kitar air pck

12
LAPORAN AKTIVITI KITAR AIR A. PERSEDIAAN: Tahun : 5 Cekal Objektif : Pada akhir aktiviti ini diharapkan murid akan dapat: i. Bagaimana kitaran air berlaku di persekitaran ii. Menyatakan kepentingan air Sumber Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah Buku teks Tahun 5, Buku Panduan Guru Tahun 5, Pengenalan : Apakah kitaran air? Apakah kitaran air? Saya boleh jawab soalan itu dengan mudah - ia adalah "saya" seluruhnya. Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan

Upload: hudaayob

Post on 27-Oct-2015

191 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

KITAR AIR

TRANSCRIPT

Page 1: KITAR AIR PCK

LAPORAN AKTIVITI KITAR AIR

A. PERSEDIAAN:

Tahun : 5 Cekal

Objektif : Pada akhir aktiviti ini diharapkan murid akan dapat:

i. Bagaimana kitaran air berlaku di persekitaran

ii. Menyatakan kepentingan air

Sumber Rujukan : Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

Buku teks Tahun 5, Buku Panduan Guru Tahun 5,

Pengenalan :

Apakah kitaran air?

Apakah kitaran air? Saya boleh jawab soalan itu dengan mudah - ia adalah

"saya" seluruhnya. Kitaran air menghuraikan kewujudan and pergerakan air di

permukaan bumi, di dalam bumi dan di atmosfera atas bumi. Air bumi sentiasa dalam

pergerakan dan sentiasa berubah bentuk, dari cecair ke wap ke ais dan kembali

semula. Kitaran air telah bertindak berbilion-bilion tahun dan semua hidupan di bumi

bergantung kepadanya; Bumi akan menjadi sebuah tempat tanpa hidupan jika tiadanya.

Page 2: KITAR AIR PCK

Ringkasan kitaran air.

Kitaran air tiada titik permulaan, tetapi tempat permulaan yang

agak baik ialah lautan. Matahari, yang menggerakkan kitaran air, memanaskan air

dalam lautan, yang tersejat sebagai wap ke dalam udara. Arus udara yang naik akan

membawa wap-wap ke atas atmosfera, di mana suhu sejuk akan menyebabkan wap-

wap tersebut terpeluwap menjadi awan. Arus udara memindahkan awan-awan

mengelilingi bumi, dan titisan-titisan awan akan berlaga, berkembang besar, dan

kemudian jatuh keluar dari awan sebagai kerpasan. Sebahagian kerpasan jatuh

sebagai salji dan kemudian berlonggok sebagai kemuncak ais dan glasier. Salji di iklim

lebih panas akan cair apabila musim bunga tiba, dan air yang tercair itu mengalir di atas

permukaan bumi sebagai air larian cairan salji. Hampir semua kerpasan akan jatuh

semula ke lautan atau daratan, dan akibat tarikan graviti, ianya akan mengalir di

permukaan bumi sebagai air larian permukaan. Tetapi bukan semua daripada air larian

ini akan mengalir ke dalam sungai kerana sebahagian besar daripadanya akan

menyerap ke dalam tanah sebagai infiltrasi. Sebahagian daripada air ini akan berada

berdekatan dengan permukaan bumi, dan akan menyerap ke dalam sumber-sumber air

permukaan serta lautan sebagai 'luahan'air tanah. Terdapat juga air yang akan dipancut

Page 3: KITAR AIR PCK

keluar sebagai 'matair'daripada celah-celah permukaan bumi. Air permukaan yang

cetek pula diserap oleh akar-akar tumbuhan dan akan disingkirkan dari permukaan

daun melalui proses transpirasi tumbuhan. Sedikit sebanyak daripada air ini akan

diserap semakin mendalam ke dalam tanah dan akan mengisi 'Akuifer' (batuan sub-

permukaan) yang dapat menyimpan air dalam kuantiti yang besar untuk jangka masa

yang lama. Tetapi melalui tindakkan masa,air ini akan sentiasa bergerak untuk kembali

semula ke dalam lautan,dan di sinilah kitaran air akan "tamat" ...dan juga "bermula".

Hipotesis : Semakin bertambah kadar penyejatan/pendidijhan berlaku, semakin

bertambah isipadu air yang dikumpul.

Bahan dan Peralatan:

Kaki retot, Penunu bunsen, kasa dawai, bikar 200 ml, sekeping kaca, bikar 100ml

Prosedur /Langkah-Langkah

a) Guru mengagihkan pelajar kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan terdiri

dari 6 orang ahli

b) Setiap kumpulan dibekalkan 1 set bahan radas untuk eksperimen.

c) Guru mengedarkan penerangan tentang langkah-langkah menjalankan

eksperimen.

d) Murid menjalankan eksperimen dengan panduan yang diberikan.

e) Murid melengkapkan gambarajah kitaran air dengan melabelkan proses yang

berlaku.

f) Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.

Langkah-Langkah Mengeksperimen

a) Setkan alat radas seperti dalam rajah

Page 4: KITAR AIR PCK

b) Panaskan air dalam bikar (250ml) sehingga mendidih.

c) Tadahkan kepingan kaca/cermin diatas cermin. Pastikan wap air yang keluar

kena pada permukaan kaca

d) Condongkan kepingan kaca supaya titisan air yang terkumpul pada permukaan

kaca dapat dikumpulkan ke dalam bikar.

Rajah Eksperimen

PELAKSANAAN AKTIVITI:

Tarikh : 2 Oktober 2011

Hari : Ahad

Masa : 09.45 – 10.45 pagi

Bilangan Murid : 36 orang

Kepingan kaca

Titisan air

Page 5: KITAR AIR PCK

Jenis Aktiviti :

1. Menjalankan eksperimen seperti yang prosedur.

2. Melengkapkan /melabelkan gambar kitaran air

3. Menjawab soalan dalam lembaran kerja

Langkah-Langkah Aktiviti:

a) Guru bersoal jawab dengan murid tentang sumber air yang terdapat dibumi

Contoh Soalan :

i) Cuba kamu senaraikan sumber –sumber air yang terdapat di mukabumi.?

ii) Dari mana datangnya sumber air ini?

iii) Bagaimana hujan boleh menghasilkan air.

iv) Proses apakah yang menukarkan air menjadi wap.

v) Apa yang terjadi kepada wap air yang naik ke udara.

vi) Bagaimana pula awan menghasilkan hujan.

vii) Ke manakah perginya air hujan yang jatuh ke bumi.

viii) Proses yang berlaku ini menunjukkan satu kitaran.

ix) Apa nama kitaran tersebut.

Page 6: KITAR AIR PCK

b) Guru menerangkan tentang cara-cara menjalankan aktiviti ini.(Rujuk Langka-

langkah menjalankan eksperimen)

c) Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

d) Murid–murid menjalankan eksperimen. Guru sebagai pembimbing dan fasilitator.

Page 7: KITAR AIR PCK

e) Murid-murid membuat pemerhatian tentang proses yang berlaku.

f) Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan oleh murid.

g) Guru menampalkan carta kitaran air dipapan putih. Murid diminta

melengkapkancarta tersebut (Rujuk carta dalam lembaran kerja)

h) Guru berbincang dan membuat rumusan tentang hasil eksperimen yang

dilakukan murid.

Kemahiran Proses Sains:

Mengeksperimen komunikasi,Inferens,Hipotesis,Mendefinisi secara operasi

HASIL DAPATAN

A. Cara Merekod Aktiviti

Hasil dapatan aktiviti direkodkan dengan cara:

i. Mengambil gambar aktiviti dijalankan

ii. Melabelkan proses yang berlaku dalam carta yang ditampal dan dalam

lembaran kerja.

iii. Menyatakan proses Kitaran air dalam bentuk Catatan ke dalam buku.

B. Hasil Dapatan:

Daripada aktiviti yang dijalankan murid dapat memahami dan menyatakan

bagaimana Proses Kitaran Air berlaku dalam persekitaran. Dengan menjalankan

eksperimen murid dapat memahami dengan jelas tentang model kitaran air .

Murid dapat berbincang tentang proses-proses yang terlibatseperti proses

Page 8: KITAR AIR PCK

penyejatan , pendidihan dan kondensasi. Proses Kitaran Air merupakan satu

Proses yang berterusan daripada lautan,sungai dan tasik ke atmosfera dan

kembali semula ke lautan,sungai dan tasik.Melalui aktiviti ini murid adapat

mengetahui proses kitaran air adalah merupakan proses yang menyeimbangkan

kandungan air di bumi. Bumi merupakan setor bekalan air. Air banyak disimpan

di lautan dan juga sumber-sumber yang lain seperti kolam , tasik, sungai dan air

bawah tanah. yang betul.

Sehubungan dengan aktiviti ini juga murid akan diterapkan dengan nilai-nilai

murni penjimatan air dalam kehidupan seharian.Selain daripada itu penjelasan

tentang kepentingan air kepada hidupan juga dapat dikaitkan. Dapat juga

disemaitentang sifat bersyukur dengan anugerah Tuhan.

C. CADANGAN MASA DEPAN

Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dikenalpasti semasa dan selepas

aktiviti ini dijalankan.Kekuatan dan kelemahan ini akan dinyatakan dalam cadangan

ini.

Cadangan penembahbahbaikan:

i. Murid diminta bekerjasama dalam menjalankan eksperimen.Gru perlu sentiasa

mengawasi pergerakkan murid agar aktivitikumpulan berjalan dengan

lancar.`Ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada kumpulan pelbagai kebolehan

agar wujudnya “Bimbingan Rakan sebaya” dalam kumpulan

ii. Mengyunakan Lagu dan nyanyian seperti lagu ‘Tanya Pada Awan’ agar

pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan.

iii. Melibatkan semua murid dalam aktiviti ini seperti mengarahkan

ketuakumpulan mengagihkan tugasan kepada semua ahli kumpulan.

iv. Menggalakkan murid mengemukakakan soalan dan berbincang mencari

jawapan.

Page 9: KITAR AIR PCK

v. Soalan dari guru adalah soalan terbuka dan semua murid diberipeluang untuk

cuba menjawab.

Secara keseluruhannya segala penambahbaikan ini akan menjadikan proses

pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan lebih mudah mencapai objektif

pengajaran.

Lembaran Kerja

Nama : .......................................................................

Kumpulan : ................................

Tahun : ......................................

Tarikh : ......................................

Tajuk Eksperimen : ..........................................................

Page 10: KITAR AIR PCK

Labelkan berdasarkan rajah di atas :

1. ............................................ 2. ..................................................

3........................................... 4. ..................................................

5 .............................................

Lengkapkan :

Proses Kitaran Air

Akibat dari sinaran matahari air di laut akan __________________ menjadi

_______________.Wap air di udara akan ______________________ menjadi titisan

air.

Page 11: KITAR AIR PCK

Titisan air akan berkumpul membentuk _____________ Apabila titisan air bertambah

banyak ia akan menjadi _____________ dan turun sebagai ___________________. Air

hujan akan diserap oleh bumi dan dialir semula ke kaut melalui ________________.

Berdasarkan eksperimen ,jawab soalan-soalan di bawah:

1. Namakan proses di mana air bertukar menjadi wap air

.......................................................................................

2. Apa terjadi kepada wap air apabila ia tersejat ke atmosfera?

........................................................................................

3. Bagaimana hujan terbentuk?

...................................................................................................

RUJUKAN

1.http://ga.water.usgs.gov/edu/watercyclemalay.html

2. http://members.tripod.com/rusmalina_mohd/

3. http://marijenguksini.blogspot.com/2011/05/kitaran-air.html

Page 12: KITAR AIR PCK

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula