identiti kontemporari belia malaysia

15
Identiti Kontemporari Belia Malaysia Ezhar Tamam, Jabatan Komunikasi, UPM Azimi Hamzah & Turiman Suandi, Unit Pengajian Pembangunan Belia, UPM Pengenalan Pada tahun 1995 sekitar enam juta (30 peratus) daripada penduduk negara ini terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Adalah dianggarkan sekitar 41 peratus penduduk Malaysia dalam tahun 2000 adalah golongan yang sekarang ditakrifkan sebagai belia (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1995-2000). Belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga yang penting bagi negara. Sumber tenaga ini, sebagai tunggak negara, mestilah dibangunkan dan digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti adalah amat penting, walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar pengswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang. Sungguhpun negara baru-baru ini menghadapi kemalut kejatuhan nilai ringgit, kadar pertumbuhan ekonomi yang telah dicapai sejak sepuluh tahun yang lepas adalah memberangsangkan, dan belanjawan berhemat yang dibentangkan baru ini dijangka dapat mengatasi masalah ekonomi semasa dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana (Berita Harian, Oktober 18, 1997). Sekalipun negara kita dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana, ini tidak boleh dianggap sebagai kejayaan selagi ada sebahagian daripada belia negara ini, walau pun kecil, bermasalah atau tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat seandainya belia remaja dan muda tidak dapat meneruskan dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan di masa akan datang. Negara tidak boleh dibuai dengan kesenangan ekonomi sekarang dan leka dengan agenda pembangunan belia. Proses globalisasi telah membuka ruang luas bagi negara dan rakyatnya merebut peluang kemajuan ekonomi dan pada masa yang sama mendedahkankan rakyat kepada unsur-unsur luar yang negatif. Globalisasi adalah proses yang hangat diperdebatkan. Ia membawa manfaat dan pada masa yang sama menimbulkan permasalahan (Robertson, 1992; Richards, M. & French, D., 1996). Perkembangan dalam teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan nilai dan gaya hidup baru, dan mengubah citarasa. Peningkatan taraf hidup membolehkan individu dan keluarga berbelanja lebih untuk memenuhi citarasa. Namun bagitu, pembangunan ekonomi mestilah diiringi dengan pembangunan sosial dan budaya. Tidak ada ertinya negara maju sekiranya ada golongan rakyatnya, khususnya golongan belia, terikuti-ikut dengan cara kehidupan barat yang tidak serasi dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Proses globalisasi disamping usaha kerajaan meliberalisasikan aktiviti ekonomi memberi cabaran baru kepada belia hari ini. Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mestilah mempunyai sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan wawasan 2020 disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka, sama ada dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta mesti dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian yang berterusan ialah identiti diri belia. Identiti diri boleh mengambarkan gaya hidup seseorang individu. Permasalahan Kajian Bagaimanakah identiti belia pada hari ini? Secara khususnya apakah label yang mereka gunakan sebagai identifikasi diri sendiri? Identifikasi diri adalah suatu yang

Upload: fahmi2010

Post on 02-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Page 1: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

Identiti Kontemporari Belia Malaysia

Ezhar Tamam, Jabatan Komunikasi, UPM

Azimi Hamzah & Turiman Suandi, Unit Pengajian Pembangunan Belia, UPM

Pengenalan

Pada tahun 1995 sekitar enam juta (30 peratus) daripada penduduk negara ini terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 30 tahun. Adalah dianggarkan sekitar 41 peratus penduduk Malaysia dalam tahun 2000 adalah golongan yang sekarang ditakrifkan sebagai belia (Rancangan Malaysia Ketujuh, 1995-2000). Belia bukan sahaja suatu golongan yang besar tetapi merupakan sumber tenaga yang penting bagi negara. Sumber tenaga ini, sebagai tunggak negara, mestilah dibangunkan dan digembelingkan sebagai rakan pembangunan. Tidak dapat dinafikan bahawa sumber tenaga yang berkualiti adalah amat penting, walaupun liberalisasi ekonomi dan dasar pengswastaan telah dikatakan sebagai pengerak kepada pertumbuhan ekonomi yang dicapai sekarang. Sungguhpun negara baru-baru ini menghadapi kemalut kejatuhan nilai ringgit, kadar pertumbuhan ekonomi yang telah dicapai sejak sepuluh tahun yang lepas adalah memberangsangkan, dan belanjawan berhemat yang dibentangkan baru ini dijangka dapat mengatasi masalah ekonomi semasa dan mengekalkan pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana (Berita Harian, Oktober 18, 1997). Sekalipun negara kita dijangka akan mencatat pertumbuhan ekonomi pada tahap sederhana, ini tidak boleh dianggap sebagai kejayaan selagi ada sebahagian daripada belia negara ini, walau pun kecil, bermasalah atau tidak menyumbang kepada pembangunan negara. Pertumbuhan ekonomi sudah tentu akan terencat seandainya belia remaja dan muda tidak dapat meneruskan dan mengekalkan kejayaan yang sedang dicapai dan seterusnya mencipta kemajuan di masa akan datang.

Negara tidak boleh dibuai dengan kesenangan ekonomi sekarang dan leka dengan agenda pembangunan belia. Proses globalisasi telah membuka ruang luas bagi negara dan rakyatnya merebut peluang kemajuan ekonomi dan pada masa yang sama mendedahkankan rakyat kepada unsur-unsur luar yang negatif. Globalisasi adalah proses yang hangat diperdebatkan. Ia membawa manfaat dan pada masa yang sama menimbulkan permasalahan (Robertson, 1992; Richards, M. & French, D., 1996). Perkembangan dalam teknologi penyiaran dan telekomunikasi terus mendedahkan belia pada maklumat terkini, menyogokkan nilai dan gaya hidup baru, dan mengubah citarasa. Peningkatan taraf hidup membolehkan individu dan keluarga berbelanja lebih untuk memenuhi citarasa. Namun bagitu, pembangunan ekonomi mestilah diiringi dengan pembangunan sosial dan budaya. Tidak ada ertinya negara maju sekiranya ada golongan rakyatnya, khususnya golongan belia, terikuti-ikut dengan cara kehidupan barat yang tidak serasi dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Proses globalisasi disamping usaha kerajaan meliberalisasikan aktiviti ekonomi memberi cabaran baru kepada belia hari ini.

Perkembangan pembangunan negara membawa implikasi belia hari ini mestilah mempunyai sifat-sifat positif yang membolehkan mereka memainkan peranan dalam pembangunan negara dan merealisasikan wawasan 2020 disamping menangani cabaran dan tuntutan era globalisasi dan liberalisasi. Belia alaf masyarakat maklumat dan masyarakat global mesti mempunyai jati diri yang mantap. Potensi mereka, sama ada dari segi semangat, tekad juang, fikiran, sikap dan daya cipta mesti dibangunkan dan dimanfaatkan. Salah satu aspek utama yang perlu diberi perhatian yang berterusan ialah identiti diri belia. Identiti diri boleh mengambarkan gaya hidup seseorang individu.

Permasalahan Kajian

Bagaimanakah identiti belia pada hari ini? Secara khususnya apakah label yang mereka gunakan sebagai identifikasi diri sendiri? Identifikasi diri adalah suatu yang berpengaruh. Belia adalah apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka. Identiti berkait rapat dengan cara hidup mencerminkan konsep diri. Belia yang beridentiti positif dipercayai berfikiran positif dan bertingkah laku produktif. Bagitu juga sebaliknya. Sehingga kini belum ada kajian yang meneliti secara empirikal tentang identiti belia negara dan faktor-faktor yang berkaitan dengannya. Media massa dan keluarga adalah dua agen sosialisasi yang mungkin berkait dengan identiti belia. Kedua-dua agen sosialisasi ini dipercayai memainkan peranan yang penting dalam membentuk sistem nilai dan gaya hidup belia. Permasalah belia yang berlaku kini telah dikaitkan dengan pendedahan tinggi pada media

Page 2: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

massa dan kurangnya hubungan dengan keluarga (Rahim, 1994; Ismail & Wok, 1995). Tetapi kaitan antara identiti dengan pendedahan kepada media massa dan ikatan kekeluargaan belum diteliti. Berdasarkan pada permasalah di atas, maka kajian ini bertujuan untuk (1) mengenal pasti identiti belia, dan (2) mengenal pasti ciri-ciri mereka, khususnya dari segi pendedahan pada media massa dan ikatan kekeluargaan.

 

Metodologi Kajian

Tinjauan ini adalah sebahagian daripada kajian IRPA AEmerging youth culture@ oleh Unit Pengajian Pembangunan Belia, Universiti Putra Malaysia. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik isi sendiri yang telah diprauji terlebih dahulu. Oleh kerana kajian ini menyentuh persoalan sikap dan perlakuan dan memerlukan bilang responden yang agak besar, maka kaedah tinjauan didapati adalah tepat. Bagi mengurangkan kos pengumpulan data, penyelidik telah memilih untuk menggunakan kaedah menemui tanya responden secara berkumpulan (purata, 30 orang dalam satu kumpulan). Setiap responden mengisikan borang soal selidik masing-masing secara sendirian. Pada sesi temu tanya tersebut, responden terlebih dahulu menerangkan cara untuk menjawab soalan tersebut. Responden telah diingatkan untuk tidak berbincang dengan responden lain dan diyakinkan tentang kerahsiaan maklumat yang mereka beri. Kaedah persampelan bertujuan telah digunakan. Kriteria peringkat umur belia dan lokasi diambil kira agar responden yang dilibatkan di dalam kajian ini mewakili komposisi belia negara ini- dari sekolah, institut pengajian tinggi, tempat kerja, belia bandar, bandar kecil dan luar bandar.

Seramai 2177 orang belia telah dilibatkan di dalam kajian ini: 1662 adalah belia Melayu, 325 belia Cina, dan 144 belia India. Dari segi jantina, 1151 adalah belia lelaki dan 1026 belia perempuan. Dari segi lokasi pula 856 adalah belia dari bandar, 724 dari bandar kecil dan 589 dari luar bandar. Sementara dari segi kategori belia pula 746 adalah belia remaja (15-19 tahun), 1026 belia muda (20-25 tahun), dan 405 adalah belia dewasa (26-30 tahun). Responden kajian ini diyakini boleh mewakili populasi belia negara ini.

Identiti belia diukur dengan soalan terbuka yang meminta responden menyatakan melabelkan diri yang paling tepat mengenai diri mereka. Respons yang diperolehi di analisis menggunakan teknik analisis kandungan. Seramai tiga orang koder digunakan untuk mengkategorikan data yang diperolehi. Klasifikasi kategori identiti responden dibuat secara konsensus di kalangan ketiga-tiga koder.

Indeks tahap pendedahan pada media massa dibentuk berdasarkan soalan-soalan yang menanyakan kekerapan responden menggunakan radio, television, surat khabar, majalah hiburan dan majalah sukan dalam sehari, sama ada tidak pernah, kurang dari setengah jam, setengah hingga satu jam, satu ke dua jam, atau lebih dari dua jam. Respons yang diperolehi dari kesemua soalan menggunakan media massa di atas dipuratakan dan dikategorikan kepada rendah (kurang dari sejam sehari), serdahana (antara satu ke dua jam sehari) dan tinggi (lebih dari dua jam sehari).

Tahap ikatan dengan keluarga pula diukur berdasarkan lima kenyataan skala Likert. Kenyataan tersebut dibentuk untuk mengetahui sejauhmana keluarga dirujuk, dan sejauhmana keluarga memberikan bimbingan serta sokongan. Jumlah skor yang diperolehi dari kenyataan-kenyataan tersebut dikategorikan kepada tiga tahap ikatan dengan keluarga, iaitu rendah, sederhana dan tinggi.

Hasil Kajian

Hampir 150 deskriptif identiti diri telah muncul dari tinjauan ini yang kemudiannya dikategorikan kepada sepuluh seperti yang dirumuskan di dalam Jadual 1. Kategori identiti tersebut dari kontinum negatif hingga positif ialah devian, distruktif, trendy, sukan dan rekreasi, normal, profesion, agama, konstruktif, patriotik, dan wawasan. Peratusan responden yang melabelkan diri mereka secara positif adalah lebih tinggi daripada peratusan responden yang melabel diri mereka secara negatif. Kategori yang mempunyai peratusan yang tinggi sekali ialah konstruktif (20.2%); diikuti dengan visionary (19.2%), normal (16.9%), agama (16.4%), trendy (10.7%), dan profesion (7.2%). Bagi kategori-kategori lain peratusannya adalah rendah- devian (3.8%), distruktif (2.3%), sukan dan rekreasi (1.4%), dan patriotik (1.9%). Ramai responden Melayu mengaitkan diri

Page 3: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

mereka dengan identiti berwawasan (20.0%), diikuti dengan agama (19.9%), konstruktif (18.6%) dan normal (15.6%). Ramai daripada responden Cina tergolong di bawah kategori belia normal (25.2%), diikuti dengan konstruktif (24.0%), dan wawasan (15.1%). Bagi responden India pula, ramai yang tergolong dalam kategori konstruktif (29.9%), diikuti dengan berwawasan (20.1%), normal (13.9%) dan trendy (13.2%).

Jadual 1 juga menunjukkan bahawa lebih ramai belia India (4.9%) dan Cina (4.9%) beridentiti devian berbandingan dengan belia Melayu (3.5%); manakala bagi kategori distruktif peratusan adalah lebih bagi belia Cina (3.7%) berbanding dengan belia India (2.8%) dan Melayu (2.0%). Disamping itu peratusan bagi kategori patriotik adalah lebih bagi kaum Cina (4.6%) berbanding dengan responden Melayu (1.5%) dan India (0.7%).

Jadual 2 memaparkan taburan identiti belia mengikut peringkat umur belia dan jantina Terdapat pola dalam identiti belia menurut peringkat umur dan jantina. Di kalangan responden remaja lebih ramai yang mengaitkan diri dengan identiti konstruktif (22.4%); ini diikuti dengan berwawasan (18.8%), normal (12.3%) dan trendy (12.1%). Bagi responden muda pula kategori yang mencatat peratusan yang teratas ialah berwawasan (20.5%), diikuti dengan konstruktif (19.2%), normal (18.9%), dan agama (15.8%). Sebaliknya bagi responden dewasa, kategori yang mencatatkan peratusan teratas ialah agama (23.0%), diikuti dengan konstruktif (20.7%), normal (20.5%) dan visionary (16.3%). Jadual 2 juga menunjukkan bahawa kategori devian, distruktif dan trendy lebih banyak diwakili oleh responden remaja dan muda berbanding dengan responden dewasa: identiti devian: remaja (4.6%), muda (4.0%), dewasa (1.7%); distruktif: remaja (2.0%), muda (2.70%), dewasa (1.5%); trendy: remaja (12.1%), muda (10.5%), dan dewasa (8.1%). Lebih ramai responden dewasa (20.5%) dan muda (18.9%) berbanding dengan belia remaja (12.3%) melebalkan diri mereka sebagai belia normal. Identiti agama lebih popular di kalangan responden dewasa (23.0%) berbanding dengan responden remaja (12.6%) dan muda (15.8%), sementara identiti sukan dan rekreasi pula lebih popular di kalangan responden remaja (2.0%) dan muda (1.5%) berbanding dengan responden dewasa (0%). Peratus responden yang tergolong dalam kategori patriotik adalah lebih bagi belia remaja (2.7%) berbanding dengan belia muda (1.9%) dan dewasa (1.2%).

Jadual 2 juga menunjukkan bahawa lebih ramai lelaki berbanding dengan perempuan yang melabelkan diri mereka dengan identiti negatif: 5.6% devian, 3.3% distruktif 16.6% trendy bagi lelaki berbanding dengan 1.8% devian, 1.4% distruktif, dan 3.9% trendy bagi perempuan. Peratusan bagi kategori devian, distruktif dan trendy ini adalah lebih bagi lelaki remaja dan muda berbanding dengan lelaki dewasa. Sebaliknya, lebih ramai responden perempuan melabelkan diri mereka dengan identiti positif: agama (17.3%), konstruktif (26.2%), berwawasan (24.1%) berbanding dengan responden lelaki (agama, 14.9%, konstruktif, 15.6%, dan visionary 14.7%). Lebih ramai belia perempuan dewasa (32.1%) berbanding dengan perempuan remaja (16.9%) dan muda ( 10.2%) mengaitkan diri mereka dengan agama. Sebaliknya lebih ramai belia perempuan remaja (28.5%) berbanding dengan perempuan muda (24.9%) dan dewasa (24.9%) mengaitkan diri mereka dengan identiti konstruktif, dan lebih ramai perempuan muda (27.3%) berbanding dengan perempuan remaja (23.8%) dan dewasa (17.1%) mengaitkan diri mereka dengan identiti berwawasan.

Taburan identiti belia mengikut lokasi kediaman, seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 3, menunjukkan wujud pola dalam identiti belia mengikut lokasi kediaman. Peratusan responden bagi identiti devian, distruktif, trendy dan normal adalah lebih bagi responden dari bandar dan bandar kecil berbanding dengan responden dari luar bandar. Lebih ramai belia luar bandar (20.7%) dan bandar kecil (17.8%) berbanding dengan responden bandar (11.3%) mengaitkan diri mereka dengan agama. Sebaliknya lebih ramai belia bandar (21.4%) berbanding dengan belia luar bandar (19.0%) dan bandar kecil (16.4%) tergolong dalam kategori berwawasan. Lebih ramai responden luar bandar mengaitkan identiti mereka dengan profesion (9.3%) dan patriotik (3.1%) berbanding dengan responden bandar dan bandar kecil.

Jadual 4 memaparkan taburan identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Wujud pola identiti belia mengikut tahap pendedahan pada media massa. Responden yang diketegorikan berpendedahan tinggi pada media massa didapati lebih ramai tergolong dalam kategori trendy (20.0%), normal (18.5%), konstruktif (19.9%), dan berwawasan (12.8%), manakala mereka yang berpendedahan sederhana lebih ramai tergolong dalam kategori konstruktif (20.4%), berwawasan (19.6%), normal (17.6%), dan agama (14.2%). Sementara mereka yang berpendedahan rendah lebih ramai mengaitkan

Page 4: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

diri dengan agama (21.8%) dan wawasan (21.2%), konstruktif (17.6%0, dan normal (14.1%). Di kalangan responden beridentiti devian, ramai yang berpendedahan tinggi pada media massa (5.6%) berbanding dengan mereka yang berpendedahan sedarhana (4.1%) dan rendah (2.1%).

Taburan identiti belia mengikut tahap keikatan dengan keluarga dibentangkan di dalam Jadual 5. Lebih ramai responden yang kuat ikatan kekeluargaan mengaitkan diri mereka dengan identiti konstruktif (21.5%), diikuti dengan wawasan (21.1%), dan agama (17.2%). Manakala responden yang sederhana ikatan kekeluargaan lebih ramai yang mengaitkan diri mereka dengan identiti normal (19.6%), konstruktif (17.2%), dan trendy (16.7%). Bagi responden yang rendah ikatan dengan keluarga pula lebih ramai yang mengaitkan diri mereka dengan identiti normal (22.4%), konstruktif (18.8%), devian (12.9%) dan distruktif (12.9%).

Perbincangan dan Implikasi

Kajian ini telah memberikan gambaran tentang identiti belia kontemporari Malaysia serta beberapa profilnya. Hasil tinjauan ini dapat memberi gambaran lebih positif dan bukan seperti yang dilaporkan oleh media massa, kumpulan-kumpulan sosial mahu pun orang-orang perseorangan yang banyak menekankan gambaran buruk. Memang tidak dinafikan bahawa ada belia yang beridentiti negatif, mengalami krisis identiti, dan bermasalah. Namun tinjauan ini menunjukkan bahawa fenomena ini tidaklah seperti yang disangkakan. Peratusan belia yang mengaitkan diri mereka dengan identiti diri yang positif adalah jauh lebih tinggi daripada peratusan belia yang mengaitkan diri mereka dengan identiti negatif. Sepuluh kategori identiti belia muncul daripada tinjauan ini boleh diletakkan dalam satu kontinum, dari kategori non-kontributif (negatif) kepada kategori kontributif (positif). Jika belia diklasifikasikan pada tiga golongan, iaitu bermasalah, biasa, dan berpotensi, maka belia kontemporai Malaysia dewasa ini kebanyakannya boleh diklasifikasikan sebagai belia yang berpotensi; belia yang boleh memenuhi seruan wawasan 2020 dan menangani cabaran gelombang globalisasi. Ini kerana ramai daripada belia yang telah ditemui tergolong dalam kategori belia kontributif, yang mana sejumlah besar daripada mereka mempunyai ciri-ciri konstruktif, berwawasan dan berorientasi agama. Senario ini adalah positif dan memberansangkan. Identiti sedemikian membawa implikasi bahawa belia negara ini boleh bertindak sebagai rakan pembangunan negara. Penemuan ini selari dengan penemuan tinjauan Sakdan, Mustafa dan Ahmad Marzuki (1995) yang mendapati majoriti respondennya mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap wawasan 2020.

Di samping itu, penemuan kajian menunjukkan identiti konstruktif dan identiti berwawasan adalah identiti yang dominan dikalangan belia Malaysia, khususnya Melayu dan India. Populariti identiti berwawasan ini berkemungkinan lantaran atau natijah kempen wawasan 2020. Walau bagaimanapun identiti berwawasan tidaklah sebagitu popular di kalangan belia Cina. Sebaliknya identiti normal adalah lebih popular di kalangan belia Cina. Adakah ini membayangkan belia Cina kurang komited dengan wawasan 2020? Persoalan ini kurang difahami dan penelitian yang lebih mendalam perlu dijalankan. Namun demikian adalah menarik diperhatikan bahawa lebih ramai belia Cina yang melabelkan diri mereka dengan identiti patriotik berbanding dengan belia Melayu dan belia India. Analisis mengikut kaum juga jelas menunjukkan bahawa identiti agama lebih dominant di kalangan belia Melayu berbanding dengan belia Cina dan India. Ini membayangkan agama masih mempunyai pengaruh yang kuat pada belia Melayu. Sementara itu kebimbangan timbul apabila didapati identiti trendy mendapat tempat di hati di kalangan semua kaum belia Malaysia, dan identiti trendy ini lebih popular di kalangan belia India, dan ikuti oleh belia Melayu dan Cina. Identiti trendy ini lebih berbentuk pada penampilan fizikal (misalnya mat punk, mat smart dan sebaginya) dan kegemaran atau kegilaan (mat rock, mat bules, mat motor dan sebagainya). Mereka yang mengaitkan diri dengan trendy, di samping yang beridentiti devian atau distruktif, perlu diberi bimbingan dan galakan yang tersusun dan berterusan agar mereka berubah daripada identiti non-kontributif kepada identiti kontributif. Perlu ditekankan bahawa identiti-identiti begini adalah baru muncul dan boleh berkembang walaupun peratus dalam kajian awal ini rendah. Tindakan awal perlu dilakukan sebelum fenomena ini menular.

Selain isu identiti, persoalan mengenai profil mereka yang beridentiti non-kontributif dan mereka yang beridentiti kontributif juga diajukan. Justeru itu kajian ini telah melihat pola

Page 5: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

identiti diri belia mengikut kategori umur belia, jantina, lokasi kediaman, pendedahan kepada media massa dan faktor hubungan dengan keluarga.

Kajian ini telah menunjukkan bahawa belia yang tergolong di dalam kategori devian atau distruktif atau trendy kebanyakannya terdiri daripada belia remaja dan belia muda berbanding dengan belia dewasa. Ini mungkin disebabkan pada peringkat ini belia lebih cenderung dan tertarik untuk melakukan atau mencontohi sesuatu yang unik, lain dan baru walaupun perkara tersebut adalah terkeluar dari kebiasaaan atau bercanggah dengan norma. Lebih ramai lelaki remaja dan lelaki muda berbanding perempuan remaja dan perempuan muda yang mengaitkan diri mereka dengan identiti devian, distruktif dan trendy, seolah-olah menggambarkan belia lelaki berbanding dengan perempuan adalah lebih cenderung untuk melakukan atau mencontohi sesuatu yang unik, berlainan, dan yang baru.

Suatu yang positif daripada kajian ini ialah lebih ramai belia muda dan belia remaja berbanding dengan belia dewasa mengaitkan diri mereka dengan identiti wawasan. Ini jelas membayangkan ruang untuk membentuk generasi akan datang ke arah yang visi 2020 adalah cerah. Dalam hal ini lebih ramai perempuan remaja dan muda berbanding dengan lelaki remaja dan muda yang beridentiti berwawasan. Bagi yang mengaitkan diri dengan agama, ini ketara pada belia dewasa, khususnya dewasa perempuan, berbanding dengan belia muda; dan yang paling kurang mengaitkan diri dengan agama ialah belia remaja. Fenomena ini perlu dilihat dengan serious. Kurang keyakinan kepada agama merupakan punca banyak masalah.

Belia yang tergolong di dalam kategori non-kontributif ini kebanyakannya adalah belia bandar dan bandar kecil. Selain daripada identiti konstruktif sebagai identiti yang dominan di kalangan belia, identiti agama adalah lebih popular di kalangan belia luar bandar berbanding dengan belia bandar besar atau kecil. Sementara identiti berwawasan lebih popular di kalangan belia bandar. Kemungkinan faktor sosialisasi, corak kehidupan bandar dan luar bandar menyumbang kepada pembentukan identiti non-kontributif, terutamanya di kalangan mereka yang kurang pegangan agama dan moral, yang kurang pengawasan keluarga dan yang tinggi pendedahan kepada media massa.

Faktor pendedahan kepada media massa mempunyai pengaruh ke atas identifikasi diri belia seperti yang didapati di dalam kajian ini. Jelas didapati bahawa belia yang beridentiti sama ada devian, distruktif atau trendy kebanyakannya datang dari golongan belia yang tinggi pendedahan pada media massa. Penemuan ini menguatkan pendapat yang menyatakan media massa seperti television adalah agen sosialisasi yang berpengaruh di kalangan belia. Di kalangan belia yang berpendedahan tinggi, identiti yang popular ialah trendy dan konstruktif, sebaliknya dikalangan belia yang berpendedahan rendah, identiti yang popular ialah agama dan visionary. Beberapa interpretasi boleh dibuat berhubungan penemuan ini. Pertama, bukannya tahap pendedahan pada media massa yang mempengaruhi label diri belia tetapi program yang ditontoni. Ini kerana terdapat belia yang mengaitkan diri dengan identiti konstruktif, visionary, dan agama sekalipun pendedahan mereka pada media massa adalah tinggi. Mereka berkemungkinan sangat memilih tentang program yang ditontoni. Namun proposinya adalah kecil. Kedua, pendedahan yang tinggi pada media massa seperti television menyumbang kepada pembentukan identiti non-kontributif. Ini tidak mustahil kerana kebanyakan program yang disiarkan di television adalah program yang diimport. Kalau tidak diimport pun, program tempatan banyak yang merupakan Asalinan@ program-program import sama ada dari segi bentuk persembahannya mahu pun temanya, seperti yang dinyatakan oleh Zaharom (1996). Di samping itu program yang bercorak hiburan lebih banyak dipaparkan oleh media masa hari ini.

Era globalisasi dan liberalisasi dalam industri television membuka ruang untuk Acultural invasion@ seperti yang diutarakan oleh Tomlinson (1991). Perkembangan teknologi penyiaran dewasa ini menimbulkan kecemasan dan kebimbangan kerana penonton dilihat sebagai konsumer dan bukannya publik yang perlu dibantu dalam banyak hal. Laporan media massa yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan Malaysia (1996) menyebut 95 peratus daripada penduduk berumur 15 tahun dan ke atas adalah penonton television, dan kebanyakan penonton memperuntukkan masa sekitar 1-2 jam sehari menonton television. Dalam suasana persaingan dalam industri television- television kerajaan dan television swasta terutamanya, sudah semestinya mengutamakan program import yang dijangka diminati penonton dan mendatangkan pulangan yang besar. Justeru itu penonton seolah-olah dipaksa menonton program import dengan kurangnya program

Page 6: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

tempatan yang bermutu tinggi yang dapat membangunkan nilai-nilai diri yang positif. Kemunculan majalah-majalah hiburan akibat liberalisasi ekonomi dan pasaran juga membuka lebih banyak ruang pada belia untuk ruang Acultural invasion.@ Natijah perkembangan ini ialah belia akan lebih tertarik dan cenderung untuk mengaitkan diri dengan identiti non-kontributif sekiranya mereka amat terdedah pada media massa khususnya televison kerana mereka, secara sedar atau tidak, disogokkan dengan nilai-nilai barat yang tidak selari dengan nilai budaya tempatan. Implikasi isu ini ialah polisi programing dan amalan televisual perlu dapat mewujudkan ruang dalam pembangunan belia selaras dengan visi 2020.

Satu lagi agen sosialisasi utama yang dipercayai mempengaruhi kehidupan dan identiti diri belia ialah hubungan dengan keluarga. Telah banyak diperkatakan tentang pentingnya hubungan dan ikatan kekeluargan dalam membentuk individu yang berpribadi positif. Penemuan kajian ini memperkuat hujah tersebut. Kajian ini jelas menunjukkan bahawa golongan belia yang kuat ikatan dengan keluarga lebih banyak yang berindentiti kontributif, khususnya konstruktif dan berwawasan, berbanding mereka yang beridentiti non-kontributif. Sebaliknya golongan belia yang mempunyai ikatan yang lemah dengan keluarga lebih ramai yang beridentiti normal dan dikontinum non-kontributif. Penemuan ini menunjukkan bahawa adanya perkaitan identiti diri dengan tahap ikatan.

Kesimpulan

Sungguh pun belia boleh mempunyai multiple identiti, kajian ini memberi fokus kepada identiti yang dominan. Bentuk dan cara soalan identiti dikemukakan dipercayai memberikan maklumat yang diperlukan. Keseluruhannya, setakat ini senario identiti belia kontemporari- Melayu, Cina dan India, boleh digambarkan sebagi positif. Ini bermakna peluang untuk menterjemahkan falsafah dan objektif program pembangunan belia ke arah pembentukan belia sebagai rakan dalam pembangunan negara adalah cerah. Belia negara ini berpotensi untuk digerakkan sebagai rakan pembangunan memandang mereka mempunyai pandangan diri yang positif dan disifatkan sebagai belia kontributif. Sementara penemuan ini boleh ditafsirkan yang globalisasi mungkin tidak menimbulkan masalah besar kepada agenda pembangunan negara dan pencapaian visi negara, mungkin proses globalisasi ini masih awal belum lagi menampakkan kesan-kesan yang nyata pada budaya dan identiti belia. Faktor pendedahan pada media massa dan ikatan dengan keluarga adalah faktor yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Belia berkemungkinan lebih suka mengaitkan diri dengan identiti negatif atau non-kontributif sekira mereka amat terdedah pada media massa dan kurang terikat dengan keluarga. Memandangkan kedua-dua agen sosialisasi ini adalah penting kepada belia maka agen-agen sosialisasi ini perlu menerapkan nilai-nilai positif di kalangan belia secara berterusan dalam interaksi mereka dengan belia.

Walaupun kajian ini memberi gambaran yang agak selesa dengan identiti belia masa kini, terdapat bibit sub-kultur yang negatif sudah mula menular. Adalah diharapkan kajian ini memberi semua pihak yang terlibat dengan sosalisasi belia satu arah tindakan untuk menghadapi globalisasi dan pembangunan sepenuhnya.

Rujukan

Ismail, N. Wok, S. (1995). Komunikasi dan pembuatan keputusan: Sumbangan kepada keluarga berkualiti. Dalam E. Tamam & M. Mohamad (Eds.), Rakan kongsi, komunikasi dan media dalam pembangunan (ms. 251-272). Serdang: Universiti Pertanian Malaysia.

Keluaran Khas Berita Harian. (1997, Oktober 18). Laporan ekonomi 1997/98. Berita Harian, ms. 2.

Kementerian Penerangan Malaysia (1996). Laporan media massa Malaysia 1996. Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan Malaysia.

Kerajaan Malaysia (1991). Rancangan Malaysia Ketujuh: 1995-2000. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri

Rahim, A. S. (1994). Tingkah laku lapak di kalangan remaja. Kajian di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan.

Page 7: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

Richards, M. & French, D. (1996). From global development to global culture. In

M. Richards, & D. French (Eds.), Contemporary television: Eastern perspective (pp. 23-58). New Delhi, India: Sage.

Robertson, R. (1992). Globalization: Social theory and global culture. London: Sage.

Sakdan, M. F., Mustafa, C. S., & Marzuki, N. A. (1995). Sikap dan jangkaan remaja terhadap wawasan 2020. Kertas kerja yang dibentangkan di Simposium Penyelidikan Komunikasi anjuran Jabatan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Tomlinson, J. (1991). Cultural imperialism: A critical introduction. Baltiomre: Tje John Hopkins University Press.

Zaharom, Nain (1996). The impact of international marketplace on the organization of Malaysian television. In, D. French, & M. Richard (Eds.), Contemporary television: Eastern perspective (pp. 343-358). New Delhi, India: Sage.

 

Jadual 1. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Kaum

 

 

 

 

 

Identiti

 

Kaum

Keseluruhan

(N=2131)

%

 

Melayu

(N=1662)

%

 

Cina

(N=325)

%

 

India

(N=144)

%

 

Devian

 

3.5

 

4.9

 

4.9 3.8

 

Distruktif

 

2.0

 

3.7

 

2.8 2.3

 

Trendy

 

10.7

 

9.2

 

13.2 10.7

 

Sukan & Rekreasi

 

1.4

 

.6

 

2.1 1.4

 

Normal

 

15.6

 

25.2

 

13.9 16.9

       

Page 8: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

Profesion 7.0 8.36.3

7.2

 

Agama

 

19.6

 

4.3

 

6.3 16.4

 

Konstruktif

 

18.6

 

24.0

 

29.9 20.2

 

Patriotik

 

1.5

 

4.6

 

.7 1.9

 

Wawasan

 

20.0

 

15.1

 

20.1 19.2

Nota:

Devian: Heavy metal, punk, mat bunga, bohsia, bohjan, budak botak dan sebaginya.

Distruktif: Mat lepak, pemalas, tak kisah, pasif, mat gian, mat seronok, anak syaitan, belia cinta, relax, bermasalah dan sebagainya.

Trendy: Mat rap, blues, disko, R & B, set kosong, mat motor, rock & roll, reggae, dan sebagainya.

Normal: Serdahana, simple, belia biasa, low-profile, mat kampong, pemalu, casual, rugged, dan sebagainya.

Sukan &

rekreasi: Belia rekreasi, lasak, sukan, dan adventurer.

Profesion: Mat kilang, belia peneroka, belia tani, usahawan, pendidik, professional dan sebaginya.

Agama: Belia masjid, beragama, belai bantu agama, beriman, dakwah, bermoral, gereja, dan sebagainya.

Konstruktif: Belia prihatin, kreatif, rajin, bermotivasi, serba boleh, produktif, dinamik, bertanggungjawab, berkeyakinan, belia harapan, beretika, ikhlas, berpengetahuan, dan sebagainya.

Patriotik: Belia cinta negara, wira bangsa, tonggak wawasan, belia Malaysia dan sebaginya.

Wasasan: Berwawasan, inovatif, pengerak masa epan, first class, bermatlamat, berpandangan jauh, dan sebagainya.

 

Jadual 2. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Kategori Belia dan Jantina

 

Page 9: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

Identiti

 

 

Kategori Belia & Jantina

%

Keseluruhan%

(N=2177)

Lelaki

(N=1151)

Perempuan

(N=1026)

 

 

Remaja

(N=746)

Lelaki (N363)

Perempuan

(N=383)

 

Muda

(N=1026)

Lelaki (N=576)

Perempuan

(N=450)

 

Dewasa

(N=405)

Lelaki (N=212)

Perempuan

(N=193)

 

Devian

 

4.6

6.9

2.3

 

4.0

5.9

1.6

 

1.7

2.4

1.0

3.8

5.6

1.8

 

Distruktif

 

2.0

3.3

1.6

 

2.7

3.6

1.6

 

1.5

2.4

.5

2.4

3.3

1.4

 

Trendy

 

12.1

19.1

5.2

 

10.5

16.3

3.1

 

8.1

12.7

3.1

10.6

16.6

3.9

 

Sukan & Rekreasi

 

2.0

3.0

1.0

 

1.5

2.3

.4

 

0

0

0

1.4

2.1

.6

 

Normal

 

12.3

 

18.9

 

20.5 16.9

Page 10: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

10.5

14.1

21.2

16.0

25.0

15.5

18.5

15.2

 

Profesion

 

10.2

11.0

9.4

 

5.0

4.7

5.3

 

6.9

9.4

4.1

7.1

7.6

6.6

 

Agama

 

12.6

15.2

10.2

 

15.8

14.9

16.9

 

23.0

14.6

32.1

16.0

14.9

17.3

 

Konstruktif

 

22.4

16.0

28.5

 

19.2

14.8

24.9

 

20.7

17.0

24.9

20.6

15.6

26.2

 

Patriotik

 

2.7

1.4

3.9

 

1.9

1.2

2.9

 

1.2

.9

1.6

2.1

1.2

3.0

 

Wawasan

 

18.8

13.5

23.8

 

20.5

15.1

27.3

 

16.3

15.6

17.1

19.1

14.7

24.1

Remaja= 15-19 tahun, Muda= 20-25 tahun, Dewasa=26-30 tahun

Jadual 3. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Lokasi Kediaman

 

 

 

 

Lokasi (%)

 

 

 

Page 11: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

 

Identiti

Keseluruhan (%)

(N=2169)Bandar

(N=856)

Bandar Kecil

(N=724)

Luar Bandar

(N=589)

 

Devian 4.1 3.9 3.2 3.8

 

Distruktif 2.7 2.6 1.7 2.4

 

Trendy 10.6 11.6 9.3 10.6

 

Sukan & Rekreasi 1.3 1.5 1.2 1.3

 

Normal 20.0 18.8 10.7 17.1

 

Profesion 6.0 6.9 9.3 7.2

 

Agama 11.3 17.8 20.7 16.0

 

Konstruktif 20.8 18.9 21.7 20.4

 

Patriotik 1.9 1.5 3.1 2.1

 

Wawasan 21.4 16.4 19.0 19.1

 

Jadual 4. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Pendedahan Pada Media Massa

 

 

  Pendedahan Media Massa (%)

Page 12: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

 

 

Identiti

Rendah

(N=476)

Sederhana

(N=1331)Tinggi

(N=195)

Keseluruhan (%)

(N=2002)

 

Devian 2.1 4.1 5.6 3.7

 

Distruktif 2.4 2.4 2.6 2.3

 

Trendy 6.1 11.6 20.0 11.1

 

Sukan & Rekreasi 1.3 1.1 2.6 1.3

 

Normal 14.1 17.6 18.5 16.8

 

Profesion 8.4 7.1 6.7 7.3

 

Agama 21.8 14.1 11.3 15.7

 

Konstruktif 19.7 20.7 19.9 20.3

 

Patriotik 2.7 2.0 .5 2.0

 

Wawasan 21.1 19.6 12.8 19.3

 

 

Jadual 5. Identiti Belia: Peratusan Mengikut Tahap Keikatan Dengan Keluarga

 

 

Page 13: Identiti Kontemporari Belia Malaysia

 

 

 

Identiti

Tahap Keikatan

Keseluruhan

(N=2148)

%

Rendah

(N=85)

%

Sederhana

(N=383)

%

Tinggi

(N=1680)

%

 

Devian 12.9 6.8 2.6 3.8

 

Distruktif 7.1 4.7 1.5 2.3

 

Trendy 12.9 16.7 8.7 10.3

 

Sukan & Rekreasi 0 2.1 1.3 1.4

 

Normal 22.4 19.6 16.4 17.2

 

Profesion 4.7 6.5 7.4 7.1

 

Agama 10.6 11.5 17.2 15.9

 

Konstruktif 18.8 17.2 21.5 20.7

 

Patriotik 0 1.6 2.3 2.1

 

Visionary 10.6 13.3 21.1 19.3