permainan tradisional jayasri

Upload: jayasri-devaraj

Post on 11-Oct-2015

126 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Permainan Tradisional Melayu, Zero Point

TRANSCRIPT

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN(AMBILAN JUN 2013)______________________________________________________________________

PERMAINAN TRADISIONAL

LOMPAT GETAH

BMM1024

NAMA:JAYASRI A/P DEVARAJNO K/P: 950130026006KUMPULAN: BAHASA MELAYU PPISMP AMBILAN JUN 2013SEMESTER: SATUPENSYARAH: ENCIK AZIZAN BIN ABDUL AZIZTARIKH HANTAR:

BIODATA

NAMA : JAYASRI A/P DEVARAJ

NO K/P : 950130026006

ALAMAT : 905,TAMAN DESA BIDARA , 09300 KUALA KETIL, KEDAH DARULAMAN

NO TELEFON : 011-16437602

KUMPULAN : BAHASA MELAYU PPISMP AMBILAN JUN 2013

E-MAIL : [email protected]

PENGENALAN

Rakyat Malaysia kaya dengan warisan tradisi bangsanya yang masih wujud, dipelihara, dipulihkan dan juga diamalkan sebagai suatu khazanah yang terus mekar dan segar. Permainan tradisional ini boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu jenis Permainan Anjung dan Permainan Laman.

Permainan Anjung merupakan permainan yang mudah dan sering dimainkan di anjung-anjung rumah dan memerlukan pergerakan yang terbatas. Sebagai contoh permainan anjung adalah seperti batu seremban, congkak, dam haji dan sebagainya. Manakala Permainan Laman terdiri daripada jenis permainan yang memerlukan kawasan yang lebih luas kerana permainan seperti ini memerlukan pergerakan yang lebih lincah dan aktif berbanding Permainan Anjung. Bagi tugasan kerja kursus ini saya memilih permainan lompat getah.(tak perlu )

ASAL USUL PERMAINAN LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah merupakan permainan tradisional yang terkenal di zaman nenek moyang kita lagi. Permainan ini sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan dan lelaki ketika waktu petang. Permainan ini sangat mudah dan sesuai untuk kanak-kanak memainkannya. Permainan ini dinamakan lompat getah kerana bahan yang digunakan getah halus berbelang.

Alatan yang digunakan untuk menghasilkan alatan ini ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung. Tempat permainan ini adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah juga disebut sebagai zero Point oleh segelintir masyarakat.

Getah yang sudah disambungkan

Getah yang dimatikan hujungnya supaya tidak terurai ketika bermain

CARA BERMAIN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Permainan akan dimulakan oleh ketua kumpulan dan akan menyebut perkataan 'zero point' ketika melepasi getah dan tidak boleh menyentuh tali getah dan sekiranya terkena, maka kumpulan lain akan menggantikan kumpulan tersebut melakukan lompatan. Tali getah akan diletakkan pada aras kaki sebagai permulaan permainan. Tali getah akan dinaikkan lagi ke paras lutut dan perlu melompat tanpa mengena tali getah dan diikuti ke paras paha.

Apabila selesai melepasi paras lutut dan paha, tali getah akan dinaikkan ke paras pinggang. Pada paras ini, pemain boleh menyentuh getah ketika melompat. Apabila pemain dapat melepasi paras ini, tali getah akan dinaikkan lagi ke paras dada, telinga dan kepala. Ahli kumpulan yang tidak boleh melompat pada paras pinggang boleh dibantu oleh ahli kumpulan yang lain ataupun istilah 'hidupkan ahli lain yang mati pada paras ini.

Apabila pemain dapat melepasi paras pinggang, dada, telinga dan kepala tali getah akan dinaikkan kepada sejengkal daripada kepala dan seterusnya 2 jengkal daripada kepala. Seterusnya, tali getah akan dinaikkan daripada aras kepala setinggi yang mungkin. Pemain boleh 'memotong tali getah' iaitu menurunkan tali getah menggunakan tangan dan seterusnya melakukan lompatan daripada aras sejengkal ataupun mengikut kehendak pemain itu sendiri. Pada aras ini juga ahli kumpulan yang lain boleh membantu ahli kumpulan yang lain yang telah mati pada aras ini untuk menghidupkan semula pemain itu dan meneruskan permainan. Kumpulan yang melepasi aras yang tertinggi dianggap sebagai pemenang.

PERATURAN-PERATURAN PERMAINAN LOMPAT GETAH

Permainan lompat getah ini dimainkan oleh sekumpulan kanak-kanak. Permainan ini menggunakan bahan seperti gelang getah yang disambung panjang dan diikat mati pada hujung sambungan getah tersebut. Permainan ini memerlukan 2 orang untuk memegang hujung getah di kiri dan di kanan dan pemain lain akan melihat pihak lawan bermain mengikut turutan. Jika pihak lawan kalah kerana melanggar peraturan yang ditetapkan seperti tidak boleh menyentuh getah sewaktu bermain iaitu dari paras tapak kaki ke peha dan ketua tidak dapat menghidupkan anak-anak buahnya maka pihak lawan pula yang akan memegang getah tersebut dan seterusnya permainan ini dimainkan oleh mereka. Antara peraturan-peraturan permainan lompat getah adalah seperti berikut :-

Untukmenentukan ahli kumpulan, kebiasaannya kaedahlai lai li tam plom (mesti ditulis sending atau dengan tanda pembuka kata dan penutup kata. Contohnya lai lai li tam plom)akan digunakan dan ketua kumpulan akan menggunakan kaedah ow som (sending atau )untuk menentukan kumpulan mana yang akan bermain dahulu. Jika tiga pemain sahaja, kaedah ow som akan digunakan.Ketua akan memulakan permainan, diikuti anak-anak buahnya. Jika salah seorang anak buahnya melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk ketua akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain. Pada permulaan permainan ini, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point"atau "kosong game" (bagi orang kelantan). Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati.

Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa menyentuh getah dan diikuti oleh pemain lain dalam kumpulan yang sama. Seterusnya,getah dipegang pada paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Pada setiap lompatan, anggota badan tidak boleh menyentuh getah. Seterusnya ke paras pinggang. Pada paras ini pemain boleh melompat dengan menyentuh getah. Diikuti pada paras dada. Seterusnya ke paras telinga. Pada paras ini, pemain yang memegang getah perlu berhati-hati agar tidak cedera. Kemudian ke paras kepala. Seterusnya, getah sejengkal dari atas kepala,boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Jika pemain melepasi setiap paras sebelum ini, seterusnya pemain akan bermain mengikut cara huruf z dan c pada paras pinggang. Seterusnya, setiap pemain akan melompat pada paras pinggang sambil menutup mata. Jika ada pemain yang mati pada paras yang sebelum ini, pemain itu boleh dihidupkan kembali jika pemain lain tolong membuat satu lompatan lengkap untuknya (bilangan mengikut persetujuan kedua-dua pasukan) merupakan penamat kepada pusingan pertama permainan.

KEBAIKAN DAN SUMBANGAN LOMPAT GETAH KEPADA MASYARAKAT

Permainan tradisional Melayu lompat getah dimain dalam kalangan kanak-kanak yang tinggal di berhampiran ataupun di kawasan perumahan mereka.Kanak-kanak akan berkumpul di suatu tempat untuk bermain tanpa mengira agama dan bangsa. Semasa bermain lompat getah ,kanak kanak akan bekerjasama antara satu sama lain untuk menang dalam permainan.Dengan ini secara tidak langsung akan lahirlah semangat kekitaan antara kanak-kanak yang berbilang kaum dan masih kecil lagi itu.Generasi muda sekarang akan menerajui masa depan pada masa akan datang .Justeru, permainan tradisional seperti lompat getah dapat melahirkan generasi yang mementingkan perpaduan sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu,permainan lompat getah juga amat baik untuk kesihatan kanak-kanak dan juga orang dewasa.Ia mampu menyihatkan badan kita.Semasa bermain lompat getah ,peluh akan mengalir keluar dari badan kita.Dengan ini,bahan-bahan yang tidak diperlukan kepada badan kita akan keluar sendiri melalui peluh.Kita boleh hidup dengan sihat apabila badan kita berada dalam keadaan yang baik dan kita mampu menjalankan tugasan harian kita dengan penuh cergas. Permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanak-kanak secara optima. Lompat getah ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak di mana kanak-kanak perlu mencari skill untuk melepasi setiap cabaran yang ditetapkan iaitu bermula daripada cabaran yang mudah hingga ke paras sukar. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak dapat meningkatkan kognitif di mana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.KESIMPULAN

Secara kesimpulannya ,permainan tradisional lompat getah merupakan suatu permainan yang sering dilupakan oleh masyarakat pada era ini.Semua harus faham akan konsep permainan tradisional dan harus berusaha mengekalkan warisan yang semakin dilupakan.Sebagai anak bangsa yang berjati diri adalah tanggungjawab kita untuk mengamalkan dan bermain permainan tradisional seperti lompat getah agar ia tidak pupus selama lamanya.Ibu bapa harus galakkan anak-anak bermain permainan tradisional dan bukannya mengajar mereka bermain permainan yang menggunakan perkembangan teknologi.Pihak pihak tertentu harus menganjurkan kempen bermain permainan tradisional seperti lompat getah ,congkak ,sepak bulu ayam dan sebagainya kepada masyarakat.Pihak sekolah juga harus menubuhkan Kelab Pemainan Tradisional kepada pelajar-pelajar agar dapat melahirkan rasa suka akan permainan tradisional di Malaysia.

LAMPIRAN

Cara bermain lompat getah

Alatan yang penting untuk permainan lompat getah

RUJUKAN 1.http://permata-nusantara.blogspot.com/2009/03/permainan-tali-merdeka-riau.htmlj

2. http://fr.slideshare.net/teacherayu/permainan-tradisional-dan-kepentingannya-dalam-pnp

3. https://www.heritage.gov.my/v2/index.php/ms/warisan-tidak-ketara/adat-a-budaya/permainan-tradisi

4. http://nota-notapismppj.blogspot.com/2013/05/pengurusan-permainan-tradisional.html

5. http://catherina-ceria.blogspot.com/2011/06/permainan-tradisinal-lompat-getah.html

6. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/5499-permainan-tradisional.html

Catatan 1.Permulaan ayat mestilah huruf besar, nama khas ditulis dengan huruf besar.2. Penulisan rujukan tidak tetap,3. Jangan cetak sebelum diberitahu.