kertas kerja robot

Upload: ayob-rashid

Post on 19-Jul-2015

593 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

KELAB ROBOTIK SK SUBANG JAYA KERTAS CADANGAN MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN DARIPADA PIBG SK SUBANG JAYA UNTUK MELANTIK JURULATIH LUAR UNTUK MELATIH PASUKAN ROBOTIK BAGI MENYERTAI PERTANDINGAN ROBOTIK NRC TAHUN 2010. ___________________________________________________________________________ 1. TUJUAN 1.1 Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan pihak PIBG Sekolah Kebangsaan Subang Jaya untuk menyediakan peruntukan kewangan bagi Kelab Robotik melantik jurulatih luar bagi melatih murid yang terbabit untuk menyertai pertandingan robotik NRC peringkat negeri pada bulan Julai nanti.

2.

OBJEKTIF 2.1 Dapat digunakan untuk melatih murid-murid yang terbabit untuk latihan sebelum dan semasa pertandingan robotik tersebut. 2.2 2.3 Dapat memberikan pengetahuan kepada murid-murid cara penyediaan robot, aplikasi dan undang-undang pertandingan yang patut dipatuhi. Dapat memberikan pengetahuan kepada murid yang dipilih tetang robot bagi membantu guru penasihat Kelab Robotik SKSJ melatih murid-murid yang lain dalam Kelab Robotik SKSJ.

3.

IMPLIKASI KEWANGAN Kelab Robotik SKSJ memohon untuk melantik seorang jurulatih luar bagi melatih pasukan robotik SKSJ secara runding terus dengan jurulatih tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM1200 sepanjang 5 bulan latihan. Anggaran kos ini adalah berdasarkan harga yang telah dibincangkan.Latihan itu akan dijanlankan sebanyak 2 kali sebulan selama 1 jam pada setiap perjumpaan. Pecahan kos terperinci adalah seperti berikut: 1. 1 jam perjumpaan = RM 120.00 X 2 kali sebulan = RM 240.00 RM 240.00 sebulan X 5 bulan = RM 1200.00.

4. SYOR Adalah dicadangkan pihak PIBG mempertimbangkan dan bersetuju dengan cadangan Kelab Robotik SKSJ memohon peruntukan kewangan untuk melantik seorang jurulatih luar bagi melatih pasukan robotik SKSJ secara runding terus dengan jurulatih tersebut dengan anggaran kos sebanyak RM1200.00 sepanjang 5 bulan latihan. Disediakan oleh: __________________ (AYOB B. RASHID) Guru Penasihat Kelab Robotik SKSJ.