laporan selepas permainan tradisional

Upload: firdaus-usman

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Laporan Selepas Permainan Tradisional

    1/1

    LAPORAN SELEPAS KARNIVAL SUKANEKA DAN PERMAINAN TRADISIONAL

    Karnival sukaneka dan permainan tradisional unit minor Pendidikan Jasmani semester lima

    telah berlangsung dengan lancar mengikut rancangan yang telah ditetapkan melalui beberapa

    mesyuarat yang telah dijalankan sebelum berlangsungnya karnival tersebut. Karnival

    berlangsung pada seawal pukul 7.45 pagi pada hari sabtu 16 Mac 2012 dan berakhir pada

    pukul 12 tengah hari. Setelah selesai kesemua permainan dipertandingkan kesemua ahli rumah

    berkumpul diastaka untuk dibacakan markah bagi pemenang. Seletah selesai majilis pemberian

    hadiah untuk pemenang Puan Suraya selaku ketua jabatan Pendidikan Jasmani merasmikan

    majilis penutupan dengan menyampaikan ucapan.setelah itu, kesemua guru pelatih diberikan

    taklimat tentang tugasan-tugasan yang harus dilakukan selepas sebagai contoh setiap ahli

    jawatankuasa dikehendaki menyediakan laporan untuk hari tersebut sebagai tugasan yang bagi

    modul ini.

    Semua guru pelatih diwajibkan mengemas semula kelengkapan sukan yang dipinjam dari stor

    pendidikan jasmani diastaka dan melengkapkan borang pinjam barang supaya tiada kehilangan

    berlaku. Segala sampah-sarap yang berada dipadang dibersihkan dengan bantuan kesemua

    ahli rumah sukan. Perkara ini penting kerana dapat mengeratkan nilai kerjasama dan secara

    tidak langsung memupuk rasa tanggungjawab dalam setiap ahli rumah sukan. Garisan tepung,

    tiang kayu, kayu-kayu dikemaskan dan dibuang bagi membersihkan semula padang bola sepak

    yang telah digunakan. Kerusi, meja dan PA sistem telah dikembalikan ketempat asal iaitu balai

    kerapatan dengan bantuan ahli-ahli rumah sukan yang masih lagi belum pulang walaupun

    hanya tinggal beberapa orang sahaja.

    Setelah aktiviti mengemas selesai, guru pelatih dibenarkan mengambil makanan dan minuman

    untuk makanan tengah hari. Makanan yang diperolehi sangat memuaskan dan kesemua guru

    pelatih mendapat makanan mereka secukupnya. Tetamu istimewa ditempatkan dibawah kemah

    istimewa untuk menjamu selera dan mereka memperlawa guru-guru pelatih yang masih berada

    diastaka untuk menghabiskan lauk mereka yang masih belum habis bagi tujuan mengelakkan

    pembaziran berlaku. Setelah selesai kesemua guru pelatih mejamu selera mereka pulang

    dengan segera untuk berehat dan kembali menyiapkan tugasan yang diberikan iaitu

    menghasilkan laporan.