inovasi dan kreativiti dalam pendidikan

72
Bab 5 – Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas. Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang. Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu. Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan. ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem. Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu. Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Upload: mohd-sahimi-ibrahim-sahimi

Post on 30-Jul-2015

177 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Bab 5 – Inovasi dan Perubahan dalam Pendidikan

Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan. Pengertian ini di anggap agak longgar dan tidak begitu jelas.

Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang di anggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.

Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.

ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.

Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.

Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.

Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.

Page 2: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.

Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-

Merupakan penghasilan baru Berbentuk maujud dan mujarad Berdasarkan proses penyusunan semula Dengan menggunakan unsur yang sedia ada Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

Inovasi dibuat oleh manusia kreatif untuk membina trend baru atau trendsetter untuk menjadi peneraju (pioneer) dan lantas meraih peluang maksimum dalam ekosistem yang banyak persaingan. Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:-

1. Peringkat individu2. Peringkat organisasi

Peringkat Individu

Di peringkat ini, inovasi dibuat oleh individu kreatif dengan cara menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru untuk menghasilkan sesuatu teknologi baru atau membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Istilah penting di sini ialah modifikasi.

Peringkat Organisasi

Di peringkat organisasi, inovasi ialah ciri penting bagi sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Di sini organisasi sentiasa hidup serta berinteraksi secara aktif dan prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan maksimum.Organisasi inovatif ialah organisasi yang berwawasan dan bijak merencana rancangan strategik iaitu dengan cara:-

1. Meneliti ciri-ciri kekuatannya dan menggunakannya untuk mempertahankan kedudukannya dalam sesuatu ekosistem2. Meneliti kelemahan-kelemahan dan merangka strategi mengatasi setiap kelemahan dengan cekap dan pantas3. Meneliti ekosistem dan mengenal pasti peluang-peluang yang ada untuk diperoleh secara sistematik4. Melancarkan strategi, dasar dan prosedur untuk menentang bahaya dan ancaman dari luar dan dalam organisasi (Bryson dan Kaufman, 1988)

Kelly Dan Littman (2000) dalam bukunya The Art of Innovation menggariskan elemen-elemen asas inovasi bagi apa jua organisasi, khususnya syarikat-syarikat iaitu:-

1. Inovasi bermula dengan kepekaan terhadap semua benda dan perkara dalam persekitaran, khususnya tentang perkara yang digemari oleh manusia dan perkara yang menyusahkan dan dibenci oleh manusia.2. Inovasi dibuat bagi meningkatkan keselesaan dan kualiti apa jua perkara dan benda yang digemari

Page 3: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

oleh manusia dan sebaliknya mengurangkan masalah pada pengguna dan klien.3. Inovasi yang jitu berlaku melalui sesi muafakat dan perbincangan tentang maklumat dan fakta yang diperoleh daripada pengguna, klien, masyarakat dan persekitaran. Sesi muafakat berlaku secara berterusan.4. Inovasi memerlukan lapan jenis manusia iaitu, jemaah tadbir berwawasan (visionaries), penentu masalah (troublesshooter), pengkritik (iconoclast), detektif, seni ketukangan (craftman), teknokrat, pemaju (enterpreneur) dan pereka bentuk fleksibel.5. Inovasi memerlukan keupayaan mengatasi rintangan (barrier jumping) dan keberanian untuk mencuba idea yang unik dan ganjil.6. Inovasi mesti diiringi dengan keinginan melakukan inovasi, suasana yang mendorong inovasi dan penyertaan disebabkan keseronokan melakukan perkara baru dan mencipta nama baru.7. Inovasi memerlukan jangkaan tentang keadaan masa hadapanDalam sistem pendidikan secara berpusat yang diamalkan di Malaysia, pelaksanaan inovasi pendidikan adalah bersifat menjunam melalui proses dari atas ke bawah. Proses yang perlu dilalui untuk menyebarkan inovasi kepada penerima adalah panjang dan berliku, melibatkan beberapa peringkat penyebaran tertentu. Lazimnya, penyebaran inovasi itu dilaksanakan secara stereotaip melalui mesyuarat, kursus, bengkel, seminar dan sebagainya. Berdasarkan cara ini beberapa kekurangan dikenal pasti. Misalnya, apa yang difahami oleh penerima tidak semestinya apa yang dihajati oleh penyampai asalnya. Ataupun jika difahami seperti apa yang dihajati, ada kemungkinan tidak dipersetujui.

Selain halangan dari segi pergeseran maklumat mengenai inovasi pendidikan itu, strategi kursus juga memerlukan kos yang tinggi, bilangan penyampai yang ramai, halangan pentadbiran yang banyak, hingga dengan itu keberkesanan sistem lain sering dipersoalkan. Antara masalah lain yang wujud dalam inovasi pendidikan adalah seperti berikut:-

1. Bidang atau sempadan inovasi pendidikan terlalu luas dan umum bagi mendapat sesuatu persetujuan2. Kepakaran dalam bidang inovasi yang ingin diperkenalkan adalah terhad justeru ketiadaan pengetahuan dan pengalaman mengenainya3. Kajian atau penyelidikan yang telah dibuat dalam usaha ke arah inovasi pendidikan adalah dilakukan secara sendiri-sendiri dan bersifat beberapa usaha di sana sini. Ia tidak mengkhusus dan tidak berterusan. Justeru timbul masalah kesinambungan antara kajian-kajian dan kemantapan hasil4. Pengwajaran dan perimbangan untuk tujuan inovasi pendidikan sering mempergunakan kriteria-kriteria yang terhad. Halangan-halangan dan kekangan-kekangan telah membatasi kriteria ini ke takat apa yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa dan bukan oleh keperluan yang berbangkit5. Kesan sampingan yang negatif yang berlaku semasa sesuatu inovatif pendidikan dijalankan telah tidak dipulihkan. Ini mengancam kredibiliti malahan keberkesanan inovasi yang dihajatkan.6. Sokongan untuk sesuatu inovasi pendidikan tidak konsisten. Ini bermakna sokongan-sokongan yang sangat diharapkan malah diperlukan oleh pentadbir, pendidik dan guru-guru dalam usaha menjayakan inovasi ini sering tergugat, tidak kukuh dan tidak berterusan. Sokongan ini sangat perlu lebih-lebih lagi di peringkat usaha inovasi tersebut.7. Wujud perbezaan dan bertentangan pendapat di kalangan pendidik sendiri dalam usaha memperoleh inovasi pendidikan.8. Terdapat kurangnya sambutan daripada pencadang inovasi sendiri terhadap kritikan-kritikan yang datang daripada orang ramai. Biasanya jika ada sambutan yang diberikan, ia lebih merupakan ssuatu usaha pewajaran sahaja dari pihak pencadang inovasi dan bukannya satu penjelasan yang berbentuk teknikal dan empirikal.9. Wujudnya kekeliruan berhubung definisi dan keperluan inovasi pendidikan di kalangan penyampai sendiri dan juga di kalangan penerima.

Page 4: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

10. Terdapat kecenderungan di kalangan penyampai inovasi mengambil, menerima, memperaku dan menggunakan inovasi pendidikan yang di bentuk oleh negara lain dengan andaian ia sesuatu untuk kegunaan di negeri ini.

KREATIVITI DALAM PEMBELAJARAN

Apa itu kreativiti? Berbagai-bagai makna dan pengertian telah diberikan terhadap erti kreativiti. Menurut Majaro (1992) kreativiti sebagai proses pemikiran yang mendorong dalam mengeneralisasikan idea baru.

Oldham dan Cumming (1196) menyatakakan kreativiti ialah original, berkaitan, produk yang bermanfaat atau prosedur menghasilkan idea baru.

Nystrom (1979) menyatakan kreativiti sebagai penemuan baru di mana ia menuju ke arah yang lebih realiti.

Mumford dan Gustafson (1998) menyebut kreativiti ialah penghasilan produk-produk dan dihargai oleh masyarakat.

Irving Taylor (1959) pula membuat analisis ke atas seratus definisi kreativiti dan mengklasifikasikannya kepada lima peringkat iaitu:-

1. Peringkat ekspresif2. Peringkat produktif3. Peringkat inventif4. Peringkat inovatif5. Peringkat emergentif

Secara am, semua pakar bersetuju novelti adalah komponen yang wajib dalam kreativiti. Boleh diringkaskan secara umum bahawa kreativiti ialah kombinasi di antara idea baru dan idea lama. Idea baru diperlukan dan idea lama dikaji dan dinilai semula. Ia juga merupakan proses melihat semula, memilih, menukar ganti, gabungan antara maklumat idea baru dan kemahiran.

Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kuasa atau force yang penting bagi mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid. 2002). Pengurusan organisasi sekolah perlu kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya saintifik, penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia. Cabaran sekolah dan pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi maklumat memerlukan sekolah mengadaptasikan pelbagai perubahan yang berlaku (Harman, 1998). Wawasan dan misi sekolah perlu bersifat kreatif bagi menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang berkesan dan progresif (Wall, 1999). Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi wawasan organisasi yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan, penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999).

Caserani dan Greatwood (1995) menggariskan beberapa langkah dan strategi penting bagi mencetuskan kreativiti dalam organisasi sekolah dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:-

Page 5: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

1. Mewujudkan persekitaran untuk perkembangan kreativiti2. Menggalakkan perkembangan idea dan pendapat3. Pengaliran dan kebebasan maklumat untuk mendorong kreativiti4. Membina suasana dan iklim organisasi tempat kerja yang menggalakkan kreativiti5. Membentuk struktur kreatif penyelesaian masalah6. Perkembangan pemikiran kepada tindakan

Terdapat pelbagai jenis kreativiti yang boleh dikembangkan dalam organisasi pembelajaran sekolah. Taylor (1975) menyarankan beberapa jenis kreativiti berikut yang menunjukkan perbezaan dari segi proses iaitu:-

1. Kreativiti Ekspresif - ekspresi yang berlaku secara bebas di mana originaliti dan kualiti tidak dipentingkan (contoh, cap jari kanak-kanak)2. Kreativiti Teknikal – kecekapan bagi menghasilkan sesuatu produk (contoh, membuat biola)3. Kreativiti Inventif - reka cipta baru yang dihasilkan seperti penemuan telefon bimbit dan penulisan novel4. Kreativiti Inovatif - kefahahaman dan modifikasi andaian asas dan prinsip-prinsip dengan pendekatan alternatif5. Kreativiti emergentif - kreativiti yang kompleks dan bentuk yang jarang berlaku yang boleh merintis perubahan keseluruhan prinsip atau andaian paling asas dan di peringkat abstrak.

Dalam organisasi sekolah terdapat beberapa jenis kreativiti yang mendasari perkembangan pendidikan di sekolah, yang meliputi:-

1. Kreativiti kurikulum – ini banyak berlaku dalam isi kandungan pelajaran, tema dan aspek-aspek pembelajaran, reka bentuk dan gubahan bahan pembelajaran, strategi dan pelaksanaan kurikulum.2. Kreativiti pengajaran – menyentuh kaedah-kaedah, pendekatan, cara, pengurusan dan organisasi pembelajaran, perancangan dan pelaksanaan pengajaran di bilik darjah dan di sekolah3. Kreativiti profesional – mengenai perkembangan guru dari segi personaliti, cara dan budaya profesional yang dikembangkan, kecekapan dan kepakaran, amalan baru, pemikiran baru, adaptasi terhadap inovasi pendidikan yang berlaku dan dilaksanakan dalam profesion ini.4. Kreativiti pemikiran - mencorakkan perkembangan minda, pandangan yang progresif, fikiran terbuka, pembacaan dan pengetahuan yang kreatif, pencetusan idea baru yang mendorong kemajuan diri dan kemajuan pendidikan amnya.5. Kreativiti persekitaran belajar – iaitu kreativiti yang mencorakkan suasana dan keadaan tempat belajar seperti bilik darjah dan sekolah. Iklim sekolah dan bilik darjah yang dinamik dan progresif boleh terbentuk jika ada pendekatan kreatif berlaku dalam organisasi pembelajaran.6. Kreativiti pengurusan – cara sekolah dikendalikan dan beroperasi, inovasi dalam sistem pengurusan, hubungan, sokongan, kemajuan pembelajaran, penyelesaian masalah dalam hubungan dan perkhidmatan yang ditawarkan.7. Kreativiti teknologi – bagaimana teknologi digunakan untuk pencetusan inovasi dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah. Inovasi terknologi maklumat dan sumbangannya kepada kreativiti dan inovasi sekolah.Sekolah perlu membangunkan sistem pendidikannya yang kreatif bagi melahirkan individu dan masyarakat yang kreatif. Pelbagai inovasi yang boleh mendorong kepada perubahan dan kemajuan kreatif perlu diperkenalkan dalam sistem pengurusan pembelajaran sekolah. Unsur-unsur kreatif yang dikembangkan di sekolah boleh menjadikan sekolah lebih berinovasi dan berdaya maju bagi membina kesejahteraan dan menggilap potensi manusia. Wawasan falsafah pendidikan sekolah perlu bersandarkan kepada idea pemikiran progresif yang mementingkan kreativiti dan inovasi untuk dikembangkan dalam sistem pembelajaran sekolah.

Page 6: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

FAKTOR-FAKTOR UTAMAPERKEMBANGAN KREATIF DAN INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada perkembangan pembelajaran kreatif dan inovatif ialah,

1. Pengurusan2. Komunikasi terbuka3. Teknologi4. Penyelesaian masalah5. Budaya6. Strategi7. Kepimpinan dan8. PemikiranFaktor-Faktor Utama Dalam PerkembanganPembelajaran Kreatif Dan Inovatif

PENGURUSAN

Kreativiti dan inovasi dalam pengurusan sekolah boleh menjadikan sekolah sebagai satu organisasi pembelajaran yang bebas daripada belenggu birokrasi, dan ia dapat menjadikan sekolah lebih dinamik, terbuka, ceria, cekap dan dapat menangani serta menyelesaikan masalah dengan lebih mesra dan berhemah.

Dengan meluaskan lagi unsur-unsur kreatif dan inovatif dalam pengurusan sekolah, kebebasan dan demokrasi akan dapat berkembang dan mencorakkan amalan hidup masyarakat sekolah. Sistem komunikasi yang terbuka, pengaliran maklumat yang demokratik, kepimpinan sekolah yang berhemah, dan falsafah pengurusan yang berasaskan hubungan dan pembangunan insan yang harmoni boleh mencorakkan sekolah menjadi sebuah institusi sekolah yang kreatif dan inovatif.Pengurusan yang kreatif dan inovatif juga perlu dirangka berlandaskan perancangan strategik perubahan. Perancangan yang dibuat adalah ke hadapan dan bersifat progresif serta berpaksikan kepada strategi kreatif dan inovatif untuk meperjuangkan organisasi pembelajaran. Pengurusan organisasi pembelajaran melibatkan:-

a. Perancangan perubahan

Perancangan perubahan yang bersifat mikro dan makro yang berasaskan penyelesaian masalah perlu dilakukan dengan lebih kreatif dan inovatif. Sebagai contoh, rancangan pengajaran tahunan dan mingguan perlu dirancang dengan lebih informatif dan kreatif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran guru.

b. Pengetahuan

Organisasi sekolah yang kreatif dan inovatif amat memerlukan seorang guru yang berkemahiran, berpengetahuan, pakar, dedikasi, profesional dan mempunyai semangat kerja yang tinggi dan berdaya maju. Mereka di anggap sebagai tenaga penggerak dan aset kepada kemajuan organisasi pembelajaran untuk menjamin kualiti pendidikan.

c. Strategi pengajaran dan pembelajaran

Page 7: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar.

Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan guru-guru sekolah. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari.

Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru juga tidak mengamalkan pembelajaran yang bersifat autokratik dan pasif sebaliknya lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan sekolah sebagai institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati.

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kreatif dan inovatif juga menjadikan pembelajaran sesuai dengan naluri perkembangan manusia. Sekolah yang kreatif dan inovatif dapat mendorong perubahan dan kemajuan kognitif, efektif dan psikomotor murid-murid. Sekolah juga dapat berperanan sebagai organisasi pembelajaran yang efektif bagi mengembangkan pelbagai kecerdasan (multiple intelligence) dengan menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang dapat menggilap dan mengembangkan potensi individu yang berbeza-beza dari segi kebolehan, minat, kecerdasan dan kecekapan mereka.

Perubahan dinamik yang berlaku di sekolah juga disebabkan oleh kesan positif pengaruh kreativiti dan inovasi, terutama dari segi kaedah pengajaran. Kaedah dan pendekatan yang lebih menarik dan berkesan yang berlaku mencerminkan kreativiti guru dan sumbangan kreatif peralatan, teknologi, stail dan organisasi pembelajaran. Terdapat kesan positif pengajaran dan pencapaian murid. Guru yang kreatif dan inovatif mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, pemikiran divergen, pemikiran kreatif, pemikiran kritis dan pemikiran strategik. Keterampilan ini menjadikan guru kreatif dan inovatif adalah guru yang efektif yang sangat penting kepada perubahan pendidikan dan kemajuan sekolah.

d. Kurikulum

Pencetusan kreativiti dan inovasi dalam pelaksanaan kurikulum amat penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pendidikan negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai perubahan baru. Inovasi kurikulum yang meliputi inovasi dan kreativiti dalam isi kandungan, pengetahuan dan jenis-jenis kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar boleh dinilai melalui cara ia dilaksanakan di sekolah. Kurikulum yang berkesan ialah kurikulum yang dapat memenuhi kehendak individu atau pelajar. Ianya juga dapat menyediakan pelajar dengan dunia pekerjaan dan juga mengembangkan bakat, potensi, pemikiran, budaya, daya cipta, pengetahuan, kemahiran dan kebolehan pelajar.

Ini memerlukan guru menggunakan pelbagai kaedah, strategi dan pendekatan yang sesuai dan berkesan dengan keperluan pelajar dan keadaan serta kekangan yang wujud di sekolah. Pelaksanaan kurikulum pada umumnya memerlukan guru mengaplikasikan pengetahuan dan strategi yang kreatif

Page 8: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

dan inovatif. Guru juga harus komited dan dedikasi menjadikan pengajaran yang disampaikan lebih kreatif dan inovatif. Strategi baru dan kaedah pembelajaran kreatif perlu dikembangkan di kalangan pelajar supaya pelajar dapat menguasai pembelajaran dengan lebih kreatif, inovatif dan berkesan. Bagi memantau dan mengawal kualiti pengajaran di sekolah, pasukan pemantauan kurikulum atau teamwork perlu dubentuk dengan tujuan menggalakkan inovasi dan kreativiti dikembangkan dengan berkesan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.e. Pengurusan organisasi pembelajaran

Pengurusan organisasi pembelajaran hendaklah berkualiti dan mengikut kehendak negara. Ianya mampu membimbing pelajar menjadi ahli masyarakat yang kreatif dan inovatif dan juga menghasilkan pelajar yang berkeupayaan menentukan halatuju masa depannya sendiri.

KEPIMPINAN

Kepimpinan sekolah memainkan peranan penting ke arah pencetusan inovasi organisasi pembelajaran di sekolah. Selain daripada mempunyai latihan, pengalaman, pendedahan dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan, kepimpinan sekolah perlu mempunyai dorongan dan komitmen bagi membawa perubahan sekolah melalui meluaskan kreativiti dan inovasi dalam seluruh aspek pengurusan dan pendidikan organisasi sekolah.

Pemimpin perlu merangka strategi yang berkesan bagi membawa perubahan dinamik dan menjadikan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Organisasi sekolah perlu mempunyai dan membentuk kepimpinan kolektif bagi memimpin perubahan berasaskan kepada strategi dan pendekatan kreatif dan inovatif dalam pengurusan pendidikan sekolah.

Kepimpinan sekolah perlu menunjukkan minat dan usaha bagi membangunkan sekolah sebagai organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif. Ketandusan kreativiti dan inovasi dalam organisasi sekolah boleh dilihat sebagai punca utama kelemahan institusi sekolah dalam menghadapi perubahan dan cabaran inovasi yang berlaku dalam pelbagai kehidupan manusia seperti inovasi teknologi, inovasi pengetahuan dan inovasi belajar. Kejayaan dan perkembangan organisasi pembelajaran banyak bergantung kepimpinan yang bersifat kreatif dan inovatif. Pemimpin perlu berpandangan jauh, pemikiran terbuka, serta sedia mendengar pandangan orang lain. Mereka juga perlu mempunyai kewibawaan yang baik dalam mencorakkan berbagai pembaharuan dalam organisasi terutama di sekolah. Dengan ciri-ciri yang ada, mereka boleh mendorong dalam meningkatkan kualiti produk, kualiti intelektual dan kualiti prestasi pelajar. Juga berkeupayaan memotivasikan ahlinya serta dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan ahli yang ada dalam organisasinya.

BUDAYA

Ciri budaya sekolah kreatif dan inovatif ialah wujudnya persekitaran belajar yang mendorong semangat belajar pelajar, membentuk minat yang mendalam, kesedaran dan daya usaha, dedikasi dan perkembangan potensi pelajar. Pelajar juga tidak menghadapi masalah bagi mendapatkan bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru-guru yang dedikasi, terlatih dan profesional.Sekolah yang kreatif dan inovatif juga menonjolkan keceriaan fizikal, keceriaan budaya serta keceriaan iklim sekolah. Penonjolan ini menjadikan sekolah tempat belajar yang harmoni, menceriakan dan sesuai untuk perkembangan psikologi kreativiti dan inovasi berlaku. Perasaan dan pemikiran yang ceria juga boleh wujud dalam suasana dan iklim sekolah yang ceria. Sekolah yang ceria, kreatif dan inovatif boleh mengurangkan pelbagai gejala sosial dan moral yang tidak diingini.

Page 9: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Penonjolan budaya kreatif dan inovatif boleh berlaku dengan pelbagai cara seperti aktiviti kreatif sekolah dalam sains dan teknologi, persembahan budaya, sukan, ko-kurikulum, dan melahirkan tokoh-tokoh tertentu dalam bidang kreatif. Imej organisasi sekolah kreatif tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,sebaliknya menonjolkan imej cemerlang dalam pelbagai bidang lain seperti muzik, pancaragam, sukan dan budaya. Budaya sekolah yang baik mampu menyemai nilai, norma positif, menghormati orang lain, memberi dorongan dan mengadakan persaingan yang sihat dan membina di dalam organisasi.

TEKNOLOGI

Teknologi dalam pengurusan organisasi sekolah boleh mencetuskan perkembangan dinamik kreativiti dan inovasi. Teknologi bukan sahaja suatu alat tetapi boleh mempengaruhi sistem pengurusan yang lebih efisien dan kreatif. Pengurusan teknologi maklumat dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dapat membina imej baru organisasi inovatif. Ia juga menjadikan organisasi pendidikan dan pembelajaran sekolah lebih berdaya saing dan menjadi lebih produktif.

Penggunaan teknologi maklumat dan ICT menjadikan pengurusan lebih canggih dan moden. Revolusi maklumat dan perubaha teknologi memberi kesan yang positif kepada inovasi perubahan pengurusan organisasi pembelajaran, khususnya sekolah. Bagaimanapun penggunaan teknologi sering kali menimbulkan masalah dari segi cost effective, pembiayaan, penjagaan, dan kewangan. Masalah kekurangan infrastruktur pembelajaran dan teknologi boleh dilihat sebagai penghalang kepada kreativiti dan inovasi teknologi maklumat yang perlu disebarkan melalui sistem persekolahan. Usaha bagi meningkatkan masyarakat celik teknologi maklumat juga belum begitu tercapai disebabkan jurang perbezaan kemudahan teknologi yang wujud antara sekolah-sekolah, terutama antara sekolah luar bandar yang begitu ketinggalan dengan sekolah bandar yang lebih terdedah dengan kemudahan ini.

Teknologi maklumat telah banyak digunakan dalam organisasi khasnya dalam dunia pendidikan. Inovasi organisasi banyak dipengaruhi oleh penggunaan teknologi maklumat dalam dunia pendidikan. Organisasi dan individu yang menolak inovasi ini akan ketinggalan. Persoalan yang timbul ialah bagaimana Teknologi Maklumat dapat menangani dan membantu inovasi sesebuah organisasi. Teknologi maklumat ialah pemangkin atau alat inovasi dalam sesebuah organisasi. Faktor ilmu dan pembelajaran merupakan penyumbang kepada Teknologi Maklumat memainkan peranan sebagai to manage, innovate and implement change.

Ahli-ahli sejarah berpandangan bahawa sesuatu tamadun itu akan melalui beberapa fasa perubahan, asimilasi, dan diversifakasi. Sardar (1979) berpendapat bahawa kekuatan dan kelemahan diadili oleh kebolehan atau ketidakbolehan mengubahsuai kepada persekitaran yang berubah, dan dalam masa yang sama tidak kehilangan identiti dan parameter asal. Abdul Aziz Yusof (2000) pula menyatakan organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya untuk terus hidup, membangun, dan berkembang. Kegagalannya melakukan atau bertindak terhadap perubahan akan menyebabkannya menempah kegagalan dan yang pasti akan memendekkan jangka hayat kewujudannya. Melakukan perubahan juga di anggap sebagai menempuh ketidakpastian serta akan mendedahkan organisasi kepada pelbagai risiko.

Menurut Alvin Toffler (1991), dunia menghadapi perubahan mendadak pada dekad ini di mana generasi kita berada dalam third wave of change. Keadaan ini menyebabkan ilmu dan maklumat mengganti sumber tradisi iaitu tanah, modal dan buruh. Peralihan dari relovusi pertanian ke revolusi industri memakan masa selama 300 tahun. Ahli Sains cybernetic berpendapat inovasi ialah proses semula jadi di mana sesuatu organisasi itu perlu mekanisma tertentu untuk menangani inovasi yang di

Page 10: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

akibatkan oleh faktor-faktor luaran dan dalaman yang di bawa oleh proses maklumbalas dan tindakbalas melalui sistem komunikasi dan maklumat antara manusia dan sistem.

Selaras dengan perkembangan teknologi, Kementerian Pendidikan telah membuat beberapa inovasi dalam organisasi pendidikan. Di awal-awal inovasi, Kementerian Pendidikan telah membekalkan peralatan pendidikan berasaskan terknologi seperti radio, televisyen, overhead projector ke sekolah bagi tujuan membantu proses pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar. Pihak kementerian juga menyediakan rancangan pendidikan untuk disiarkan ke sekolah rendah dan menengah melalui Radio dan TV Pendidikan. Bermula pada tahun 2000, penyiaran rancangan pendidikan melalui TV dipertingkatkan dan diperluas ke sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman dengan menggunakan teknologi satelit.

Pada awal tahun 1990-an, KPM telah melaksanakan beberapa projek pendidikan yang berasaskan ICT dan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur ICT. Pada tahun 1992, sebanyak 60 buah sekolah menengah luar bandar telah dibekalkan dengan 20 set komputer untuk pelajar dan satu set komputer untuk guru bagi setiap buah sekolah. Pada tahun 1994 pula, KPM telah melancarkan Projek Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantu Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik di 15 buah sekolah rendah luar bandar di negeri Selangor. Setiap sekolah dibekalkan dengan 21 set komputer dan perisian kursus pendidikan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Pada tahun 1996 pula, penyediaan infrastruktur ICT diperluas kepada 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Sekolah-sekolah menengah ini dibekalkan dengan 20 set komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (LAN) tanpa kemudahan internet sementara di sekolah rendah komputer yang dibekalkan tidak dirangkaikan. Antara tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah di seluruh negara telah dibekalkan sebanyak 10 set komputer bagi setiap buah sekolah.

Pada tahun 2000, Projek Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Rendah dan Menengah (Projek Pengkomputeran) diperkenalkan di 2,418 buah sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat dengan mendahulukan sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 dan mempunyai bekalan elektrik. Makmal komputer dilengkapi dengan komputer terkini beserta kemudahan LAN dan internet. Sekolah-sekolah ini dibekalkan perkakasan komputer mengikut kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

• Enrolmen kurang 400 orang mendapat 10 komputer, 1 makmal komputer dan 1 server• Enrolmen 400 – 800 orang mendapat 20 komputer, 1 makmal komputer, 1 server dan 1 projektor LCD• Enrolmen melebihi 800 orang mendapat 40 komputer, 2 makmal komputer, 2 server, dan 1 projektor LCD

Sehingga akhir tahun 2000, sebanyak 18 buah sekolah (12 buah sekolah rendah dan 6 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan teknologi peralatan ICT. Projek-projek ICT dalam pendidikan yang telah dilaksanakan adalah pemangkin kepada usaha ke arah e-pembelajaran. Selain menambah sumber tenaga manusia terlatih, projek-projek ini juga dapat meningkatkan penggunaan dan pengintegrasian teknologi ICT dalam P&P.

Projek Rintis Sekolah Bestari telah dimulakan pada tahun 1999 dengan mencadangkan penyediaan persekitaran ICT yang dinamik, fleksibel, dan terkini bagi lima buah sekolah rendah dan 85 buah sekolah menengah. Sehingga tahun 2000, sebanyak 87 buah sekolah (4 buah sekolah rendah dan 83 buah sekolah menengah) telah dilengkapi dengan kemudahan ICT. Penyelesaian Bersepadu Sekolah

Page 11: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Bestari dalam projek rintis ini melibatkan komponen bahan P&P elektronik, pengkomputeran Sistem Pengurusan Sekolah Bestari, penggunaan perkakasan ICT, rangkaian setempat, dan Wide Area Network (WAN). Dari segi penggunaan ICT sebagai pengupaya pedagogi dan pengurusan sekolah, tiga aras teknologi diperkenalkan dalam projek rintis, iaitu aras A (model bilik darjah), B+ (model bilik darjah terhad) dan B (model makmal komputer).

Pembekalan komputer bukan sahaja melibatkan pihak sekolah sahaja tetapi kepada pihak-pihak lain dalam organisasi pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan komputer kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Bahagian (PPB), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tujuan meningkatkan pengurusan pendidikan. Mulai tahun 2001, KPM akan membekalkan komputer dengan nisbah 1 : 1 kepada kumpulan pengurusan dan profesional serta kumpulan sokongan. Pada peringkat sekolah pula, nisbah komputer berbanding pentadbir ialah 2 : 1 dan sebanyak enam unit komputer akan disediakan untuk kegunaan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Pembangunan infrastruktur komputer di universiti-universiti awam juga akan dipertingkatkan. Dewan kuliah dan bilik seminar akan dilengkapi dengan kemudahan komputer dan adalah menjadi hasrat kerajaan supaya setiap pensyarah dibekalkan dengan sebuah komputer. Rangkaian komputer juga akan menghubungkan bangunan pentadbiran dengan bilik-bilik syarahan, makmal, dan bilik pensyarah. Rangkaian kampus ini menggunakan bandwidth 155 Mbps, kadar hubungan ke desktop 10 Mbps, dan kadar hubungan kepada internet 2 Mbps. Kemudahan ini dijangka dapat dipertingkatkan mengikut keperluan penggunaan.

Konsep Smart School juga telah menjadi panduan kepada pelaksanaan P&P bestari. Tumpuan diberikan kepada aplikasi ilmu dalam kehidupan sebenar, merekacipta dan berinovasi, serta berinteraksi dengan pihak luar. P&P dalam bilik darjah perlu menterjemahkan konsep meaningful and thoughtful learning dan 4S iaitu self-paced, self-taught, self-access dan self-directed.

Bahagian sumber maklumat juga telah membina dan membuat pembaharuan dari segi aplikasi komputer untuk beberapa Jabatan atau Bahagian seperti Sistem Pengurusan Kewangan, Sistem Maklumat Staf, Sistem Maklumat Institusi Pendidikan Swasta, Sistem Maklumat Biasiswa dan beberapa sistem pemilihan calon masuk ke institusi pendidikan tinggi tempatan. Bahagian sumber maklumat juga menyediakan kemudahan rangkaian KPMnet yang menghubungkan Jabatan/Bahagian dengan institusi pendidikan. Melalui kemudahan ini, personel KPM diberikan kemudahan e-mel dan internet. Laman web KPM iaitu EducationNet telah dibina dan mengandungi maklumat aktiviti semasa serta maklumat tentang status permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), maktab perguruan dan universiti awam serta status pinjaman PTPTN.

PEMIKIRAN

Pemikiran kreatif dan inovatif dapat diwujudkan dengan menanya soalan-soalan terbuka yang dapat mencungkil daya pemikiran pelajar untuk mengemukakan idea-idea baru serta mencetuskan pemikiran bertahap tinggi. Ia mendorong proses akomodasi iaitu penyusunan semula pengetahuan dan proses asimilasi iaitu menggabungkan pengetahuan baru dengan pengetahuan yang sedia ada. Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat mengembangkan pemikiran divergent atau lateral, imaginatif di kalangan pelajar.

Ahli psikologi telah mengkaji fenomena pemikiran kreatif dan inovatif dengan tujuan menerangkan hasil (produk) dan proses pemikiran. Tumpuan ialah kepada heuristik yang digunakan sebagai pemikiran. Pendekatan pemikiran kreatif dan inovatif untuk mengkaji proses pemikiran berbeza mengikut teori pemikiran yang diamalkan. Konsep pemikiran tersebut ialah:-

Page 12: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Pemikiran sebagai CUBA JAYA

Menurut ahli psikologi behavioris pemikiran ialah satu usaha cuba jaya, iaitu pertalian antara rangsangan dan respons. Teori pemikiran behavioris terdiri daripada tiga komponen, iaitu rangsangan (Ra: sesuatu situasi penyelesaian masalah, respons (Re : tingkah laku penyelesaian masalah tertentu) dan kaitan antara rangsangan tertentu dan respons tertentu. Organisma akan cuba sehingga berjaya mencapai pertalian itu. Pertalian itu diandaikan berlaku dalam minda organisma dan dipamerkan dengan penyelesaian masalah berkenaan (Ra-Re). Menurut Thorndike (1911), latihan mengeratkan pertalian antara rangsangan dan respons, dan respons yang tidak membantu proses penyelesaian masalah, lama-kelamaan akan kehilangan kesannya. Pertalian antara rangsangan dan respons akan bertambah kukuh sekiranya terdapat kesan yang menyeronokkan selepas menyelesaikan sesuatu masalah.

Apakah pula yang berlaku antara rangsangan dan respons? Hull (1943) meramalkan bahawa respons-respons kecil berlaku di antara Ra dan Re yang membawa kepada penyelesaian masalah. Watson (1930) menyifatkan ini sebagai bercakap dengan diri sendiri. Walau bagaimanapun ahli-ahli psikologi behavioris tidak begitu berminat menerangkan apa yang berlaku di antara rangsangan dan respons. Oleh sebab apa yang berlaku dalam minda organisma tidak dapat dilihat secara empirikal, kajian mengenainya kurang diberi perhatian. Hanya tindakan yang dapat diperhatikan berlaku, seperti rangsangan dan respons diterima sebagai bukti.

Pemikiran sebagai CELIK AKAL

Menurut ahli psikologi Gestalt, pemikiran atau proses penyelesaian masalah ialah pencarian kaitan antara satu aspek masalah dengan aspek yang lain, dan akibatnya ialah kefahaman struktural. Iaitu kebolehan memahami bagaimana semua bahagian-bahagian masalah dapat disepadukan bagi memenuhi syarat-syarat matlamat. Ini memerlukan mengorganisasi semula elemen-elemen masalah kepada bentuk baru supaya masalah itu dapat diselesaikan.

Dalam eksperimen klasik yang dijalankan oleh Kohler (1925) seekor monyet yang lapar diletak di dalam sebuah sangkar. Sebiji pisang tergantung daripada bumbung sangkar tersebut dan terlalu tinggi untuk monyet itu mendapatkannya. Dalam sangkar itu juga terdapat beberapa kotak yang berlainan saiz. Monyet itu cuba mendapatkannya pisang itu dengan melompat-lompat beberapa kali tetapi tidak berjaya. Ia pun berhenti seketika dan memerhati sekeliling sangkar dan dengan tiba-tiba mengheret kotak-kotak ke tengah sangkar di bawah pisang. Lalu monyet itu pun menyusun kotak-kotak itu bertindih-tindih menjadi seperti tangga dan kemudian memanjat kotak-kotak tersebut dan berjaya mendapatkan pisang. Menurut Kohler, apabila monyet itu secara tiba-tiba sedar tentang pertalian di antara kotak-kotak dengan mendapatkan pisang, ia disifatkan celik akal (insight).

Pemikiran sebagai MENCARI MAKNA

Menurut Ausubel (1968), struktur kognitif atau skemata ialah pengetahuan sedia ada manusia dan terdiri daripada fakta, konsep dan generalisasi yang pernah dipelajari atau didedahkan. Pembelajaran bermakna atau meaningful learning berlaku apabila maklumat baru dapat diasimilasikan ke dalam struktur kognitif individu berkenaan melalui proses subsumpsi. Pendek kata, subsumpsi berlaku apabila individu dapat memberi makna kepada maklumat baru berdasarkan pengetahuan sedia ada. Namun demikian, pemikiran ditafsirkan sebagai proses mencari skemata atau pengalaman lalu yang sesuai untuk dikaitkan dengan pengalaman atau maklumat baru.

Pemikiran sebagai PEMBENTUKAN KONSEP

Page 13: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Pengujian hipotesis atau pemikiran induksi lazimnya dikaitkan dengan pembentukan konsep dan penaakulan analogikal. Pembentukan konsep dikaitkan dengan usaha-usaha Bruner, Goodnow & Austin (1956) yang menyarankan kepentingan pengkonsepan. Pembentukan konsep atau kategori memudahkan individu memahami persekitarannya serta mengurangkan tekanan kognitif. Kategori konsep mewakili beberapa objek atau peristiwa yang mempunyai ciri-ciri serupa atau hampir sama serta ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain.

Individu yang diberikan masalah mengumpulkan maklumat mengikut kategori tertentu dikatakan akan mengemukakan hipotesis dan peraturan. Contohnya, objek-objek seperti meja, kerusi, katil dan almari akan dilonggokkan di bawah kategori perabot. Dia akan meneruskan proses melonggokkan mengikut hipotesis ini sehingga ia tidak boleh dipakai lagi.

Pemikiran sebagai PEMBINAAN MAKLUMAT

Ahli-ahli psikologi seperti Sigel (1984) menyifatkan pemikiran sebagai satu proses aktif yang melibatkan beberapa operasi mental utama seperti induksi, deduksi, penaakulan, urutan dan klasifikasi. Operasi ini bertindak secara berasingan atau bergabung apabila menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Pelajar sentiasa aktif memerhati dan membina pengetahuan dengan membuat hubung kaitan antara objek, peristiwa atau orang di persekitarannya.Kanak-kanak dengan spontan boleh asimilasi pengetahuan daripada pengalaman dan menyusunnya melalui beberapa operasi mental. Walau bagaimanapun aspek-aspek pengalaman dan cara pengalaman itu disusun adalah terhad dan tertakluk kepada tahap perkembangan kanak-kanak itu. Dalam proses pembelajaran yang memberi pelajar peluang bercakap, memberi pendapat dan membuat keputusan, akan menambahkan kualiti pemikiran pelajar di sekolah. Kanak-kanak yang berinteraksi dengan orang dewasa dan menerima layanan yang positif akan muncul sebagai pemikir yang lebih berkesan.

Pemikiran sebagai PENAAKULAN DEDUKTIF

Penaakulan deduktif ialah membuat kesimpulan berdasarkan premis, pernyataan atau maklumat tertentu yang diperoleh daripada berbagai-bagai sumber. Individu hanya perlu menyusun idea-idea tersebut ke arah mendapat satu jawapan yang betul sahaja. Semua butir maklumat yang diperlukan untuk menjawab pertanyaan Siapakah yang paling tinggi? Telah diberikan. Individu hanya dikehendaki menyusun dan mengaturnya mengikut cara berkesan. Sekiranya maklumat yang diberikan salah, maka jawapannya pun mungkin salah. Penaakulan induktif juga disebut sebagai pemikiran bertumpu atau konvergen.

Pemikiran sebagai PENAAKULAN INDUKTIF

Penaakulan induktif yang disebut sebagai pemikiran bercapah tidak ditujukan ke arah mendapatkan satu jawapan betul. Sebaliknya, terdapat lebih daripada satu jawapan yang mungkin betul (Phillips, 1994). Individu yang menaakul secara induktif cuba mengemukakan pelbagai jawapan, idea, kesimpulan dan alternatif yang boleh diterima sebagai betul. Lazimnya, dalam penaakulan induktif individu tidak dapat menyatakan dengan yakin iaitu daripada banyak jawapan yang dicadangkan, satu jawapan adalah betul. Mengapa? Ini adalah kerana jarang sekali seseorang itu akan dapat meneliti segala kemungkinan. Kemungkinan lain boleh timbul yang memaksa individu mengubahsuai pemilihan awalnya. Contohnya, jika kita rumuskan bahawa semua kucing mempunyai ekor dan tiba-tiba kita bertembung dengan kucing yang tidak mempunyai ekor, kita terpaksa mengkaji semula rumusan yang dibuat tentang kucing.

Page 14: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Pemikiran sebagai PENYELESAIAN MASALAH

Menurut Simon (1962), semua aktiviti kognitif atau pemikiran pada asasnya ialah penyelesaian masalah. Dalam kehidupan harian seseorang, penyelesaian masalah ialah aktiviti yang kerap dilakukan, sama ada di rumah, di tempat kerja, di tempat permainan dan rekreasi atau semasa pembelajaran.

Pada asasnya, terdapat tiga ciri utama penyelesaian masalah, iaitu, keadaan matlamat, keadaan awal, dan pelaksana. Biasanya penyelesaian masalah dilihat sebagai mencari ruang masalah yang terdiri daripada beberapa masalah yang memerlukan penyelesaian. Keadaan awal ialah kesedaran tentang masalah dan pemilihan tindakan untuk menukar keadaan awal dalam ruang masalah. Apabila sesuatu tindakan di ambil, maka individu itu adalah pada tahap keadaan pertengahan, iaitu dia telah menukar keadaan kepada keadaan yang lain. Apabila ia mencapai matlamatnya dia dikatakan telah sampai pada keadaan matlamat atau penyelesaian masalah.

STRATEGI PEMBELAJARAN

Organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu di rangka berlandaskan kepada pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Kaedah tersebut dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mencungkil idea baru daripada pelajar. Juga dapat menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi.Strategi pembelajaran yang berkesan dapat mengembangkan potensi, dan bakat pelajar yang terpendam dan seterusnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contoh-contoh yang boleh digunakan ialah seperti brainstorming, pembelajaran berpusat masalah, simulasi, kerja secara berkumpulan dan sebagainya.

KOMUNIKASI TERBUKA

Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar.

Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

PENYELESAIAN MASALAH

Setiap hari kita dilanda dengan pelbagai masalah, sama ada di tempat kerja, rumah ataupun di sekolah. Sebagai contoh, kerapkali kita terdengar pelajar yang diberikan kerja seperti projek sejarah, masalah matematik, menulis karangan, mangatakan Saya tidak tahu tanpa mencuba. Aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah membawa pelbagai manfaat kepada pemantapan pemikiran kreatif dan inovatif pelajar (Fisher, 1992).

Kegiatan penyelesaian masalah tidak hanya menambah penguasaan pengetahuan, memperkukuhkan kemahiran dan melahirkan sikap tertentu, tetapi memberi peluang kepada guru memerhati cara pelajar mendekati masalah, berkomunikasi dan belajar.

Page 15: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Bagi menentukan sama ada pelajar memahami sesuatu prinsip atau butir maklumat ialah dengan memberinya masalah untuk diselesaikan. Aktiviti-aktiviti corak bermasalah juga memberi peluang kepada pelajar menunjukkan kebolehannya mengaplikasikan sesuatu prinsip, kaedah atau teori kepada penyelesaian masalah berkenaan.

Masalah-masalah yang dihadapi oleh individu atau pelajar ada yang berstruktur dan apa pula yang tidak berstruktur. Contoh masalah-masalah berstruktur seperti masalah matematik dan fizik. Bagi masalah-masalah ini, segala maklumat yang diperlukan telah disediakan atau mudah diperoleh untuk menyelesaikannya. Akan tetapi dalam kehidupan seharian pelajar menghadapi pelbagai masalah sosial, etika, moral dan sebagainya yang kabur dan tidak berstruktur, iaitu tidak boleh diselesaikan mengikut langkah-langkah yang teratur. Bagi masalah berstruktur, proses penyelesaian masalah mengikut urutan langkah-langkah tertentu. Berdasarkan cadangan Newell dan Simon (1972) langkah-langkah penyelesaian masalah adalah mengikut urutan seperti di bawah.1. Mengenal pasti masalah2. Mendefinisikan masalah3. Mencari penyelesaian4. Bertindak5. Menilai kejayaan tindakan

Jadi aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyelesaian masalah sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran serta program lain di sekolah mampu membentuk daya kreativiti dan inovasi pelajar dan juga guru.

KESIMPULAN

Inovasi dan kreativiti merupakan penyumbang ke arah perubahan organisasi, perkembangan dan pembangunan negara. Bagi menghasilkan sebuah organisasi pembelajaran yang kreatif dan inovatif faktor-faktor yang perlu diberi perhatian ialah pengurusan organisasi, kepimpinan, budaya, teknologi, pemikiran, strategi pembelajaran, penyelesaian masalah dan juga komunikasi terbuka.

Kreativiti dan inovasi yang dibentuk atau dibina perlulah bersesuaian dengan keperluan dan kehendak masyarakat, individu dan juga negara. Ianya juga hendaklah bebas daripada sebarang kebimbangan dan ketakutan yang merupakan pra syarat untuk mengembangkan potensi pelajar yang seharusnya mempunyai daya kreativiti dan inovasi yang aktif dan berdaya maju. Individu yang bersifat kreatif dan inovatif perlu diganjari dengan sepatutnya supaya bakat yang ada tidak dipersiakan begitu sahaja.

Bagi guru yang kreatif dan inovatif pula, mereka harus sentiasa mengkaji dan menyelidik apa yang berfungsi dan tidak berfungsi dalam profesion mereka. Mereka perlu menanya beberapa persoalan dengan diri mereka. Di antara persoalan-persoalan tersebut ialah:-

Bagaimana perasaan beliau dengan kualiti dan kuantiti atau aktiviti dalam perkembangan organisasi pembelajaran?

Bagaimana beliau membina dan mengukuhkan faktor yang telah memberi sumbangan kepada kejayaan lepas?

Bagaimana beliau mengalih atau mengelakkan penghalang yang mengganggu aktiviti? Bagaimana beliau menetapkan matlamat untuk dan mengukur kesesuaian perkembangan

aktiviti dalam pembelajaran baru? Bahagian mana yang paling perlu beliau pertingkatkan perkembangan proses hasil

pembelajaran baru?

Page 16: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Jadi jelas menunjukkan ciri-ciri kreatif dan inovatif bukan sahaja wujud pada seseorang individu sahaja tetapi ia berkait rapat dengan penyumbang atau faktor-faktor lain seperti kepimpinan, pemikiran dan budaya sesuatu organisasi itu untuk menentukan kejayaan, pembangunan dan perkembangan sesebuah organisasi khasnya organisasi pendidikan.

http://www.mudahbelajar.com/?p=154

Page 17: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

GURU MENGHADAPI PERUBAHAN

SAIPO BIN AYUB

Jabatan Kajian Sosial

Maktab Perguruan Islam

ABSTRAK

Guru memainkan peranan utama dalam perkembangan sistem pendidikan.

Memandangkan pendidikan sentiasa mengalami perubahan, maka guru juga

mesti berubah. Persoalannya, adakah guru sudah memperlengkapkan diri

menghadapi perubahan. Keperluan guru untuk berubah merupakan elemen

penting dalam menghadapi perubahan kerana sikap dan keupayaan guru

sering menjadi punca kepada masalah yang dihadapi dalam melaksanakan

perubahan.

PENGENALAN

Dalam Buku Panduan KBSR ada dinyatakan,"walau bagaimanapun sama ada perubahan

yang dicadangkan itu akan menjadi kenyataan atau tidak, adalah bergantung kepada peranan

yang dimainkan oleh setiap guru dan Guru Besar dalam sesebuah sekolah….". Abd. Aziz

(2000) menyebut guru sebagai pelaksana perubahan dalam kurikulum perlu terdiri daripada

seorang yang mempunyai sifat positif dalam segala hal. Mereka perlu bersifat kreatif yang

tinggi terutamanya dalam penciptaan alat dan bahan pengajaran, peka dalam hal perubahanperubahan dan pembaharuan-pembaharuan terutamanya menggunakan pendekatan atau

kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran serta aktif dalam tugasnya di bilik darjah

berhubung dengan pengelolaan, pengurusan dan pengawasan aktiviti yang berjalan dalam

bilik darjah. 52

Kini kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan dan pelanggan pendidikan mendesak

peningkatan mutu perkhidmataan. Oleh itu, seseorang guru perlu memberi perkhidmatan

bermutu, kemahiran yang pelbagai dengan tanggapan yang luas dan mendalam. Warga guru

Page 18: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

perlu peka dengan perubahan, budaya pendidikan, misi pendidikan dan bersedia menerima

perubahan menggunakan peralatan canggih. Faktor-faktor di atas seakan mendesak guru

agar berubah. Mereka perlu peka dan bertindak kepada perubahan supaya perubahan tidak

membawa padah yang buruk (Zainal Abidin,1999).

Menurut Mok Soon Sang (1996), guru merupakan tenaga iktisas di dalam bidang

perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik dan menyebarkan ilmu pengetahuan

kepada murid-murid di institusi pendidikan. Manakala Moore (1995), pula mendefinisikan

guru sebagai pakar dalam pengajaran, iaitu orang yang merancang, memandu dan menilai

pembelajaran. Peranan ini memerlukan sokongan daripada orang lain. Oleh itu, dapatlah kita

simpulkan bahawa guru ialah pakar dalam pengajaran yang bertanggungjawab merancang,

memandu dan menilai pembelajaran.

Perubahan ke atas guru mungkin boleh didefinisikan sebagai keseluruhan aktiviti

yang dirancang dan dibentuk untuk memberi sumbangan ke arah keberkesanan dan

kecekapan pengajaran para guru. Walaupun istilah seperti perubahan kakitangan, latihan

dalam perkhidmatan, dan perkembangan profesionalisme selalu di gunakan, tetapi perubahan

ke atas guru menggambarkan satu konsep yang menghubungkan kesemua aspek dalam

persekitaran pendidikan.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu proses yang dinamik. Ia mesti dikendalikan

dengan sistematik dengan menekankan matlamat jangka panjang dan pendek.

Guru sebagai Agen Perubahan

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan membawa perubahan kepada seseorang

individu mengikut norma dan nilai sesuatu masyarakat. Pada zaman moden ini, guru adalah

bertangggungjawab untuk memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan tingkah laku ke 53

atas diri seseorang. Mereka harus memahami idea perubahan dengan sempurna, secukupnya

dan menyusun strategi yang rapi untuk memastikan perubahan dapat dilaksanakan dengan

Page 19: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

jayanya.

Bagi menangani perubahan dalam inovasi, guru perlu menguasai teknologi yang

sentiasa berubah di samping meningkatkan lagi ilmu pengetahuan. Guru perlu mengamalkan

budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir dan budaya menulis. Menurut Sharil et al.

(1999), melalui amalan dan penghayatan budaya ilmu, guru dapat menjadi teladan kepada

para pelajar mereka.Tanpa pembinaan budaya ilmu dalam inovasi pendidikan, matlamat

yang disasarkan agak sukar dicapai. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi

sewajarnya dilakukan oleh guru kerana keupayaan guru menyelesaikan masalah bergantung

kepada keupayaan guru sebagai fasilitator, penyelesai masalah, pemangkin dan pendorong

pembelajaran. Harison dan Gowin (1966), telah menggariskan beberapa ciri guru yang

berkesan. Antaranya ialah: (i) Jujur, (ii) Baik hati, (iii) Mesra, (iv) Kesefahaman, (v) Bijak

dan berbudi, (vi) Suka bekerjasama, (vii) Bermoral tinggi, (viii) Tinggi tahap etika dan

profesionalisme, (ix) Mempunyai keinginan belajar yang kuat, (x) Mempunyai keinginan

mengajar yang kuat, (xi) Mempunyai semangat dan minat yang kuat terhadap manusia, (xii)

Mampu menganalisis diri sendiri, (xiii) Mempunyai kawalan diri dari segi emosi dan

kehendak, (xiv) Sanggup mengkritik diri sendiri, (xv) Mempunyai keyakinan diri dan kepada

tugas, (xvi) Mempunyai budaya diri seperti; tabah, intelektual, bermoral, sosial dan

profesional, (xvii) Mempunyai taraf diri seperti: boleh menetapkan nilai diri dan kerja; dan

(xviii) Mempunyai rasa pengorbanan diri seperti sanggup mengorbankan diri demi kebajikan

dan minat pelajar. Menurut Zaidatol Akmaliah (1990), prinsip-prinsip perubahan guru adalah

seperti berikut:

Menjadi satu alat perubahan. Ia mestilah selaras dengan ilmu pengetahuan yang

berkaitan dengan perubahan.

Mesti timbul daripada keperluan kendiri. Mengenalpasti keperluan merupakan titik

permulaan yang penting.

Page 20: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Mesti dirancang. Tanpa perancangan teliti menyebabkan sesuatu perubahan menjadi

lemah dan kelam kabut. 54

Boleh disediakan sama ada secara dalaman atau luaran. Guru boleh terlibat dengan

aktiviti-aktiviti di sekolah atau di luar sekolah.

Mestilah berorientasikan matlamat supaya mudah untuk mengaplikasikan amalan

prestasi kepada program.

Dessler (1995) dalam Mohammed Sani (2000) mengemukakan empat jenis perubahan:

1. Perubahan ke arah peningkatan.

Guru perlu meningkatkan kemahiran iaitu perubahan dalam cara melaksanakan tugas.

Contohnya, perubahan yang bagaimana sepatutnya guru lakukan untuk mendapat keputusan

peperiksaan yang lebih baik. Jika tidak ada perubahan yang berlaku, ini bermakna keputusan

peperiksaan akan terus kekal seperti sebelumnya atau semakin merosot. Oleh itu, teknik

pengawalan perlu kerana tanpa pengawalan kita tidak akan memiliki kualiti produk. Guru

juga perlu menekankan aspek meningkatkan pengeluaran, cuba mengelakkan pembaziran

serta mengurangkan kos seminima yang mungkin.

2. Perubahan Strategik Organisasi.

Pencapaian strategik adalah satu perancangan yang berstrategi untuk mencapai matlamat

yang diharapkan dengan mengambil kira banyak angkubah lain. Penglibatan keseluruhan

organisasi penting kerana kurikulum yang baik atau lengkap perlukan peralatan yang

mencukupi, teknik mengajar diperbaiki dari semasa ke semasa. Kebiasaannya sesuatu

perubahan itu memakan masa sekurang-kurangnya lima tahun. Bagi mencapai matlamat

tersebut, pembaharuan misi, visi dan nilai dilaksanakan segera.

Guru hendaklah mengamalkan budaya koporat kerana budaya ini mementingkan hasil

atau produk yang baik serta bermutu. Pihak pengurusan perlu mendefinisikan semula

subodinat daripada segi tugas, peranan, tanggungjawab dan sistem ganjaran. Seterusnya,

Page 21: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

keperluan kepada adanya perubahan strategik disebabkan wujudnya ancaman daripada luar

dengan membuat hasilan yang betul supaya para guru mampu menghadapi cabaran. 55

3. Perubahan reaktif/proaktif

Perubahan reaktif/proaktif dilakukan ke arah memenuhi kehendak pelanggan. Sebagai contoh

JPA menghantar pelajar ke luar negara berdasarkan guna tenaga mengikut pengkhususan dan

keperluan masa depan iaitu sama ada pelajar dapat memenuhi keperluan pelanggan untuk

kerajaan atau sektor swasta.

4. Perubahan akibat daripada jangkauan

Perubahan untuk hadapi pesaing baru. Misalnya ancaman pesaing baru daripada kemunculan

sekolah-sekolah swasta. Persiapan terhadap kemungkinan berlaku ialah ke atas tuntutan

pelanggan. Contohnya perubahan dalam trenda tenaga kerja. Guru perlu menguasai

kemahiran komputer untuk diajar kepada pelajar sebagai persediaan kepada tenaga kerja

pada masa akan datang.

5. Perubahan di peringkat sekolah / kementerian

Perubahan amat bergantung kepada tahap keterdesakan. Keterdesakan bergantung kepada

tekanan yang dihadapi khasnya daripada luar (masyarakat), keluarga,dan institusi lain.

Misalnya, dalam menangani budaya Black Metal telah mendorong beberapa langkah segera

telah diambil.

Langkah-Langkah Dalam Melaksanakan Perubahan.

Josept & Susan Berk (1993) dalam Mohammed Sani (2000) mencadangkan langkah-langkah

berikut:

1. Mengenalpasti perubahan untuk keperluan

Perubahan perlu dilakukan secara menyeluruh, iaitu termasuk latihan untuk pelajar dan guru.

Menyediakan kemudahan untuk semua. 56

2. Mengenalpasti pihak yang terlibat

Page 22: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Pilih guru ikut kepakarannya terutamanya dalam pembahagian tugas sama ada dalam bidang

kurikulum dan kokurikulum. Misalnya, guru yang dipertanggungjawab mengajar Geografi

hendaklah terdiri daripada kalangan guru yang telah mendapat latihan dalam bidang

berkenaan. Begitu juga dalam perlantikan guru penasihat permainan hendaklah

mengutamakan mereka yang mempunyai sijil dalam bidang permainan tertentu, dengan kata

lain kita serahkan kepada mereka yang memang pakar dalam bidang masing-masing.

3. Keperluan perubahan komunikasi .

Segala maklumat berkaitan pendidikan seperti keperluan kursus, kenaikan pangkat dan

sebagainya hendaklah dihebahkan kepada semua guru. Langkah ini dapat mengelakkan

perasaan prajudis terutamanya antara pentadbir dengan kaki tangan.

4. Dapatkan pandangan subordinat yang terlibat

Sebarang perubahan yang hendak dijalankan perlu kepada pendapat atau pandangan semua

pihak yang terlibat supaya dapat dibuat perancangan yang terbaik. Pihak pentadbir cuba

elakkan daripada membuat keputusan secara autokratik.

5. Melakukan perubahan dan bersedia untuk membuat pengubahsuaian

Plan tindakan mungkin perlu diubah suai setelah strategi sebelumnya menemui kegagalan.

Perubahan hendaklah selaras dengan perkembangan semasa dan tidak bertentangan dengan

norma masyarakat. 57

Rajah 1 Model perubahan guru

Rajah 1: Model Perubahan Guru

(Sumber : Zaidatol Akmaliah 1990 :180)

Rajah 1 di atas merumuskan sifat perubahan guru. Pusingan bermula dengan penentuan

kemungkinan tentang keperluan menyempurnakan keperluan-keperluan (matlamat pendidik

dan sumber-sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat). Kemudiannya, pelaksanaan

(bagaimana aktiviti dapat disampaikan dan ditadbirkan). Akhir sekali satu penilaian terhadap

Page 23: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

daya usaha diadakan (penyempurnaan objektif dan sejauh mana perubahan telah mengambil

tempat). Apakah sesuatu pusingan (edaran) itu lengkap, satu tumpuan perubahan ke arah

keperluan yang lain pula mungkin bermula.

Sekiranya program perubahan guru inginkan kejayaan, ia hendaklah memenuhi

keperluan ke semua kumpulan profesional dalam pendidikan. Program ini selalunya

mengandungi tiga kumpulan iaitu guru-guru, kaki tangan sokongan dan pentadbir atau

pengetua walaupun ketiga-tiga kumpulan mempunyai keperluan-keperluan yang unik.

Sebenarnya, individu dalam setiap kumpulan mungkin mempunyai keperluan yang tidak

Penilaian

Adakah objektif tercapai?

Adakah perubahan terjadi?

Bentuk objektif-objektif institusi

dan pendidik.

Apakah sumber-sumber yang

diperlukan untuk mencapai objrktif

Kemungkinan

Apakah keperluankeperluan peribadi?

Apakah keperluanKeperluan institusi?

Perlaksanaan

Bagaimanakah aktiviti-aktiviti dapat

ditadbir, diurus?

Bagaimana aktiviti-aktiviti

disempurnakan? 58

serupa dengan ahli-ahli dari lain kumpulan. Contohnya, guru mungkin mempunyai perbezaan

kelulusan yang besar, daripada yang mempunyai sijil perguruan sahaja sehinggalah yang

Page 24: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

mempunyai ijazah Ph.D. Jelaslah keperluan tenaga kerja mereka selaras dengan kelulusan

atau tahap pendidikan masing-masing.

Perubahan guru mungkin dapat dilihat jika ia melakukan sesuatu kerja yang lebih

baik dalam aspek mengajar, mentadbir, membimbing dan lain-lain. Guru-guru yang

mempunyai interaksi intrinsik memperolehi kepuasan daripada prestasi pengajarannya.

Begitu juga dengan motivasi ekstrinsik, ia adalah penting untuk perubahan guru.

Penutup

Kebanyakan guru mempunyai keinginan untuk memperbaiki diri berkaitan dengan

tanggungjawab profesional, yang disebut perkembangan profesionalisme. Ini termasuklah

bidang pengajaran yang luas dan keupayaan mentadbir dan memimpin. Seseorang guru

mungkin mahukan pendedahan kepada teknik mengajar terbaharu, ataupun mempelajari cara

menggunakan simulasi dan main peranan dalam bilik darjah. Seseorang kaunselor pula ingin

memperbaiki diri untuk menjadi pembimbing yang lebih berkesan. Begitu juga dengan

perkembangan teknikal, guru-guru juga ingin mempelajari segala ilmu pengetahuan yang

berkaitan dengan bidangnya. Ini mungkin didapati dengan menghadiri seminar-seminar,

simposium, dan konferens berkenaan dengan kerjayanya.

Pendidikan tinggi tidak akan menjamin seseorang guru itu menjadi profesional, tetapi

kemahiran yang diperolehi, dan kebolehan mengaplikasikan dalam suasana pendidikan yang

realistik akan menentukan peningkatan profesionalisme. 59

Rujukan

Ab. Aziz Yusof. 2000. Perubahan dan kepimpinan. Sintok: Penerbitan Universiti

Utara Malaysia.

Ayers,W. 1990. Pethinking the professional of teaching: A progressive

option. Action in Teacher Education Journal.Vol.,XII,No.,1

Harrison, R.H.& Gowin, L.E. 1966. The elementary teacher in action. San

Page 25: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Francisco: Wadsworth Publishing Company,Inc.

Ishak Haron & Koh Boh Boon. 1985 . Asas-asas dalam amalan pedagogi.Kuala

Lumpur: Utusan Publication &Distributor Sdn. Bhd.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran,

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Mohammad Sani Ibrahim. 2000. Sustaining Effecttive Change In Teaching And

Learning Practices Through Attitude Reengineering. Kertas kerja yang

telah dibentangkan dalam The Seventh International :iteracy &

Education research Network Conference On Learning di RMIT

University, Melbourne, Australia pada 5-9 Julai 2000.

Mohd Salleh Lebar . 2000. Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia.

Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang . 1996 . Pendidikan di Malaysia . Subang jaya: Kumpulan

Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang, & Lee Sok Mee. 1988. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Moore, K..D. 1995. Classroom teaching skills. New York: McGraw-Hill, Inc.

Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. 1993. Guru dan perguruan.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian

Pendidikan Malaysia.

Noor Azmi Ibrahim. 1994 .Profesionalisme dan pengupayaan dalam

pengurusan.Jurnal Guru. Keluaran 6.

Rahimah Ahmad. 1992. Peningkatan produktiviti guru saranan dan tindakan.

Jurnal Masalah Pendidikan. Jilid 16: 33-43. 60

Page 26: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Sharil @ Charil Marzuki & Habib Mat Som .1999. Isu pendidikan di Malaysia,

sorotan dan cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin. 1993 . Pengisian Wawasan Pendidikan. Kertas

Kerja Dalam Persidangan Pendidikan Nasional. Institut Aminudin

Baki,Genting. 8-11 April.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie . 1990. Pentadbiran pendidikan. Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zainal Abidin Mohamed .1999. Pengurusan strategik di sektor pendidikan.

Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Konsep perubahan dalam pendidikan :

Bidang pendidikan telah, sedang dan akan menjadi faktor paling utama dalam menyediakan insan dalam menghadapi cabaran masa hadapan.

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Page 27: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Oliver (1996) dalam ‘The Management of Education Change : A Case Study Approach’ – perubahan di dapati lebih menggambarkan ciri pendidikan berbanding kestabilan.

Namun perubahan yang berlaku kadang kala mewujudkan ketidakpastian.

Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku, ia akan meruntuhkan generasi muda.

Dalam pendidikan , perubahan mestilah dinamik di mana perubahan mesti berlaku melalui kajian atau penyelidikan.

Jenis perubahan adalah seperti di bawah :

MULTIDIMENSI PERUBAHAN

Page 28: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Perubahan adalah suatu proses yang kompleks dan dikaitkan dengan :(i)Evolusi –hasilkan kesan yang sedikit dalam tempoh masa panjang(ii)Revolusi-perubahan berlaku dengan pantas dan akan tinggalkan kesan yang membinasakan

Perubahan itu multidimensi(i)Dalam melakukan perubahan ianya melibatkan pertimbangan yang perlu di ambil kira dari pelbagai sudut.(ii)Pertimbangan yang dimaksudkan mengambil kira dimensi-dimensi tertentu yang berkaitan dengan perubahan(iii)Terdapat 6 dimensi iaitu:

Chambers (1977) ; setiap perubahan itu berbentu kitaran. Setiap kitaran dijangka berakhir dalam 10 hingga 15 tahun. Setiap kitaran bermula dengan tekanan dan berakhir dengan pengubahsuaian terhadap perubahan yang diimplimentasikan.

B. Model-model perubahan :

(i) Model penggabungan Roger ; bila ada keperluan, baru ada perubahan. Inovasi

bermula bila masalah telah dikenalpasti.

#Masalah berdasarkan penyelidikan keadaan semasa , kerja makmal atau jangkaan

pembangunan akan datang.

#Masalah akan disiasat dan proses menjana idea berlaku tentang kaedah penyelesaian.

Fasa ini melibatkan eksperimen dan pelbagai ciptaan. Hasil dapatan di panggil inovasi.

#Menurut Roger, inovasi tidak semestinya terhasil daripada penyelidikan, inovasi mungkin

terhasil daripada amalan praktikal berdasarkan pemerhatian bagi mencari kaedah

penyelesaian kepada sesuatu masalah. Di sebut sebagai ‘knowing-in-action’.

(ii) Model Kanter. 

Page 29: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Kanter (1998) ; struktur dan inovasi boleh di fahami dengan lebih baik jika proses inovasi

dibahagi kepada beberapa tugas utama.

4 tugas inovasi:

*penjanaan idea

*membina idea

*realisasi idea

*pemindahan idea

(iii) Model Rand

#Berasaskan kajian yang dijalankan Rand Corporation pada 1973-1978 dengan sokongan

Pejabat Pendidikan U.S mengenai perubahan pendidikan (Berman & Mc Laughin 1978)

#Tujuan utama kajian – untuk tentukan faktor yang menyebabkan atau menghalang

perubahan. #Melibatkan pengumpulan data dan analisis

#Berman & Mclaughin , proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah:

*daya usaha

*implimentasi (hantar guru menjalani kursus)

*penggabungan (pengetahuan yang baru perlu rujuk pada yang lama)

(iv) Model Acot

#Berdasarkan projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) –kaji pengenalan komputer

dalam bilik darjah.

#Pengkaji buat kesimpulan bahawa kehendak perubahan dalam pengajaran &

pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur.

# 5 langkah perubahan dalam P&P iaitu :

*kemasukan

*memilih

*menyesuaikan

*penggunaan

*merekacipta

Page 30: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

B. Kaedah kajian (kualitatif)

Kajian kualitatif diguna untuk membongkar dan memberi pemahaman yang lebih

mendalam tentang sesuatu perkara yang hanya di pantau dengan mata kasar dan kurang

diketahui penjelasan lanjut berkaitan permasalah tertentu.

C. Kajian pelbagai kes (multiple studies)

Melibatkan lebih daripada satu ‘setting’. Kajian kes adalah rekabentuk yang sesuai di guna

jika fokus kajian melibatkan proses.

E.Menggunakan pendekatan ‘Grounded Theory’.

Kaedah ini berlawanan arus daripada prinsip kaedah penyelidikan eksperimental yang

bermula dengan hipotesis yang dibangunkan dari sesuatu teori. Kaedah ini bermula dari

pengumpulan data seterusnya berakhir dengan pembentukan teori baru. Fasa pertama

dalam kaedah ini adalah fasa pengumpulan data menggunakan pelbagai kaedah yang

sesuai. Hasil dapatan data di kodkan mengikut spesifikasi keperluan dalam kajian yang di

jalankan. Persamaan konsep yang wujud di antara data-data yang telah di kodkan akan di

kumpulkan dan di namakan atas satu konsep yang sama. Daripada konsep-konsep yang

pelbagai, seterusnya kumpulan kategori di wujudkan. Di akhir proses teori baru akan di

wujudkan.

Reference

http://en.wikipedia.org/wiki/Grounded_theory

Page 31: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Langkah-langkah terlibat dalam menggunakan pendekatan 'grounded theory'

http://kajiantindakanhasmalina.blogspot.com/2009/05/pengurusan-perubahan-dalam-pendidikan.html

MENGURUS & MEREALISASIKAN PERUBAHAN DI SEKOLAH

(Oleh: Ahmad Fauzi bin Mohamed) *

Page 32: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

PENGENALAN

Dunia sentiasa berubah, justeru tiada yang kekal dalam kehidupan. Hari ini tidak

sama dengan hari semalam dan hari esok pasti tidak sama dengan hari ini. Dengan lain

perkataan, perubahan sentiasa dan terus menerus berlaku dalam pelbagai aspek

kehidupan manusia. Yang kekal dalam kehidupan ialah perubahan itu sendiri dan justeru

itu dikatakan bahawa ‘the only permanent thing around here is change’.

Ini bermaksud bahawa mahu ataupun tidak manusia tidak dapat lari dari

mengalami pelbagai perubahan dalam perjalanan kehidupannya di muka bumi. Agama

Islam juga menuntut umatnya supaya berubah kerana dasar asas kepada syariah dan

prinsip ijtihad Islam yang dinamis itu tertumpu kepada perubahan, yakni dengan

bertindakbalas dan mengarah kepada melakukan perubahan seperti firman Allah S.W.T.

yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada

pada satu kaum, sehingga mereka ubah apa yang ada

pada diri mereka (sendiri-sendiri).”

(ar-Ra’d: 11)

Dari perspektif Islam juga, kita dapati bahawa sepanjang hayat Junjungan Nabi

Muhammmad s.a.w. telah ditumpukan kepada usaha untuk membawa perubahan dan

untuk mengubah masyarakat, bermula di Mekah dan seterusnya menegakkan institusi

perubahan di Madinah. Ajaran Islam tidak memperkenankan penganut-penganutnya

menganggap sepi atau mengetepikan perubahan, tidak juga membenarkan mereka dalam

keadaan tidak berdaya menghadapi perubahan. Sebaliknya, Islam menggalakkan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

2

penganutnya sentiasa maju dan menyesuaikan diri dengan realiti fizikal yang terusmenerus berubah.

Perubahan perlu untuk menangani kehendak dan tuntutan kehidupan yang

Page 33: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman. Begitu juga halnya dengan

pendidikan. Oleh kerana kerapnya berlaku perubahan dalam pendidikan maka dapatlah

dikatakan bahawa ‘sesuatu yang kekal dalam pendidikan adalah perubahan itu sendiri’

(the only constant in education is change itself). Kadang-kadang, dalam melaksanakan

sesuatu proses perubahan, berlaku lagi perubahan dalam perubahan tersebut.

DEFINISI DAN PENGERTIAN

Menurut Kamus Dewan Edisi Tiga (1994) “mengurus” bermaksud ‘menjaga

supaya rapi, mengatur, mengemaskan, meyusun’, dan ‘menyelenggara supaya berjalan

dengan baik’. Sementara itu, “merealisasikan” didefinisikan ‘perihal menjadikan

kenyataan’. Sementara itu, perkataan “ubah” membawa maksud ‘kelainan’, ‘beza’, ‘lain’

atau ‘tidak sama dengan’. “Mengubah” pula membawa erti ‘menjadikan berlainan atau

berbeza daripada yang asal’, ‘menjadikan lebih baik daripada yang semula jadi, asal

atau sebelumnya’. “Perubahan” didefinisikan sebagai ‘perihal mengubah’, ‘pengalihan’

dan ‘penukaran kepada sesuatu yang lain’. Manakala maksud “sekolah” menurut Kamus

Dewan Edisi Tiga (1994) ialah ‘tempat untuk belajar dan mengajar’.

Berdasarkan definisi-definisi berikut dapatlah disimpulkan bahawa “mengurus

dan menangani perubahan di sekolah” bermaksud bagaimana mengendalikan dengan

teratur dan sempurna serta menjadikan perbezaan yang dihajati di sesebuah organisasi Mengurus & Merealisasikan Perubahan

3

sekolah satu kenyataan. Perbezaan yang dihajati itu pula mestilah ke arah

mempertingkatkan kualiti keberkesanan sekolah dan bukan sebaliknya.

KONSEP PERUBAHAN DI SEKOLAH

Walaupun konsep mengurus dan menangani perubahan adalah luas, tetapi fokus

perbincangan ini adalah tertumpu kepada bagaimana pelaksanaannya di peringkat

sekolah. Konsep perubahan boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Dari perspektif

Page 34: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

pengurusan sekolah, apa saja yang dilakukan oleh pengetua atau guru besar selaku

pemimpin dan pengurus adalah berkaitan dengan melaksanakan perubahan. Oleh yang

demikian, pengetua atau guru besar adalah individu yang tanggungjawab sepenuhnya

terhadap sesuatu perubahan.

Menurut Aldag dan Stearns (1997) tanggungjawab pengurus terhadap perubahan

merangkumi: (1) setiap apa yang dilakukannya adalah berkaitan dengan pelaksanaan

perubahan; (2) akan berlaku perubahan setiap kali pengurus membuat keputusan; dan (3)

perubahan perlu diuruskan secara berkesan.

Dari perspektif yang sama, konsep perubahan pengurusan organisasi adalah

berkait rapat dengan pengstrukturan organisasi. Secara amnya, walaupun perubahan

pengurusan bukanlah semestinya pengstrukturan semula organisasi, namun kadangkadang dalam hal atau kes-kes tertentu perubahan sering kali melibatkan juga

pengstrukturan semula organisasi. Justeru itu, bolehlah disimpulkan bahawa perubahan

akan melibatkan dua situasi pengurusan iaitu pengstrukturan dan bukan pengstukturan

organisasi. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

4

Konsep perubahan juga boleh dilihat dari segi tujuan dan matlamatnya. Secara

ringkasnya, tujuan utama setiap perubahan adalah meningkatkan keberkesanan. Dengan

kata lain, perubahan hendaklah bermatlamatkan untuk memperbaiki mutu dan

kecemerlangan pengurusan organisasi. Dalam konteks pendidikan, perubahan-perubahan

dilakukan untuk meningkatkan kualiti fungsi pengurusan dan pentadbiran agar sekolah

benar-benar menjadi organisasi sosial yang benar-benar efektif dan efisien.

Dari perspektif sifatnya pula, perubahan menurut Gray dan Starke (1994) adalah

sesuatu yang muktamad (final) kerana kita tidak boleh kembali ke asal setelah perubahan

dilaksanakan. Situasi ini boleh diterangkan berdasarkan rajah berikut:

Page 35: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Setiap petak menggambarkan keadaan latar belakang setiap perubahan. Keadaan

A adalah keadaan yang menyebabkan perlunya perubahan. Keadaan B adalah keadaan

selepas berlakunya perubahan. Andaikan bahawa selepas keadaan B, pihak pengurusan

memutuskan bahawa perubahan yang dibuat adalah satu kesilapan dan ingin kembali ke

keadaan A. Adalah mustahil untuk berbuat demikian kerana kedaan A tidak termasuk

mempunyai pengalaman keadaan A. Oleh itu, apa yang hanya boleh dilakukan ialah

berubah ke keadaan C.

Pengajarannya ialah mengurus perubahan adalah sukar dan rumit kerana sifatnya

yang terlalu muktamad. Oleh yang demikian, sesuatu perubahan yang hendak

dilaksanakan perlu dipertimbangkan dan diurus sebaik-baiknya kerana situasi sebelum

B

Keadaan

Selepas

A

Keadaan

Asal

C

Keadaan

Baru Mengurus & Merealisasikan Perubahan

5

perubahan tidak dapat diwujudkan lagi. Untuk mengatasi kesilapan dalam mengurus

perubahan, bermakna perubahan-perubahan baru perlu dilakukan (keadaan C) berbanding

cuba kembali ke asal.

PENENTUAN PERUBAHAN

Perubahan adalah unik dan kompleks sifatnya. Menurut sistem sosial, apa sahaja

Page 36: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

bentuk perubahan yang berlaku pasti akan memberi kesan terhadap bahagian-bahagian

sistem yang lain. Oleh yang demikian, maka pengetua atau guru besar perlu membuat dan

mempunyai justifikasi yang kukuh terhadap keperluan sesuatu perubahan. Dengan kata

lain, seseorang pengetua atau guru besar mestilah mempunyai alasan kuat yang dapat

dijadikan sandaran mengapa sesuatu perubahan itu wajar dilakukan atau diusahakan.

Mereka juga perlu mempunyai asas dan hujah-hujah kukuh yang dapat dikemukakan

sebagai alasan mengapa sesuatu perubahan itu perlu dilaksanakan.

Untuk tujuan tersebut, pengetua atau guru besar perlu membuat penilaian

terperinci sebelum sesuatu perubahan hendak dibuat. Selaku pengurus, mereka mesti

membuat penentuan terhadap keperluan sesuatu perubahan yang dirancang. Menurut

Gibson (1993) terdapat dua persoalan utama yang harus dipertimbangkan dalam

menentukan perubahan iaitu: (1) adakah perubahan yang dicadangkan hasil daripada

perancangan strategik organisasi?; (2) adakah perubahan yang dicadangkan konsisten

dengan perancangan strategik organisasi?

Jika jawapan bagi kedua-dua persoalan tersebut adalah selari dan selaras dengan

perancangan strategik organisasi, maka langkah seterusnya adalah membuat klasifikasi

perubahan tersebut dan seterusnya melaksanakannya. Jika jawapannya adalah sebaliknya, Mengurus & Merealisasikan Perubahan

6

maka keperluan terhadap perubahan yang dirancangkan perlu dinilai semua. Sekiranya

keputusan penilaian masih menunjukkan terhadap perlunya perubahan, maka

pengubahsuaian terhadap perancangan strategik perlu dibuat sebelum mengklasifikasi

dan melaksanakan perubahan yang dirancangkan.

Proses menentukan sama ada perubahan itu perlu dilaksanakan atau tidak dapat

digambarkan seperti rajah berikut:

Page 37: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Sumber: Strateplan Consulting Group, 1993

KLASIFIKASI PERUBAHAN

Terdapat berbagai-bagai jenis perubahan. Pakar-pakar dalam bidang pengurusan

telah menggunakan pelbagai istilah dan adalah agak sukar untuk menamakannya setiap

satu secara terperinci. Oleh yang demikian, adalah lebih mudah melihat jenis-jenis

perubahan dalam pengurusan organisasi mengikut sifat dan bentuk perubahan tersebut.

Menurut Gibson (1993) perubahan dalam pengurusan boleh dikelaskan kepada

empat bentuk iaitu: (1) perubahan rutin (routine change); (2) perubahan penyertaan

(participative change); (3) perubahan arahan (directed change); dan (4) perubahan

strategik (strategic change). Penentuan sesuatu kelas perubahan adalah berdasarkan

Checking the Change

Yes classify the change

No

reassess the

need

if change must be made,

modify the plan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

7

kepada ukuran tinggi atau rendahnya kesan perubahan yang dijangkakan berlaku ke atas

organisasi dan individu yang terlibat. Gambaran terhadap kelas-kelas perubahan adalah

seperti rajah berikut:

Classifying the Change

Directed Change

Management Planning &

Page 38: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Monitoring required;

Delegation of

Implementation possible

Strategic Change

Significant Management

Planning, Implementation &

Monitoring

Routine Change

Little need

for significant management

involvement

Participative Change

Management Planning &

Monitoring required;

Delegation of

Implementation possible

Sumber: Strateplan Consulting Group, 1993

Sekiranya perubahan yang dijangkakan berlaku terhadap organisasi dan individu

adalah kecil, maka perubahan tersebut dikelaskan sebagai perubahan “rutin”. Perubahan

ini memerlukan signifikan penglibatan pengurusan yang minimum untuk dilaksanakan.

Perubahan “arahan” pula adalah situasi di mana perubahan yang dijangkakan berlaku

terhadap organisasi adalah tinggi dan sebaliknya terhadap individu adalah rendah.

Strategi pelaksanaan perubahan ini memerlukan perancangan pengurusan, pemantauau

(monitoring) dan penurunan kuasa pelaksanaan kepada orang bawahan.

Perubahan “penyertaan” pula adalah berlawanan dengan perubahan “arahan”

Page 39: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

kerana perubahan yang dijangkakan berlaku terhadap organisasi adalah rendah dan

HIGH

Amount of

Organisational

Change

Expected

LOW HIGH

Amount of Change Expected on the Part

of Individual Mengurus & Merealisasikan Perubahan

8

sebaliknya terhadap individu adalah tinggi. Dari segi strategi, pelaksanaan perubahan

“penyertaan” adalah sama dengan perubahan “arahan”. Manakala perubahan “strategik”

adalah situasi di mana perubahan yang dijangkakan berlaku kepada organisasi dan

individu adalah tinggi. Oleh yang demikian, perancangan terhadap pengurusan,

implemantasi dan pemantauan adalah sesuatu yang signifikan.

PENGLIBATAN DAN PERANAN

Walaupun dari perspektif pengurusan, pengetua atau guru besar adalah individu

yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sesuatu perubahan di sekolah, tetapi

hakikatnya dalam melaksanakan perubahan ada pihak-pihak yang lain turut terlibat.

Dalam melaksanakan perubahan, peranan pengetua dan guru besar adalah lebih kepada

mengurus, mentadbir dan memimpin orang bawahan ke arah perubahan yang

dijangkakan. Bagi merealisasikan sesuatu perubahan yang dicadangkan, pengetua atau

guru besar memerlukan penglibatan pihak lain.

Secara amnya, terdapat tiga jenis kumpulan manusia yang terlibat dalam

merealisasikan perubahan di sekolah. Ketiga-tiga kelompok tersebut ialah: (1) Penaja

Page 40: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Perubahan (The Change Sponsor); (2) Agen Perubahan (The Change Agent); (3) Peserta

Perubahan (The Change Participant). Setiap kelompok mempunyai peranan dan fungsi

masing-masing dalam merealisasikan perubahan di sekolah.

Penaja Perubahan

Penaja perubahan adalah individu atau sekumpulan individu di sesebuah

organisasi yang mempunyai autoriti terhadap perubahan tersebut. Golongan akan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

9

menggunakan kedudukannya, kuasa yang diperuntukan serta pengaruh mereka untuk

merealisasikan perubahan. Di sekolah, penaja kepada sesuatu perubahan mungkin sekali

pengetua dan guru besar atau pihak pengurusan yang lebih tinggi bergantung kepada

siapa yang melaksanakan perubahan. Dalam konteks pengurusan pendidikan, penaja juga

mungkin datangnya daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri,

Pejabat Pendidikan Daerah atau lain-lain pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

Secara amnya, peranan penaja adalah:

menjelaskan hasil perubahan yang diperlukan.

memastikan adanya perancangan yang rapi untuk mengurus perubahan.

mengenalpasti impak dan kos nyata dan tidak nyata yang akan terlibat akibat

perubahan.

memastikan sumber pelaksanaan perubahan mencukupi agar matlamat

perubahan dapat direalisasikan.

komited dengan perubahan yang ingin dilakukan.

menghargai perubahan-perubahan perlakuan yang diharapkan walaupun

sebesar zarah.

menangani segala bentuk rintangan yang akan menjadi penghalang terhadap

perubahan.

Page 41: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Agen Perubahan

Agen kepada perubahan pula merupakan individu atau sekumpulan manusia di

dalam organisasi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan perubahan.Mereka

ini merupakan merupakan perantara di antara penaja dan peserta perubahan. Golongan ini Mengurus & Merealisasikan Perubahan

10

mungkin pengetua atau guru besar sekolah sekiranya jika perubahan yang diperlukan

datang dari pihak pengurusan yang lebih tinggi. Dalam konteks sekolah, agen lebih

menjurus kepada penolong-penolong kanan, guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia

mata pelajaran jika perubahan yang dikehendaki datang daripada pengurusan dalaman

sekolah.

Antara peranan yang perlu dimainkan oleh agen-agen perubahan ialah:

memahami secara mendalam hasil perubahan yang diperlukan atau

dijangkakan.

komited serta meletakkan usaha jitu untuk mencapai perubahan yang

diharapkan.

menggunakan sumber-sumber secara profesional dan berkesan.

memberi maklum balas kepada penaja terhadap perkembangan pelaksanaan

perubahan.

membantu menyediakan kelompok peserta untuk menghadapi perubahan.

memberi dan membina sokongan terhadap perubahan di kalangan peserta.

melibatkan kelompok peserta secara aktif di dalam perancangan dan

implimentasi perubahan.

Peserta Perubahan

Peserta-peserta perubahan merupakan individu atau satu kumpulan manusia di

mana hasil perubahan akan menukar dan meningkatkan kemahiran, pengetahuan ataupun

Page 42: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

perlakuan. Golongan ini merupakan guru, staf bukan akademik, para pelajar atau Mengurus & Merealisasikan Perubahan

11

ibubapa. Sesungguhnya, sebarang bentuk perubahan di sekolah pasti akan melibatkan

golongan ini kerana mereka adalah sasaran utama fungsi pengurusan di sekolah.

Peranan utama golongan ini ialah:

memahami hasil atau matalamat perubahan yang dihajati.

mencerakinkan keperluan perubahan untuk direalisasikan.

menggunakan sumber yang diperuntukan secara berkesan.

memberi maklumbalas kepada penaja dan agen perubahan.

menyokong perubahan yang dicadangkan.

melibatkan diri di dalam proses perancangan dan pelaksanaan perubahan.

menerima dan mengadaptasi perubahan iaitu melalui belajar dan penyesuaian.

KOMPONEN-KOMPONEN ELEMEN PERUBAHAN

Lazimnya, perubahan di sekolah akan melibatkan beberapa komponen perubahan.

Perubahan akan memberi kesan kepada beberapa aspek pengurusan. Secara amnya,

terdapat empat komponen yang akan terlibat dengan pelaksanakan perubahan.

Komponen-komponen tersebut ialah; (1) kognitif; (2) sikap (attitude) dan perlakuan

(behavior); (3) budaya sekolah (school culture); dan (4) wawasan (vision).

Kognitif

Perubahan yang melibatkan kognitif adalah perubahan-perubahan yang berkaitan

dengan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan pemahaman konsep sesuatu inovasi atau

perkembangan baru dalam pendidikan. Perubahan ini adalah mudah dilaksanakan dan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

12

cepat dapat direalisasikan di peringkat sekolah Perubahan ini boleh dicapai melalui

Page 43: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

kursus, seminar, bengkel, penerangan, mesyuarat atau pembacaan.

Sikap dan Perlakuan

Berbanding dengan kognitif, perubahan terhadap aspek sikap dan perlakuan

adalah jauh lebih kompleks, rumit dan lambat untuk direalisasikan. Walaupun tidak

mustahil, bukanlah mudah untuk mengubah sikap dan perlakuan yang tidak diperlukan

tetapi sudah menjadi sebati dalam diri manusia. Apa lagi mengubah sikap dan perlakuan

individu yang berbagai ragam dan kerenah yang terdapat di sekolah. Secara amnya

terdapat dua bentuk sikap iaitu sikap positif dan negatif, manakala perlakuan melibatkan

perlakuan individu dan kumpulan.

Budaya Sekolah

Perubahan di sekolah juga sering melibatkan perubahan kepada budaya sekolah.

Budaya sekolah amat kuat pengaruhnya dalam sistem persekolahan kerana bentuk

amalan-amalan atau budaya kumpulan (group culture) yang diterima ramai sebagai satu

norma. Menurut Deal (1993) budaya sekolah merangkumi konsep-konsep iklim, ethos

dan saga.

Geertz (1973) mendefinisikan budaya sebagai:

“…… historically transmitted pattern of meaning. Those

patterns of meaning are expressed both (explicitly)

through symbols and (implicitly) in our-taken-for-granted

beliefs.”

ERIC Digest, Number 91. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

13

Menurut Heckman (1993) budaya sekolah adalah berkaitan dengan “…… the

commonly held beliefs of teachers, students and principals” (dalam ERIC Digest,

Number 91). Oleh yang demikian, mengurus dan merealisasikan perubahan di sekolah

Page 44: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

pasti melibatkan perubahan pada budaya sekolah. Seperti aspek sikap dan perlakuan,

pelaksanaan perubahan yang melibatkan budaya sekolah harus ditangani dengan sebaikbaiknya. Menurut Stolp (1999) pengetua atau guru besar yang ingin mengubah budaya

sekolah haruslah terlebih dahulu memahami budaya yang sedia ada dan seterusnya

melaksanakannya secara beransur-ansur.

Wasasan

Bagaimana sesebuah sekolah ingin dilihat diterjemahkan dalam bentuk wawasan

secara sedar atau tidak oleh pengetua atau guru besar. Justeru itu, wawasan berkait rapat

dengan perubahan. Wawasan adalah impian dalam tindakan (a dream in action).

Wawasan pengetua atau guru besar tidak dapat direalitikan tanpa penglibatan komuniti

sekolah secara menyeluruh. Stolp (1999) “A vision for creating a healthy school culture

should be a collaborative activity among students, parents, staff, and the principals”

(dalam ERIC Digest, Number 91).

Agar perkongsian wawasan menjadi satu kenyataan, maka pengetua atau guru

besar haruslah mempunyai wawasan yang baik. Secara amnya, wawasan yang baik harus

mempunyai ciri-ciri berikut:

(1) Digerakkan oleh pemimpin (Leader Initiated) dan ini menuntut pengetua dan

guru besar mempunyai kualiti kepemimpinan yang berkesan. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

14

(2) Dikongsi dan disokong (Shared & Supported) iaitu mewujudkan pasukan

sokongan dan komuniti berwawasan.

(3) Komprehensif dan terperinci (Comprehensive & Detail) iaitu tahu dan faham

secara mendalam apa dan bagaimana wawasan tersebut hendak dicapai.

(4) Positif dan memberi dorongan (Positive & Inspiring) iaitu impian yang dapat

merangsang dan memberi keyakinan kepada orang lain untuk turut serta

mencapai wawasan.

Page 45: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

PERANCANGAN PERUBAHAN

Mengurus dan merealisasikan perubahan bukanlah satu kerja mudah. Perubahan

tanpa perancangan adalah satu risiko kerana berkemungkinan menemui kegagalan.

Perubahan tidak boleh dilakukan tanpa perancangan yang rapi. Dengan kata lain,

mengurus perubahan melibatkan aspek perancangan. Perancangan yang rapi dan teliti

akan mengurangkan risiko kegagalan dan lebih menjamin kejayaan perubahan. Kata

bestari; “if we fail to plan, we plan to fail”.

Terdapat pelbagai komponen yang perlu ada dalam perancangan perubahan.

Namun begitu secara ringkasnya, perancangan terhadap sesuatu perubahan mestilah

merangkumi penjelasan dan huraian secara terperinci perkara-perkara berikut:

(1) Pernyataan Objektif Yang Diharapkan

Objektif-objektif sesuatu perubahan mestilah dinyatakan dengan jelas.

Pernyataan objektif juga hendaklah merangkumi lain-lain domain seperti hasil

yang ingin dicapai, ukuran-ukuran pencapaian (performance measures) dan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

15

tempoh masa (time frames) yang diberikan. Pernyataan terperinci domaindomain tersebut adalah penting kerana objektif akan menjadi hala tuju

tindakan ahli kumpulan (agen dan peserta perubahan), manakala ukuran

penetapan pencapaian dan tempoh masa menjadi panduan ahli kumpulan

untuk merealisasikan perubahan. Sesungguhnya, adalah amat sukar mengheret

lain-lain individu untuk terlibat dan komited terhadap pelaksanaan perubahan

tanpa mereka mengetahuinya secara jelas.

(2) Penentuan Peranan & Penglibatan

Dalam membuat perancangan, adalah penting bagi penaja perubahan untuk

mengenal pasti individu-individu yang akan terlibat dengan pelaksanaan

Page 46: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

perubahan. Selain agen dan peserta perubahan, penaja juga harus mengenal

pasti tentang kewujudan lain-lain penaja perubahan tersebut. Setiap pihak

yang terlibat harus ditentukan peranan masing-masing.

(3) Penyenaraian Tugas Utama

Perancangan juga merangkumi penyediaan senarai tugas-tugas utama yang

akan dipertanggungjawabkan kepada agen-agen perubahan. Penyediaan

senarai tugas utama haruslah selaras dengan objektif-objektif perubahan yang

dikehendaki. Setiap objektif perlu disusun mengikut keutamaan dan

ditentukan individu (agen perubahan) yang akan bertanggungjawab.Dengan

lain perkataan, setiap agen dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas yang

spesifik (specific accountability). Pemberian tugas utama perlulah berdasarkan Mengurus & Merealisasikan Perubahan

16

ciri-ciri tertentu seperti kedudukan, jawatan, kepakaran, kredibiliti,

keupayaan, kuasa yang dimiliki dan sebagainya.

(4) Penentuan Sumber-Sumber

Perancangan perubahan juga perlu mengambil kira sumber-sumber yang ada.

Penaja perubahan perlu memeriksa sumber-sumber bagi memastikan yang

setiap objektif mempunyai sumber yang secukupnya (adequately resourced)

untuk dilaksanakan. Agen perubahan sebagai satu bentuk sumber haruslah

dipastikan mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan dan

secukupnya untuk mengimplimentasikan perubahan.

(5) Jaringan Pelaksanaan

Untuk tujuan pelaksanaan, perancangan perubahan juga harus mengambil kira

tentang jaringan pelaksanaan. Jaringan tersebut dapat dijadikan input kepada

penaja untuk mengetahui perkembangan perubahan. Terdapat tiga komponen

Page 47: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

jaringan iaitu komunikasi (communication), penyertaan (participation) dan

maklum balas (feedback). Perancangan jaringan tersebut mengambil kira

bagaimana ketiga-tiga komponen tersebut akan berlaku semasa melaksanakan

perubahan. Secara amnya, operasional jaringan antara penaja, agen dan

peserta perubahan tidak bersifat sehala iaitu dari atas ke bawah. Seharusnya

dari segi pelaksanaan perubahan, operasi jaringan hendaklah lebih bersifat

terbuka. Rajah berikut menunjukkan jaringan pelaksanaan perubahan yang

sepatutnya. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

17

Ron Gibson : Strateplan Consulting Group

(6) Tanggungjawab Bersama

Salah satu lagi ciri yang terdapat dalam proses perancangan ialah

pertanggungjawaban bersama. Perancangan untuk ‘mengubah sesuatu’ seperti

yang telah dijelaskan pada peringkat awal harus melibatkan setiap lapisan

anggota masyarakat sekolah. Secara individu, pengetua atau guru besar tidak

mungkin dapat mengatasi masalah-masalah yang kompleks dan saling

berkaitan. Merancang perubahan untuk warga sekolah bermakna juga

merancang bersama-sama mereka.

Penaja

Agen

Peserta

Penaja

Agen

Peserta

Bukan Begini

Page 48: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

Tetapi BeginiMengurus & Merealisasikan Perubahan

18

IMPAK TERHADAP PERUBAHAN

Sesuatu perubahan walau sebesar mana sekalipun yang berlaku di mana-mana

organisasi pasti akan mendatangkan kesan kepada organisasi dan individu yang terlibat

dengan organisasi tersebut. Justeru itu, dalam melaksanakan sebarang perubahan, peranan

pengetua adalah sesuatu yang amat kritikal. Perubahan yang bakal dilaksanakan haruslah

ditangani sebaik mungkin untuk memasti kejayaannya.

Dalam konteks sekolah, sebarang perubahan akan memberi impak kepada banyak

pihak termasuklah pihak pengurusan, staf, pelajar, waris dan masyarakat. Walaupun

perubahan yang bakal dilakukan itu ke arah sesuatu yang lebih positif, namun akan ada

individu-individu baik yang terlibat secara langsung atau tidak langsung akan berasa

tergugat. Rasa ketergugatan ini akan menyebabkan wujudnya tentangan terhadap

perubahan. Tentangan yang wujud boleh menjadi halangan kepada perubahan.

Tentangan-Tentangan Dalam Pelaksanaan Perubahan

Di sekolah-sekolah biasanya terdapat dua bentuk tentangan terhadap sebarang

perubahan yang dicadangkan. Pertama, ialah tentangan yang nyata iaitu tentangan secara

terang-terangan. Lazimnya, tentangan ini bersifat terus (direct), telus dan terbuka kerana

dizahirkan atau diucapkan oleh individu yang menetang secara terang dan jelas. Justeru,

kita dapat mengenal pasti individu yang terlibat, mengapa dan apa yang ditentang.

Tentangan ini biasanya dapat ditangani penaja perubahan kerana mempunyai maklumatmaklumat yang cukup mengapa wujudnya tentangan. Sebenarnya tentangan sebegini

merupakan satu bentuk maklumbalas terhadap perubahan. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

19

Tentangan kedua adalah yang bersifat tidak nyata (indirect), kabur dan tertutup.

Tentangan jenis ini biasanya dilakukan secara senyap. Tentangan sebegini agak sukar

Page 49: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

ditangani kerana tidak jelas dan samar-samar. Walaupun wujud tentangan, kita tidak

dapat mengenal pasti individu yang terlibat dan mengapa mereka menentang perubahan

tersebut. Tentangan yang wujud, jika gagal dikesan dan diambil tindakan boleh

menyebabkan perubahan yang dicadangkan menemui kegagalan. Kajian yang mendalam

untuk mengenal pasti siapa dan mengapa berlakunya tentangan harus dilakukan secara

terperinci sebelum tindakan diambil.

Halangan-Halangan Kepada Perubahan

Secara amya, terdapat dua bentuk halangan kepada sesuatu perubahan iaitu

halangan formal dan halangan tidak formal. Halangan formal adalah nyata dan dapat

dilihat manakala halangan tidak formal adalah bersifat tersirat. Secara perbandingannya,

halangan formal adalah jauh lebih mudah ditangani. dan tidak begitu ‘complicated’

berbanding halangan yang tidak formal.

Halangan-halangan formal termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan (1)

teknologi; (2) perjawatan dan tugas formal; (3) struktur organisasi; (4) senarai atau

diskripsi tugas; (5) polisi dan objektif; (6) prosedur kerja; (7) struktur komunikasi formal;

(8) bentuk-bentuk laporan; dan (9) produk dan perkhidmatan. Manakala halanganhalangan tidak formal termasuklah (1) norma; (2) kepercayaan dan nilai; (3) matlamat

personal; (4) sikap; (5) stail dan nilai pengurusan; (6) kesetiaan; (7) motivasi dan

komitmen; (8) perhubungan informal; (9) rangkaian kuasa (power networks); dan (10)

ganjaran dan imbuhan. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

20

Dalam melaksanakan perubahan, penaja haruslah berhati-hati dengan ‘bongkah

air batu’ (organizational’s iceberg) organisasi yang menjadi halangan kepada perubahan.

Dalam perkembangan berkaitan, pengetua atau guru besar boleh diumpamakan sebagai

nakhoda kepada “Bahtera Perubahan” yang sedang belayar di lautan luas. Destinasi kapal

tersebut ialah “Pelabuhan Perubahan”. Nakhoda haruslah berhati-hati terhadap ‘bongkah

Page 50: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

air batu’ yang boleh menggagalkan pelayaran tersebut. Halangan-halangan terhadap

perubahan digambarkan seperti rajah berikut:

PENGANALISAAN RINTANGAN

Walaupun rintangan merupakan fenomena biasa dalam organisasi, tetapi

hakikatnya tidak semua perubahan ditentang. Menurut Gray dan Starke (1994) penilaian

organisasi secara dekat menunjukkan bahawa perubahan lebih banyak diterima

berbanding ditolak. Kita sering melabelkan manusia sebagai anti-perubahan dan ini

“Bahtera Perubahan”

FORMAL

TIDAK FORMAL Mengurus & Merealisasikan Perubahan

21

berlawanan dengan sifat semulajadi manusia sebagai makhluk yang paling mudah

menyesuaikan diri di dunia.

Menurut Hersey dan Blanchard dalam Gray dan Starke (1994) penganalisaan

terhadap rintangan dan halangan diukur dari aspek jangka masa dan darjah kesukaran

dalam membuat perubahan-perubahan. Secara amnya, penganalisaan menunjukkan

bahawa darjah kesusahan perubahan pengetahuan (knowledge) adalah rendah dan jangka

masa yang terlibat lebih pendek. Walau bagaimanapun, darjah kesukaran dan jangka

masa akan meningkat apabila melibatkan perubahan sikap (attitudes), tingkahlaku

individu (individual behaviour) dan tingkahlaku kumpulan (group behaviour). Perbezaan

tahap penganalisaan terhadap perubahan adalah seperti rajah berikut:

Time & Difficulty Involved in Making Various Changes

Sumber: Organizational Behavior

Concept and Application, 1972

GROUP BEHAVIOR

Page 51: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

INDIVIDUAL BEHAVIOR

ATTITUDES

KNOWLEDGES

(Short) Time involved (Long)

(Low) (High)

Difficulty

Involved Mengurus & Merealisasikan Perubahan

22

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RINTANGAN

Kewujudan rintangan akan menjadi halangan kepada perubahan. Rintangan jika

wujud, menyebabkan perubahan mungkin tidak menjadi kenyataan atau mungkin

melambatkan proses perubahan. Namun begitu, penentuan kejayaan pelaksanaan sesuatu

perubahan banyak bergantung kepada penglibatan orang bawahan. Semakin tinggi

komitmen orang bawahan terhadap perubahan, semakin tinggi peratus kejayaan.

Menurut Ron Gibson (1993) terhadap sepuluh perkara yang boleh dilakukan oleh

pengetua atau guru besar untuk menangani rintangan-rintangan terhadap perubahan iaitu

seperti berikut:

(1) Memberi Kuasa Kawalan

Perubahan menjadi menarik jika dilakukan oleh “kita” dan bukan dibuat

untuk “kita”.

Perasaan sepunya penting untuk mendapatkan komitmen terhadap

tindakan.

Penglibatan menyeluruh adalah lebih baik berbanding tidak terlibat

langsung.

Perasaan selesa terhadap perubahan boleh ditingkatkan sekiranya lebih

Page 52: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

banyak pilihan diberikan.

Sesungguhnya, ‘powerlessness that “corrupts”, not power’.

(2) Mengurangkan Ketidak-Pastian

Individu akan rasa kurang selesa dengan perubahan sekiranya perubahan

tersebut membuatkan mereka berasa seolah-olah “berjalan di atas tebing

dengan mata tertutup” (walking off a cliff blind folded).Mengurus & Merealisasikan Perubahan

23

Berkongsi maklumat perlaksanaan perubahan pada setiap peringkat proses

perubahan

Maklumat penting untuk membina komitmen terhadap perubahan.

Membahagikan perubahan kepada langkah-langkah pelaksanaan yang

lebih kecil untuk mengurangkan rasa gugat.

Penaja atau agen perubahan mesti komited pada perubahan

(3) Membuat Pengumunan Lebih Dahulu

Individu mudah terkejut dengan keputusan atau permintaan yang

dicetuskan secara tiba-tiba.

Menyediakan individu untuk menghadapi perubahan.

Hebahkan maklumat seawal mungkin adalah lebih baik berbanding semua

keputusan sudah dicapai.

Tentukan masa yang sesuai untuk menghebahkan perubahan

(4) Meminimumkan Bilangan Perbezaan

Perubahan berkait rapat dengan persoalan rutin, juteru kekalkan rutin

sebanyak mungkin.

Jangan lakukan perubahan semata-mata kerana ingin melakukannya.

Individu akan komited terhadap perubahan sekiranya perubahan tersebut

Page 53: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

dilihat sebagai kesinambungaan tradisi.

Kekalkan perkara-perkara lumrah yang memberi keselesaan selagi tidak

menggangu prestasi organisasi.

(5) Tidak Melibatkan Maruah Semasa Perubahan

Tidak “menghina” apa yang berlaku sebelum perubahan tetapi perubahan

dinyatakan dalam perspektif tepat pada masanya. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

24

Individu akan menetang perubahan sekiranya mereka diletakan dalam

posisi di mana mereka harus mempertahankan diri di atas apa yang telah

mereka lakukan sebelum perubahan.

Memberi penghargaan ke atas pencapaian lalu walaupun tiba masa untuk

berubah.

(6) Mewujukan Perasaan Kompeten

Perasaan kompeten lazimnya akan menyebabkan berlakunya penentangan

terhadap perubahan.

Memberi pendidikan dan latihan yang secukupnya agar merka faham apa

yang berlaku dan bersedia untuk sebarang perubahan.

Peneguhan positif adalah penting.

Memberi peluang kepada individu untuk berlatih menggunakan kemahiran

atau tindakan yang baru tanpa membuat penilaian tergesa-gesa.

(7) Peka Terhadap Kesan Gelombang Perubahan

Gelombang perubahan akan memberi kesan kepada aktiviti organisasi,

individu dan keluarga.

Fleksibel terhadap pelaksanaan perubahan agar individu boleh

menyesuaikannya dengan perancangan dan aktiviti harian.

Page 54: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

(8) Memberi Sokongan & Ganjaran Terhadap Usaha Tambahan Ke Arah

Perubahan.

Perubahan memerlukan usaha yang jitu dan bersungguh-sungguh.

Pastikan individu diberi ganjaran yang sewajarnya untuk setiap usaha

tambahan.

Menghargai setiap sumbangan dan sokongan ke arah merealisasikan

perubahan. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

25

(9) Mengambilkira Maklumat Lampau

Kesan lampau boleh menghalang masa depan.

Menghapuskan kesan lampau adalah perlu untuk mengatasi rintangan

terhadap perubahan.

(10) Memaklumkan Keadaan Sebenar Perubahan.

Elak daripada menyembunyi maklumat perubahan daripada pengetahuan

orang bawahan.

Elakkan juga daripada memberi janji-janji palsu.

PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Perubahan amat dominan dalam dunia pendidikan kerana sifatnya yang dinamik.

Pendidikan sebagai wadah penyediaan sumber manusia untuk masa depan sentiasa

perlukan perubahan. Sebagai sebuah institusi sosial, tuntutan-tuntutan terhadap

pendidikan sentiasa perlukan perubahan selaras dengan perkembangan dan kehidupan

semasa. Oleh kerana sifat pendidikan yang dinamik jugalah maka strategi pencapaian

pendidikan sentiasa perlukan perubahan.

Perubahan-perubahan dalam pendidikan adalah luas dan tidak terbatas. Setiap

bidang pendidikan telah pernah mengalami perubahan sebagai memenuhi tuntutan

Page 55: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

semasa. Perubahan dalam pendidikan merangkumi bidang-bidang kurikulum,

kokurikulum, pengkaedahan, latihan guru, proses pengajaran guru, pembelajaran murid

dan sebagainya.

Secara amnya, terdapat dua situasi perubahan yang berlaku di sekolah-sekolah.

Pertama; atas kehendak atau arahan pihak atasan di luar sekolah seperti kerajaan, Mengurus & Merealisasikan Perubahan

26

kementerian pendidikan, jabatan pendidikan dan pejabat pendidikan daerah. Kedua; atas

kehendak pengetua atau guru besar sesebuah sekolah itu sendiri. Walau siapapun

mengarahkannya, perubahan sentiasa bermatlamatkan memantapkan sistem yang sedia

ada selagi tidak harus bercanggah dengan dasar dan peraturan yang telah termaktub.

Dalam konteks sekolah, perubahan perlu dilakukan oleh pengetua atau guru besar

bagi menangai sesuatu keperluan atau desakan. Perubahan dilakukan bertujuan

memperbaiki rancangan yang sedia ada agar hasil pencapaian yang lebih baik. Perubahan

perlu kerana sesuatu strategi yang berkesan pada sesuatu masa belum pasti berjaya pada

masa lain. Menurut Sun Tze:

“Sesuatu taktik yang digunakan untuk mencapai sesuatu

kemenangan tidak patut diulang berkali-kali dalam

pertandingan atau perlawanan berikut untuk memastikan

kemenangan berterusan.”

Menangani perubahan dalam pendidikan bukanlah sesuatu yang mudah. Apa lagi

untuk merealisasikannya adalah jauh lebih kompleks, sulit dan merupakan tugas yang

amat berat. Ini adalah kerana pada masa kini telah berlaku pula perubahan-perubahan

penting pada sifat-sifat perubahan itu sendiri.

PENUTUP

Perubahan adalah hakikat kehidupan duniawi. Heraklitus, pemikir Yunani purba

Page 56: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

mengungkapkan:

Everything flows and noting abides;

everything gives way and nothing fixed.

You cannot step twice into the same river,

for other waters are continually flowing on.

Cool thing become warm, the warm grows cool;

the moist dries, the parched become moist.

It is changing that things find repose. Mengurus & Merealisasikan Perubahan

27

Merealisasikan perubahan di sekolah adalah menjadi tanggungjawab pengetua

atau guru besar. Mengurus perubahan memerlukan kemahiran kepemimpinan yang

tinggi. Melaksanakan perubahan walau seteliti mana sekalipun, pasti mempunyai

risikonya tertentu. Setiap perubahan juga tidak berkekalan.

Perubahan adalah “fact of life in all organizations”. Dua proses perubahan yang

utama ialah ‘reform’ dan ‘norming’ iaitu melibatkan pengubahsuaian dan membudayakan

perubahan tersebut. Namun begitu, terdapat situasi di mana perubahan-perubahan

menghadapi tentangan daripada golongan tertentu di dalam organisasi. Tentangan boleh

jadi dalam bentuk nyata ataupun sebaliknya. Tentangan-tentangan ini jika tidak ditangani

akan menjadi rintangan kepada perubahan yang hendak dilaksanakan. Perubahan

dikatakan tidak akan mempunyai rintangan sekiranya: (1) anggota organisasi sendiri

membuat pilihan untuk mengalami perubahan; (2) majoriti bersetuju bahawa perubahan

untuk menjadi lebih baik; (3) perubahan dapat memuaskan keperluan individu; (4) setiap

orang telah dimaklumkan. tentang perubahan yang dicadangkan; (5) perubahan dirancang

lebih awal; (6) setiap orang mempunyai pengalaman yang positif terhadap perubahan (7)

keseimbangan di antara matlamat organisasi, individu dan pemimpin.

Page 57: Inovasi Dan Kreativiti Dalam Pendidikan

* Esei ini merupakan assignment penulis semasa mengikuti pengajian

peringkat sarjana di Univeriti Utara Malaysia