latest buku panduan pentaksiran kokurikulum dan sukan sekolah rendah pedalaman

24
1. PENDAHULUAN 1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. 1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97. 1.3 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah. 1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid/pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. 1.5 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah- sekolah lain dengan syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Skan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. 2. RASIONAL 2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat

Upload: hazli-ghazali

Post on 30-Nov-2015

473 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

penting untuk setiap guru sukan sekolah rendah

TRANSCRIPT

Page 1: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

1. PENDAHULUAN

1.1 Kegiatan kokurikulum sekolah yang merangkumi aktiviti Pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan serta kelab sukan/permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah. Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Pada masa ini sekolah menawarkan pelbagai jenis kegiatan pasukan pasukan badan beruniform, kelab/persatuan dan kelab sukan/permainan. Setiap pelajar diwajibkan menganggotai sekurang-kurangnya satu daripada setiap jenis aktiviti tersebut. Rujuk Subperaturan 3(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai P.U. (A) 531/97.

1.3 Berdasarkan kepada tinjauan ke sekolah-sekolah yang dilakukan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, pihak sekolah ada membuat penilaian terhadap kegiatan kokurikulum yang diceburi oleh murid-murid. Namun penilaian yang dibuat oleh setiap sekolah adalah berbeza-beza. Perbezaan ini wujud kerana penilaian yang dibuat adalah berdasarkan persepsi dan keperluan sesebuah sekolah.

1.4 Dalam mesyuarat Pengurusan Pendidikan Bil. 9. 1997, wakil Bahagian Pengajian Tinggi mencadangkan agar kegiatan kokurikulum di sekolah dinilai berdasarkan format atau kaedah yang tetap dan diiktiraf. Ianya penting agar keesahan dan kebolehpercayaannya tidak dipertikaikan apabila markah kokurikulum dijadikan sebagai sebahagian dari markah penilaian kemasukan murid/pelajar ke institusi-institusi pengajian tinggi tempatan.

1.5 Semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan perlu menggunakan panduan penilaian ini. Penilaian ini juga boleh digunakan oleh sekolah-sekolah lain dengan syarat mematuhi prosedur pelaksanaan aktiviti yang ditetapkan dalam Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan serta Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Skan Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. RASIONAL

2.1 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan murid di sekolah untuk kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi telah dilaksanakan mulai tahun 2006. Setelah dilaksanakan, sistem penilaian perlu dibuat penambahbaikan bagi memudahkan lagi pemahaman guru tentang penilaian murid dalam kegiatan kokurikulum dan penggalakkan aktiviti sukan. Selaras dengan pelaksanaan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Dasar 1Murid 1Sukan, penilaian bagi kegiatan kokurikulum dan sukan dikaji semula. Dengan mengambilkira kepentingan kegiatan kokurikulum dan sukan, penilaian kegiatan ini wajib dinilai dan pemarkahan bagi ketiga-tiga bidang iaitu Sukan dan Permainan, Pasukan Badan Beruniform serta Persatuan dan Kelab wajib diambilkira dalam penilaian kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan yang setara.

2.2 Penilaian kegiatan kokurikulum dan sukan boleh merangsang murid-murid untuk bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dan sukan di sekolah. Semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Bagi murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, penglibatan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum dan sukan boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-cita mereka.

Page 2: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

3. OBJEKTIF

3.1 Menyediakan satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum dan sukan yang boleh diterima pakai oleh semua sekolah.

3.2 Membantu Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke institusi-institusi tersebut.

3.3 Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh di kalangan murid dalam aktiviti kokurikulum dan sukan.

4. DASAR 1MURID 1SUKAN

4.1 Pengenalan

4.1.1 Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

4.1.2 Aktiviti sukan di sekolah adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan kesemua murid. Bagi mencapai kecemerlangan sukan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1Malaysia yang sihat, cergas dinamik dan bersatu padu.

4.1.3 Konsep Dasar 1Murid 1Sukan adalah bagi menyokong Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar dapat memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya murid yang kurang atau tidak aktif. Dasar ini juga membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangya satu jenis sukan di sekolah seterusnya memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4.2 Matlamat

Dasar 1Murid 1Sukan berhasrat untuk:

4.2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun; dan

4.2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

2 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 3: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

4.3 Objektif

Dasar 1Murid 1Sukan berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;

4.3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani;4.3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin atau nilai murni;4.3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum;4.3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid;4.3.5 Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal;4.3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal; dan4.3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

4.4 Konsep

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERI). Ke arah ini, konsep Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat:

4.4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif;

4.4.2 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan

4.4.3 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4.5 Prinsip Pelaksanaan

Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:

4.5.1 Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan;

4.5.2 Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah;

4.5.3 Murid boleh menyertai lebih dari sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang idjalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah;

4.5.4 Asas kepada Dasar 1Murid 1Sukan adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang berkualiti di sekolah. Segala sumber mata pelajaran PJK hendaklah diguna sama bagi pelaksanaan dasar ini;

4.5.5 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti sukan;

3 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 4: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

4.5.6 Penyertaan dalam sukan adalah asa kepada perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani murid;

4.5.7 Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah; dan

4.5.8 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

4.6 Pendekatan Pelaksanaan

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S, setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan Dasa1M 1S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut:

4.6.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.

4.6.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.

4.6.3 Dasar 1Murid 1Sukan adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di Sekolah Rendah dan Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di Sekolah Menengah. Murid Prasekolah hingga Tahun 3, digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

4.6.4 Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah sukan, dorm asrama dan kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD)/Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)/Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M 1S.

5. GARIS PANDUAN SEMASA MELAKSANAKAN PENILAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH

5.1 Pengurusan sekolah hendaklah mempunyai pengurusan/kemudahan berikut:

5.1.1 Perancangan yang jelas5.1.2 Tempat Penyimpanan Buku Rekod Kehadiran dan Penilaian.5.1.3 Buku Panduan Penilaian Kokurikulum Dan Sukan.5.1.4 Rancangan mingguan & tahunan kokurikulum.5.1.5 Buku panduan pelaksanaan aktiviti yang dikeluar oleh KPM dan agensi luar.

5.2 Gambar murid mesti dilekatkan pada Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan murid/pelajar.

4 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 5: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

5.3 Semua murid mesti mempunyai Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah Menengah.

5.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan sekolah untuk merekod dan menyerahkan data pencapaian murid/pelajar.

5.5 Mengadakan taklimat kepada guru penasihat/pemimpin dan guru kelas.

5.6 Mewujudkan Jawatankuasa Penilaian peringkat sekolah.

5.7 Memastikan semua murid mendapat peluang menyertai aktiviti Pasukan Badan Beruniform, Persatuan/Kelab dan Kelab Sukan/Permainan.

5.8 Melantik guru sebagai guru penasihat/pemimpin bagi kelab Sukan/Permainan, Kelab dan Persatuan serta Pasukan Badan Beruniform.

5.9 Memberi peluang kepada guru yang berkemampuan dalam sesuatu bidang menjadi guru penasihat dalam bidang tersebut.

5.10 Menyediakan prasarana dan sumber kewangan yang mencukupi.

5.11 PPD atau JPN melakukan pemantauan secara berkala

5.12 Buku Rekod Penilaian Kokurikulum Dan Sukan Sekolah boleh disediakan dalam dua bentuk seperti berikut:

5.12.1 Dalam tempoh 3 tahun (bermula dari Tahun Empat hingga Tahun Enam); dan

5.12.2 Dalam tempoh 8 tahun (bermula dari kelas Peralihan hingga ke Tingkatan Enam Atas); atau

5.12.3 Dua buah buku bagi tempoh 4 tahun :5.12.3.1 Bermula dari kelas Peralihan hingga Tingkatan Tiga5.12.3.2 Bermula dari Tingkatan Empat hingga Tingkatan Enam Atas

6 CARTA ALIRAN PENGURUSAN PENILAIAN KOKURIKULUM DAN SUKAN SEKOLAH

5 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 6: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

1 Perancangan strategik kokurikulum dan sukan sekolah

Dilaksanakan mulai minggu pertama persekolahan-Memaklumkan kepada ibubapa,guru dan murid.

2 Agihan tugas Guru Penasihat/Pemimpin Cadangan bagi nisbah guru-murid

6 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 7: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

3 Pendaftaran setiap murid dalam 3 bidang :- Pasukan badan beruniform- Kelab Sukan /Permainan- Kelab/PersatuanJumlah murid bagi setiap unit dalam setiap bidang adalah mengikut kesesuaian sekolah.

4 Menjalankan aktiviti mengikut perancangan sekolah.

Taklimat Pengisian data kepada Guru Penasihat/Pemimpin dan Guru Kelas

Takwim & Rancangan Pelajaran MingguanBuku rekod kehadiran disimpan di sekolah dan dikeluarkan setiap kali perjumpaan

5 Merekod kehadiran murid dalam buku rekod kehadiran kokurikulum dan sukan dan ditandatangani oleh guru penasihat setiap kali perjumpaan.

6 Guru Penasihat/Pemimpin melengkapkan Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan dengan merujuk rekod kehadiran kokurikulum

Jawatankuasa ini terdiri daripada: Pengerusi : Pengetua / Guru

BesarSetiausaha : GPK KokurikulumAJK : Tiga orang yang

dilantikBuku Penilaian Kokurikulum dan Sukan (BPK 1) ditandatangani oleh GPK Kokurikulum, Pengetua/Guru Besar dan Ibubapa/Penjaga

7 Guru Kelas melengkapkan Buku Penilaian Kokurikulum dan Sukan apabila memperolehi Borang Rumusan Aktiviti Kokurikulum dan Sukan dari Guru Penasihat/Pemimpin

8 Jawatankuasa Penilaian Markah Kokurikulum dan Sukan peringkat Sekolah mengesahkan markah kokurikulum murid.

1September – 30 September (Sekolah Rendah) 1November – 31 Disember (Sekolah Menengah)Dan tertakluk kepada tarikh-tarikh peperiksaan awam.Sekolah hendaklah mengeluarkan Sijil Penilaian Markah Kokurikulum dan Sukan setiap hujung tahun kepada setiap murid

9Tidak

Keputusan Penilaian Kokurikulum dan Sukan dihantar secara on-line ke KPM dan salinan dihantar ke PPD / JPN. Semakan dan analisis dilakukan .

15 Disember – 31 Januari (atau tarikh yang ditentukan kemudian atas keperluan pentadbiran)Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM

Ya

10 Keputusan Penilaian Kokurikulum dan Sukan dariKPM dihantar kepada pihak yang memerlukan

Tarikh ditentukan atas keperluan pentadbiran untuk tindakan selanjutnya.Khusus untuk murid SPM/STPM/STAM

7 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 8: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

11 Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan di simpan di sekolah

Rekod Penilaian Kokurikulum dan Sukan akan berpindah mengikut murid

Tamat

7 PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM DAN SUKAN

Sistem penilaian akan berkuatkuasa untuk Tahap 2 Sekolah Rendah, Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 6 Atas di Sekolah Menengah. Aspek-aspek penilaian adalah seperti berikut:

7.1 Penglibatan (Involvement)7.1.1 Jawatan7.1.2 Peringkat7.1.3 Komitmen7.1.4 Khidmat Sumbangan

8 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 9: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

7.2 Penyertaan (Participation)7.2.1 Kehadiran Bidang (Pendaftaran keahlian)

7.3 Prestasi (Performance)7.3.1 Tahap Pencapaian

ASPEK ELEMEN MARKAH

Penglibatan

Jawatan 5 (10)

40 (50)Peringkat 13 (20)

Komitmen 12 (10)

Khidmat Sumbangan 10

PenyertaanKehadiran 40

50 (40)Bidang 10 (0)

Prestasi Tahap Pencapaian 20 20

JUMLAH 110

8 NILAI SKOR BAGI ASPEK DAN ELEMEN KOKURIKULUM DAN SUKAN

8.1 Aspek Penglibatan

8.1.1 Elemen Jawatan8.1.1.1 Pasukan badan beruniform Anjuran Kementerian/Jabatan Kerajaan dan

Pasukan Kadet Remaja Sekolah (KRS)

JAWATAN/PANGKAT MARKAH

Pengerusi / Presiden : Pegawai Waran 1 & 11 (KRS), Pegawai Waran 11 (PKBM), Pegawai Kadet Kanan (KAPA), Pegawai Kadet (Bomba), Sub-Inspektor (Polis) dan Inspektor Kadet (Koreksional/Penjara)

10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi : Staf Sarjan (KRS), Staf Sarjan/Bintara Kanan/Flight Sarjan (PKBM), Pegawai Waran kadet (KAPA), Ketua Kadet (Bomba) dan Sarjan Mejar (Polis dan Koreksional)

8

Setiausaha / Bendahari : Sarjan, Bintara Muda (PKBM-L) dan Ketua Platun (Bomba)

7

Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Koperal, Laskar Kanan (PKBM-L) dan Penolong Ketua Platun 1 (Bomba)

6

Ahli Jawatankuasa : Lans Koperal, Laskar Muda (PKBM-L), Laskar Udara (PKBM-U), Penolong Ketua Platun 11 (Bomba)

5

Ahli Aktif 4Ahli Biasa 2

Nota: Murid yang memegang jawatan tertinggi; tetapi berada dipangkat yang lebih rendah layak untuk mendapat markah mengikut jawatan tertingginya Murid yang memegang pangkat tertinggi, tetapi tidak memegang jawatan;

murid berkenaan layak mendapat markah mengikut pangkat tertingginya.

9 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 10: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

Murid yang memegang jawatan tertinggi dan memegang pangkat tertinggi hanya berhak mendapat satu markah tertinggi.

Murid yang lulus peperiksaan kenaikan pangkat dalam pasukan berhak menerima markah mengikut pangkat tertingginya.

8.1.1.2 Pasukan badan beruniform - Anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pancaragam Brass

JAWATAN MARKAH

Pengerusi / Presiden : Ketua Trup, Ketua Pasukan/Pengerusi,Ketua Puteri, Ketua Kadet, Band Major

10

Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi : Penolong Ketua Trup, Ketua Kumpulan, Ketua Utama Seksyen, Ketua Pasukan (S/Usaha), Sarjan, Drum Major/ Asst. Band Major,

8

Setiausaha / Bendahari : Ketua Patrol, Setiausaha, Ketua Seksyen, Ketua Pasukan (Bendahari), Koporal, Percussion Leader,

7

Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari : Penolong Ketua Patrol, Bendahari, Pen. Ketua Seksyen Kanan, Ketua Pasukan (AJK), Lans koporal, Section Leader,

6

Ahli Jawatankuasa : Quartermaster, Penolong Setiausaha, Pen. Ketua Seksyen, Ketua Kumpulan, Asst. Section Leader, Class 3,

5

Ahli Aktif , Penolong Ketua Kumpulan 4Ahli Biasa, Class 4 & 5, 2

Nota: Pengkelasan Jawatan Berdasarkan Susunan Pasukan:

Persatuan Pengakap, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Bulan Sabit Merah Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Persatuan St. John Ambulans Malaysia, Pancaragam Brass, Briged Putera, Briged Puteri

8.1.1.3 Pasukan badan beruniform – Seni Mempertahankan Diri

JAWATAN MARKAH

Pengerusi / Presiden/ Bengkung Merah / Tali Pinggang Hitam / 10Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi: Bengkung Hijau 3 dan Tali Pinggang Merah 2

9

Setiausaha / Bendahari : Bengkung Hijau 2 dan Tali Pinggang Merah 1

8

Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari: Bengkung Hijau 1, Tali Pinggang Biru 2

7

Ahli Jawatankuasa: Cula 3 dan Tali Pinggang Biru 1 5Ahli Aktif: Class 3, Cula 2 dan Tali pinggang Hijau 1&2 4Tali pinggang kuning 1 & 2 3Ahli Biasa 2

Nota:

JAWATAN SYARATBengkung Merah Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah

mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat

10 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 11: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

ketiga dan seterusnyaBengkung Hijau 3 Berdaftar sebagai ahli selama 5 tahun dan telah

mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya

Bengkung Hijau 2 Berdaftar sebagai ahli selama 4 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya. Atau lulus ujian peningkatan peringkat ketiga dan seterusnya

Bengkung Hijau 1 Berdaftar sebagai ahli selama 3 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat ketiga.

Bengkung Putih 3 Berdaftar sebagai ahli selama 2 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat kedua.

Bengkung Putih 2 Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan telah mengambil dan lulus ujian peningkatan peringkat pertama.

Bengkung Putih 1 Berdaftar sebagai ahli selama 1 tahun dan tidak mengambil sebarang ujian peningkatan.

8.1.1.4 Jawatan bagi Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan

JAWATAN MARKAH

Pengerusi PresidenKetua PasukanKetua Rumah

10

Naib PengerusiTimbalan PresidenPenolong Ketua PasukanPenolong Ketua RumahSetiausahaBendahari

8

Penolong SetiausahaPenolong BendahariAJK

6

Ahli Aktif 4Ahli Biasa 2

8.1.2 Elemen Peringkat

8.1.2.1 Pasukan Badan Beruniform

Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3Sekolah 8 6 3Zon/daerah 11 8 4Negeri 14 10 6Kebangsaan 17 12 8Antarabangsa 20 15 10

11 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 12: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

8.1.2.2 Sukan dan Permainan / Kelab dan Persatuan

Peringkat Penglibatan 1 Penglibatan 2 Penglibatan 3Sekolah 8 6 3Zon/daerah 11 7 4Negeri 14 8 5Kebangsaan 17 9 6Antarabangsa 20 10 7

Nota:

PENGLIBATAN TAFSIRAN

Penglibatan 1

Murid yang didaftarkan sebagai atlet atau peserta perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program

Penglibatan 2

Penglibatan murid yang melibatkan aktiviti seperti persembahan selingan yang memerlukan latihan pusat dan murid yang bertugas sebagai jawatankuasa yang perlu berkhidmat dalam tempoh yang lama disepanjang aktiviti/ perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program

Penglibatan 3

Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti sebagai penyokong, kumpulan sorak perkhemahan / kejohanan / pertandingan / karnival/kursus/program atau peserta majlis ceramah

8.1.3 Elemen Komitmen

12 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 13: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

Mana-mana empat elemen dalam jadual komitmen di atas tetapi tidak melebihi 12%. Elemen nilai yang tidak tersenarai dalam jadual di atas boleh juga di pertimbangkan tetapi tidak melebih 3%.

8.1.4 Elemen Khidmat Sumbangan

13 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

PERINGKAT MARKAH

Menunjukkan kepimpinan 4

Menguruskan Aktiviti 4

Membantu Guru/Rakan 3

Menyediakan Peralatan 3

Mengemas Peralatan 3

Membersih Kawasan 3

Menepati Waktu 3

Menunjukkan Minat 3

Menunjukkan Kesungguhan 3

Mengikut Arahan 3

Mencuba 3

Memberi Kerjasama 3

Mana-mana nilai murni yang boleh diperhatikan 3

Page 14: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

8.2 Aspek Penyertaan

8.2.1 Elemen Kehadiran

14 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

SUMBANGAN PERKARA MARKAH

Teknikal

Melibatkan perkara kursus – referi/pengadil, jurulatih pasukan, konduktor pancaragam, jurulatih kadet, dan lain-lain yang berkaitan dengan aspek teknikal

10

Pengurusan

Segala jenis bantuan dari segi mengurus dan mentadbir kelab sukan, urusetia, mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum sekolah, mengurus pasukan dan menyediakan laporan

8

Sokongan

Membantu dari segi menjayakan aktiviti kelab sukan dan aktiviti sukan sekolah seperti mengambil bahagian dalam perbarisan atau persembahan, kumpulan sorak/penyokong, menghias khemah rumah sukan dan yang berkaitan

4

JULAT PERATUS KEHADIRAN MARKAH

Penuh 100 40

90 – 99 36

80 – 89 32

70 – 79 28

60 – 69 24

50 – 59 22

40 – 49 18

30 – 39 16

20 – 29 12

10 – 19 8

1 – 9 4

Page 15: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

8.2.1.1 Kaedah Pengiraan Kehadiran

KEHADIRAN BAGI KOKURIKULUM DAN SUKAN

Contoh:

Aktiviti Pasukan Badan Beruniform mengadakan 20 kali perjumpaan setahun

Pengiraan skor kehadiran untuk pasukan/badan beruniform.

Jika jumlah kehadiran pelajar = 14 (a)

Jumlahperjumpaan setahun = 20 (b)

Ketidakhadiran yang diluluskan = 2 (c)

Skor Kehadiran a (14)

X 100 = 77.8%b (20) – c (2)

KAEDAH PEMBERIAN NILAI SKOR SUKAN DAN KOKURIKULUM

Untuk tahun tersebut, kehadiran murid adalah sebanyak 77.8% daripada jumlah

kesemua aktiviti yang dijalankan. Oleh itu peratus kehadiran bersamaan dengan

28% daripada 40% skor penuh.

Julat Peratus Kehadiran bagi Sukan

dan Kokurikulum

Markah

Penuh 100 40

15 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

KEHADIRAN BAGI SUKAN DAN KOKURIKULUM

Sekiranya murid tersebut tidak hadir tanpa sebab, jumlah kehadiran adalah kekal sebanyak 20 kali;

Skor Kehadiran a (14)

X 100 = 70%b (20)

Skor kehadiran bagi murid yang tidak hadir tanpa sebab adalah 28% berdasarkan pada jadual di atas.

Kehadiran dalam latihan yang dibiayai sendiri boleh diambil kira sebagai kehadiran sebenar sekiranya mempunyai dokumen sokongan atau rekod yang sah dan boleh dipercayai.

Page 16: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

90 - 99 36

80 - 89 32

70 - 79 28

60 - 69 24

50 - 59 22

40 - 49 18

30 - 39 16

20 - 29 12

10 - 19 8

1 - 9 4

Nilai Skor Sukan dan Kokurikulum Bagi Aspek Penyertaan Untuk Elemen Bidang

BIDANG Penyertaan murid dalam sesuatu elemen kegiatan sukan atau kokurikulum Dalam sukan mengambil kira penglibatan murid berdasarkan acara yang disertai Kokurikulum adalah aktiviti yang disertai dalam kelab atau pasukan yang

berkenaan.

8.3 Aspek Prestasi

8.2 Elemen Tahap Pencapaian

8.2.1 Markah Aspek Pencapaian ialah 20 markah. Markah ini merupakan pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat Sekolah, Zon / Daerah / Negeri dan Kebangsaan. Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan dan Ketiga kecuali di peringkat sekolah dimana pencapaian yang dinilai adalah kepada kedudukan Johan, Naib Johan, Ketiga, Keempat dan Kelima. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut:

PERINGKAT

PERTANDINGAN

MARKAH

JOHAN NAIB JOHAN

KETIGA KEEMPAT KELIMA

Sekolah 08 07 06 05 04

Zon/Daerah 11 10 9 TIADA TIADA

Negeri 14 13 12 TIADA TIADA

Kebangsaan 17 16 15 TIADA TIADA

Antarabangsa 20 19 18 TIADA TIADA

16 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 17: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

8.2.2 Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili sekolah, zon/daerah, negeri, dan kebangsaan. markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat kebangsaan.

8.4 Markah Bonus (mohon menggantikan dengan cadangan LPM bagi Ekstrakurikulum)

8.1. Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. Perjawatan tersebut merangkumi:

8.1.1. Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya.

8.1.2. Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya.

8.1.3. Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya.

8.2. Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus dikira sekali sahaja mengikut tahun semasa murid mendapat pengiktirafan tersebut. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bil Jawatan Markah Bonus1. Ketua Murid Sekolah 102. Timbalan/Penolong Ketua Murid 83. Pengurusan Utama yang ditubuhkan untuk membantu

sekolah Pegawas/ Ketua Asrama / Ketua PRS / Pengerusi Badan-Badan Perkhidmatan Sekolah

7

4. Penolong Ketua Asrama / Pegawas Pusat Sumber/ Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah

6

5. AJK Utama Badan-badan Perkhidmatan atau Pengurusan / Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro- Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Pegawas Koperasi

5

6. Ahli-ahli J/Kuasa Perkhidmatan dan Sokongan - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua Kelas / Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR

3

7. Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik 2

8.3. Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:

Bil Anugerah/Penghargaan Markah Bonus1 Anugerah Remaja Perdana (ARP) –Kementerian Belia

dan SukanEmas 10Perak 7Gangsa 5

17 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 18: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

2 Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan

10

3 Anugerah Pengakap Raja / Pandu Puteri Raja 104 Anugerah Khas Sukan

4.1. Olahragawan/Olahragawati Kebangsaan 104.2 Olahragawan/Olahragawati Negeri 74.3. Olahragawan/Olahragawati Daerah 5

5 Lain-lain anugerah/penghargaan khas yang setara 5.1 Peringkat Kebangsaan 105.2 Peringkat Negeri 75.3 Peringkat Zon/Daerah/Bahagian 55.4 Peringkat Sekolah 2

6 Penyertaan aktiviti kokurikulum di luar negara/dalam negara atas pembiayaan sendiri (tanpa pengiktirafan /kebenaran KPM/JPN)

2 (5)

PROGRAM NILAM MARKAH

NILAM EMAS PERAK GANGSA

Sekolah 7 6 5 4

Zon/Daerah/Bahagian 8 7 6 5

Negeri 9 8 7 6

Kebangsaan 10 9 8 7

8.4. Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk salah satu daripada jawatan yang paling tinggi disandang setiap tahun seperti di Jadual 7, Jadual 8 atau Jadual 9.

8.5. Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin, maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira.

9. GRED KESELURUHAN9.1. Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam tiga

jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. 9.2. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah KETIGA-

TIGA kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan puratanya.9.3. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil

tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred sebagaimana yang terdapat pada 7.3.1.

9.4. Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid A perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut:

Jumlah Markah

Pasukan badan beruniform = 86Persatuan/Kelab = 74Kelab Sukan/Permainan = 91

18 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 19: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

Markah purata = (91+86+74) /3= 82.7

Markah bonus (Ketua Murid) = 10= 82.7 + 10= 92.7

Gred Keseluruhan = A

10. PELAKSANAAN

10.1. Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat Lampiran 1, 2 dan 3).

10.2. Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. Oleh itu, jangkamasa penilaian dalam tahun semasa bermula pada 1 Januari hingga 1 Disember.

10.3. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Kelas Peralihan/Tingkatan 1 hingga 6 Atas, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Catatan/Pelaporan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT.

10.4. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru – guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar.

10.5. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin/penasihat sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum.

10.6. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya. Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid B dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5:

Tingkatan Markah Kokurikulum GPA CGPA1 69 69 69.02 82 82 75.53 83 83 79.254 89 89 84.135 80 80 82.06

6R 68 68 75.036A 79 79 77.02

Contoh pengiraan CGPA

Tingkatan 1 = 69= 69.0 (CGPA Tingkatan 1)

Tingkatan 2 = (69.0+82)/2= 75.5 (CGPA Tingkatan 2)

Tingkatan 3 = (75.5+83)/2= 79.25 (CGPA Tingkatan 3)

Tingkatan 4 = (79.25+89)/2= 84.13 (CGPA Tingkatan 4)

19 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 20: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

x 10

Tingkatan 5 = (84.13+80)/2= 82.06 (CGPA Tingkatan 5)

Tingkatan 6R = (82.06+68)/2= 75.03 (CGPA Tingkatan 6R)

Tingkatan 6A = (75.03+79)/2= 77.02 (CGPA Tingkatan 6A)

10.7. Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. ContohnyaTingkatan V = 82.06

100

= 8.21

10.8. Penilaian Kokurikulum Murid berkeperluan Khasakan disediakan oleh Bahagian Pendidikan Khas , KPM

10.9. Kes-Kes Khas

Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi dinilai mengikut kriteria dari BS,KPM dan Majlis Sukan Negara. Contohnya atlet kebangsaan.

Atlet wakil Negara –Semua Pertandingan Antarabangsa yang diiktiraf oleh MOM,Sukan Olympic/Komanweal/ASIAN/SEA GAMES – 10 markah

11. PENILAIAN KEGIATAN KOKURIKULUM BAGI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 6

Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah PLKN adalah seperti jadual berikut

Jadual 10

Bil Jawatan Yang Disandang Markah1 Ketua Pelatih 302 Ketua Wira 303 Ketua Wirawati 304 Ketua Kompeni / Ketua Dorm 205 Penolong Ketua Kompeni / Ketua Dorm 206 Pelatih Biasa 10

Jadual 11

Bil Penglibatan Markah

20 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 21: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

1 Amat Cemerlang 702 Cemerlang 603 Amat Baik 504 Baik 405 Memuaskan 306 Kurang Memuaskan 20

CADANGAN OLEH LEMBAGA PEPERIKSAAN

ASPEK ELEMEN MARKAH

Penglibatan

Jawatan 5

40Peringkat 13

Komitmen 12

Khidmat Sumbangan 10

PenyertaanKehadiran 40

50Bidang 10

Prestasi Tahap Pencapaian 20 20

JUMLAH 110

CADANGAN OLEH BAHAGIAN SUKAN DAN BAHAGIAN KOKURIKULUM & KESENIAN

ASPEK ELEMEN MARKAH

Penglibatan

Jawatan 10

50Peringkat 20

Komitmen 10

Khidmat Sumbangan 10

PenyertaanKehadiran 40

40Bidang  0

21 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan

Page 22: Latest Buku Panduan Pentaksiran Kokurikulum Dan Sukan sekolah rendah pedalaman

Prestasi Tahap Pencapaian 20 20

JUMLAH 110

22 | Penilaian Kokurikulum dan Sukan