laporan big sem 8 ciri kepimpinan sk kudong.docx
TRANSCRIPT
CIRI-CIRI KEPIMPINAN SK KAMPUNG KUDONG ,BEKOK , SEGAMAT
Kepimpinan guru besar yang berkesan dan bersungguh merupakan pemboleh
ubah kepada kejayaan sekolah. Guru besar memainkan peranan yang penting sebagai
pemimpin yang mempunyai wawasan yang jelas tentang organisasi dan kakitangannya.
Pencapaian kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung pada pengurusan
yang baik dan kepimpinan yang strategik. Guru besar perlu mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berkesan, berpengalaman dan proaktif di
pelbagai peringkat. Guru besar perlulah peka dan sensitif terhadap perubahan
mendatang, lebih berprestij dan berkaliber untuk membentuk pendidikan abad ke 21.
Menurut Stogdill (1958) , kepimpinan ialah proses mempengaruhi aktiviti-aktiviti
sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat
organisasi. Tery (1960), mendefinisikan kepimpinan sebagai “ aktiviti mempengaruhi
orang supaya berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan.
Sekolah Kebangsaan Kampung Kudong terletak di Kampung Kudong, Bekok,
Segamat. Kampung Kudong merupakan kampung orang asli dari suku kaum Jakun.
Kampung ini terletak di dalam Hutan Simpan Labis . Suku kaum Jakun mempunyai
hubungan kekeluargaan yang erat. Selain itu , mereka sukakan hiburan dan nyanyian.
Sejak zaman dahulu , suku kaum Jakun merayakan perayaan:
a. Musim menuai
b. musim menuba ikan
c. musim berlancang iaitu membela kampung
Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara
bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-
lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun.
Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk ‘dijamah’ ia juga
sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat .
Walaupun suku kaum orang asli Jakun ini mempunyai pegangan agama yang
berlainan daripada pihak pentadbir sekolah (guru-guru dan staf sokongan) yang
majoritinya beragama islam, mereka tetap bekerjasama bagi memastikan kejayaan SK
Kampung Kudong yang diterajui oleh guru besar mereka yang baru iaitu Tuan Haji
Rusdin Bin Mahamud.
Tuan Haji Rusdin Bin Mahamud berasal dari Negeri Sembilan yang berketurunan
minangkabau mengamalkan pepatah ”Alam Takambang Jadi Guru”. Peribahasa utama
orang Minangkabau yang memiliki erti bahawa orang Minang haruslah dinamis dan
sepatutnya belajar dari alam. Orang Minang mesti boleh menyesuaikan dan
mengembangkan dirinya di manapun mereka berada.
Beliau baharu sahaja menjalankan tugas sebagai guru besar SK Kg Kudong
selama sebulan. Sebelum ini, beliau berkhidmat menjalankan tugas sebagai guru besar
di SK Sawah Baru. Disebabkan kepimpinan beliau yang bijak dan berketrampilan
dengan menaikkan SK Sawah Baru selama tiga tahun berturut-turut , beliau telah diberi
kepercayaan untuk memimpin SK Kampung Kudong pada tahun 2015.
Tuan Haji Rusdin seorang yang mudah mesra dengan kakitangan sekolah dan
mengamalkan petua “sentuhan” kepada anak murid orang asli yang sentiasa
bergelumang dengan hutan. Beliau amat arif di dalam kepimpinannya kerana tahu akan
hubungan kekeluargaan suku kaum Jakun yang kuat ini. Sebagai contoh , murid-murid
disentuh dengan cara bersalaman dan mencium tangan guru-guru setiap kali sebelum
masuk ke kelas .Bagi mengatasi masalah murid yang datang lewat ke sekolah , Tuan
Haji Rusdin bin Mahamud akan menjadikan dirinya sebagai ”role model” datang awal ke
sekolah iaitu pada pukul 6.30 pagi . Murid akan diberi ganjaran RM1 sekiranya datang
lebih awal daripada beliau. Ibubapa yang menghantar anak awal ke sekolah akan
disambut oleh beliau sendiri dengan kata-kata pujian seperti ”Terima kasih kerana
menghantar anak awal ke sekolah.”
Hubungan Tuan Haji Rusdin bin Mahamud dengan guru dan staf amat mesra
kerana semua guru dan staf akan dipanggil dengan gelaran “anak” dan membahasakan
diri beliau “ayah”. Beliau berpendapat hubungan seperti ini dapat membina modal
insan, membina semangat kekitaan dan kesamaan. Hubungan ini dapat
membangkitkan motivasi murid-murid dan guru dan seterusnya akan meningkatkan
prestasi sekolah dari segenap aspek baik di bidang kokurikulum mahupun akademik.
Buktinya pada tahun 2013 , SK Kampung Kudong mendapat Anugerah Kecemerlangan
Kokurikulum Peringkat Kebangsaan Kategori Sekolah Cemerlang Sekolah Rendah
Pedalaman. Selain itu , sekolah ini turut dianugerahkan 5 Bintang oleh pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam penarafan Smart School Qualification Standard
SSQS) pada Tahun 2012. Pada Tahun 2011 dan 2012( dua tahun berturut-turut ) , SK
Kampung Kudong diberi sijil Penghargaan di atas pencapaian cemerlang di dalam
peperiksaan UPSR. Pencapaian terkini yang turut menjadi kebanggaan warga SK
Kampung Kudong ialah Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Prasekolah Peringkat
Kebangsaan 2014 kategori “Sekolah Orang Asli”
Selain itu , untuk mewujudkan budaya kemesraan di antara staf sokongan dan
guru-guru, beliau telah membawa mereka berkunjung ke negara-negara Asean seperti
Thailand dan Vietnam sebagai rangsangan kepada guru dan staf untuk bekerja sebagai
satu pasukan. Selain itu program suaikenal “ahli keluarga” guru dan staf sekolah
diadakan saban tahun.
Hubungan ibubapa dan guru-guru SK Kampung Kudong ibarat “Aur Dengan Tebing”
kerana Program Sarana di antara ibubapa dan guru berjaya dilaksanakan hingga terkenal di
peringkat kebangsaan. Di antara program-program yang dijalankan ialah Program ‘Hik Apa
Khabar’ di mana guru-guru akan berkunjung ke rumah ibu atau bapa murid yang uzur dan sakit.
Program Motivasi ibubapa dan murid saban tahun dijalankan.Selain itu, Program gotong royong
seperti memperbaiki sistem perparitan dan replika jalan raya sentiasa mendapat bantuan dan
sokongan ibu bapa. Sememangnya golongan ibu bapa murid orang asli ini tidak ketinggalan di
dalam ilmu Teknologi Maklumat kerana pihak PIBG SK Kampung Kudong Segamat telah
mencipta Blog PIBG Kampung Kudong. pibgskkgkudong.blogspot.com merupakan satu
blog bagi PIBG SK Kampung Kudong, Segamat, Johor Darul Takzim. Blog ini bertujan
untuk membantu penyebaran informasi berkaitan PIBG SK Kampung Kudong di
samping memacu ke arah kemodenan TMK (ICT). Di atas sikap pemuafakatan itu, SK
Kampung Kudong telah dianugerahkan Anugerah PIBG Cemerlang Peringkat
Kebangsaan tahun 2012 -2013 Kategori Sekolah Rendah Pedalaman.
Di antara ciri-ciri kepimpinan yang dipamerkan dan di amalkan ialah:
Selain itu, Tuan Haji Rusdin menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai
idolanya bagi memimpin SK Kampung Kudong. Nabi Muhammad SAW bukan
sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan
rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan
pertahanan. Beliau sering menceritakan keperibadian Nabi Muhammad kepada
anak-anak muridnya meskipun ramai di kalangan mereka bukan penganut Islam.
Beliau juga berjaya menarik hampir 10 % murid orang asli ini bagi memasuki
agama islam. Selain itu, sekolah turut menjalankan Program Pengislaman
Saudara Baru saban tahun bagi menyokong dan membimbing kaum orang asli
memasuki dan mendalami ilmu agama islam.
Kerja berpasukan , Penyayang dan Profesionalisme Adalah Budaya Kerja Kita
Kalau buat mesti sampai jadi,
Jika mencari, biar sampai dapat,
Jika bertanding biar sampai menang,
Alang mandi , biar basah,
Genggam bara api biar sampai jadi arang
Harapan Tuan Haji Rusdin Bin Mahamud adalah untuk menjadikan SK Kampung
Kudong sebuah sekolah yang cemerlang akademiknya menjelang Tahun 2016 yang
merupakan tahun permulaan gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM).
LAMPIRAN
ANUGERAH PIBG SEKOLAH 100% ORANG ASLI TERBAIK KEBANGSAAN 2012
TAKLIMAT IBU BAPA / PENJAGA TAHUN 1
HARI PENETAPAN SASARAN MURID / SEKOLAH
MESYUARAT AGONG PIBG
HARI PELAPORAN
KEJOHANAN SUKAN DAN BALAPAN SK KAMPUNG KUDONG
KEM MOTIVASI DAN JATI DIRI MURID DAN IBU BAPA
LAWATAN PENANDA ARAS KE WICHIANCHOM SCHOOL, SONGKHLA, THAILAND
GOTONG ROYONG MEMPERBAIKI SISTEM PERPARITAN
GOTONG ROYONG MEMBINA REPLIKA JALAN RAYA
GOTONG ROYONG KITCHEN GARDEN ASRAMA SERI GEMILANG
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN LUMPUR DI KAWASAN ASRAMA
GOTONG ROYONG KESELAMATAN DAN KECERIAAN SEKOLAH
SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA BERSAMA PLUS (YONG PENG)
PROGRAM ICT BERSAMA KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT
PROGRAM BERSAMA PELAJAR PRA-U SMK BULOH KASAP
PROGRAM PENGAMALAN SAKINAH BERSAMA YAYASAN PEMBANGUNAN DARUL TAKZIM
PROGRAM OUTREACH BERSAMA IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
PROGRAM IHYA RAMADHAN BERSAMA PERSATUAN PENSYARAH WANITA UITM SEGAMAT
PROGRAM PENGISLAMAN SAUDARA BARU
PROGRAM KESELAMATAN BERSAMA BOMBA DAN PENYELAMAT LABIS & POLIS DIRAJA MALAYSIA (BEKOK)
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
LAWATAN PIBG SK SUNGAI PERAH, PERAK KE SK KAMPUNG KUDONG
GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN LUMPUR BERSAMA BOMBA SUKARELA BEKOK
MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA UMNO LABIS
PROGRAM MENGIMARAH SURAU KAMPUNG KUDONG