kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah
TRANSCRIPT
KEBIMBANGAN SOSIAL DALAM KALANGAN
PELAJAR SEKOLAH :MENENGAH
DI SEKITARDAERAH
PERAK TENGAH.
NURUL 'AINBTMOHDDAUD
NO PEKERJA KOIOIO
PENYELIDIKAN INDIVIDU JANGKA PENDEK
KOD PENYELIDIKAN 03 -08- 02 -06
FAKULTI SAINS KOGNITIF & PEMBANGUNANMANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
KANDUNGANMukasurat
KANDUNGAN
ABSTRAK ii
ABSTRACT iii
SENARAI JADUAL IV
BABI PENDAHULUAN1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang kajian 1
1.3 Pendekatan Teori 4 -5
1.3.1 Teori Kebimbangan Kognitif 4
1.3.2 Teori Perhubungan Perorangan 4 -5
1.4 Pemyataan masalah 5
1.5 ObjektifKajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Hipotesis kajian 9
1.8 Definisi Pembolehubah kajian 9 -11
1.8.1 kebimbangan sosial
1.8.2 Pelajar1.9 Kepentingan Kajian 11 -12
1.10 Batasan Kajian 12
BAB2 TINJAUAN LITERATUR2.1 Pengenalan 13
2.2 Kajian Literatur
2.2.1 Kajian dalam Negara 13 -15
2.2.2 Kajian Luar negara 16 -19
2.3 Rumusan 19
11
BAB3 METOD KAJIAN
3.1 Pengenalan 20
3.2 Reka bentuk Kajian 20
3.3 Tempat Kajian 21
3.4 Populasi dan sample kajian 21
3.5 Alat Kajian 21 -26
3.5.1 BahagianA3.5.2 BahagianB3.5.3 Kesahan dan kebolehpercayaan 27 -29
soal selidik
3.6 Prosedur kajian 29
3.7 Penganalisaan data statistik 30
3.8 Rumusan 30
BAB4 KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 31
4.2 Kajian rintis 31 -32
4.3 Analisis Deskriptif 33 -36
4.4 Ujian Hipotesis 37 -41
BABS PERBINCANGAN, IMPLlKASI DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 42
5.2 Perbincangan 42 -46
5.3 Implikasi kajian dan cadangan 46 -49
5.4 Cadangan kajian lanjutan 49
5.5 Rumusan bab 49 -50
111
RUJUKAN
LAMPlRAN
BORANG SOAL SELIDIK
SURAT EPRD
SURATPPD
51- 53
SENARAI JADUAL
Jadual Mukasurat
Jadual 3.5.1 Subskala Kebimbangan Social Liebowitz 22SocialAnxiety Scale For Children AndAdolescent( LSAS-CA).
Jadual 3.5.2 Subskala Kebimbangan 23
laduaI3.5.3 Subskala Pengelakan 23
laduaI3.5.4 Subskala item kebimbangam interkasi sosial 24dan kebimbangan persembahan menurutLiebowitz Social Anxiety Scale For Children AndAdolescent(LSAS-CA).
laduaI3.5.5 Subskala item kebimbangan interaksi sosial dan 25
kebimbangan persembahan menurutLiebowitz Social Anxiety Scale For Children AndAdolescent( LSAS-CA).
laduaI3.5.6 Skala aspek kebimbangan 26
laduaI3.5.7 Aspek pengelakan 26
laduaI3.5.8 Klasifikasi pemarkatan Liebowitz Social Anxiety 26Scale For Children AndAdolescent(LSAS - CA).
Jadual 3.6.1 Kriteria Cronbach Alpha yang menjelaskan skala 29keseluruhan dan subskala LSAS - CA.
Jadual 4.2.1 Pekali Kebolehpercayaan Instrumen 32
Kebimbangan Sosial.
ladual4.3.l Taburan kekerapan dan peratusan demografi 33
sampel.
laduaI4.3.2 Taburan kekerapan dan peratusanjawatan di sekolah. 34
laduaI4.3.3 Taburan kekerapan dan peratusan demografi keluarga responden. 35
laduaI4.3.4 Taburan peratusan Tahap Kebimbangan Sosial 36
menurut Liebowitz Social AnxietyScale For Children AndAdolescent
(LSAS - CA).
Jadual 4.4.1 Keputusan ujian-t bagi melihat kebimbangan sosial 37dalam kelangan pelajar berdasarkanjantina.
Jadual 4.4.2 Keputusan ujian-t bagi dimensi kebimbangan sosial 38berdasarkan jantina.
Jadual 4.4.3 Keputusan ujian-t bagi dimensi kebimbangan 38berdasarkan jantina.
Jadual 4.4.4 Keputusan ujian-t bagi dimensi pengelakan 39berdasarkan jantina
Jadual 4.4.5 Keputusan Pekali Korelasi Pearson hubungan di antara 40
kebimbangan dan pengelakan sosial dalam kalanganpelajar.
Jadual 4.4.5 Keputusan ujian ANOVA bagi melihat kebimbangan 40sosial berdasarkanjenis sekolah.
IV
ABSTRAK
Kajian ini bertnjuan untuk menganalisa kebimbangan sosial dalam kalangan pelajarsekolah menengah di daerah Perak Tengah, Subjek kajian ini terdiri daripada 303 orang
pelajar tingkatan empat di tiga jenis sekolah yang berbeza, Instrumen kajian yang
digunakan ialah Liebowitz Social Anxiety Seale For Children And Adolescent (
LSASCA). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 dan
penganalisaan menggunakan kaedah statistic seperti t-test, �t\NOVA dan Korelasi
Perason, Hasil kajianmendapati tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar adalah
pada tahap sederhana, Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
subskala kebimbangan sosial dalam aspek jantina dan jenis sekolah manakala subskala
kebimbangan memmjnkkan perbeszaan yang signifikan berdasarkan jantina, Dapatan
kaiian juga mendapati terdapat hubungan di antara subskala kebimbangan dan subskala
pengelakan, Berdasarkan basil dapatan, beberapa implikasi dan cadangan telah
dibincangkan.
IV
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menganalisa kebimbangan sosial dalam kalangan pelajarsekolah menengah di daerah Perak Tengah. Subjek kajian ini terdiri daripada 303 orang
pelajar tingkatan empat di tiga jenis sekolah yang berbeza. Instrumen kajian yang
digunakan ialah Liebowitz Social Anxiety Scale For Children And Adolescent (
LSASCA). Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 12.0 dan
penganalisaan menggunakan kaedah statistic seperti t-test, ANOVA dan Korelasi
Perason. Hasil kajian mendapati tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar adalah
pada tahap sederhana. Kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan dalam
subskala kebimbangan sosial dalam aspek jantina dan jenis sekolah manakala subskala
kebimbangan menunjukkan perbeszaan yang signifikan berdasarkan jantina. Dapatan
kajian juga mendapati terdapat hubungan di antara subskala kebimbangan dan subskala
pengelakan. Berdasarkan hasil dapatan, beberapa implikasi dan cadangan telah
dibincangkan.
v
SOCIAL ANXIETY AMONG SECONDARY SCHOOL STUDENTS IN THEAREA OF PERAK TENGAH
ABSTRACT
The purpose of this study is to analyze social anxiety among secondary school students inthe area of Perak Tengah. The subjects of this study were 303 of form four students fromthree different schools in Perak Tengah. The instrument of this study was LiebowitzSocial Anxiety For Children And Adolescent (LSACA). Tha data was analyzed by usingstatistical procedures such as t-test, One way ANOVA and Pearson Correlation method.The finding of this study indicated that social anxiety among secondary school studentswas in a moderate level. The results also indicated that there was a significant different insocial anxiety based on gender and types of school. The subscales of social anxiety whichconsisted of anxiety and avoidance also indicated a significant different. These anxietyand avoidance were also showed a significant correlation. In view of the findings, severalimplications and recommendations were put forward.
DAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Bab ini merupakan pengenalan tentang perkara yang dikaji oleh penyelidik. Dalam bab
ini, penyelidik membincangkan perkara-perkara asas kajian berkaitan dengan latar
belakang kajian, pendekatan teori, pernyataan masalah, tujuan kajian, kesignifikanan
kajian, definisi pembolehubah kajian dan hipotesis kajian.
1.2 Latar Belakang Kajian
Proses interaksi dengan kawan-kawan merupakan elemen penting di dalam proses
perkembangan sosial dan emosi di kalangan pelajar. Kanak-kanak yang mempunyai
2
hubungan yang mesra dengan rakan-rakan dapat bersaing secara sihat dan cemerlang di
dalam pelajaran manakala kanak-kanak yang mengelakkan diri atau mengasingkan
daripada rakan sebaya dilihat sebagai kekurangan peluang untuk melibatkan diri dalam
situasi yang akhirnya boleh membawa kepada pelbagai masalah apabila dewasa kelak.
Menurut Coplan, Rubin, Fox, Calkins and Stewards (1994), kanak-kanak yang
mengasingkan diri terbahagi kepada tiga bahagian iaitu 'solitary passive' yang suka
bermain seorang diri, solitary active iaitu kanak-kanak yang disingkirkan oleh rakan
sebaya disebabkan tingkah laku agresif dan 'reticent' iaitu kanak-kanak yang mengalami
kebimbangan sosial iaitu takut untuk menjalinkan perhubungan dengan rakan sebaya.
Menurut Erik Erikson dalam Jas Laile Suzana (2002), di sepanjang hayat manusia,
setiap individu akan mengalami lapan tahap perkembangan. Setiap tahap tersebut
mempunyai krisis-krisis tertentu yang perlu diatasi oleh individu. Krisis-krisis tersebut
akan membentuk kebimbangan dalam putaran kehidupan manusia. Demikianlah juga
keadaan yang berlaku terhadap golongan remaja. Dalam proses mencari identiti diri,
akan tercetus beberapa perkara yang mendatangkan kebimbangan terutama dalam aspek
interaksi sosial.
Menurut Schlenker dan Leary (1982) dalam Wan Abdul Kader (1994),
kebimbangan sosial merupakan kebimbangan atau ketakutan dinilai secara negatif oleh
situasi sosial. Ianya bermula sejak daripada usia kanak-kanak dan boleh membawa
kepada imej dan konsep kendiri yang negatif kepada individu. Kajian yang dilakukan ke
atas kanak-kanak yang berumur 11 tahun mendapati kanak-kanak yang mengalami
kebimbangan sosial menunjukkan penghargaan kendiri yang rendah dan tekanan yang
tinggi berbanding rakan sebaya yang lain.
3
Kebimbangan sosial dikesan apabila seseorang sentiasa mengalami ketakutan
apabila berhadapan dengan situasi sosiaL Ciri-ciri kebimbangan sosial ditunjukkan
apabila individu mengalami kerisauan kepada penilaian negatif oleh individu lain. Ianya
merupakan kebimbangan akibat daripada ketakutan dinilai secara negatif oleh orang lain
dalam situasi sosial yang membawa kepada tekanan, kesedihan dan pengasingan kendiri.
Individu yang mengalami keadaan ini akan mengalami tekanan apabila berhadapan
dengan individu lain sekiranya mereka diusik, dikritik, dijadikan bahan tumpuan dan
dilihat oleh individu lain ketikamelakukan sesuatu aktiviti ( Walsh, 2002).
Menurut Walsh (2002), kebimbangan sosial disebabkan oleh faktor genetik dan
biologi. Simptom kebimbangan bermula daripada zaman kanak-kanak dan mereka akan
menunjukkan sikap takut yang amat sangat terhadap orang asing yang berada di sekeliling
mereka. Kebimbangan bermula daripada reaksi fisiologi kepada sesuatu rangsangan yang
mengancam. Antara simptom yang ditunjukkan termasuklah ketegangan, jantung
berdenyut kencang, muka bertukar merah, mulut kering, menggeletar seluruh badan,
kesukaran menelan dan pelbagai simptom lain. Kebimbangan akan bertukar menjadi
masalah sekiranya ia menyebabkan individu tidak berdaya, selalu memikirkan perkara
yang tidak realistik serta gangguan kepada fungsi sosial.
Walaupun kebimbangan adalah perkara normal, kadangkala perasaan tersebut
dikehendaki kerana kebimbangan akan mendatangkan persaingan dan pengharapan serta
boleh dijadikan faktor pendorong untuk mencapai cita-cita. Walau bagaimanapun, jika
kebimbangan berada dalam keadaan tidak normal dan terkeluar daripada kawalan diri
sendiri maka wujudlah rasa takut kepada semua perkara atau sebaliknya tidak takut
kepada apa jua.
4
1.3 Pendekatan Teori
1.3.1 Teori Kebimbangan Kognitif
Menurut Albert Ellis (1975 dalam Wan Abdul Kader, 1994) yang mempelopori
pendekatan kognitif telah menekankan kepada peranan sistem kepercayaan yang tidak
rasional yang menyebabkan berlakunya kebimbangan. Selain daripada kepercayaan yang
tidak rasional, salah satu punca lain yang boleh menimbulkan kebimbangan adalah
ekspektasi terhadap diri yang terlalu tinggi.
Menurut Meichenbaum dan rakan-rakan (1971) dalam Wan Abdul Kadir (1994)
mengatakan bahawa manusia mengalami kebimbangan apabila mereka menilai diri secara
negatif di dalam satu-satu situasi. Kebimbangan tercetus apabila mereka memikirkan
yang mereka tidak berkeupayaan untuk melaksanakan sesuatu tugas.
1.3.2 Teori perhubungan Perorangan oleh Sullivan.
Teori ini adalah teori yang dikemukakan oleh Harry Stack Sullivan ( 1972) dalam Amir
Awang ( 1987) yang menolak anggapan tokoh psikologi Freud bahawa personaliti
seseorang dibentuk dalam lima tahun pertama. Personaliti menurut beliau terbentuk
melalui interaksi individu dengan orang lain di dalam masyarakat. Sullivan telah
mengutarakan beberapa konsep yang telah menjadi asas utama kepada teori ini.
Antaranya ialah:
a. Pentingnya Interaksi
Melalui interaksi sosial individu dengan individu lain di dalam masyarakat, ia akan
membentuk pola-pola tingkah laku tertentu yang menjadi struktur personaliti. Interaksi
5
tidak semestinya melalui tingkah laku nampak sahaja malahan interaksi boleh berlaku
dalam bentuk persepsi, ingatan, pemikiran dan perasaan.
b. Personifikasi
lanya merupakan gambaran yang dipunyai oleh individu tentang dirinya dan juga orang
lain. Gambaran ini merangkumi sikap, perasaan dan konsepsi yang terhasil melalui
pengalaman.
c. Dinamisme
Dinamisme merupakan suatu tingkah laku yang berkekalan dan berulang. Pola-pola
tingkah laku yang digunakan oleh individu di dalam interaksi dengan orang lain sehingga
ianya menjadi suatu kebiasaan kepada individu.
Menurut Sullivan, peringkat-peringkat daripada Iahir hingga dewasa perkembangan
personaliti adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor sosial atau masyarakat di mana individu
itu wujud atau dibesarkan. Melalui interaksi dengan masyarakatlah personaliti seseorang
itu berkembang samada terdedah dengan unsur-unsur positif atau negatif ( Amir Awang,
1997).
1.4 Pernyataan Masalah
Pada zaman yang serba mencabar ini, manusia berlumba-lumba untuk mencapai tahap
kehidupan yang selesa. Bagi pelajar, mencapai kejayaan dan memperolehi kehidupan
sempuma serta selesa adalah matlamat mereka. Namun, di sepanjang perjalanan
kehidupan terdapat halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi sebelum mencapai
kejayaan.Tidak dapat dinafikan dalam proses interaksi pelajar dengan rakan sebaya dan
persekitaran mereka seringkali berhadapan dengan kebimbangan sosial.
6
Kebimbangan ini akan menganggu perkembangan individu untuk ke peringkat
seterusnya. Perasaan kebimbangan ini sedikit sebanyak akan menganggu kefungsian
pelajar dalam kehidupan dan persekolahan mereka. Jika pelajar mampu mengawal
perasaan kebimbangan mereka, proses kehidupan akan berjalan lancar dan positif. Namun
jika pelajar tidak dapat mengawal perasaan kebimbangan mereka, pelbagai masalah akan
timbul sama ada terhadap diri pelajar sendiri ataupun melibatkan pelanggaran disiplin dan
sosial.
Kebanyakan pelajar terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat berpunca daripada
perasaan kebimbangan yang tidak dapat dikawal. Perkara tersebut berlaku kerana pelajar
ingin lari daripada perasaan kebimbangan yang melanda diri mereka. Kadang kala
terdapat juga pelajar yang mengalami tekanan perasaan yang terlalu tinggi kerana gagal
dalam mengawal perasaan kebimbangan. Akibat yang lebih buruk berkemungkinan
pelajar tersebut akan mengalami kecelaruan psikologi yang boleh mempengaruhi
pencapaian dalam pembelajaran ( Kocovski dan Endler, 2000).
Kebimbangan sosial di kalangan pelajar sekolah terutamanya pelajar sekolah
rendah menyebabkan mereka tidak dapat bergaul dalam kelompok rakan sebaya mereka,
anti-sosial dan juga gagal dalam akademik mereka ( Spence, Donovan, & Brechman
Toussaint, 1999 dalam Walsh 2002). Jika perasaan kebimbangan sosial terlalu diikutkan,
akan terbentuk pula perasaan takut dan tidak selesa yang akan membataskan pergerakan
seseorang individu untuk berkembang. Individu akan menjauhi interaksi dan bertindak
mengasingkan diri seterusnya boleh membawa kesan yang lebih buruk dalam pencapaian
dan perkembangan diri pada masa hadapan (Mullins dan Duke, 2004). Individu yang
mengalami kebimbangan sosial adalah berisiko untuk mengalami tekanan, masalah
7
pemakanan, penyalahgunaan bahan seperti alkohol serta mengalami kecelaruan mental.
Individu ini mungkin tidak mempunyai ramai kawan, seringkali mengalami masalah
dalam komunikasi, dibuang daripada sekolah ataupun tidak diambil bekerja ( Kocovski
dan Endler, 2000).
Individu yang mengalami kebimbangan sosial akan cuba berusaha sedaya upaya
untuk memberikan impresi kepada orang lain dan seringkali tidak mempamerkan
keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri. Keadaan ini sekiranya dibiarkan akan
membawa kepada pengasingan kendiri dan pemulauan. Kebimbangan sosial ini
seterusnya akan mempengaruhi keseluruhan sistem kognitif, somatik, afektif dan tingkah
laku individu yang boleh membawa kepada ketidakfungsian individu dalam situasi sosial
( Clark danWells, 1995 dalam Hugh, 2002).
Justeru, kebimbangan sosial perlu diketahui dan dikenalpasti oleh guru-guru dan
kaunselor, maka pengkaji membuat keputusan untuk membuat kajian tentang tahap
kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah supaya mereka terhindar daripada
aspek yang bolehmembantutkan perkembangan personaliti mereka.
1.5 Objektif Kajian
1) Untuk mengenalpasti tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah
menengah.
2) Untuk melihat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar berdasarkan
jantina.
3) Untuk mengenalpasti perbezaan subskala kebimbangan sosial dalam kalangan
pelajar berdasarkan jantina.
8
4) Untuk menganalisa perbezaan aspek kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar
berdasarkan jenis sekolah.
5) Untuk mengenalpasti hubungan kebimbangan sosial dengan pengelakan sosial
dalam kalangan pelajar.
1.6 Persoalan Kajian
1. Bagaimanakah tahap kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar sekolah
menengah?
2. Adakah terdapat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar
berdasarkan jantina?
3. Adakah terdapat perbezaan subskala kebimbangan sosial ( kebimbangan dan
pengelakan) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina?
4. Adakah terdapat perbezaan dalam subskala kebimbangan ( persembahan dan
situasi sosial) dalam kalangan pelajar berdasarkan jantina?
5. Adakah perbezaan yang signifikan dalam subskala pengelakan ( persembahan dan
situasi sosial dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina?
6. Adakah terdapat hubungan di antara aspek kebimbangan dan pengelakan sosial
dalam kalangan pelajar?
7. Adakah terdapat perbezaan kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar
berdasarkanjenis sekolah?
9
1.7 Hipotesis Kajian
1) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek kebimbangan sosial dalam
kalangan pelajar berdasarkan jantina.
2) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala kebimbangan sosial (
kebimbangan dan pengelakan) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina.
3) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala kebimbangan ( persembahan
dan situasi sosial) dalam kalangan pelajar berdasarkanjantina.
4) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam subskala pengelakan dalam kalangan
pelajar berdasarkan jantina.
5) Terdapat hubungan yang signifikan di antara aspek kebimbangan dan pengelakan
sosial dalam kalangan pelajar.
6) Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kebimbangan sosial berdasarkan
jenis sekolah.
1.8 Definisi Pembolehubah kajian
1.8.1 Kebimbangan Sosial
Menurut definisi Persatuan Psikiatrik America, kebimbangan sosial ialah ketakutan
yang sentiasa timbul di dalam situasi sosial yang melibatkan persembahan di
hadapan kha 1ayak dimana individu berhadapan dengan situasi bam yang
menyebabkan individu berandaian ianya mungkin dimalukan dihadapan orang lain (
Kashdan & Herbert, 2001). Ia juga didefinisikan sebagai tahap kebimbangan yang
tinggi terhadap interaksi sosial yang dicirikan oleh pengelakan situasi sosial
10
disebabkan ketakutan menerima penilaian negatif (Bandelow, Torrente, Wedekind,
Broocks, Hajak, Ruther, 2004).
Kebimbangan sosial menurut Storch, Warner, Cris,Klein (2005) dicirikan oleh
ketakutan melampau individu sekiranya dimalukan ketika persembahan di dalam
situasi sosial. Situasi tersebut melibatkan individu yang takut untuk menghadiri
majlis keraian, berjumpa dengan orang yang tidak dikenali, bercakap di mesyuarat
dan sebagainya.
Kebimbangan sosial juga didefinisikan sebagai kelemahan dalam fungsi
sosial. Individu yang mempunyai kebimbangan sosial yang berlebihan mempunyai
ketakutan melampau yang boleh menyebabkannya menjauhi daripada situasi
tersebut. Justeru kebimbangan sosial ini boleh melemahkan kehidupan individu
dalam situasi sosial serta membantutkan komunikasi interpersonal dalam kerjaya
(Kessler, 2003).
Menurut Warner et al, (2003), Summerfelt et al (2006) aspek-aspek
kebimbangan sosial dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kebimbangan
interaksi (social interaction) dan kebimbangan persembahan ( performance
anxiety). Secara rumusannya kebimbangan sosial melibatkan ketakutan melampau
individu dalam situasi sosial yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk pada
masa hadapan.
Secara keseluruhannya, definisi operasional dalam konteks kajian ini ialah
meliputi aspek kebimbangan sosial yang dinyatakan dalam soal selidik Liebowitz
Social Anxiety for Children and Adolescent (LSAS) iaitu meliputi aspek
11
kebimbangan sosial yang dialami oleh pelajar. Kebimbangan sosial yang dinilai
berdasarkan aspek kebimbangan dan pengelakkan. Kebimbangan dan pengelakan
merangkumi aspek kebimbangan interaksi sosial ( social interaction anxiety) dan
kebimbangan persembahan Cperformance anxiety).
1.8.2 Pelajar
Menurut Ismail Ali ( 1989), pengertian pelajar dalam sistem pendidikan Malaysia
ada dinyatakan dalam Education Act, ( 1961) seperti berikut:
" Pupil where used without qualification means a person ofany age for
whom education or training isprovided"
( Legal Research Board, 1987, p.6)
Dalam konteks kajian ini, definisi operasional bagi pelajar adalah golongan remaja
yang masih bersekolah di sekolah menengah di kawasan luar bandar iaitu di
kawasan Perak Tengah. Pelajar yang dipilih berada dalam tingkatan empat iaitu
dalam lingkungan usia 16 tahun.
1.9 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kebimbangan sosial dalam kalangan
pelajar sekolah menengah. Kajian ini dapat memberikan input yang berguna kepada
pelajar agar dapat menilai kekuatan dan kelemahan serta kemampuan mereka untuk
berinteraksi dengan orang lain. lni adalah kerana alam persekolahan dan alam
selepas persekolahan memerlukan interaksi yang lebih maju bagi membawa
individu ke puncak kejayaan.
12
Kajian ini juga diharap dapat membantu para kaunselor sekolah mengenalpasti
pelajar-pelajar yang sering mengalami kebimbangan. Seandainya kaunselor sekolah
menyedari masalah ini, kaunselor dapat mengambil tindakan melalui pendekatan
unit bimbingan dan kaunseling sekolah dan dapat menyalurkan intervensi
kaunseling yang bersesuaian.
Pengkaji berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi sumbangan
kepada guru -guru untuk memahami kebimbangan sosial yang dialami oleh pelajar
pelajar di sekolah. lni bagi membolehkan para pelajar tidak terus berasa tertekan
dengan kebimbangan yang dialami dan dapat mengikuti pembelajaran dan proses
interaksi dengan berkesan.Tindakan segera dapat dibuat oleh guru-guru yang
mengetahui wujudnya kebimbangan sosial dalam kalangan pelajar mereka dengan
merujuk kepada kaunselor sekolah atau menggunakan pelbagai pendekatan yang
lebih menggalakkan interaksi antara pelajar di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas.
Seterusnya kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada ibubapa
agar dapat memberikan didikan dan pendedahan yang sewajarnya supaya anak
anak mereka dapat menjalinkan perhubungan sosial yang sihat seterusnya dapat
melahirkan masyarakat yang boleh menyumbang kepada pembangunan negara.
1.10 Batasan kajian
Kajian ini hanya dijalankan ditiga buah sekolah yang berlainanjenis di daerah Perak
Tengah. Oleh yang demikian, dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada
semua sekolah.
13
BAB2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-pengkaji
lain sarna ada dari dalarn dan luar negara berkaitan dengan kebimbangan sosial yang
dialami pelajar.
Kajian kebimbangan sosial
2.1 Kajian Dalam Negara
Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji lepas berhubung dengan
kebimbangan sosial di dalarn negara. Lee Boon Hock (2002) telah membuat kajian
tentang perasaan takut dalarn kalangan kanak-kanak sekolah. Kajian ini bertujuan untuk
14
melihat sarna ada terdapat perbezaan perasaan takut berdasarkan umur, jantina, kaum dan
tempat tinggal. Subjek kajian terdiri daripada 360 orang murid-murid sekolah yang
berumur tujuh hingga dua belas tahun. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang
signifikan antara umur, jantina , kaum dan tempat tinggal dimana kanak-kanak berumur
lebih tua ( sepuluh hingga dua belas tahun) lebih mengalarni perasaan takut berbanding
kanak-kanak berumur lebih muda ( tujuh hingga sembilan tahun). Kanak-kanak lelaki
lebih mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak perempuan, kanak-kanak bandar
mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak luar bandar dan akhir sekali kanak
kanak daripada bangsa Cina lebih mengalarni perasaan takut berbanding kanak-kanak
bangsa Melayu.
Lee Siew Khim (2001) pula mengkaji kebimbangan sosial dalarn kalangan
generasi barn iaitu pelajar UKM yang mempunyai pemikiran kritik, analitik dan matang.
Kajian ini mengkaji sarna ada kebimbangan tret, kebimbangan sosial dan kebimbangan
kerjaya masa depan dipengaruhi oleh jantina, kawasan tempat tinggal, tahun pengajian
dan fakulti. Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar tersebut dalarn tahap
kebimbangan yang sederhana. Kebimbangan tret pelajar lelaki adalah lebih rendah
daripada pelajar perempuan. Keputusan juga menunjukkan bahawa faktor tempat tinggal,
jenis aliran pengajian memainkan peranan penting dalarn mempengaruhi kebimbangan
kerjaya masa r1�pan dalam kalangan pelajar. Faktor jantina tidak mempengaruhi
kebimbangan sosial dan kebimbangan kerjaya masa depan.
Kajian Norrul Azlifah (2000) yang menjalankan kajian berbentuk eksperimen
ujian pra dan ujian pos satu kumpulan subjek bagi melihat kesan latihan kemahiran sosial
terhadap perubahan tingkah laku, prestasi akademik dan konsep kendiri pelajar. Kajian
15
dijalankan di Sekolah Menengah di Kuala Lumpur. Sampel kajian ialah di antara
tingkatan 3 dan dipilih seramai 10 orang. Pemilihan sampel berdasarkan tahap akademik
yang rendah di dalam peperiksaan. Alat kajian yang digunakan ialah Modul Latihan
Kemahiran sosial yang menekankan kepada pendedahan kendiri diri, yang berkaitan
dengan rakan dan juga keluarga subjek. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perkaitan
di antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik. Justeru, dengan adanya latihan
kemahiran sosial dapat meningkatkan konsep kendiri pelajar seterusnya membantu
mengatasi kebimbangan sosial yang dialami.
Seterusnya Benny John ( 2006) telah mengkaji tentang kebimbangan terhadap
interaksi sosial. Kajian ini bertujuan untuk meneliti tahap kebimbangan dalam kalangan
pelajar berdasarkan jantina, tingkatan dan bangsa. Kajian ini melibatkan seramai 132
pelajar sekolah menengah di kalangan pelajar sekolah di bahagian Sarikei Sarawak.
Kajian ini menggunakan State Trait Anxiety Inventory ( STAI) dan ujian kebimbangan
terhadap interaksi sosial. Basil kajian mendapati kebimbangan terhadap interaksi sosial
berada pada tahap rendah. Basil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan dalam kebimbangan sosial berdasarkan jantina, bangsa, tingkatan dan tempat
tinggal.
Kajian juga telah dijalankan oleh Mohd Noor (2006) mengenai fobia sosial dalam
kalangan mahasiswa di sebuah universiti tempatan. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif
dimana ia menggunakan sesi kaunseling dengan seorang klien yang mengalami fobia
sosial. Sesi kaunseling telah dijalankan di antara 6-7 sesi. Ianya diperkukuhkan lagi
dengan teknik-teknik dalam pendekatan tingkahlaku seperti desensitisasi bersistem, main
peranan dan latihan asertif dalam membantu klien fobia sosial. Basil kajian mendapati