kaedah fiqh dalam muamalat islam(pmbtulan) (1)

29
EPPD2033 PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM SEMESTER 3 2012/2013 TAJUK PROJEK : KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT ISLAM DISEDIAKAN OLEH: SYAZA BINTI ABDONASRAH (A139526) NURLIYANA SYAZWANI BINTI KAMARULZAMAN (A139562) MUHAMMAT HANAPIE BIN ZAMZAMI (A139646) SARAH KAUSAR BINTI ABDUL JALIL (A140699) DISEDIAKAN UNTUK:

Upload: hanafiezsqi

Post on 26-Oct-2015

898 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

kerja kursus

TRANSCRIPT

EPPD2033 PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

SEMESTER 3 2012/2013

TAJUK PROJEK:

KAEDAH-KAEDAH FIQH DALAM

MUAMALAT ISLAM

DISEDIAKAN OLEH:

SYAZA BINTI ABDONASRAH (A139526)

NURLIYANA SYAZWANI BINTI KAMARULZAMAN (A139562)

MUHAMMAT HANAPIE BIN ZAMZAMI (A139646)

SARAH KAUSAR BINTI ABDUL JALIL (A140699)

DISEDIAKAN UNTUK:

DR. NOR LIZA BINTI ABDULLAH

ISI KANDUNGAN

BI

L

PERKARA HALAMAN

1. Pengenalan

i. Definisi Kaedah Fiqh

ii. Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh

iii. Sumber pengambilan kaedah Fiqh

1

2

2

2. Kedudukan kaedah Fiqh dalam perundangan Islam 4

3. Kepentingan kaedah fiqh 5

4. Kaedah Asas dan Pecahan dalam Kaedah Fiqh 6

5. Aplikasi Semasa Kaedah Fiqh dalam Muamalat

i. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat

ii. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan

iii. Kesukaran membawa kemudahan

iv. Bahaya mesti dihapuskan

v. Adat menjadi hukum

9

9

10

11

12

6. Implikasi Penggunaan Kaedah Fiqh dalam Muamalat 13

7. Kesimpulan 14

1) PENGENALAN

Mengikut perspektif Islam, urusan perniagaan adalah termasuk di dalam bidang

muamalat. Hukum-hukum berkaitan bidang muamalat dinamakan Fiqh Muamalat. Fiqh

Muamalat merupakan suatu ilmu Fekah berkaitan dengan hubungan manusia dengan

manusia, yang lebih terkenal dengan ibadah umum atau muamalat. Undang-undang

Muamalat bertujuan untuk mengatur dan menyusun cara menjalankan urusniaga seperti

pemilikan harta, gadaian, jual beli, sewa, pinjaman dan sebagainya. Islam sebagai agama

yang mempunyai prinsip panduan hidup yang syumul (lengkap) dijadikan asas kepada

ahli ekonomi dan kewangan serta pengurus perniagaan bagi membina suatu sistem

perniagaan baik dan menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kehidupan

termasuk isu-isu muamalat seperti ekonomi, perniagaan, kewangan dan lain-lain. Syariat

Islam melengkapi segala aktiviti kehidupan termasuk persoalan terhadap muamalat.

Definisi Kaedah Fiqh

Dari segi bahasa, Kaedah Fiqh bermaksud asas manakala dari segi istilah pula

bermaksud perkara yang dipraktikkan daripada perkara asas terhadap perkara-perkara

furu’ atau pecahan. Kaedah Fiqh juga bererti prinsip-prinsip fiqh yang bersifat umum

dalam bentuk nas pendek yang mengandungi hukum umum yang sesuai dengan cabang-

cabangnya. Oleh itu, Qawaid fiqhiyyah merupakan kaedah fekah dalam undang-undang

Islam yang menjadi asas dalam memahami dan mengembangkan feqah Islam berkaitan

kaedah-kaedah hukum (Muhammad al-Ruki, 1998). Ianya wujud selepas kewafatan

Rasulullah dan segala hukum tidak ada pemansuhan. Namun begitu, ianya memerlukan

penyelesaian hukum yang mudah beruba-ubah dalam memberikan peluang kepada

manusia untuk menggunakan akal fikiran berpandukan nas dalam berijtihad. Melalui nas-

nas, kaedah lain dapat dibentuk dalam menentukan hukum iaitu perubahan hukum

mengikut perubahan masa (al-Dariy, 1997). Berdasarkan definisi di atas, skop perbahasan

atau Mau’du kaedah fiqh ialah mengenai perbuatan orang mukallaf dan objek kaedah fiqh

ialah hukum syarak.

1

Faktor kemunculan ilmu kaedah Fiqh

Faktor utama adanya kaedah fiqh adalah disebabkan kewujudan nas-nas yang

dapat ditafsirkan dalam pelbagai bentuk. Dengan terdapatnya nas yang berbentuk umum

dan mutlak, pelbagai pendapat-pendapat terlahir dalam mengikat kedua-dua nas. Ekoran

perselisihan para fuqaha’ dalam dalil-dalil syarak, wujudnya kaedah Fiqh. Sebagai contoh

apabila berlaku maslahah dalam menentukan samada sesuatu dalil itu dalil Qat’ie atau

Zanni dan ianya menjadi suatu pegangan ataupun tidak. Selain itu, terdapat kekeliruan

untuk menentukan kaedah-kaedah dalam perkembangan hidup manusia yang berlainan

generasi disesuaikan dengan masalah-masalah furu’. Dalam mendapatkan jawapan

tersebut, ianya memerlukan sumber-sumber yang menggunakan akal fikiran untuk

mengeluarkan sesuatu hukum yang mudah berubah-ubah dalam menghadapi

permasalahan yang sentiasa wujud.

Sumber pengambilan ilmu kaedah Fiqh

Para mujtahid menggunakan akal fikiran mereka berdasarkan ilmu dari sumber

perundangan berkaitan konsep syariat yang sesuai untuk dilaksanakan di mana-mana

sahaja tanpa mengira masa. Mereka berusaha dengan berijtihad dan mempraktikkan

kaedah-kaedah umum yang baru dan sentiasa muncul seperti Istihsan, Istishab, Masalih

al-Mursalah serta pelbagai sumber lain. Oleh itu, apabila terdapat hukum furu’ yang sama

‘illah atau sebabnya, maka ianya akan digabungkan dalam kaedah umum. Qawa’id al-

Kulliyah al-‘Ammah atau dengan erti kata lain kaedah umum meliputi semua hukum

furu’ dan segala cabang-cabangnya. Sumber pengambilan hukum dan perkembangan

Fiqh terbahagi kepada tiga peringkat:

i) Peringkat Pertama (Zaman Rasulullah)

Pada zaman ini, al-Quran dan Sunnah Rasulullah sahaja digunakan sebagai sumber

syariat. Daripada kedua-dua sumber ini, ijtihad Baginda yang memberikan segala

jawapan serta fatwa dan jika sesuatu jawapan atau fatwa tidak tepat, wahyu daripada

Allah akan diturunkan bagi memperbetulkan jawapan Baginda. Pada zaman ini juga,

Rasulullah hanya membenarkan para sahabatnya berijtihad dalam keadaan tertentu sahaja

sekiranya tidak ada jawapan atau fatwa dalam al-Qur'an dan Sunnah.

2

ii) Peringkat Kedua (Zaman Para Sahabat)

Pada zaman para sahabat masih berpegang kuat kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Para sahabat hanya berijtihad jika tidak terdapat hukum daripada al-Quran dan Sunnah.

Pada peringkat kedua ini masih lagi mengikuti cara pada zaman Rasulullah dalam

menentukan jawapan atau fatwa walaupun Rasulullah telah wafat. Para sahabat juga tidak

menggalakkan ijtihad dan menggunakan akal fikiran semata-mata dalam menyelesaikan

sesuatu hukum.

iii) Peringkat Ketiga (Zaman Tabi'in dan Tabi' al-Tabi'in)

Pada peringkat ketiga ini iaitu zaman tabi’in dan tab’ tabi’in, usul fiqh mula ditulis dan

dibukukan iaitu pada abad ke 2 hingga abad ke 4 Hijrah. Selain itu, pada zaman ini,

Fekah Islam mula berkembang pesat apabila lahirnya 2 aliran Fekah iaitu:

i) Aliran Abu Hanifah (berpengaruh di Kufah).

ii) Aliran Hadis Imam Malik (tertumpu di Madinah).

Maka bermula dari sinilah lahirnya usul fekah dan istilah-istilah fekah yang mana

kitab Usul Fiqh yang pertama ditulis dan dibukukan ialah al-Risalah karangan Imam al-

Syafi'i. Pada zaman ini juga, kegiatan ijtihad hanya bertumpu kepada ahli fekah sahaja.

3

2) KEDUDUKAN KAEDAH FIQH DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Kaedah fiqh membincangkan sesuatu hukum fiqh berdasarkan kaedah yang

dikumpulkan daripada hukum-hukum yang mempunyai persamaan’illah dari pelbagai

sudut. Antaranya, kaedah tentang niat, syak, mudarat, adat, rukhsah dan lain-lain. Kaedah

fiqh bersifat aghlabiyyat (tidak menyeluruh). Namun begitu, sifatnya itu tidak

mengurangkan ketinggian nilai ilmiyahnya dalam fiqh kerana kebolehan prinsip-prinsip

fiqh umum dalam kaedah fiqh membuka landasan prinsip itu kepada hukum-hukum

cabang yang mempunyai sama illah dengan beberapa kaedah memberikan gambaran

yang menarik tentang kaedah fiqh. Selain itu, menurut Sulaiman (2010), ciri istimewa

kaedah Fiqh ialah bersifat fleksibel dan sesuai untuk digunakan pada setiap zaman.

Syariah Islam bukanlah beku dimana sesuatu hukum itu terlalu ketat seperti yang

difikirkan oleh sesetengah masyarakat. Penentuan hukum-hukum Islam bukan sahaja

terikat kepada nas-nas secara tekstual, literal dan zahir malahan hukum-hukum Islam

hendaklah diselaraskan dengan prinsip dan kaedah fiqh apabila berdepan dengan masalah

dan mengikut peredaran semasa. Berdasarkan Imam Al-Qarafi, syariat Nabi Muhammad

mengandungi usul dan furu’. Usul pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Usul al-Fiqh

dan yang kedua ialah Qawaid Kulliyyah Fiqhiyyah. Menurut beliau, kebanyakan

perbahasan menyatakan Usul al-Fiqh ialah berkaitan dengan kaedah-kaedah hukum yang

timbul daripada lafaz-lafaz seperti al-Amr iaitu perkara yang menunjukkan kepada wajib

dan al-nahyu yang menunjuk ke atas perkara yang dilarang serta lafaz-lafaz khusus dan

umum. Qawaid Kulliyyah Fiqhiyyah pula merujuk kepada usul yang terbahagi kepada

banyak cabang yang merangkumi banyak hukum-hukum furu’.

Qawaid fiqhiyyah penting dalam pengajian ilmu fiqh. Seorang faqih dapat diukur

kemampuannya melalui penguasaannya ke atas qawaid fiqhiyyah kerana dengan ini dia

dapat memahami cara mengeluarkan fatwa serta tidak perlu menghafaz banyak masalah

juz’iyyat kerana ia telah termasuk dalam qawaid fiqhiyyah dan dapat diselaraskan dengan

mana –mana kaedah yang bersesuaian dengannya. Ketiadaan kaedah fiqh dalam

perundangan Islam, hukum fiqh akan menjadi hukum furu’ yang terpisah-pisah dan boleh

menimbulkan pertentangan tanpa dasar-dasar yang dipegang dalam pemikiran dimana

menerangkan alasan-alasan konkrit, menentukan arah perundangan dan menyediakan

4

cara-cara mengukur dan membandingkannya. Selain itu, ia akan menyebabkan seseorang

itu perlu menghafaz masalah-masalah dengan terperinci sehingga tiada pengakhirannya.

(Md. Saleh bin Hj. Ahmad, 1998).

3) KEPENTINGAN KAEDAH FIQH

Menurut Md Saleh (1998), terdapat beberapa kepentingan mengapa perlunya

kaedah Fiqh. Antaranya ialah kaedah fiqh merupakan suatu ilmu yang penting sebagai

panduan dan dasar untuk mengeluarkan hukum-hukum pecahan atau cabang (Juz’iyyah).

Selain itu, Qawaid Fiqhiyyah dapat membantu untuk mengetahui hukum-hukum

terperinci serta menjelaskan berkaitan Fiqh Islam. Tambahan lagi, pecahan serta cabang

masalah Fiqh akan dapat dikuasai dan diketahui melalui kaedah Fiqh sahaja. Ilmu kaedah

fiqh dapat menjadikan seseorang itu lebih faham tentang penghayatan Fiqh dan mampu

menghubungkan dan mengeluarkan hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada

masalah-masalah yang tidak termaktub serta hukum masalah yang sentiasa wujud

sepanjang masa. Para fuqaha’ juga tidak perlu menghafal masalah-masalah Fiqh yang

mempunyai banyak jumlahnya kerana masalah Juz’iyyah tercangkup dalam kaedah-

kaedah Kulliyyah

Menurut Suraya Harun (2012), kaedah Fiqh penting untuk memenuhi keperluan

umat seperti fiqh perbandingan, kenegaraan, ekonomi dan sebagainya. Ilmu kaedah Fiqh

ini mempunyai keistimewaan tersendiri, di mana penguasaan kepada seluruh furu’ Fiqh

mungkin satu perkara mustahil bagi seseorang. Dari sini, ilmu kaedah Fiqh digunakan

dalam membantu menghimpunkan pelbagai furu’ yang sama jenis di bawah satu kaedah

dan dapat memudahkan hafalan. Selain itu, ilmu kaedah Fiqh dapat memperkukuhkan

penguasaan dan kemahiran fiqh seseorang dalam menyelesaikan pelbagai persoalan

cabang feqah yang timbul dengan membandingkan masalah yang timbul dengan masalah-

masalah yang serupa di bawah satu kaedah. (Abu Umair, 2008)

5

4) KAEDAH ASAS DAN PECAHAN DALAM KAEDAH FIQH

Kaedah Fiqh meliputi kaedah asas (Kuliyyah) dan pecahan (Juz’iyyah). Daripada

setiap kaedah asas, dapat dipecahkan lagi menjadi kaedah kecil yang banyak. Terdapat 5

kaedah asas (Kuliyyah) dalam Qawaid Fiqhiyyah. Antaranya ialah:-

1. Setiap perkara dinilai berdasarkan niat ( بمقاصدها .(األمور

Kaedah ini memberi makna dimana setiap perkara yang berlaku perlu bergantung dan

diambli kira pada tujuannya.

2. Keyakinan tidak hilang dengan keraguan ( بالشك اليزال .(اليقين

Kaedah ini bermaksud setiap perkara yang diyakini telah berlaku tidak akan dibatalkan

dengan sebarang keraguan yang datang pada masa akan datang.

3. Kesukaran membawa kemudahan ( التيسير تجلب .(المشقة

Kaedah ini memberitahu apabila berlaku sesuatu kesusahan dalam melaksanakan amanah

Allah maka dibenarkan untuk berbuat sesuatu yang boleh meringankan kesukaran.

4. Bahaya mesti dihapuskan ( يزال .(الضرر

Kaedah ini membawa maksud setiap perkara yang boleh mendatangkan kemudharatan

atau bahaya perlu dihapuskan

5. Adat menjadi hukum ( محكمة (dalam kes yang tiada hukum asal) (العادة

Kaedah ini memberi makna dimana adat, uruf atau kebiasaan sesuatu tempat itu boleh

dijadikan sumber hukum dalam menentukan hukum-hukum tertentu yang tiada dalil

sumber hukum Islam yang sedia ada.

6

Berikut adalah kaedah pecahan (Juz’iyyah) bagi setiap kaedah asas menurut Ab Latif (2000):-

1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat ( بمقاصدها .(األمور

i. Tidak disyaratkan niat dalam mana-mana ibadah yang bukan jenis adat atau ia tidak akan

ada kesamaran dengan yang lain ( تتلبس ال او عادة تكون ال عبادة في النية اشتراط .(عدم

ii. Sesuatu amalan yang tidak disyaratkan ta’arrud terhadapnya sama ada secara ringkas atau

terperinci, jika telah dita’yinkan, maka ia tidak memudaratkan (tidak batal) ( يشترط ال ما

يضر لم وأخطأ عينه اذا وتفصيال جملة له .(التعرض

iii. Melakukan apa yang tidak dimaksudkan bererti berpaling daripada yang dimaksudkan (

المقصود إعراضعن مقصود بغير .(اإلشتغال

iv. Niat berkaitan dengan sumpah dapat mengkhususkan lafaz umum, namun tidak

mengumumkan lafaz umum ( الخاص تعمم وال العام اللفظ تخصص اليمين في .(النية

v. Sesuatu lafaz berdasarkan niat orang yang mengucapkannya ( نية علي اللفظ مقاصد

(الالفظ

2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan ( بالشك اليزال (اليقين

i. Sesuatu itu kekal seperti sebelum datangnya keraguan ( ماكان على كان ما بقاء .(األصل

ii. Apa yang ada semenjak dulu dibiarkan atas kedahuluannya ( قدمه على يترك .(القديم

iii. Seseorang itu asalnya bebas daripada tanggungjawab ( الذمة براءة .(األصل

iv. Secara asalnya sesuatu itu adalah tiada ( العدم .(األصل

v. Asal pada sifat atau perkara baru mendatang ialah tiada ( األمور أو الصفات في األصل

العدم .(العارضة

3. Kesukaran Membawa Kemudahan ( التيسير تجلب .(المشقة

i. Sesuatu perkara jika menjadi susah, hukumnya menjadi luas ( إتسع ضاق إذا .(األمر

ii. Kemudaratan membolehkan benda yang dilarang ( المحظورات تبيح .(الضرورات

iii. Perkara-perkara darurat ditentukan mengikut kadarnya ( بقدرها تقدر .(الضرورات

iv. Apa yang diharuskan kepada orang yang uzur terbatal jika keuzuran tersebut hilang (ما

بزواله لعذربطل .(جاز

v. Keadaan terdesak tidak membatalkan hak orang lain ( الغير حق اليبطل (االضطرار

7

4. Bahaya Mesti Dihapuskan ( يزال .(الضرر

i. Kemudaratan tidak boleh dihilangkan dengan kemudaratan ( بالضرر اليزال .(الضرر

ii. Kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang

lebih ringan ( األخف بالضرر يزال األشد .(الضرر

iii. Dipilih yang paling ringan antara dua keburukan ( الشرين أهون .(يختار

iv. Menolak kemudharatan adalah lebih utama daripada mengambil kebaikan ( المفاسد درء

المصالح جلب علي .(مقدم

v. Kemudaratan dibendung secepat yang mungkin ( االمكان بقدر يدفع .(الضرر

5. Adat Menjadi Hukum ( محكمة (العادة

i. Apa yang telah diktiraf adat (sebagai harus atau haram) dihukum dengannya ( شهد ما كل

به قضى العاده  .(به

ii. Sesungguhnya adat yang diterima pakai ialah apabila ia berlaku berterusan atau secara

kebiasaan ( غلبت او إطردت إذا العادة تعتبر  .(انما

iii. Pengetahuan dengan keredhaan menafikan pengharaman ( الحرمة ينفي بالرضا .(العلم

iv. Hakikat ditinggalkan dengan adanya petunjuk adat ( العادة بداللة تترك .(الحقيقة

v. Perkara yang dilarang adat hukumnya diterima pakai ( حقيقة كالممتنع عادة (الممتنع

8

5) APLIKASI SEMASA KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT

1. Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat

1.1 Niat dan Motivasi dalam Kontrak

Antara perkara yang diambil kira dalam masalah ‘akad atau kontrak ialah tujuan dan

matlamat sesuatu kontrak itu dan bukan berdasarkan kepada lafaz dan kalimah-kalimah sahaja.

Contohnya, apabila seseorang berkata “Aku beli dari engkau sehelai baju yang sifatnya sekian-

sekian dengan harga ini”. Lalu penjual menjawab, “Ya, aku akan jualkannya kepada engkau”.

Sebagai contoh, kontrak wadiah (simpanan) adalah kontrak yang bersifat amanah di mana

orang yang diamanahkan untuk menjaga barang tersebut tidak akan bertanggungjawab untuk

menanggung ganti rugi sekiranya berlaku kerosakan dan kehilangan. Tetapi apabila barang

wadiah tersebut dipakai oleh si pemegang amanah dengan izin pemilik barang wadiah tersebut,

maka kontrak wadiah berubah menjadi kontrak agensi, kontrak kerjasama atau kontrak hutang.

2. Keyakinan Tidak Hilang Dengan Keraguan

2.1 Pembahagian Harta Pusaka

Pada dasar prinsip ini, harta waris tidak dapat dituntut dari seseorang yang hilang, kerana

terdapat kemungkinan yang ia masih hidup dan tiada bukti yang menunjukkan ia sudah

meninggal dunia. Dalam kes ini, hartanya tidak dapat dibahagikan kepada ahli warisnya

berdasarkan keraguan ini. Hartanya dapat diwariskan sekiranya terdapat bukti yang menyatakan

bahawa ia meninggal dunia.

2.2 Hutang-Piutang

Islam mengajar kita supaya berusaha mengelakkan sesuatu yang boleh mendatangkan

syak kerana syak boleh mendatangkan kesusahan atau menimbulkan kekeliruan kepada kita.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu mempunyai hutang, maka dia perlu merekodkan maklumat

hutang tersebut atau menulis perjanjian. Galakan ini sebenarnya untuk mengelakkan sebarang

pertelingkahan yang mungkin tercetus akibat daripada kekaburan maklumat pada masa hadapan

kerana kita hanyalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari terlupa.

9

3. Kesukaran Membawa Kemudahan

3.1 Kemaafan Syarak Dalam Situasi Umum Balwa

Umum al-Balwa merupakan sesuatu yang sudah menjadi umum atau biasa berlaku dan

sukar dielakkan. Walaubagaimanapun, ia perlu dielakkan juga setakat mana yang termampu.

Sekiranya dibiarkan dengan menggunakan alasan umum al-balwa maka ia adalah satu kesalahan.

Sebagai contoh, syarikat bercampur didefinisikan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya

Sekuriti (MPS SS) sebagai sebuah syarikat yang aktiviti utamanya terdiri daripada aktiviti yang

dibenarkan Syariah, tetapi terdapat juga aktiviti-aktiviti sampingan yang haram tetapi jumlahnya

kecil. Dalam mengharuskan syarikat bercampur dimasukkan dalam senarai Sekuriti Yang

Diluluskan oleh MPS SS, MPS SS memutuskan beberapa kaedah fiqh sebagai sumber sokongan

kepada beberapa penghujahan lain seperti maslahah, ʿurf dan berasaskan kepada pandangan

fuqaha’ silam dan semasa.

Dalam kes syarikat bercampur yang aktiviti utamanya halal, MPS SS telah

memutuskan beberapa kriteria dan ukur rujuk sebelum memasukkan syarikat bercampur

dalam senarai Lulus Syariah. Kita perlu sedari bahawa Pasaran Modal dan Kewangan

Islam yang ada di Malaysia pada hari ini adalah dibangunkan dalam kerangka Sistem

Konvensional yang berasaskan riba sejak lebih daripada 500 tahun yang lalu. Sudah

semestinya unsur-unsur gharar, riba, dan unsur-unsur lain yang diharamkan oleh Syariah

wujud dan tidak dapat dielakkan sepenuhnya. Bagi memastikan perkembangan Pasaran

Modal Islam Malaysia setanding dengan Pasaran Modal Konvensional berasaskan situasi

yang sedia ada, MPS SS menyatakan perkara tersebut sebagai ʿumum balwa iaitu situasi

yang tidak baik yang meluas yang terkena pada kebanyakan orang yang sukar untuk

menghindarkan diri.

10

4. Bahaya Mesti Dihapuskan

4.1 Hukum Pencegahan (Hajr)

Hukum Islam telah membuat batasan-batasan terhadap suatu pihak yang memiliki

karakter yang boleh membahayakan orang lain dan batasan-batasan terhadap transaksi

yang boleh membahayakan orang lain. Tindakan untuk mencegah seseorang dari

transaksi tersebut disebut hajr dalam hukum Islam. Hajr ialah mencegah orang tertentu

dari menyia-nyiakan hartanya. Hukum pencegahan telah diwajibkan syariah untuk

menyelamatkan hak dan kepentingan masyarakat. Pencegahan dilakukan apabila:

a) Safah atau pemborosan dimana dalam hukum Islam merujuk kepada penyalahgunaan

harta seseorang yang berlawanan dengan akal dan syariah dengan cara

menghabiskannya tanpa tujuan yang benar atau menggunakan harta secara berlebihan

di luar keperluan.

b) Orang yang mengalami penyakit yang mematikan dilarang melakukan transaksi atas

seluruh harta yang dimilikinya kerana dia harus memikirkan kepentingan ahli

warisnya. Sebagai contoh, transaksi seperti memberikan derma, waqaf, infaq dan

sedekah akan dibatasi pada sepertiga dari hartanya. Dan sekiranya dia mempunyai

hutang maka dilarang melakukan derma kerana harta yang ditinggalkannya itulah

sebagai pembayar hutangnya kelak.

c) Orang yang telah dinyatakan bankrup oleh pengadilan maka terlarang baginya untuk

mempergunakan hartanya kerana hartanya itu adalah untuk melindungi hak kreditor

(pemberi piutang) dan mencegah membuat transaksi yang membahayakan kreditor.

4.2 Mengharuskan Ta’widh (Ganti Rugi)

Sebagai contoh, mengharuskan pengenaan bayaran ta’widh (ganti rugi) atas kelewatan

membayar balik sesuatu pembiayaan Islam. Berdasarkan kaedah ini, tindakan penghutang

melewatkan bayaran adalah sesuatu yang memudaratkan pemiutang. Hal ini perlu dielakkan agar

urusniaga yang berjalan memenuhi prinsip istiqrar ta’amul iaitu kelancaran perjalanan pasaran.

11

Dalam konteks taʿwid, iaitu sejenis denda yang dipersetujui bersama pihak yang

melakukan akad sebagai ganti rugi yang layak dituntut oleh pemiutang sekiranya berlaku

kegagalan atau kelewatan penghutang dalam membayar balik hutangnya. Kemudaratan pastinya

wujud dengan kegagalan penghutang membayar balik hutang tepat pada masa perjanjian kerana

pihak pemiutang akan kehilangan peluang untuk menggunakan dana yang dipinjamkan untuk

melakukan pelaburan atau perniagaan lain. Dalam pelaburan dan perniagaan, aspek ketepatan

masa adalah penting. Sesebuah syarikat mungkin akan kehilangan peluang pelaburan atau

perniagaan sekiranya lewat mendapat bayaran hutang. Oleh itu, pengenaan denda seperti ini

boleh menghilangkan kemudaratan yang ditanggung oleh si pemiutang.

5. Adat Menjadi Hukum

5.1 Syarikat Bercampur

Sesuatu hukum itu boleh berubah dengan berlakunya perubahan sistem ekonomi kerana

jika hukum tidak berubah selaras dengan keperluan semasa maka ia dianggap tidak praktikal

lagi. Sebagai contoh, mengharuskan syarikat bercampur. Kaedah La Yunkar Taghayyur al-

Ahkam bi Taghayyur al-Azman (Tidak diingkari berlaku perubahan hukum disebabkan

perubahan zaman) ini membuktikan hukum ijtihad boleh berubah apabila berlaku perubahan

zaman. Dalam keadaan ekonomi sekarang, sekiranya pendapat minoriti fuqaha’ yang tidak

mengharuskan syarikat bercampur digunapakai, ini akan menyebabkan pertumbuhan Pasaran

Modal Islam terhalang. Oleh itu, dengan menggunakan kaedah ini dan beberapa sumber-sumber

lain, MPS SS mengharuskan syarikat bercampur untuk disenaraikan dalam senarai sekuriti Lulus

Syariah.

12

6) IMPLIKASI PENGGUNAAN KAEDAH FIQH DALAM MUAMALAT

Daripada aplikasi kaedah Fiqh dalam muamalat yang telah disebutkan daripada

topik sebelum ini, dapat dikenalpasti beberapa implikasi pemakaian kaedah fiqh di dalam

memutuskan sesuatu hukum dalam muamalat. Berikut adalah implikasi-implikasi

penggunaan kaedah Fiqh dalam muamalat:-

i. Kaedah Fiqh dapat dijadikan sandaran hukum apabila berlaku sesuatu permasalahan

untuk membuat keputusan dalam muamalat seperti keraguan untuk membahagikan harta

pusaka dapat dihilangkan akibat terdapat salah seorang waris yang hilang melalui prinsip

keyakinan tidak hilang dengan keraguan.

ii. Kaedah Fiqh juga dapat membantu dalam mengenalpasti isu-isu yang dipertikaikan

dalam muamalat. Contohnya, isu pengenaan bayaran ganti rugi dan sebagainya

iii. Membantu dalam memutuskan sesuatu isu dalam muamalat yang dipertikaikan

berdasarkan kaedah fiqh yang mempunyai sama ‘illah dirujuk melalui al-Quran dan as-

Sunnah

iv. Penggunaan kaedah Fiqh dapat dijadikan sebagai hujahan terhadap kepada isu-isu

muamalat yang tidak mempunyai sumber hukum yang jelas seperti isu syarikat

bercampur yang mana ianya diharuskan mengikut kaedah adat menjadi hukum sekiranya

memberikan kebaikan dalam pertumbuhan pasaran modal Islam.

v. Membantu untuk mengetahui hukum-hukum yang terperinci serta menjelaskan berkaitan

dengan fiqh Islam terhadap permaslahan yang berlaku dalam muamalat seperti jual beli,

sewa, simpanan, pinjaman dan sebagainya.

13

7) KESIMPULAN

Secara ringkasnya, kaedah Fiqh bertujuan untuk menyelesaikan sesuatu hukum

yang tidak ada jawapannya secara menerus di dalam al-Quran dan as-Sunnah tetapi

mempunyai sama ‘illah dengan hukum-hukum yang telah wujud. Penggunaan kaedah

fiqh ini mestilah disokong atau dibantu dengan nas-nas lain bagi menentukan sesuatu

perkara itu dibolehkan ataupun tidak. Ilmu ini dapat dijadikan sebagai jalan dalam

memahami apa itu fiqh, punca pengambilan dan lain-lain. Selain itu, seseorang itu akan

lebih memahami tentang penghayatan fiqh dan mampu menghubung dan mengeluarkan

hukum-hukum dan mengetahui hukum daripada masalah-masalah yang tidak termaktub

serta hukum masalah yang sentiasa wujud sepanjang masa.

Masalah yang sering wujud dalam bidang muamalat seperti perniagaan, jual beli,

sewa, pinjaman, simpanan, pembahagian harta dan sebagainya memerlukan sesuatu

kaedah yang fleksibel untuk kegunaan sepanjang masa. Dengan adanya kaedah Fiqh yang

terdiri daripada 5 kaedah asas (Kuliyyah) iaitu setiap perkara dinilai berdasarkan niat,

keyakinan tidak hilang dengan keraguan, kesukaran membawa kemudahan, bahaya mesti

dihapuskan dan adat menjadi hukum memberikan jawapan terhadap masalah dalam

muamalat.

Penggunaan kaedah Fiqh dalam muamalat memberikan banyak implikasi yang

baik dalam menentukan sesuatu hukum. Walaupun kaedah fiqh ini sifatnya tidak

menyeluruh, namun ia tidak mengurangkan nilai ilmiyahnya. Ini disebabkan di dalam

kaedah-kaedah itu, terdapat suatu gambaran yang menarik berkaitan prinsip-prinsip fiqh

umum dalam membuka landasan-landasan prinsip itu daripada segi teorinya untuk

menyelesaikan sesuatu hukum.

14

15

RUJUKAN

Ab. Latif bin Muda. 2000. Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise

Abu Umair, 2008. Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah. Internet.

http://abuumair.com/2008/08/07/pengenalan-ilmu-kaedah-feqah/

Mohd Qary Abd Ghapar, 2003, Qawaid Fiqhiyyah. Mesir: Al Azhar Media Enterprise

Muhammad al-Ruki. 1998. Qawaid al-fiqh al-islami. Damshiq: Dar al-Qalam

Muhammad Saleh bin Ahmad. 1998. Al-Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji

Abdul Majid.

Muhammad Yusri bin Yusof. 2006. Aplikasi Usul dan Kaedah Fiqh dalam Pembangunan

Pasaran Modal Islam di Malaysia. Disertasi Sarjana. UKM: Bangi.

Sulaiman, 2010. Kepentingan Kaedah-kaedah Fiqh, Internet,

http://nasbunnuraini.wordpress.com/2010/11/23/kepentingan-kaedah-kaedah-fiqh/

Suraya Harun, 2012. Kepentingan Kaedah-kaedah Fiqh. Internet.

http://produkseriputera.blogspot.com/2012/02/kepentingan-kaedah-kaedah-fiqh.html

Syed Mohd Ghazali Wafa Syed Adwam Wafa, Hj Muhammad Nasri Hj Md Hussain, Mohd

Hizam Hanafiah, 2005. Pengantar Perniagaan Islam. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd