingan Majlis Tahkim.
Kegagalan Majlis Tahkim menyebabkan golongan ini menggelar diri
mereka sebagai golongan Khawarij. Mereka berpendapat perpecahan
sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas Khalifah Ali, Muawiyyah
bin Abu Sufyan dan Amru Al As. Mereka melancarkan gerakan untuk
membunuh ketiga tiga pemimpin tersebut. Mereka membunuh
Khalifah Ali dan melancarkan gerakan menentang kerajaan Bani
Umaiyyah.
6. GOLONGAN BERKECUALI.
60Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
61/66
Terdiri daripada golongan yang tidak mahu terlibat dalam konflik
antara Ali dan Muawiyyah. Mereka tinggal di Hijjaz.
7. GOLONGAN BUKAN ARAB ( AJAM )
Golongan Mawali:
Terdiri daripada orang bukan Arab, iaitu kaum Parsi yang telah
memeluk agama Islam. Kebanyakan mereka tinggal di Iraq. Di zaman
ini mereka tidak dikenakan bayaran cukai jizyah.
8. ZIMMI (ORANG BUKAN ISLAM).
Terdiri daripada orang Arab dan bukan Arab seperti kaum Yahudi,
Qibti, Parsi. Mereka tinggal di luar Semenanjung Tanah Arab.Mereka
menganuti agama Kristian, Yahudi dan Majusi.
Mereka mendapat perlindungan politik dan layanan yang adil
daripada kerajaan Islam dengan membayar cukai jizyah.
Masyarakat Islam Semasa Zaman Bani Umayyah
Kerajaan Bani Umayyah memerintah selepas zaman khulafa
al-Rasyidin dan diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufian. Nama
Bani Umayyah bersempena dengan nama pemimpin Quraisy
terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umayyah bin Abd. Syam bin
Abd. Manaf.
61Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
62/66
Di zaman Umayyah, masyarakat Islam dilihat telah terpecah
kepada beberapa golongan kesan daripada kacau bilau
sebelumnya.
Antara golongan tersebut termasuklah:
Golongan Huraian
Pemerintah Golongan ilmu terdiri daripada khalifah dan
pembesar-pembesar Arab berbeza dengan
pemerintahan khulafa al-Rasyidin , kerajaan
Bani Umayyah menggunakan sistem pewarisan
dalam perlantikan khalifah-khalifah baru.
jawatan khalifah telah menjadi hak milik
keturunan Umayyah dari keluarga Abu Sufyan
dan Marwan. Amalan ini telah melahirkan
masyarakat pemerintah.
Sanak saudara dan kaum kerabat,
keturunan Umayyah pula menjadi kelompok
Bangsawan dan mempunyai beberapa
kelebihan sosial dan politik.
Mawali Hamba yang telah memeluk Islam dianggap
sebagai masyarakat kelas kedua.
Namun begitu ada beberapa orang golongan
Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam
kerajaan bani Umayyah seperti Maymun bin
Mihran (Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia).
Golongan ini hanya layak bekerja sebagai
buruh kasar dan petani.tidak dibenarkan
berkahwin dengan orang Arab. Tidak boleh solat
62Disediakan oleh: Hazman_ipda2012
-
7/31/2019 NOTA KETAMADUNAN MANUSIA BAB 1.docx
63/66
jemaah dengan orang Arab.
Zimmi Golongan bukan Islam yang tinggal di Negara
Islam dan hidup aman damai seperti golongan
Islam yang lain.
Kerajaan tidak menjalankan dasar paksaan
dalam agama. Golongan ini juga menikmati hak-
hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka
tidak perlu membayar zakat tetapi perlu
membayar jizyah.
Hamba Perubahan taraf sosial dan corak kehidupan
keluarga bangsawan dan pemerintah Umayyah
yang hidup mewah telah menyebabkan mereka
memerluka