02 isu-isu kontemporari
TRANSCRIPT
ISU-ISU KONTEMPORARI
SAMRI SAINUDDIN
Pengenalan
Definisi
Hegemoni adalah pengaruh dan kekuasaan sesebuah negara ke atas negara lain. Hegemoni Barat (Amerika Syarikat)
Ekonomi dan pekerjaan Budaya Politik Hubungan antarabangsa PBB Seni Teknologi Pemikiran dsb
Penguasaan ke atas kehidupan manusia bukan di negara berkenaan sahaja tetapi keseluruh dunia Abad ke-19 kuasai lautan dan penjajahan Abad ke-20 kuasai ruang udara kapal terbang dan
angkasa lepas (satelite) Abad ke-21 kuasai ICT, ekonomi, budaya, media,
ketenteraan, pemikiran, kepercayaan, nilai dan moral dsb.
Masa depan tamadun dunia dicorakkan oleh kuasa-kuasa besar dunia.
Dasar luar AS seperti “hamburger” AS adakan hubungan diplomatik mengekalkan
hegemoninya secara hubungan berbentuk “hamburger” iaitu ada pakej. Politik, ekonomi, budaya dan ketenteraan. Pinjaman wang melalui IMF tetapi dengan syarat Bantuan ketenteraan bersyarat Budaya pop dari AS menjadi kayu ukur maju mundur
sesebuah negara. Buka ruang pendidikan dan pertukaran kebudayaan agar
memudahkan teknologi dan budaya pop AS tersebar. Faedah ekonomi kepada AS.
Amerika Syarikat dan Asia Pasifik Tiga kuasa besar iaitu:
Amerika Syarikat (AS) Russia China
Matlamat AS adalah untuk menyebarkan demokrasi Konflik-konflik yang terjadi seperti Korea, China-
Taiwan dan Indo-China membuka peluang AS campur tangan atas nama mempertahankan demokrasi
Kehadiran AS sebagai jaminan kesimbangan kuasa
Strategi AS di Asia Pasifik
AS sedar kehadirannya adalah untuk menjaga kepentingannya.
Tiga prinsip asas: Meneguhkan perikatan pasca perang dingin
seperti Korea selatan dan Jepun. Kekalkan kewujudan pangkalan tentera AS
seperti di Okinawa. Membina keyakinan dengan anggota-anggota
pertubuhan serantau seperti ASEAN
Perubahan dasar China
Perubahan dasar luar China sejak 1970 adalah untuk memulihkan perhubungan dengan Barat beradasarkan: Memastikan keselamatan China daripada
ancaman-ancaman kuasa besar. Kekalahan AS di Vietnam dianggap kemerosotan
kuasa imperialis. China bimbang dengan peningkatan persenjataan
Jepun dalam jangka masa panjang. China akan mengadakan hubungan baik dengan
Barat tanpa pengaruh ideologi.
Penguasaan ruang
Ruang yang memisahkan peristiwa dengan manusia di planet bumi telah diruntuhkan oleh teknologi Internet Satelite Telefon Fax Akhbar Tv Kapalterbang supersonic
Penguasaan media massa dan komunikasi Siapakah yang mengawal media massa?
Apakah faedah kepada mereka yang menguasai teknologi komunikasi?
Apakah kesan-kesan teknologi komunikasi dan media massa ke atas tamadun, bangsa dan negara yang lemah?
Ekonomi Negara-negara bangsa tidak lagi mampu
menguasai ekonomi di negaranya sendiri. Siapakah yang menguasainya?
Kuasa-kuasa ekonomi seperti syarikat pengeluar minyak petrol – Esso, Shell, Amoco, BP dsb.
Makanan – MCDonald, KFC Minuman – Coca-cola, Pepsi Cola Pakaian – fesyen-fesyen jenama terbaru, jeans, cermin
mata, kasut, tali leher dsb Pendidikan – Harvard, Stanford, Oxford, Cambridge dsb Kapal terbang – Airbus, Jumbo, F-16 dsb Komunikasi – Microsoft, Nokia, Panasonic, Sharp dll Kenderaan – Toyota, Nissan, Mitsubishi, BMW, Mercedese
Kesan ke atas negara-negara kecil Syarat-syarat perdagangan ditentukan oleh
syarikat-syarikat gergasi antarabangsa Harga ditentukan oleh pengeluar Desak turunkan cukai-cukai yang tinggi dan
peraturan yang menghalang membawa masuk produk
Pelaburan modal tiada had, dan tiada kawalan membawa keluar modal dan keuntungan
Pegawai-pegawai tinggi syarikat ditentukan oleh pemodal
Pendidikan AS dan Barat dibuka kepada manusia planet ini, Rakyat negara-negara miskin ditawarkan biasiswa Dapat pilih manusia yang terbaik
Selepas tamat pengajian: AS menawarkan peluang pekerjaan Gaya hidup yang moden, mewah dan peluang Berbanding di negara masing-masing, gaya kehidupan
kampung halaman tidak seindah AS AS semakin maju, negara-negara kecil dan miskin tiada
perubahan atau kemajuannya bergerak perlahan.
Sains dan teknologi
Tamadun Barat telah mengkaji dan memperkukuhkan penguasaan teknologi untuk kepentingan 3G
Teknologi pengangkutan daripada kapal layar kepada jentera wap, minyak dan nuklear
Kapal terbang kepada jet supersonic dan roket yang lebih laju daripada suara
Teknologi-teknologi yang dianggap ada kepentingan strategik ekonomi dan ketenteraan dikawal dan tidak dibenarkan negara lain membangunkannya seperti Iraq dan Iran dengan nuklearnya.
Tawaran pekerjaan dengan upah yang tinggi, peluang dan gaya kehidupan moden di Barat menarik perhatian bijak pandai negara-negara sedang membangun untuk terus kekal di Barat.
Hak asasi manusia
Selepas Perang Dunia Kedua hak asasi manusia menjadi agenda penting, malah kuasa-kuasa besar mengunakan hak ini untuk menjatuhkan pemimpin seperti sadam Hussein
Namun begitu hak asasi itu ada hadnya. Hak bersuara Hak beragama Hak bergerak Hak untuk hidup Hak individu Hak masyarakat dan negara
Gender dan emansipasi wanita Ada pihak menganggap berlakunya ketidakadilan
dalam konteks gender Peranan isteri dan suami Peluang pekerjaan Peluang naik pangkat Peluang pendidikan Peluang memiliki harta Persepsi lelaki mengatasi wanita Semasa –
Wanita lebih ramai di IPTA/IPTS Hak asasi Hak menentukan masa depan Perkahwinan dan keluarga
Zionisme Berasal dari kata bukit yang terletak di selatan Baitul
Maqdis, iaitu merujuk kepada orang Yahudi di Israel Masyarakat Yahudi menerima penindasan yang
hebat dari masyarakat Eropah dan yang terkenal adalah pembunuhan beramai-ramai oleh Nazi pada Perang Dunia Kedua.
Atas rasa penyesalan, Barat menempatkan orang Yahudi di Israel sekarang ini. Diberikan kebenaran menghalau orang Palestine yang
mendiami negeri Israel sekarang ini. Orang Palestine menjadi pelarian.
Memberi bantuan ekonomi, politik dan ketenteraan bagi memperseimbangkan kekuatan negara Islam di Asia Barat. Memiliki senjata nuklear, bebas untuk memusnahkan kerajaan dan rakyat
Palestine atas nama terorisme.
Israel, Palestine dan Arab
Masih bermusuh dan dalam ketegangan Israel mendapat bantuan dan perlindungan Barat Palestine mendapat bantuan dari negara-negara
Arab yang kaya tetapi tidak mampu membawa Palestine merdeka dan bebas dari hegemoni Barat-Israel
Arab masih berpuak-puak dan prasangka sesama sendiri Melemahkan kekuatan Islam dan Mudah dikotak-katik Palestine?
Yang pasti… Palestine terus ditindas, diburu, dimusnah, dikepung, dibom atas nama teroris. Salahkah Palestine berjuang membeaskan diri daripada penjajahan.
Jika salah, kenapa perjuangan AS membebaskan diri dari penjajahan Inggeris tidak dianggap teroris? Kenapa tindakan keganasan Israel ke atas Palestine tidak dianggap teroris?
Siapakah yang menentukan siapa benar dan siapa salah?
Sekularisme
Memisahkan urusan agama dalam sistem pemerintahan. Berdasarkan pengalaman Barat pada Zaman
Gelap. Sekularisme diperkenalkan Inggeris di Malaysia
melalui Perjanjian Pangkor 1874 Kedudukan raja hanya lambang Bertanggungjawab hal yang berkaitan adat resam dan
agama Islam Urusan pentadbiran negeri diurus oleh Residen Inggeris
Barat Parlimen atau senate Urusan negara seperti
pentadbiran, ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan sebagainya.
Urusan agama dan spiritual diuruskan oleh gereja atau institusi agama masing-masing.
Undang-undang digubal oleh parlimen atau senate untuk semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.
Malaysia Parlimen dan DUN Urusan negara seperti
pentadbiran, ekonomi, politk dsb dipimpin oleh Perdana Menteri
Urusan agama di bawah Raja-raja Melayu dan Majlis Agama Islam negeri
Orang-orang Islam ikut undang-undang sivil dan jenayah oleh Parlimen dan undang-undang Islam
Bukan Islam ikut undang-undang sivil dan jenayah oleh Parlimen. Gereja dan kuil hanya tempat beribadat.
Jihad
Maksud yang sempit: Jihad ialah perang suci kerana mempertahankan
agama atau perang sabil (Kamus Dewan) Bermaksud mengerah keupayaan dan
kemampuan: Menyeru kepada agama yang benar dan
memerangi sesiapa yang tidak menerimanya Memerangi kuffar untuk meninggikan agama
Islam sama ada nyawa, harta dan lisan.
Jihad dalam ruang lingkup yang lebih besar Jihad adalah satu konsep umum yang merangkumi
segala aspek perjuangan menegakkan agama Islam yang maha suci.
Ia bermula daripada usaha menguasai diri sendiri sebagai penganut Islam yang setia, membina keluarga Islam yang utuh, melaksanakan ajaran-ajaran Islam, mempertahankan Islam, masyarakat dan negara daripada ancaman musuh.
Lain-lain aspek jihad: Jihad ekonomi Jihad pendidikan Jihad menentang penjajah dan imperialisme
Cabaran-cabaran?
Cabaran sosiobudaya kesan kemajuan dan modenisasi yang dicapai.
Cabaran dalaman Penyalahgunaan dadah Salah laku juvana Kemewahan membawa kepada rasuah,
penyalahgunaan kuasa Sekularisme Kumpulan pelampau “tujuan menghalalkan cara”
Cabaran luar iaitu pengaruh Barat ke atas budaya dan nilai Punk, rock, sex bebas, moden dan pasca moden, gender,
hak asasi, musik, arak, ponografi Pengaruh Barat dari segi politik
Demokrasi liberal ala-Barat Pengaruh Barat dari segi ekonomi
Kapitalisme, perniagaan wang, perniagaan bebas Pengaruh Barat dari segi penerokaan sains dan
teknologi ICT, bioteknologi, aeroangkasa, robotik dll
Pengaruh Barat dari segi ideologi Sekularisme, liberalisme, materialisme, rasionalisme,
sosialisme dan komunisme
APAKAH KAEDAH TERBAIK BAGI MENGATASI CABARAN-CABARAN TERSEBUT? PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
SUPAYA APA-APA YANG BERLAKU DILUAR SANA TIDAK MEREBAK DI NEGARA YANG KITA CINTAI.
CARANYA BAGAIMANA?
BAGAIMANAKAH CARA ATAU KAEDAHNYA? Pendidikan Ekonomi
Penyusunan semula struktur ekonomi Miskin-kaya dirapatkan
Demografi Unsur kenegerian dan segregasi kepada saya rakyat
Malaysia Perbezaan etnik, agama dan budaya kepada 1Malaysia
Politik? Hapuskan unsur politik berasaskan perkauman, agama
dan kenegerian.
Prasangka dan diskriminasi Akan menggalakkan konflik Sukarkan perpaduan dan integrasi Meraikan perbezaan atau menolak perbezaan? Bersatu dalam kepelbagaian
Agama Ajaran yang betul Tafsiran yang betul Ulamak yang berilmu, ikhlas dan tiada
kepentingan peribadi atau politik Pemimpin menjadi teladan
Gejala mabuk teknologi
Teknologi? Jangan salahguna teknologi Kongsi kemajuan teknologi untuk kemakmuran
bersama Mabuk teknologi dihubungkan dengan usaha
kita mencari erti kehidupan yang rumit dan sering kali penuh dengan percanggahan (Naisbit, 2007:5)
Gejala mabuk teknologi adalah1. Kita menyukai penyelesaian segera bagi
segala aspek kehidupan termasuk agama dan pemakanan.- Hubungan kita dan keluarga diganti oleh budaya
popular seperti tv, teknologi maklumat, video, majalah dan buku panduan untuk mencari jawapan kepada pelbagai masalah (cara cari pasangan, cara mengecapi kebahagiaan, cara nak kurus, cara mengenali Tuhan dsb)
2. Kita takut akan teknologi dan memuja teknologi.
Adakah teknologi menyelamatkan manusia atau memusnahkannya?
- 1,000 tahun lalu manusia takut kepada kemurkaan Tuhan yang bakal mendatangkan kematian dan kemusnahan di muka bumi.
- Pada alaf baru, ketakutan itu disalurkan kepada Amageddon, iaitu kemusnahan besar-besaran teknologi yang dikenali sebagai Y2K.
- Sesetengah pihak bimbang komputer akan mengancam dan menimbulkan huru-hara dalam kehidupan manusia seperti pesawat terhempas, peluru berpandu dilancarkan tanpa kawalan dsb.
3. Kita mengaburkan perbezaan antara yang tulen dengan yang palsu. Teknologi masa kini boleh mengubah alam tabii dan kita akan
bertanya “Adakah itu tulen/palsu? Adakah payu daranya tulen? Sekiranya seorang itu boleh berlari pecah rekod dunia dengan
menggunakan kaki palsu, bolehkah diiktiraf kejayaannya? Kekeliruan banyak membawa kerosakan dalam perhubungan
sesama kita dengan skrin meresap masuk dalam kehidupan kita. Skrin ada dimana-mana iaitu skrin tv, skrin komputer, skrin
telefon selular, skrin pemantau jantung dan sebagainya. Skrin menghiburkan, skrin sebagai pemberi maklumat, skrin
memaparkan keganasan dan trauma dengan kesan-kesan khas. Sukar untuk membezakan benar, tulen dan kepalsuan.
4. Kita menerima keganasan sebagai normal.
Kanak-kanak sukakan keganasan dan diganti dengan istilah “aksi”. Contoh filem Smal Soldiers merupakan filem yang
penuh keganasan sipasarkan sebagi “penuh aksi”.
Konsep asas mengenai kebaikan melawan kejahatan dalam permainan.
5. Kita menyukai teknologi sebagai barang mainan.
Kemewahan membiayai permainan. “Berseronok” sebagai keutamaan nombor
satu, disusuli dengan usaha menurunkan berat badan dan mengatur kehidupan.
Dalam budaya yang dikuasai teknologi pengguna, waktu lapang dipenuhi hiburan elektronik .
Waktu lapang, tv dianggap mampu merehatkan kita.
6. Kita menjalani kehidupan dalam keadaan berjauhan dan terganggu. Internet dan telefon selular boleh menghubungkan
kita dengan seluruh dunia. Bercakap dalam bilik bual di internet merupakan fenomena
sosial baru tetapi ia tidak membentuk sebuah masyarakat. Perbankan melalui komputer meniadakan keperluan untuk
bercakap dengan juruwang. Pembelian melalui e-dagang meniadakan keperluan
bercakap dengan juru jual. Keluarga bertaburan ke bilik masing-masing untuk
menonton siaran kegemaran atau mendengar muzik pilihan sendiri. Kini, ramai rakyat Malaysia, tinggal bersama dalam keadaan terasing.
Kalau begini keadaannya, Bagaimanakah kita boleh bersatu dan
berintegrasi? Bila kita boleh berinteraksi? Adakah kita hidup bahagia dengan bantuan
teknologi?
Anda ingin memberi pandangan atau pendapat?
Pertanyaan?
SILAKAN
Sekian terima kasih