kadaster

26
SISTEM KADASTER PENGENALAN - sistem pentadbiran tanah bagi mengurus pemilikan, pengukuran, dan pendaftaran tanah secara teratur. - 3 aspek Tanah Manusia Undang-undang Tiga (3) jenis kadaster Fiskal - bagi tujuan percukaian legal - sebagai rekod pentadbiran dan perundangan tanah. serbaguna (multipurpose) - bagi tujuan pengurusan tanah. Sistem kadaster tidak statik dan akan diubah bersesuaian dengan kehendak undang-undang negara, keperluan negara dan teknologi semasa

Upload: afif-asyraf

Post on 24-Dec-2015

75 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota kadaster

TRANSCRIPT

Page 1: Kadaster

SISTEM KADASTERPENGENALAN-sistem pentadbiran tanah bagi mengurus pemilikan, pengukuran, dan pendaftaran tanah secara teratur.

-3 aspek- Tanah- Manusia- Undang-undang

Tiga (3) jenis kadaster Fiskal - bagi tujuan percukaian legal - sebagai rekod pentadbiran dan perundangan tanah.

serbaguna (multipurpose) - bagi tujuan pengurusan tanah.

Sistem kadaster tidak statik dan akan diubah bersesuaian dengan kehendak undang-undang negara, keperluan negara dan teknologi semasa

Page 2: Kadaster

SISTEM KADASTERTAKRIFAN TANAH & HAK PEMILIK

Menurut KTN 1965 (Sek 5), Mukabumi dan semua benda yang berada di atas mukabumi

Tanah di bawah mukabumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya

Tanah yang diliputi air.

Menurut KTN 1965, semua tanah di dalam negeri, termasuk sungai, dasar laut, dan tepi pantai, adalah Tanah Kerajaan, kecuali: Tanah yang diberimilik Tanah Rizab Tanah Lombong Tanah Hutan Simpanan.

sesuatu tanah telah diberimilik, hakmilik dijamin oleh pihak berkuasa dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Melakukan pindahmilik, pajakan, gadaian, memberi sewaan, lien, ismen, atau, lain-lain urusniaga tanah. Melakukan pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman, dan pecah bahagian bangunan

Page 3: Kadaster

SISTEM KADASTERPERUNDANGAN

Kanun Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965), adalah undang-undang tanah yang utama, yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dikuatkuasa pada 1.01.1966, di semua negeri di Semenanjung Malaysia

Enakmen undang-undang yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri,untuk dipakai di setiap Negeri.

Akta ini adalah undang-undang tambahan kepada KTN, yang

diperuntukkan mengenai tajuk-tajuk tertentu, Akta Pengambilan Tanah 1960 Akta Penempatan Tanah Berkelompok 1960 Akta Tanah Simpanan Melayu Akta Hakmilik Strata 1985

Page 4: Kadaster

SISTEM KADASTER PIHAK BERKUASA

3 jenis Kerajaan

Kerajaan Persekutuan - seragamkan undang-undang Majlis Tanah Negara (MTN) (Per 91 Akta Perlembagaan, KTN Sek 9) Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP)

Kerajaan Negeri – tanah adalah hak Kerajaan Negeri Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pentadbir Tanah Daerah (PTD) Pengarah Ukur dan Pemetaan (PUP)

Kerajaan Tempatan - mengurus-tadbir dan menyelenggara segala harta-benda awam di kawasan Perbandaran

Page 5: Kadaster

SISTEM KADASTER KONSEP

Sistem Pendaftaran Surat Ikatan (Registration of Deeds) undang-undang tanah Inggeris 1880 Hakmilik tanah dibuat secara bertulis di atas surat ikatan yang diakui. Sempadan tanah hakmilik tidak diukur dan tidak ditanda. Surat ikatan tidak didaftar, dan data asal tidak dapat ditentukan kesahihannya, maka, hakmilik tidak terjamin.

Urusniaga tanah adalah rumit.

Sistem Torrens (Torrens System) Sir Robert Torrens dari negara Australia pada 1882. Pemilik dan segala maklumat mengenai tanah yang dimiliki, didaftar. Sempadan tanah Hakmilik diukur dan tanda di atas tanah. Berdasarkan prinsip ‘ mirror’ Urusniaga tanah yang mudah, murah, dan tulus

Page 6: Kadaster

SISTEM KADASTERBAHAGIAN & PROSEDUR

Pentadbiran Kadaster mentadbir urusan pemberimilikan dan pendafatran tanah

menyediakan rekod-rekod yang berkaitan. Pihak-pihak yang berkuasa adalah PTG dan PTD

Pengukuran Kadaster setelah menerima permohonan ukur daripada pihak PTD,

bahagian ini akan menjalankan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan,

menyediakan pelbagai maklumat dan pelan kadaster,

Pihak-pihak yang terlibat di dalam bahagian ini adalah JUPEM, JUPN dan JUTB.

Keputusan Sempadan (Adjudication) prosedur awal petempatan dan had sempadan ditentukan

Penandaan Sempadan (Demarcation) kerja-kerja pemeriksaan dan penandaan sempadan

Pengukuran Sempadan (Survey) setelah mendapat permohonan ukur daripada PTD

mengukur dan menandakan sempadan, dan menggira keluasan, oleh JUP

Keterangan Sempadan (Description) Pelan kadaster dihasilkan oleh pihak JUP

Direkodkan dalam dokumen pendaftaran tanah.

Page 7: Kadaster

UKUR KADASTERPENGENALAN

Pengukuran dijalankan bagi menyokong keperluan pentadbiran dan pendaftaran hakmilik, maka itu, ia juga disebut sebagai Ukur Hakmilik.

Menurut Peraturan Ukur 2002 (Per 5), ukur hakmilik

meliputi mana-mana kerja ukur hakmilik tanah, strata, dan stratum

Menanda, mengganti, menanam pastian, dan mengesahkan tanda-tanda sempadan, dimana perlu

Merekodkan data ukuran

Menyediakan data hitungan

Menyediakan pelan-pelan kadaster

Page 8: Kadaster

UKUR KADASTERPERANAN Peranan JUPEM Mengeluarkan nombor lot tanah sebaik saja permohonan ukur diterima dari PTD

Mengeluarkan arahan ukur kepada pegawai ukur Memastikan kerja-kerja ukur disiapkan mengikut tempoh waktu Mengawalselia dan memeriksa kerja-kerja pengukuran Menyemak hasil-hasil kerja data ukuran Memperakui pelan-pelan dan segala dokumen untuk tujuan pendaftaran hakmilik

Peranan JUTB Akta JUTB 1958 (Sek 13) Mengukur sempadan, Menanam, mengganti, dan mencabut tanda-tanda sempadan, Menghasilkan pelan-pelan kadaster

Peraturan JUTB 1959 Memberi notis izin kepada PU, Memastikan kerja-kerja ukur dijalankan mengikut undang-undang, Menyiapkan kerja-kerja ukur mengikut tempoh yang telah ditetapkan

Page 9: Kadaster

UKUR KADASTERSEMPADAN & TANDA SEMPADAN

KONSEP SEMPADAN garisan yang tidak ketara, yang memisahkan dua lot tanah atau, lebih diukur dan ditanda, menjadi sebahagian daripada undang-undang, (KTN 396)

mestilah kukuh, kekal, mempunyai identiti, dan ketara

JENIS SEMPADAN

. Sempadan Tetap - ditentukan melalui ukur Kadaster

. Sempadan Am - mempunyai bentuk semulajadi

JENIS-JENIS TANDA SEMPADAN Batu Granit (BL), Batu Konkrit Lama (BKL), Paip Besi (P), Pepaku Besi

Page 10: Kadaster

UKUR KADASTERSISTEM KOORDINAT

sistem koordinat segi-empat berdasarkan unjuran Cassini Soldner

negeri mempunyai titik asal (origin)

Sistem koordinat ukur kadaster berbeza dengan sistem koordinat ukur topografi Rectified Skew Orthomorphic, RSO

2 jenis koordinatKoordinat Tegar (Rigid Coordinates) diasaskan daripada ukuran penigasudutan, ukuran terabas piawai, dan ukuran kawalan

ketepatan 0.001 meterKoordinat Pelotan (Plotting Coordinates) berpunca daripada koordinat tegar. ketepatan 0.1 m

Page 11: Kadaster

UKUR KADASTERSISTEM KAWALAN UKUR, PERATURAN & JENIS

Terdapat 3 jenis Rangkaian Rangkaian tanda-tanda sempadan yang sediaada

Rangkaian Terabas Piawai Rangkaian Stesen-stesen GPS

Peraturan-peraturan Ukur Peraturan Ukur Kadaster 2002 Pekeliling KPUP Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 1959

• Jenis-jenis kerja ukur adalah berbeza-beza mengikut tujuan-tujuannya, seperti berikut: - Ukuran Pemberimilikan - Ukuran Pecah Sempadan/Bahagian - Ukuran Cantuman - Ukuran Serahbalik - Ukuran Pengambilan-balik Tanah - Ukuran Naiktaraf - Ukuran Hak Lalulalang - Ukuran Strata - Ukuran Stratum

Page 12: Kadaster

UKUR KADASTERPROSEDUR AWAL

1. PERMOHONAN UKUR Permohonan Ukur adalah satu

borang yang dikeluarkan oleh PTD kepada JUP untuk menjalankan kerja-kerja ukur hakmilik yang diperlukan menurut KTN 396.

Nombor Permohonan ukur, Nombor rujukan Pejabat Tanah

Jenis dan kegunaan tanah

Dokumen hakmilik tanah

Daerah/Mukim/Bandar/Pekan

Anggaran luas tanah

Nama dan alamat pemohon, Bayaran

upah ukur

2. PELAN PERMOHONAN UKURIa mengandungi :• Daerah/Mukim/Bandar, Skala yang diguna• Nombor syit piawai, Pelan lokasi• Rajah lot tanah yang perlu diukur• Rizab-rizab jalan/sungai• Nombor-nombor lot bersebelahan• Kedudukan tanda-tanda sempadan

3. SURIHAN KERJA LUAR (SKL) atau ‘field tracing’ adalah panduan rajah yang dibekalkan oleh JUP, - Permohonan Ukur – mengandungi

maklumat mengenai lot tanah yang dimohon

- Surihan – rajah mengandungi maklumat ukuran sempadan lot tanah dan lot-lot bersebelahan.

- Arahan Ukur – mengandungi arahan kerja pengukuran yang hendak dijalankan.

Page 13: Kadaster

UKUR KADASTERTENTUKURAN ALAT & KAEDAH PENGUKURAN

• Ujian kalibrasi (Calibration Test) adalah ujian yang dijalankan mengikut tempoh yang tertentu, di tapak ujian yang disediakan oleh JUPEM.

• Ujian Perbezaan (Differential Test) adalah ujian yang dijalankan setiap kali mula kerja baharu. Ujian ini boleh dilakukan di tapak kerja.

• Ujian Harian (Daily Test) adalah ujian yang dijalankan setiap hari, sebelum menyambung kerja. Ujian dilakukan dengan mengukur semula garisan yang akhir diukur.

Ukur Terabas Tertutup• Ukur Terabas Gelung, iaitu, kerja

ukur terabas yang bermula dan berakhir pada tanda-tanda sempadan yang sama.

• Ukur Terabas Penghubung, iaitu, kerja ukur terabas yang bermula dan berakhir pada tanda-tanda sempadan yang berlainan.

Kelasifikasi Ukur Terabas :• Ukur Terabas Kelas Satu mempunyai

had tikaian bearing 1’ 15”, dan tikaian lurus 1: 8000

• Ukur Terabas Kelas Dua mempunyai had tikaian bearing 2’ 30”, dan tikaian lurus 1: 4000

Page 14: Kadaster

UKUR KADASTERAMALAN KERJA UKUR

1. PENGUKURAN SUDUT DAN BEARING • bearing hendaklah dicerap pada dua penyilang, dimulai dengan cerapan

penyilang kiri dan kemudian penyilang kanan. Perbezaan bacaan di antaranya mestilah tidak melebihi 20”.

• Bearing hendaklah dibaca sehingga 01” (Kelas Satu), atau, 10” (Kelas Dua)

2. PENGUKURAN JARAK• Ukuran jarak sempadan seboleh-bolehnya dibuat secara terus.

3. SEMAKAN SUDUT DAN JARAK

Page 15: Kadaster

UKUR KADASTERDATUM TERABAS

Datum ialah nilai-nilai ukuran yang dirujuk sebagai asas pemulaan dan penutup bagi sesuatu kerja Ukur terabas, iaitu, bearing datum.• Bearing Akui adalah

bearing asal daripada kerja-kerja ukur terdahulu, yang nilainya telah diakui/disahkan

• Azimut adalah bearing yang diperolehi daripada cerapan matahari .

• Bearing Anggapan adalah bearing yang boleh diperolehi daripada kompas ukur.

• 2 tanda sempadan bersebelahan dari ukuran terdahulu, yang mana, kedudukan asalnya telah dibuktikan betul dengan cerapan terus, atau, terabas dan hitungan,berserta dengan cerapan matahari untuk azimut.• 3 tanda sempadan, dua daripadanya bersebelahan, yang dibuktikan dengan ukuran sudut dan jarak, atau, dengan terabas dan hitungan, berada dalam kedudukan asalnya.

Page 16: Kadaster

UKUR KADASTERPEMBUKUAN

a. Pembukuan Manual – merekod data-data cerapan ke dalam buku kerjaluar.

b. Pembukuan Elektronik – merekod data-data cerapan ke dalam buku kerja luar elektronik, seperti PC Tablet.

• Peraturan Pembukuan Cerapan :•Pembukuan dibuat terus ke dalam buku

kerjaluar yang rasmi (JUPEM) menggunakan pen berdawat hitam.

•Bearing dan jarak hendaklah dicatatkan pada ruang-ruang yang ditetapkan, dengan kejituan mengikut kelas-kelas ukuran

Kelas Satu

Kelas Dua

Kelas Tiga

Bearing 01” 10” 01’

Jarak 0.001m 0.001m 0.01m

Brg Muktama

d

01” 30” 01’

• Tarikh mula dan tamat kerja pada setiap hari, hendaklah dituliskan di ruang suhu.

• Keterangan bagi setiap stesen yang diduduki hendaklah dinyatakan, seperti, BKL, BKB, Pb, Pk, Pkt....dsbnya.

• Keterangan bagi bearing tutup hendaklah dituliskan seperti berikut:

Garis 1 – 2 dibaca 123° 45’ 50” sepatutnya 123° 45’ 00”

Tikaian bearing + 50” dalam 5 stn, 2,3,4,5, dan 1

Pembetulan - 10” se stn.

Page 17: Kadaster

Sebarang pembatalan pada catatan hendaklah dilakukan dengan betul mengikut ruang-ruang tertentu, iaitu, ruang cerapan dan ruang hitungan, seperti berikut:

• Peraturan Pembukuan Gambarajah :• Gambarajah hendaklah dilukis di

mukasurat sebelah kanan, sebagai rujukan kepada cerapan-cerapan yang dicatat di mukasurat sebelah kiri.

• Bearing-bearing garis terabas dan sempadan hendaklah dilukiskan mengikut arah Utara yang menegak, dan jarak-jarak hendaklah dilukis tanpa skala.

• Garis-garis ukur hendaklah ditandakan dengan warna merah.

• Bearing dan jarak hendaklah dicatat di garis-garis ukur, mengikut kejituan berikut:

Kelas Satu

Kelas Dua

Kelas Tiga

Bearing 10” 30” 01’

Jarak 0.001m 0.001m 0.01m

• Butiran-butiran seperti jalan, sungai, dsbnya, yang diukur hendaklah dilukiskan juga.

• Keterangan-keterangan yang lain seperti Mukim, Daerah, no. Lot-lot tanah, dsbnya, hendaklah juga dinyatakan.

Page 18: Kadaster

UKUR KADASTERPERMASALAHAN

Garis sempadan pendek – garis sempadan yang <30m tidak boleh diterabas.• Garis lanjutan ke

hadapan/belakang,• Garis Azimut/Titik satelit• Garis rentas .

Garis sempadan terhalang (tidak boleh diukur)

Tanda sempadan tidak boleh diduduki

Tanda sempadan terganggu, atau,

Page 19: Kadaster

UKUR KADASTERUKURAN OFSET

Menurut Peraturan Ukur 2002 (Perkara 28), ukuran ofset, dimana perlu, hendaklah dibuat untuk membolehkan butiran kekal ditunjukkan di atas Pelan Akui• laluan yang sediaada di atas

tanah bagi mengujudkan hak lalu-lalang di bawah Peraturan 50.

• sebarang bangunan, atau, binaan kekal yang terletak di atas garis sempadan.

• sebarang butiran kekal termasuk sungai, tasik, laluan sistem pengangkutan dan menara TNB yang terdapat berhampiran dengan garis sempadan.

Page 20: Kadaster

UKUR KADASTERPERHITUNGAN

1. Pelarasan Bearing Cerapan

a. Pelarasan Bearing Tutup, ‘ C ‘

+/- Tikaian Bearing Tutup = Bearing tutup –

Bearing asal

Pembetulan = +/- Tikaian Bearing

Tutup Bilangan

Stesen/GarisanNota: Pembetulan diberikan secara bertambahan

, c1, c2,c3 dsbnya

b. Pelarasan Meridian, ‘ M ‘

+/- Tikaian Meridian = Bearing cerapan –

bearing asal

Nota : Pembetulan diberikan secara tetap,

m1, m1...m1

2. Pelarasan Jarak

2. Latit Dipat+/- Latit = Jarak x Cos (Bearing)+/- Dipat = Jarak x Sin (Bearing)

TIKAIAN LURUS adalah ketepatan bagi sesuatu kerja ukur terabasTikaian Lurus = Tikaian Terabas Jumlah Jarak Ukur Terabas kelas satu 1 : 8,000Ukur Terabas kelas dua 1 : 4,000

PELARASAN LATIT DAN DIPATa. Kaedah BowditchPembetulan L/D = Jarak Garisan x Tikaian L/D Jumlah Jarakb. Kaedah TransitPembetulan L/D = Latit Garisan x Tikaian L/D Jumlah L/DKOORDINAT

KELUASAN

Page 21: Kadaster

MISSING LINEGaris hilang, atau, ‘missing line’ ialah sesuatu garisan yang ukuran-ukurannya, iaitu, bearing dan jarak, perlu dihitungkan untuk tujuan-tujuan berikut :

a. Garis sempadan yang tidak dapat diukur (terhalang).

b. Menentukan kedudukan tanda sempadan dari titik terabas.

c. Perhitungan garis asas dalam kerja tanam pastian.

Cara perhitungan :

d. Hitungkan latit dan dipat setiap garisan terabas yang menghubungi kedua-dua

tanda sempadan, seperti, A dan B.

b. Jumlahkan latit Utara dan latit Selatan; dan juga, dipat Timur dan dipat

Barat.

Beza-latit dan beza-dipat yang diperolehi itu adalah latit dan dipat bagi garis

hilang BA

c. Hitungkan bearing dan jarak bagi garis hilang seperti berikut:

Tan α = +/- Dipat Jarak = √ ( ( Latit)² + ( Dipat)²) +/- Latit

Page 22: Kadaster

UKUR KADASTERPETA/PELAN KADASTER

Pengenalan• Peta/pelan Kadaster diperlukan oleh PTD untuk tujuan Pendaftaran Hakmilik.• Data-data ukuran Kadaster diproses dahulu melalui Pengkalan Data Ukur Kadaster (PDUK).• Penyediaan Peta/Pelan Kadaster dilakukan di bawah Seksyen Lukisan Pelan JUPEM. Fungsinya adalah• Menyediakan dan mengemaskini Peta-

peta Kadaster• Melukis Pelan Akui bagi setiap lot yang

diukur• Menyediakan surihan dan cetak

penempatan untuk kegunaan agensi-agensi Kerajaan, seperti PTD, PPBD, PN, dsbnya.

Jenis-jenis Peta/Pelan Kadaster• Pelan Akui (Certified Plan)• menunjukkan ukuran-ukuran sempadan

dan keterangan-keterangan mengenai lot tanah.

• mempunyai satu nombor rujukan,berskala besar

• digunakan dalam banyak hal seperti, pendaftaran hakmilik, tanam pastian.

• Pelan Akui Strata (Certified Strata Plan)• menunjukkan ruang-ruang hakmilik di

bangunan bertingkat.• mengandungi Pelan Tingkat dan Pelan

Lantai.• Pelan Warta (Gazetted Plan)• menunjukkan kawasan-kawasan yang

telah diwartakan, seperti, Kawasan Simpanan Hutan,

• nombor rujukan, dan disimpan di dalam Bilik Kebal.

• Peta Kadaster atau Syit Piawai (Standard Sheet)• menunjukkan kawasan-kawasan

hakmilik yang lebih meluas, nombor lot dan rujukan Pelan Akui.

• mempunyai ukuran yang lebar(707mmx1000mm), nombor siri, garisan grid, skala kecil.

Page 23: Kadaster

Format Pelan Akui

Format Pelan Akui terbahagi kepada dua ruang :

a. Ruang Teks

b. Ruang Grafik

Ruang Teks mengandungi maklumat berikut :• Penunjuk arah Utara• Tajuk yang mengandungi perkara-perkara berikut : - Nombor kod dan Nama Negeri/Daerah/Mukim/Bandar - Nombor-nombor Lot yang diukur - Skala - Nombor Lot dan Pelan Akui yang terdahulu (jika ukuran semula)• Nombor fail JUP dan PTD• Nombor Syit Piawai• Nombor Buku kerjaluar, Jilid Kiraan dan mukasurat• Kelas ukuran• Tarikh siap kerja ukur• Diukur oleh• Diperiksa oleh• Diluluskan oleh (Pengarah Ukur Negeri)• Nombor Pelan Akui

Ruang Grafik mengandungi maklumat berikut :• Gambarajah yang menunjukkan :lot tanah yang diukur dan lot-lot tanah yang bersebelahanbutiran-butiran seperti, jalan, sungai, bangunanUkuran-ukuran bearing dan jarak ditunjukkan :

Keluasan lot tanah ditunjukkan seperti berikut :• Lot-lot perumahan/perindustrian/Bandar/Pekan yang kurang daripada 2 hektar hendaklah ditunjukkan dalam unit meter persegi.Lot pertanian hendaklah ditunjukkan dalam unit hektar (ha).

Kelas Satu

Kelas Dua

Kelas Tiga

Bearing 10” 30” 01’

Jarak 0.001m 0.001m 0.01m

Luas kurang daripada

Ditunjukkan kehampiran

1 hektar10 hektar100 hektar10000 hektar> 1000 hektar

0.0001 ha 0.001 ha 0.01 ha 0.1 ha 1 ha

Page 24: Kadaster

Saiz Format Pelan Akui

Pelan Akui hendaklah dilukiskan di atas sebidang kertas pelotan yang berukuran 420mm x 594mm (saiz A2), mengikut format-format yang telah ditetapkan seperti berikut:

JenisForm

at

SaizKerta

s(mm)

Jidar Minima (mm)

Atas Bawa

h

Kiri

Kanan

Ruang Tek

Ruang Grafik

A 420X594

10 10 400X114

400X460

B 420X594

17 10 560X120

560X280

C 420X594

10 17 120X560

280X560

Page 25: Kadaster

UKUR KADASTERCERAPAN MATAHARI

PENGENALAN• Cerapan matahari adalah satu

kaedah pengukuran bagi menentukan azimut

• Digunakan dalam kerja-kerja ukur terabas untuk pengesahan datum dan kawalan bearing.

KAEDAH • Terdapat 2 kaedah cerapan iaitu : - Kaedah Sudut Tegak - Kaedah Sudut Waktu• Kaedah yang paling sesuai

digunakan di Malaysia adalah kaedah Sudut Tegak kerana kawasan negara ini mempunyai latitud yang rendah ( L3° ).

• Dalam kaedah ini, sudut tegak matahari diukur dan waktu cerapan dicatatkan.

Page 26: Kadaster

UKUR KADASTERTANAM PASTIAN

PENGENALAN:Menurut Perkeliling 9/55, kedudukan tanda-tanda sempadan yang dikatakan tidak teranjak ialah apabila :• tanda sempadan didapati masih tegak dan

tegap, dan kepalanya terdedah dari permukaan tanah dengan ketinggian biasa

• Tanda sempadan didapati condong dari pangkalnya, dianggap berada dalam kedudukan asalnya sehingga dibuktikan sebaliknya. Oleh itu, ia hendaklah ditegakkan semula sebelum cerapan dibuat kepadanya.

Menurut Peraturan Ukur 2002 (Perkara 29), tanda-tanda sempadan yang hilang, atau, teranjak melebihi had yang dibenarkan, hendaklah dibuat tanam pastian.

PROSEDUR :Jalankan kerja Ukuran Semula pada sempadan-sempadan lot yang terdapat tanda-tanda sempadan yang teranjak, atau, hilang.• Guna ukur terabas (kelas 1 atau 2)

mengikut kawasan.• Seboleh-bolehnya tanda-tanda sempadan

hendaklah diduduki sebagai stesen dan dicerap secara terus.

• Jika terdapat perbezaan di antara ukuran baru dan ukuran asal, maka, piket terabas hendaklah dibuat berdekatan (<3m) dengan tanda sempadan tersebut, untuk kerja tanam pastian.

• Hitungkan satu garis asas bagi tujuan mendapatkan pembetulan-pembetulan bagi melaraskan nilai-nilai ukuran asal (SA).

• Hitungkan bearing dan jarak ofset-ofset untuk tanam pastian.

• Kerja tanam pastian hendaklah dilakukan dari piket terabas, dan ukuran bearing dan jarak hendaklah disemak berasingan .