laporan big (benchmarking - sem 5)
DESCRIPTION
Laporan Benchmarking BIGTRANSCRIPT
1.0 Laporan ‘Benchmarking’
Program lawatan penanda aras atau lebih dikenali sebagai ‘benchmarking’ merupakan
tugasan wajib untuk para guru pelatih Semester 5 kerana program ini sebenarnya ialah program
Bina Insan Guru (BIG) pada semester ini. Oleh itu, pada 20 April 2015 bersamaan dengan hari
Isnin, kami telah mengadakan lawatan ‘benchmarking’ ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Lobak, Seremban, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk membuat
pemerhatian terhadap program-program yang diadakan di sekolah tersebut yang melibatkan
penglibatan murid-muridnya secara aktif.
Kami telah memilih untuk pergi ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak adalah
kerana sekolah ini kerap mengadakan program-program yang membantu murid-murid sekolah
tersebut untuk berkembang dengan baik secara mental dan fizikal. Selain itu, sekolah ini juga
terletak berdekatan dengan kampus kami, iaitu dengan jarak 7 km yang hanya memakan masa
lebih kurang 10 hingga 15 minit perjalanan. Justeru, keadaan ini memudahkan kami untuk pergi
ke sekolah tersebut tanpa menghadapi kesulitan yang banyak. Tambahan pula, kami telah
memilih untuk pergi ke sekolah jenis kebangsaan Tamil adalah kerana opsyen unit kami itu
sendiri, iaitu TESL (SJKT). Dengan itu, kami juga akan mendapat pendedahan tentang situasi
dan budaya bekerja guru-guru serta pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
Pada pukul 12.45 tengah hari, kami telah memulakan perjalanan daripada kampus kami
ke sekolah tersebut. Perjalanan tersebut memakan masa lebih kurang 10 minit dan kami tiba di
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak pada pukul 1 petang. Setibanya kami di sekolah
tersebut, kami disambut mesra oleh Guru Penolong Kanan 1 sekolah tersebut. Guru Besar
sekolah tersebut pada masa itu menghadiri kursus. Warga sekolah tersebut juga mengalu-
alukan kedatangan kami. Beliau telah mengiringi kami ke bilik taklimat dan memberikan taklimat
ringkas kepada kami tentang program yang diadakan di sekolah pada hari tersebut. Program
‘Science Fair’ peringkat sekolah merupakan program yang berlangsung ketika itu. Walaupun
sekolah tersebut merupakan sebuah sekolah yang agak kecil, iaitu dengan hanya jumlah murid
seramai 300 lebih, namun pihak sekolah tidak menjadikannya sebagai halangan untuk mereka
mengadakan program sedemikian rupa. Suasana sekolah tersebut juga bersih dan ceria.
Selepas selesainya taklimat ringkas daripada Guru Penolong Kanan 1, kami terus
bergerak ke dataran perhimpunan sekolah tersebut. Kami dapat melihat murid-muridnya begitu
sibuk melakukan persiapan untuk mempamerkan inovasi mereka kepada para juri. Kami juga
bertanyakan soalan-soalan yang relevan untuk tujuan penulisan laporan ‘benchmarking’ ini
dengan para guru yang terlibat menguruskan program ‘Science Fair’ tersebut. Seterusnya, kami
juga sempat bertegur sapa dengan murid-murid yang terlibat dengan program tersebut dan
bertanyakan mengenai eksperimen-eksperimen yang akan mereka lakukan sebelum program
itu dimulakan. Tepat pada pukul 1.45 petang, murid-murid yang terlibat mula melakukan
eksperimen-eksperimen mereka untuk dinilai oleh pihak juri. Terdapat 4 orang juri dan ketua juri
ialah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah tersebut dan 3 orang guru subjek Sains.
Eksperimen-eksperimen tersebut melibatkan murid-murid Darjah 3 sehingga Darjah 6. Para juri
selesai menilai kesemua eksperimen yang dipamerkan oleh murid-murid pada pukul 3.45
petang. Seterusnya, upacara penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan setelah pihak
juri berbincang dan membuat keputusan sebulat suara. Hadiah disampaikan kepada pemenang
tempat ketiga, kedua dan pertama. Program ‘Science Fair’ tersebut melabuhkan tirainya pada
pukul 4.30 petang. Selepas program tersebut, kami telah disajikan dengan minum petang oleh
pihak sekolah. Pada waktu tersebut, kami sempat melakukan perbincangan secara tidak formal
mengenai program-program lain yang diadakan di sekolah tersebut. Sebelum pulang, kami
memberikan cenderamata yang tidak seberapa sebagai apresiasi kepada pihak Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Lobak kerana berbesar hati menerima kedatangan kami. Pada pukul 5.20
petang, kami bergerak pulang ke kampus.
Kami dapat memerhatikan bahawa program ‘Science Fair’ peringkat sekolah yang
diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak merupakan salah satu program yang baik
untuk mencungkil bakat murid-murid. Bagi murid-murid juga, kami dapat melihat bahawa
mereka sesungguhnya memberikan komitmen yang begitu baik untuk mempersembahkan yang
terbaik untuk melakukan eksperimen-eksperimen mereka. Ini sebenarnya mewujudkan daya
saing yang sihat antara satu sama lain serta menambahkan daya kreativiti murid-murid untuk
sentiasa melakukan inovasi baru. Bukan itu sahaja, guru-guru sekolah tersebut juga
bersungguh-sungguh untuk menjayakan program tersebut.
Secara keseluruhannya, kami telah mendapat pengalaman yang bermakna serta
mempelajari perkara baru semasa lawatan ‘benchmarking’ kami ke Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil Lobak.
2.0 Analisis SWOT
Program ‘Science Fair’ Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak telah diadakan pada
hari Isnin, 20 April 2015 bersempena dengan minggu Sains. Program ‘Science Fair’ tersebut
telah dijalankan pada pukul 1.30 petang sehingga pukul 4.30 petang. Para peserta merupakan
murid-murid daripada Darjah 3 sehingga darjah 6 yang terdiri daripada 8 kelas. Terdapat
beberapa eksperimen yang dipertandingkan dalam beberapa kategori seperti reka cipta, kimia,
dan fizik. Antara eksperimen yang dipertandingkan ialah menukarkan susu kepada batu,
membuat aiskrim menggunakan ais, reaksi gunung berapi dan sebagainya. Justeru, kami telah
melakukan analisis SWOT iaitu kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman aktiviti program
‘Science Fair’ tersebut.
2.1 Kekuatan (Strength)
Aktiviti program ‘Science Fair’ ini merupakan satu platform bagi murid-murid untuk
menonjolkan potensi diri masing-masing dalam bidang Sains. Potensi dalam diri murid-murid
terselah apabila mereka mampu melakukan eksperimen dengan jayanya dan mereka dapat
melakukan inovasi terhadap eksperimen sedia ada. Sebagai contoh, murid-murid dapat
melakukan perubahan terhadap ketinggian letusan gunng berapi dengan menambahkan kuantiti
soda bicarbonate.
Selain itu, murid-murid dapat memahami konsep Sains yang telah dipelajari di dalam
kelas dengan lebih jelas melalui eksperimen. Hal ini kerana mereka dapat melihat tindak balas
atau hasil eksperimen dengan lebih jelas semasa melakukan eksperimen. Selain itu, semasa
mereka melakukan langkah-langkah eksperimen tersebut, mereka dapat memahami proses
sesuatu eksperimen dengan lebih terperinci.
Di samping itu. murid-murid juga dilatih menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu
‘reasoning’ dengan menyatakan sebab dan akibat sesuatu proses atau tindak balas
eksperimen. Dalam kehidupan seharian, murid-murid akan memikirkan sesuatu sebab dan
akibat sesuatu tindakan yang mereka lakukan. Secara tidak langsung, aktiviti ini
membembentuk peribadi murid untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berfikiran
kritikal sebelum melakukan sesuatu tindakan.
Seterusnya, program ‘Science Fair’ juga menggalakkan murid-murid meneroka dunia
Sains selain daripada yang mereka pelajari di dalam kelas. Sebelum melakukan
eksperimen,murid-murid melakukan rujukan daripada pelbagai sumber seperti internet dan
buku. Ini akan menanam minat murid terhadap subjek Sains apabila membaca fakta yang
menarik.
Akhir sekali, program ‘Science Fair’ ini juga membantu membentuk peribadi murid-murid
untuk menjadi seorang yang sistematik dan berkayakinan. Hal ini kerana, mereka perlu
menjalankan eksperimen tersebut secara sistematik mengikut prosedur yang betul.
Pembentangan projek di hadapan hakim menambahkan keyakinan di dalam diri murid kerana
mereka harus menerangkan tindak balas yang berlaku.
2.2 Kelemahan (Weaknesses)
Kelemahan yang dapat dilihat melalui aktiviti ini ialah penglibatan murid. Murid-murid
daripada Darjah 1 dan Darjah 2 dikecualikan daripada mengikuti pertandingan tersebut. Selain
itu, tidak semua murid daripada setiap kelas menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu, peralatan Sains yang digunakan adalah tidak lengkap dan tidak mencukupi.
Murid-murid harus dibekalkan dengan peralatan yang mencukupi kerana sebilangan
eksperimen melibatkan faktor keselamatan.
Di samping itu, guru-guru tidak melibatkan diri dalam pertandingan ‘Science Fair’. Guru-
guru sepatutnya digalakkan untuk terlibat secara langsung dengan menyertai pertandingan
tersebut dalam kategori inovasi dan reka cipta.
Seterusnya, tempat bagi murid-murid untuk melakukan eksperimen adalah tidak
kondusif. Meja yang disediakan tidak mencukupi untuk meletakkansemua alatan yang
digunakan untuk muri-murid melakukan eksperimen.
Kelemahan yang lain ialah juri menilai pertandingan tersebut secara keseluruhan.
Sepatutnya, eksperimen harus dinilai berdasarkan kategori kerana setiap kategori mempunyai
konsep yang berbeza dan aspek yang harus diberi penekanan adalah tidak sama.
2.3 Peluang (Opportunity)
Antara peluang yang dapat diambil oleh pihak sekolah ialah menyertai pertandingan
‘Science Fair’ dan reka cipta ke peringkat yang lebih tinggi seperti peringkat zon atau negeri.
Guru-guru boleh memilih murid-murid yang berpotensi untuk menyerlah di peringkat yang lebih
tinggi melalui pertandingan Science Fair peringkat sekolah.
Seterusnya, pihak sekolah juga boleh mengambil langkah progresif untuk mendedahkan
murid-murid dengan pertandingan Sains dan Reka Cipta dengan membawa murid-murid
membuat lawatan ke sekolah-sekolah lain yang menganjurkan minggu Sains dn Reka Cipta.
Di samping itu, pihak seolah juga boleh melakukan penambah baikan makmal Sains
dengan menyediakan kemudahan dan bahan-bahan yang lengkap untuk semua murid. alatan
seperti bikar, penunu Bunsen dan sebagainya haruslah dipastikan dalam keadaan baik supaya
ianya selamat untuk digunakan,
2.4 Ancaman (Threat)
Antara ancaman yang utama ialah kos. Untuk menganjurkan pertandingan ‘Science
Fair’, kos ysng diperlukan agak tinggi untuk memastikan alatan dan bahan yang diperlukan oleh
murid adalah mencukuoi.
Selain itu, kesalamatan murid-murid hendakalah diambil kira kerana sesetengah
eksperimen mempunyai risiko yang tinggi seperti renjatan elektrik, kebakaran mahuun letupan.
Jadi, tanpa penagwasan daripada guru-guru, risiko kecederaan adalah amat tinggi.
Seterusnya, masa pelaksanaan bagi penganjuran pertandingan tersebut juga sangat
terhad iaitu selama tiga jam sahaja. Masa perlu dilanjutkan kerana sesetengah eksperimen
memerlukan masa yang lebih lama untuk melihat kesan tindak balas.
3.0 Refleksi Kendiri
NAMA : RACHEAL LIM
NO K/P : 931104-12-6800
REFLEKSI KENDIRI BINA INSAN GURU SIRI 5
Pada 2o April 2015 bersamaan dengan hari Isnin, program Bina Insan Guru Siri 5 iaitu
lawatan penanda aras atau ‘benchmarking’ telah diadakan. Lokasi bagi pelaksanaan program
Bina Insan Guru Siri 5 yang telah dipilih ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak,
Seremban, Negeri Sembilan.
Sebelum program Bina Insan Guru Siri 5 ini dilaksanakan, beberapa perbincangan telah
dilakukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar. Pada mulanya, tarikh yang
telah ditetapkan untuk program Bina Insan Guru Siri 5 ini adalah berlainan daripada yang telah
disebutkan. Namun, disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan, maka telah
diputuskan bahawa tarikh pelaksanaan program ini adalah sedemikian rupa.
Melalui lawatan penanda aras atau ‘benchmarking’ di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
Lobak, saya telah mendapat pengalaman, pengetahuan serta pendedahan yang baru. Pertama
sekali ialah dari segi pendedahan dalam aspek budaya bekerja serta pembelajaran di sekolah
jenis kebangsaan Tamil. Saya sendiri sebagai seorang individu sebenarnya tidak pernah
melawat ke mana-mana sekolah sedemikian kerana saya mendapat pendidikan awal di sekolah
kebangsaan. Memandangkan opsyen bagi unit kami ialah TESL (SJKT), melalui lawatan
‘benchmarking’ di sekolah tersebut, saya mendapat pendedahan yang baru terhadap budaya
dan suasana di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Selain itu, saya juga dapat melihat bagaimana
cara guru-guru mengendalikan program yang diadakan di sekolah seperti program ‘Science
Fair’ tersebut. Pengetahuan ini sangat penting untuk bakal guru kerana sudah pastinya apabila
kita menjejakkan kaki ke sekolah nanti, kita tidak dapat lari daripada memikul tanggungjawab
untuk mengadakan atau terlibat dalam program sedemikian rupa. Bukan itu sahaja, melalui
lawatan ‘benchmarking’ ini juga, saya dapat melihat bahawa murid-murid sekolah rendah
mempunyai potensi yang begitu baik dan bakat-bakat mereka haruslah dikupas serta dibentuk
dari awal. Sekolah rendah merupakan pendidikan awal yang dialami oleh mereka maka,
sekolah rendah merupakan ‘platform’ yang sesuai untuk membentuk perkembangan kanak-
kanak secara holistik.
Pada pandangan saya, Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang
memberi banyak impak kepada bakal guru seperti kami semua. Segala pengalaman baru yang
diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada
untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Di samping itu, Program Bina Insan Guru ini
juga dapat memberi peluang kepada guru pelatih untuk memperbaiki nilai dan melihat
kelemahan diri sendiri. Selain itu, guru pelatih dapat membentuk sikap kerjasama, toleransi,
hormat-menghormati dan semangat setia kawan antara rakan. Kerjasama yang erat antara
kami semua, dan inilah faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan program yang telah
dirancang ini.
Sememangnya, aktiviti Bina Insan Guru Siri 5 pada kali ini dapat menyumbangkan
pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada saya. Secara keseluruhannya, lawatan
‘benchmarking’ ini telah menambahkan ilmu di dada, dan sesungguhnya ilmu tersebut sangat
berguna untuk digunakan kelak di masa hadapan.
NAMA : STEPHANIE KIEW
NO K/P : 930519-13-5894
REFLEKSI KENDIRI BINA INSAN GURU SIRI 5
Saya telah menyaksikan pertandingan Science Fair di SJK (T) Lobak pada hari Isnin
iaitu 20 April 2015. Pertandingan ini dianjurkan bersempena dengan minggu Sains dan
melibatkan murid-murid Tahun 3 sehingga Tahun 6. Ia dijalankan pada pukul 1.30 petang
sehingga pukul 4.30 petang.
Pada pendapat saya, pertandingan Science merupakan satu aktiviti yang berfaedah dan
menarik untuk dijalankan di sekolah sebagai aktiviti tahunan. Hal ini kerana murid-murid
berpeluang untuk menonjolkan potensi diri dalam bidang Sains dan reka cipta. Pengetahuan
teori yang dipelajari di dalam kelas tidak memadai sekiranya murid-murid tidak dapat
mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, dengan mengetahui konsep
benda asing iaitu garam boleh menurunkan takat beku ais, murid-murid dapat membuat ais krim
tanpa perlu meletakkannya di dalam peti sejuk.
Selain itu, Science Fair juga membentuk peribadi seorang murid untuk menjadi individu
yang berfikiran kreatif dan kritis. Murid-murid dapat mengahsilkan sesuatu yang baru dan dapat
membuat ‘reasoning’ bagi setiap tindak balas di dalam sesuatu eksperimen. Di dalam
kehidupan sebagai pelajar, murid-murid perlu melakukan penambahbaikan dalam sesuatu
subjek dan dapat menghuraikan sebab dan akibat sesuatu peristiwa dan tindakan yang mereka
lakukan. Sebagai contoh, murid-murid dapat menukarkan kuasa tenaga bateri kepada limau
dengan menggunakan konsep keasidan yang sama terdapat pada electrolyte bateri.
Di samping itu, murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
secara penemuan dan penerokaan dengan mempelajari sesuatu konsep dan eksperimen
secara kendiri. Murid-murid perlu membuat pemerhatian serta rujukan daripada buku dan
internet. Secara ttidak langsung ia menggalakkan murid-murid untuk menjadi “independent
learner” yang bertanggungjawab terhadap proses pembelajaran sendiri. Selain itu, pengalaman
secara langsung melalui eksperimen membolehkan murid-murid memahami sesuatu konsep
dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, murid-murid dapat memahami konsep pengaliran haba
melalui logam dengan menggunakan sudu besi untuk menyerap haba yang digunakan untuk
mencairkan mentega.
Seterusnya, saya dapat melihat kerjasam dalam ahli kumpulan apabila setiap pelajar
mempunyai peranan masing-masing dalam setiap prosedur dan bekerjasama menerangkan
eksperimen yang mereka lakukan kepada hakim yang menilai pertandingan tersebut.
Melalui pemerhatian terhadap Science Fair ini juga saya dapat mempelajari cara-cara
penganjuran Sesutu aktiviti di sekolah. Saya dapat melihat kelancaran aktiviti tersebut dan ia
berlangsung mengikut tentatif yang telah dirancang. Sebagai seorang bakal guru, pengurusan
sesuatu aktiviti amat penting supaya ia dapat berjalan dengan lancar mengikut masa yang telah
ditetapkan.
Saya berharap, aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang supaya
kita dapat membentuk modal insan yang bukan sahaja boleh memahami isi pengajaran dengan
baik dan cemerlang di dalam peperiksaan, tetapi dapat mengaplikasikan ilmu tersebut di dalam
kehidupan seharian agar bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
NAMA : MUNIRAH BINTI JAMALUDDIN
NO K/P : 930508-12-6570
REFLEKSI KENDIRI BINA INSAN GURU SIRI 5
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya kami
berjaya juga melaksanakan Program Bina Insan Guru (BIG) dengan mengadakan lawatan
penanda aras di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Lobak pada 20 April 2015 iaitu pada hari
Isnin. Tidak dilupakan kepada pensyarah mentor Puan Seethredevi dan Encik Rohaizad yang
banyak membantu kami menyiapkan rangka program ini serta rakan sekelas yang telah
memberikan kerjasama serta sumbangan tenaga dalam memastikan program ini berjalan
dengan lancar.
Sebelum program ini dpaat dilaksanakan, kami telah mengadakan mesyuarat beberapa
kali bagi membentuk organisai pelaksanaan program BIG. Setelah itu, banyak persiapan yang
telah dilakukan iaitu, pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan kenderaan. Namun begitu,
dengan beberapa kekangan yang dihadapi, kami telah membuat persetujuan untuk
melaksanakan program ini secara berpasangan atau berkumpulan ke sekolah yang berbeza.
Dengan melaksanakan program ini secara sedemikian, kami dapat meluaskan kawasan
lawatan program dan input yang kami dapat, kami boleh bawa balik untuk ditimbal bersama.
Apabila tiba di SJK (T) Lobak, kami diberi beberapa taklimat mengenai sekolah oleh
Guru Besar, Pn. K. Nachi. Kami telah dibawa melawati tapak kawasan sekolah. Dari apa yang
kami dapati, sekolah tersebut mengamalkan saringan LINUS pada setiap tahun. Pembahagain
kelas pula adalah berdasarkan saringan LINUS tersebut dimana setiap darjah terdapat dua
kelas yakni kelas perdana (S) dan kelas LINUS (K). Di sekolah ini juga terdapat satu kelas
pendidikan khas. Selain tu, sekolah ini juga aktif dalam kokurikulum dimana mereka telah
menghantar satu pasukan bola sepak, hoki dan pasukan kawat perbarisan.
Sekolah ini cuba sedaya upaya bagi mengimplimentasikan pembelajaraan alaf 21
dengan memastikan terdapat sudut informasi pada setiap kelas mengikut mata pelajaran.
Selain itu terdapat juga sudut dimana kerja pelajar akan di pamerkan dalam setiap kelas.
Terdapat juga kawasan membaca dalam setiap kelas. Tambahan pula, susunan meja dalam
setiap kelas adalah dalam bentuk berkumpulan dan tidak mengikut susunan tradisional. Hal ini
dapat membantu pelajar dalam melaksanakan aktiviti dengan mudah dan pelajar dapat
ditempatkan dalam satu kumpulan yang mempunyai pelbagai kemahiran. Justeru itu dapat
memberikan variasi pemikiran dan mengajar pelajar untuk lebih toleransi.
Setelah itu, kami mengadakan lawatan ke tapak ‘Science Fair’ yang dijalankan pada hari
tersebut. Program ini dilaksanakan oleh barisan guru sekolah tersebut. Para guru yang
menguruskan perihal tapak pelaksanaan program serta susunan projek pelajar. Semasa
persiapan tapak, guru-guru boleh dilihat membantu dan membimbing pelajar SJK(T) Lobak. Ini
menunjukkan kerjasama serta sokongan yang diberikan oleh para guru sekolah tersebut
terhadap program yang dijalankan. Pertandingan ini dilaksanakan bagi memilih pemenang yang
telah melaksanakan eksperimen mereka dengan kreatif serta inovatif bagi dipertandingkan ke
peringkat negeri.
Melalui pemerhatian yang kami lakukan, pelajar sekolah tersebut dapat mengaplikasikan
apa ynag mereka belajar dengan eksprerimen yang telah mereka pertandingkan. Semasa
memberikan informasi mengenai eksperimen yang dilaksanakan, pelajar akan memberikan
penjelasan dalam Bahasa Tamil. Walaubagaimanapun, apabila kami meminta penjelasan
daripada pelajar, mereka akan bertutur dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu dengan
fasih. Ini menunjukkan bahawa guru tidak mengabaikan bahasa kebangsaan serta bahasa
inggeris dalam kehidupan seharian pelajar. Perihal ini juga boleh dilihat melalui pertuturan guru
dan murid. Dimana terdapat guru yang akan bertutur dalam bahasa melayu atau inggeris
kepada murid.
Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh sekolah adalah dengan
memperuntukkan guru dengan projector. Hal ini kerana, hampir setiap kelas yang telah kami
masuk, terdapat skrin projector di hadapan kelas. Dengan membekalkan guru dengan projector,
pelajar bukan sahaja tidak perlu membuang masa berjalan dari kelas ke bilik komputer dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih kreatif dan menarik. Selain itu, menambah
masa bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Hal ini kerana Bahasa Inggeris dianggap sebagai
bahasa asing bagi sekolah jenis kebangsaan. Dengan masa yang diperuntukkan hanya satu
kedua masa sehari adalah tidak mencukupi bagi pelajar menguasai bahasa tersebut.
4.0 Refleksi Penanda Aras
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembentuk generasi, identiti dan role
model kepada masyarakat. Justeru itu, guru perlulah mampu unutk mengadaptasikan diri
kepada apa jua keadaan serta mampu mengatasi cabaran globalisasi. Melalui aktiviti yang
dirancang, pelajar mampu mengenalpasti dan mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman
yang diperoleh ke arah pembentukan jati diri secara berterusan. Program ini dilaksanakan
dengan harapan agar dapat membentuk guru yang memiliki ciri-ciri sahsiah yang mantap, dan
kuasa pofesional yang tinggi serta mampu menangani cabaran di era globalisasi.
Pada semester ini, kami dikehendaki untuk melakukan satu program penanda aras yang
juga dikenali sebagai ‘benchmarking’ ke sekolah. Program ini dilaksanakan oleh guru pelatih
PISMP Semester 5 di bawah program Bina Insan Guru (BIG) siri 5. Program penanda aras BIG
ini dilaksanakan dengan matlamat untuk memberi pendedahan kepada guru pelatih mengenai
keadaan sekolah dan budaya kerja sekolah serta kepimpinan sekolah yang berkesan dalam
memastikan produktiviti sekolah sebagai sebuah institui pendidikan.
Sehubungan dengan itu, kami telah menubuhkan satu organisasi bagi mengurus perihal
program ini. Program lawatan ke sekolah ini dilaksanakan secara berkumpulan ke sekolah-
sekolah yang berbeza. Ia dilaksanakan bagi meluaskan lagi skop informasi dan pemerhatian
serta bagi mengatasi masalah kekangan masa. Sebarang masalah yang dihadapi akan dirujuk
kepada pensyarah mentor; iaitu Puan Seethradevi serta Encik Rohaizad.
Program lawatan penanda aras ini dilaksanakan pada 20 April 2015 di Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Lobak. Pada hari tersebut terdapat satu pelaksanaan pertandingan ‘Science
Fair’ peringkat sekolah. Tiba di sekolah, kami memperkenalkan diri kepada guru besar sekolah;
Puan K. Nachi. Beliau telah memberikan sedikit taklimat mengenai dinamik sekolah tersebut
serta memaklumkan kepada kami mengenai ‘Science Fair’ yang dijalankan. Matlamat sekolah
tersebut menjalankan program tersebut adalah bagi menarik minat murid mengenai terhadap
matapelajaran Sains dan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran membuat laporan
bertulis sains yang merangkumi pembolehubah, pengumpulan data, kesimpulan dan
sebagainya.
Sebelum pergi memerhatikan pertandingan ‘Science Fair’ tersebut, kami telah membuat
lawatan tapak kawasan sekolah. Kami mendapati bahawa bagi setiap darjah hanya terdapat
dua kelas iaitu kelas perdana (S) dan kelas LINUS (K). Di sekolah tersebut juga terdapat kelas
pendidikan khas. Setiap murid di sekolah tersebut akan disaring setiap tahun bagi menentukan
sama ada mereka tersebut dalam kelas perdana atau LINUS. Dalam setiap kelas, jumlah
pelajar tidak melebihi 30 murid. Ini memberikan satu kelebihan kepada guru sekolah tersebut
dalam aspek pengawalan kelas. Selain itu, penyusunan meja dalam setiap kelas adalah dalam
bentuk secara berkumpulan. Ini memberikan peluang kepada murid untuk duduk dalam
kumpulan dengan yang pelbagai tahap kemahiran.
Seterusnya, kami beralih kepada program ‘Science Fair’ yang dilaksanakan di dataran
perhimpunan. Program ini dilaksanakan oleh barisan guru sekolah tersebut. Para guru yang
menguruskan perihal tapak pelaksanaan program serta susunan projek pelajar. Semasa
persiapan tapak, guru-guru boleh dilihat membantu dan membimbing murid-murid. Ini
menunjukkan kerjasama serta sokongan yang diberikan oleh para guru sekolah tersebut
terhadap program yang dijalankan. Pertandingan ini dilaksanakan bagi memilih pemenang yang
telah melaksanakan eksperimen mereka dengan kreatif serta inovatif dalam peringkat sekolah.
Melalui pemerhatian yang kami lakukan, murid-murid sekolah tersebut dapat
mengaplikasikan apa ynag mereka belajar dengan eksprerimen yang telah mereka
pertandingkan. Semasa memberikan informasi mengenai eksperimen yang dilaksanakan,
pelajar akan memberikan penjelasan dalam Bahasa Tamil. Walaubagaimanapun, apabila kami
meminta penjelasan daripada murid-murid, mereka akan bertutur dalam Bahasa Inggeris atau
Bahasa Melayu dengan fasih. Ini menunjukkan bahawa guru tidak mengabaikan bahasa
kebangsaan serta Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian pelajar. Perihal ini juga boleh
dilihat melalui pertuturan guru dan murid, dimana terdapat guru yang akan bertutur dalam
Bahasa Melayu atau Inggeris kepada murid-murid.
Pertandingan ‘Science Fair’ diteruskan dengan beberapa orang pengadil membuat
penilaian terhadap eksperimen yang dijalankan oleh pelajar. Pada masa yang sama, penilaian
buku skrap di kelas tahun 2S dan 2K turut dilakukan. Setelah selesai penilaian, eksperimen
terbaik dari setiap kelas akan dipersembahkan di hadapan semua murid.
Antara penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh sekolah adalah dengan
memperuntukkan guru dengan projector. Dengan membekalkan guru dengan projector, murid-
murid bukan sahaja tidak perlu membuang masa berjalan dari kelas ke bilik komputer dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih kreatif dan menarik. Selain itu, penambahan
masa bagi matapelajaran Bahasa Inggeris juga perlu ditekankan. Hal ini kerana Bahasa
Inggeris dianggap sebagai bahasa asing bagi sekolah jenis kebangsaan. Dengan masa yang
diperuntukkan hanya satu kedua masa sehari adalah tidak mencukupi bagi murid-murid
menguasai bahasa tersebut.
Pada pendapat kami, lawatan penanda aras ini telah membekalkan kami dengan
pengalaman mengenai kepentingan peranan seorang guru dalam apa jua program yang
dilaksanakan. Selain itu, ia memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-
sungguh dalam menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar
kami lebih bersedia untuk membangun dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan
datang.
5.0 Lampiran
Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan sekolah sebelum program ‘Science Fair’
dimulakan
Murid-murid berada di tempat masing-masing untuk eksperimen masing-masing
Murid-murid Darjah 4 yang mengikuti program tersebut
Murid-murid Darjah 5 yang mengikuti program tersebut
Murid-murid Darjah 3 yang mengikuti program tersebut