kertas kerja fertigasi

15
Pengenalan Industri pengeluaran makanan berasaskan komoditi telah berlaku perubahan daripada sistem penanaman konvensional kepada sistem pengeluaran berasaskan teknologi. Ianya perlu untuk pengeluaran makanan yang lebih komptetif. Untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian langkah yang tersusun dan sistematik haruslah diperkenalkan. Setiap institusi yang berkaitan dengan bidang ini haruslah bergerak ke depan di samping memantapkan guna tenaga yang mahir dalam sektor pertanian. Untuk perigkat remaja para belia haruslah diperkenalkan dengan sistem pertanian mudah tetapi boleh menjana pendapatan dan pengeluran. Teknologi fertigasi, hidroponik tepat sekali kearah mengisi ruang untuk maju ke depan. Objektif: 1. Menggalak dan menanam minat para belia terhadap bidang pertanian. 2. Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti dengan amalan pertanian yang baik dan sistematik. 3. Mengguna pakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan penjimatan tenaga buruh. 4. Menggalakan pelajar dan staf IPG Batu Lintang untuk mnyertai aktiviti berasaskan pertanian di samping memenuhi keperluan kampus. Visi Visi organisasi ini adalah untuk menggunakan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya membimbing pelajar untuk menyertai dalam aktiviti pertanian selain menjadi seorang guru. Misi

Upload: azrul-azeem

Post on 13-Jul-2016

1.653 views

Category:

Documents


222 download

DESCRIPTION

31213213

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Fertigasi

Pengenalan

Industri pengeluaran makanan berasaskan komoditi telah berlaku perubahan daripada sistem penanaman konvensional kepada sistem pengeluaran berasaskan teknologi. Ianya perlu untuk pengeluaran makanan yang lebih komptetif. Untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian langkah yang tersusun dan sistematik haruslah diperkenalkan. Setiap institusi yang berkaitan dengan bidang ini haruslah bergerak ke depan di samping memantapkan guna tenaga yang mahir dalam sektor pertanian.

Untuk perigkat remaja para belia haruslah diperkenalkan dengan sistem pertanian mudah tetapi boleh menjana pendapatan dan pengeluran. Teknologi fertigasi, hidroponik tepat sekali kearah mengisi ruang untuk maju ke depan.

Objektif:

1. Menggalak dan menanam minat para belia terhadap bidang pertanian.2. Meningkatkan produktiviti dan pengeluaran hasil yang tinggi dan berkualiti

dengan amalan pertanian yang baik dan sistematik.3. Mengguna pakai teknologi terkini untuk menghasilkan produk yang berkualiti

tinggi dan penjimatan tenaga buruh.4. Menggalakan pelajar dan staf IPG Batu Lintang untuk mnyertai aktiviti

berasaskan pertanian di samping memenuhi keperluan kampus.

VisiVisi organisasi ini adalah untuk menggunakan teknologi terkini di dalam sektor pertanian dan seterusnya membimbing pelajar untuk menyertai dalam aktiviti pertanian selain menjadi seorang guru.

MisiMisi organisasi adalah untuk memberi peluang kepada pelajar dan staf untuk melibatkan diri mereka dalam kegiatan pertanian serta memberi pulangan dalam bentuk kewangan dan kemahiran kepada pengusaha bidang ini.

Strategi1. Agro Teknologi : Mengguna teknologi terkini dalam sektor pertanian dan

menghasilkan produk yang berkualiti dan dijamin peningkatan pengeluaran.2. Mengambilkira keperluan dan permintaan sektor pasaran3. K.Ekonomi : Penumpuan kepada ilmu pengetahuan melalui Hands On Projek,

Research and Development sendiri dan sumber-sumber pertanian yang boleh dipercayai.

Sasaran: Para Pelajar serta Staf IPGK Batu Lintang

Page 2: Kertas Kerja Fertigasi

Rancangan Pengeluaran Atau Operasi

Sistem yang digunakan adalah fertigasi iaitu cantuman dua perkataan “Fertilization” dan irrigation. Proses pembajaan dan pengairan berjalan serentak.

Kaedah Penanaman : Fertigasi ini merujuk kepada pengeluaran tanpa tanah iaitu soiless culture production system. Umumnya jenis tanaman yang sesuai adalah: sayur-sayuran jenis buah seperti timun, tomato, cili mereah, capsicum, rock melon, zukini, terung dan strawberi. Asas pemilihan merujuk kepada tanaman yang sesui dan ekonomik. Tujuan utamanya adalah untuk mengelak penyakit akar bawaan kulat yang disebabkan tanah yang diguna kerap kali. Sistem ini berfungsi lebih baik sekiranya ditanam dalam Sistem Lindungan HUjan (SPH).

Sistem FEMTA juga diguna. Sistem ini bermakna enggunaan medium di tanah (cocopeat) dengan sistem fertigasi sebagai punca bekalan air dan bja. Prinsip perlaksanaan menggunakan kaedah fertigasi dan ini mengatasi masalah kos dan tanah yang tidak subur. Perbezaanya dengan fertigasi ianya tidak menggunakan polibeg.

Kelebihan Sistem Fertigasi

1. Nutrien lengkap yang diberi boleh dikawal dari segi jumlah dan kperluan tanaman mengikut peringkat umurnya.

2. Media atau medium dan persekitaran yang bersih menjamin dan menghindar masalah penyakit.

3. Mengatasi masalah tanah tidak subur.4. Hasil lebih tinggi kerana tiada pembaziran akar menerima nutrient yang

secukupnya di zon akar.5. Tiada masalah merumpai atau merumput.6. Kualiti yang lebih baik7. Penggunaan air dan baha lebihi cekap dan ekoonomik8. Penjimatan tenaga buruh dengan sistem automatic9. Penggunaan racun yang minimum10.Sistem tanaman lebih padat.

Keperluan Operasi

Pembangunan Infrastruktur.

1.Penyediaan

Kawasan Kerja-Kerja awalan melibatkan pembersihan kawasan dan tumbuhan jika melibatkan kawasan baru.

Kawasan tapak untuk pembinaan Rumah Perlindungan Tanaman(RUmah Kalis HUjan/Serangga) perlu dirata terlebih dahulu.

Pembinaan Sistem perparitan dan saliran

Pemagaran Kawasan

Page 3: Kertas Kerja Fertigasi

2.Sumber Air dan Elektrik

3.Bangunan

Bangunan perlu untuk pengurusan tanaman

Teduhan meletak tangka nutrient

Stor simpanan baja fertigasi dan peralatan lading

Pejabat pengurusan projek

4.Penyediaan Peralatan Sistem Fertigasi

1. Besi G.I ½

2. Besu G.1 1 “

3. Klip Besi

4. Klip PVC Hitam

5. Plastik UV Lutsinar

6. Jaring Kalis Serangga

5.Sistem Pengairan

1. Paip utama (PP HDPE 35mm)

2. Paip Sekunder (PP HDPE 16mm)

3. Paip Tertier (Microtubing 6mm)

4. Penitis (Pen Dripper 6mm)

5. Elbow PVC 1 “

6. Socket Valve 1 ½ “

7. Socket Valve 1”

8. Ball Valve 1 ½ “

9. Ball Valve 1 “

10. Nipper/Adapter

11. Rubber Gromet Set 16mm

12. Tangki Nutrien Hitam

13. Pam Air 1.5 hp

14. Timer (Pemasa)

Page 4: Kertas Kerja Fertigasi

15. PH Meter

16. EC Meter

17. Penapis Air

Bahan Input

1. Benih Tanaman

2. Tray Semaian

3. Polibeg 14” x 16” atau pasu putih.

4. Medium Semaian : Substrate/Coco-Peat

5. Platis Silvershine

6. Baja Fertigasi

7. Racun Serangga terpilih

8. Racun Kulat

9. Kayu Penyokong

10. Dawai

11. Batu SImen/Bata

6.Tenaga Buruh

Ahli-ahli Kelab Lestari IPGK Batu Lintang.

7.Penyediaan Biji Benih

Biji benih Bermutu dan Tulen F1 HYBRID

Tomato: i.Al Boran ii.Baccarat 322 iii.Gin Yuen Bao iv.Batu 163(CH)

Rock Meloni: i.Goddes ii.Glamour iii.Emererald Jewels iv.Roze

Honey Dew : i.Golden Langkawi ii.Sun Lady

Cili: i.Kulai F 469 ii.Red KUlai 151 iii.Cili Api

Semaian Anak Benih

Kebolehan menyedia anak benih dengan baik boleh menjamin 50% kejayaan. Substrate adalah medium penting untuk membolehkan biji benih bercambah dengan baik di samping coco-peat memenuhi separuh daripada lubang dalam tray semaian.

Page 5: Kertas Kerja Fertigasi

Membuat Larutan Stok

Sebanyak 14 unsur dalam bentuk sebatian yang dilarutkan di dalam air agar mudah diagihkan ke setiap tanaman.

Formulasi baja adalah berbeza mengikut jenis tanaman.

Larutan Stok disediakan dengan kepekatan 100 kali ganda daripada yang diperlukan pokok. Boleh juga disediakan dalam kepekatan 200 kali ganda untuk mengurangkan ruang penyimpanan larutaan stok.

Larutan Stok A terdiri daripada Kalsium Nitrat dan Ferum manakala Larutan Stok B terdiri daripada Kalium Nitrat, Mono Kalium Fosfat, Magnesium Sulfat, Mangan Sulfat, Kuprum Sulfat, Zink Sulfat, Asid Borik dan Natrium Molibdat yang dipanggil Larutan Cooper.

Perlu diingat kedua-dua larutan tidak boleh dicampur serentak, ianya perlu dicairkan satu persatu bagi mengelak tindak balas kimia.

Penyediaan Beg Tanaman

1. Penggunaan plastik berwarna putih adalah lebih baik kerana tiada peningkatan suhu di dalam coco-peat.

2. Membilas coco-peat

3. Mengetos coco peat.

4. Mengisi coco peat ke dalam beg politena.

5. Menyusun beg politena mengikut baris bagi setiap papi tertier.

6. Jarak tanaman bergantung kepada jenis tanaman.

7. Mencucuk alat penitis ke dalam beg tanaman.

8. Menghidup pam dan memeriksa sistem.

Penanaman

1. Membuat lubang pada setiap beg tanaman.

2. Memindah anak benih.

3. Mencucuk penitis berhampiran lubang tanaman.

Pengurusan Tanaman

1. Memeriksa Beg Tanaman.

2. Memastikan tiada penitis yang tercabut.

3. Menghidup pam sekali pada awal pagi.

Page 6: Kertas Kerja Fertigasi

4. Periksa medium untuk memastikan medium dan tumbuhan menerima air.

5. Menambah kekerapan pengiraman mengikut bilangan hari tanaman atau tahap pertumbuhan.

Pengurusan Sistem Pengairan

1. Larutan baja disediakan sebelum sistem fertigasi dijalankan mengikut jenis tanaman dan formula yang bersesuaian.

2. Larutan asid juga perlu disediakan untuk mengurangkan kealkalian pada medium.

3. Pengairan dilakukan 4-5 kali sehari bergantung kepada keperluan tanaman. Jumlah kepekatan berubah umur tanaman di samping faktor cuaca.

4. Kuantiti dan kepekatan baja yang dialirkan berdasarkan bacaan pada EC Meter dan pH yang ditetapkan.

5. Penyelenggaraan sistem fertigasi juga perlu dilakukan.

6. Penapis perlu dicuci dua minggu sekali.

7. Sisa baja juga perlu dibersihkan untuk melancarkan aliran air.

Kawalan Serangga Perosak/Penyakit

1. Rawatan pencegahan penyakit akar menggunakan Larutan 13 ml Previcur N atau Foli R-Fos ke dalam 10 liter air.

2. Memeriksa pokok awal pagi untuk memeriksa serangan perosak dan penyakit.

3. Memeriksa pucuk pokok terutamanya cili untuk mengelakkan serangan hama dan kutu trip.

4. Merawat tanaman dengan racun kulat.

Penyelenggaraan Tanaman

1. MEngatur pucuk tanaman.

2. Membuang pucuk, tunas air atau tunas ketiak bergantung kepada jenis tanaman.

3. Membilas medium dengan air bersih untuk mengeluar garam galian daripada medium.

4. Membantu pendebungaan.

5. Memetik buah.

6. Melentur pokok/tanaman bergantung kepada jenisnya.

7. Membuang daun tua dan berpenyakit.

8. Menamatkan tanaman

Page 7: Kertas Kerja Fertigasi

Penuaian

Proses ini dilakukan berdasarkan tempoh matang jenis tanaman. Penuaian bergantung kepada kehendak pasaran. Tempoh penuaian hasil 3-6 bulan bergantung kepada jenis kultivar.

Pengendalian lepas Tuai

Pengendalian lepas tuai juga harus dilakukan seperti pemilihan, pembersihan, pengeringan, penggredan dan pembungkusan. Operasi ini amat penting untuk mendapat harga yang baik di samping menjamin mutu hasil tanaman.

Rancangan Kewangan

Bahan dan Peralatan yang diperlukan utuk Pakej Fertigasi:

JUMLAH PENITIS/POLIBEG TIDAK TERMASUK PAM DAN TANGKI NURTIEN SERTA ITEM TAMBAHAN

PEMASANGAN 50 BEG RM 939.40PEMASANGAN 10 BEG RM 1,507.80PEMASANGAN 150 BEG RM 1,924.64PEMASANGAN 200 BEG RM 2,223.60PEMASANGAN 250 BEG RM 2,560.10PEMASANGAN 500 BEG RM 4901.80

Pakej Polibeg/Cocopeat/Pemasangan/HDPE PP/Penitis/Nutrien

Bahan/Item Tambahan

1. Tangki Nutrien Stok A/B = 2 Unit (Hitam)

2. Coversheet/Silvershine bergantung kepada keluasan.

3. Pam 1.5 HP = 1 unit

4. Penapis = 1 unit

5. Rain Shelter (SPH) = 1 unit

6. UV Plastik = 1 gulung

7. Foliar Tambahan

8. Semburan Pembungaan

9. Racun Kulat

10. Biji Benih

11. Spring Klip/UV Klip

Page 8: Kertas Kerja Fertigasi

12. Jaring Kalis Serangga = 1 gulung

13. Penarik Klip = 200 unit

14. Tangki Utama = 1 unit

15. PH dan EC Meter

16. Rumah Kalis Hujan/Serangga (SPH)

17. Tray Semaian

18. DUlang Semaian

19. Sustrate

20. Racun Serangga

Page 9: Kertas Kerja Fertigasi

Anggaran Kos Tambahan Selain Dari Pakej

Bil Perkara Kuantiti Kos Seunit (RM)

Amaun (RM)

1 Tangki Nutrien Utama 1 unit 450.00 450.002 Tangki Stok A/B 2 unit 360.00 720.003 Pam & Set Pengatur 1 unit 450.00 450.004 Penapis 1 unit 128.00 128.005 Timer 1 unit 115.00 115.006 Rain Shelter 1 gulung 1750.00 1750.007 Netting Putih 1 gulung 314.00 314.008 Foliar Tambahan 1 unit 180.00 180.009 Racun Serangga 2 unit 55.00 110.0010 Racun Kulat 1 unit 110.00 110.0011 Semburan Pembungaan 1 unit 142.00 142.0012 Biji Benih 1 unit 340.00 340.0013 Rangka SPH

4809.00

Page 10: Kertas Kerja Fertigasi

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

KERTAS KERJA

PROJEK FERTIGASI/FEMTA

KELAB LESTARI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUSBATU LINTANG

LOKASI :

IPG KAMPUS BATU LINTANG

Page 11: Kertas Kerja Fertigasi

BIL

KANDUNGAN

1 PENGENALAN

2 OBJEKTIF/VISI/MIDI

3 LATAR BELAKANG PROJEK

4 RANCANGAN ORGANISASI

5 RANCANGAN OPERASI

6 RANCANGAN KEWANGAN

Page 12: Kertas Kerja Fertigasi