peraturan pemarkahan mpp3 2020 kod butiran ......6(c) konsep kecemerlangan individu dapat...
TRANSCRIPT
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 1
PERATURAN PEMARKAHAN MPP3 2020
1(a) Apakah golongan yang mewakili X?
Kod Butiran Markah
F1 Petani 1
F2 Artisan 1
F3 Pedagang 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
1(b) Berdasarkan jawapan di 1(a) nyatakan peranan golongan X.
Kod Butiran Markah
F1 Membentuk masyarakat teramai / sebahagian besar penduduk 1
F2 Mahir dalam teknologi seperti teknologi membuat gangsa 1
F3 Menghasilkan senjata/perisai/hiasan/peralatan upacara agama 1
F4 Menjadi tonggak ekonomi / memajukan ekonomi 1
F5 Menjadi tonggak pentadbiran 1
F6 Memenuhi keperluan golongan atasan 1
F7 Mencipta barangan tembaga 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
1(c) Bagaimanakah golongan bangsawan, pembesar dan pegawai kerajaan dalam tamadun Hwang
Ho memberi sumbangan bagi memastikan kemakmuran tamadun berterusan?
Kod Butiran Markah
F1 Mempunyai tentera dan senjata bagi menundukkan golongan bawahan 1
F2 Membantu raja mentadbir wilayah 1
F3 Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri 1
F4 Memungut cukai 1
F5 Mengawal pertahanan 1
F6 Mengawal undang-undang 1
F7 Melindungi raja 1
F8 Memberi bantuan tentera kepada raja 1
F9 Menjadi ketua agama 1
F10 Menjalankan upacara keagamaan 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
1(d) Mengapakah masyarakat dalam tamadun awal perlu mempunyai susun lapis masyarakat yang
teratur?
Kod Butiran Markah
F1 Memastikan keamanan berterusan 1
F2 Memastikan ketaatan/setia kepada pemimpin 1
F3 Mengelak penentangan 1
F4 Memudahkan pengurusan kerja 1
F5 Mewujudkan pentadbiran yang teratur 1
Mana-mana jawapan munasabah 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 2
2(a) Nyatakan kegunaan mata wang pada masa itu.
Kod Butiran Markah
F1 Sebagai perantaraan nilai 1
F2 Memudahkan urusan perdagangan 1
F3 Medium jual beli 1
F4 Alternatif kepada sistem pertukaran barang 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
2(b) Berdasarkan jawapan di 2(a), jelaskan ciri-ciri mata wang tersebut.
Kod Butiran Markah
F1 Diperbuat daripada timah/emas 1
F2 Berbentuk bulat/segi enam 1
F3 Mempunyai tulisan jawi/arab 1
F4 Tercatat tarikh Islam 1
F5 Nama sultan dicatat 1
F6 Gelaran Islam sultan /Khalifatul Muslimin 1
F7 Mata wang Katun/Kupang/Kijang/Ayam Jantan 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
2(c) Hasil cukai merupakan sumber terpenting bagi kebanyakan negara termasuk Malaysia bagi
membiayai pembangunan negara.
Buktikan kebenaran pernyataan di atas.
Kod Butiran Markah
F1 Perbelanjaan keselamatan negara 1
F2 Pembiayaan kemudahan infrastruktur/jalan raya/hospital/sekolah 1
F3 Mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara ketika kelembapan ekonomi 1
F4 Bantuan pendidikan/biasiswa 1
F5 Digunakan untuk meringankan beban sara hidup rakyat 1
F6 Menampung bantuan subsidi ke atas barangan keperluan 1
F10 Mana-mana jawapan munasabah 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 3
3(a) Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi di Asia Tenggara.
Kod Butiran Markah
F1 Penubuhan kerajaan pusat/ penyatuan wilayah 1
F2 Diketuai oleh Gabenor Jeneral 1
F3 Pentadbiran melalui biro/ jabatan 1
F4 Pegawai barat sebagai ketua biro 1
F5 Pengenalan undang-undang Barat 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
3(b) Kedatangan imperialis Barat telah melaksanakan banyak perubahan khususnya dalam
pentadbiran di Tanah Melayu.
Jelaskan perubahan yang telah dilakukan dalam bidang tersebut.
Kod Butiran Markah
F1 Menghapuskan sistem pembesar empat lipatan 1
F2 Meruntuhkan/ menghapuskan institusi raja 1
F3 Mengagungkan Negeri-Negeri Selat (NNS) 1
F4 Gabenor sebagai pemerintah tertinggi NNS 1
F5 Dibantu oleh residen kaunselor 1
F6 Pentadbiran peringkat kampung diketuai oleh penghulu 1
F7 Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan Sistem Residen 1
F8 Di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu diperkenalkan Sistem Penasihat 1
F9 Sistem kehakiman Barat 1
F10 Pelaksanaan sistem pengutipan cukai 1
F11 Pembahagian negeri kepada beberapa daerah 1
F12 Penubuhan balai polis 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
3(c) Jelaskan kesan-kesan pengenalan sistem birokrasi Barat terhadap sistem pentadbiran
di Asia Tenggara.
Gunakan pengetahuan sejarah anda.
Kod Butiran Markah
F1 Raja kehilangan kuasa dalam pemerintahan 1
F2 Raja menerima nasihat daripada penasihat barat dalam hal pentadbiran 1
F3 Kemerosotan pengaruh pembesar tempatan 1
F4 Wujudnya jabatan-jabatan dalam pentadbiran negara 1
F5 Sistem kehakiman barat diperkenalkan 1
F6 Penubuhan kerajaan pusat 1
Mana-mana jawapan munasabah 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 4
4(a) Nyatakan peranan badan perundangan
Kod Butiran Markah
F1 Menggubal undang-undang 1
F2 Menjamin keadilan rakyat 1
F3 Memastikan kesejahteraan rakyat 1
[Mana-mana 2 x 1m] [2m]
4(b)i Dewan Negara
Kod Butiran Markah
F1 Dikenali juga sebagai senat 1
F2 Merupakan dewan tertinggi 1
F3 Mengandungi seramai 69 ahli 1
F4 Ahlinya digelar senator 1
F5 Mewakili setiap negeri 1
F6 Dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya 1
F7 Memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun 1
F8 Mesti berumur sekurang-kurangnya 30 tahun 1
F9 Taraf senator sama dengan Ahli Parlimen 1
F10 Boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri 1
F11 Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong 1
F12 Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam/bidang profesional atau bidang tertentu
1
F13 26 ahli dipilih daripada 13 buah negeri 1
F14 Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mewakili Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang Wilayah Persektuan Labuan
1
F15 40 orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada
individu yang berjasa dan cemerlang dalam bidang profesional
1
[2 x 1m] [2m]
4(b)ii Dewan Rakyat
Kod Butiran Markah
F1 Merupakan dewan terpenting 1
F2 Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum 1
F3 Mengandungi 219 ahli 1
F4 Mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara 1
F5 Tempoh jawatan ialah lima tahun 1
F6 Tugas utama adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada
peringkat Dewan Rakyat.
1
[2 x 1m] [2m]
4(c) Bagaimanakah usaha untuk meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran di Malaysia?
Kod Butiran Markah
F1 Kerajaan perlu memberi keutamaan kerja berpasukan 1
F2 Mengamalkan budaya kerja yang mesra pelanggan 1
F3 Menggunakan kemajuan teknologi dalam pentadbiran 1
F4 Mengamalkan dan memberikan perkhidmatan yang cepat dan pantas 1
F5 Memastikan sifar rasuah dalam pentadbiran 1
F6 Pengagihan kuasa dan bidang yang jelas dapat melicinkan pentadbiran 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 5
5(a) Jelaskan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara.
Kod Butiran Markah
F1 Menjalankan aktiviti pertanian 1
F2 Penanaman padi sawah/huma 1
F3 Tanaman sampingan/sayur/buah-buahan/jagung/pisang 1
F4 penternakan 1
F5 Lembu/kerbau/ayam/itik 1
F6 Memungut hasil hutan 1
F7 Rotan/damar/tanduk 1
F8 Menangkap ikan 1
F9 Menghasilkan rempah ratus 1
F10 Mengutip sarang burung 1
F11 Perdagangan 1
F12 Mengutip kulit kura-kura 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
5(b) Tasik Tonle Sap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor.
Buktikan.
Kod Butiran Markah
F1 Membekalkan sumber air minuman 1
F2 Kegunaan untuk kegiatan harian
F3 Mengairi kawasan sawah/pertanian 1
F4 Limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap 1
F5 Musim kemarau, kawasan tasik ini menjadi subur 1
F6 Membekalkan sumber protein/ikan 1
F7 Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi/sistem
pengairan
1
F8 Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi 1
F9 Menyediakan bekalan beras yang mencukupi 1
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
5(c) Apakah strategi pembangunan pertanian yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam
memajukan sektor utama negara?
Kod Butiran Markah
F1 Memperluaskan kawasan pertanian baharu 1
F2 Meningkatkan pembangunan penyelidikan (R&D) 1
F3 Menggalakkan graduan menceburi bidang pertanian 1
F4 Menyuntik dana pertanian/pinjaman kepada pekebun desa 1
F5 Memperkenalkan Dasar Pertanian Negara (DPN) 1
F6 Mempromosikan agro pelancongan Malaysia 1
F7 Penggunaan mesin/jentera pertanian moden 1
F8 Memperkenalkan tanaman eksport baharu 1
F9 Pertukaran teknologi/kepakaran pintar dengan negara luar 1
F10 Menambah baik kaedah pemasaran produk pertanian negara 1
F11 Memperkasakan kurikulum pendidikan berasaskan aktiviti pertanian 1
F12 Mengadakan kempen pertanian/Pertanian Satu Perniagaan 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 6
6(a) Bagaimanakah pembentukan kerajaan Turki Uthmaniyah?
Kod Butiran Markah
F1 Pemerintahan khalifah menjadi semakin lemah pada akhir pemerintahan
kerajaan Abasiyah
1
F2 Keadaan ini membawa kepada munculnya kerajaan-kerajaan kecil di kawasan
Parsi dan Turki
1
F3 Berakhirnya kerajaan Abbasiyah apabila tentera Mongol menyerang Bangdad 1
F4 Kerajaan Saljuk muncul di Barat Anatolia (Turki hari ini) 1
F5 Di asaskan oleh Uthman bin Ertughrul bin Sulaiman Shah berasal dari suku
Qayi
1
F6 Uthman merupakan gabenor di Saljuk di sebelah barat Anatolia yang
bersempadan dengan Empayar Byzantine (Rom Timur)
1
F7 Pada tahun 1301, Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine 1
F8 Belai menakluki kawasan sekitar Anatolia dan menjadikan bandar Bursa
sebagai ibu negeri
1
F9 Usaha perluasan kuasa di teruskan oleh ananknya Orhan 1 1
F10 Orhan 1 menguasai Marmara/Pantai Aegen/Angkara/Galipolli 1
F11 Semasa pemerintahan Murad I dan Bayazid I kerajaan Uthmaniyah menguasai
Balkan Selatan/Utara Bulgaria/Philipoppolis/Sofia/Salonica/Kosovo/Wallachia
/Utara Albania.
1
F12 Pemerintah Mehmed II melaksankan dasar perluasan kuasa dengan mennawan
Istanbul (Constantinaple) ibu negeri Rom Timur pada tahun 1453
1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
6(b) Kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi sumbangan yang besar kepada perubahan
peradaban dunia.
Buktikan
Kod Butiran Markah
F1 Kewujudan empayar Islam 1
H1a Istanbul adalah pusat pentadbiran Dunia Islam 1
H1b Kerajaan Turki Uthmaniyah dilihat sebagai Pelindung Umat Islam 1
F2 Sistem Perundangan/ Kanun Suleimen 1
H2a Diperkenalkan oleh Sulaimen I 1
H2b Mempertahankan dan membela nyawa, harta dan kehormatan setiap individu
tanpa mengira bangsa dan agama
1
F3 Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan Islam 1
H3a Jawatan Kadi dan Mufti diserapkan dalam organisasi pentadbiran Islam 1
H3b Jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama diperkenalkan untuk mengeluarkan
fatwa
1
H3c Koleksi fatwa yang dikeluarjan oleh Sheikh-ul-Islam dalam ilmu agama dan
sains undang-undang kekal sehingga hari ini.
1
F4 Perkembangan Ekonomi 1
H4a Istanbul sebagai pusat jalinan perdagangan antara dunia Islam dan dunia bukan
Islam
1
H4b Jalinan perdagangan meliputi pelabuhan di sepanjang Laut Tengah, Laut
Merah, Laut Hindi dan Laut Mediterranean
1
F5 Sistem sosial 1
H5a Eropah mengamalkan sistem bangsawan berasaskan keturunan 1
H5b Kerajaan Turki Uthmaniyah memperkenalkan sistem menggalakan
kecemerlangan individu
1
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 7
H5c Menggalakkan mobiliti sosial dalam masyarakat Eropah 1
F6 Perkembangan ilmu pengetahuan/ pendidikan 1
H6a Pengenalan sistem madrasah 1
H6b Adanya sistem pendidkan Islam seperti sekolah pengetahuan akademik/sekolah
satera/maktab tentera/maktab teknik/ kolej perubatan
1
F7 Seni bina 1
H7 Masjid Sultan Ahmed (Masjid Biru) di Istanbul 1
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
6(c) Konsep kecemerlangan individu dapat meningkatkan ketamadunan manusia.
Buktikan
Kod Butiran Markah
F1 Mengubah pemikiran manusia 1
F2 Mengubah mobiliti sosioekonomi 1
F3 Meningkatkan ilmu akademik dalam mengejar kecemerlangan 1
F4 Meningkatkan daya kreatif manusia 1
F5 Kecemerlangan selari dengan akhlak dan sikap 1
F6 Melahirkan manusia yang sentiasa berusaha 1
F7 Manusia yang cemerlang sentiasa teliti dalam tindakan 1
F8 Membuat tugasan secara bersungguh-sungguh 1
F9 Kecemerlangan individu diterjemah kepada sumbangan pada masyarakat 1
F10 Melahirkan budaya memimpin dengan amanah dan jujur 1
F11 Perpaduan masyarakat dibentuk 1
F12 Meningkatkan ketamadunan manusia 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
7(a) Berdasarkan pernyataan di atas, mengapakah berlakunya penularan penyakit tersebut ketika
itu?
Kod Butiran Markah
F1 Kemasukan beramai-ramai buruh asing 1
F2 Pertambahan jumlah penduduk 1
F3 Kepadatan tempat tinggal 1
F4 Keadaan tempat kerja yang tidak terurus 1
F5 Bekalan air bersih tidak mencukupi 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
7(b) Jelaskan usaha-usaha British dalam menangani wabak tersebut di Tanah Melayu.
Kod Butiran Markah
F1 Menubuhkan hospital 1
H1a Bertujuan mengawal wabak penyakit 1
H1b Hospital kerajaan terwal dibina di Taiping/Kuala Lumpur 1
H1c Hospital bina di Tanjung Malim/Batu Gajah/Gopeng/Kerian/ Kuala
Kangsar/Kota Kinabalu/Sandakan/Beaufort/Kudat/Tawau/Kuching/Sibu/Seri
Aman
1
H1d Terdapat 29 buah pusat perubatan di Perak/Kuala Lumpur 1
F2 Menubuhkan pusat kesihatan kecil 1
H2 Dibina di Selangor/Pahang/Negeri Sembilan 1
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 8
F3 Institut Penyelidikan Perubatan ( Institute For Medical Research) 1
H3 Bertanggungjawab mengkaji punca penyakit dan langkah-langkah pencegahan 1
F4 Sanitary Board 1
H4 Mengawas kebersihan dan kesihatan bandar di Kuala Lumpur/Perak 1
F5 Jabatan Kesihatan 1
H5 Menjaga aspek kesihatan 1
F6 Pembinaan hospital persendirian 1
H6 Memberikan perkhidmatan kesihatan untuk pekerja lombong bijih
timah/imigran China
1
C6 Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur 1
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
7(c) Mengapakah aspek kesihatan rakyat menjadi keutamaan dalam sesebuah negara?
Kod Butiran Markah
F1 Melahirkan modal insan berkualiti 1
F2 Memastikan hayat warganegara panjang 1
F3 Melahirkan warganegara sihat 1
F4 Mengelakkan penularan wabak penyakit 1
F5 Mengelakkan kadar kematian yang tinggi 1
F6 Meningkatkan taraf hidup rakyat 1
F7 Meningkatkan keharmonian dalam masyarakat 1
F8 Memerlukan rakyat memajukan negara 1
F9 Melaksanakan pembangunan negara 1
F10 Meningkatkan imej negara 1
F11 Mana-mana jawapan munasabah 1
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
8(a) Jelaskan ciri-ciri tersebut dalam Kesultanan Melayu Melaka.
Kod Butiran Markah
i) Kedaulatan
F1 Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah 1
F2 Kekuasaan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak 1
F3 Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah negara atau pemerintah 1
F4 Pemerintah berkuasa menggubal dan menguatkuasakan undang-undang 1
F5 Memastikan negara itu bebas daripada campur tangan/ paksaan/ taklukan/
penjajahan kuasa asing
1
F6 Dalam Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan merujuk terus kepada raja yang
memerintah
1
ii) Keunggulan undang-undang
F7 Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan/ melindungi rakyat/
mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan
1
F8 Menentukan struktur kerajaan/ kehakiman/ bahasa/ agama/ kerakyatan diterima
oleh masyarakat
1
F9 Dalam Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua undang-undang bertulis yang
dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam
1
F10 Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka 1
[Mana-mana 6 x 1m] [6m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 9
8(b) Terangkan kesan keunggulan undang-undang dalam pembinaan negara bangsa Kesultanan
Melayu Melaka.
Kod Butiran Markah
F1 Rakyat akan patuh kepada undang-undang 1
F2 Wujud perpaduan kaum 1
F3 Negara akan aman 1
F4 Kegiatan perdagangan/ ekonomi meningkat 1
F5 Ramai pedagang berkunjung ke Melaka 1
F6 Menjadi sebuah kuasa yang disegani 1
F7 Taat kepada pemerintah/ raja 1
F8 Meningkatkan ketamadunan bangsa 1
Mana-mana jawapan munasabah 1
[Mana-mana 6 x 1m] [6m]
8(c) Mengapakah Kesultanan Melayu Melaka dijadikan teras dalam pembinaan negara dan bangsa
Malaysia?
Kod Butiran Markah
F1 Mempunyai peradaban yang sesuai dengan budaya masyarakat 1
F2 Kenegaraan yang tinggi menjadi identiti negara bangsa 1
F3 Mempunyai ciri-ciri sebuah negara bangsa moden seperti hari ini 1
F4 Kesultanan Melayu Melaka mempunyai wilayah pengaruh 1
F5 Mempunyai kedaulatan bagi memastikan bebas daripada penjajahan 1
F6 Mempunyai rakyat yang terikat dengan undang undang wilayah tersebut 1
F7 Mempunyai kerajaan yang akan menguruskan pentadbiran dan menjaga
keamanan
1
F8 Mempunyai lambang-lambang yang menjadi identiti negara 1
F9 Keunggulan undang-undang untuk memelihara/melindungi rakyat 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
9(a) Berikan maksud pakatan murni?
Kod Butiran Markah
F1 Usaha semua kaum di Tanah Melayu menghasilkan satu kerjasama 1
F2 bertolak ansur dalam aspek politik 1
F3 Melalui rundingan antara kaum 1
F4 Setiap kaum mempunyai tuntutan /masalah yang tersendiri 1
F5 Merupakan jalan penyelesaian untuk menyatupadukan pelbagai kaum 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
9(b) Jelaskan usaha yang telah dilaksanakan untuk menjayakan pakatan murni sebelum
terbentuknya Parti Perikatan.
Kod Butiran Markah
F1 Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK) 1
H1a JHAK pada mulanya dianggotai oleh kaum Melayu dan Cina. 1
H1b Kaum Cina diwakili oleh Dato’ Onn Jaafar dan kaum Cina diwakili oleh Tan
Cheng Lock.
1
H1c Selepas itu JHAK turut dianggotai oleh kaum India, Serani, Sri Lanka dan
Eropah
1
F2 JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO 1
H2a Bersetuju menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) 1
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 10
H2b Bersetuju melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai pengerusi RIDA 1
H2c Bersetuju memajukan ekonomi dan pendidikan masyarakat luar banda 1
H2d Bersetuju memberi kerakyatan kepada imigran secara Kerakyatan Negeri 1
H2e Bersetuju mengadakan pilihan raya pada masa sesuai 1
F3 Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang
bukan Melayu
1
H3a Cadangan beliau ditolak oleh ahli UMNO 1
H3b Beliau dikecam kerana orang Melayu 1
H3c Dato’ Onn meninggalkan UMNO 1
F4 Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) 1
H4a Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum 1
H4b IMP mengutamakan kerjasama kaum dalam satu parti. 1
F5 Pihak British menganjurkan Persidangan Kebangsaan 1
H5a Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald. 1
H5b Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman. 1
F6 Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan 1
H6a Konvensyen dianjurkan bersama MCA 1
H6b Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti politik 1
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
9(c) Pakatan Murni amat penting dalam masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu ketika itu.
Buktikan kebenaran pernyataan tersebut dalam konteks Malaysia kini.
Kod Butiran Markah
F1 Mengukuhkan perpaduan 1
F2 Mewujudkan keharmonian masyarakat 1
F3 Menjana kestabilan politik 1
F4 Mengelakkan pertelingkahan/persengketaan 1
F5 Menghakis sikap mementingkan diri sendiri 1
F6 Menjamin keamanan negara 1
F7 Memudahkan penyelesaian masalah yang melibatkan kaum 1
F8 Mengelakkan isu sensitif dibincang secara terbuka 1
F9 Meningkatkan imej negara 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
10(a) Nyatakan matlamat Dasar Ekonomi Baru.
Kod Butiran Markah
F1 Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum 1
F2 Menyusun semula masyarakat 1
F3 Menambahkan pendapatan / meningkatkan taraf hidup 1
F4 Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi 1
F5 Merapatkan jurang ekonomi ekonomi antara kaum dan wilayah 1
F6 Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 11
10 (b) Terangkan pendekatan dan langkah yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat dasar
tersebut.
Kod Butiran Markah
F1 Program pembangunan luar bandar diteruskan 1
F2 Melaksanakan Rancangan Pembangunan Lima Tahun 1
F3 Melalui RMK 2 dan RMK 3 pembukaan tanah secara besar-besaran
dilaksanakan
1
F4 Memberi tumpuan terhadap penanaman getah dan kepala sawit 1
F5 Menubuhkan agensi-agensi kerajaan seperti LPN, LKIM, UDA, RISDA, LPP,
PETRONAS
1
F6 Memperluas peranan agensi pembangunan wilayah 1
F7 Melalui RMK 4 menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) 1
F8 Mengenalpasti dan membuka perusahaan baru 1
F9 Menguruskan projek industri berat dengan cekap 1
F10 Menggalakkan pelaburan modal asing 1
F11 Membuka perusahaan baru 1
F12 Memperkenalkan zon perdagangan bebas 1
F13 Melancarkan program Kajian Dasar Perindustrian Negara 1
F14 Melancarkan Pelan Induk Perindustrian 1
F15 Memperkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia 1
F16 Penubuhan Permodalan Nasional Berhad 1
F17 Memperkenalkan Amanah Saham Nasional 1
F18 Melalui RMK 5 meningkatkan sektor perindustrian 1
F19 Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport 1
F20 Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan agar dapat bekerjasama dengan
sektor swasta
1
F21 Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar 1
F22 Menggalakkan industri desa 1
F23 Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif 1
F24 Menjadikan sektor pelancongan sebagai perusahaan penting 1
F25 Melancarkan Tahun Melawat Malaysia 1990 1
F26 Menitikberatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
10(c) Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah berjaya mengurangkan masalah kemiskinan
masyarakat luar bandar.
Buktikan.
Kod Butiran Markah
F1 Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1% 1
F2 Pendapatan perkapita kaum bumiputera meningkat 1
F3 Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat 1
F4 Pelbagai agensi ditubuhkan untuk memberi bantuan kewangan, subsidi,
pemasaran, baja dan sebagainya
1
F5 Antara agensi yang ditubuhkan untuk bagi membantu golongan petani ialah
LPN, LKIM, RISDA dan sebagainya
1
F6 Meningkatkan pendapatan petani 1
F7 Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar 1
F8 Pembukaan tanah secara besar-besaran melalui FELDA 1
F9 Rakyat mampu memiliki tanah dengan tanaman getah dan kelapa sawit untuk
dieksport
1
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 12
F10 Selain memiliki tanah pertanian, mereka memperolehi petempatan baru yang
dilengkapi dengan kemudahan asas
1
F11 Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke petempatan baru 1
F12 Mereka berubah menjadi petani moden 1
F13 Melalui peluang pendidikan melahirkan anak-anak luar bandar yang berjaya
dan memasuki pasaran pekerjaan yang lebih baik
1
F14 Terdapat dalam kalangan mereka yang berjaya dalam bidang keusahawanan
dan perniagaan
1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
11(a) Jelaskan peranan OIC terhadap negara-negara anggota.
Kod Butiran Markah
F1 Mengeratkan hubungan sesama negara Islam 1
F2 Bersuara dalam satu nada demi kepentingan umat Islam 1
F3 Mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam 1
F4 Melindungi tempat-tempat suci Islam/ tidak dicemari 1
F5 Membantu negara-negara Islam yang menghadapi masalah 1
F6 Menghantar bantuan perubatan ke Lubnan/ Bosnia/ Afghanistan 1
F7 Memberi bantuan kewangan kepada negara-negara Islam yang kurang maju/
Sudan/ Nigeri/ Chad
1
F8 Menubuhkan Bank Pembangunan Islam 1
F9 Menawarkan pinjaman untuk projek-projek pembangunan/ institusi pendidikan 1
[Mana-mana 4 x 1m] [4m]
11(b) Terangkan sumbangan Malaysia dalam usaha mengekalkan kesejahteraan dan keamanan
dunia melalui OIC.
Kod Butiran Markah
F1 Memainkan peranan penting dalam pertubuhan 1
F2 Tunku Abdul Rahman menjadi Setiausaha Agung pertama 1
F3 Menjadi perantara dalam menyelesaikan perang Iran-Iraq 1
F4 Menyokong perjuangan rakyat Palestin 1
F5 Memperjuangkan usaha rakyat Palestin mendapatkan semula tanah mereka
daripada Israel
1
F6 Menjadi tuan rumah Persidangan OIC 1
F7 Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara
Islam
1
F8 Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC 1
F9 Membuka peluang kepada pelajar dari negara OIC belajar di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA)
1
F10 Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam pedagangan/ kegiatan ekonomi
F11 Memperjuangkan hak/ kebajikan negara-negara Islam
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
SULIT PERATURAN PEMARKAHAN 1249/2
SULIT MPP2 2020 13
11(c) Sebagai pemimpin masa depan, cadangkan cara untuk meningkatkan peranan OIC pada
peringkat global?
Kod Butiran Markah
F1 Pemimpin OIC perlu bersatu padu menangani masalah bersama 1
F2 Mengukuhkan kerjasama ekonomi antara negara anggota 1
F3 Pertukaran tenaga pakar 1
F4 Mengeratkan kerjasama dalam bidang sains/ teknologi 1
F5 Mengekalkan keselamatan/ keamanan negara anggota 1
F6 Mengeratkan kerjasama pertahanan antara negara 1
F7 Mengamalkan semangat toleransi 1
F8 Memantapkan semangat muafakat/ rundingan 1
F9 Mengelak campur tangan kuasa asing dalam krisis negara 1
F10 Bekerjasama dalam pembangunan dan penyelidikan 1
Mana-mana jawapan munasabah
[Mana-mana 8 x 1m] [8m]
PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT