gejala ponteng di kalangan pelajar
DESCRIPTION
Kajian mengenai gejala ponteng di kalangan pelajarTRANSCRIPT
KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAMKEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
KAJIAN TINDAKAN GEJALA PONTENG KELAS DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM
DISEDIAKAN OLEH:
ENI BINTI AZNAN801026-02-5928
PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI BUKIT MERTAJAM
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauh manakah faktor-faktor seperti
masalah pelajar, latarbelakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, suasana
sekolah dan persekitaran mempengaruhi masalah gejala ponteng di kalangan
pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20
orang pelajar yang dikenalpasti dalam gejala ponteng. Hasil kajian menunjukkan
pengaruh persekitaran merupakan faktor utama yang mendorong gejala ponteng
di kalangan pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Selain faktor persekitaran, faktor-faktor lain yang turut menjadi pendorong
terhadap kegiatan ponteng ialah masalah diri pelajar, diikuti dengan masalah
keluarga, pengaruh rakan sebaya dan peranan pihak kolej. Hasil kajian
mencadangkan beberapa langkah perlu diambil oleh kesemua plhak yang terlibat
iaitu ibu bapa, pihak pengurusan kolej, masyarakat dan kerajaan dalam usaha
menangani gejala ponteng yang semakin serius jika tidak dibendung.
PENGENALAN
Keberkesanan pembelajaran sesebuah kolej banyak bergantung kepada
tahap disiplin pelajar berkenaan.Ini bermaksud disiplin pelajar akan
mempengaruhi pencapaian dan juga imej sesebuah institusi pengajian. Disiplin
pelajar merosot boleh merangkumi semua aspek .Terdapat akta yang telah
menggariskan dengan jelas setiap bahagian atau kategori disiplin pelajar di
institut pengajian. Dalam kes disiplin dalam persekitaran sekolah termasuklah
merokok, bergaduh, bertumbuk, ponteng sekolah, ponteng kelas, mencuri dan
sebagainya.
Dalam tinjauan kajian ini hanya tertumpu kepada kes ponteng kelas
pelajar Kolej Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Tinjauan ini dilakukan di atas sebab
pengkaji mendapati kes ponteng kelas pelajar semester 2 di kolej yang
berkenaan begitu ketara dan merunsingkan (berdasarkan peratusan kehadiran
yang dilaporkan oleh pensyarah-pensyarah modul bagi kelas berkenaan).
Terdapat juga pelbagai rungutan dan aduan daripada pensyarah yang mengajar
mengatakan bahawa bilangan pelajar yang ponteng kuliah amat serius dan
sudah mencapai tahap yang membimbangkan.
Oleh itu, kajian ini merupakan salah satu langkah saya sebagai
pensyarah di kolej ini dalam usaha mencari punca dan menangani masalah
ponteng. Semoga maklumat tentang punca-punca dan cara mengatasi masalah
ponteng kuliah dapat difahami dengan lanjut, menyeluruh dan mendalam.
Dengan adanya panduan ini, langkah-langkah yang positif dan lebih berkesan
dalam menangani masalah ponteng kuliah di kolej dan kolej lain amnya.
Maklumat tentang kekerapan ponteng kuliah pelajar diperolehi dan
dikumpul melalui rekod kehadiran dari setiap pensyarah modul. Kedua,
berdasarkan maklumat yang dikumpul, sebilangan pelajar atau di sini dikenali
sebagai responden akan menjalankan ‘pilot-test’. Seterusnya, senarai semak
dan borang soal selidik diberi kepada responden yang terlibat dalam kes ponteng
kelas. Analisis data yang akan dikumpul akan digunakan untuk mengukuhkan
sumber maklumat yang berkaitan dengan punca-punca dan cara mengatasi
ponteng kelas. Di samping itu juga pemerhatian dengan tindak-tanduk pelajar
ponteng kuliah juga diambil kira dalam kajian ini.
Oleh yang demikian, kajian ini bakal mengenal pasti dan mendalami
sejauh manakah tahap kecenderungan punca-punca masalah ponteng kuliah ini
menular. Ianya dikaji dari perspektif pelajar. Diharapkan daripada dapatan ini
agar dapat menyenaraikan cara-cara / langkah-langkah untuk mengatasi
masalah ponteng kuliah dan seterusnya pihak pengurusan kolej akan mengambil
langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah ponteng kuliah ini pada masa
akan datang.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti kekerapan ponteng kuliah pelajar
2. Mengenal pasti punca-punca ponteng kuliah pelajar semester 2 di Komuniti
Sungai petani.
3. Mengenal pasti cara mengatasi masalah ponteng kuliah pelajar
PERSOALAN KAJIAN
1. Sejauh manakah kekerapan ponteng kuliah?
2. Apakan di antara punca ponteng kuliah pelajar?
3. Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kuliah pelajar atas mengikut
faktor berikut:
a. Faktor diri yang melibatkan sikap dan minat terhadap pelajaran.
b. Faktor pengaruh pensyarah dalam memupuk minat
c. Peranan rakan sebaya
d. Keceriaan Keluarga
4. Apakah persepsi pelajar terhadap cara mengurangkan masalah ponteng kelas
pelajar.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara berikut:
i. Responden pelajar yang terlibat dalam ponteng kelas di sekolah yang dikaji.
ii. Lokasi kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar yang mendaftar bagi kursus
sepenuh masa di Kolej Komuniti Bukit Mertajam.
iii. Pemerhatian dilakukan berdasarkan kelas yang banyak pelajar yang terlibat
kes ponteng kelas.
iv. Maklum balas instrumen bergantung kepada kesungguhan dan ketelusan
responden bergantung kepada skala likert.
v. Oleh kerana kajian ini perlu disiapkan dalam tempoh yang singkat sahaja,
maka bilangan responden yang terlibat hanya 20 orang sahaja.
METODOLOGI
Maklumat tentang kekerapan ponteng kuliah pelajar diperolehi dan dikumpul
melalui rekod kehadiran pelajar sesi Julai 2011 dari setiap pensyarah modul
yang mengajar kelas berkaitan. ‘Pilot-test’ dijalankan berdasarkan dua faktor
iaitu soal selidik dan temubual. Kemudian maklumat dalam soal selidik telah
dimurnikan dan diubahsuai. Seterusnya, borang soal selidik diberi kepada
responden yang terlibat dalam kes ponteng kuliah.
Responden yang terlibat dalam kajian semuanya pernah ponteng kelas.
Antaranya responden juga didapatkan daripada senarai pelajar yang dirujuk
kaunseling atas sebab ponteng kelas. Respon terhadap soal selidik adalah
dikumpul semasa menghadiri sesi kaunseling dan juga semasa pengkaji “sit-in”
dalam kelas yang berkaitan. Responden diberi penerangan satu demi satu
semasa menjawab borang soal selidik ini.
ANALISIS DATA
Data yang dikumpul dianalisis. Statistik seperti peratus, min dan sisihan piawai
dapat dikonstruk dan mengenal pasti tahap kecenderungan punca ponteng
kuliah pelajar dan menentukan peratusan persepsi pelajar dalam cara
menangani ponteng kuliah di sekolah.
Jadual 1
Jadual Kekerapan Ketidakhadiran Mengikut KelasSesi Pengajian Julai 2011
Jadual 2
Perbezaan Peratusan Kekerapan Ponteng Kuliah Mengikut Kelas
Peratus Ketidakhadiran Mengikut Kelas
Semester 4SMK 1SMK 2SMK 3
Berdasarkan Jaduai 1, petunjuk skala di atas menunjukkan bahawa apabila
seseorang pelajar yang ponteng kuliah lebih daripada 3 kali adalah dikategorikan
dalam sangat kerap ponteng kuliah. Pelajar yang dikatakan kerapkali ponteng
kuliah adalah ponteng kelas antara 2 hingga 5 kali dalam tempoh 15 minggu.
Manakala pelajar yang ponteng 2 kali dan kebawah dikategori ponteng kelas
sekali-sekala.
Sehubungan itu, maklumat tersebut adalah berkaitan dengan peratusan
kekerapan ponteng kuliah pelajar mengikut kelas yang telah dipilih. Semua
responden yang terlibat pernah ponteng kelas dalam tempoh berkenaan.
Responden dipilih secara rawak dari setiap kelas. Antara responden ini, 15
orang daripada Sijil Modular Kebangsaan 1, 15 orang daripada Sijil Modular
Kebangsaan 2, Sijil Modular Kebangsaan 3 dan Sijil Fesyen Dan Pakaian
Semester 4.
72 orang responden yang dipilih dalam mengumpul data. Proses mengumpul
data juga dilaksanakan dengan bantuan Penasihat Akademik.
Walaubagaimanapun, terdapat responden yang tidak mahu memberi pendapat
dalam kajian ini. Kumpulan pelajar ini merasa ragu-ragu dan takut tindakan
diambil terhadap mereka walaupun pengkaji menjelaskan bahawa nama mereka
tidak akan didedahkan. Kajian tetap dijalankan dengan penuh toleransi
Berdasarkan analisis Jadual 2, secara keseluruhannya peratusan kekerapan
ponteng kuliah mengikut kuliah menunjukkan bahawa responden adalah
dianggap sangat kerap ponteng kuliah. Antaranya didapati pelajar SMK 3
mempunyai peratus kekerapan ponteng kuliah sebanyak 13.3% berbanding
dengan 20% bagi SMK 1 dan 2. Didapati juga 4 orang pelajar semester 2 Sijil
Fesyen Pakaian 4 yang kerap kali ponteng kelas. Secara keseluruhannya,
terdapat 17.1% pelajar yang sekali sekala ponteng kuliah. Daripada analisis data
tersebut, jelaslah terdapat perbezaan kadar kekerapan ponteng mengikut kelas.
Antaranya yang melibatkan 72 orang responden. 68 orang responden
perempuan dan 4 orang responden lelaki. Analisis kajian ini menunjukkan
bahawa responden lelaki adalah lebih kerap ponteng kuliah berbanding dengan
responden perempuan.
Berdasarkan analisis kajian ini menunjukkan bahawa dalam tempoh 15 minggu
ini responden kekerapan ponteng kelas yang paling tinggi ialah sebanyak 8 kali,
manakala yang paling kurang ponteng kelas adalah dua kali. Maklumat ini
adalah berdasarkan maklumat yang tercatat dalam rekod kehadiran oleh
pensyarah modul. Responden yang dicatat lewat 15 minit masuk kuliah tanpa
alasan adalah dianggap ponteng kuliah dalam kajian ini.
Daripada maklumat yang didapati, waktu yang paling kerap responden ponteng
kuliah adalah waktu pagi iaitu pada hari Isnin dan petang pada hari Jumaat.
Waktu itu adalah waktu permulaan minggu selepas cuti hujung minggu.
Manakala Jumaat petang adalah waktu dihujung kuliah sebelum pulang ke
kampung. Apabila diteliti rekod kehadiran pelajar, didapati hanya sesetengah
pensyarah yang mencatatkan pelajar yang ponteng kelas, begitulah diberitahu
oleh penasihat akademik apabila ditanya.
Daripada analisis data yang dikumpul, boleh dikatakan bahawa kekerapan
ponteng kuliah bagi pelajar SMK 1 dan SMK 2 yang dikaji berada di tahap yang
tinggi. Maka faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng kuliah juga disoal
selidik dan dianalisis sebagai tindakan proaktif bagi mengenal pasti punca-punca
ponteng kuliah.
Kecenderungan Responden Dalam Ponteng Kuliah Mengikut Ceraian Punca
Ponteng Kelas Untuk menjawab soalan kajian :
Sejauh manakah tahap kecenderungan ponteng kelas pelajar menengah
atasmengikut faktor berikut:
a. Faktor Budaya dan Persekitaran
b. Faktor pensyarah
c. Peranan Pentadbir
d. Keceriaan Kuliah
Analisis dibuat berdasarkan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar yang
pernah ponteng kuliah dari SMK 1, SMK 2, SMK 3 dan Semester 4. Kajian ini
adalah merujuk kepada persepsi pelajar yang pernah ponteng kelas sebagai
responden. Ianya terdiri daripada pelajar-pelajar Melayu. Data ini boleh
memberikan maklumbalas kepada pihak pengurusan kolej tentang faktor-faktor
yang mendorong pelajar ponteng kuliah memandangkan kes ponteng kuliah
yang kian menular. Jadi,ia akan memberikan impak sejauh manakah faktor-
faktor yang dikenalpasti dapat membantu pihak kolej dalam menangani kes
ponteng kuliah.
Data yang dikumpul dari soal selidik adalah dianalisis untuk menentukan tahap
kecenderungan pelajar ponteng kuliah. Dalam kajian ini, punca-punca ponteng
kelas telah dibahagikan kepada 5 kategori utama, iaitu budaya dan pengaruh
persekitaran, faktor pensyarah, peranan pentadbir dan keceriaan kelas. Antara
setiap punca tersebut diceraikan kepada ceraian tertentu.
Berdasarkan analisis kajian, faktor pensyarah dikatakan kurang memberi
dorongan kepada pelajar untuk ponteng kelas (purata min 3.78). Ini kerana
konflik / tidak suka dengan guru berkenaan, seterusnya responden tidak minat
dengan subjek berkenaan dan juga pengajaran dan pembelajaran yang
membosankan. Seperti yang dijelaskan oleh Abdullah (2005) bahawa pensyarah
bukan sahaja mengajar di dalam kelas dan memberi nota semata-mata.
Mempelbagaikan kaedah mengajar dan juga aktiviti dapat memotivasikan pelajar
untuk belajar.
Faktor lain yang mempunyai tahap kecenderungan tinggi dalam mempengaruhi
responden ponteng kelas adalah peranan pentadbir berdasarkan analisis min
taburan skor, 3.74. Peranan pentadbir di sini merujuk kepada sistem pentadbiran
tidak konsisten dalam mengambil tindakan disiplin dan tindakan disiplin tidak adil
yang di ambil oleh pensyarah terhadap responden juga menggalakkan pelajar
ponteng kuliah. Di samping itu juga pihak pentadbir yang jarang membuat
pemeriksaan mengejut menjadikan responden berani ponteng kuliah. Abdullah
(2004:11) menjelaskan bahawa pihak pentadbir perlulah bertindak adil dan tegas
serta menguatkuasakan kuasa yang ada pada mereka dengan sebaiknya.
Faktor budaya dan persekitaran (purata min =3.58) dimana pelajar mudah
terpengaruh oleh rakan sebaya dan juga sifat pelajar yang ingin mencari
keseronokan / bermain. Seterusnya keceriaan kelas (purata min =3.21) juga
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar ponteng kelas. Ini
disebabkan oleh suasana dalam kelas tidak dapat memotivasikan pelajar
menyebabkan mereka ponteng kuliah. Di samping itu, fasiliti atau kemudahan
dalam kuliah yang rosak dan buruk tidak menggalakkan pelajar belajar. Ini
selaras dengan pendapat Abdullah (2004:39), beliau mengatakan bahawa
pengaruh rakan sebaya adalah ketara dan dapat mempengaruh nilai-nilai
seseorang pelajar. Sekiranya personaliti rakan sebaya cenderung kepada
negatif, maka begitulah sikap pelajar berkenaan. Pendek kata, rakan sebaya
memainkan peranan yang penting bagi membentuk konsep diri, sikap dan
pandangan seseorang pada diri sendiri sama ada dirinya dihargai ataupun tidak
di mata kumpulan masyarakat di sekelilingnya.
Jadual 3
Jadual Menunjukkan Taburan Faktor Utama Ponteng kelas
Konflik Diri
Sistem
Pentad
biran
Budaya D
an Pers
ekita
ran
Keceria
an ke
las2.9
33.13.23.33.43.53.63.73.83.9
FAKTOR UTAMA PONTENG KELAS
FAKTOR UTAMA PONTENG KELAS
Jika diteliti, dapatan menunjukkan peranan pentadbir khasnya pensyarah dalam
kelas memainkan peranan yang amat penting dalam menangani masalah
ponteng kelas (65.9%).Untuk mengelakkan ponteng kuliah, pelajar lebih
cenderung kepada memperbaiki kaedah P&P oleh pensyarah dalam kelas. Ini
selaras dengan pandangan Abdullah (2005:29) bahawa kepelbagaian teknik-
teknik yang dititikberatkan oleh pensyarah dapat menarik minat pelajar belajar.
pensyarah yang tidak berwawasan akan menyebabkan pelajar mengambil jalan
ponteng.
Begitu juga responden inginkan motivasi bagi mengelakkan ponteng kuliah yang
juga memperolehi sebanyak 65.9 % seperti dalam data analisis. Faktor ini secara
langsung berkaitan dengan pihak pentadbir melalui pemantauan aktiviti pelajar
dan memberi galakan positif dari semasa ke semasa (65.8%). Seterusnya,
peraturan kolej perlu juga diketatkan lagi bagi mengelakkan pelajar ponteng
kelas. Sebanyak 63.4% responden cenderung mengetatkan lagi peraturan
sekolah dalm menyelesaikan masalah ponteng kelas. Seterusnya, pemeriksaan
mengejut dengan lebih kerap dan peningkatan keceriaan kelas dipersetujui oleh
kebanyakan responden (53.7%) untuk mengurangkan pelajar ponteng kelas.
Secara keseluruhannya, melebihi lima puluh peratus (57.2%) responden setuju
dan mempunyai keinginan untuk mendapat cara yang sesuai untuk menangani
masalah ponteng kuliah.
Tafsiran persepsi di atas adalah selaras dengan pendapat Abdullah (2004:30)
bahawa pihak kolej dengan kerjasama pensyarah perlu prihatin dan sentiasa
mengambil tahu mengenai para pelajarnya. Peraturan yang ketat dan
pengawalan yang berterusan ke atas para pelajar adalah penting. Di kolej,
pensyarah dan pengarah hendaklah bertindak dalam satu pasukan dan bukan
menjadi pemerhati atau mengambil pendirian “Itu bukan tugas aku” untuk lari
daripada tugas (Rajaguru, 1982:272).
Jadual 3
Draf menunjukkan Taburan Persepsi Responden
Inginkan Motivasi
Galakan Positif Dari Masa Ke Semasa
Mengetatkan Peraturan Kolej
Meningkatkan Keceriaan Bilik Kuliah / Bengkel
Ingin Mendapat Tahu Cara Yang Sesuai Untuk Menangani Masalah Ponteng Sekolah
52 54 56 58 60 62 64 66 68
PERSEPSI RESPONDEN
PERSEPSI RESPONDEN
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kekerapan ponteng kuliah pelajar
di Kolej Komuniti Bukit Mertajam, Pulau Pinang memandangkan kes ponteng
kuliah yang dirujuk kepada Pegawai Kaunseling adalah begitu ketara sehingga
menjadi satu Implikasi daripada fenomena ini secara langsung telah
mengganggu P&P dalam kelas dan seterusnya menggugat pencapaian
akademik. Diharapkan dengan adanya analisis data ini dapat memberi sedikit
impak kepada pihak kolej supaya kes ponteng kuliah dapat dikurangkan
sehingga minimum.
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar sedar akan faktor-faktor yang
mendorong mereka ponteng kuliah. Mungkin kerana mereka tidak pandai dalam
menangani masalah yang dihadapi, maka ponteng kuliah menjadi jalan pintas
bagi mereka mengelakkan diri daripada masalah..
Melalui kajian ini dapat mengetahui sedikit sebanyak suara hati atau masalah
yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya dapat mengetahui di manakah
kelemahan sistem pengurusan dan pentadbiran di kolej. Dalam membendung
masalah disiplin seperti ponteng kuliah, saya percaya daya kepimpinan
seseorang pengarah yang berkesan ‘can make a difference’.
Keputusan kajian dapatan diharapkan dapat dilanjutkan kelak. Begitu juga
dengan hasil kajian ini dapat memberi cadangan kepada pihak kolej agar:
1. lebih bijak semasa mengambil tindakan disiplin.
2. pensyarah perlu mempelbagaikan keadah pengajaran dan pembelajaran
semasa mengajar.
3. profesionalisme perguruan perlu dihargai oleh semua pendidik dan
menjalankan amanat mendidik dengan cemerlang.
4. pihak pentadbir kolej perlu lebih peka terhadap masalah yang dihadapi oleh
pelajar dan pensyarah.
5. keceriaan bilik kuliah juga perlu dijaga.
KESIMPULAN
Tinjauan persepsi tentang ponteng kuliah pelajar di Kolej Komuniti Bukit
Mertajam dijadikan tajuk kajian ini adalah berdasarkan keseriusan kes ponteng
kuliah pelajar yang dirujuk untuk kaunseling di kolej. Merujuk kepada rekod
kaunseling didapati bahawa pelbagai alasan dan sebab yang menyebabkan
pelajar ponteng kuliah. Maka penyebab ponteng kuliah seperti yang didapati
daripada pelajar dianalisis menjadi salah satu persoalan kajian. Perbandingan
min taburan skor digunakan untuk mengenalpasti kecenderungan pelajar dalam
ponteng kuliah mengikut ceraian faktor ponteng kelas. Analisis menunjukkan
bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran kolej perlu dipertingkatkan
contohnya keberkesanan sistem merit-demerit, budaya kolej, fasiliti dan
kemudahan dalam kelas perlu diprihatin. Keunikan dalam kajian ini ialah semua
hasil kajian adalah berdasarkan pandangan pelajar yang pernah ponteng kuliah
semata-mata.
Perbandingan peratusan dalam tinjauan persepsi pelajar tentang cara
menangani masalah ponteng kelas menunjukkan kebanyakan pelajar
berpendapat bahawa peranan pentadbir ( Pengarah, Ketua jabatan, pensyarah)
merupakan hero dalam menangani kes ponteng kuliah, seperti mengetatkan lagi
peraturan disiplin kolej, kekerapan pemeriksaan mengejut dan seterusnya
pemantauan aktiviti pelajar dengan lebih berkesan. Jika sistem pengurusan dan
pentadbiran berkesan dan lebih sistematik, keharmonian kolej dapat dipupuk.
Dapatan adalah berdasarkan min taburan skor sebagai tinggi, sederhana dan
rendah. Data yang dikumpul melalui penglibatan 72 responden dalam tempoh 1
semester. Berdasarkan rekod kehadiran dan temu bual dengan Penasihat
Akademik, didapati ramai pensyarah tidak membuat rekod pelajar yang ponteng
kuliah ketika itu. Malah maklumat menunjukkan bahawa kekerapan ponteng
kuliah yang tinggi adalah pada awal dan akhir minggu. Ini mungkin berkaitan
dengan tempoh cuti dan balik kampung. Didapatihanya ketika sesetengah
pensyarah sahaja pelajar ponteng kuliah, Diharap dengan dapatan ini, masalah
ponteng kelas dapat dikurangkan kelak.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm
Industries Sdn. Bhd..
Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap
Masalah Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.
Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd.
KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala
Lumpur:Percetakan Watan Sdn. Bhd..
Mohamed Htta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan
Remaja Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd..
Sufean Hussin dan che Zainon Omar. (2002). Masalah Remaja Daripada
Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi
Press Sdn. Bhd..