cadastral survey (ukur kadaster) · pdf filecg102-cadastral survey 1 jabatan ukur dan pemetaan...

16
CG102-Cadastral Survey 1 UNIT 1 Cadastral Survey (Ukur Kadaster): Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang. Dengan lain perkataan, kadaster menyatakan tentang hal ehwal tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berasal dari perkataan Greek “Katasikon” yang bermaksud buku nota atau buku rekod. Ada juga yang menyatakan berasal dari perkataan Latin “capistrastrum” yang ada kaitan dengan perkataan Capitatro Terrena yang bermaksud rekod cukai tanah. Ukur Kadaster adalah kerja-kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik tanah yang dibuat untuk menentukan kedudukan tanda-tanda sempadan hakmilik. Hasil kerja ukur kadaster akan ditunjukkan dalam rekod yang berdaftar atau dokumen hakmilik yang lebih dikenali sebagai geran. Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi. (a) (b) (c) (d) Gambar menunjukkan peralatan yang digunakan dalam kerja ukur kadaster bermula dengan tiodolit vernier dan rantai (a, b), total station (c) dan ukur GPS (d) 1 [email protected] / hp:0192242710

Upload: dangcong

Post on 01-Feb-2018

472 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

UNIT 1 Cadastral Survey (Ukur Kadaster): Kadaster merupakan satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang. Dengan lain perkataan, kadaster menyatakan tentang hal ehwal tanah dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Berasal dari perkataan Greek “Katasikon” yang bermaksud buku nota atau buku rekod. Ada juga yang menyatakan berasal dari perkataan Latin “capistrastrum” yang ada kaitan dengan perkataan Capitatro Terrena yang bermaksud rekod cukai tanah.

Ukur Kadaster adalah kerja-kerja pengukuran yang melibatkan hakmilik tanah yang dibuat untuk menentukan kedudukan tanda-tanda sempadan hakmilik. Hasil kerja ukur kadaster akan ditunjukkan dalam rekod yang berdaftar atau dokumen hakmilik yang lebih dikenali sebagai geran. Lot Kadaster Berdigit daripada Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) merupakan pangkalan data ukur berdigit bagi lot-lot tanah yang telah diukur halus. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah lot, sempadan lot dan batu sempadan dalam unjuran Cassini Soldner. Maklumat berkaitan dengan lot seperti nombor lot, keluasan lot, bearing, jarak sempadan dan sebagainya juga boleh diperolehi.

Gt

(a)

ambar menunjukkan peralatan yang digunakan diodolit vernier dan rantai (a, b), total station (c) dan

1

(b)

(c) (d)

alam kerja ukur kadaster bermula dengan ukur GPS (d)

[email protected] / hp:0192242710

Page 2: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

Certified Plan (Pelan Akui): Ianya boleh ditakrifkan sebagai satu pelan yang menunjukkan sempadan hakmilik bagi tujuan pendaftaran tanah. Diberikan nombor rujukan serta diakui benar oleh Pengarah Ukur Negeri

Pelan Akui disediakan mengikut format yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan lot dalam pelbagai skala yang disusun mengikut nombor Pelan Akui. Maklumat berkaitan lot seperti lokasi, nombor lot, keluasan lot, bearing dan jarak sempadan juga dipaparkan.

Contoh Pelan Akui – Format A (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)

Contoh Pelan Akui – Format B (Rujukan dari Pekeliling KPUP Bil. 3 TAHUN 2003)

2

[email protected] / hp:0192242710

Page 3: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

Standard Sheet (Lembar Piawai): Lembar Piawai yang juga dikenali sebagai Peta Kadaster disediakan mengikut format dan skala yang telah ditetapkan oleh Jabatan. Ianya menunjukkan susunan lengkap sempadan lot-lot daripada Pelan Akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUN). Pelan Akui yang baru diluluskan oleh PUN akan dicarta dalam lembar piawai. Ciri-ciri yang ditunjukkan adalah sempadan antarabangsa, negeri, daerah, mukim dan lot dalam pelbagai skala seperti 4 rantai dan 8 rantai. Maklumat-maklumat seperti sempadan pentadbiran, nombor Pelan Akui dan nombor lot juga dipaparkan mengikut kesesuaian persembahan. Lembar Piawai adalah dalam unjuran Cassini Soldner dan boleh diperolehi dalam bentuk berdigit dan juga bercetak. Sebagai contoh, kedudukan Politeknik Merlimau di dalam Lembaran Piawai Negeri Melaka adalah pada kedudukan 45-D-II

3

[email protected] / hp:0192242710

Page 4: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM)

www.jupem.gov.my

Objektif Ukur Kadaster

Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan penting yang dikendalikan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang terletak di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Kepentingan produk ini dapat dilihat dari sudut pembangunan tanah di mana hakmilik tanah adalah perkara utama yang perlu ditentukan sebelum ianya dibangunkan untuk sebarang tujuan.

Objektif utama ukur kadaster adalah untuk meletakkan asas bagi memenuhi kehendak-kehendak awal pendaftaran hakmilik. Ukur Kadaster juga akan menentukan sebidang tanah itu sebagai objek dan unit-unit rekod. Objektif lain adalah :

Untuk memastikan sempadan lot-lot tanah tidak bercanggah dan bertindih antara lot-lot jiran

Memudahkan tuan tanah memastikan kawasan dan had-had sempadan masing-

masing daripada segi undang-undang dan pengukuran

4

[email protected] / hp:0192242710

Page 5: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

Mengadakan rekod tersusun berkenaan sempadan lot tanah dan kawasannya

Menghasilkan Pelan Akui yang menunjukkan sempadan-sempadan lot dan keluasan serta dapat digunakan untuk mengeluarkan suratan hak milik.

Kedudukan, bentuk dan luas hakmilik ditentukan dengan cara pengukuran

Berkhidmat bagi keperluan negara seperti pungutan cukai tanah

Fungsi Bahagian Ukur Kadaster (Function of Cadastral Survey Division)

Adalah salah satu Bahagian yang penting di Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur. Antara fungsi bahagian ini adalah :

Menasihati Jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui peruntukan

undang- undang, peraturan ukur dan Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan.

Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan.

Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh Juruukur

Tanah Berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui laporan yang disediakan oleh JUPEM Negeri. Manakala kualiti dapat ditentukan melalui semakan rambang di lapangan.

Merancang dan melaksanakan pembangunan sistem ukur kadaster yang sentiasa

efisyen di seluruh JUPEM Negeri yang meliputi aspek-aspek kerja di lapangan dan juga di pejabat.

5

[email protected] / hp:0192242710

Page 6: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

JUPEM NEGERI

www.juml.gov.my

Fungsi JUPEM Negeri Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai JUPEM negeri masing-masing dan ianya tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkaitan dengan sistem ukur dan pemetaan dengan fungsinya seperti berikut :

Menasihat kerajaan mengenai perkara yang berkaitan dengan kerja ukur, pemetaan dan persempadanan negeri mahupun antarabangsa

Memberi maklumat terkini dan tepat berkaitan hakmilik tanah / strata / stratum

Menguruskan rekod hakmilik/kepunyaan hak secara tepat bagi Pentadbiran Tanah

Memberi dan membangunkan peta untuk kegunaan tentera dan orang awam

Menentu, menanda dan mengukur sempadan negeri dan negara

Memberi maklumat digital yang diperlukan untuk pengurusan analisa melalui Sistem

Pengurusan Data Kadaster

6

[email protected] / hp:0192242710

Page 7: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN - JKPTG(PERSEKUTUAN)

www.kptg.gov.my

Fungsi JKPTG Jabatan adalah jabatan persekutuan di bawah organisasi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Ia menjadi salah satu penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah negara meliputi :

Penyemakan Perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah

Pengurusan Rekod Harta Tanah Persekutuan

Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek Persekutuan

Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Persekutuan

Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil

Ketua Pengarah Tanah & Galian mempunyai kuasa ke atas negeri-negeri (Semenanjung sahaja) mengikut Seksyen 8, KTN1965

7

[email protected] / hp:0192242710

Page 8: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN (NEGERI)

www.ns.gov.my/ptgns

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing. Walau bagaimanapun ia mempunyai hubungan yang rapat dengan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian terutamanya dalam hal-hal yang berkaitan tanah kerajaan persekutuan di negeri-negeri.

Fungsi PTG

Mengurus dan mentadbir tanah negeri masing-masing selaras dengan peruntukan Seksyen 12(3) Kanun Tanah Negara 1965.

Membantu kerajaan mengenai penggubalan dasar-dasar, peraturan dan arahan yang

berkaitan dengan perundangan pentadbiran tanah.

Meluluskan permohonan pembangunan tanah.

Memantau dan menentukan hasil tanah dipungut dengan cara yang efektif dan sistematik.

Mengurus, mendaftar dan menyelenggarakan Hakmilik Tanah Pejabat Pendaftar (Registry Titles).

Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan tanah.

8

[email protected] / hp:0192242710

Page 9: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH

www.jtu.sabah.gov.my

Functions

Alienation of State Land under the Land Ordinance Cap. 68 and other ordinances in compliance with the Government Policies to individuals, departments and agencies.

Preparation and registration of all new titles and land dealings.

Enforcement of the relevant sections of the Land Ordinance to ensure that the terms and

conditions set forth on the titles and offers are being fulfilled and to eradicate idle land.

Carry out land enquiries to resolve land disputes.

Issuance of Subsidiary titles for the subdivision of buildings.

Land valuation for the purposes of alienation, acquisition (Land Acquisition OrdinanceCap 69), rating, taxation, conversion of land uses and reconciliation of the Land Acquisition Trust Account for the State and Federal Governments.

Implementation of Smallholders and Pre-planned Schemes for the landless and people

with uneconomic holdings.

9

[email protected] / hp:0192242710

Page 10: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

Processing of applications for extension of terms, conversion of titles' conditions, subdivision and amalgamation.

Processing and issuance of prospecting permits, licences, mining leases and quarry

licences.

Collection of Land Revenue, in particular the recovery of outstanding quit rent.

Provision of training for the staff of government departments and private sectors in the fields of surveying, survey computation and land administration.

Management of the Lands and Surveys Department Technical library.

Surveys of land applications (N.T./F.R. status), particularly customary rights and resurvey

for the purpose of acquisition within the government projects. Monitoring of surveys of land applications (C.L./P.L. status), subdivision, privatisation projects by Licensed Surveyors.

Establishment and maintenance of the control stations throughout the State for the

purpose of cadastral surveys.

Aerial photography and mapping covering the whole of the State for the preparation of land development maps.

Storage of plans, maps and documents of the Department.

Preparation of plans for Government Gazette.

Management and maintenance of Land Title Information System, Cadastral Information

System and Land Use Information System to support Sabah Land Information System (SALIS) in conformance to Spatial Data Infrastructure (SDI) standard.

Monitoring of land development patterns with Land Cover Maps (Remote Sensing SAR

technology).

Involvement and contribution in Malaysia Plans in providing sites and basic data in the form of maps and plans to implement development projects. Assist the Topography Department in the demarcation survey of the International boundaries of Malaysia-Indonesia (Sabah / East Kalimantan).

10

[email protected] / hp:0192242710

Page 11: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK

www.landsurvey.sarawak.gov.my

Objectives and Functions :

To provide professional advice and services on land administration, valuation, planning and survey matters to internal and external clients and the Government.

To provide efficient and effective service delivery.

To promote public awareness on Government policies relating to land.

To regulate and enforce the provisions of the Land Code and other laws related to land.

To administer and manage land efficiently and effectively.

To manage land acquisition in accordance with the Government development programs.

To plan and regulate the use of land in accordance with Town and Country Planning

Principles.

To maintain and manage reliable geospatial data to support efficient land administration.

11

[email protected] / hp:0192242710

Page 12: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

To plan, develop and manage the human resource to achieve the vision and mission of the Department.

To maintain and continuously develop towards a comprehensive, reliable and integrated

land information system.

To have a realistic operating expenditure estimates and manage them with prudence, integrity and accountability.

To assess accurately and collect promptly all land based revenue due to the Government.

Under the terms of the Inter-Governmental Committee Report and the Constitution of

Malaysia, land and cadastral surveys are State subjects which come under the portfolio of the Minister Resource and Planning Management

Subject to the direction of the Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis, land in Sarawak is

administered in accordance with the provisions of the Mining Ordinance and the subdivision of land is administered in accordance with the Land (Control of Subdivision) Ordinance, the Public Parks and Greens Ordinance, 1993 and the Strata Titles Ordinance.

12

[email protected] / hp:0192242710

Page 13: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

PEJABAT TANAH DAN DAERAH

Fungsi Pejabat Tanah dan Daerah

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pendaftaran. Antaranya adalah pendaftaran pindahmilik tanah, gadaian, kaveat, tukar nama, lien, pendaftaran dan pengeluaran hakmilik kekal / sementara / gantian, sijil carian rasmi dan permohonan pesaka.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pembangunan tanah.

Kerja pembangunan tanah melibatkan permohonan penyerahan balik dan pembermilikan semula tanah, pecah sempadan dan ubah syarat tanah serentak, ubah syarat, pecah sempadan/bahagian tanah, penyatuan tanah, tukar syarat, pemberian milik tanah di bawah Akta Tanah, pecah sempadan / bahagian, pemberian milik tanah dan penyerahan semula untuk tujuan membangunkan tanah di atas tanah milik, permohonan tanah kerajaan.

Perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja yang berkaitan dengan pelupusan tanah.

Kerja pelupusan tanah melibatkan permohonan tanah yang kurang dari 10 ekar, tanah besar-besaran berkelompok, Lesen Pendudukan Sementara (LPS/TOL), pengeluaran

13

[email protected] / hp:0192242710

Page 14: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

permit batu batan / batu pasir, pajakan lombong, permohonan tanah di bawah dasar penswastaan, pecah bahagian bangunan dan pendaftaran hakmilik strata.

Perancangan dan penguatkuasaan yang lebih efektif bagi mempertingkatkan hasil dan

pelaksanaan undang-undang disamping memastikan bil cukai seperti cukai tanah, premium tanah, yuran pemprosesan hakmilik, yuran lesen hiburan diselenggara secara teratur dan berkesan.

14

[email protected] / hp:0192242710

Page 15: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

PERMINTAAN UKUR (APPLICATION FOR SURVEY)

Permintaan Ukur adalah istilah yang digunakan bagi mendapatkan kebenaran kerajaan untuk melaksanakan kerja ukur seperti pecah sempadan. Pemohon perlulah mengisi dan menghantar borang yang berkaitan dengan tujuan permohonan ke Pejabat Tanah beserta dengan bayaran yang ditetapkan.

CARTA ALIR PERMINTAAN UKUR

PEMOHONAN DI PEJABAT TANAH

TIDAK LENGKAP

PROSES

P

KERJA UKUR JUPEM / JT

KELULUSAPELAN AK

OLEH PENGAUKUR NEGE

PENYERAHADOKUMEN H

MILIK (GERAN) PEJABAT TAN

15

LENGKA

OLEH B

N UI RAH RI

N AK OLEH AH

[email protected] / hp:0192242710

Page 16: Cadastral Survey (Ukur Kadaster) · PDF fileCG102-Cadastral Survey 1 JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) Objektif Ukur Kadaster Ukur kadaster adalah salah satu perkhidmatan

CG102-Cadastral Survey 1

Setiap permohonan akan disemak / proses di Pejabat Tanah dan Daerah agar ianya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Bagi permohonan yang berjaya ianya akan dihantar ke JUPEM negeri untuk tindakan selanjutnya atau pun ke Firma Jurukur Tanah Berlesen (bagi pemohon yang menggunakan khidmat JTB). Kerja ukur akan dilaksanakan oleh JUPEM atau JTB (selepas melalui beberapa prosidur dalaman) sehinggalah kepada pengeluaran Pelan Akui (PA) dan diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri. PA yang dikeluarkan oleh JTB perlulah mempunyai catatan kebertanggungjawaban oleh Jurukur Berlesen berkenaan sebelum ianya diluluskan oleh Pengarah Ukur Negeri. Pejabat Tanah akan dimaklumkan oleh JUPEM/JTB apabila PA telah disiapkan (Pejabat Tanah boleh mendapatkan sedutan PA melalui online dari JUPEM). Pemohon akan dimaklumkan apabila dokumen hakmilik (geran) telah disiapkan dan membayar apa-apa bayaran tambahan yang dikenakan sebelum diserahkan kepada pemohon. Sumber Rujukan :

a) Brosur Sepintas Lalu 100 Tahun JUPEM b) Laman web JUPEM c) Laman web KPTG d) Laman web PTG Negeri Sembilan e) Laman web Jabatan Tanah dan Ukur Sabah f) Laman web Jabatan Tanah dan Survei Sarawak g) Laman web Pejabat Tanah dan Daerah Alor Gajah h) Berita Ukur oleh JUPEM i) Peraturan Ukur Kadaster (PUK) 2002

16

[email protected] / hp:0192242710