memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

12
Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar Zulhairy Zakaria & Haziq Murat ABSTRAK Graduan kini memikul peranan dan tanggungjawab untuk mencari jalan terbaik dalam usaha membudayakan ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara, sekaligus menjadikan ilmu sebagai pemangkin dalam usaha menyelesaikan sebarang permasalahan. Justeru, lahirlah penulisan ini bagi membincangkan tentang konsep budaya ilmu, kepentingannya dan seterusnya cadangan mengenai langkah-langkah terbaik untuk memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Teknik pengumpulan data dijalankan secara soal selidik, pemerhatian sekeliling dan rujukan daripada buku-buku serta laman sesawang. Data ini kemudiannya telah dianalisis secara terperinci bagi mendapatkan hasil yang dijangkakan. Hasil kajian penulis mendapati bahawa masih ramai lagi pelajar yang kurang pendedahan mengenai budaya ilmu. Bagi merealisasikan objektif kajian ini iaitu memupuk kesedaran pelajar terhadap budaya ilmu, penulis berharap hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan oleh pelajar untuk turut sama menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian. Kata kunci : ilmu, langkah-langkah, teknik, hasil, objektif

Upload: angah-mzack

Post on 01-Jul-2015

1.239 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

Zulhairy Zakaria & Haziq Murat

ABSTRAK

Graduan kini memikul peranan dan tanggungjawab untuk mencari jalan terbaik

dalam usaha membudayakan ilmu bagi membangunkan masyarakat dan negara,

sekaligus menjadikan ilmu sebagai pemangkin dalam usaha menyelesaikan sebarang

permasalahan. Justeru, lahirlah penulisan ini bagi membincangkan tentang konsep

budaya ilmu, kepentingannya dan seterusnya cadangan mengenai langkah-langkah

terbaik untuk memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Teknik pengumpulan

data dijalankan secara soal selidik, pemerhatian sekeliling dan rujukan daripada buku-

buku serta laman sesawang. Data ini kemudiannya telah dianalisis secara terperinci bagi

mendapatkan hasil yang dijangkakan. Hasil kajian penulis mendapati bahawa masih

ramai lagi pelajar yang kurang pendedahan mengenai budaya ilmu. Bagi merealisasikan

objektif kajian ini iaitu memupuk kesedaran pelajar terhadap budaya ilmu, penulis

berharap hasil penulisan ini dapat dijadikan panduan oleh pelajar untuk turut sama

menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu dalam kehidupan harian.

Kata kunci : ilmu, langkah-langkah, teknik, hasil, objektif

Page 2: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

PENGENALAN

Menurut Wan Mohd Nor dalam bukunya yang berjudul Budaya Ilmu- Satu

penjelasan, masih terdapat beberapa salah faham tentang ilmu dan peranannya di

kalangan kita. Ada yang telah mengutarakan bahawa apa yang kita sangat perlukan

masa kini bukanlah budaya ilmu, tetapi perkara-perkara lain yang mengikut mereka

adalah lebih asas. Ada yang berpendapat faktor terpenting itu adalah iman dan amalan

keagamaan, ada juga yang mengatakan kekuatan ekonomi, dan ada pula yang

menyarankan perpaduan atau semangat kebangsaan. Tidak menafikan peri-pentingnya

faktor-faktor tersebut, tetapi faktor-faktor ini hanyalah hasil atau akibat daripada faktor

yang lebih asas, iaitu ilmu. Iman atau amalan keagamaan, jika tidak didasarkan kepada

ilmu yang luas dan mendalam, hanyalah seperti bangunan di atas pasir, atau sekuat

sarang lelabah, datang ribut tumbanglah dia. Sesuatu bangsa yang memiliki kekuasaan

dan kejaan tidak boleh mempertahankan milik bangsa tersebut apatah lagi

mengembangkannya tanpa budaya ilmu yang baik malah ia akan bergantung kepada

pihak atau bangsa yang berilmu. Menyedari kepentingan ilmu, penulis ingin mengupas

mengenai pemantapan budaya ilmu dalam kalangan pelajar. Sebelum bercerita lebih

lanjut, penulis akan terlebih dahulu memperincikan tentang konsep budaya ilmu dan

kepentingannya kepada kita semua.

Page 3: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

1)KONSEP

Konsep mengikut pengertian kamus Dewan Bahasa dan Pustaka membawa

maksud sebagai idea am atau idea yang mendasari sesuatu atau rancangan. Konsep

adalah satu gagasan idea (idea yang baru) yang abstrak untuk dijadikan satu dasar dalam

membina atau membuat sesuatu perkara(perbuatan/ tindakan). Melalui konsep, diharapkan

akan dapat memudahkan pemikiran dengan menggunakan satu istilah. Seperti yang

diungkapkan Nasution (2008) yang mendedahkan bahawa "Bila seseorang boleh menghadapi

benda atau peristiwa sebagai suatu kumpulan, golongan, kelas, atau kategori, maka ia telah

belajar konsep”. Dipertegas oleh dengan Soedjadi (2000) yang menyatakan bahawa "Konsep

adalah idea abstrak yang boleh digunakan untuk mengadakan klasifikasi atau penggolongan

yang pada umumnya dinyatakan dengan suatu istilah atau rangkaian kata". 

Pengertian konsep dalam matematik juga diungkapkan oleh Bahri (2008) bahawa: "Konsep

adalah unit arti yang mewakili sejumlah objek yang mempunyai ciri yang sama.   Orang yang

mempunyai konsep mampu mengadakan abstraksi terhadap objek-objek yang dihadapi,

sehingga objek-objek ditempatkan dalam golongan tertentu. Objek-objek dihadirkan dalam

kesedaran orang dalam bentuk perwakilan mental tak berperaga. Konsep sendiri pun dapat

dilambangkan dalam bentuk suatu kata (lambang bahasa) ". 

Dari pengertian konsep yang telah dihuraikan di atas dapat disimpulkan bahawa konsep

adalah idea abstrak untuk mengklasifikasi objek-objek yang biasanya dinyatakan dalam suatu

istilah kemudian dituangkan ke dalam contoh dan bukan contoh, sehingga seseorang dapat

mengerti suatu konsep dengan jelas. Dengan menguasai konsep seseorang dapat

menggolongkan dunia sekitarnya menurut konsep itu.

1.1)KONSEP BUDAYA

Konsep tentang budaya banyak dan rumit. Penghuraian mengenai konsep ini

mengundang pelbagai kecelaruan dan kesan daripada perbezaan disiplin dan perspektif

budaya itu dilihat oleh para pengkaji. Konsep ini perlu difahami sama ada dari aspek

praktikal mahupun teoretikal.

Secara umumnya, perkataan kebudayaan bermaksud tamadun, peradaban atau

kemajuanfikiran. Dari sudut etimologi, perkataan “budaya” berasal dari akar kata yang

tersusun daripada dua perkataan yang terpisah iaitu “budi” dan “daya”. Kalimah “budi”

bererti cahaya atau sinar yang terletak di dalam batin manusia. Perkataan “daya”

bertalian dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan

anggotanya apa yang digerakkan oleh budinya (Haji Abdul Karim Amrullah, 1966).

Page 4: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

Aziz Deraman (1975) mendefinasikan istilah budaya merujuk kepada satu cara

hidup yang merangkumi keseluruhan kompleks yang merangkumi semua lapangan

kehidupan dan sama ada simple atau kompleksnya bidang-bidang itu tergantunglah

kepada tingkat perkembangan kemajuan dan perubahan yang dilalui oleh masyarakat itu

sendiri.

Sarjana Islam, Said Hawwa menjelaskan kebudayaan bukan sahaja dimaksudkan

dengan ilmu semata-mata bahkan termasuk idea-idea (tasawwurat), pemikiran-

pemikiran, tingkah laku, adab dan setiap pengertian yang tidak termasuk dalam kategori

material (al-maddiy). Manakala, sarjana muda british, Franz Boas (1938) berpendapat

budaya merupakan:

“the totality of the mental and physical reactions and activities

that characterize the behavior of the individuals composing a social

groupcollectively and individually in relation to their natural environment, to

other groups, to members of the group and of each individual to himself”

(muka surat 159)

Pendek kata, dapatlah dirumuskan bahawa budaya merupakan satu cara berfikir

yang komprehensif kumpulan manusia untuk dijadikan nilai yang dikongsi bersama dan

diterjemahkan dengan tindakan dalam aspek kehidupan sosial.

1.2) KONSEP ILMU

Menurut Naquib Al- Attas dalam buku yang ditulis oleh Mohd Nor (2005), ilmu

adalah kepercayaan yang benar (keyakinan), ia adalah satu aspek daripada keupayaan

spiritual manusia.Oleh itu, ilmu adalah iman dan kebenaran kerana ia melibatkan

penegasan spiritual dan pengesahan fizik. Lebih menarik lagi beliau mengatakan Ilmu

adalah kesatuan antara orang yang mengetahui dengan makna. Kesatuan ini hanya dapat

berlaku apabila seseorang yang memiliki potensi juga memiliki persiapan intelektual

dan spiritual. Maka dari itu, atas dasar bahawa ilmu adalah pemberian Allah kepada

sesiapa yang dipilih-Nya, walaupun ramai manusia yang berpotensi tetapi sedikit yang

dianugerahkan ilmu yang betul. Atas premis bahawa ilmu itu datang daripada Allah

s.w.t. dan diperoleh jiwa yang kreatif, beliau membahagikan pencapaian dan

pendefinisian ilmu secara deskriptif ke dalam dua bahagian. Pertama, sebagai sesuatu

yang berasal daripada Allah s.w.t., dapat dikatakan bahawa ilmu itu adalah tibanya

makna sesuatu objek ilmu ke dalam jiwa pencari ilmu (husul suratal-shay’ fi al ‘aql);

kedua, sebagai sesuatu yang diterima oleh jiwa yang aktif dan kreatif, ilmu dapat

Page 5: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

diberikan sebagai tibanya jiwa pada makna sesuatu objek ilmu. (wusul al-nafs ila ma‘na

al-shay’).

Definisi ilmu seperti yang diungkapkan oleh al-Attas di atas, memberikan kita

gambaran yang jelas bahawa pencarian ilmu bukan sekadar pengumpulan maklumat dan

fakta. Apa yang penting adalah kefahaman dan kesedaran yang dicapai oleh jiwa atau

hati nurani seseorang. Sehingga ilmu yang diperolehinya dapat memberi manfaat

kepadanya supaya menjadi pelita yang menerangi kehidupannya. Dengan memahami

hakikat ilmu seperti ini maka akan terungkailah kemusykilan mengenai wujudnya

segolongan pemegang ijazah yang tinggi hatta dalam pengajian Islam tetapi tidak

membawanya kepada hidayah dan jalan yang lurus. Masyarakat memandang golongan

ini sebagai ilmuwan, tetapi pada hakikatnya mereka tidak lebih dari sekadar pengumpul

maklumat.

Dari perspektif Islam, konsep ilmu diasaskan kepada ajaran Al-Quran. Hal ini

penting difahami kerana ayat Al-Quran yang terawal diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w adalah seperti berikut:

“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah,

dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan

tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”

(Surah al-Alaq: 1-5)

Arahan membaca tidak terhad kepada kefahaman literal iaitu membaca bahan

bacaan di atas kertas. Membaca juga adalah kaedah untuk memahami sesuatu ilmu

pengetahuan dan kefahaman. Kaedah tersebut juga luas dan tidak hanya perlu kepada

bahan bacaan bertulis secara tersurat, bahkan perlu juga melangkaui bahan bertulis yang

terserlah menerusi alam ini. Selain itu, perintah membaca juga perlu merujuk kepada

sumber ilmu, iaitu Yang Maha Bijaksana yang “menjadikan manusia daripada segumpal

darah, yang mengajar manusia dengan pena, mengajar manusia apa yang tidak

diketahui”. Menurut Zaini Ujang (2009), perintah membaca dan hakikat bahawa berfikir

dan mengkaji tentang alam ini adalah konsep ilmu yang menjadi asas ajaran Islam.

Konsep ini juga menunjukkan Islam sangat menekankan kepada kemajuan dan

penghayatan ilmu pengetahuan. Memahami konsep ini, manyebabkan umat Islam

bersungguh-sungguh belajar dan memajukan ilmu pengetahuan sehingga dalam tempoh

Page 6: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

singkat, Islam melahirkan tamadun besar seperti di Andalusia yang telah memberi

sumbangan besar terhadap perkembangan ilmu pengetahuan dunia.

Selain itu, Islam juga menjadi pendorong kemajuan manusia dalam aspek

kerohanian, pemikiran, moral dan keduniaan. Sumbangan Islam dalam bidang

intelektual begitu terserlah sehingga malahirkan tokoh- tokoh ilmuan dalam pelbagai

bidang yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dari segi sumbangan kepada

kelangsungan perkembangan ilmu dan kesejahteraan sejagat. Hal ini disebut dengan

lebih terperinci oleh Jonathan Lyons dalam bukunya berjudul The House of Wisdom:

How the Arabs Transformed Western Civilization (2009).

2) KEPENTINGAN BUDAYA ILMU

Ilmu adalah nikmat tertinggi, sebagaimana kejahilan merupakan kesakitan yang

amat menderitakan. Dalam konteks ini, Islam mengiktiraf bahawa ilmu merupakan

penanda aras atau kunci kejayaan kepada sesuatu kemajuan baik daripada segi kualiti

rohaniah, sahsiah mahupun daripada aspek pembangunan fizikal.

Di dalam konteks budaya ilmu yang bertunjangkan Islam, penuntutan ilmu tidak

disempitkan dengan hanya penumpuan kepada satu cabang ilmu semata- mata, tetapi

umat manusia digalakkan untuk menuntut ilmu tanpa sempadan dan akhirnya

menyumbang kepada kejayaan pembentukan khayra ummah. Hakikat ini amat jelas,

kerana ilmu menurut pandangan Islam adalah berpunca daripada Allah s.w.t. Menurut

pandangan Naquib al-Attas (1999: 17) mengenai hubungan Maha pencipta dengan ilmu

ini boleh diungkapkan dengan kata-katanya:

"Merujuk kepada Allah sebagai asal kepada segala ilmu, ia (ilmu) adalah

ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang. Apabila merujuk kepada diri

sebagai pentafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang

sesuatu"

Dalam realiti semasa, umat Islam harus digesa untuk meningkatkan kualiti,

terutamanya daripada aspek membudayakan ilmu agar martabat dan warisan keilmuan

umat Islam itu sendiri tidak luput di telan zaman. Jikalau diteliti dengan jelas, adalah

tidak munasabah untuk umat Islam pada masa kini mundur kebelakang, selain daripada

persoalan sikap jahil yang menebal serta sombong untuk melihat kembali sejarah.

Dunia pernah menyaksikan beberapa kali, tamadun yang diasaskan umat Islam

bangun dan jatuh. Sebagai contoh zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah

Page 7: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

berlaku apabila sultan-sultan pada ketika itu amat perihatin di dalam mendaulatkan ilmu

dan penyelidikkan. Tidak dapat dinafikan juga kesedaran rakyat yang banyak ketika itu

juga mencerminkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi, apabila anak-anak disuruh

untuk menguasai dan menghafal Al-quran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk

menuntut ilmu-ilmu lain. Kesedaran ini bertolak daripada kefahaman bahawa ilmu

Fardhu Ain adalah lebih penting di dalam pembangunan insan berkualiti dan bergerak

seiring dengan ilmu Fardhu Kifayah.

Namun, apabila penghayatan terhadap ilmu itu hilang, maka sejarah

menyaksikan kota Baghdad yang mempunyai pelbagai khazanah untuk membangunkan

tamadun luluh, dengan fenomena keruntuhan moral di kalangan pemimpin dan rakyat

yang melampau. Sikap lewa dan mudah terpesona dengan nikmat yang diperolehi,

membuatkan mereka lalai dan akhirnya tamadun kerajaan Abbasiyyah, dijatuhkan

dengan cara yang paling hina iaitu melalui serangan daripada kaum Moghul. Daripada

segi logik akal, mustahil tamadun yang sebegitu besar, malah amat luas pengaruhnya di

dunia ketika itu, ditambah pula dengan warisan kegemilangan strategi perang dan

sebagainya, hancur di tangan satu bangsa nomad. Maka sudah tentu kehancuran ini

berpunca daripada sikap menjauhkan diri daripada membudayakan ilmu.

Fenomena yang sama berlaku, mengenai sejarah kebangkitan kerajaan

Otthmaniah Turki, Selat Bohsporus menjadi saksi tentang kualiti keilmuan seseorang

pemimpin muda Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera pimpinan baginda yang mana

telah merangka satu taktik perang yang amat menakjubkan sehingga membawa kepada

kejatuhan Empayar Rom di Byzantine (Turki), namun ketika di penghujung era

pemerintahan dinasti Otthmaniyyah, ini berlaku sikap sambil lewa di kalangan

pemerintah dan rakyat terhadap ilmu, dan akhirnya memudahkan musuh-musuh Islam

ketika yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attartuk melancarkan serangan pemikiran

dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Otthmaniah.Maka amat jelas di sini

bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada pembudayaan ilmu, kerana dengan

penguasaan ilmu maka akan lahirlah pengamalan yang baik. Khazanah ilmu daripada

pelbagai cabang dan sudut bidang perlu dibawa dan dikaji kembali oleh umat Islam.

Sikap untuk suka menyelidik, dan mengkaji sesuatu ilmu perlu dibudayakan.

Dibudayakan di sini bermaksud dilakukan secara menyeluruh. Umat Islam mempunyai

peluang yang amat luas di dalam bidang penyelidikkan, dengan kemampuan

menghasilkan peratusan tinggi bagi pendapatan di dalam negara selama setahun dan

Page 8: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

jumlah penduduk yang agak ramai, maka kerajaan bagi negara-negara Islam harus lebih

menumpukan kepada pembelanjaan bagi membiayai penyelidikan ilmu "Rather than"

membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli keperluan senjata yang mana

industri persenjataan ini sentiasa mengeluarkan model-model terbaru yang canggih.

Menyentuh peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pengajian,

sekolah, ataupun mana-mana pusat pendidikkan, kesedaran terhadap peri pentingnya

integrasi dan islamisasi ilmu harus ditekankan. Fenomena kini dapat dilihat mengenai

gejala, golongan siswa dan siswi khususnya yang menuntut ilmu sekadar untuk lulus

peperiksan dan disempitkan lagi dengan sikap penyempitan budaya ilmu mereka yang

hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah.

Menyelami kata-kata hikmat yang pernah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri

Indonesia ketika permerintahan Sukarno yang mana beliau menyebut "Pemimpin lahir

bukan hanya bersandarkan pengajaran yang didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi

pemimpin lahir bergelumang di tengah-tengah kemelut masyarakat. Maka amat penting

bagi institusi-institusi pendidikkan khususnya, selain daripada sikap pelajar itu sendiri

untuk meluaskan dan mengamalkan konteks budaya ilmu tersebut sendiri.

Menyedari akan hakikat perubahan yang perlu dilakukan, sebaik-baiknya

pendidikkan harus bermula ketika waktu usia kecil, yang mana budaya cintakan ilmu

perlu dipupuk dikalangan ibu-bapa terhadap anak-anak. Sikap untuk mengagung-

agungkan budaya hiburan terlampau perlu dihentikan untuk tidak merosakkan minda

dan tumpuan bagi melahirkan generasi rabbaniy dan dengan izin daripada Allah s.w.t

berperanan pula untuk mengembalikan tamadun khayra ummah yang amat dirindui.

3) CADANGAN MEMANTAPKAN BUDAYA ILMU

Mohd Nor (1988: 6-14) telah mencadangkan beberapa langkah bagi memantapkan

budaya ilmu. Antaranya ialah:

1) Pembinaan budaya ilmu dan tamadun yang lahir daripadanya merujuk pada

sistem nilai (axiology), pandangan dunia (world view) dan idealisme sesebuah

sistem sosial serta individu di dalamnya

2) Dalam sistem nilai tersebut, perlu terdapat kecintaan terhadap ilmu pengetahuan

serta kegigihan menimba, menyebar dan mengamalkannya dianggap sebagai

suatu idealisme dan kebaikan tertinggi yang menjadi punca segala kebaikan

yang lain.

Page 9: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

3) Pembinaan budaya dan tamadun ilmu yang bersepadu adalah berasaskan tiga

perkara utama iaitu konsep Tuhan, manusia dan alam semesta

4) Budaya ilmu terbukti wujud bila ilmu merupakan perkara penting yang

mahudisampaikan kepada seseorang atau oleh seseorang manusia walaupun

semasa diakhir hayatnya

5) Dalam budaya ilmu, martabat ilmu perlu diletakkan sebagai kebaikan mutlak

kerana proses pencapaian ilmu, antara lainnya, memerlukan usaha yang gigih,

kesabaran yang banyak, pengorbanan yang ikhlas dan jiwa yang berani.

6) Ganjaran setiap usaha untuk mencari dan menyebarkan ilmu adalah berbentuk

dalaman (intrinsik) dan keakhiratan

7) Pembinaan tamadun ilmu hanya mungkin terhasil jika ilmu diberikan

statussebagai 'the highest good', kebaikan mutlak martabat tertinggi dalam

sistem nilai individu dan masyarakat.

8) Pembinaan tamadun ilmu bererti kegiatan pendidikan bersifat seumur hidup

(lifelong learning), dari buaian hingga ke liang lahad, dan bersifat menyeluruh

dan bersepadu

9) Budaya ilmu yang sebenar akan memberi peluang kepada semua ahli sesuatu

masyarakat itu untuk mencari ilmu dan ketinggian melaluinya, sekalipun betapa

rendah taraf sosioekonominya.

10) Budaya ilmu mencetuskan tamadun yang banyak membantu manusia. Justeru

setiap lapisan masyarakat perlu menghormati ilmu dan saintis.

11) Para pemimpin memainkan peranan penting untuk memperkasakan penyebaran

ilmu pengetahuan

Page 10: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

Kesimpulan

Perbincangan mengenai budaya ilmu memberikan gambaran yang jelas

mengenai maksudnya serta kepentingannya sendiri. Pada zaman yang serba moden ini,

masih terdapat salah faham dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang budaya

ilmu dan peranannya. Sesetengah pihak berpendapat bahawa budaya ilmu tidak penting

atau utama dalam skema pembangunan insan dan negara. Terdapat perkara lain menjadi

keutamaan, iaitu iman dan amalan keagamaan. Tidak kurang juga yang mengatakan

tentang kepentingan kekuatan ekonomi, pembangunan infrastruktur, perpaduan nasional

dan semangat kebangsaan. Pelulis tidak menafikan kepentingan perkara tersebut, tetapi

kesemuanya berakar umbi kepada asas ilmu. Ilmu perlu didahulukan daripada amal,

kerana ilmu merupakan petunjuk dan pemberi arah terhadap amalan yang akan

dilakukan.

Melalui penelitian penulis juga, matlamat limu bagi tujuan kebendaan semakin

menular sehingga menjadikan apa sahaja persoalan ilmu dikaitkan dengan

kepentingannya dari segi pasaran kerja, keuntungan atau sekurang-kurangnya manfaat

jangka pendek. Dalam sejarah perkembangan ilmu, hal ini tidak menyerlah kecuali

sejak abad kebelakangan ini. Sebelum ini, ahli ilmu dan sarjana menyumbang ilmu

tanpa menerima sebarang gaji apatah lagi disediakan institusi khas seperti sekolah atau

universiti. Matlamat ilmu untuk tujuan kebendaan begitu ketara ketika ini, di mana

pelajar berlumba-lumba untuk menuntut ilmu dengan tujuan bagi mendapatkan habuan

atau sekadar mendapatkan sijil kelayakan akademik. Penulis berharap, dengan penulisan

ini dapat menyedarkan pelajar secara amnya dan seterusnya dapat sama-sama

menyemarakkan lagi amalan budaya ilmu ini.

Page 11: Memantapkan budaya ilmu dalam kalangan pelajar

Rujukan:

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2003. Budaya Ilmu: Satu Penjelasan. Singapore: Pustaka

Nasional Pte Ltd

Nasution. 2008. Berbagai Pendekatan dalam Proses Belajar Mengajar. Jakarta: Bumi

Aksara

Soedjadi.R. 2000. Kiat pendidikan matematika di Indonesia : konstatasi keadaan

masa kini menuju harapan masa depan. Indonesia: Dirjen Pendidikan Tinggi

Djamarah, Syaiful Bahri. 2008. Psikologi belajar. Jakarta: Rineka Cipta 

Haji Abdul Malik Karim Amrullah. 1966. Pandangan Hidup Muslim. (cetakan kedua).

Jakarta : Bulan Bintang.

A.Aziz Deraman. 1975. Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia. Kuala Lumpur :

Kementerian Belia danSukan.

Said Hawwa. 1988. Kay La Namdi  Ba‘idan ‘an Ihtiyajat al-‘Asr. Kaherah :

Mu‟assasah al-Khalij al-Arabi.

Franz Boas. 1938. The Mind of Primitive Man. (edisi semakan). New York :

MacMillan

Wan Mohd Nor Wan Daud. 2005. Falsafah dan amalan pendidikan Islam Syed

Muhammad Naquib Al-Attas. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya

Zaini Ujang. 2009. Menghayati Budaya Ilmu: faham ilmu, amalan dan panduan.

Johor Darul Takzim: Universiti Teknologi Malaysia

Wan Mohd Nor Wan Daud. 1988. Budaya Ilmu: Konsep, Prasyarat dan Perlaksanaan

di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Ennterprise

Kamus Dewan. 2005. Edisi ke-4. Kuala lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1999. The Concept of Education in Islam: a

Framework for an Islamic Philosophy of Education. Kuala Lumpur:

International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)