jurnal reflektif terbaru

41
Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi Tarikh : 18 Julai 2014 Hari : Jumaat Kelas : 4 KM 1 Tema : Pengajaran Tatabahasa Mengenal pasti kesalahan ejaan dan imbuhan. Saya masuk ke kelas 4 KM 1 dengan penuh debaran dan pelbagai perasaan yang bercampur baur kerana hari ini merupakan hari pertama saya masuk mengajar di kelas ini. Saya tidak mempunyai apa apa persediaan mengajar seperti alat bantu mengajar semasa memasuki kelas ini. Saya hanya disuruh masuk bagi menggantikan kelas guru subjek Bahasa Melayu berkenaan kerana beliau sibuk melaksanakan sesuatu pekerjaan yang perlu dilaksanakan dengan segera walau bagaimanapun, saya disuruh memberikan latihan tatabahasa kepada mereka. Saya tidak menggunakan sebarang model pengajaran semasa mengajar tatabahasa di kelas ini. Saya masuk ke kelas memperkenalkan diri kepada semua pelajar di kelas ini dan memberitahu mereka bahawa saya masuk ke kelas tersebut bagi menggantikan guru Bahasa Melayu sepanjang saya berada di sekolah tersebut. Semua pelajar kelihatan sedikit terkejut dengan kehadiran saya dan mereka hanya mendiamkan diri setelah saya memperkenalkan diri. Saya tidak mengambil masa yang begitu lama untuk memperkenalkan diri kerana waktu subjek itu pada ketika itu hanya satu masa sahaja, jadi saya terus memberikan lembaran latihan kepada pelajar. Pelajar nampaknya terpinga pinga dengan tindakan saya namun tiada reaksi yang menunjukkan mereka membantah tindakan saya tersebut. Saya cuba menerangkan pelajar bahawa lembaran kerja tersebut disediakan oleh guru mereka yang mengajar subjek ini sebelum ini dan saya hanya mengedarkan kepada para pelajar untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Saya telah meminta pelajar untuk cuba berbincang dengan rakan lain bagi memudahkan mereka melaksanakan tugasan tersebut. Segelintir pelajar ada menuruti perintah saya dan ada segelintir pelajar lelaki yang banyak bersembang dan cuba menegur rakan

Upload: nurul-ashikin-rofiee

Post on 19-Jul-2015

295 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 18 Julai 2014

Hari : Jumaat

Kelas : 4 KM 1

Tema : Pengajaran Tatabahasa – Mengenal pasti kesalahan ejaan

dan imbuhan.

Saya masuk ke kelas 4 KM 1 dengan penuh debaran dan pelbagai

perasaan yang bercampur baur kerana hari ini merupakan hari

pertama saya masuk mengajar di kelas ini. Saya tidak mempunyai

apa –apa persediaan mengajar seperti alat bantu mengajar semasa

memasuki kelas ini. Saya hanya disuruh masuk bagi menggantikan

kelas guru subjek Bahasa Melayu berkenaan kerana beliau sibuk

melaksanakan sesuatu pekerjaan yang perlu dilaksanakan dengan

segera walau bagaimanapun, saya disuruh memberikan latihan

tatabahasa kepada mereka. Saya tidak menggunakan sebarang

model pengajaran semasa mengajar tatabahasa di kelas ini.

Saya masuk ke kelas memperkenalkan diri kepada semua pelajar

di kelas ini dan memberitahu mereka bahawa saya masuk ke kelas

tersebut bagi menggantikan guru Bahasa Melayu sepanjang saya

berada di sekolah tersebut. Semua pelajar kelihatan sedikit terkejut

dengan kehadiran saya dan mereka hanya mendiamkan diri setelah

saya memperkenalkan diri. Saya tidak mengambil masa yang

begitu lama untuk memperkenalkan diri kerana waktu subjek itu

pada ketika itu hanya satu masa sahaja, jadi saya terus memberikan

lembaran latihan kepada pelajar. Pelajar nampaknya terpinga –

pinga dengan tindakan saya namun tiada reaksi yang menunjukkan

mereka membantah tindakan saya tersebut. Saya cuba

menerangkan pelajar bahawa lembaran kerja tersebut disediakan

oleh guru mereka yang mengajar subjek ini sebelum ini dan saya

hanya mengedarkan kepada para pelajar untuk menyelesaikan

tugasan tersebut.

Saya telah meminta pelajar untuk cuba berbincang dengan rakan

lain bagi memudahkan mereka melaksanakan tugasan tersebut.

Segelintir pelajar ada menuruti perintah saya dan ada segelintir

pelajar lelaki yang banyak bersembang dan cuba menegur rakan

Page 2: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

mereka yang lain di luar kelas. Tindakan mereka tersebut

membuatkan saya naik angin dan saya terus memarahi mereka dan

cuba memberi sedikit motivasi. Mereka seterusnya cuba

menumpukan perhatian pada latihan kerja yang mereka dapat. Saya

cuba membantu pelajar dengan pergi ke meja- meja pelajar satu

persatu untuk melihat perlaksanaan mereka dalam menjawab soalan

tatabahasa tersebut. Saya sengaja menyuruh mereka melaksanakan

latihan tersebut terlebih dahulu sebelum saya menerangkan selok-

belok soalan terbabit kerana saya mahu melihat tahap kefahaman

mereka.

Ada pelajar yang cuba menyelesaikan tugasan terbabit dengan

memanggil saya untuk menanyakan sesuatu perkara yang mereka

kurang fahami. Namun , terdapat juga segelintir pelajar yang hanya

mendiamkan diri di tempat mereka walaupun tidak mengetahui

cara menyelesaikan tugasan terbabit. Apa yang menghairankan

saya ialah, saya mendapati bahawa respon pelajar terhadap soalan

hanya bersikap seperti acuh tidak acuh sahaja. Saya cuba pergi ke

tempat pelajar berkenaan dan mereka tiba – tiba cuba membelek

kertas soalan berkenaan dan menanyakan sesuatu berkenaan latihan

kepada saya.

Setelah cuba memberikan penerangan dalam kelas dan cuba

berbincang dengan pelajar mengenai kertas soalan yang diberikan

kepada mereka. Setelah selesai melaksanakan tugasan bersama –

sama pelajar, saya dapati bahawa mereka memerlukan banyak

memerlukan bimbingan secara terperinci mengenai sesuatu tajuk

yang diajarkan, Ramai pelajar yang masih tidak tahu mengenal

pasti kesalahan imbuhan dan ejaan walaupun kesalahan terbabit

mudah untuk dikesan dalam soalan yang disediakan..

Saya cuba meneliti hasil pembelajaran tersebut untuk mengetahui

mengapakah pelajar berkelakuan sedemikian dan bagaimanakah

penyelesaiannya?. Pelbagai persoalan mula timbul dalam fikiran

saya. Adakah pelajar tidak faham akan penerangan yang diberikan

oleh saya? Adakah pengajaran saya bermasalah atau ianya kesan

daripada pengajaran guru yang lalu? Adakah pengajaran saya

terlalu pantas dan sukar diterima pelajar? Adakah tingkah aku saya

yang membuatkan pelajar tidak suka? Atau pelajar berasa bosan

dengan sesi pengajaran dan pembelajaran subjek ini? Untuk sesi

pengajaran dan pembelajaran kali ini, saya hanya mendiamkan diri

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Tindakan

Page 3: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

dan cuba menyelongkar sendiri permasalahan yang berlaku. Saya

menafsir pendapat sendiri bahawa pelajar perlu banyak bimbingan

dan tunjuk ajar daripada guru dan guru perlu mengubah corak

pengajaran dan pembelajaran agar pelajar tidak merasa bosan

semasa proses memperoleh ilmu.

Saya sedar setiap guru mempunyai cara yang tersendiri untuk

mengajar pelajar supaya pelajar boleh memperoleh ilmu dengan

cepat dan salah satu usahanya, guru sendiri perlu kreatif untuk

menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu tidak

membosankan dan pelajar mudah faham apa yang diajarkan oleh

guru tersebut, malah persediaan mengajar yang lengkap juga perlu

diberi keutamaan. Oleh itu, saya yakin bahawa pasti ada jalan

penyelesaian dalam setiap masalah yang timbul. Saya rasa pelajar

patut diberikan kaedah lain yang lebih bersesuaian agar mereka

lebih memahami setiap topik yang ingin disampaikan. Selain itu,

tahap mereka yang agak rendah memerlukan mereka diberikan

bimbingan perseorangan atau berkumpulan agar setiap topik yang

diajar mampu diterima dengan baik.

Kesimpulannya, saya akan cuba memperbaiki cara atau kaedah

pengajaran saya supaya lebih kreatif dan bersesuaian dengan

kefahaman pelajar. Saya berharap dengan cara ini pelajar akan

dapat memahami setiap isi pengajaran dengan lebih baik dan

berkesan

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 4: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 21 Julai 2014

Hari : Isnin

Kelas : 1 Tekun

Tema : Alam sekitar – Bacaan dan kefahaman mengenai sajak “

Balada Terbunuhnya Beringin Tua di Pinggir Sebuah Bandar

Raya”

Bermulanya minggu ke -3 pada hari ini, saya mula memasuki kelas

kedua saya mengajar iaitu kelas tingkatan 1 Tekun. Saya tidak

kelihatan takut atau berdebar untuk memasuki kelas ini mungkin

kerana sudah biasa agaknya. Setelah saya masuk ke kelas ini, saya

cuba memperkenalkan diri kepada semua pelajar. Mereka

nampaknya teruja mengenali saya dan mereka menanyakan tempoh

saya berada di sekolah terbabit. Saya menjawab persoalan mereka

dan cuba bersikap sedikit tegas selepas itu kerana guru kelas ini ada

menegaskan saya supaya bersikap tegas kepada pelajar di kelas ini.

Saya kemudiannya bertindak seperti biasa meminta pelajar

mengeluarkan buku teks.

Pada kelas ini, saya cuba mempraktikkan model pengajaran secara

koperatif untuk belajar memahami maksud tersurat dan tersirat di

dalam sajak. Saya meminta pelajar secara berkumpulan untuk cuba

memahami maksud sajak terlebih dahulu mengikut bait – baitnya.

Saya mendapati bahawa mereka susah untuk membentuk kumpulan,

mereka memberi banyak alasan jika saya menyuruh mereka

membentuk kumpulan bukan dari kalangan rakan rapat. Saya

seterusnya menyuruh pelajar membuat pilihan memilih ahli

kumpulan mereka sendiri kerana masa yang tidak mencukupi.

Kemudian, saya meminta pelajar melaksanakan tugasan

berkumpulan terbabit iaitu cuba untuk memahami isi tersurat dan isi

tersirat di dalam sajak “ Balada Terbunuhnya Beringin Tua di

Pinggir Sebuah Bandar Raya.” Mereka cuba berbincang dalam

kumpulan dan ada segelintir pelajar yang menyuarakan pendapat

mereka dengan bersuara lantang. Saya menyetujui pendapat mereka

tetapi meminta mereka berbincang secara berkumpulan terlebih

Page 5: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

dahulu kemudian baru memberikan pendapat mengikut kumpulan

masing- masing.

Seterusnya, saya meminta pelajar menyuarakan isi dan pendapat

mereka setelah hasil perbincangan selesai. Mereka ada yang

memberikan jawapan yang boleh diterima pakai dan ada jawapan

mereka yang langsung tidak boleh diterima kerana lari daripada

tajuk. Ada juga kumpulan langsung tidak memberikan reaksi

semasa ditanya kerana sebelum mereka banyak bermain – main di

dalam kelas. Kerjasama antara kumpulan tidak berlaku mereka

kerana banyak bermain dan keluar daripada kelas. Saya cuba

mengawasi mereka namun tindakan saya tersebut tidak memberikan

kesan kepada mereka. Mereka makin seronok untuk bermain di luar

kelas. Hal yang berlaku menyebabkan saya bertukar menjadi marah

dan sebagainya. Saya terus menyambung pengajaran dengan

memberikan isi dan makna yang tersirat dan tersurat kepada pelajar

berdasarkan sajak tersebut.

Selesai sahaja memberikan makna bagi sajak tersebut kepada

pelajar, saya menyuruh pelajar nota menyalin mengenai isi tersurat

dan isi tersurat mengenai sajak tersebut dalam buku KOMSAS.

Setelah mereka menyiapkan tugasan terbabit, saya menyuruh

mereka untuk bersiap sedia untuk pergi ke perpustakaan selama satu

masa mengikut jadual yang disediakan untuk melaksanakan

program NILAM. Mereka nampaknya cuba mematuhi arahan yang

diberikan kepada mereka. Mereka bersiap sedia untuk mengemas

buku dan beratur di dalam kelas sambil menunggu rakan lain yang

masih belum siap mengemas barang.

Pelajar kemudiannya tiba di perpustakaan dan saya menyuruh

mereka untuk mengawal tingkah laku agar suasana di situ menjadi

tidak bising. Saya telah mengarahkan mereka mengambil buku –

buku untuk dibaca dan menulis isi kandungan buku yang dibaca ke

dalam buku NILAM yang disediakan. Ada sesetengah pelajar lelaki

yang tidak mendengar perintah saya, mereka malah berjalan – jalan

di sekeliling meja rakan – rakan lain. Saya meminta mereka duduk

dan membaca buku yang ada di perpustakaan. Saya sempat berbual

bertanya khabar pelajar lelaki tetapi nampaknya mereka begitu

seronok berbual dengan saya dengan menghiraukan buku yang

dibaca. Apa yang yang menghairankan saya, mereka begitu teruja

dalam melakukan perbualan mengenai peribadi seseorang

Refleksi Deskriptif

Page 6: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

berbanding berbincang mengenai pengajaran sebentar tadi. Saya

cuba membangkitkan isu mengenai subjek Bahasa Melayu yang

saya ajarkan. Ramai dalam kalangan mereka yang mengaku tidak

tahu menulis dan membaca. Mereka lemah apabila saya meminta

mereka membaca sajak sebentar tadi.

Saya terpanggil untuk melakukan sesuatu terhadap mereka. Sifat

ingin menolong mereka supaya dapat membaca dan menulis dengan

baik semakin membuak – buak dalam diri ini. Saya cuba untuk

berfikir pelbagai cara untuk menolong pelajar – palajar ini. Saya

meneruskan perbualan dengan mereka bertanya mengenai keputusan

UPSR dalam subjek Bahasa Melayu. Akhirnya, saya mengetahui

mereka tidak memperoleh markah yang cemerlang subjek Bahasa

Melayu terutamanya penulisan. Saya akhirnya bersuara kepada

mereka dengan menyatakan bahawa saya akan cuba membantu

mereka menguasai subjek ini dengan baik. Setelah itu, loceng pun

berbunyi bagi menandakan waktu saya mengajar di kelas mereka

tamat.

Setelah pulang dari kelas mereka, saya cuba duduk berfikir sesuatu

mengenai cara untuk menaikkan prestasi pelajar kelas berkenaan

dalam subjek Bahasa Melayu. Saya yakin, setiap permasalahan yang

berlaku mesti mempunyai penyelesaian jika kita berfikirkan

pelbagai kaedah. Menerusi talian internet yang ada, saya cuba

mecari maklumat yang bersesuaian untuk membantu mereka yang

lemah dalam membaca dan menulis ini.

Apa yang saya harapkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran

yang akan datang adalah dapat menjalani proses pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih lancar dan seterusnya dapat mereka yang

lemah dari segi pembacaan dan penulisan dalam Bahasa Melayu

kerana subjek ini menjadi tonggak yang penting untuk mereka

berkomunikasi dengan baik.

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 7: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 22 Julai 2014

Hari : Selasa

Kelas : 1 Tekun

Tema :Menyatakan watak dan perwatakan dalam Hikayat

Marakarma

Hari kedua saya memasuki ke kelas ini, seperti biasa saya

menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar

struktur KOMSAS mengenai petikan prosa tradisional yang bertajuk

“Hikayat Marakarma.” Setelah saya bertanya di dalam kelas

mengenai prosa ini, ramai dalam kalangan pelajar memberitahu

bahawa hikayat tersebut sudah dipelajari sebelum ini. Saya mula

berfikir proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih mudah

kerana mereka sudah mengetahui isi kandungan cerita tersebut.

Saya cuba menanyakan sinopsis mengenai hikayat terbabit dan

ramai pelajar yang ingin menceritakan sinopsis cerita berkenaan

sehinggakan kelas berkenaan menjadi bising. Saya cuba mengawal

kelas agar tidak menjadi kelam kabut dan mengarahkan mereka

berdiri supaya mereka bertindak untuk diam seketika.

Saya telah memanggil dua wakil dalam kelas berkenaan untuk

tampil ke hadapan kelas. Saya hanya meminta mereka berdiri dan

saya menyuruh pelajar lain memandang mereka. Saya menanyakan

beberapa persoalan mengenai dua orang pelajar yang berada di

hadapan kelas dengan menanyakan mengenai personaliti dua pelajar

terbabit. Ramai dalam kalangan pelajar yang lain cuba memberikan

pendapat sehinggakan kelas menjadi bising semula dan saya cuba

mengawal kelas agar tidak menjadi terlalu bising.

Saya telah menyerahkan beberapa keping kertas mengenai watak

dan perwatakan dalam “ Hikayat Marakarma.” Sebelum itu, saya

telah menerangkan maksud watak dan perwatakan di hadapan kelas

dan mengaitkan dua wakil pelajar tadi dengan isi pengajaran pada

hari ini. Saya cuba menceritakan semula peristiwa yang berlaku

dalam hikayat tersebut dan menyatakan watak – watak yang

terdapat dalam hikayat ini. Saya telah meminta para pelajar

Page 8: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

membaca kertas yang telah diberikan dan meminta mereka

mengingati semua yang dibaca kerana saya akan memberikan

latihan mengenai watak dan perwatakan dalam hikayat tersebut.

Setelah 15 minit berlalu, saya mula mengedarkan soalan kepada

pelajar. Pelajar mula menjawab soalan yang diberikan mengikut

tempoh yang telah ditetapkan. Kemudian, saya telah meminta

beberapa orang pelajar membacakan jawapan mereka setelah waktu

menjawab soalan tamat. Apa yang menghairankan saya, pelajar

tersebut tidak cuba untuk menjawab soalan yang saya berikan

kerana dia tidak memahami mengenai kehendak soalan. Saya mula

naik marah dan kemudian menyuruh pelajar berkenaan berdiri di

atas kerusi. Saya bertindak sedemikian kerana saya telah terlalu

geram dengan pelajar berkenaan yang tidak menumpukan perhatian

semasa saya sedang mengajar di dalam kelas.

Saya mula mengesyaki sesuatu dalam kalangan pelajar di dalam

kelas ini, mereka pandai mereka – reka alasan dan cerita yang boleh

dipercayai oleh guru. Jika ada guru yang menuruti perintah mereka,

selamanya mereka mudah untuk bertindak sesuka hati sewaktu

proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Tanpa membuang

masa, saya meneruskan perbincangan mengenai jawapan yang telah

dijawab oleh pelajar.

Loceng pun berbunyi bagi menunjukkan peralihan waktu. Saya

hanya sempat berbincang dua atau tiga soalan sahaja bersama –

sama dengan pelajar mengenai watak dan perwatakan dalam “

Hikayat Marakarma.” Jadi, saya telah hanya meneruskan

perbincangan dengan pelajar sambil menunggu guru waktu tersebut

masuk ke kelas. Para pelajar mula menunjukkan tingkah laku yang

gusar, mungkin pada waktu – waktu tersebut mereka akan

berkesempatan ke tandas dan sebagainya. Saya tidak mengambil

kisah keadaan pelajar sebegitu, saya hanya meneruskan

perbincangan.

Setelah pulang semula ke bilik guru, saya mula berfikir sesuatu cara

atau kaedah yang bersesuaian untuk melaksanakan beberapa aktiviti

yang memerlukan masa yang lama serta tidak perlu mengambil

masa yang lama untuk menguruskannya. Saya telah berpendapat

bahawa pelajar juga kelihatan bosan dengan aktiviti perbincangan

jawapan yang saya lakukan bersama – sama mereka. Mungkin saya

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 9: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

boleh mengetengahkan kaedah lain untuk menarik perhatian pelajar

dalam aktiviti yang dilakukan.

Perubahan yang saya dapat lakukan pada minggu yang akan datang

kelak adalah dapat melakukan aktiviti dengan pelajar tanpa

mengambil masa terlalu lama dan cuba melakukan kaedah atau

aktiviti yang menarik yang dapat menarik penglibatan pelajar secara

langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 10: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 25 Julai 2014

Hari : Jumaat

Kelas : 1 Tekun

Tema : Penulisan isi karangan ( Cara – cara Menjaga Kebersihan

Sungai)

Saya masuk ke kelas 1 Tekun dengan membawa bungkusan air dan

minyak. Ramai dalam kalangan pelajar di dalam kelas tersebut

memerhatikan tingkah laku saya dan cuba menghampiri saya

menanyakan sesuatu yang akan saya lakukan pada hari tersebut.

Saya hanya mengatakan bahawa mereka akan mempelajari cara

menulis isi karangan. Saya meminta semua pelajar duduk di tempat

masing – masing dan saya mula menunjukkan bungkusan terbabit.

Saya menanyakan pendapat pelajar jika saya mencampurkan kedua

– dua bungkusan itu dalam satu bungkusan sahaja iaitu

mencampurkan minyak ke dalam bungkusan air. Jawapan pelajar

itu, saya cuba mengaitkan dengan tema pengajaran iaitu air =

sungai. Jika air menjadi kotor, begitu juga dengan sungai juga akan

kotor jika dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.

Saya meminta pelajar memberikan punca – punca sungai boleh

menjadi kotor. Ramai pelajar yang memberikan pendapat mereka

mengenai tajuk tersebut. Saya memberikan pujian kepada mereka

dan menulis jawapan dan idea yang mereka berikan di papan tulis.

Setelah para pelajar membaca jawapan mereka yang boleh diterima

di papan tulis. Saya telah meminta mereka menyalin tajuk

pengajaran dan peta minda mengenai punca punca sungai menjadi

kotor di dalam buku karangan.

Setelah itu, saya telah mengaitkan punca – punca tersebut dengan

langkah untuk menjaga kebersihan sungai. Para pelajar agak kurang

faham dengan penerangan saya dan saya cuba menerangkan kaedah

ini berulang kali. Kemudian, saya meminta mereka untuk

membentuk beberapa kumpulan untuk menjana idea mengenai

langkah – langkah menjaga kebersihan dengan mengaitkan isi punca

– punca menjadi kotor sebentar tadi. Saya memberikan kertas

Page 11: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

kosong kepada setiap kumpulan untuk merangka peta minda di

dalam kertas tersebut.

Saya cuba berjalan – jalan dalam kelompok kumpulan mereka. Saya

membantu kumpulan yang kelihatan terpinga – pinga untuk

merangka idea bagi tajuk yang saya berikan kepada mereka.

Sesetengah kumpulan pelajar lelaki yang hanya banyak

bersembang, apabila saya menghampiri kumpulan mereka. Mereka

berpura – pura melakukan tugasan yang saya berikan. Saya cuba

melihat kertas yang saya berikan kepada kumpulan terbabit dan

ternyata tiada sebarang tulisan yang tercatat di atasnya. Saya cuba

menasihati kumpulan tersebut dengan cara saya yang tersendiri.

Tidak beberapa lama kemudian, kelihatan beberapa kumpulan

pelajar dari kelas keluar daripada kelas masing – masing menuju ke

dewan. Waktu mengajar saya terpaksa ditunda ke minggu hadapan

kerana waktu kedua saya bersama kelas berkenaan telah diambil

alih oleh pihak sekolah kerana mengadakan majlis penyerahan

zakat dan duit raya kepada pelajar. Saya terpaksa memberhentikan

perbincangan kumpulan yang sedang dilaksanakan apabila melihat

tingkah laku pelajar di dalam kelas yang tidak tentu arah. Saya

mengarahkan pelajar mengemas semua beg mereka dan bertolak ke

dewan. Saya sempat mengutip kertas yang diberikan kepada setiap

kumpulan sebentar tadi. Ternyata ada beberapa kumpulan sahaja

yang menyatakan isi mengenai langkah – langkah menjaga

kebersihan sungai manakala kumpulan lain tidak menyatakan apa –

apa.

Saya yakin pada pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sedikit

kelam kabut dan pelajar kurang memahami tugasan yang diberikan

kepada mereka. Mungkin tugasan yang diberikan susah atau mereka

tidak mendengar arahan yang saya berikan kepada mereka. Saya

mungkin perlu memberikan tugasan yang lebih mudah dan saya

perlu memberikan arahan yang berulang kali kepada pelajar supaya

mereka faham kehendak soalan.

Harapan saya adalah dapat membetulkan segala kesilapan yang

dianggap remeh ini pada minggu – minggu yang akan datang.

Pelajar dapat memperoleh ilmu dengan mudah dan tidak

menyukarkan pelajar untuk bertindak dalam memenuhi kehendak

soalan yang diberikan.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 12: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 4 Ogos 2014

Hari : Isnin

Kelas : 1 Tekun

Tema : Tatabahasa (Ayat Tunggal)

Saya masuk ke kelas ini dengan memperkenalkan set induksi. Hari

ini, saya cuba menarik beberapa orang pelajar untuk tampil ke

hadapan kelas. Saya telah menyuruh mereka berpegang tangan dan

menunjukkan pelbagai aksi mengikut situasi yang diberikan .

mereka nampaknya kelihatan seronok apabila melakukan pelbagai

aktiviti bersama – sama rakan lain. Sehinggalah, saya menyuruh

seorang pelajar sahaja yang ada di hadapan kelas dan pelajar lain

duduk di tempat masing – masing. Nampaknya, pelajar berkenaan

sedikit malu untuk menunjukkan aksinya di hadapan kelas.

Penglibatan seorang pelajar tersebut, saya telah kaitkan dengan isi

pengajaran pada hari tersebut.

Saya mula bertanya kepada pelajar maksud tunggal itu apa? Pelajar

menjawab dengan jawapan iaitu satu, seorang dan sebagainya. Saya

memberikan pujian kepada kepada pelajar dan menerangkan

mengenai ayat tunggal. Saya mula memberikan penerangan kepada

pelajar setelah saya selesai menulis nota di papan tulis dan saya

telah meminta mereka menyalin nota tersebut. Semasa memberikan

penerangan mengenai konsep ayat tunggal, saya cuba menyoal

pelajar mengenai setiap satu unsur yang telah diterangkan. Pelajar

cuba menjawab sambil mendengar penerangan daripada saya.

Setelah sesi penerangan selesai, saya telah memberikan latihan

kepada pelajar untuk menjawabnya secara berpasangan. Mereka

diberi masa selama beberapa minit untuk menjawabnya. Saya telah

cuba membantu pelajar yang masih lemah dalam melakukan

tugasan tersebut. Ada sesetangah pelajar yang kurang faham

dengan penerangan saya, jadi saya terpaksa mengulanginya semula.

Page 13: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Semasa sesi perbincangan, saya telah meminta beberapa orang

pelajar untuk membacakan jawapan mereka. Apa yang

merunsingkan saya, terdapat sesetengah pelajar yang tidak mahu

apabila saya menyuruh pelajar berkenaan untuk menjawab soalan.

Saya kemudiannya memberikan kata putus kepada pelajar

berkenaan. Seterusnya, dia cuba untuk menjawab walaupun

jawapan yang diberikan adalah salah. Saya tidak memarahinya

tetapi memberikan dia kata semangat supaya dia mencuba

menjawab dengan betul pada masa depan.

Nampaknya sesi perbincangan sambil meminta pelajar

memberikan jawapan kurang digemari oleh pelajar kecuali pelajar

sendiri secara spontan menjawabnya. Saya juga yakin ada

segelintir pelajar yang hanya menunggu jawapan daripada saya dan

rakan – rakan lain tanpa cuba menjawab soalan tersebut. Saya cuba

memberikan nasihat dan ugutan kepada pelajar yang berkelakuan

sedemikian. Mereka nampaknya malu dengan teguran saya akibat

kesalahan yang dilakukan.

Selesai sahaja waktu mengajar di kelas berkenaan, saya cuba

menyingkap semula nota yang saya berikan kepada pelajar. Saya

mendapati nota yang diberikan kepada pelajar tidak terlalu

menyeluruh dan tidak lengkap. Oleh hal demikian, pelajar juga

kelihatan tidak memahami penerangan konsep ayat tunggal ini.

Kesilapan saya ialah saya tidak cuba mendalami sesuatu konsep itu

sedalam – dalamnya. Sikap ambil mudah saya terhadap proses

pengajaran dan pembelajaran telah merugikan pelajar dalam

memperoleh ilmu yang sebetulnya mereka dapat.

Refleksi pengajaran saya untuk kali ini adalah saya perlu

meningkatkan lagi tahap kefahaman dan pembacaan mengenai

sesuatu bidang ilmu yang diajarkan kepada pelajar terutamanya

melibatkan aspek tatabahasa. Saya juga berharap juga, saya akan

berubah menjadi guru yang lebih berkaliber dan berdinamik dalam

menyebarkan ilmu bahasa Melayu kepada para pelajar khasnya.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 14: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 4 Ogos 2014

Hari : Isnin

Kelas : 4 KM 1

Tema : Tatabahasa ( Cakap Ajuk dan Cakap Pindah )

Setelah seharian kepenatan hari ini, akhirnya saya masuk untuk

mengajar di kelas tingkatan 4 KM 1. Apabila kaki saya mula

melangkah ke tapak kelas ini, saya telah memerhatikan kelakuan

beberapa pelajar yang seakan – akan mengantuk dengan sesi

pengajaran yang sebelumnya. Mungkin mereka letih dan tidak

cukup tidur seharian waktu. Ada beberapa pelajar meminta

kebenaran untuk ke tandas kerana membuang air kecil dan

sebagainya. Saya membenarkan mereka ke tempat berkenaan

kerana pada waktu – waktu begini pelajar sudah mula keletihan dan

mengantuk. Saya ingin memulakan set induksi seperti yang telah

dirancang di dalam rancangan pengajaran harian tetapi disebabkan

hanya beberapa orang pelajar sahaja di dalam kelas maka saya

batalkan.

Saya terus masuk ke bahagian isi pengajaran yang ingin

disampaikan kepada para pelajar pada hari tersebut. Saya telah

meminta mereka menyalin nota di papan tulis sambil saya cuba

menerangkan kepada mereka mengenai Cakap Ajuk dan Cakap

Pindah. Saya cuba memberikan situasi sebenar kepada pelajar

seperti menggunakan dialog dan kemudian saya aplikasi dialog

tersebut di dalam skrip penulisan yang berbentuk ayat penyata.

Selesai sahaja memberikan penerangan, saya meminta pelajar

menyiapkan tugasan iaitu latihan secara bersendirian. Saya mula

memantau tindakan pelajar dalam menjawab soalan terbabit.

Kelihatan beberapa kelompok pelajar yang menguap dan mulai

malas apabila saya menyuruh melaksanakan tugasan. Saya mula

bersikap dingin dan cuba menghampiri kelompok pelajar ini dan

berdiri lama memerhatikan kelakuan mereka. Akhirnya, mereka

menyerah dan cuba menyelesaikan tugasan tersebut.

Page 15: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Hal yang sedemikian, saya membuatkan saya berfikir panjang.

Saya runsing memikirkan gelagat pelajar di dalam kelas. Adakah

mereka berasa bosan dengan pengajaran saya? Mereka kurang

faham dengan isi pengajaran yang cuba saya sampaikan kepada

mereka? Pernah juga saya berbisik dengan beberapa pelajar di

dalam kelas ini, menanyakan mengenai proses pengajaran dan

pembelajaran yang saya cuba jalankan. Mereka menjawab bahawa

mereka faham dengan pengajaran saya dan merea suka dengan

teknk yang saya gunakan. Mungkin itu hanya segelintir jawapan

daripada pelajar di kelas ini dan mungkin selebihnya tidak suka

dengan cara saya kerana mungkin sedikit sukar untuk difahami.

Saya cuba membuat tafsiran sendiri. Mungkin memerlukan

banyak perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini.

Saya sedar mungkin banyak yang perlu saya perbaiki dari segi

komunikasi dengan pelajar. Pelajar ada menyuarakan pendapat

bahawa saya terlalu laju apabila bercakap dan terkadang kejelasan

bunyi juga dilontarkan tidak kuat. Saya cuba meneliti kelemahan

terbabit dan ternyata benar setelah merakam suara saya sendiri

melalui rakaman video yang dilakukan saya sendiri.

Oleh itu, pada pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya, saya

akan cuba mengatasi kelemahan terbabit dan melakukan

kemahiran komunikas yang terbaik dengan para pelajar saya.

Saya juga berharap pelajar dengan cara ini pelajar akan

menumpukan perhatian terhadap isi pengajaran yang saya cuba

sampaikan kepada mereka.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 16: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 5 Ogos 2014

Hari : Selasa

Kelas : 4 KM 1

Tema : KOMSAS – Drama ( Forum Remaja 2020)

Saya masuk ke kelas 4 KM 1 ini dengan penuh yakin. Suasana

kelas di awal pagi sangat menenangkan jiwa saya untuk masuk

mengajar dengan yakin kali ini. Saya memulakan pengajaran hari

ini dengan menunjukkan sekeping poster kepada mereka. Poster

berkenaan dengan teater yang pernah dipentaskan di UPSI. Saya

menceritakan pengalaman belajar dalam menguruskan teater ini

kepada pelajar sambil mengaitkan dengan isi pengajaran pada hari

ini iaitu belajar drama yang bertajuk “ Forum Remaja 2020.”

Semasa sesi penerangan, saya cuba menerangkan konsep drama

terlebh dahulu kepada mereka. Kemudian, saya meminta beberapa

orang pelajar untuk berlakon di hadapan kelas bagi melakonkan

watak dan perwatakan yang ada di dalam drama tersebut. Pada

mulanya, saya tidak dapat mencari pelakon sehinggalah saya

mengesan beberapa orang pelajar yang tidak membawa buku teks.

Mereka ini didenda untuk menjadi pelakon.

Saya telah menerangkan teknik membaca dialog dan lakonan

kepada mereka sebelum memulakan lakonan. Apa yang

menghairankan saya, pelajar – pelajar tersebut tidak langsung

melakonkan watak yang ada di dalam buku teks. Hanya membaca

teks drama tersebut mengikut giliran masing – masing. Sementara

itu, saya meminta pelajar – pelajar lain untuk menumpukan

perhatian kepada bacaan pelajar terbabit dan cuba memahami

cerita tersebut.

Selesai sahaja pelajar – pelajar tersebut membaca teks drama

dalam beberapa bab. Saya memulakan cerita mengenai sinopsis

drama berkenaan dan seterusnya saya meminta pendapat pelajar

lain untuk menyenaraikan watak yang ada di dalam teks drama

tersebut. Mereka dapat menyenaraikan watak yang ada di dalam

teks drama tersebut tetapi apabila saya meminta mereka

Refleksi Deskriptif

Page 17: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

menyatakan perwatakan yang ada pada setiap watak tersebut,

mereka hanya terdiam dan terpinga – pinga sahaja kerana mereka

tidak membaca teks drama tersebut sebelum ini walaupun saya ada

menyuruh mereka untuk membaca teks ini terlebih dahulu.

Saya telah meminta mereka membentuk kumpulan untuk

menentukan watak dan perwatakan yang terdapat dalam teks

drama “ Forum Remaja 2020.” Setiap kumpulan perlu memilih

satu watak dan menerangkan perwatakan yang terdapat pada watak

yang dipilih terbabit. Saya memberikan mereka masa untuk

berbincang dan setelah masa yang diberikan tamat, saya meminta

mereka membentangkan hasil kerja berkumpulan mereka.

Hasil pembentangan setiap kumpulan, banyak kumpulan yang

tidak mencirikan perwatakan yang tepat dengan watak. Walau

bagaimanapun, saya tetap memberikan pujian dan cuba

memberikan komen yang memberangsangkan kepada para pelajar.

Saya yakin para pelajar ini belum begitu mahir dalam mencirikan

watak dan perwatakan di dalam teks drama dengan tepat. Namun,

mereka telah mencuba dengan baik dan saya perlu menunjukkan

contoh dan teknik yang mudah untuk pelajar memperincikan watak

dan perwatakan secara bersesuaian mengikut skrip drama yang

disediakan.

Sebagai kesimpulannya, saya agak berpuas hati dengan sesi

pengajaran dan pembelajaran pada kali ini kerana melibatkan

semua pelajar dan secara tidak langsung. Mereka pun begitu teruja

dengan lakonan masing- masing dan menyatakan watak dengan

betul mengikut teks drama. Cuma, harapan saya untuk kelas yang

akan datang, saya dapat menggunakan pelbagai kaedah yang

menarik yang dapat melibatkan pelajar sebagai pelakunya.

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 18: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 5 Ogos 2014

Hari : Selasa

Kelas : 1 Tekun

Tema : KOMSAS – Watak dan Perwatakan dalam novel “

Hikmah.”

Pada permulaan kelas, saya telah memperkenalkan pelajar dengan

beberapa keping kertas yang mengandungi nama – nama orang.

Saya telah meminta mereka mengelaskan nama – nama terbabit

dengan nama – nama yang terdapat di kelas mereka dan nama yang

bukan terdapat di kelas mereka. Mereka telah memilih nama –

nama yang mereka kenali dan diletakkan di bahagian tepi papan

hitam dan kemudiannya nama – nama orang yang bukan terdapat di

dalam kelas diletakkan di atas meja. Saya telah mengambil nama –

nama tersebut dan mengaitkan dengan isi pengajaran pada hari

tersebut.

Saya cuba menerangkan sedikit sinopsis novel “ Hikmah” ini,

mereka nampaknya sudah sedikit sebanyak mengetahui mengenai

isi kandungan novel tersebut kerana sudah membacanya sebelum

ini. Beberapa orang pelajar telah dipinta ke depan kelas untuk

menceritakan sedikit demi sedikit sinopsis novel berkenaan. Apa

yang menghairankan saya ialah beberapa orang sahaja yang berani

tampil ke hadapan kelas dan pelajar yang sama juga yang selalu

tampil ke hadapan kelas. Saya tertanya – tanya juga, tiada pelajar

lainkah di kelas ini? Atau mungkin pelajar – pelajar ini sahajakah

yang berminat untuk belajar?

Pembentukan kumpulan berlaku apabila saya mengarahkan

mereka untuk merungkaikan setiap watak dan perwatakan yang

terdapat di dalam novel tersebut. Sebelum membentuk kumpulan,

saya telah memaklumkan pelajar mengenai maksud watak dan

perwatakan. Setiap kumpulan diarahkan mengambil satu watak dan

memerincikan sifat yang ada pada watak tersebut berdasarkan

sinopsis cerita yang saya berikan kepada setiap kumpulan.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Page 19: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Setiap kumpulan cuba sedaya upaya melaksanakan tugasan

tersebut dan apabila waktu pembentangan bermula, mereka cuba

membentangkan hasil kerja berkumpulan masng – masing. Mereka

nampaknya tidak begitu menghuraikan secara terperinci setiap sifat

yang dimiliki oleh watak – watak yang mereka pilih tersebut. Saya

percaya mereka tidak begitu mahir dalam memberikan contoh

yang bersesuaian berdasarkan cerita tersebut. Walau

bagaimanapun, kemahiran mereka untuk mengesan perwatakan

berdasarkan cerita ini boleh dibanggakan.

Sebagai kesimpulan, pada pengajaran yang berikutnya saya akan

mengajar mereka teknik pengajaran yang bersesuaian dan

menggunakan laras bahasa yang baik untuk menarik minat pelajar

ini untuk kekal belajar kelak.

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 20: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 6 Ogos 2014

Hari : Rabu

Kelas : 1 Tekun

Tema : Tatabahasa ( Ayat Tunggal – Mengenal subjek dan

predikat dalam ayat)

Saya telah mengajar tatabahasa mengenai tajuk ini sebelum ini

tetapi kerana saya berasa kurang berpuas hati dengan sesi

pengajaran dan pembelajaran pada minggu yang lalu. Saya

memulakan kelas dengan mengimbas semula nota mengenai ayat

tunggal yang pernah saya berikan kepada pelajar. Saya telah

menggunakan model pengajaran secara koperatif untuk pengajaran

pada kali ini.

Sesi penerangan, saya lebih menumpukan kepada maksud subjek

dan predikat. Saya telah bertanyakan pendapat pelajar mengenai

maksud subjek dan predikat dan mereka hanya terdiam kerana tidak

mengetahui maksudnya. Jadi, saya telah menerangkan maksudnya

dan cuba memberikan contoh ayat yang mudah kepada pelajar bagi

mengesan subjek dan predikat dalam ayat. Saya mendapati mereka

mulai faham dengan keterangan saya mengenai subjek dan predikat

dalam ayat.

Saya menyuruh pelajar berada dalam kumpulan masing – masing

tetapi disebabkan kesuntukan masa, saya menyuruh mereka

membuat latihan secara berpasangan sahaja. Saya cuba

memerhatikan gerak kerja mereka dalam menjawab soalan yang

saya berikan. Kelihatan beberapa pelajar yang terpinga – pinga

dalam menjawab soalan yang saya berikan kepada mereka. Apabila

saya bertanya kepada mereka, mereka menjawab mereka tidak

memahami ajaran saya sebentar tadi kerana kurang jelas. Saya

terfikir – fikir, sama ada suara saya begitu perlahan atau keadaan

kelas yang begitu bising sehinggakan pelajar yang berada di

belakang kelas tidak dapat mendengar suara saya?

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Page 21: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

semasa sesi perbincangan berlansung saya telah meminta beberapa

orang wakil untuk memberikan jawapan mereka. Lantas, beberapa

pelajar yang sama juga yang bangun memberikan jawapan kepada

saya. Saya telah mereka duduk dan meminta pelajar lain pula yang

memberikan jawapan. Ada segelintir pelajar dapat menjawab soalan

yang diberikan kepada mereka namun ada juga beberapa pelajar

lain yang masih tidak tahu menentukan subjek dan predikat dalam

ayat.

Saya dapat mengesan bahawa terdapat beberapa pelajar yang

mudah menerima pengajaran dengan cepat dan tidak kurang juga

yang lambat untuk mencerna ilmu baharu yang mereka perolehi.

Jalan penyelesaian untuk masalah ini, penumpuan saya seharusnya

lebih kepada pelajar yang lambat untuk memproses sesuatu ilmu

baharu.

Konklusinya, pelbagai pembaharuan teknik pengajaran perlu

dilakukan untuk mendorong pelajar – pelajar di dalam kelas ini

berminat untuk belajar. Harapan saya, mereka akan terpengaruh

dengan sesi pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan terkini

jika guru tidak menggunakan teknik pengajaran yang sama setiap

masa kerana teknik pengajaran yang sama akan membosankan

pelajar.

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 22: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 7 Ogos 2014

Hari : Khamis

Kelas : 4 KM 1

Tema : Teknik – teknik membuat rumusan ( Punca – punca

Penglibatan Remaja dalam Jenayah dan Kesan – kesannya.)

Saya begitu teruja semasa memasuki kelas ini kerana guru yang

mengajar subjek Bahasa Melayu ini sebelum ada memberitahu saya

bahawa pelajar – pelajar kelas ini tidak begitu mahir dalam menulis

rumusan. Jadi, saya begitu teruja untuk mengajar teknik terbaharu

dalam menghasilkan rumusan terbaik kepada mereka. Saya telah

menggunakan model pengajaran secara koperatif untuk mengajar

teknik rumusan pada kali ini. Teknik penceritaan, saya gunakan

dalam memperkenalkan tajuk mengenai jenayah kepada mereka.

Para pelajar kelihatan bergitu teruja dengan teknik penceritaan saya,

mereka banyak bersoal jawab dengan saya sehinggalah saya mula

mengaitkan dengan isi pengajaran.

Saya menyerahkan petikan kepada pelajar dan meminta mereka

membaca petikan tersebut sekali imbas. Seterusnya, saya meminta

mereka membaca lagi petikan tersebut. Kemudian, saya meminta

pendapat pelajar mengenai isi kandungan petikan itu. Saya cuba

menerangkan kehendak soalan dalam petikan tersebut. Penerangan

kemudiannya menjurus kepada cara mengesan kata kunci dalam

kehendak soalan, mencari isi tersurat, membina isi tersirat, dan

membuat kesimpulan yang betul.

Sewaktu saya memberikan penerangan mengenai teknik – teknik

membuat rumusan ini kelihatan beberapa orang pelajar yang cuba

bersembang – sembang di dalam kelas. Saya cuba menegur

tindakan mereka dan memberikan ugutan sekiranya mereka tidak

dapat membuat rumusan seperti yang saya ajarkan. Mereka terdiam

dan cuba mengikuti pengajaran pada hari tersebut namun sikap

tersebut tidak kekal lama apabila mereka mula membuat bising

semula selepas saya menerangkan bahagian – bahagian akhir dalam

teknik rumusan. Apa yang menghairankan saya, mereka tidak

Refleksi Deskriptif

Page 23: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

mempedulikan jelingan mata yang saya berikan kepada mereka.

Saya meneruskan sesi penerangan hingga ke akhir fasa tersebut.

Saya telah menyuruhkan mereka berada di dalam kumpulan masing

– masing untuk melaksanakan tugasan. Tugasan tersebut

merangkumi mencari isi tersurat dan membina isi tersirat. Dua

kumpulan mencari isi tersirat dan dua kumpulan lagi membina isi

tersirat berdasarkan petikan yang saya berikan. Beberapa pelajar ada

yang malas untuk membentuk kumpulan sehinggakan saya terpaksa

memaksa mereka berada dalam kumpulan masing – masing.

Semasa fasa penilaian, saya telah meneliti beberapa jawapan

mereka. Kebanyakan kumpulan masih tidak dapat mencari isi

tersurat dengan tepat di dalam petikan dan tidak tahu cara untuk

membina isi tersurat berdasarkan petikan. Mereka seolah – olah

tidak faham dengan teknik yang saya cuba ajarkan kepada mereka.

Saya tertanya – tanya, adakah saya menggunakan laras bahasa yang

susah untuk mereka faham? Atau teknik pengajaran sayakah yang

begitu lemah untuk mengawal pelajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran?

Saya cuba meneliti kelemahan yang berlaku dalam proses

pemgajaran dan pembelajaran di kelas ini. Setiap kelemahan, saya

cuba selongkar satu demi satu untuk mengenai sebab kelemahan

tersebut belaku kerana saya percaya setiap permasalahan mesti

boleh diatasi dengan baik kalau kena dengan caranya.

Oleh itu, saya akan cuba perbaiki setiap kelemahan tersebut dengan

cara yang lebih mudah, mungkin menggunakan laras bahasa yang

lebih mudah kepada pelajar dan teknik peneguhan yang kerap di

dalam kelas bersama – sama pelajar. Saya berharap pada pengajaran

yang akan datang semuanya boleh diatasi dengan baik dan pelajar

memahami setiap isi pengajaran dengan lebih baik.

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 24: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 8 Ogos 2014

Hari : Jumaat

Kelas : 1 Tekun

Tema : Menjana Idea untuk Mencari Isi “Cara Menjaga

Kebersihan Sungai.”

Memasuki ke kelas 1 Tekun hari ini, saya terpaksa menunggu

pelajar pulang dari makmal komputer kerana mereka mempunyai

kelas ICT pada waktu sebelumnya. Saya telah menunggu pelajar

hampir satu masa di dalam kelas dan mereka kembali ke kelas

setelah hampir satu masa berakhir. Saya hanya terpaksa menulis isi

- isi yang telah saya rancang sebelum ini di papan tulis. Hari ini,

saya merancang mahu mengajar cara untuk mencari isi dan menulis

satu perenggan berdasarkan isi tersebut. Namun, disebabkan

kesuntukan masa saya terus memberikan isi dan meminta pelajar

menghurai dalam bentuk perenggan.

Saya telah mengajar tajuk yang sama kepada pelajar sebelum ini

tetapi disebabkan mereka kurang menguasai teknik ini semasa sesi

pengajaran yang lepas kerana mereka terpaksa menghadiri program

yang diadakan oleh pihak sekolah. Saya cuba memberikan

gambaran masalah yang berlaku berdasarkan model berasaskan

masalah yang memfokuskan persoalan yang timbul dalam cara

menjaga kebersihan iaitu kenal pasti masalah yang menyebabkan

sungai menjadi kotor.

Saya meminta pelajar secara berpasangan untuk mengaitkan

masalah pencemaran sungai dengan langkah – langkah menjaga

kebersihan sungai. Apa yang menghairankan, saya mendapati

bahawa pelajar agak tercengang dengan arahan yang saya beri. Saya

akhirnya cuba membantu mereka dengan menghuraikan masalah

satu persatu dan cuba memberikan contoh isi.

Saya terpanggil untuk mengetahui sebab masalah begitu berlaku

dalam kalangan pelajar. Adakah mereka kurang faham? atau skop

pengajaran saya yang terlalu susah untuk mereka faham. Akhirnya,

saya mendapati bahawa pelajar – pelajar kurang faham dengan tajuk

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Page 25: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

yang diajarkan kepada mereka. Setelah mendapat jawapan daripada

mereka, saya mendapati banyak yang saya perlu perbaiki.

Saya sedar bahawa kelas ini mempunyai tahap yang sedikit berbeza -

beza berbanding dengan kelas – kelas yang lain. Mereka

memerlukan tumpuan yang tinggi dan sifat ingin tahu dalam diri

untuk memudahkan setiap pengajaran yang dipelajari mudah

meresap ke dalam minda. Saya perlu mempelbagaikan kaedah dan

tenik pengajaran yang baru dan lebih ringkas untuk mereka supaya

lebih mudah memahami sesuatu topik pelajaran.

Natijahnya, pada pengajaran minggu yang ke hadapan, saya akan

cuba mempelbagaikan kaedah yang lebih mudah yang membolehkan

pelajar menjana pemikiran yang kreatif. Saya berharap dengan cara

tersebut, pelajar akan mudah memahami setiap pengajaran yang

diajarkan.

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 26: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 11 Ogos 2014

Hari : Isnin

Kelas : 1 Tekun

Tema : KOMSAS – Tema dan Persoalan dalam cerpen (Sepucuk

Surat daripada Kawan).

Saya memulakan kelas dengan menggunakan induksi set sebuah

replika surat. Saya menunjukkan replika surat tersebut kepada

pelajar dan saya menanyakan pendapat pelajar mengenai surat

tersebut. Saya telah menggunakan model pengajaran koperatif untuk

pengajaran kali ini.

Semasa sesi penerangan, saya ada menerangkan sedikit sinopsis

mengenai cerpen tersebut. Saya juga menerangkan plot – plot yang

menarik dalam cerpen ini dan kemudian memberikan maksud tema

dan persoalan. Saya cuba menerangkan tema dan persoalan secara

lebih terperinci dan menekankan beberapa plot yang boleh dikaitkan

dengan tema dan persoalan.

Saya telah menyuruh pelajar membaca mengenai cerpen ini terlebih

dahulu. Setiap pelajar bersemangat untuk membaca dan adakala

mereka berebut – rebut untuk membaca. Ada segelintir daripada

mereka yang tidak tahu membaca tetapi mereka cuba untuk

membaca. Kemudian, saya meminta mereka membentuk kumpulan

untuk melaksanakan tugasan berkumpulan. Apa yang

menghairankan saya, mereka langsung tidak mengendahkan arahan

saya. Mereka membuat tidak endah sambil bersembang – sembang

dengan rakan mereka yang lain. Saya cuba mengulangi arahan dan

kemudian baru mereka mula berpecah sedikit demi sedikit.

Saya mula berfikir mungkin arahan yang diberikan kepada mereka

tidak terlalu tegas atau mereka memang tidak suka apabila mereka

disuruh untuk membentuk kumpulan. Saya patut memberikan

kaedah lain supaya mereka suka membuat kerja secara kumpulan

nanti. Mereka malas untuk membentuk kumpulan kerana terpaksa

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Page 27: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

berkumpul dengan lelaki dan perempuan dan alasan sebegitu tidak

boleh diterima pakai.

Saya sedar setiap pelajar mempunyai kebebasan dalam proses untuk

menimba ilmu tetapi bagaimana jika arahan yang diberikan oleh guru

tidak diendahkan. Guru hanya menyuruh pelajar membentuk

kumpulan dan mereka bebas untuk memilih kalangan ahli namun

jika bilangan ahli tidak memcukupi untuk membentuk kumpulan

maka, terpaksa bergabung dengan kumpulan dan ahli yang lain.

Perkara sedemikian telah mengundang permasalahan dan mereka

tidak suka berada dalam kumpulan untuk berbincang. Saya akan

cuba mencari jalan untuk membawa mereka semua untuk menyukai

aktiviti yang dibuat secara berkumpulan.

Oleh hal yang demikian, saya akan cuba mengajar dengan

menggunakan teknik yang lebih berkesan untuk menarik minat

pelajar melaksanakan aktiviti secara berkumpulan. Mungkin dengan

cara itu, saya harap mereka dapat belajar sesuatu daripada proses

tersebut kerana perbincangan secara berkumpulan itu perlu untuk

mencambahkan ilmu.

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 28: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 11 Ogos 2014

Hari : Isnin

Kelas : 4 KM 1

Tema : Kata Tugas ( Kata Penyambung Ayat).

Saya masuk ke kelas tanpa memperkenalkan induksi set kerana

kesuntukan masa. Saya hanya terus ke fasa penerangan iaitu

menerangkan mengenai kelompok kata tugas dan menyatakan

beberapa jenis kata penyambung ayat iaitu kata hubung. Saya masih

menggunakan model pengajaran secara koperatif untuk pengajaran

pada kali ini. Saya terpaksa menganjak beberapa fasa dalam model

ini kerana tidak mempunyai masa yang mencukupi.

Saya menjelaskan konsep dan dan jenis – jenis kata tugas sebelum

itu dan kemudian masuk ke kelompoknya yang lebih besar tetapi

memfokuskan satu kelompok yang kecil iaitu Kata Penyambung

Ayat atau dikenali dengan Kata Hubung. Dalam proses ini, saya

menyenaraikan kata penyambung ayat kepada pelajar dan kata

penyambung ayat tersebut sesuai dengan konteks ayat yang

bagaimana.

Secara berpasangan, saya meminta mereka untuk melaksanakan satu

latihan mengenai Kata Penyambung Ayat ini. Mereka disuruh untuk

mengisi tempat kosong dengan Kata Penyambung Ayat yang sesuai

berdasarkan ayat yang saya berikan kepada mereka. Saya memantau

dan membinbing hasil kerja pelajar. Sewaktu fasa penilaian saya,

meminta mereka, saya meminta mereka membentangkan hasil kerja

terbabit.

Apa yang merunsingkan saya, saya mendapati ramai pelajar yang

masih lagi tidak dapat mengisi tempat kosong dalam ayat dengan

kata hubung yang sesuai dan mereka juga tidak dapat membuat ayat

dengan bauk berdasarkan kata hubung yang diberikan kepada

mereka. Dalam konteks ini, saya telah menyangka pembelajaran

mengenai Kata Penyambung Ayat ini lebih mudah kerana mereka

Refleksi Deskriptif

Page 29: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

sudah mempelajari kata ini sebelum ini namun, jangkaan saya

meleset sama sekali.

Saya terpanggil untuk mengetahui apakah sebab mereka kurang

mahir dalam menentukan Kata Hubung ini. Pelbagai persoalan mula

timbul dalam benak fikiran saya, adakah mereka tidak faham isi

pengajaran yang diajarkan? Saya cuba meneliti setiap fasa dalam

proses pengajaran dan pembelajaran ini mungkin pelajar tidak faham

dengan penerangan saya. Saya cuba mencari jawapannya daripada

pelajar dan ternyata banyak yang perlu saya perbaiki untuk

memudahkan mereka faham sesuatu topik yang diajarkan.

Saya beranggapan bahawa setiap pelajar mempunyai tahap

pemahaman masing – masing. Mereka yang memerlukan bimbingan

dan pemantauan yang lebih daripada pelajar biasa. Kebanyakan

pelajar di dalam kelas ini memerlukan penerangan yang lebih dan

menumpukan pada satu fokus sahaja semata – mata. Mungkin, saya

perlu melakukan sesuatu yang lebih mudah difahami oleh pelajar

tanpa membebankan mereka untuk mengetahui banyak fakta pada

satu – satu masa.

Kesimpulannya, saya akan cuba untuk mengubah cara pengajaran

saya di kelas ini pada minggu – minggu yang akan datang. Saya akan

mengajar teknik yang lebih mudah untuk pelajar memahaminya

secara ringkas dan tidak terlalu kompleks. Saya berharap pelajar

pada ketika itu akan mudah memahami dan menangkap isi

pengajaran yang diajarkan.

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 30: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 12 Ogos 2014

Hari : Selasa

Kelas : 4 KM 1

Tema : KOMSAS – Tema dan Persoalan dalam “ Syair Siti

Sianah.”

Pada permulaan kelas, saya telah menunjukkan beberapa jenis alat

kosmetik kepada para pelajar. Mereka tertanya – tanya mengapa saya

memperkenalkan alat komestik tersebut. Alat kosmetik tersebut saya

telah kaitkan dengan wanita yang suka berhias. Wanita boleh berhias

tetapi secara sederhana dan bukannya berhias berlebihan sehingga

mengubah rupa paras. Penerangan tersebut saya telah kaitkan dengan

isi yang diceritakan dalam “Syair Siti Sianah.” Dalam kelas ini, saya

telah biasa menggunakan model pengajaran secara koperatif.

Saya telah meminta pelajar membaca syair tersebut terlebih dahulu

dan kemudian saya pula yang menunjukkan cara mendeklamasikan

syair kepada mereka. Setelah itu, saya memperdengarkan cara

mendeklamasikan syair yang lain melalui audio yang telah saya

ambil daripada internet yang berkaitan dengan syair yang diajarkan.

Saya mula memberikan penerangan mengenai syair dan maksud

setiap baris yang ada dalam syair tersebut. Saya kemudiannya,

memfokuskan kepada tema dan persoalan. Saya menunjukkan cara

untuk mengenal pasti dan menyatakan tema dan persoalan.

Pelajar diberikan masa untuk membentuk kumpulan mengikut

kebebasan masing – masing. Saya telah meminta setiap kumpulan

menyatakan tema dan persoalan yang bersesuaian dengan syair yang

diajarkan. Saya memantau dan membimbing kumpulan yang lemah

dan tidak dapat mencari dan menyatakan tema dan persoalan yang

bersesuaian.

Setelah proses pembentangan setiap kumpulan dijalankan. Saya

dapat mengenal pasti kelemahan pelajar dalam menyatakan tema

dan persoalan yang sesuai dan berkaitan dengan syair tersebut.

Kebanyakan kumpulan menyatakan permasalahan yang berlaku di

dalam syair tersebut dan memfokuskan pada satu perihal sahaja yang

Refleksi Deskriptif

Page 31: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

berlaku dalam syair tersebut tanpa merumuskan kesemua isi yang

terdapat dalam syair tersebut.

Saya terpanggil untuk menganalisis semua masalah yang berlaku.

Saya mencari punca – punca pelajar tidak menyatakan tema dan

persoalan yang betul. Setelah menganalisis, saya baru sedar bahawa

saya telah melakukan kesilapan dalam penerangan sebentar tadi.

Saya kurang menerangkan secara lebih teliti mengenai cara mengenal

pasti dan menyatakan tema dan persoalan tersebut.

Saya percaya bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan mesti

memerlukan banyak latihan dan tunjuk ajar daripada orang yang

pakar. Begitu juga dengan pelajar, mereka memerlukan tunjuk ajar

yang sebetulnya dalam menyelesaikan tugasan dengan sebaiknya.

Setiap permasalahan yang berlaku boleh diselesaikan jika kita

memikirkan kaedah dan cara yang bersesuaian setelah mencari punca

– punca permasalahan tersebut. Jika berkaitan dengan permasalahan

ini, saya lebih fokuskan kepada penerangan mengenai tugasan

berkumpulan terlebih dahulu.

Sebagai penutup, saya akan cuba memperbaiki cara saya

memberikan penerangan kepada pelajar. Saya akan lebih

memfokuskan kepada topik perbincangan dalam isi pengajaran yang

diajarkan kepada mereka manakala isi – isi sampingan hanya akan

dijelaskan secara ringkas. Saya berharap pelajar akan lebih mudah

menangkap sesuatu isi pengajaran yang ingin difokuskan tersebut

daripada menerangkan kesemua elemen dalam unsur sastera melalui

dua masa tersebut.

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 32: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 12 Ogos 2014

Hari : Selasa

Kelas : 1 Tekun

Tema : KOMSAS – Nilai dan Pengajaran dalam cerpen “ Sepucuk

Surat daripada Kawan.”

Saya mengajarkan lanjutan daripada cerpen ini yang diajarkan di

kelas ini semalam. Semalam, para pelajar mengenali tema dan

persoalan di dalam cerpen dan hari ini pelajar belajar untuk

menyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini.

Saya memulakan kelas dengan mengaitkan cerita yang diajarkan

semalam kepada mereka. Kemudian, saya mula memberikan

penerangan mengenai nilai dan pengajaran dan cara untuk mencari

nilai dan pengajaran dalam sesuatu bahan yang berbentuk sastera.

Saya telah meminta mereka menyalin nota yang saya telah tulis di

papan tulis. Saya kemudian menceritakan serba sedikit mengenai

sinopsis cerpen ini semula. Saya telah meminta para pelajar duduk

secara berkumpulan atau pasangan. Setelah itu, saya memberikan

tugasan yang meminta menyenaraikan tema dan persoalan yang

bersesuaian. Saya memantau setiap kumpulan agar mereka dapat

melaksanakan tugasan dengan baik dan mudah.

Apa yang membimbangkan saya, ada segelintir kumpulan yang tidak

mengambil kisah dengan arahan yang saya berikan. Saya masih

berbual – bual dengan rakan – rakan mereka yang lain tanpa

menghiraukan kehadiran saya. Setelah saya memberikan ugutan

barulah mereka mula melakukan sesuatu untuk tugasan. Alasan yang

mereka berikan ialah mereka tidak memahami cara untuk

menyatakan nilai dan pengajaran berdasarkan cerpen tersebut.

Saya tertanya – tanya dengan permasalahan yang berlaku. Apakah

punca – punca pelajar tidak dapat memahami teknik pengajaran

saya? Adakah saya berkomunikasi dengan terlalu cepat? Atau, saya

menggunakan perkataan yang kompleks yang sukar untuk difahami

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Page 33: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

oleh pelajar. Saya cuba mencari jawapan dan jawapan dapat dikenal

pasti iaitu mereka tidak tahu mengenai isi kandungan cerpen

tersebut kerana tidak memberikan perhatian semasa saya cuba

menerangkan sinopsis cerpen tersebut pada mereka sebentar tadi.

Saya mengetahui bahawa pelajar – pelajar mempunyai tahap

penumpuan mereka yang berbeza – beza. Ada segelintir pelajar

hanya dapat memberikan perhatian dan penumpuan hanya dalam

masa beberapa minit sahaja. Kemudian, mereka akan mengalih

perhatian mereka dengan berbual – bual dengan rakan sekelas dan

bermain – main. Jalan penyelesaiannya, guru harus mencari teknik

yang bersesuaian yang dapat menarik minat pelajar supaya dapat

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara terus.

Maka, saya akan cuba memperbaiki kaedah pengajaran saya kepada

pelajar –pelajar di kelas ini. Mungkin saya perlu melaksanakan

teknik pengukuhan dan cara permainan yang dapat menarik minat

pelajar mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara

berkesan. Dengan cara tersebut, saya berharap mereka dapat

mengikuti sesi pengajaran dengan lebih baik.

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 34: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 13 Ogos 214

Hari : Rabu

Kelas : 1 Tekun

Tema : Tatabahasa – Frasa dan jenis – jenis frasa.

Hari ini saya mula masuk ke kelas tanpa sebarang alat bantu

mengajar. Saya masuk ke kelas dengan membawa sedikit nota

kepada pelajar. Saya memulakan induksi set dengan mengaitkan

pengajaran yang lepas dengan pengajaran pada hari tersebut. Pelajar

nampaknya dapat melihat hubungkait antara kedua – dua topik

tersebut. Saya telah menggunakan model pengajaran secara

koperatif. Selesai sahaja mengaitkan kedua – dua topik, saya mula

masuk ke fasa penerangan.

Dalam fasa penerangan, saya cuba menerangkan konsep frasa dan

jenis – jenis frasa kepada para pelajar. Saya mula menerangkan

konsep frasa terlebih dahulu dan kemudian jenis – jenis frasa kepada

pelajar. Pada mulanya, para pelajar sedikit terpinga – pinga dalam

mengenal frasa dalam ayat. Setelah saya menerangkan satu persatu

mengenai frasa barulah mereka cuba untuk memahami. Saya

kemudian menerangkan jenis – jenis frasa yang terdapat dalam ayat.

Saya cuba memberikan contoh bagi tiap – tiap jenis frasa. Saya

bertanyakan kepada pelajar mengenai tahap kefahaman mereka

mengenai subjek yang diajarkan. Kebanyakan dalam kalangan

mereka mengatakan bahawa mereka faham dengan topik pelajaran

pada hari tersebut.

Tanpa berlengah, saya meminta mereka berada dalam kumpulan

masing – masing. Kemudian saya mengedarkan tugasan kepada

setiap kumpulan dan saya meminta mereka menyelesaikan tugasan

tersebut secara perbincangan. Semasa mereka menjalankan

perbincangan secara berkumpulan, saya telah memantau dan

membimbing kumpulan yang lemah dalam melaksanakan tugasan

yang diberikan.

Page 35: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Setiap kumpulan bersedia untuk membentang apabila saya meminta

mereka menamatkan segala yang masih tertinggal dalam

melaksanakan tugasan yang diberikan. Saya telah meminta setiap

kumpulan menyediakan wakil untuk membentang hasil kerja

berkumpulan tersebut di hadapan kelas manakala pelajar yang lain

hanya berdiri dan membantu ahli kumpulan yang sedang

membentang.

Setiap kumpulan mula menghantar wakil dan sesi pembentangan

dimulakan. Apa yang menghairankan saya, sesi pembentangan

tersebut tidak berjalan seperti yang dirancang, mereka yang mula

membentang dengan hanya membaca tulisan yang terpamer di atas

kertas sebak tanpa memberikan sebarang penerangan bagi ayat yang

ditulis tersebut. Saya cuba meneliti permasalahan yang berlaku

dalam kalangan pelajar ini, ternyata mereka kurang memahami

maksud frasa dan tidak tahu mengenal pasti jenis frasa dalam ayat

yang diberikan.

Saya mengetahui setiap pelajar mempunyai tahap pemahaman yang

berbeza – beza. Mungkin hanya sekumpulan pelajar sahaja yang

memahami pengajaran yang saya ajar sebentar tadi manakala

segelintir pelajar lain tidak begitu memahami topik yang diajarkan.

Saya cuba mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah

tersebut.

Konklusi bagi refleksi pada kali ini, saya akan cuba memperbaiki

teknik pengajaran saya supaya tidak tertumpu kepada segelintir

pelajar di hadapan sahaja tetapi melibatkan semua pemahaman

pelajar sekaligus. Saya berharap dengan sedikit pengubahsuaian

teknik pengajaran yang dilakukan pelajar akan dapat memperoleh

ilmu secara berkesan.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 36: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 15 Ogos 2013

Hari : Jumaat

Kelas : 1 Tekun

Tema : Karangan berpandukan bahan rangsangan ( Sumbangan

tokoh – tokoh pemimpin dalam memajukan masyarakat dan negara

Malaysia).

TIDAK DAPAT MENJALANKAN

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KERANA GURU SUBJEK INI

MENGAMBIL MASA UNTUK

MENGAJAR DI KELAS INI

Page 37: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 15 Ogos 2014

Hari : Jumaat

Kelas : 4 KM1

Tema : Tatabahasa – Kata Tugas ( Kata Penyambung Ayat ).

Saya telah merancang untuk membawa sedikit kelainan apabila saya

memasuki ke kelas ini. Saya membawa seutas tali rafia untuk

dijadikan sebagai induksi set hari ini. Tali rafia tersebut telah saya

potong kepada beberapa bahagian. Saya telah meminta kelas untuk

menghubungkan tali rafia itu semula supaya menjadi seutas tali

yang panjang. Mereka memberi pendapat dengan mengikat kesemua

tali rafia dengan beberapa ikatan simpulan. Saya mengiyakan

jawapan mereka dan meminta mereka melakukan ikatan tersebut

sehingga berjaya. Seterusnya, saya mengaitkan ikatan tali rafia

tersebut dengan topik pengajaran pada hari itu.

Saya telah mengedarkan petikan mengenai tempat rekreasi kepada

pelajar. Saya mengarahkan mereka untuk membaca petikan terbabit

sambil menumpukan kepada perkataan yang dihitamkan tersebut.

Saya bertanya kepada pelajar mengenai pendapat mereka terhadap

perkataan yang dihitamkan tersebut. Mereka masih keliru untuk

menyatakan jawapan dan akhirnya saya memberitahu mereka

bahawa perkataan yang dihitamkan ialah kata hubung atau kata

penyambung ayat. Saya cuba menerangkan konsep kata hubung

kepada pelajar serta memberikan contoh ayat yang sesuai.

Semasa sesi penerangan, saya ada menyatakan isi – isi penting yang

perlu diambil kira dan diambil perhatian oleh pelajar. Saya meminta

mereka menyalin isi – isi penting terbabit. Selesai sesi penerangan,

saya mula meminta pelajar untuk membentuk kumpulan bagi

melaksanakan tugasan berkumpulan. Saya memberikan syarat –

syarat semasa membentuk kumpulan tersebut. Mereka menuruti

segala syarat yang telah diperintahkan. Saya memantau pergerakan

pelajar – pelajar apabila mereka mula bergerak untuk membentuk

kumpulan sendiri.

Page 38: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Semasa melakukan tugasan berkumpulan, saya agak sedikit tertekan

dengan sikap pelajar yang tidak ambil kisah dengan suruhan yang

saya berikan. Mereka bertindak sesuka hati malah tidak

mengendahkan dengan tugasan yang perlu dilaksanakan. Akhirnya,

saya bertindak untuk tidak menghiraukan mereka yang berkelakuan

sedemikian dan mula menumpukan perhatian kepada pelajar lain

yang ingin belajar. Apa yang merungsingkan saya ialah mereka

akan menganggu para pelajar yang lain yang ingin belajar. Saya

telah menasihati mereka dengan cara yang agak sopan dan meminta

mereka berubah sikap tersebut.

Saya mula terfikir selepas selesai sesi pengajaran dan pembelajaran

di kelas berkenaan. Saya rungsing memikirkan kerenah mereka

yang semakin menjadi – jadi saban hari. Adakah teknik pengajaran

saya yang terlalu bosan atau mereka sudah malas untuk belajar?

Saya mula menyalahkan diri sendiri jika seorang guru bijak

menguruskan anak muridnya, sudah tentu tiada permasalahan yang

akan timbul. Kata – kata ini menjadi pegangan hidup saya dalam

mendidik anak bangsa kita tetapi saya tiada daya untuk menjadi

guru seperti itu. Saya mula memikirkan beberapa cara yang boleh

menarik minat pelajar terhadap topik pengajaran.

Oleh hal yang demikian, saya akan cuba mengajarkan sesuatu

teknik yang baru dan pelbagai dari semasa ke semasa untuk

menarik minat pelajar terhadap sesuatu topik yang diajarkan. Saya

berharap dengan kepelbagaian teknik yang saya perkenalkan dapat

menarik pelajar – pelajar yang malas untuk cuba mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran saya jalankan di kelas nanti.

InsyaAllah.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 39: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

Tarikh : 18 Ogos 2014

Hari : Isnin

Kelas : 1 Tekun

Tema : KOMSAS – Bacaan dan kefahaman terhadap petikan sajak

yang berjudul “ Lebah dan Madu.”

Saya telah menukarkan tajuk pengajaran ini dengan mengajarkan “

Pantun Teka – teki” kepada pelajar – pelajar di kelas ini kerana saya

ingin mengulangi kaji semula isi pengajaran yang pernah diajarkan

oleh guru sebelum ini. Saya telah memulakan induksi set dengan

menanyakan beberapa teka – teki kepada para pelajar di kelas ini.

Mereka nampak teruja dengan kaedah penyoalan teka – teki kepada

mereka. Saya kemudian mengaitkan teka – teki terbabit dengan

topik pengajaran pada hari tersebut.

Saya mula membacakan pantun teka – teki tersebut di hadapan

pelajar. Kemudian, saya telah meminta beberapa orang wakil pelajar

untuk mendeklamasikan pantun tersebut mengikut cara mereka yang

tersendiri. Ada sesetengah pelajar yang secara sukarela ingin

mendeklamasikan pantun tersebut. Saya telah meminta mereka ke

hadapan kelas dan melakukan perbuatan tersebut dan ternyata ramai

dalam kalangan pelajar yang malu untuk tampil ke hadapan kelas

bagi mempamerkan bakat mereka. Seterusnya, saya cuba berbincang

maksud bagi setiap bait yang terdapat dalam pantun bersama – sama

pelajar.

Saya telah meminta pelajar secara berpasangan untuk menjalankan

sesuatu aktiviti. Mereka menuruti perintah dan memilih pasangan

yang terdekat sahaja. Saya telah meminta mereka mengenal pasti

gaya bahasa dalam pantun tersebut mengikut bait sambil itu saya

cuba menerangkan mengenai gaya bahasa yang terdapat dalam

pantun sebelum tugasan ini dilakukan oleh mereka.

Semasa saya memantau hasil kerja setiap kumpulan, saya mendapati

bahawa ada segelintir pelajar yang masih tidak mengetahui gaya

bahasa sebenarnya, saya cuba menjelaskan secara terperinci kepada

para pelajar terbabit. Namun, mereka masih kurang faham dengan

Page 40: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi

penerangan yang saya berikan. Apa yang menghairankan saya,

mengapakah mereka masih kurang faham dengan penjelasan

daripada saya? Terlalu cepatkah saya bercakap? Atau saya terlalu

menggunakan perkataan yang terlalu kompleks yang sukar difahami

oleh pelajar? Saya mula berfikir sejenak dan mula mencari punca –

punca mengapa para pelajar terbabit masih termangu – mangu. Saya

cuba mencari penyelesaian dan saya akhirnya menemui puncanya

adalah berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan

perkataan yang sukar untuk difahami oleh pelajar.

Saya sedar bahawa saya sedang mengajar di kelas pertengahan iaitu

rendah dalam tahap pemahaman mereka. Jadi, sebagai seorang guru

yang kreatif dan dinamik, guru perlulah menggunakan teknik dan

laras pengajaran yang lebih mudah untuk kelas – kelas di

pertengahan ini. Saya pasti jalan penyelesaiannya ialah guru perlu

menukarkan cara mengajar tersebut ke laras yang lebih rendah dan

sesuai dengan pemahaman pelajar.

Tuntasnya, saya akan mengajarkan cara yang lebih mudah untuk

pelajar memahami sesuatu topik pembelajaran tanpa berfikir secara

kompleks. Saya mengharapkan suatu kelainan akan mula berlaku

jika saya mengubah cara penyampaian ilmu saya kepada pelajar di

kelas ini. InsyaAllah dengan doa dan tawakal.

Refleksi Deskriptif

Refleksi Dialog

Refleksi Kritikal

Tindakan

Page 41: Jurnal reflektif terbaru

Jurnal Reflektif Pengajaran Tahap Refleksi