lp_ghani ismail 09_24.pdf
Post on 13-Dec-2015
32 views
TRANSCRIPT
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU PADA PAPAN TANDA AWAM DAN PREMIS PERN I AG AAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA TERENGGANU, BANDARAYA
WARISAN PESISIR AIR
DISEDIAKAN OLEH:
GHANI BIN ISMAIL,Ph.D RAZITA BT. MOHAMAD
NURUL HIDAYAH BT. ROZLAN
JUN 2009
COPYRIGHT @ UiTM
Tarikh No. Fail Projek
Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Pengurusan Penyelidikan (RMI) UiTM Shah Alam
Tuan,
LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN 'PENGGUNAAN BAHASA MELAYU PADA PAPAN TANDA AWAM DAN PREMIS PERNIAGAAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR'
Merujuk perkara di atas, bersama-sama ini disertakan tiga (3) naskah Laporan Akhir Penyelidikan bertajuk PENGGUNAAN BAHASA MELAYU PADA PAPAN TANDA AWAM DAN PREMIS PERNIAGAAN DI SEKITAR BANDARAYA KUALA TERENGGANU, BANDARAYA WARISAN PESISIR AIR' oleh kumpulan penyelidik dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Terengganu untuk makluman tuan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(GHAN1 BIN ISMAIL, Ph.D) Ketua Projek Penyelidikan
COPYRIGHT @ UiTM
KUMPULAN PENYELIDIK
GHANI BIN ISMAIL, Ph.D KETUA PROJEK
RAZITA BT. MOHAMAD AHLI
NURUL HIDAYAH BT. ROZLAN AHLI
Tandatangan
iii
COPYRIGHT @ UiTM
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan penyelidikan ini disempurnakan dalam masa yang diperuntukkan.
Antaranya:
Prof. Madya Tengku Yusoff bin Tengku Mahmud (Pengarah UiTM Terengganu 2009)
Prof. Madya Hjh. Wan Dorishah bt. Wan Abdul Manan (Timbalan Pengarah HEA 2009)
Prof. Madya Dr. Azemi bin Che Hamid (Timbalan Pengarah P&J1 2009)
Puan Fadhilah bt. Mustafa (Penyelaras UiTM Kampus Kuala Terengganu 2009)
Encik Rozlan bin Abdul Rahim (Koordinator APB UiTM Terengganu 2009)
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Pengurusan dan Kakitangan Perpustakaan UiTM Kampus Dungun dan Kampus Kuala Terengganu
iv
COPYRIGHT @ UiTM
KANDUNGAN
Muka Surat Tajuk
Surat Penyerahan Laporan
Dafitar Ahli Penyelidik
Penghargaan
Isi Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
BAB I
1.0
1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8
PENGENALAN
Pendahuluan Pernyataan Masalah Objektif Kajian Kepentingan Kajian Batasan Kajian Anggapan Dasar Definisi Terma Kerangka Teorikal Kesimpulan
BAB II KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 2.1 Kajian Literatur 2.2 Kesimpulan
BAB m METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 3.1 Teknik Persampelan
v
COPYRIGHT @ UiTM
3.2 Prosedur Penyelidikan 22 3.3 Pemungutan Data 23 3.4 Penganalisisan Data 24
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 26 4.1 Analisis Umum 26 4.2 Analisis Khusus 28 4.3 Perbincangan Mengikut Aspek Kesalahan 30 4.3.1 Tidak Menggunakan Bahasa Melayu 30 4.3.2 Kesalahan Ejaan 31 4.3.3 Kesalahan Menggunakan Imbuhan 39 4.3.4 Kesalahan Menggunakan Kata Sendi Nama 41 4.3.5 Kesalahan Menggunakan Kata Asing/Pinjaman 42 4.3.6 Kesalahan Penggunaan Kata 43 4.3.7 Kesalahan Sintaksis 45 4.4 Kesirapulan 49
BAB V RUMUSAN DAN SARANAN
5.0 Pengenalan 50 5.1 Rumusan Kajian 50 5.2 Cadangan 53 5.2.1 Peniaga dan Pemilik Premis Perniagaan 53 5.2.2 Agensi dan Jabatan Kerajaan 54 5.2.3 Pihak Berkuasa 54 5.2.4 Pengguna Bahasa 55 5.3 Kajian Akan Datang 55 5.4 Kesimpulan 55
BIBLIOGRAFI 57
LAMPIRAN 1 : CONTOH PAPAN TANDA YANG SEMPURNA PENGGUNAAN BAHASA
LAMPIRAN 2: CONTOH PAPAN TANDA YANG MENGANDUNGl PELBAGAI KESALAHAN BAHASA.
vi
COPYRIGHT @ UiTM
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Jumlah Keseluruhan Papan Tanda Awam dan Premis Perniagaan
Yang Dikaji 27
Jadual 2 Bilangan Kesalahan Mengikut Papan Tanda 27
Jadual 3 Papan Tanda Awam dan Premis Perniagaan Yang Tidak
Menggunakan Bahasa Melayu 27
Jadual 4 Bilangan Kesalahan Bahasa Melayu Yang Dikesan 28
Jadual 5 Kekerapan Kesalahan Bahasa Mengikut Kod dan Jenis 29
vii
COPYRIGHT @ UiTM
SENARAI RAJAH
Kerangka Teoritikal Analisis Penggunaan Bahasa
viii
COPYRIGHT @ UiTM
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Latar Belakang Masalah
Negara kita telah mencapai kemerdekaan lebih lima puluh tahun yang lalu dan sejak itulah status
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal seperti yang tercatat
dalam Perlembagaan Negara masih belum terusik. Proses memartabatkan BM telah dilakukan
sejak dahulu lagi dan kini proses pemantapan terus dilaksanakan. Apa yang berlaku sekarang,
pada saat bahasa Melayu dikehendaki memenuhi peranannya sebagai sarana budaya tinggi, iaitu
sebagai bahasa yang berpotensi untuk mengungkapkan konsep dan pemikiran yang teknis dan
maju, timbul kekangan lain seperti kekurangan penguasaan ahli-ahli ilmu dan ragam bahasa
Melayu yang standard dan berstatus tinggi (Nik Safiah Karim, 1986:vii). Hal ini menyebabkan
proses pemantapan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat menghadapi kendala
yang bukan mudah untuk ditangani.
Tambahan pula, isu berkaitan penggunaan bahasa Melayu di negara kita sering
diperkatakan dan nampaknya tiada penghujung. Status bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal kurang diberikan perhatian oleh banyak pihak. Hal
inilah yang menyebabkan polemik tentang status bahasa Melayu terus dipersoalkan. Hakikatnya,
tidak dapat tidak, sebagai warganegara kita hendaklah menghormati bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Hal ini bersesuaian dengan pendapat Abdullah
1
COPYRIGHT @ UiTM
Hassan (1986:46-47) yang mengatakan bahawa perkembangan bahasa Melayu memang
mengalami banyak masalah dari segi sikap, pelaksanaan dan juga tindak-tanduk yang dilakukan
untuk mempertingkatkan daya bahasa tersebut menjadi satu bahasa yang berkesan dan mampu
untuk menanggung kedua-dua tugas utama, iaitu menjadi bahasa pentadbiran dan bahasa
pengantar pendidikan negara.
Walau apapun cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu, tidaklah perlu haknya sebagai
bahasa utama negara ini dinafikan. Dengan perkataan lain, kita tidak boleh mengorbankan
bahasa yang menjadi identiti negara ini sejak berdekad yang lalu semata-mata untuk menjadi
sebuah negara maju. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam segala
segi, sama ada dari segi ejaan, penggunaan kata, struktur ayat dan sebagainya amat penting bagi
memastikan bahasa tersebut terus unggul di negara ini.
Kebelakangan ini muncul pula isu tentang pengabaian penggunaan bahasa Melayu dalam
hal-hai rasmi seperti sebagai bahasa pengantar pendidikan, surat-menyurat dan papan tanda. Isu
penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan
Matematik (PPSM1) di sekolah belum lagi reda, timbul pula keingkaran sesetengah pihak dalam
penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda. Walau apapun alasan yang diberikan, status
bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara hendaklah dihormati oleh
semua pihak.
2
COPYRIGHT @ UiTM
Isu penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda awam dan premis perniagaan
nampaknya telah mendapat perhatian banyak pihak, terutama pejuang-pejuang bahasa Melayu.
Keputusan kerajaan negeri tertentu menggunakan pelbagai bahasa dengan mengenepikan bahasa
Melayu pada papan tanda awam, premis perniagaan dan nama jalan telah mendapat bantahan
meluas dalam kalangan masyarakat suatu ketika dahulu. Hakikatnya, adakah perlu bahasa lain
selain bahasa Melayu digunakan pada papan tanda awam dan premis perniagaan? Sekiranya
perlu, apa pula kewajarannya? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh pihak-pihak tertentu bagi
meyakinkan masyarakat terhadap sesuatu langkah yang diambil berkaitan penggunaan bahasa
Melayu dalam semua urusan di negara ini.
1.1 Pernyataan Masalah
Sehingga kini polemik tentang status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara yang tunggal masih belum selesai. Banyak pihak mempertikaikan keupayaan bahasa
Melayu memainkan peranan dalam bidang-bidang penting seperti bidang pendidikan tinggi, sains
dan teknologi, kehakiman dan perniagaan (Utusan Malaysia, 2008). Tambahan pula, arus
globalisasi yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai medium utama sedikit sebanyak telah
mengambil alih fungsi bahasa Melayu itu sendiri.
Sebagai waharia pengantara komunikasi, bahasa Melayu digunakan dalam pelbagai sistem
komunikasi yang bertujuan untuk melibatkan seluruh masyarakat membiasakan diri dengan penuh
yakin menggunakan bahasa tersebut sebagai alat untuk berkomunikasi. terutama sekali dalam
3
COPYRIGHT @ UiTM
aktiviti-aktiviti sosial yang mempunyai tujuan tertentu. Hal ini penting kerana komunikasi adalah
aktiviti sosial (Janet Wong May Chin, 1992:346). Memandangkan bahasa digunakan untuk
sesuatu tujuan sosial, penggunaan yang betul dalam pelbagai bidang menjadi sesuatu yang
penting, termasuklah penggunaan pada papan tanda awam dan juga premis perniagaan.
Dalam menjana kepesatan pembangunan negara, perkembangan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara juga tidak harus dilupakan. Perkembangan bahasa
Melayu yang bermula sejak dahulu lagi sememangnya tidak dinafikan, namun arus globalisasi
telah menyebabkan timbul pelbagai masalah. Antaranya ialah taraf penguasaan yang agak rendah
dalam kalangan pengguna bahasa tersebut (Nik Safiah Karim, 1986:2). Kelemahan tersebut
termasuklah kesalahan ejaan, sebutan, struktur ayat dan pemilihan kata yang tidak sesuai. Hal ini
akan memperlihatkan wujudnya unsur penyalahgunaan dan pencemaran bahasa.
Salah satu usaha yang sedang dijalankan ialah peluasan dan peningkatan penggunaan
bahasa kebangsaan dalam bidang pengiklanan di tempat awam. Usaha ini sebenarnya adalah
mempakan usaha yang berterusan bagi membantu pihak-pihak berkuasa awam yang mempunyai
bidang kuasa terhadap pengiklanan di tempat awam dan pihak-pihak sektor swasta yang sedang
memajukan industri pengiklanan di negara ini (Aziz Draman, 1997).
Ada pendapat yang mengatakan bahawa kita sendiri yang menodai bahasa Melayu
sehingga banyak perkataan telah diinggeriskan atau ditukar ganti secara tidak beretika. Sebagai
contoh, perkataan mata pelajaran diubah menjadi subjck. betanjawan ditukar kepada bajet, kuasa
4
COPYRIGHT @ UiTM
kepada autoriti, kebangsaan kepada nasional, kaedah kepada metod dan Iain-lain. Mungkin suatu
hari nanti kita tidak akan melihat lagi bahasa Melayu digunakan dalam situasi rasmi dan akan
pupus seperti mana pupusnya dinasour sekiranya tiada langkah pembetulan diambil oleh pihak
yang berwajib ( Wan Mansor, 2008).
Sebenarnya, ada pihak yang mengatakan bahawa kebanyakan kesalahan bahasa yang
dilakukan bukan kerana penutur tidak mengetahui peraturan-peraturan bahasa ibundanya tetapi
kerana sifat bahasa itu sendiri yang membenarkan wujudnya bentuk formal dan tidak formal
(Raminah Sabran dan Rahim Syam, 1988:60).
Ahli-ahli bahasa telah melahirkan perasaan risaunya terhadap kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara sejak dahulu lagi. Menurut Nik Safiah Karim
(1986:4), jika ditinjau keadaan bahasa Melayu pada masa ini, dari sudut penguasaannya oleh
pelajar-pelajar sekolah, pegawai-pegawai kerajaan serta para pemimpin, media massa dan orang
ramai jelas kelihatan ialah bahawa penguasaannya jauh dari memuaskan.
Menurut Ghani (1993:8), Kesalahan penggunaan bahasa yang berlaku sekarang tidak
hanya terbatas kepada penutur sahaja. bahkan telah menular ke pelbagai sumber atau media,
termasuklah majalah-majalah hiburan, akhbar, radio dan televisyen. Tidak terkecuali ialah
kesalahan bahasa yang terdapat pada papan tanda premis perniagaan (iklan) dan papan tanda
awam. Kesalahan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi orang awam. terutama sekali pelajar
sekolah yang sentiasa memerhati dan membaea papan tanda tersebut. Secara tidak langsung akan
5
COPYRIGHT @ UiTM
mempengaruhi penguasaan bahasa mereka dalam jangka masa yang panjang. Hal ini kerana
timbulnya kekeliruan dan keraguan untuk menentukan ketepatan bahasa yang sebenarnya.
Menurut Paimah (2008:122) terdapat kepercayaan dalam kalangan rakyat bukan Melayu
yang merasakan mereka akan menjadi kurang bernasib baik dan usaha mereka untuk menguasai
bahasa Melayu menjadi sia-sia sahaja jika dibandingkan dengan orang Melayu dalam aspek
mendapatkan pekerjaan di sektor awam. Justeru, semangat untuk mempelajari bahasa Melayu
dengan lebih mendalam menjadi pudar. Oleh yang demikian, penguasaan bahasa Melayu dalam
kalangan masyarakat di negara ini menjadi semakin lemah dan tidak hairanlah sekiranya terdapat
banyak kesalahan yang dilakukan terutamanya pada papan-papan tanda premis yang dijalankan
oleh golongan tersebut.
Sebenarnya, kerajaan negeri Terengganu telah menetapkan beberapa syarat berkaitan
penyediaan papan tanda di premis perniagaan. Hal ini jelas terkadung dalam Rancangan
Tempatan 1999.-2010 Majlis Perbandaran Kuala Terengganu di bawah tajuk Garis Panduan
Bangunan Perniagaan yang menetapkan semua papan iklan perniagaan diwajibkan menggunakan
bahasa Melayu, tulisan jawi digalakkan dan penggunaan bahasa kedua dibenarkan dengan syarat
tulisannya lebih kecil daripada bahasa Melayu. Sungguhpun begitu, sikap sesetengah pihak yang
mengabaikan peraturan ini menyebabkan penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda awam dan
premis perniagaan masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Oleh yang demikian. kajian
ini akan menyoroti kesalahan penggunaan bahasa yang dipamerkan pada papan tanda perniagaan
dan papan landa awam di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu.
6
COPYRIGHT @ UiTM
1.2 Objektif
Objektif kajian ini adalah untuk;
1. meninjau dan mengenal pasti beberapa aspek kesalahan penggunaan bahasa yang
digunakan pada papan tanda awam dan premis perniagaan.
2. mengumpul dan menganalisis data kekerapan dan peratus kesalahan penggunaan
bahasa dalam aspek tertentu serta membetulkan kesalahan tersebut mengikut
aturan tatabahasa.
3. memberikan saranan untuk mengatasi masalah penggunaan bahasa yang terdapat
pada papan tanda awam dan premis perniagaan.
1.3 Kepentingan Kajian
Sebagai sebuah negeri yang terlibat dalam Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur
(ECER) sudah pasti pembangunan secara menyeluruh menjadi keutamaan (Berita Harian, 2007).
Selain pembangunan fizikal dan prasarana, penekanan terhadap budaya dan jati diri bangsa tidak
boleh diketepikan. Oleh kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
yang tunggal, sewajarnya perlu diberikan perhatian juga. Dengan perkataan lain, kita tidak
boleh mengorbankan bahasa yang menjadi identiti negara ini semata-mata ingin menjadi sebuah
negara maju menjelang tahun 2020 nanti.
7
COPYRIGHT @ UiTM
Selain itu, kajian ini penting kepada semua pihak, terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan
(Majlis Bandaraya Kuala Terengganu) dalam memastikan tahap penggunaan bahasa Melayu pada
papan tanda awam dan premis perniagaan diberikan perhatian yang serius kerana bahasa
memainkan peranan yang penting sebagai media perantaraan dalam menyampaikan maklumat.
Sebagai alat sosial, penggunaan bahasa seharusnya mempunyai tujuan tertentu. Setakat mana
tujuan itu tercapai bergantung kepada cara manakah bahasa itu digunakan. Tegasnya,
penggunaan bentuk bahasa yang standard dan betul akan mendorong penggunaan bahasa yang
betul dalam kalangan penutur.
Sebagai sebuah negeri destinasi pelancongan, setidak-tidaknya penggunaan bahasa
Melayu yang betul pada papan tanda awam dan premis perniagaan memberikan panduan yang
jelas kepada pelancong-pelancong tempatan dan luar negara di samping mendedahkan bentuk
bahasa Melayu yang betul kepada pelancong asing yang berminat untuk mempelajari bahasa
Melayu.
1.4 Batasan Kajian
Kajian tentang penggunaan bahasa pada papan tanda awam dan premis perniagaan ini dibuat
berasaskan bahawa kedua-dua bahan tersebut merupakan media yang sering mendapat perhatian
dan menjadi tontotan ramai untuk memperoleh maklumat dan sebagainya. Kajian ini juga akan
menentukan tahap penggunaan bahasa Melayu dalam aspek tertentu sepeiti ejaan, penggunaan
kata. struktur ayat dan juga inakna.
8
COPYRIGHT @ UiTM
Pemilihan tempat kajian pula terhad di sekitar Bandaraya Kuala Terengganu berdasarkan
tiga sebab yang utama, iaitu pertamanya, Bandaraya Kuala Terengganu merupakan ibu negeri
yang tentu sekali mempunyai banyak papan tanda awam dan premis perniagaan berbanding
dengan bandar-bandar lain di negeri Terengganu; kedua, Bandaraya Kuala Terengganu baru
dinaikkan taraf sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air mulai 1 Januari 2008, dan ketiganya,
tahun 2008 merupakan Tahun Melawat Terengganu. Oleh yang sedemikian, sewajarnya
Bandaraya Kuala Terengganu mempamerkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam
segala segi sebagai contoh kepada pihak berkuasa tempatan yang lain.
1.5 Anggapan Dasar
Anggapan dasar yang dapat dibuat terhadap kajian ini ialah kemungkinan terdapatnya kesalahan
penggunaan bahasa pada papan tanda awam dan papan tanda premis perniagaan. Kesalahan
tersebut secara umumnya dijangka akan mempengaruhi penguasaan dan penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan masyarakat, terutama sekali para pelajar.
1.6 Definisi Terma
Penggunaan
Menurut Kamus Dewan (1989:384). kata penggunaan terbit daripada kata dasar guna yang
membawa maksud perihal menggunakan sesuatu atau pemakaian (barang-barang. hasil
perusahaan. bahan makanan dan lain-lain).
9
COPYRIGHT @ UiTM
Bahasa Melayu
Asmah Hj. Omar (1986:1) berpendapat bahasa ialah alat yang digunakan oleh manusia
untuk berhubung dengan manusia lain dengan menggunakan bunyi-bunyi yang dikeluarkan oleh
alat ujaran yang terdapat di dalam tubuh manusia. Bunyi-bunyi itu tersusun menurut makna-
makna yang ada dalam sesuatu masyarakat pengguna bahasa tertentu sehingga dapat
melambangkan bukan sahaja buah fikiran yang sudah dan sedang dilahirkan tetapi juga akan
dilahirkan. Brown, H. D. (1987:4-5) melihat bahasa sebagai sesuatu yang bersistematik dan
bergerak. Bahasa adalah lambang-lambang arbitrari yang bukan sahaja diucapkan, tetapi juga
dalam bentuk visual. Lambang-lambang tersebut mempunyai makna yang dipersetujui dalam
sesuatu masyarakat atau budaya yang menggunakan bahasa untuk berkomunikasi.
Menurut Nik Safiah Karim (1988:4), penutur asli bahasa Melayu berasal daripada
golongan manusia yang diberi nama Austronesia. Bahasa Melayu juga tergolong ke dalam
cabang Nusantara. Justeru, penutur bahasa Melayu masa kini terdiri daripada penduduk
Kepulauan Melayu atau Nusantara. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara Malaysia, Perkara 152 (Nik
Safiah Karim, et. al. (1996:19).
Papan Tanda Awam
Papan tanda awam merujuk kepada paparan makluniat yang disediakan oleh pihak tertentu
terutamanya pihak kerajaan untuk memaklum, memberitahu, mengumum atau menyatakan
sesuatu perkara kepada orang ramai. Justeru. papan tanda awam ini tidak semestinya dalam
10
COPYRIGHT @ UiTM
bentuk papan not.s semata-mata. Bag, tujuan Mian ,„,. sebarang maklumat untuk tontonan
umum yang bukan dalam bentuk promos, perniagaan d.anggap sebaga, papan ianda . « » » .
Premis Perniagaan
Premis perntagaan bemtaksud bangunan a,au ruang yang d.jadikan ,empa« menjalankan
pennagaan. Dalam konteks kaJ,an ,m, premis perniagaan mengambtl k,ra semua bangunan a,au
ruang yang dijadikan kedai oleh syanka, a,au orang persaorangan bagi tujuan perniagaan a.au
mempromosikan pennagaan a.au barangan masing-masmg. Dalam konteks kajian mi. sebarang
tanda nama keda, ,klan atau promosi pennagaan yang menggunakan bahasa Melayu akan
digunakan sebagai data kajian.
1.7 Kerangka Teoritikal
Kajian i n i dilaksanakan berdasarkan kerangka teonttkal yang dibina bersesuatan dengan objektif
dan metodologi kajian. Pemantapan penggunaan bahasa menjadi elemen utama yang diambil kira
sebagat matlamat kajian. Justeru, aspek morfologi dan smtaksis merupakan pengisian utama
yang diberikan perhatian. Proses penganalisisan kesalahan bahasa berfokuskan kepada dua aspek
utama yang dmyatakan di atas. Seeara umumnya, kerangka teoritikal bagi kajian mi ditunjukkan
dalam Rajah 1 di bawah.
1 1
COPYRIGHT @ UiTM
PENGGUNAAN BAHASA MELAYU
Papan Tanda Awam Premis Perniagaan
Analisis Kesalahan
Morfologi •* • Teks ruiukan 4 • Sintaksis Morfologi i i
Sintaksis
i r
BAHASA MELAYU YANG BETUL
Rajah 1: Kerangka Teoritikal Analisis Penggunaan Bahasa Melayu Pada Papan Tanda Awam dan Premis Perniagaan.
(Diubahsuai daripada Kerangka Asal Model Keproduktifan Bahasa oleh Jais Sahok (1991).
12
COPYRIGHT @ UiTM
1.8 Kesimpulan
Secara umumnya kajian ini dikategorikan dalam bidang sosiolmguistik, iaitu perihal penggunaan
bahasa oleh masyarakat. Sungguhpun begitu, disiplin linguistik gunaan diberikan keutamaan,
terutama dalam aspek penganalisisan morfologi dan sintaksis. Penganalisisan aspek tersebut lebih
mengutamakan aturan tatabahasa yang terpakai berdasarkan buku tatabahasa rujukan. Penelitian
proses menganalisis kesalahan bahasa menjadi keutamaan dalam kajian ini, selain mencadangkan
bentuk penggunaan bahasa yang betul untuk rujukan pihak tertentu selaras dengan objektif kajian.
Dalam bab yang berikutnya pengkaji akan memaparkan sorotan literatur, iaitu kajian-
kajian yang telah dibuat berkaitan penggunaan bahasa sama ada oleh pengkaji dalam dan luar
negara. Kajian yang telah dibuat oleh pengkaji-pengkaji terdahulu tidak hanya tertumpu pada
satu-satu aspek bahasa seperti kesalahan bahasa semata-mata, tetapi lebih menyeluruh.
13
COPYRIGHT @ UiTM
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Kajian tentang penggunaan bahasa pada umumnya telah mendapat perhatian para pengkaji sejak
dahulu lagi. Kebanyakan kajian tertumpu kepada aspek kesalahan bahasa dalam kalangan penutur
jati bahasa itu sendiri.
2.1 Kajian Literatur
Awang Mohamad Amin (1982) telah memetik hasil kajian yang dibuat oleh Sharma (1980)
yang mendapati kesalahan penggunaan bahasa dapat dibahagikan kepada tiga kategori yang
utama, iaitu kesalahan bahasa yang disebut sebagai ralat (error), kesalahan yang beipunca
daripada kekeliruan dan kesalahan yang disebabkan oleh kurang keupayaan berbahasa. Menurut
beliau, kesalahan jenis ralat disebabkan oleh faktor extralinguistic seperti lupa, gangguan emosi,
kelalaian semasa proses penerimaan dan kurang latihan. Kekeliruan pula disebabkan oleh
wujudnya faktor kelainan (seperti penggunaan bahasa formal dan tidak formal). Dapatan kajian
ini didapati lebih menyeluruh terutama dari segi punca berlakunya kesalahan tersebut.
Mashudi Kader dan Darwis Harahap (1989) telah nienyenaraikan pelbagai kesalahan
bahasa dalam akhbar berbahasa Melayu di Malaysia. Dapatan kajian beliau menunjukkan
14
COPYRIGHT @ UiTM
kesalahan yang kerap dilakukan oleh akhbar ialah kesalahan penggunaan kata, ejaan, penggunaan
kata tugas, imbuhan, frasa dan ayat. Beliau menyarankan agar para penerbit akhbar lebih berhati-
hati dalam penggunaan bahasa kerana fenomena ini akan mempengaruhi pembaca akhbar
berkenaan.
Dalam satu kajian lain, Safiah Hamid (1991) berpendapat bahawa penggunaan bahasa
Melayu dalam pengurusan pendidikan di sekolah telah mengabaikan sistem ejaan rumi yang
sepatutnya. Kebanyakan surat rasmi telah mencampuradukkan sistem ejaan lama dengan sistem
ejaan baru. Antara kesalahan yang sering dilakukan termasuklah kesalahan berkaitan keselarasan
vokal dan kekecualian vokal mengikut sistem ejaan rumi bahasa Melayu, kesalahan menulis kata
depan(kata sendi nama) dan kata gabungan (kata majmuk). Dapatan kajian beliau telah memberi
banyak maklumat tentang tahap penggunaan bahasa, terutama dalam kalangan institusi
pendidikan di negara kita.
Abdul Hamid Mahmood (1990) telah menggariskan beberapa masalah penggunaan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar. Fokus kajiannya ialah kesalahan penggunaan bahasa Melayu
baku. Menurut beliau, bahasa Melayu baku bererti penguasaan semua aspek kebahasaan.
termasuklah aspek sebutan, ejaan, istilah, tatabahasa dan kosa kata. Dapatan kajian beliau
menunjukkan terdapat ketidakseragaman sebutan dalam kalangan pelajar yang berlainan bangsa.
Kesalahan sebutan disebabkan oleh pengaruh loghat dan telor bahasa ibunda. Dari segi
penggunaan perkataan atau istilah, pelajar Cina lebih kerap melakukan kesalahan berbanding
dengan pelajar-pelajar lain. Kesalahan ejaan yang dilakukan oleh pelajar berkisar di sekitar
15
COPYRIGHT @ UiTM
keselarasan vokal, ejaan sendinama dan ejaan kata pinjaman, sama ada kata pinjaman bahasa
Nusantara, Inggeris atau Arab. Pengkaji juga mencadangkan beberapa faktor yang mernyebabkan
berlakunya kesalahan bahasa tersebut. Antaranya, kekurangan guru BM, kaedah mengajar yang
lemah, pengaruh media massa dan sebagainya.
Kajian kesalahan bahasa di sektor awam Sarawak telah dilakukan oleh Jais Sahok (1991).
Sampel kajian beliau ialah sebahagian kecil kakitangan awam yang sedang berkhidmat di
pelbagai jabatan dan agensi kerajaan di Sarawak. Dapatan kajian beliau menunjukkan terdapat
kesalahan bahasa yang dilakukan oleh sampel terutama dalam aspek fonologi, pengaksaraan,
suku kata dan kata, kata sendi, kata nama, kata kerja, kata adjektif, kesalahan semantik dan
kesalahan ayat. Kesalahan sebutan banyak dilakukan oleh golongan bumiputera bukan
berketurunan Melayu. Sebutan bagi perkataan pinjaman, terutama pinjaman daripada bahasa
Inggeris masih tetap dominan dan kacau-bilau keadaannya, seperti yang selalu diperkatakan
dalam media massa. Dari segi pengaksaraan pula, kesalahan ejaan mencatatkan bilangan yang
besar. Kebanyakan sampel masih keliru dengan sistem ejaan bam, menyebabkan sikap tidak
kisah sama ada yang ditulis itu ejaan bam ataupun ejaan lama. Bagi kesalahan ayat. pengkaji
tidak menemui kesalahan struktur ayat secara spesifik, tetapi lebih kepada kesalahan sebahagian
komponen dalam ayat tersebut, seperti kesalahan penggunaan kata jamak, kesalahan tanda
bacaan, kesalahan penjodoh bilangan dan sebagainya.
Dalam satu kajian terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam majalah hiburan di
Malaysia mendapati penggunaan bahasa tersebut pada umumnya masih lagi berada pada tahap
16
COPYRIGHT @ UiTM