kajian lapangan 2012
TRANSCRIPT
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
1/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
2/794
ii
PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
17 Ogos 2012 TEUKU AFRIZAL
P 27861
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
3/794
iii
PENGHARGAAN
Alhamdullillah dengan izin ALLAH S.W.T dan kekuatan yang diberinya akhirnya
dapat juga saya menyiapkan tesis ini dengan baik. Setingi-tingginya penghargaan dan eiaai
aarkma eaaPo.mrtsDt‟D.AdlRhaj a
Embong dan Prof. Dr. Jacqualine Pireira. Khususnya kepada Prof Rahman tesis ini
tidak wujud dalam bentuknya seperti ini jika tiada bimbingan, nasihat dan galakan
yang membina dari beliau. Penyeliaan beliau yang sistematik dan inovatif serta
kebebasan yang diberikan untuk mengekspresikan gagasan-gagasan saya tidak sahaja
terhad untuk menyiapkan tesis ini namun ia dapat meningkatkan lagi ilmu akademik
saya. Penghargaan ini juga saya tujukan kepada mantan penyelia saya Profesor
Dr.Diana Wong Im Boh yang banyak memberi inspirasi dan membantu saya dalam
mengkonstruksikan kerangka pemikiran di awal-awal penulisan tesis ini.
Ribuan terima kasih juga saya rakamkan kepada Pengarah Institut Kajian
Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Felo-felo dan seluruh kakitangan IKMAS.
Selain itu kepada mantan Pengurusi Persatuan Kebajikan Masyarakat Taman Guru
(PKMTG), Alayarham Ayah Haji Idris Bin Abd. Rahman, Setia Usaha PKMTG Haji
Wan Ismail Bin Wan Ahmad, seluruh Ahli Jawatan Kuasa PKMTG dan ahli
persatuan serta para responden di Taman Guru. Tidak dilupakan Hj Shaari pengasas
Badan Amal dan Sukan Taman Seri (BATAS), Pengurusi BATAS, Encik Zainudin,Setia Usaha BATAS, Abe Azis, Pengerusi JKK Kebersihan dan Keceriaan Encik
Adnan dan Penyelia Lapangan Hj Mahmud serta seluruh responden yang terlibat
dalam kajian ini. Kepada YDP Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam,
Sekratariat Bandaraya Islam, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandaran, Jabatan
Kewangan, Jabatan Hasil dan Penilaian dan Ketua Bahagian Kebersihan Bandar,
Encik Razli serta staff di Jabatan Perkhidmatan Bandaran, Encik Dazuki tak lupa saya
rakamkan ribuan terima kasih. Terima kasih ini saya rakamkan juga kepada Ketua
Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Ketua Pegawai Eksekutif
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Timbalannya Encik Sanusi Bin Awi.
Buat rakan-rakan di IKMAS khususnya Asmawi Noor bin Sarani dan
Muhammad Suhaidi Salleh serta rakan lainnya Mas Supeno terima kasih atas
sokongan dan bantuan anda. Penghargaan yang tidak terhingga saya rakamkan
khususnya kepada anak-anak tercinta Teuku Ryan Iskandar, Teuku Mohd. Danish,
Teuku Andre Rasyid, Teuku Ivan Dawood dan bonda mereka Dr. Wan Zumusni.
Kepada Poyah Teuku Iskandar dan Pamanda Teuku Nurlif serta Adinda Pocut Hanifah
saya juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga. Kepada arwah
Mama dan Papa tercinta, Pocut Fauziah Binti Teuku Radja Abdullah dan Teuku
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
4/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
5/794
iv
PENGAKUAN
PENGHARGA
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JA
SENARAI ILU
SENARAI SIN
BAB I
1.1
1.2
1.3
1.4
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
6/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
7/794
vii
1.5 Kerangka Penulisan Thesis 27
BAB II EKOSISTEM BANDAR DAN PENGURUSAN SISA
PEPEJAL : KERANGKA KONSEP DAN TEORI
2.1 Pengenalan 30
2.2 Kerangka Teori Ekosistem Bandar : Perspektif Makro 31
2.2.1 Teori ekosistem bandar 31
2.2.2 Aplikasi teori ekosistem bandar terhadap bandar 42dan sisa pepejal
2.3 Kerangka Teori Strukturasi dan Teori Modal Sosial: 67
Perspektif Mikro 682.3.1 Teori strukturasi2.3.2 Teori modal Sosial 73
2.3.3 Aplikasi teori modal sosial terhadap penglibatan 86komuniti
dalam
pengurusa
n sisa pepejal
2.4
Kesesuaian
Kerangka Teori
dalam Kajian
BAB III KAEDAH DAN KAWASAN KAJIAN SERTA
PROFIL
RESPONDEN
3.1 Pengenalan
3.2 Perspektif Kajian
3.3 Pendekatan Kajian
3.4 Pelaksanaan Kajian
3.5 Kawasan Kajian
3.6
Penentuan
Kawasan Kajian
3.7 Sumber Data
3.7.1
Pengumpulan
data utama3.7.2.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
8/794
Pengumpulan
data sekunder
3.8
Kaedah
Penganalisisan
Data
3.9 Profil Responden
3.10 Kesimpulan
BAB IV
PENGURUS
AN SISA
PEPEJAL
DI
MALAYSIA
:
TUMPUAN
PADA
PENGURUS
AN SISA
PEPEJALDI KOTA
BHARU
4.1 Pengenalan
4.2
Senario
Pengurusan
Sisa Pepejal
Di Malaysia:
Strategi
dan KaedahPengurusan
Si
s
a
P
e
p
e
j
al
4.2.1
Strategi dalam
pengurusan sisa
pepejal
4.2.2
Kedah
pengurusan sisa
pepejal semasa
di Malaysia
4.3
Pengurusan
Sisa Pepejal
di Kota Bharu
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
9/794
4.3.1
Institusi dan
koordinasi
dalam
sistem
pengurusan
sisa pepejal
4.3.2
Tenaga pekerja
dan zon kawalan
kebersihan
4.3.3 Kenderaan dan jentera
4.3.4 Sumber
kewangan
4.3.5
Penjanaan
dan
komposisi
sisa sepejal
4.4 Kesimpulan
BAB V
PERANAN
PIHAK
BERKUASA
TEMPATAN
:
LANGKAH-
LANGKAH
OPERASION
AL DAN
STRATEGI
PENGURUS
AN SISAPEPEJAL
5.1 Pengenalan
5.2
Langkah-
Langkah
Operasional
dalam
Pegurusan
Sisa
Pepejal:AktivitiPengurusanSisa PepejaldanKebersihanAwam
5.2.1
Penanganan,
Pengasingan
dan
PenyimpananSisa
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
10/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
11/794
Pepejal: Perbandingan Ringkas
6.3 Penglibatan Komuniti dalam Pengurusan Sisa Pepejal: 233
Perbandingan Ringkas
6.3.1 Penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa 236
pepejal di negara membangun Lainnya
6.3.2 Persamaan dan perbezaan dalam pelaksanaan skim 242
pengutipan primer antara Malaysia dengan negaramembangun lainnya
6.4 Kesimpulan 250
BAB VII PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM
PENGURUSAN SISA PEPEJAL: KOORDINASI,
SUMBER TENAGA DAN KEWANGAN, URUSAN
SISA PEPEJAL DAN PENGAWASAN
7.1 Pengenalan 252
7.2 Koordinasi dalam Pengurusan Sisa Pepejal 253
7.3 Tenaga Kerja 258
7.4 Sumber Kewangan dan Pembiayaan 261
7.5 Penjanaan, Penanganan, Penyimpanan, Pengutipan Sisa 272
Pepejal dan Kebersihan Awam Serta Kempen Kebersihan
dan Gotong Royong
7.6 Pengawasan dan Pemantauan 308
7.7 Kesimpulan 311
BAB VIII PENDEKATAN BERASASKAN KOMUNITI
TEMPATAN: SATU PENILAIAN KEBERKESANAN
8.1 Pengenalan 313
8.2 Impak Pengurusan Sisa Berasaskan Komuniti Tempatan 315Ke atas Penduduk Setempat, Persatuan Penduduk dan
x
Pihak Berkuasa Tempatan
8.2.1 Impak positif ke tas komuniti tempatan 315
8.2.2 Impak positif ke atas persatuan penduduk 323
8.2.3 Impak positif ke atas pihak berkuasa tempatan 325
8.3 Pemerkasaan Modal Sosial Dalam Komuniti Tempatan 329
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
12/794
8.3.1 Organisasi-organisasi dan aktiviti-aktiviti, 330
kemasyarakatan, politik dan ugama
8.3.2 Proses pembinaan modal sosial di kalangan 340
komuniti tempatan
8.4 Kesimpulan 361
BAB IX KESIMPULAN: PENGLIBATAN KOMUNITI
DALAM PENGURUSAN SISA PEPEJAL
9.1 Pengenalan 364
9.2 Pengurusan Sisa Pepejal Berasaskan Komuniti : Satu
Alternatif Pengurusan Sisa Pepejal di Bandar 365
9.3 Modal Sosial, Kesedaran Kolektif dan Penglibatan
Menyeluruh 367
9.4 Ke Arah Komuniti Mandiri dan Pembangunan Lestari
369
9.5 Isu Teori dan Metodologi
3699.6 Sumbangan Kajian Terhadap Korpus Ilmu dan Dasar
3709.7 Rancangan Kajian Di masa Hadapan
3729.8 Kesimpulan
372
RUJUKAN 273
LAMPIRAN
A Panduan Soalan Temu Bual 394
B Syarat-syarat Lesen Yang Perlu Di Patuhi 414
C Undang-Undang Kecil Mencegah Kekotoran 415
xi
D Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan 424
dan pelupusan Sampah Sarap MPKB-BRI 1985
E Perintah Tetap Tatacara Kompaun MPKB-BRI 2006 428
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
13/794
No.Jadual
2.1 Keperluan manusia dalam bandar
2.2 Jenis dan kategori sisa pepejal mengikut sumber
penjanaan
3.1 Informan-informan utama dan pegawai-pegawai yang
ditemubual mengikut kawasan kajian dan agensi
3.2 Jumlah dan peratusan responden survei mengikut
kawasan kajian
3.3 Bahagian dan sub-tema dalam soal selidik
3.4 Maklumat-maklumat sekunder yang diperolehi
mengikut kawasan dan jabatan
3.5 Status responden dalam persatuan penduduk di kedua-duakawasan kajian
3.6 Jantina responden mengikut kawaan kajian
3.7 Pola umur responden mengikut kawasan kajian
3.8 Taraf Pendidikan Responden Mengikut Kawasan
Kajian
3.9 Asal responden mengikut kawasan kajian
3.10 Jenis pekerjaan mengikut kawasan kajian
3.11 Pendapatan isirumah responden mengikut kawasan
kajian
3.12 Pemilikan rumah responden mengikut kawasan kajian
3.13 Jangka masa responden tinggal mengikut kawasankajian
4.1 Jabatan- jabatan dan bahagian-bahagian di MPKB-BRI
4.2 Jumlah pekerja di bahagian kebersihan Bandar
4.3 Petugas-petugas di setiap zon
xii
Halaman
39
48
120
122
123
130
133
133
134
135
136
136
138
139
139
159
163
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
14/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
15/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
16/794
3.2
3.3
4.1
4.2
6.1
6.2
7.1
7.2
7.3
No.Gambar
5.1
5.2
5.3
SENARAI ILUSTRASI
Hirarki dalam elemen fungsional pengurusan sisapepejal
Pengurusan sisa pepejal secara bersepadu dan lestari
Pengutipan primer dan sekunder dalam pengurusan sisapepejal
Kedudukan kota Bharu Kelantan di semenanjungMalaysia
Kawasan pentadbiran MPKB-BRI
Kedudukan Taman Guru dan Taman Seri di MPKB-BRI
Carta fungsi Jabatan Perkhidmatan Bandar
Zon kawalan kebersihan di MPKB-BRI
Proses pelaksanaan projek penglibatan komuniti dalampengurusan sisa pepejal di Taman Guru
Proses pelaksanaan projek penglibatan komuniti dalampengurusan sisa pepejal di Taman Seri
Carta strukur persatuan kebajikan masyarakat TamanGuru
Carta strukur badan amal dan sukan Taman Seri
Peringkat penyimpanan sisa pepejal di Taman Gurudan Taman Seri
Pelbagai jenis tempat penyimpanan yang digunakan diMPKB-BRI
Tempat penyimpanan sisa pepejal individu tidak mengikut piawaian yang banyak digunakan olehpenduduk di MPKB-BRI
Penyimpanan sisa pepejal secara tidak bersesuaian
diluar kawasan pusat bandar MPKB-BRI
xv
Halaman
52
67
91
103
104
112
162
166
234
235
254
255
278
185
190
190
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
17/794
5.4 Buangan sisa pepejal yang berselerak diluar tong
penyimpanan komunal diluar kawasan pusat bandar di
MPKB-BRI
7.1 Kaedah penyimpanan sisa pepejal di bahagian luaran
rumah menggunakan beg plastik sisa pepejal dan begplastik terpakai
7.2 Pelbagai jenis tempat penyimpanan sisa pepejal diTaman Guru dan Taman Seri
7.3 Tempat penyimpanan komunal ataupun tong RoRo diTaman Guru dan Taman Seri
7.4 Pengutipan sisa pepejal di bahagian belakang rumah
ataupun di lorong-lorong bahagian belakang rumah diTaman Seri
7.5 Kenderaan bermotor roda tiga (tree cycle) dan kereta
tolak (push cart)
7.6 Aktiviti gotong royong perdana di Taman Guru dan
Taman Seri
xvi
191
287
289
293
296
299
305
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
18/794
xvii
SENARAI SINGKATAN
ABC Action Plan for Beauty and Clean Malaysia
AJK Ahli Jawatan KuasaBATAS Badan Amal dan Sukan Taman Seri
BKKK Badan Kebajikan dan Khairat Kematian Taman Seri
BKPTS Badan Kebajikan Penduduk Taman Seri
DASN Dasar Alam Sekitar Negara
DUN Dewan Undangan Negeri
EPF Employee Provident Fund
EPU Economic Planning Unit
HDPE Highg Density Polyetthylene
JAS Jabatan Alam Sekitar
JKK Jawatan Kuasa Kecil
JKT Jabatan Kerajaan TempatanJPB Jabatan Perkhidmatan Bandaran
JPP Jabatan Pembangunan Persekutuan
KB MALL Kota Bharu Mall
KRT Kawasan Rukun Tetangga
KEMAS Jabatan Kemajuan Masyarakat
KPKT Kementrian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
KWSP Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
LO Local Order
NGO Organisasi bukan kerajaan
MAIK Majlis Agama Islam Kelantan
MPKB-BRI Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam
PAS Parti Islam Semalaysia
PBT Pihak Berkuasa Tempatan
Perkeso Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja
PPSPPA Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
PSPSPK Plan Strategik Pengurusan Sisa Pepejal Kebangsaan
PRA Pekerja Rendah Am
PKMTG Persatuan Kebajikan Masyarakat Taman Guru
RoRo Roll off Roll on
SDC Swiss Development Agency
SLP Sustainable Lusaka ProgramTADIKA Taman Didikan Kanak-kanak
UMNO United Malaya National Organisation
UNDP United Nation for Development Project
YB Yang Berhormat
YDP Yang Dipertua
VVIP Very Very Important Person
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
19/794
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Bandar adalah satu ekosistem baru ciptaan manusia yang menunjukkan pengaruh
manusia ke atas alam semula jadi. Ia merupakan tempat di mana manusia telah banyak
mengubah sumber-sumber tanah, air, udara dan organisma. Pada prinsipnya, bandar
merupakan ruang di mana manusia melakukan perubahan dalam habitatnya (Marvin
& Detwyler 1985). Secara asasnya, tujuan manusia melakukan perubahan tersebut
adalah selari dengan meningkatnya keperluan mereka terhadap penggunaan sumber
alam sekitar bagi memenuhi keperluan hidup dan kesejahteraannya (Sardar 1984;
Sutarman Kastin 1986). Menurut Howe (1976), sumber-sumber alam sekitar yang
dimaksudkan merupakan sumber-sumber asli daripada alam semula jadi yang
sememangnya telah memberikan manfaat kepada manusia bagi keselesaan dan
kesejahtraan hidup mereka.
Pada masa ini, di bawah sistem ekonomi kapitalis prinsip-prinsip ekonomi
amat mempengaruhi manusia untuk mencapai kemajuan dalam hidupnya. Bagi
mencapai matlamat ini, pelbagai aktiviti pembangunan yang melibatkan pemanfaatan
dan penggunaan sumber-sumber persekitaran seperti tanah, air, organisma dan udara
telah berlangsung (Jamaluddin 1996). Menurut Sulong (1985), aktiviti pembangunan
di kawasan bandar pula sering dikaitkan dengan berlakunya proses pembandaran.
Oleh demikian, proses pembandaran kerap kali dilihat sebagai ukuran bagi
menunjukkan kemajuan pembangunan di sesuatu kawasan bandar. Secara asasnya,
bandar merupakan satu ekosistem yang dibentuk oleh manusia melalui suatu proses
perbandaran. Sebagai suatu sistem, ekosistem bandar sangat terikat dengan prinsip-
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
20/794
prinsip perpaduan persekitaran, di mana semua elemen dalam persekitaran bandar
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
21/794
2
saling berkait dan bergantungan. Sekiranya berlaku perubahan pada satu elemen maka
keadaaan ini akan melibatkan perubahan pada yang lainnya. Misalnya, meningkatnya
saiz penduduk bandar akan meningkatkan lagi keperluan penduduk bagi memenuhi
keperluan-keperluannya. Justru itu, pemanfaatan sumber-sumber alam sekitar oleh
manusia di bandar akan meningkat selari dengan meningkatnya jumlah penduduk
bandar.
Secara ringkasnya, proses perbandaran yang menunjukkan hubungan dan
pengaruh manusia terhadap alam sekitar di bandar telah menjana wujudnya
pembangunan bandar dan kemerosotan kualiti alam sekitar bandar (Jamaluddin 1993,
1999; Aiken et al. 1982; Der Duh et al. 2008). Pembangunan yang dimaksudkan
berlakunya pertumbuhan dan perkembangan bandar dari segi fizikal dan wujudnya
proses perindustrian serta perubahan sosial, ekonomi dan budaya, selain
meningkatnya jumlah penduduk bandar (Aiken et al. 1982). Kemerosotan kualiti alam
sekitar pula merupakan kesan daripada proses pembangunan dan pemanfaatan
sumber-sumber alam sekitar. Ia merujuk kepada wujudnya pelbagai masalah
pencemaran alam sekitar di bandar seperti berlakunya pencemaran udara, air, bunyi
bising dan pencemaran sisa pepejal (Northam 1975; Sham Sani 1982, 1990; Stanners
& Bourdeau 1995: 261). Secara umum, punca pencemaran udara di bandar adalah
daripada punca bergerak dan tidak bergerak, Punca bergerak wujud menerusi pelbagai
jenis kenderaan bermotor, manakala punca tidak bergerak pula terdiri daripada
sejumlah besar industri dan tempat pembuangan sisa pepejal (Sham Sani et al. 1983).
Begitu pula halnya dengan punca pencemaran air. Berlakunya pencemaran air di
kebanyakan bandar umumnya disebabkan oleh sejumlah buangan industri dan
buangan sisa pepejal (Sham Sani 1987; Bartone et al. 1995). Sedangkan punca-punca
utama pencemaran bunyi bising umumnya adalah daripada bunyi bising komuniti di
kawasan perumahan, kawasan industri, kawasan perniagaan dan bunyi bising trafik
daripada kenderaan bermotor (Stevenson 1985). Sementara itu, pencemaran sisa
pepejal pula berpunca daripada sejumlah buangan sisa menerusi pelbagai jenis
aktiviti manusia di kawasan perumahan, perniagaan, institusi dan industri
(Tchonobalognous et al. 1993). Menurut World Bank (1992, 1993, 1999) bahawa
fenomena pencemaran sisa pepejal di bandar merupakan satu fenomena alam
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
22/794
sekitar yang penting selain daripada fenomena pencemaran air, udara dan bunyi
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
23/794
3
bising. Fenomena ini berlaku di bandar-bandar di negara membangun seperti di
Afrika, Latin Amerika dan Asia (Sarkawi 2001). Pada prinsipnya, penjanaan
buangan sisa pepejal di bandar sangat berhubungkait dengan pelbagai aktiviti
manusia (Goh 1990). Justru, akumulasi buangan sisa pepejal dalam bandar
merupakan akibat daripada wujudnya aktiviti manusia dari pelbagai sisi kehidupan
mereka di bandar. Oleh demikian, daripada semua bentuk pencemaran yang wujud
di bandar, fenomena pencemaran sisa pepejal boleh dikatakan sebagai suatu
fenomena pencemaran yang paling signifikan dengan wujudnya proses perbandaran,
pembangunan ekonomi dan proses perindustrian yang pesat di bandar (Tchobalognous
et al. 1993; Seo Ta Wee 2000).
Secara ringkasnya, proses perbandaran yang meningkatkan jumlah penduduk,
perkembangan, pertumbuhan bandar dan pembangunan ekonomi yang pesat serta
berlakunya proses perindustrian merupakan punca-punca utama yang meningkatkan
jumlah buangan sisa pepejal, selain merubah komposisi dan karakteristik buangan sisa
pepejal sedia ada (Jamaluddin 1998; Mohd. Nasir et al. 1999). Keadaan ini
menambahkan lagi kompleksiti permasalahan buangan sisa pepejal dan wujudnya
masalah pencemaran sisa pepejal di bandar (Jamaluddin 1996). Justeru, merujuk
kepada perkara yang berlaku maka suatu sistem pengurusan sisa pepejal yang holistik
dan bersepadu adalah diperlukan (Baud et al. 2001; Ahmed et al. 2004). Menurut
Gerlagh et al. (1999) dikebanayakan negara membangun sistem pengurusan sisa
pepejal sangat bertumpu pada dimensi organisasional dan teknikal. Oleh itu,
pengurusan sisa pepejal yang holistik dan bersepadu adalah sebuah sistem
pengurusan sisa pepejal yang meliputi pelbagai pendekatan dan dimensi. Dimensi ini
adalah dimensi organisasional dan teknikal serta bersifat “topndimensidown” da
sosio-budaya, pembangunan manusia dan mengambilkira pelbagai faktor termasuk
penglibatan pelbagai pihak berkepentingan antaranya penglibatan komuniti yang
bersifat “bottom up”. Pada prinsipnya salah satu dasar yang petantingdenganberkai
kelestarian alam sekitar sejak kovensyen Rio 1992 adalah penglibatan semua pihak
berkepentingan termasuk komuniti tempatan (Ballet et al. 2007). Menurut Joseph (2006) dan
Zia et al. (2007) penglibatan komuniti merupakan satu komponen penting dalam sistem
pengurusan sisa pepejal. Dalam konteks pembangunan, penglibatan komuniti adalah salah
satu tonggak utama yang menyokong pelaksanaan
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
24/794
4
pembangunan, di mana komuniti perlu dibangunkan dengan pelbagai program
pemerkasaan (Stiglitz 2006). Strategi pembangunan memerlukan keputusan yang
dibuat secara bersama dengan komuniti setempat ataupun sekurang-kurangnya
maklumat dan cadangan daripada mereka (Abdul Rahman 2007). Komuniti setempat
paling tahu tentang keadaan di tempat mereka, dan tahu rancangan yang boleh dan
akan membawa perubahan kepada kehidupan mereka. Pada prinsipnya, penglibatan
komuniti merupakan suatu usaha bagi meningkatkan minat dan kesedaran komuniti
khususnya terhadap keperluan untuk menjaga alam sekitar (EPA 1995). Penglibatan
komuniti juga merupakan suatu usaha bagi mengawal dan menyelesaikan masalah
alam sekitar “di peringkat tempatan” (Moser 1989). ni bermaksud bahawa
penglibatan komuniti adalah untuk melibatkan komuniti secara aktif dalam proses
pengambilan keputusan, merekabentuk, merancang dan melaksanakan kebijakan alam
sekitar di peringkat akarumbi (Ghai & Vivian 1992). Isu penglibatan komuniti dalam
pengurusan alam sekitar khususnya dalam pengurusan sisa pepejal merupakan satu
perkara penting yang dilaksanakan selari dengan prinsip Agendapelaksanaan “
Tempatan 21”. !alam agenda ini pihak komuniti dapat dilibatkan se"ara proakt
bagi merancang, mengurus dan mengawal alam sekitar bandar berpandukan kepada
wawasan “pembangunan lestari” (Malaysia #$$#). %khirnya& bagi meningkatkan dan
menggalakkan penglibatan komuniti secara menyeluruh adalah penting untuk
memperkasakan dan menggerakkan modal sosial.Menurut Pargal et al. (1999),
modal sosial merupakan faktor penentu utama yang mengikat komuniti bagi
menghasilkan tindakan-tindakan kolektif yang terhasil daripada wujudnya sebuah
penglibatan secara kolektif. Dalam konteks pembangunan modal sosial merupakan
satu mata rantai (the missing link) yang hilang yang selama ini kurang diberi perhatian
tetapi sesungguhnya ia penting bagi pembangunan ekonomi (Harriss & Renzio 1997)
dan pembangunan lestari
1.2 PERMASALAHAN KAJIAN
Pada prinsipnya pencemaran sisa pepejal yang terhasil daripada suatu proses
perbandaran telah memberi kesan kepada wujudnya masalah kemerosotan kualiti alam
sekitar, kesihatan awam dan masalah estetika yang menjejaskan kualiti hidup
penduduk bandar (Diaz et al. 1996). Oleh itu, bagi mengatasi wujudnya masalah-
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
25/794
5
masalah tersebut di bandar diperlukan satu sistem pengurusan sisa pepejal yang cekap
dan berkesan. Dalam kontreks pengurusan sisa pepejal, menurut Cointreu (1982,
1994) dan Bartone et al. (1995) di kebanyakan bandar di negara membangun, sistem
pengurusan sisa pepejal masih diuruskan di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Tanggungjawab ini meliputi tanggungjawab bagi menyediakan dan
melaksanakan aktiviti pengurusan sisa pepejal termasuk aktiviti kebersihan awam
seperti cuci longkang, sapu jalan, potong rumput yang dilaksanakan secara
bersendirian ataupun bekerjasama dengan pihak berkepentingan lainnya, selain
menyediakan sumber kewangan bagi melaksanakan pengurusan sisa pepejal.
Secara praktikalnya, di Malaysia, peruntukan Akta Perumahan Tempatan
1976 telah menentukan bahawa Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pihak yang
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti pemungutan, pengangkutan dan
pelupusan sisa pepejal (Malaysia 1999). Dari segi pengurusannya, pengurusan sisa
pepejal telah dijalankan dengan beberapa pendekatan meliputi; pertama, pendekatan
di mana sistem pengurusan sisa pepejal sepenuhnya diuruskan dan dilaksanakan oleh
Pihak Berkuasa Tempatan sendiri tanpa melibatkan pihak lain sebagai rakan sekerja
(partner). Kedua, pendekatan pengurusan yang dilaksanakan secara bekerjasama
dengan pihak berkepentingan lainnya iaitu pihak swasta. Pengurusan ini dilakukan
dengan mengagihkan beberapa elemen dalam sistem pengurusan sisa pepejal meliputi
sistem pengutipan, pengangkutan dan pelupusan kepada pihak swasta berasaskan
perjanjian kontrak kerja pada jangka masa yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan. Pengagihan tugas di sini merujuk kepada pengagihan beberapa
tanggungjawab pengurusan kepada organisasi di luar struktur birokrasi yang regular
dan secara tidak langsung dikawal oleh Pihak Berkuasa Tempatan (Manor 1999).
Ketiga, kaedah pengurusan dengan mengagihkan sebahagian sistem pengurusan sisa
pepejal kepada komuniti tempatan. Keempat, pendekatan pengurusan sisa pepejal
secara interim. Pengurusan sisa pepejal secara interim berkaitan dengan penswastaan
pengurusan sisa pepejal negara ataupun dikenali sebagai proses federalisasi
pengurusan sisa pepejal. Pengurusan sisa pepejal secara interim mula dilaksanakan di
Malaysia pada tahun 1995. Kaedah ini dilakukan dengan melaksanakan perjanjian
kontrak di antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan pihak swasta yang mendapat
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
26/794
konsesi dari bulan ke bulan. Pelaksanaan interim ini dilakukan sehingga ke hari ini.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
27/794
6
Pada awalnya, pelaksanaan interim dilakukan ditahap awal penswastaan disebabkan
kerana belum diterbitkannya pindaan undang-undang bagi mengambilalih kuasa dan
tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan dan masalah caj pengguna (Teuku Afrizal
et al. 2000). Semasa ini walaupun undang-undang untuk mengambilalih kuasa dan
tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 672) dan Akta Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal (673)
sudah diwartakan sejak tahun 2007, namun isu caj pengguna antara pihak konsortium
dengan kerajaan Persekutuan belum lagi diselesaikan, sehingga pengurusan sisa
pepejal masih dilakukan secara interim. Walaupun begitu dalam masa ini pihak
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang merupakan pihak
yang bertanggungjawab terhadap pengurusan sisa pepejal di seluruh Negara terus
mempersiapkan infrastruktur dan logistik 1 di negeri-negeri dan daerah-daerah.
Sekiranya isu caj pengguna antara pihak konsortium dengan kerajaan persekutuan
diselesaikan maka pengambilalihan tanggungjawab pengurusan sisa pepejal Negara
daripada pihak berkuasa tempatan kepada Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
Negera dapat dilaksanakan. Justeru, keadaan ini membolehkan pihak kerajaan
persekutuan menjalankan penswastaan secara penuh terhadap pengurusan sisa pepejal
di seluruh Malaysia.
Ditinjau dari segi pelaksanaannya, di Malaysia, walaupun pihak kerajaan
tempatan telah menyediakan sejumlah besar peruntukan kewangan bagi sistem
pengurusan sisa pepejal iaitu diantara 15 sehingga 30 peratus daripada bajet tahunan
mereka, di kebanyakan bandar di Malaysia pengurusan sisa pepejal masih lagi
menghadapi pelbagai masalah. Tahap pengurusan sisa pepejal adalah tidak
memuaskan dan berbahaya (Mohd. Nasir 1999). Fenomena ketidakcekapan dan
ketidakberkesanan dalam sistem pengurusan sisa pepejal bukanlah satu fenomena baru
yang berlaku di bandar-bandar di Malaysia (Hidayah 2001). Dalam Mohd. Nasir
(1997) dan Mohd.Nasir et al. (2000a) dikatakan bahawa masalah pencemaran
buangan sisa pepejal yang terus meningkat merupakan kesan daripada
ketidakcekapan dan ketidakberkesanan sistem penyimpanan, pengutipan,
pengangkutan dan pelupusan sisa pepejal. Berkaitan dengan sistem penyimpanan,
beberapa isu yang berkaitan meliputi; pertama, penyimpanan sisa pepejal
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
28/794
1 Keadaan ini merujuk pada masa tesis ini ditulis 10hb Julai 2009.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
29/794
7
dilakukan pada tempat yang tidak sepatutnya. Di kebanyakan kawasan perumahan,
penyimpanan buangan sisa pepejal biasanya dilakukan dengan meletakkan sisa
pepejal pada bekas penyimpanan yang tidak sepatutnya. Kebanyakan penghuni
rumah tidak memiliki tong sampah (storage bin) yang berpatutan. Umumnya, bagi
menyimpan buangan sisa pepejal, penghuni rumah hanya menggunakan kantung-
kantung plastik kecil. Kantung-kantung plastik tersebut kemudian digantung di pagar-
pagar rumah, pokok-pokok di hadapan rumah ataupun diletakkan di luar pagar rumah
ataupun diletakkan begitu sahaja di tepi-tepi jalan di hadapan rumah. Justeru, akibat
gangguan binatang seperti kucing dan anjing liar, sisa pepejal berselerak di merata-
rata tempat. Keadaan ini merosakkan keindahan dan kebersihan kawasan. Selain
pelaksanaan operasi pengutipan sisa pepejal juga ikut terjejas. Kedua, isu berkaitan
dengan ketiadaan penutup di tempat penyimpanan buangan sisa pepejal. Pada
umumnya ketiadaan penutup di tempat penyimpatan yang disebabkan kerana hilang
atau rosaknya penutup berlaku di kawasan perumahan dan kawasan perniagaan.
Perkara inimenyebabkan sisa buangan yang diletakkan di dalam tong sampah
terdedah dengan pelbagai perkara termasuk gangguan lalat dan binatang seperti
kucing dan anjing liar. Ketiga, isu berkenaan dengan kurang tersedianya tong
komunal (communal bins) di kawasan perumahan, perniagaan dan institusi. Perkara
ini menyebabkan tong sampah komunal yang sedia ada tidak dapat menampung
sejumlah sisa pepejal yang terbuang. Akibatnya kawasan di sekitar tong sampah
menjadi tempat pelupusan sementara bagi sisa pepejal yang tidak tertampung. Justru
keadaan ini menyebabkan berlaku masalah pencemaran seperti masalah pencemaran
bau dan risiko terhadap kesihatan awam di mana tong sampah menjadi tempat
pembiakan serangga dan tikus serta masalah estetik dan lambatnya pelaksanaan
operasi pengutipan dan pengangkutan sisa pepejal.
Berkaitan dengan sistem pengutipan pula, terdapat beberapa masalah yang
berlaku meliputi; pertama, perkhidmatan pengutipan dan pengangkutan sisa pepejal
hanya mencakupi 60 sehingga 90 peratus kawasan yang digazetkan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan (Malaysia 1999). Ini bermakna terdapat banyak kawasan yang
tidak menerima perkhidmatan pengutipan sisa pepejal seperti kawasan setinggan dan
kawasan-kawasan kampung tradisional. Keadaan jalan yang kecil dan sempit
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
30/794
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
31/794
8
perkhidmatan ke kawasan berkenaan. Kedua, tahap pengutipan dan pengangkutan
sisa pepejal setiap harinya hanya meliputi 70 sehingga 90 peratus daripada
keseluruhan jumlah buangan sisa pepejal yang dijana. Justeru kebanyakan
penduduk, misalnya penduduk di kawasan kampung-kampung tradisional di Kota
Bharu akan menyimpan sisa pepejal pada tong penyimpanan komunal yang
berhampiran ataupun menimbusnya dengan menggali lubang ataup membakarnya
secara terbuka (Majlis Perbandaran Kota Bharu 2003). Ketiga, rendahnya tahap
kebolehpercayaan, di mana di sesetengah banda, khususnya di kawasan perumahan
dan perniagaan, pengutipan sisa pepejal sering dijalankan di luar jadual hari pungutan
yang ditentukan (Rospida et al. 2000). Di Kota Bharu misalnya di kawasan-kawasan
tertentu pengutipan sisa pepejal dilakukan tiga sehingga empat hari sekali.
Sedangkan mengikut jadual pengutipan sepatutnya dijalankan dua kali sehari. Perkara
ini menyebabkan sisa pepejal yang disimpan pada tong individu dan tong komunal
menumpuk dan melimpah keluar serta berselerak di merata-rata tempat. (Zainuddin et
al. 2005). Keempat, masalah kenderaan pengutip dan pengangkut sisa pepejal yang
tidak dipelihara dan diberi rawatan secara berpatutan. Kerosakan yang kerap berlaku
pada kenderaan pengutip dan pengangkut sisa pepejal menjadikan kerja-kerja
operasional tidak dapat dilakukan mengikut pada jadual yang telah ditentukan
(Mohd. Nasir 1999).
Selain masalah penyimpanan dan pengutipan serta pengangkutan sisa pepejal,
masalah pelupusan merupakan satu lagi masalah yang berlaku dalam sistem
pengurusan sisa pepejal. Isu-isu penting berkaitan dengan masalah ini adalah
masalah tapak pelupusan. Menurut Mohd. Nasir (1999) hampir semua tapak
pelupusan yang terdapat di Malaysia tidak diuruskan secara baik iaitu tanpa
pengurusan dan perawatan sisa cecair sisa pepejal (leachate) atau tanpa pengawasan
terhadap gas-gas yang dihasilkan. Kebanyakan tapak pelupusan yang dioperasikan
tidak memenuhi persyaratan yang telah ditetapkan pada Akta Kualiti Alam Sekitar
1976. Lokasi tapak-tapak pelupusan juga terletak berhampiran dengan kawasan
perniagaan dan perumahan ataupun terlalu jauh dari kawasan pusat bandar dan lokasi
pengutipan sisa pepejal. Menurut Jabatan Kerajaan Tempatan (2005) sehingga tahun
2004 terdapat sejumlah 113 tapak pelupusan yang beroperasi di Malaysia. Namun,
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
32/794
daripada 113 tapak pelupusan beroperasi hanya sejumlah 17 peratus sahaja yang
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
33/794
9
beroperasi secara kambus sanitari (sanitary landfill). Secara praktikalnya, daripada 17
peratustapak pelupusan kambus sanitari yang dioperasikan hanya satu tapak
pelupusan kambus sanitari yang diuruskan secara moden dan memenuhi persyaratan
Akta Kualiti Alam Sekitar 1976. Tapak pelupusan kambus sanitari Air Hitam,
Petaling Jaya yang dioperasikan pada tahun 1995 merupakan tapak pelupusan
pertama di Malaysia yang diuruskan oleh pihak swasta dengan sistem operasinya yang
moden. Sehingga dengan terdapatnya teknologi rawatan air resapan, air sisa yang
dihasilkan adalah bersih dan selamat serta boleh dilepas ke sistem sungai dan laut.
Disamping tapak pelupusan berkenaan juga dilengkapi dengan kemudian paip
pelapasan metana. Selebihnya 83 peratus tapak pelupusan lainnya beroperasi secara
terbuka (open dumping) (Zainudin et al. 2005). Menurut Mohd. Nasir et al. (1998)
kaedah terbuka merupakan satu kaedah pelupusan yang murah dan hanya
memerlukan tanah yang luas berbanding dengan kaedah pelupusan kambus sanitari
dan penggunaan “incinerator”. !i Malaysia& penggunaan insinerator 'uga telah
dipraktikkan walaupun penggunaannya belum secara meluas disebabkan kerana kos
yang tinggi dan memerlukan pekerja mahir serta prfesional untuk mengoperasikan dan
merawatnya (Malaysia 1999).
Pengoperasian tapak pelupusan secara terbuka dan kambus sanitari tanpa
pengurusan dan rawatan sisa cecair sisa pepejal (leachate) serta pengawasan
terhadap gas-gas metane menyebabkan berlakunya masalah kemerosotan kualiti alam
sekitar meliputi masalah-masalah seperti masalah pencemaran udara, air dan masalah
kesihatan awam serta masalah-masalah lainnya. Pencemaran udara wujud
disebabkan oleh pembakaran secara terbuka di kawasan tapak pelupusan kambus
terbuka dan juga oleh emisi gas metane yang berpunca daripada tapak pelupusan
yang keluar ke udara. Pencemaran air terutamanya terhadap sumber-sumber air
penduduk dan pencemaran air bawah tanah berlaku disebabkan oleh sisa cecair sisa
pepejal (leachate) yang tidak terkawal (Rospida et al. 2000).
Isu lain berkaitan dengan masalah kecekapan dan keberkesanan dalam sistem
pengurusan sisa pepejal di Malaysia adalah isu kurangnya peruntukan kewangan dan
terhadnya sumber kewangan di kebanyakan bandar- bandar di Malaysia (Mohd. Nasir
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
34/794
1997). Mohd. Nasir (1998) dan Mohd. Nasir et al. (2000b, 2000c)
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
35/794
10
mengatakan bahawa kurangnya peruntukan kewangan dan terhadnya sumber
kewangan dalam sistem pengurusan sisa pepejal memberi kesan terhadap sistem
pengurusan dan pelaksanaan aktiviti penyimpanan, pengutipan dan pelupusan sisa
pepejal. Peruntukan kewangan biasanya digunakan bagi melaksanakan kerja-kerja
operasional dan pembangunan sistem pengurusan sisa pepejal meliputi penyediaan
infrastruktur dan kemudahan kenderaan pengangkut, pembinaan dan pembangunan
bengkel kenderaan dan tempat penyimpanan peralatan, pembangunan tapak
pelupusan dan peralatan-peralatan lain yang diperlukan (Yani 2000). Di Malaysia,
isu ini berlaku di bandar-bandar yang berpendapatan rendah seperti di Kota Bharu,
Kelantan. Di Kota Bharu pelaksanaan sistem pengurusan sisa pepejal sangat
bergantung kepada pendapatan tahunan Majlis Perbandaran tanpa bantuan daripada
pihak kerajaan negeri dan Persekutuan. Ini menyebabkan pihak majlis sangat terhad
dalam mengagihkan peruntukan kewangan sehingga tidak memadai untuk
menampung segala kos dan keperluan untuk menjalankan sistem pengurusan sisa
pepejal. Dari segi lain pula, isu ini dikaitkan dengan kos pengurusan yang meningkat
kerana berlakunya pembangunan, pertumbuhan dan perkembangan bandar yang
meningkatkan permintaan untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal.
Sebaliknya, agihan peruntukan kewangan masih seperti sedia ada. Oleh
demikian, bagi tersebut pihak Majlis berupaya untuk menjalankan sistem pengurusan
sisa pepejal dengan memaksimumkan sumber kewangan dan memaksimumkan
penggunaan peralatan-peralatan yang sedia ada. Perkara ini menyebabkan wujudnya
halangan untuk melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal dan meningkatkan
kualiti pengurusan sisa pepejal. Justru pihak Majlis tidak dapat melakukan
perancangan jangka masa panjang, menyediakan tenaga-tenaga mahir, menambah
kekurangan pekerja, melaksanakan program-program kebersihan dan kebijakan-
kebijakan berkaitan dengan pengurusan sisa pepejal, menambah lori-lori pengangkut
dan menyediakan peralatan-peralatan moden serta berteknologi tinggi bagi sistem
pengurusan sisa pepejal secara keseluruhan (Zainuddin et al. 2005).
Isu utama lainnya dalam sistem pengurusan sisa pepejal adalah ketiadaan
sistem perancangan dan kelemahan dalam sistem pengurusan serta lemahnya
penguatkuasaan undang-undang (Abdul Wahid & Azizi 1995; Kementerian
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
36/794
Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1999; Agamuthu 2001). Dalam banyak kes,
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
37/794
11
didapati bahawa kebanyakan pihak berkuasa tempatan di Malaysia masih
melaksanakan pengurusan sisa pepejal secara adhoc tanpa perancangan yang sesuai
misalnya menyediakan plan induk (master plan) dan plan tindakan (action plan) bagi
pengurusan sisa pepejal. Penyediaan plan induk dan plan tindakan merupakan satu
garis panduan bagi melaksanakan pengurusan sisa pepejal secara cekap dan berkesan
(Mohd. Nasir 1997). Isu lain yang berkaitan dengan isu pengurusan adalah berkaitan
dengan komitmen pengurusan atasan yang tidak seragam atau secara berterusan
memberi penekanan terhadap aktiviti pengurusan sisa pepejal dan kebersihan.
Didapati bahawa sesetengah pengurusan atasan Pihak Berkuasa Tempatan tidak
membuat penilaian ke atas pencapaian dan keberkesanan semua aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan serta tidak membuat tindakan susulan dan pembetulan. Justeru terdapat
Pihak Berkuasa Tempatan yang merasa tidak mempunyai peranan dalam menentukan
tahap kebersihan misalnya premis makanan dan penjaja dengan meletakkan
tanggungjawab kepada Kementerian Kesihatan, masalah kebersihan parit dan
longkang kepada Jabatan Kerja Raya dan masalah kebersihan saliran kepada Jabatan
Pengairan dan Saliran. Selain Pihak Berkuasa Tempatan juga kurang melakukan
penyelarasan dengan jabatan-jabatan tersebut berkaitan dengan aktiviti kebersihan.
Dari segi penguatkuasaan pula, kebanyakan Pihak Berkuasa Tempatan tidak dapat
menjalankan aktiviti ini secara tegas, konsisten dan berterusan. Keadaan ini
menyebabkan orang awam sentiasa tidak berhati-hati dan secara berterusan
melakukan kesalahan. Selain tindakan susulan kepada orang awam yang melanggar
peraturan juga tidak dilaksanakan secara agresif. Dalam masa yang sama terdapat
kelemahan pada peraturan-peraturan dan undang-undang kecil yang dijalankan
menyebabkan pesalah tidak dapat diambil tindakan undang-undang (Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1999).
Sikap, tingkahlaku, kesedaran dan pengetahuan yang rendah di kalangan orang
awam merupakan satu lagi isu penting yang berkaitan dengan ketidakcekapan dan
ketidakberkesanan sistem pengurusan sisa pepejal. Secara umumnya, orang awam
berpandangan bahawa kerja-kerja pengurusan sisa pepejal dan menjaga kebersihan
adalah tangungjawab Pihak Berkuasa Tempatan semata-mata. Oleh itu, masih banyak orang awam membuang sisa pepejal di merata tempat ataupun meletakkan sisa pepejal
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
38/794
di tempat yang tidak berpatutan tanpa rasa bersalah. Orang awam juga di
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
39/794
12
dapati masih kurang pengetahuan dan sedar mengenai kesan ke atas perbuatan yang
mereka lakukan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 1999).
Oleh demikian, merujuk kepada permasalahan yang terdapat dalam sistem
pengurusan sisa pepejal semasa ini adalah penting bagi Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) untuk menjalankan satu pendekatan alternatif. Pendekatan ini dapat dilihat
sebagai satu peluang untuk mengurangkan ataupun menyelesaikan pelbagai
permasalahan dalam sistem pengurusan sisa pepejal. Justeru suatu pendekatan
pengurusan sisa pepe'al yang bersifatbottom up“” dan berdimensi sosio budaya&
pembangunan manusia serta mengambilkira penglibatan komuniti adalah satu perkara
penting untuk dilaksanakan. Menurut United Nations (1992) bahawa terdapat
konsensus secara global untuk membangun penyelesaian masalah di peringkat
tempatan dan melibatkan komuniti bagi melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal
secara lebih baik. Penglibatan komuniti adalah suatu bentuk interaksi sosial di mana
ahli-ahli komuniti dapat terlibat dalam pelbagai aktiviti pembangunan termasuk
aktiviti pengurusan sisa pepejal. Dalam Anschutz (1996) dikemukakan bahawa
penglibatan komuniti merupakan satu aspek penting dalam pengurusan sisa pepejal.
Dalam konteks pengurusan sisa pepejal penglibatan komuniti bermakna bahawa
komuniti akan secara langsung terlibat dalam aktiviti pemisahan, penyimpanan,
pemungutan dan pemulihan sumber sisa pepejal (Zurbrugg et al. 1999). Menurut Ali et
al. (1998) dan Chakrabarti et al. (2008), penglibatan komuniti dalam
pengurusan sisa pepe'al laimnya berkaitan dengan pelaksanadmatan perkhi“skim
pengutipan primer”.!alam konteks ini komuniti tempatan men'alankan aktiiti
pengutipan sisa pepejal dari pintu ke pintu di kawasan kejiranan dan mengangkut
serta meletakkannya pada tong penyimpanan komunal yang disediakan oleh Pihak
Berkuasa Tempatan. Seterusnya Pihak Berkuasa Tempatan bertanggungjawab ke
atas pengutipan sekunder iaitu mengangkut sisa pepejal ke tapak pelupusan (Silas
1995). Selain melakukan aktiviti pemisahan dan penyimpanan secara bersesuaian di
peringkat isirumah serta pengutipan sisa pepejal, penglibatan komuniti dalam
program yang lebih berintegrasi iaitu program kitar semula dan guna semula
merupakan sisi penting dalam skim pengutipan primer. Justeru pelaksanaan skim
pengutipan primer adalah penting bagi mengelakkan risiko terhadap wujudnya
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
40/794
13
persekitaran yang tidak sihat di kawasan kejiranan dan pemanfaatan semula sumber-
sumber yang masih dapat digunakan (Ali et al. 1998).
Penglibatan komuniti merupakan satu pendekatan bertujuan untuk
memperkasakan dan memberi peluang kepada komuniti untuk terlibat secara
langsung dan bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan pengurusan sisa
pepejal di kawasan kejiranan mereka (Anschultz 1996). Menurut UNCHS (1984),
penglibatan komuniti dapat membangunkan kebergantungan diri dan semangat
kerjasama dalam komuniti tersebut. Justeru dalam konteks ini komuniti akan
memainkan peranan secara aktif dalam setiap aktiviti pengurusan sisa pepejal.
Komuniti berperanan sebagai pengguna perkhidmatan dan pihak yang
berkepentingan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan pengurusan sisa
pepejal (Bulle 1999). Oleh demikian, gagasan tentang penglibatan komuniti bermakna
melibatkan komuniti secara kolektif dalam merancang, merekabentuk,
menguruskan, melaksanakan dasar dan menyelesaikan isu-isu yang berkait dengan
sisa pepejal di peringkat akarumbi (Ghai & Vivian 1992;Ali 2003). Selain itu,
penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal dapat dilihat sebagai satu kaedah
bagi menyelesaikan permasalahan sisa pepejal di peringkat sumber penjanaannya.
Menurut UNCED (1992) bahawa pendekatan pengurusan alam sekitar berasaskan
penglibatan komuniti merupakan satu pendekatan yang melibatkan konsep
pembangunan lestari. Di sebalik pendekatan ini terdapat argumentasi moral untuk
mencapai tujuan yang memberikan sumbangan kepada kesihatan dan kehidupan yang
lebih produktif bagi mencapai keharmonian alam sekitar khususnya di kawasan
bandar. Justeru untuk membangunkan penglibatan komuniti secara menyeluruh adalah
perlu untuk menggerakkan dan memperkasakan modal sosial. Modal sosial
merujuk kepada jaringan sosial, nilai-nilai dan norma-norma yang dimiliki oleh
masyarakat yang memungkinkan masyarakat untuk berinteraksi dan menjalin
kerjasama bagi menghasilkan hubungan sosial serta ikatan sosial di kalangan mereka
dan institusi di mana mereka bersatu. Menurut Coleman (1988) modal sosial adalah
norma dalam mencapai kepentingan personal dan bertindak dalam kepentingan
kolektif. Menurut Grootaert (1998) modal sosial merupakan perekat sosial(social
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
41/794
glue) yang dapat menyatupadukan masyarakat secara bersama. Tanpa modal sosial
masyarakat akan berpecah. Pada prinsipnya, pemerkasaan modal sosial
sangat
14
penting kerana ia mengubah rasakeindividuan“ ” (sense of self) kepada rasa“kekitaan” (Putnam 199*+ 199,+ #$$$). !alam konteks ini pemerkasaan modal sosial
akan meningkatkan hidup berkomuniti (sense of community), rasa kebersamaan
(sense of belonging), sikap berkongsi (shared behavioural norm) dan mengambil
berat terhadap orang-orang di sekitarnya. Menurut Lesser (2000), modal sosial
merupakan suatu komitmen dari setiap individu untuk saling terbuka dan saling
percaya yang menghasilkan rasa kebersamaan, kesetiakawanan, dan tanggungjawab
bagi kemajuan bersama. Justeru modal sosial dapat menggalakkan penglibatan
komuniti secara kolektif (Portney & Berry 1997).
Secara umumnya, penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa
pepejal bukanlah satu perkara yang baharu khususnya di negera-negara
membangun lainnya. Sistem pengurusan sisa pepejal yang melibatkan
komuniti secara langsung telahpun
dijalankan di pelbagai negara membangun seperti India, Mali, Tanzania, Bangladesh
dan Vietnam. Di negera-negara tersebut penglibatan komuniti dalam
pengurusan sisa pepejal telah dijalankan secara menyeluruh di kawasan
bandar, kawasan-kawasan
perumahan berpendapatan tinggi, menengah, menengah sederhana dan
berpendapatan rendah serta kawasan setinggan serta kawasan-kawasan lainnya
yang tidak mendapat perkhidmatan pengurusan sisa pepejal. Dari segi
pelaksanaannya, ia melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, ejensi-ejensi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa bersatu seperti UNDP dan World Bank, ejensi-ejensi
rasmi negara seperti Swiss Agency for Development, Pertubuhan Bukan
Kerajaan, Perusahaan-perusahaan Kecil dan Persatuan Penduduk
Tempatan (UWEP 1996; Anshulzt 1996;
Moningka 2000; Keita 2003; Rahman 2003). Di Malaysia, pelaksanaan
kaedah penglibatan komuniti secara langsung dalam pengurusan sisa
pepejal ataupun dalam
“skim pengutipan primer” belum lagi popular. anya hanya di'alankan di dua
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
42/794
kawasan taman perumahan di Kota Bharu iaitu di Taman Guru Pintu Geng pada
tahun 2002
dan Taman Seri, Pengkalan Chepa pada tahuan 2004. Justeru
kebanyakan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal di
Malaysia taerdapat pada aktiviti pemulihan sumber sisa pepejal meliputi
aktiviti guna semula dan kitar semula. Aktiviti-aktiviti tersebut
dijalankan atas inisiatif persatuan penduduk tempatan ataupun pihak
swasta dan Pihak Berkuasa Tempatan.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
43/794
15
Oleh demikian, keupayaan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melibatkan
komuniti dalam sistem pengurusan sisa pepejal dan faktor-faktor yang mendorong
penglibatan komuniti, proses pelaksanaannya di peringkat komuniti tempatan dan
impaknya pelaksanaannya terhadap komuniti setempat, persatuan penduduk dan Pihak
Berkuasa Tempatan serta faktor-faktor yang menjayakan pelaksanaannya dalam
pengurusan sisa pepejal merupakan isu penting dan menarik yang perlu dikaji. Justeru
bagi merealisasikan terlaksananya Agenda Tempatan 21 dan mencapai matlamat
pembangunan lestari, penglibatan komuniti tempatan merupakan satu perkara utama
yang perlu diambilkira. Oleh demikian, memperkasakan dan menggerakkan modal
sosial dalam komuniti merupakan perkara penting yang perlu dilakukan untuk
menghasilkan penglibatan komuniti secara kolektif dalam menjalankan sistem
pengurusan sisa pepejal.
1.3 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
Penglibatan komuniti tempatan dalam sistem pengurusan sisa pepejal diperlukan
untuk men'alankan sistem pengurusan sisa pepe'al bukan saha'a dilakukanra“top se"a
down” tetapi 'uga se"ara “bottom up” yang berdimensi sosiobudaya dan pembangunan
manusia serta pembangunan sosial. Oleh demikian, bagi meningkatkan penglibatan
komuniti secara kolektif dalam pengurusan sisa pepejal adalah penting untuk
memperkasakan dan menggerakkan modal sosial dalam komuniti.
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dilaksanakan di dua taman perumahan
di Kota Bharu, Kelantan iaitu di Taman Guru, Pintu Geng dan Taman Seri, PengkalanChepa. Kajian ini mempunyai objektif kajian seperti berikut:
1. Mengkaji peranan Pihak Berkuasa Tempatan dan faktor-faktor yang
mendorong penglibatan komuniti dalam sistem pengurusan sisa pepejal di
Kota Bharu
2. Menghuraikan proses, mekanisme dan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal
oleh komuniti tempatan di taman perumahan di Kota Bharu
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
44/794
16
3. Menganalisis impak pelaksanaan pengurusan sisa pepejal oleh komuniti
tempatan ke atas komuniti tempatan, persatuan penduduk dan Pihak berkuasa
Tempatan
4. Menganalisis sebab-sebab modal sosial adalah berkenaan dalam
membangunkan penglibatan komuniti secara kolektif dalam pengurusan sisa
pepejal
Berdasarkan objektif kajian di atas maka soalan kajian yang dibentuk bagi
menjawab objektif-objektif kajian tersebut meliputi;
1. Mengapa Pihak Berkuasa Tempatan mengambil keputusan untuk mendorong
penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal di Kota Bharu?
2. Bagaimana proses, mekanisme dan pelaksanaan penglibatan komuniti
tempatan dalam pengurusan sisa pepejal di taman perumahan di Kota Bharu ?
3. Sejauhmana pengurusan sisa pepejal yang melibatkan komuniti tempatan
memberi kesan ke atas komuniti setempat, persatuan penduduk dan Pihak
Berkuasa Tempatan?
4. Sejauhmanakah modal sosial menyumbang kepada keberkesanan penglibatan
komuniti tempatan dalam pengurusan sisa pepejal di Kota Bharu ? Apakah
sebab-sebab yang menyumbangkan kepada keberkesanan sedemikian?
1.4 DEFINISI KONSEP UTAMA
Kajian ini akan mengandungi beberapa konsep utama. Dalam hal ini tersebut
merupakan konsep-konsep penting yang berkaitan yang digunakan dalam konteks
kajian ini. Justeru beberapa konsep tersebut meliputi; (i) Pihak Berkuasa Tempatan; (ii)
“-ons"ien"e -olle"tie” (esedaran olektif)+ (iii) /isabandaran+Pepe'al(i) Pihak
Berkepentingan dalam Pengurusan Sisa Pepejal; (v) Disentralisasi; (vi) Sentralisasi;
(vii) Komuniti; (viii) Pemerkasaan; (ix) Pembangunan Lestari; (x) Agenda Tempatan
21; (xi) Alam Sekitar Semulajadi; (xii) Alam Sekitar Buatan; (xiii) Modal Sosial; (xiv)
Kawasan Rukun Tetangga; (xv) Pertubuhan Sosial; (xvi) Skim Pengutipan Primer dan
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
45/794
Pengutipan Sekunder.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
46/794
17
1.4.1 Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan merupakan kerajaan ketiga dalam pentadbiran negara di
Malaysia selain Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Secara umumnya Pihak
Berkuasa Tempatan merupakan sebuah pertubuhan perbadanan yang di tubuhkan oleh
Akta 171 ataupun Akta Kerajaan Tempatan 1976 sebagai satu badan yang
bertanggungjawab untuk menguruskan dan mentadbir sesuatu kawasan berasaskan
kepertingan tempatan. Pihak berkuasa Tempatan merupakan pelaksana dasar di
peringkat akarumbi yang secara langsung menyampaikan perkhidmatan kepada warga
penduduk tempatan dengan tujuan menentukan kehidupan masyarakat tempatan
berada pada tahap optimum. Secara ringkasnya, berdasarkan Akta 171 Pihak Berkuasa
Tempatan sebagai Majlis Bandaraya, Majlis Bandaran, Majlis Perbandaran dan Majlis
Daerah. Justeru dalam kajian ini pendefinisian tentang Pihak Berkuasa Tempatan akan
merujuk kepada definisi yang telah dihuraikan di atas.
1.4.2 Sisa Pepejal Bandaran
Sisa pepejal bandaran merujuk kepada buangan sisa pepejal yang dibuang oleh
penduduk dalam kawasan pihak berkuasa tempatan tertentu, di mana pengurusan
buangan sisa pepejal termasuk pengutipan dan pelupusannya dilaksanakan di bawah
tanggungjawab Pihak Berkuasa Tempatan. Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis
dan bentuk buangan sisa pepejal dalam kawasan bandaran yang bergantung kepada
jenis kawasan yang menghasilkan buangan sisa berkenaan. Biasanya sisa pepejal di
bandar dihasilkan di kawasan perumahan, industri, perniagaan, institusi ataupun
perkhidmatan, kawasan-kawasan pembinaan dan kawasan bandaran lainnya. Secara
khususnya dalam konteks Malaysia sisa pepejal bandaran bermaksud sebagai; (i) apa-
apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang
ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses; (ii) apa-apa benda yang
dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya rosak;
atau (iii) apa-apa bahan lain dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Tempatan untuk
dilupuskan (Malaysia 2007).
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
47/794
18
1.4.3 Pihak Berkepentingan Dalam Pengurusan Sisa Pepejal
Dalam konteks pengurusan sisa pepejal, istilah pihak yang berkepentingan merujuk
kepada aktor-aktor utama ataupun kelompok-kelompok ataupun institusi yang terlibat
secara langsung dan memainkan peranan dalam sistem pengurusan sisa pepejal. Pihak
yang berkepentingan tersebut meliputi isirumah di kawasan perumahan, komuniti dan
pengguna-pengguna perkhidmatan lainnya di kawasan perniagaan, industri sama ada
industri yang berskel kecil mahupun besar, institusi-institusi, pertubuhan bukan
kerajaan, kerajaan tempatan dan kerajaan pusat (Schubeler et al. 1996).
1.4.4 Disentralisasi
Istilah disentralisasi merujuk kepada perkongsian sebahagian daripada kuasa kerajaan
oleh sekumpulan pusat yang berkuasa dengan kumpulan lain di mana setiap kumpulan
mempunyai autoriti dalam bahagian tertentu dalam wilayah (Parson 1961). Istilah ini
juga diertikan sebagai delegasi kuasa dari tahap paling atas kepada yang lebih rendah
dalam hirarki kawasan sama ada kerajaan dalam satu negeri atau pejabat dalam
organisasi yang besar (Smith 1985). Menurut Rondinalli & Chema (1983)
disentralisasi dilihat sebagai pemindahan kuasa merancang, membuat keputusan, atau
mentadbir dari kerajaan pusat ke organisasi lapangan, unit pemerintahan tempatan,
organisasi separa autonomi, kerajaan tempatan atau organisasi bukan kerajaan. Oleh
demikian, dalam konteks ini definisi Rondinalli dan Chema ini akan digunapakai bagi
tujuan kajian ini dan di seluruh tesis ini.
1.4.5 Sentralisasi
Sentralisasi merupakan suatu proses di mana semua aktiviti daripada sesebuah
organisasi khususnya yang berkaitan dengan pengambilan keputusan adalah berpusat
pada sesebuah lokasi ataupun organisasi ataupun sesebuah kumpulan. Di dalam ilmu
politik keadaan ini merujuk kepada pemusatan kekuasaan sesebuah kerajaan secara
geografi dan secara politik kepada sistem kerajaan yang terpusat
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
48/794
19
1.4.6 Komuniti
Istilah komuniti merujuk kepada komuniti setempat yang bersifat akar umbi yang
mendiami kawasan tertentu dan mempunyai hubungan antara satu sama lain dengan
berinteraksi sehari-hari di antara mereka (Abdul Rahman 2007). Komuniti tidak terdiri
daripada ciri-ciri fizikal, yakni manusia, habitat dan corak ekonominya sahaja, tetapi
lebih dari itu. Terdapat satu set ciri yang lain yang tidak tangible yang juga amat
penting untuk membawa pembangunan. Ciri-ciri ini merangkumi aspek sosiobudaya
seperti nilai, norma dan adat resam yang dikongsi bersama, hubungan bersemuka,
semangat dan amalan saling membantu seperti bergotong-royong, kesedaran tentang
keterikatan nasib bersama, identiti yang dikongsi bersama serta kepercayaan dan
amalan agama yang sama (Abdul Rahman 2007). Menurut Fukuyama (2000) komuniti
sejati di ikat bersama oleh nilai-nilai, norma-norma dan pengalaman yang dimiliki
bersama diantara para ahlinya. Semakin dalam dan semakin kuat mereka memegang
nilai-nilai bersama semakin kuat pula rasa komunitinya.
Secara definisinya juga Abdul Rahman (2007) mengatakan bahawa komunitimerupakan suatu himpunan manusia yang terikat dalam suatu kawasan tertentu, oleh
ciri-ciri yang dikongsi bersama, nilai dan norma serta identiti sepunya dan imaginasi
bersama& “omunitik juga mempunyai kehomogenan serta interaksi bersemuka
dalam
darjah tertentu. Para anggotanya menjalin hubungan dan saling bergantung,
mempertahankan idea berkongsi dan saling membantu, diikat oleh apa yang dikatakan
Durkheim sebagai conscience collective. Beliau menegaskan lagi bahawa sesebuah
komuniti mempunyai dinamikanya sendiri. Dinamika ini terhasil daripada kewujudan
peranan institusi-institusi sosiobudaya, agama dan ekonomi yang memastikan
kesinambungan komuniti berkenanan. Komuniti tidak dapat lahir dan
berkesinambungan tanpa institusi tersebut yang berfungsi sebagai pusat
berkumpulnya anggota komuniti, tempat berinteraksi dan berkomunikasi sehari-hari,
tempat belajar dan juga tempat berjual beli. Institusi yang paling asas adalah keluarga
dan kaum kerabat yang menjadi tunjang komuniti untuk berkembang. Di luar institusi
keluarga pula terdapat institusi agama, institusi sosiobudaya dan institusi
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
49/794
sosioekonomi“.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
50/794
20
1.4.7 Pemerkasaan
Istilah ini menunjukkan suatu proses yang merujuk kepada proses pemerkasaan dalam
sesebuah kumpulan dan individu. Sebagai tujuan, pemerkasaan merujuk kepada
keadaan atau hasil yang ingin dicapai oleh sesebuah perubahan sosial iaitu kelompok
ataupun individu yang perkasa, mempunyai pengetahuan dan kemampuan dalam
memenuhi keperluan hidupnya sama ada bersifat fizikal, ekonomi mahupun sosial
seperti mempunyai kepercayaan diri, mampu menyampaikan aspirasi, mempunyai
pekerjaan, berpartisipasi dalam aktiviti sosial, dan berdikari dalam menjalankan kerja-
kerja dalam kehidupannya. Pemahaman pemerkasaan sebagai tujuan seringkali
digunakan sebagai ukuran kejayaan pemerkasaan sebagai sebuah proses (Edi Suharto
2005). Secara khususnya, pemerkasaan dapat didefinisikan sebagai meningkatkan
kapasiti seseorang mahupun sesebuah kumpulan untuk membuat pilihan dan
menukarkan pilihan tersebut kepada tindakan-tindakan dan hasil yang diinginkan.
Definisi tersebut merujuk kepada perkara-perkara yang meliputi pemerkasaan diri,
kawalan, kekuatan dalaman, kemampuan untuk berdikari, bebas membuat pilihan
sendiri, harga diri, perkara-perkara yang berkaitan dengan nilai seseorang, mampumemperjuangkan hak seseorang dan mampu membuat keputusan sendiri.
Pemerkasaan berkaitan dengan nilai dalaman dan nilai instrumental. Pemerkasaan
adalah signifikan di peringkat individu dan kolektif serta dapat wujud dalam bentuk
ekonomi, sosial ataupun politik (World 2002).
1.4.8 Pembangunan Lestari
Konsep pembangunan lestari telah dipopulerkan pada tahun 1987 melalui laporan
“Our Common Future” yang disiapkan oleh Suruhanjaya Persekitaran dan
Pembangunan Dunia (WCED) yang dikenal juga sebagai Suruhanjaya Bruntland
(Mitchell et al. 2003). Menurut Chamhuri (2001) terdapat pelbagai konsep dan
dimensi pembangunan lestari yang diutarakan dan ianya mencerminkan kepelbagaian
pemikiran dan pendekatan ke arah hala tuju pembangunan lestari. Umpamanya, Allen
(1980) mendefinisikan pembangunan lestari sebagai sebuah pembangunan yang
berupaya untuk mencapai kepuasan berkekalan bagi keperluan manusia dan perbaikan
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
51/794
kualiti hidup manusia. Manakala Barbier (1987) pula menekankan aspek kelestarian
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
52/794
21
ekonomi dan sosial. Beliau menekankan bahawa objektif pembangunan lestari ialah
untuk mengurangkan kemiskinan mutlak dengan menyediakan kehidupan yang
terjamin dan berkekalan bagi golongan miskin dengan meminimumkan kepupusan
sumber, pencemaran alam sekitar, ketakstabilan sosial budaya. Sedangkan Adam
(2001) mendefinisikan pembangunan lestari sebagai suatu bentuk pembangunan yang
dapat memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa
yang akan datang untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam konteks kajian ini istilah
pembangunan lestari akan merujuk kepada definisi Suruhanjaya Persekitaran dan
Pembangunan Dunia.
Pembangunan lestari sebagai suatu konsep pendekatan mempunyai batasan-
batasan tertentu, bukan batasan-batasan mutlak, tetapi batasan-batasan yang didorong
oleh kedudukan teknologi dan organisasi sosial berhubung dengan sumber sekitaran,
dan batasan-batasan yang disebabkan oleh keupayaan biosfera untuk menampung
kesan daripada kegiatan-kegiatan manusia (Mitchell et al. 2003). Asas pokok konsep
pembangunan lestari ialah hakikat bahawa alam sekitar dan pembangunan adalah
salingkait antara satu sama lainnya. Keduanya tidaklah boleh dipisahkan.
Pembangunan tidak dapat wujud dan berkembang sekiranya sumber sekitaran semakin
merosot. Begitu juga dengan alam sekitar. Ianya tidak dapat dilindungi dan dipulihara
sekiranya pertumbuhan pembangunan tidak langsung mengambilkira kos pemusnahan
dan pemuliharaan alam sekitar. Justru itu, ekonomi dan ekologi haruslah digabungkan
sepenuhnya dalam proses membuat keputusan dan menggubal undang-undang
bertujuan bukanlah semata-mata untuk melindungi alam sekitar tetapi juga untuk
melindungi pembangunan dan mempertingkatkannya (Sham Sani 1993) .
1.4.9 Agenda tempatan 21
Agenda tempatan 21 merupakan program tindakan ataupun rangka tindakan (blue-
print) bagi pembangunan lestari yang lahir daripada Persidangan Bangsa-bangsa
Bersatu Alam Sekitar dan Pembangunan (UNICED) yang lebih dikenali sebagai
Sidang Kemuncak Bumi (Earth Summit) tahun 1992 di Rio DeJenairo (Holmberg et al
1993). Agenda 21 terdiri daripada 40 bab dan dibahagi kepada empat bahagian
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
53/794
meliputi; (i) dimensi sosial dan ekonomi; (ii) pemuliharaan dan pengurusan sumber
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
54/794
22
bagi pembangunan; (iii) kumpulan utama orang yang mesti dilibatkan; (iv) cara
melaksanakan agenda tempatan 21 (Adam 2001). Secara umumnya, agenda tempatan
21 merupakan pelan rujukan untuk setiap negara dunia menyediakan pelan
pelaksanaan masing-masing. Susulan daripada penerimaan dokumen rujukan ini
semua negara berhadapan dengan tuntutan bagi menyediakan perancangan
pembangunan lestari. Pendekatan perancangan ini merupakan satu langkah awal yang
asas bagi membolehkan seluruh keluarga negara, negeri atau tempatan menyediakan
kerangka langkah ke hadapan menuju abad 21 dan yakin bahawa keperluan
kesejahteraan masyarakat, peluang pertumbuhan ekonomi dan pemuliharaan alam
sekitar diberikan pertimbangan secara seksama (Kerajaan Negeri Selangor 2001).
Walaupun agenda tempatan 21 merupakan suatu perjanjian antara kerajaan dan
kerajaan dan pelan tindakan global, namun ia harus dilaksanakan di peringkat lokal.
Oleh itu, agenda tempatan 21 meminta kerajaan untuk membentuk perkongsian
diantara Pihak Berkuasa Tempatan, masyarakat dan sektor swasta bagi merancang dan
menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan lestari. Secara
khususnya, melalui agenda tempatan 21 masyarakat tempatan dapat melibatkan diri
bagi mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan lestari, membentuk plan
tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan plan tersebut.
Pendekatan berasaskan program ini merupakan satu pendekatan -up”“bottomatau
dari akar umbi ke atas. Dalam hal ini penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat
dalam menentukan plan tindakan bagi menguruskan kawasan masing-masing.
1.4.10 Alam Sekitar Semulajadi (natural environment)
Menurut Detwyler et al. (1985) definisi alam sekitar semulajadi merujuk kepada
persekitaran fizikal yang mengandungi elemen-elemen semulajadi seperti persekitaran
litologi, persekitaran atmosfera, persekitaran hidrologi dan persekitaran biologi.
Persekitaran litologi terdiri daripada bahagian-bahagian bumi yang bukan hidup,
termasuklah bentuk bumi, batuan dasar dan tanah-tanih. Persekitaran atmosfera terdiri
daripada gas yang terdapat di sekitar bumi. Persekitaran hidrologi terdiri daripada
bahagian-bahagian air yang terdapat di bumi. Manakala persekitaran biologi terdiri
daripada bahagian dunia yang mengandungi benda-benda hidup. Semua persekitaran
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
55/794
fizikal berkenaan terdapat sama ada manusia wujud mahupun tidak. Di
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
56/794
23
bandar elemen-elemen tersebut selalu diubahsuai oleh manusia, walaupun ciri-cirinya
tidak berubah, namun bentuknya kebanyakan berubah.
1.4.11 Alam Sekitar Buatan (man made environment)
Istilah alam sekitar buatan merujuk kepada persekitaran buatan manusia yang
menyediakan pusat untuk kegiatan manusia daripada skala persekitaran sivik yang
besar sehingga kepada ruang-ruang individu. Dalam bidang senibina dan psikologi
persekitaran istilah ini merujuk kepada sebahagian kecil bangunan yang dibina setiap
tahun, yang direka bentuk oleh arkitek yang mana pengguna kepada persekitaran yangdibina itu menhadapi isu-isu yang melangkaui batasan profesional yang lazim antara
perancang bandar, jurutera lalulintas, pihak berkuasa wilayah, pereka dalaman dan
sebagainya. Dari segi sejarahnya kebanyakan persekitaran tersebut mengambil bentuk
senibina dan ini masih lagi berlaku di beberapa tempat di dunia. Dalam dunia
industralisasi kebanyakan bangunan dibina secara besar-besaran oleh pengguna
semasa. Dalam senibina lanskap, persekitaran buatan manusia adalah berbeza dari
persekitaran semulajadi. Misalnya sesebuah taman yang memiliki ciri-ciri semulajadiyang tidak asli dan dibina sehingga wujudnya perbezaan di antara keduanya. Dalam
istilah perancang bandar ianya merujuk kepada peratusan besar persekitaran manusia
yang diciptakan dan persekitaran buatan yang sangat besar yang mana mereka
berfungsi sebagai organisme yang menggunakan sumber dan menghasilkan buangan
sisa
1.4.12 Modal Sosial
Istilah modal sosial merujuk kepada jaringan sosial, norma-norma, hubungan-
hubungan dan nilai-nilai dalam masyarakat yang menghasilkan interaksi dan ikatan
sosial serta hubungan sosial di kalangan individu dalam masyarakat dan institusi di
mana mereka bersatu. Modal sosial merupakan perekat yang menyatupadukan
masyarakat secara bersama. Tanpa modal sosial masyarakat secara umumnya akan
berpecah belah (Pargal et al. 1999). Menurut Putnam (1993) bahawa modal sosial
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
57/794
merujuk kepada bahagian-bahagian daripada organisasi sosial seperti kepercayaan,
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
58/794
24
norma dan jaringan sosial yang dapat meningkatkan kecekapan masyarakat dengan
memfasilitasi tindakan-tindakan terkordinasi. Dalam Fukuyama pula (2000) modal
sosial bermaksud wujudnya serangkaian nilai-nilai dan norma-norma yang dimiliki
bersama di antara para ahli dalam suatu kelompok masyarakat yang memungkinkan
terjalinnya kerjasama diantara mereka. Norma-norma yang menghasilkan modal sosial
harus secara substantif memasukkan nilai-nilai seperti kejujuran, kesediaan untuk
saling tolong menolong dan komitmen bersama. Tambah beliau lagi bahawa modal
sosial dapat diukur dengan menggunakan beberapa indikator, namun indikator yang
umum digunakan untuk mengukur adalah kepercayaan terhadap orang lain.
Kepercayaan ibarat pelincir (lubricant) dan sangat signifikan dengan terbangunnya
modal sosial (Aldridge et al. 2002). Kepercayaan adalah by product yang sangat
penting daripada norma-norma sosial koperatif yang memunculkan modal sosial. Jika
masyarakat dapat diandalkan untuk tetap menjaga komitmen, norma-norma kooperatif
seperti kejujuran dan saling tolong menolong serta menghindari perilaku oportunistik
maka pelbagai kelompok yang terbentuk akan mampu mencapai tujuan-tujuan
bersama secara lebih berkesan. Seperti bentuk-bentuk modal lainnya, modal sosial
adalah bersifat produktif,memungkinkan pencapaian tujuan tertentu, yang tanpa
konstribusinya tujuan itu tidak tercapai. Umpamanya, suatu kelompok di mana ahli-
ahlinya menunjukkan rasa kepercayaan dan percaya akan satu sama lainnya akan
mampu menyelesaikan masalah jauh lebih banyak dibandingkan dengan kelompok
yang tidak memiliki rasa percaya dan kepercayaan. Dalam suatu komuniti petani di
mana seorang petani sudah memperolehi rumput yang sudah di ikat oleh orang lain
dan di mana alat-alat pertaniannya dipinjamkan dan disewakan secara meluas modal
sosial memungkinkan setiap petani menyelesaikan pekerjaannya dengan hanya sedikit
modal fizikal dalam penyediaan alat dan perlengkapan (Putnam 1993). Dalam keadaan
tertentu modal sosial dapat memberikan keuntungan terhadap tingkat inovasi,
menurunkan kadar jenayah, penciptaan kesihatan bagi masyarakat sivil, institusi
kerajaan yang lebih berkesan,meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan
tindakan kolektif khususnya dalam pengurusan sisa pepejal.
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
59/794
25
1.4.13 Kawasan Rukun Tetangga
Istilah Rukun Tetangga merujuk kepada Skim Rukun Tetangga diperkenalkan di
Malaysia pada tahun 1975 oleh Jabatan Integrasi Nasional dan Perpaduan Negara,
Kementrian Dalam Negeri sebagai satu langkah membolehkan rakyat tempatan
mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka sendiri. Skim ini
kemudiannya diperbaharui dengan menambah satu lagi konsep yang memberi
penekanan kepada konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan
sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Pada masa kini peranan Skim Rukun
Tetangga telah diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi
memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat akan terus
berkekalan dan berterusan. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan umumnya
membolehkan penduduk setempat berkenalan, saling membantu dalam menghadapi
masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan di peringkat akar umbi di
antara pemimpin dengan rakyat dan di antara rakyat pelbagai keturunan, adat dan
budaya.
1.4.14 Pertubuhan Sosial
Pertubuhan sosial ataupun institusi sosial biasanya merujuk kepada sebuah kelompok
dari kelas sosial yang berbeza, dihubungkan oleh hubungan sosial dan melaksanakan
peranan sosial. Dari konteks yang berbeza pertubuhan sosial didefinisikan sebagai
institusi yang mensosialisasikan sebuah kelompok ataupun orang-orang yang ada
didalamnya. Pertubuhan sosial dapat dilihat dalam pelbagai bentuk bergantung kepada
konteks sosial. Sebagai contoh dalam konteks perniagaan pertubuhan sosial dapat
berbentuk syarikat ataupun enterprise. Dalam konteks pendidikan dapat berbentuk
sekolah dan universiti, dan dalam konteks politik dapat berbentuk partai politik
ataupun kerajaan. Dalam konteks sosial dapat berbentuk pertubuhan agama dan
pertubuhan sosial lainnya. Namun, definisi pertubuhan sosial akan berbeza kalau
didefinisikan secara khusus dalam konteks pertubuhan sahaja. Pertubuhan di sini
bermaksud sekelompok orang-orang yang ingin mencapai tujuan bersama (kolektif)
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
60/794
berasaskan kepada aturan-aturan, kaedah pengkoordinasian, prosedur, budaya dan
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
61/794
26
tempat. Pertubuhan termasuk partai politik, gereja, klab-klab sekolah, pusat latihan
dan lain-lain.
1.4.15 Skim Pengutipan Primer dan Pengutipan Sekunder
Skim pengutipan primer bermaksud di mana komuniti tempatan diberi
tanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti pengutipan dan pengangkutan sisa pepejal
di kawasan kejiranan mereka dan seterusnya menghantar sisa pepejal bekenaan ke
tempat penyimpanan sisa pepejal sementara yang disediakan di kawasan kejiranan
mereka. Sedangkan pengutipan sekunder yang melibatkan pengangkutan danpelupusan sisa pepejal ke tapak pelupusan adalah di luar jangkauan komuniti
tempatan. Pengutipan sekunder lazimnya dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
atau pihak-pihak yang berkepentingan lainnya. Selain itu, pengutipan primer lazimnya
juga dilaksanakan secara bersepadu dengan program kitar semula dan guna semula.
Program kitar semula dan guna semula merupakan satu sisi penting dalam
melaksanakan skim pengutipan primer (Indrayana & Silas 1993; Pfammatter et al.
1996; Ali et al. 1998). Dalam konteks kajian ini, penglibatan komuniti dalampengurusan sisa pepejal bermaksud penglibatan komuniti dalam skim pegutipan
primer.
1.4.16 Conscience Collective (Kesedaran Kolektif)
Kesedaran kolektif merupakan terma yang digunakan oleh Emile Durkheim dalam
buku Division of Labour (1893), The Rule of Sociological Method (1895), Suicide
(1897) dan The Elementry Form of Religious Life (1912). Dari segi definisinya
kesedaran kolektif merujuk kepada perkongsian kepercayaan dan sikap moral bersama
untuk menyatukan sesebuah masyarakat. Menurut Durkheim kesedaran kolektif wujud
daripada sebuah gagasan yang bersifat kolektif. Gagasan ini bermula daripada
wujudnya gagasan-gagasan individu. Oleh kerana masing-masing individu
mempunyai gagasan yang yang sama maka beberapa kesamaan tersebut telah
disatukan dalam satu gagasan kolektif. Gagasan individu umumnya berpunca daripada
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
62/794
sifat manusia itu sendiri yang mempunyai wawasan pengetahuan terhadap
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
63/794
27
persekitaran sosialnya. Justeru, gagasan individu tersebut mempunyai kesamaan yang
potensial digunakan bersama sebagai garis panduan bersama. Sehingga individu-
individu yang mempunyai gagasan secara tidak sedar mempunyai kesamaan visi
(Rudito et al. 2008).
1.5 KERANGKA PENULISAN THESIS
Dalam kajian ini terdapat tiga asas untuk melihat peranan Pihak Berkusa Tempatan
dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal; pertama, peranan PBT
dalam menjalankan projek penglibatan komuniti sebagai sebuah penyelesaian untuk mengurangkan permasalahan yang wujud dalam sistem pengurusan sisa pepejal;;
kedua, penglibatan komuniti sebagai sebuah sistem pengurusan sisa pepejal; ketiga,
penglibatan komuniti sebagai sebuah penglibatan kolektif yang dibina melalui
pemerkasaan modal sosial. Selanjutnya, tesis ini akan menghuraikan perkara-perkara
di atas dalam bab-bab tesis.
Berasaskan ketiga-tiga asas di atas, terdapat beberapa hujah utama yang
akan dibahas melalui dalam tesis ini. Hujah-hujah tersebut berkaitan dengan; (i) latar
belakang dan gagasan untuk melibatkan komuniti tempatan dalam sistem
pengurusan sisa pepejal; (ii) proses dan mekanisme pelaksanaan pengurusan sisa
pepejal di peringkat komuniti tempatan; (iii) impak penglibatan komuniti tempatan
dalam pengurusan sisa pepejal ke atas komuniti setempat dan pihak berkuasa
tempatan; dan (iv) peranan modal sosial sebagai faktor yang menjayakan penglibatan
komuniti dalam pengurusan sisa pepejal dan kejayaan penglibatan komuniti tempatan
sebagai faktor yang meningkatkan kepercayaan komuniti yang menebalkan lagi
kewujudan modal sosial.
Tesis ini disusun dalam sembilan bab. Bab I adalah Pendahuluan bertujuan
untuk memberikan penjelasan tentang latar belakang dan permasalahan kajian,
objektif dan soalan kajian, definisi terma kajian dan kerangka penulisan tesis. Bab
“0kosistem andar dan urusanPeng Sisa Pepejal: Kerangka Konsep dan Teori
a'ian” menghuraikan tiga kerangka teori ka'ian daripadarspektifdua yangpe
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
64/794
berbeza iaitu perspektif makro dan mikro. ab “awasan dan aedah a'ian28
serta Profil 2esponden“
memberikan gambarantang
tenkawasan kajian dan asas
pemilihan kawasan kajian,
perspektif kajian, pendekatan
kajian dan peringkatpelaksahnaan kajian. Bab ini juga akan menghuraikan sumber-sumber data kajian
merangkumi sumber data primer dan data sekunder dan kaedah penganalisisan data
meliputi kaedah secara kuantitatif dan kualitatif serta profil responden. Bab IV
“Pengurusan /isa Pepe'al di Malaysia3 4umpuan Pengurusanepe'al/isa !iP
ota haru” pula menghuraikan se"ara khusus tentang strategi
pengurusanpepe'al sidi
Malaysia berkaitan asas dan garis panduan serta peraturan-peraturan yang dibinadi peringkat kebangsaan dan pelaksanaan langkah-langkah pengurusan sisa
pepejal di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Seterusnya, bab ini
menghuraikan pengurusan sisa pepejal di Kota Bharu khususnya tentang
mekanisme pengurusan sisa pepejal.
ab 5 “Peranan Pihak erkuasa 4empatan3 6angkah-langkah dan Strategi
Pengurusan /isa Pepe'al di ota haru” membahas tentang danlangkahstrategi
pengurusan sisa pepejal yang dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan KotaBharu meliputi pelaksanaan langkah operasional iaitu melaksanakan aktiviti
pengurusan sisa pepejal dan kebersihan awam, pelaksanaan pemantauan dan
pengawasan terhadap kualiti kerja operasional dan pelaksanaan pengurusan sisa
pepejal melalui kaedah undang-undang dan bukan undang-undang. Bab V
“Penglibatan Komuniti Tempatan Dalam Pengurusan Sisa Pepejal: Beberapa
Perbandingan dan Proses Pelaksanaannya”pula menghuraikan proses pelaksanaan
pengurusan sisa pepejal di peringkat komuniti tempatan di Malaysia khususnyadi Kota Bharu dan perbandingan ringkas dengan beberapa negara membangun
lainnya.
ab5 “Penglibatan Komuniti Tempatan Dalam Pengurusan Sisa
Pepejal: Koordinasi,Sumber Tenaga dan Pekerja, Urusan Sisa dan Pengawasan”
membahas tentang mekanisme dan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal di
peringkat komunititempatan. ab 5 ” Pendekatan erasaskan omuniti 4empatan3 /atu nPenilaia
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
65/794
eberkesanan” menghuraikan kesan pengurusan sisa pepejal ke atas komuniti
tempatan, persatuan penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bab ini juga
menghuraikan isu pemerkasaan modal sosial yang dilakukan secara organisasi dan
bukan organisasi oleh persatuan penduduk dan komuniti tempatan melalui aktiviti
kemasyarakatan, keagamaan dan sukan. ab 7 “ esimpulan3 Penglibatan
omuniti
4empatan dalam Pengurusan /isa Pepe'al“ adalah bab kesimpulan. ab ini
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
66/794
29
menyimpulkan dapatan-dapatan utama kajian meliputi (i) pengurusan sisa pepejal
berasaskan komuniti sebagai satu alternatif bagi pengurusan sisa pepejal di bandar; (ii)
pemerkasaan modal sosial dan wujudnya kesedaran kolektif; (iii) komuniti mandiri
dan pembangunan lestari. Bab ini juga akan menghuraikan beberapa isu teori dan
metodologi serta memberi cadangan tentang kajian-kajian yang berkaitan pada masa
hadapan
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
67/794
30
BAB II
EKOSISTEM BANDAR DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL :
KERANGKA KONSEP DAN TEORI
2.1 PENGENALAN
Melaksanakan sebuah kajian bermakna membangunkan sebuah epistimologi. Oleh itu,
dalam membangunkan epistimologi, ontologi yang dirumuskan sebagai suatu entiti
yang mempelajari hakikat realiti secara kritikal adalah diperlukan. Secara
prinsipnya, ontologi merupakan sebuah entiti yang berintikan konsep dan teori
berfungsi menjadi pedoman bagi memahami arah dan maksud penyelidikan,
sebagai kerangka bagi memahami dan menafsirkan fakta-fakta empirikal ataupun
realiti-realiti penyelidikan; sebagai alat untuk menganalisis fakta-fakta empirikal
ataupun realiti penyelidikan; sebagai penentu model dan kaedah penyelidikan. Justru,
bab ini akan memberi tumpuan secara khusus untuk menjelaskan kerangka konsep dan
teori yang menjadi asas dan digunapakai dalam kajian ini.
Terdapat tiga kerangka teori kajian iaitu kerangka teori ekosistem bandar, teori
strukturasi dan kerangka teori modal sosial yang akan dibincangkan dalam bab ini.
Ketiga-tiga kerangka teori tersebut akan dihuraikan dari perspektif yang berbeza iaitu
perspektif makro dan mikro. Secara khususnya, huraian tentang kerangka teori kajian
dari perspektif makro iaitu kerangka teori ekosistem bandar akan dihuraikan di awal
bab ini. Dalam kerangka teori ini akan dibincangkan konsep-konsep dan prinsip-
prinsip dalam teori ekosistem bandar. Perbincangan dilanjutkan dengan
membincangkan aplikasi teori ekosistem bandar terhadap ekosistem bandar dan sisa
pepejal. Hal-hal yang akan dibincangkan di sini berkaitan dengan perbandaran danmasalah pencemaran sisa pepejal serta pengurusan sisa pepejal. Daripada perspektif
mikro, kerangka teori kajian akan dimulakan dengan membincangkan secara khusus
-
8/16/2019 kajian lapangan 2012
68/794
31
tentang teori strukturasi dan teori modal sosial termasuk skop, ciri dan jenis, prinsip
dan definisinya, unsur-unsur dan pengukuran modal sosial secara mendalam.
Selanjutnya huraian bab ini dilanjutkan dengan menghuraikan aplikasi teori modal
sosial dalam konteks penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa pepejal. Kesesuaian
kerangka teori dalam kajian ini juga akan dihuraikan di akhir bab ini.
2.2 KERANGKA TEORI EKOSISTEM BANDAR: PERSPEKTIF MAKRO
Teori ekosistem bandar merupakan teori yang mengkaji proses interaksi manusia dan
alam sekitar terutamanya berkaitan dengan kesan interaksi tersebut terhadappembangunan dan kemerosotan kualiti alam sekitar serta tindakan pengawalan dan
pengurusan terhadap alam sekitar yang dilakukan oleh manusia di bandar. Oleh
demikian, penggunaan kerangka teori ekosistem bandar dalam konteks ini adalah
sebagai alat bagi memahami, mengkaji dan menganalisis fakta, fenomena dan
dinamika serta proses interaksi manusia dengan alam sekitar dan kesan serta tindak
balasnya terhadap alam sekitar dalam konteks bandar secara makro yang merangkumi
keseluruhan ekosistem di kawasan bandar.
2.2.1 Teori Ekosistem Bandar
Pada tahun-tahun kebelakangan ini pertembungan manusia, pembandaran, teknologi
dan alam sekitar telah menimbulkan percanggahan yang agak serius. Ketika
penguasaan manusia terhadap alam semulajadi kian mening