komunikasi augmentatif dan alternatif
TRANSCRIPT
Disediakan oleh :Atiqah Rashidah binti Abu SamahSh. Nur Wahidah binti Syed Mohamad
PENSYARAH:
PUAN ZALEHA BINTI TAMBI ADAM
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Definisi Komunikasi Augmentatif:
“Kaedah-kaedah & alatan yang dapat meningkatkan kemahiran
komunikasi verbal yang telah sedia wujud”.(Mustonen, Locke, Reiche, Solbrack, & Lindgren, 1991)
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Definisi Komunikasi Alternatif:
“Teknik-teknik yang menggantikan komunikasi lisan bagi
individu yang tidak berupaya atau tidak mampu menguasai kemahiran bahasa lisan”.
(McCormick & Shane, 1990)
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Definisi:
Satu sistem multimodal yang mengandungi empat komponen yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai kombinasi untuk meningkatkan komunikasi
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Rumusan:
Secara praktiknya tidak ada pemisah yang jelas antara Komunikasi Augmentatif dengan Komunikasi Alternatif.
Oleh kerana keduanya mempunyai matlamat yang sama maka pendekatan bersama digunakan iaitu Komunikasi Augmentatif & Alternatif (AAC).
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Komponen-Komponen AAC:
1. Teknik komunikasi
2. Sistem simbol
3. Kemahiran komunikasi
(McCormick & Shane, 1990 dlm Kuder, 2003)
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
1. Teknik Komunikasi
Ada dua jenis:
a. Tanpa Bantuan
b. Dengan Bantuan
(Vanderheiden & Lloyd, 1986 dlm Kuder 2003)
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
a. Teknik Komunikasi Tanpa Bantuan
Tidak memerlukan alat sokongan luaran atau prosedur khas.
Guna kaedah pertuturan, bahasa isyarat, gestur dan mimik muka.
Kekuatan:• Tidak perlukan alat sokongan luaran.• Mudah alih• Tiada kos
Kelemahan• Rakan komunikasi masa depan terhad• Bergantung kepada keupayaan ingatan pengguna• Isyarat sukar dipelajari
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
b. Teknik Komunikasi Dengan Bantuan Semudah Papan Komunikasi hingga sekompleks
Alat Bantuan Pertuturan Sintetik Berkomputer. Sama ada elektronik atau tidak dengan
menggunakan prosedur pilihan & sistem simbol. memerlukan objek fizikal, alatan atau sokongan
luaran untuk membolehkan seseorang itu berkomunikasi cthnya papan komunikasi, carta dan alatan mekanikal atau elektrikal
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
b. Teknik Komunikasi Dengan bantuan Kekuatan:
• Dapat hasilkan mesej yang lebih kompleks daripada keupayaan bahasa pengguna.
• Boleh berkomunikasi dari jauh (VOCAS). Kelemahan:
• Alat elektronik boleh rosak atau hilang kuasa.• Mudah alih terhad.• Mahal
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Faktor-Faktor dalam Pemilihan AAC Guessability/ mudah alih
merujuk kepada tahap kesamaan dalam bentuk antara simbol dengan item yang diwakili.
Learnability/ mudah gunamerujuk kepada kemudahan/ kesukaran
untuk
mempelajari sesuatu set simbol. generalization/ kebolehan kanak-kanak
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
2. Sistem SimbolPelbagai sistem simbol telah dibangunkan daripada benda sebenar, gambar hinggalah kepada sistem simbol yang abstrak.
Sistem simbol yang abstrak meliputi perwakilan gambar (pictorial representations), ideographs (idea disampaikan melalui simbol grafik), simbol arbitrari (idea dalam bentuk
konfigurasi garisan arbitrari) dan lexigrams (simbol visual-grafik secara arbitrari melibatkan bentuk-bentuk geometrik).
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
2. Sistem Simbol
Contoh sistem simbol - Picture
Communication Symbols (PCS)(Johnson,
1981); Picsyms (Carlson, 1984); Sigsymbols
(Creagan,1982); Blissymbols (Bliss, 1965);
Rebus (Clark, Davies & Woodcock, 1974); dan
Non-SLIP (Non-Speech Language Initiation
Programme) (Carrier,1974).
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
3. Kemahiran KomunikasiProsedur & Alatan AAC
menyediakan peluang terbaik kepada individu yang tidak boleh bertutur untuk berkomunikasi dengan orang lain.
Sekiranya tidak dimanfaatkan tidak ada faedahnya.
Komunikasi Augmentatif & Alternatif
Pelaksanaan Program Pengajaran AAC
1. Penilaian Awal – termasuk inventori ekologi &
penilaian murid.
2. Penyediaan matlamat – dapat meningkatkan
keupayaan murid untuk melibatkan diri dalam
semua persekitaran.
3. Pemilihan mod komunikasi – sama ada dengan
bantuan, tanpa bantuan ataupun gabungan
4. Pemilihan sistem simbol – gestur ataupun grafik.
5. Pemilihan kaedah untuk meningkatkan komunikasi.
Bahasa Isyarat
bahasa isyarat adalah bahasa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi.
Bahasa Isyarat dicipta untuk orang pekak. KTBM adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa melayu sebagaimana yang didengar, diperbualkan, ditulis, dibaca dan difahami.
Ejaan Jari (FINGERSPELLING)
EJAAN JARI (FINGERSPELLING) adalah bahagian mustahak dalam komunikasi Orang-Orang Berkeperluan Khas Pendengaran yang digunakan untuk mengeja Nama Khas dan mengeja perkataan-perkataan yang tiada kod tangan.
Bacaan Bibir Bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi
melalui memahami pertuturan dengan mengikut atau memerhatikan bibir penutur termasuk memahami atau mentafsir hingga ke otot muka dan gerak badan penutur.
organ pertuturan yang terlibat ialah paru-paru, tenggorok, larkins, peti suara, tekak, hidung, rahang dan mulut.
Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan secara ‘sengaja’.
Pertuturan kiu
Merupakan satu kaedah sistem pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir contohnya bunyi /p/, /b/ dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi nasalisasi (sengau).
Tangan digerak hampir dengan muka penutur yang bukan merupakan isyarat tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.
Ianya mengandungi lapan konfigurasi dan empat kedudukan tangan digunakan sebagai tambahan informasi bibir untuk membuat suku kata nampak berbeza dari yang lain sama ada di bibir atau di tangan.
Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.
Ini bermakna petuturan kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat.
Komunikasi seluruh
Kaedah ini dikenali dengan total comunication.
Digunakan dalam pendidikan kanak-kanak pekak, menggunakan keseluruhan bahasa iaitu gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, petuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca dan menulis.
Komunikasi Seluruh hanya dapat di lakukan secara berhadapan.
‘Komunikasi seluruh’ merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan murid-murid memahami bahasa. Mimik muka, lakonan, pertuturan dan sebagainya digunakan