Let's waqaf

Download Let's waqaf

Post on 16-Sep-2015

26 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

slide waqaf

TRANSCRIPT

Lets Wakaf

Lets Waqafby : Aisyah Abdul RahmanZaleha Yazid

prepared for : Dr. Suhaili binti AlmaamunRepresent by :Arifa Pratami (p79630)Noor Azizah Binti Beddu(p79661)Nor Kamilah Binti Razali(p79676)Ringkasan kesPada akhir mesyuarat Lembaga, Pusat Waqaf Budiman, Hamidon telah diberi tugas untuk menyediakan kertas kerja tentang cadangan bagaimana untuk mengatasi masalah kekurangan dana dan untuk meningkatkan kesedaran berkaitan Waqaf yang akan dibentangkan dalam Kuala Lumpur Islamic Finanace Forum(KLIFF). Forum ini penting untuk menarik bakal penderma dari seluruh dunia terutamanya dari Timur Tengah.PENDAHULUAN Wakaf membawa maksud menahan sesuatu harta daripada pewakaf dan memberikan manfaatnya untuk kebajikan dan kepentingan agama dan umat Islam atau kepada penerima wakaf yang telah ditentukan oleh pewakaf .Tiga prinsip peraturan waqaf ialah tidak boleh dijual, tidak boleh menjadi hibah dan tidak boleh diwarisi. Mekanisme wakaf merupakan satu ibadah yang mempunyai asas agama yang mendalam. Para fuqaha' berpandangan bahawa amalan wakaf mempunyai dua objektif asas iaitu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan pewakaf akan menerima ganjaran pahala yang berkekalan dan berterusan hingga ke hari akhirat.Jenis-jenis WakafSoalan 1 : Bagaimanakah cara untuk meningkatkan jumlah kutipan dana ?CARA MENGATASI KEKURANGAN DANAAntara skim yang boleh digunakan untuk meningkatkan dana ialah :Saham WaqafWaqaf Budiman MuamalatWaqaf KorporatSkim InfaWaqaf Seni Waqaf EmasSukuk IntifaaSukuk musyarakahWaqaf takaful

Saham Waqaf

Saham Wakaf Selangoradalah satu cara berwakaf melalui wang tunai. Iaitu dengan cara membeli unit-unit saham yang ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf di Negeri Selangor dan mewakafkan unit-unit saham tersebut selama-lamanya kerana Allah SWT dengan tujuan kepentingan dan kebajikan umat Islam.Contoh: Johor Corporation Berhad (JCorp). JCorp telah mewakafkan saham-saham miliknya di dalam tiga buah anak syarikatnya yang tersenarai iaitu Kulim (Malaysia) Bhd., KPJ Healthcare Bhd. dan Johor Land Bhd dengan nilai aset bersih berjumlah RM200 juta di bawah kelolaan Kumpulan Waqaf Annur Bhd. Perolehan dividen daripada saham-saham ini akan diagih-agihkan untuk dilaburkan semula, diberikan kepada Majlis Agama Islam dan juga untuk kerja-kerja amal dan kebajikan umat Islam diseluruh negara.

Waqaf Budiman Muamalat

Pusat Waqaf Budiman berkerjasama dengan pihak Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) melalui Waqaf Budiman Muamalat bagi memudahkan penderma menderma secara atas talian atau datang ke cawangan yang berdekatan.BMMB telah memulakan sumbangan wakaf sebanyak RM1juta manakala kakitangannya sebanyak RM74 040 sewaktu pelancaran. Sumbangan akan diuruskan 40:30:30 (40% akan dilaburkan bagi memastikan kesinambungan dana wakaf; 30% untuk tujuan pendidikan seperti biasiswa ; 30% untuk tujuan kesihatan).

Sahabat Korporat Waqaf

Inovasi khas untuk syarikat-syarikat swasta dan syarikat korporat dan Syarikat kerjasama Kerajaan untuk menyumbang sebahagian keuntungan mereka untuk tujuan wakaf.TUJUAN SAHABAT KORPORAT1. Menyeru golongan swasta, korporat dan anak-anak syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menghayati dan mengamalkan ibadah wakaf;2. Menyeru golongan swasta, korporat dan GLC untuk bersama-sama menyumbang dalam pembangunan harta wakaf melalui hasil sumbangan wakaf yang diberikan;3. Menjadikan golongan swasta dan korporat sebagai "ikon" umat Islam untuk terus menghidup suburkan amalan berwakaf; dan4. Menjadikan instrumen wakaf salah satu daripada Tanggungjawab Sosial korporat (CSR) kepada umat Islam

Skim Infaq

Skim Infaqadalah kaedah berwakaf melalui potongan gaji. Skim Infaq diwujudkan bagi memudahkan kakitangan awam dan swasta berwakaf melalui potongan gaji secara bulanan dengan kadar minimum sebanyak Ringgit Malaysia Lima Sahaja (RM5.00) dan tiada kadar maksimum ditetapkan.

Waqaf Seni

Wakaf Seni diperkenalkan pada Jun 2013. Memberi peluang kepada karyawan dan penggiat seni berkongsi hasil seni mereka. Mereka boleh mewakafkan hasil seni yang ditukar dalam bentuk wang tunai sebelum diterjemahkan dalam bentuk aset kekal untuk kemaslahatan umat Islam. Golongan sasaran ialah penulis lirik, pencipta lagi, penerbit filem, drama dan teater, syarikat produksi, artis yang bernaung di bawah Persatuan Seniman Malaysia dan ahli Persatuan Animasi Malaysia.Wakaf Emas

Lebih kepada individu yang ingin menderma, mereka mempunyai emas, tetapi tidak mempunyai tunai.Pihak waqaf menerima sumbangan ini sebagai waqaf am bukannya waqaf Khas.Dimana emas itu perlu ditukarkan kepada tunai terlebih dahulu sebelum ianya digunakan untuk tujuan waqaf.

Sukuk Intifa

Sukuk intifaa dijual berdasarkan kepada hak pengunaan manfaat yang bakal diserahkan pada masa hadapan.Contoh: Pembinaan empat buah menara, sebah pusat membelih belah dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang Buruj ZamZam.Institut waqaf Arab Saudi telah memberikan pajakan tanah kepada syarikat Binladin Group untuk tempoh 28 tahun yang dibangunkan mengunakan konsep build-operet-transfer(B.O.T).Syarikat Bin ladin berkerjasama dengan Munshaat Real Estate Projek untuk menerbitkan sukuk Intifa bernilai USD 390 Juta bagi mendapat modal untuk membangunkan Hotel ZamZam.Pelabur menpunyai hak pengunaan manfaat selama 24 tahun. Selepas 28 tahun syarikat Munshaat Real Estate akan menyerahkan Hotel ZamZam kepada institusi Waqaf Arab Saudi melalui Syarikat Bin ladin.

Sukuk Musyarakah

Satu proses penciptaan niai aset baru yang lebih tinggi nilainya dengan mengunakan aset yang lama.Contoh: Singapura dalam membina Masjid, kompleks komersil dan perkhidmatan untuk 103 apartment dengan kos SD 35 juta.Dua kontrak digunakan iaitu kontrak Musyarakah melibatkan tiga portfolio dan kontrak ijarah bagi pulangan keuntungn 3.5% kepada pelabur bagi tempoh 5 tahun.Satu mekanisma Khusus diwujudkan iaitu special purpose vehicle (SPV) iaitu pihak yang membuat perjanjian sewaan dengan Ascott Interntional Pte.Ltd untuk tempoh 10 tahun.

Perkongsian melibatkan baitulmal(Majlis Ugama Islam Singapura-MUIS), Waress Pte. Ltd.(Anak syarikat MUIS) dan juga sumbangan dari tabung dn waqaf(mutawali MUIS).MUSI menerbitkan modal keseluruhan SD 35 juta dimana dana diperolehi dengan menerbitkan Sukuk Musyarakah dalam tempoh matang 5 tahun.Waress Pte. Ltd menyumbang kepakaran pengurusn dan dana tampungan.Dana waqaf menyumbang tanah untuk dibangunkan dan sedikit aliran tunai.

Syarikat SPV mementerai Kontrak Ijarah untuk tempoh 10 tahundengan Ascott Pte.Ltd. Sewan secara pajakan kepada SPV.Hasil sewaan akan digunakan untuk membayar kupon keuntungan kepada peabur sebanyak 3.5% sehingga tempoh matang 10 tahun.Syarikat SPV akan agihkan untung kepada MUIS dan Syarikat Warees Investment Pte.Ltd berdasarkan jumah sumbangan.Dana waqaf(MUIS) akan memperolehi Sebuah masjid dan 4 unit bangunan komersil. Hasil sewaan bangunan dijadikan aliran tunai bagi menjalankan aktiviti di masjid.

Waqaf Takaful

Sumbangan daripada wakaf tunai dan pendapatan.Contoh : waqaf takaful di India.Sumbangan daripada wakaf tunai dan pendapatan yang dijana daripada aset wakaf dipisahkan ke dalam tiga akaun iaitu akaun tetap wakaf (WFA), wakaf akaun dana risiko (WRFA) dan yuran wakalah. Tujuan mengekalkan akaun tetap wakaf adalah untuk memastikan dana wakaf boleh dikekalkan sentiasa.Tujuan akaun dana risiko wakaf adalah untuk menyediakan tuntutan.Yuran wakalah adalah untuk pengendali takaful.Pengurus insuran sebagai pengurus dana akan menerima yuran wakalah seperti konsep wakalah tulin. Lebihan daripada WRFA akan disimpan di dalam WFA.Keuntungan daripada WFA dan WRFA akan dikongsi sebagai satu moitvasi seperti dalam konsep mudrabah tulin. Penyumbang tidak akan berkongsi lebihan seperti model mudarabah tulen. Lebihan akan dikumpul di dalam WFA. Lebihan ini adalah dari WRFA. Selain itu, bahagian keuntungan daripada pelaburan WFA dan WRFA akan terkumpul di dalam WFA. Apa-apa defisit dalam WRFA perlu diberi pinjaman oleh pengurus takaful dengan percuma.

Soalan 2 : Bagaimanakah cara untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan berwaqaf?

CARA MENINGKATKAN KESEDARAN BERWAQAFMempromosi waqaf tunai secara menyeluruh. Cth: Melalui Media sosial, media massa dan website.Membuka kaunter penerangan ditempat yang menjadi kunjungan orang ramai(umum).Contoh: PWS telah bekerjasama dengan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) menganjurkan Karnival Mahabbah IKIM. Karnival ini mempromosi tanggungjawab ibadah wakaf kepada orang ramai sempena Bulan Wakaf Selangor.

Bagi menumpukan kepada golongan industri, korporat dan syarikat dalam usaha untuk memberi kefahaman tentang wakaf, PWS melancarkan Kempen Bulan Mesra Industri (BUMI) sepanjang Oktober, November dan Disember setiap tahun dan mengajak mereka menyertai Sahabat Wakaf Korporat.Aktivitinya ialah forum dan khutbah berkelompok yang melibatkan 45 buah masjid di kawasan industri selain program bengkel, kursus dan seminar.Mengemaskini website Majlis Agama Islam Negeri(MAIN) dari semasa ke semasa.Contoh: Majlis Agama Islam Negeri Kedah telah membangunkan dan melaksanakan sistem e-waqaf sebagai inisiatif dalam usaha meningkatkan pengetahuan bakal penderma waqaf serta memudahkan urusan pihak yang terlibat.Kempen menggalakkan orang ramai berwaqaf selaras dengan keadaan semasa.

Penglibatan entiti korporat dalam hal ehwal urusan wakaf turut dikenali sebagai wakaf korporat adalah merupakan lonjakan baru bagi menambahkan minat dan perhatian masyarakat dalam menceburkan diri dalam aktiviti kebajikan seperti wakaf.Bekerjasama dengan medium pengiklanan dan komunikasi bagi menyampaikan kempen berwakaf kepada masyarakat. Cth : Karangkraf telah dilantik sebagai rakan media PWSMelakukan beberapa transformasi dalam aspek pengurusan dan pembangunan wakaf di Selangor bagi meningkatkan jumlah dana wakaf.

SEKIAN, TERIMA KASIH