hbef 1403 januari 2012.docx

23
NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002 PELAN CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI VISUAL SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING JALAN CHANGLUN, 06000 JITRA, KEDAH. 1. PENGENALAN 1.1 Kepentingan Pendidikan Seni Visual di Sekolah Dalam pendidikan di sekolah rendah, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting kerana ia memberi peluang kepada murid menjalankan pelbagai aktiviti. Seni dalam Pendidikan dapat memupuk dan memperkembangkan potensi diri kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti diri mereka. Salah satu cabang Seni dalam Pendidikan adalah pendidikan seni visual. Bersoon (1982) dalam Modul OUM HBEF1403 Seni dalam Pendidikan mendapati kanak-kanak yang mempelajari pendidikan seni visual akan menggunakan deria dan respon emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Feldman (1976) dalam Modul OUM HBEF1403 Seni dalam Pendidikan juga menyatakan kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Ini membuktikan bahawa kegiatan seni visual kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk membuat pengamatan dan penaksiran melalui penggunaan otak kiri dan otak kiri mereka. Selain itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna maka mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis. Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah yang bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian. Kurikulum Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ini merangkumi tajuk-tajuk yang menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek kritikan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Dalam mencapai matlamat PSV ini, peranan guru amat penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik pendidikan seni visual 1

Upload: na-raai-bun-loot

Post on 17-Feb-2016

68 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

PELAN CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI VISUALSEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING

JALAN CHANGLUN, 06000 JITRA, KEDAH.

1. PENGENALAN

1.1 Kepentingan Pendidikan Seni Visual di Sekolah

Dalam pendidikan di sekolah rendah, Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting

kerana ia memberi peluang kepada murid menjalankan pelbagai aktiviti. Seni dalam Pendidikan

dapat memupuk dan memperkembangkan potensi diri kanak-kanak melalui peningkatan daya

persepsi, estetika dan kreativiti diri mereka. Salah satu cabang Seni dalam Pendidikan adalah

pendidikan seni visual.

Bersoon (1982) dalam Modul OUM HBEF1403 Seni dalam Pendidikan mendapati

kanak-kanak yang mempelajari pendidikan seni visual akan menggunakan deria dan respon

emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Feldman (1976) dalam Modul OUM

HBEF1403 Seni dalam Pendidikan juga menyatakan kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran

kanak-kanak tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. Ini

membuktikan bahawa kegiatan seni visual kanak-kanak dapat meningkatkan keupayaan mereka

untuk membuat pengamatan dan penaksiran melalui penggunaan otak kiri dan otak kiri mereka.

Selain itu, jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna maka mereka

akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kreatif dan kritis.

Pendidikan Seni Visual (PSV) ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah

yang bertujuan membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya kesenian.

Kurikulum Pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah ini merangkumi tajuk-tajuk yang

menegaskan penerokaan, proses penghasilan, pengertian seni secara menyeluruh dan aspek

kritikan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif

menerusi pemupukan asas seni visual. Dalam mencapai matlamat PSV ini, peranan guru amat

penting dalam pengurusan terutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik pendidikan seni

visual yang memberi impak yang maksimum kepada murid. Kekuatan PSV di sesebuah sekolah

terletak kepada keupayaan guru dan tempat operasinya iaitu, Bilik Pendidikan Seni Visual.

1

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Pengajaran dan pembelajaran PSV dijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi

pendekatannya bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi

tiga domain iaitu, pengetahuan, kemahiran dan nilai. Perkara yang ditegaskan dalam bidang

penghasilan seni visual adalah kegiatan kreatif yang melibatkan benda-benda yang dapat

disentuh, dilihat dan diimaginasi bagi menggalakkan perkembangan persepsi dan daya intuisi

murid. Dengan ini diharapkan fahaman nyata dan abstrak dapat diselaraskan serta pemupukan

minat terhadap PSV dapat diperkembangkan.

Dalam memperkembangkan deria murid, persekitaran memainkan peranan yang penting.

Ini kerana jika terdapat persekitaran yang dapat memberi inspirasi dan galakan, maka ia akan

menyebabkan seseorang murid sentiasa bermotivasi tetapi jika ia tidak ada maka keadaan

sebaliknya akan berlaku. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menyediakan sebuah bilik

khusus untuk pendidikan seni visual agar dapat membantu persekitaran yang menarik ketika di

dalam alam persekolahan. Semua guru PSV perlulah memainkan peranan penting untuk

mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai dalam Bilik Seni sekolah. Sehubungan itu, di sini

dicadangkan satu pelan lantai reka bentuk Bilik Seni Visual di Sekolah Kebangsaan Paya

Kemunting untuk memantapkan lagi PSV di sekolah ini.

1.2. Perbincangan Lokasi Sekolah, Pelan Bangunan dan Keseluruhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting adalah salah satu sekolah rendah kebangsaan di Daerah

Jitra, Kedah Darul Aman yang baru beroperasi selama 3 tahun bermula pada tahun 2010. Sekolah

ini terletak bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Kemunting. Di sebelah

kiri sekolah ini terdapat ladang kelapa sawit dan di belakang sekolah pula terdapat kawasan

penanaman padi. Kebanyakkan murid-murid sekolah ini adalah dari kampung dan taman-taman

perumahan yang berdekatan seperti Taman Seri Kemuning 1 dan 2, Taman Setia Jaya, Taman

Mutiara Indah, Taman Bersatu dan Kampung Kemunting Lama. Lokasinya adalah lebih kurang

10km dari pusat bandar Jitra. Untuk ke sekolah ini, kita boleh menggunakan empat laluan jalan

yang utama seperti menggunakan laluan dari pekan Jitra, laluan dari Kodiang / Arau, dan laluan

keluar Jitra Utara dari lebuh raya Utara-Selatan atau dari Malau/ Bukit Wang untuk dari arah

selatan manakala untuk laluan dari arah utara, laluan dari Changlun boleh digunakan (rujuk

Lampiran 1).

2

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Merujuk kepada Lampiran 2 (Pelan Bangunan Sekolah) dan Lampiran 3 (Pelan Landskap

Sekolah) menunjukkan bahawa sekolah ini mempunyai sebuah bangunan pentadbiran, tiga buah

bangunan untuk pembelajaran dan pengajaran, dan sebuah kantin. Bangunan pentadbiran

(Gambar 1 – Lampiran 4) yang tersergam indah ini mengandungi pejabat sekolah, bilik

mesyuarat, bilik guru, bilik bimbingan dan kaunseling, bilik Bahan Bantu Mengajar, bilik

pengawas, bilik peperiksaan, Pusat Sumber yang luas.

Bangunan untuk pembelajaran dan pengajaran yang dinamakan Blok A (3 tingkat) dan

Blok B (4 tingkat) digunakan sebagai bilik-bilik darjah seperti yang ditunjukkan dalam Gambar 2

dan Gambar 3 dalam Lampiran 4. Blok A menempatkan bilik-bilik darjah untuk Tahap 2

manakala Blok B pula untuk murid-murid Tahap 1. Di bahagian tingkat paling atas Blok B,

ditempatkan surau sekolah ini. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Blok B adalah Bilik

Pemulihan Khas, Bilik Gerakan Kokurikulum dan Bilik Stor Sukan manakala ruang Serbaguna

dan Kedai Buku sekolah ditempatkan di Blok A.

Bangunan Blok C (Gambar 4) sekolah ini ditempatkan bilik-bilik khas seperti dua buah

Kelas Pra Sekolah, Bilik Muzik, Bilik Komputer, Bilik Sains, Bilik Pemulihan, Bilik Kemahiran

Hidup dan Bilik Pendidikan Seni Visual. Kedudukan Bilik Pendidikan Seni Visual adalah di

tingkat pertama bangunan Blok C di antara Bilik Muzik dan Bilik Kemahiran Hidup ( dalam

bulatan di Gambar 5 – Lampiran 4 ).

Keseluruhan sekolah ini mempunyai landskap yang amat menarik dan indah sekaligus

boleh memukau para pengunjung yang hadir ke sekolah ini. Bentuk-bentuk bangunan yang

menarik ditambah suasana keindahan alam semulajadi seperti kehijauan pokok-pokok sawit dan

permandangan kawasan sawah serta bukit bukau di bahagian belakang sekolah ( Rujuk Gambar 6

- Lampiran 4 ) dapat mewujudkan suasana yang aman dan damai kepada warga sekolah ini.

Sekolah ini juga mempunyai tapak perhimpunan yang cantik yang menjadi kebanggaan warga

sekolah dikenali sebagai Kemunting Square seperti yang ditunjukkan di Gambar 7 dalam

Lampiran 4.

3

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Memandangkan sekolah ini adalah sekolah yang baru maka bilik khas untuk PSV telah

disediakan mengikut pelan bangunan sekolah. Namun begitu, bilik khas ini belum mencapai

tahap menjadi sebuah bilik pendidikan seni visual yang kondusif untuk kegunaan murid-murid di

sekolah ini. Oleh itu, satu inisiatif telah diambil yakni satu pelan cadangan reka bentuk bilik

pendidikan seni visual dibuat agar dapat membantu pihak sekolah demi mewujudkan keadaan

persekitaran dan suasana yang sesuai dalam bilik seni visual di sini.

2. PELAN LANTAI (CADANGAN) REKA BENTUK BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan

pembelajaran PSV. Guru pendidikan seni visual hendaklah memainkan peranan penting dalam

aspek ini. Guru pendidikan seni visual hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni

yang lain untuk mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk proses pembelajaran dan pengajaran

pendidikan seni visual di sekolah.

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham

bukan sahaja kepada pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah mahupun

pelawat. Untuk menjelmakan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah menjadi

tanggungjawab guru. Guru-guru pendidikan seni, terutamanya guru panitia/guru kanan juga perlu

mewujudkan bilik seni yang standard. Standard di sini bermaksud ianya mempunyai fasiliti yang

lengkap, menarik dan menekankan aspek-aspek keselamatan. Di dalam pengurusan bilik seni,

aspek-aspek fizikal, emosi dan sosial yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya.

Seiring dengan era sains dan teknologi, pendidikan seni visual telah berubah ke arah

kesenian yang lebih kontemporari. Peredaran masa dan zaman menyebabkan banyak perubahan

berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedari. Murid-murid semakin kreatif dalam menterjemahkan

idea secara lisan, tulisan mahupun melalui seni khususnya melalui subjek PSV. Justeru, perlu ada

satu arena yang kondusif dan sesuai serta lengkap prasarana juga infrastruktur supaya bakat-bakat

seni dapat digilap. Untuk itu, saya telah cuba mengetengahkan satu pelan lantai yang sesuai

dengan masa kini dengan harapan dapat diterima pakai oleh pencinta-pencinta seni berkarya dan

meluahkan hasil-hasil karya mereka apabila berada di bilik pendidikan seni visual ini.

4

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Konsep bilik seni yang cadangkan ini adalah lebih kontemporari dengan mengekalkan

keperluan asas di dalam bilik seni visual ditambahkan dengan teknologi terkini. Di dalam pelan

lantai cadangan reka bentuk ini, aspek-aspek yang perlu diberi keutamaan seperti berikut ;

a) Kesan terapeutik - Bilik yang menarik apabila masuk, mempunyai ciri kebersihan,

keindahan, mesra pengguna dan terasa selesa kepada

penggunanya.

b

)

Susunan perabot - Perabot yang sesuai dengan proses pengajaran dan

pembelajaran PSV seperti bahagian pengajaran dan

pembelajaran secara teori dan praktikal.

c) Kabinet dan rak - Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran PSV diletakkan di

tempat-tempat yang sesuai seperti carta, buku-buku dan lain-

lain.

d

)

Peralatan ICT - Alat pengajaran dan pembelajaran PSV seperti LCD projektor,

komputer, pencetak dan lain-lain.

e) Peralatan PSV - Alat-alat yang digunakan untuk penghasilan produk misalnya

mesin-mesin yang digunakan untuk membina tembikar.

f) Bahagian Pameran - Terbahagi kepada dua iaitu, satu yang kekal dan satu lagi

semasa hasil karya daripada murid-murid

g

)

Singki Air - Untuk kegunaan murid membersihkan tangan.

h

)

Bilik stor - Tempat terkawal untuk menyimpan bahan dan alat untuk

kegunaan pengajaran dan pembelajaran PSV

i) Hiasan bilik seni - Poster keselamatan perlu ada agar guru dan pelajar sentiasa

berhati-hati semasa menggunakan peralatan dan bahan PSV.

j) Papan maklumat - Papan notis, maklumat notis semasa, jadual pengagihan tugas

murid dan guru dan jadual waktu penggunaan bilik seni.

h

)

Ruangan bilik guru seni - Sebaik-baiknya dalam pelan lantai perlu adanya ruang bilik

guru seni untuk memudahkan segala pengurusan PSV sama ada

dari segi pengurusan fail dan pengurusan pengajaran dan

pembelajaran PSV.

5

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

2.1 HURAIAN PELAN LANTAI CADANGAN REKA BENTUK BILIK SENI VISUAL

Dengan merujuk Lampiran 6, pelan lantai reka bentuk bilik seni visual yang dicadangkan

mengandungi tiga ruang yang utama, iaitu ruang pembelajaran dan pengajaran, ruang stor dan

ruang bilik guru seni. Semuanya ini bertujuan untuk memberi keselesaan yang optimum kepada

murid-murid dan guru-guru yang menggunakan ruang yang saya ilhamkan ini.

2.1.1 Ruang Pembelajaran Dan Pengajaran

Ruang pembelajaran dan pengajaran ini digunakan untuk oleh murid dan guru untuk

pendidikan seni visual. Dengan mempelajari PSV, murid akan dapat menguasai beberapa

pengetahuan dan kemahiran.

Pengetahuan yang dapat dimiliki murid ialah pengetahuan mengenai bahan, alat

dan teknik yang digunakan dalam sebarang kegiatan seni. Murid juga akan mendapat

pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran, kraf tradisional, unsur seni dan

prinsip rekaan dalam pendidikan seni visual, proses pembuatan hasil seni, menyimpan

maklumat atau dokumentasi, mengintegrasikan maklumat dan aplikasi komputer dalam

kerja seni visual. Sementara kemahiran yang akan diperolehi murid pula ialah kemahiran

memanipulasi bahan, alat dan teknik, mengaplikasi disiplin seni visual, berfikir secara

kritis dan kreatif, berkomunikasi secara berkesan, membuat pilihan, membuat interpretasi,

menggunakan teknologi bahan dan perkakasan.

Di dalam penggunaan ruang pembelajaran dan pengajaran ini, aspek-aspek seperti

keselamatan, kebersihan, susunan perabot, pameran hasil kerja murid dan kelengkapan

bilik seni amat dititikberatkan. Ini bertujuan mewujudkan suasana yang selesa kepada

murid dan guru semasa menggunakan bilik seni visual ini.

2.1.2 Ruang Stor

6

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Stor adalah tempat penerimaan, perekodan, penjagaan, pengawalan, penyimpanan,

pengendalian dan pengurusan barang-barang kerajaan. Begitu juga dengan bilik seni perlu

ada tempat penyimpanan alatan dan bahan serta hasil kerja murid sama ada di dalam stor

atau almari. Oleh itu, dalam pelan lantai yang disarankan ini menitikberatkan kepentingan

stor. Stor bilik seni ini berada bersebelahan ruang bilik guru seni. Stor ini digunakan

untuk menyimpan pelbagai barangan yang diperlukan untuk proses pembelajaran dan

pengajaran. Ini berikutan guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan dab bahan-bahan

keperluan dalam kuantiti yang banyak. Tambahan itu, terdapat pelbagai jenis alatan serta

bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berus dalam pelbagai saiz, cat dalam

pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air, cat paster, lilin, gunting, pisau dan

sebagainya. Selain itu, alat dan bahan ini perlu diasingkan dan disimpan di tempat yang

selamat. Stor juga boleh digunakan untuk menyimpan alat atau bahan seperti buku-buku,

folio-folio dan hasil kerja pelajar di atas rak kayu yang dibina di dalam stor seperti

ditunjukkan pada gambar di bawah.

7

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

Stor ini juga dilengkapi dengan peralatan yang serba canggih untuk memudahkan aktiviti

yang berlaku di dalam stor ini. Untuk menjaga kebersihan stor ini supaya sentiasa kemas

dicadangkan agar jadual tugasan penjagaan disediakan. Stor yang tidak dijaga dengan rapi

akan menyebabkan penggunaannya terganggu, berhabuk, kotor dan seumpamanya.

2.1.3 Ruang Bilik Guru Seni

Ruang bilik guru seni dicadangkan untuk memberi privasi kepada guru-guru seni

melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya juga berfungsi sebagai tempat untuk

melaksanakan penerimaan, merekod, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran

stok. Di ruang bilik ini juga digunapakai sebagai tempat menerima, mengesah dan

memperakukan barang yang diterima daripada pembekal. Selain itu, ia juga digunakan

untuk menempatkan buku-buku rujukan dan menjadi tempat mesyuarat/perbincangan

guru-guru Panitia Mata Pelajaran PSV demi memantapkan proses pengajaran dan

pembelajaran PSV.

Berdasarkan pelan lantai cadangan reka bentuk bilik seni ini, bilik- bilik seperti bilik ICT, bilik

air dan tandas tidak dimasukkan ke dalam pelan kerana ia telah disediakan berhampiran dengan

bilik seni mengikut pelan bangunan sekolah. Dengan itu, murid-murid boleh bergerak dengan

mudah untuk menggunakan kemudahan yang telah disediakan kerana adanya tandas dan bilik air

yang berdekatan. Begitu juga dengan penggunaan ICT iaitu, murid-murid boleh menggunakan

dua makmal komputer di Tingkat 3 untuk proses pembelajaran PSV mereka.

2.2 Iklim Bilik Seni Dari Aspek Fizikal, Emosi Dan Sosial

Iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif perlu untuk mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Suasana bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi

sumber inspirasi kepada murid dan guru. Bilik seni yang cerah, berwarna-warni, selesa, riang

dan seronok sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan kepada murid.

Pelan lantai reka bentuk bilik seni yang dicadangkan ini mengambilkira iklim bilik seni dari segi

8

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

aspek fizikal, aspek emosi dan aspek sosial untuk membantu meningkatkan tahap kecemerlangan

murid-murid di sekolah ini.

2.2.1 Aspek fizikal

Suasana fizikal bilik seni merupakan rangka yang dapat menentukan keadaan

pembelajaran. Persekitaran fizikal sesebuah bilik seni boleh menjadi sumber pembelajaran

yang utama. Perancangan dan penyusunan suasana fizikal bilik seni melibatkan kegiatan

mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara seperti perabot, kemudahan asas,

stor, sudut aktiviti dan pameran, faktor pengudaraan dan pencahayaan bilik, papan tulis

dan sebagainya. Namun hanya tiga aspek fizikal yang penting sahaja yang dinyatakan di

sini iaitu, kemudahan asas, faktor pengudaraan dan pencahayaan dan perabot.

a) Kemudahan Asas

Kemudahan asas seperti singki air dan punca elektrik diubahsuai supaya ia dapat

dipasang di tempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual.

Pelan lantai asal bilik seni (Lampiran 5) menunjukkan bahawa kemudahan ini tidak

disediakan. Oleh itu, cadangan penambahan singki air dan sedikit pengubahsuaian

punca elektrik perlu dilaksanakan di dalam bilik ini. Singki air dipasang bersama

kabinet yang boleh digunakan untuk memudahkan penyimpanan dan penggunaan

peralatan dan bahan-bahan PSV dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Gambar

di bawah menunjukkan contoh singki berkabinet yang dicadangkan untuk pelan lantai

bilik seni (Rujuk Lampiran 7).

9

CONTOH SINGKI BERKABINET KABINET UNTUK MENYIMPAN PERALATAN DAN BAHAN PSV

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

b) Faktor pencahayaan dan pengudaraan

Dalam perancangan pembinaan bilik seni yang kondusif dan efisyen, faktor

pencahayaan dan pengudaraan merupakan faktor yang penting. Pencahayaan dan

pengudaraan semula jadi boleh diwujudkan dengan membuka setiap tingkap semasa

proses pembelajaran atau kelas dijalankan. Cahaya dalaman perlu disediakan

secukupnya selain menggunakan cahaya matahari untuk menerangi ruang bilik darjah.

Cahaya tambahan seperti lampu kalimantang dan lampu limpah boleh digunakan.

Peredaran udara yang baik dapat menimbulkan suasana pembelajaran murid dan

keselesaan murid. Kedudukan tingkap dan keluasan lantai perlu sesuai mengikut

pengukuran skala yang ditetapkan. Bilangan tingkap yang banyak dan kedudukan

pintu yang bersesuaian bagi membolehkan cahaya matahari dan pengudaraan dapat

berlaku dengan lancar seperti yang ditunjukkan dalam pelan lantai yang dicadangkan

(Rujuk Lampiran 7). Gambar di bawah menunjukkan satu contoh pencahayaan dan

pengudaraan yang baik.

c

)

Perabot

Kerusi dan meja dilengkapkan dalam bilik seni hendaklah bersesuaian dengan semua

10

FAKTOR PENCAHAYAAN DAN PENGUDARAAN YANG BAIK DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG SELESA

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah murid. Bilik seni

yang luas mampu menampung murid- murid seramai 45 orang pada satu-satu masa.

Meja yang dicadangkan adalah berbentuk segi empat iaitu, satu meja untuk 6 – 8

orang murid sebanyak 5 buah meja dan di belakang diletakkan meja bulat untuk

kegunaan guru membuat tunjuk cara atau demonstrasi dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Bilangan meja ini sesuai dengan saiz bilik seni ini kerana ia dapat

mewujudkan keselesaan pergerakan murid dan tidak terlalu padat (Rujuk Lampiran

7). Selain itu, ketinggian meja perlu diberi perhatian agar sesuai dengan murid

sekolah rendah. Gambar di bawah menunjukkan contoh meja dan kerusi yang

dicadangkan.

2.2.2 Aspek Sosial

Suasana sosial bilik seni amat penting untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang

berkesan. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid

dengan murid, khasnya dalam bilik seni. Murid yang dapat berinteraksi dalam

pembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui

sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilah proses

pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek sosial ini akan dapat menarik minat

murid, masyarakat dan guru-guru malahan berfungsi sebagai pemangkin untuk

mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif. Guru dapat mengkaji suasana sosial

yang sesuatu bilik seni melalui pemerhatian dan menggunakan teknik tertentu. Pelan

lantai cadangan reka bentuk bilik seni ini mementingkan aspek sosial dengan

menggalakkan interaksi murid dan kemudahan aktiviti kumpulan murid-murid dalam bilik

seni (Lampiran 8).

11

MEJA BERBENTUK SEGI EMPAT DAN BULAT YANG DICADANGKAN

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

a) Interaksi Murid

Interaksi di dalam bilik bermaksud saling tindakan yang berlaku di antara

sekurang-kurangnya dua pihak. Pelan lantai di Lampiran 8 menunjukkan ruang

pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan murid-murid dapat bergerak bebas

dalam bilik seni ini. Selain itu, kedudukan meja dan kerusi murid disusun mengikut

Susunan Modular yang mementingkan interaksi antara murid. Susunan jenis ini sesuai

untuk murid membentuk kerja kumpulan tanpa menganggu orang lain. Susunan

sebegini juga menggalakkan interaksi pelbagai arah antara guru dengan murid dan

murid dengan murid.

b) Kemudahan Aktiviti Kumpulan

Ruang pengajaran dan pembelajaran yang luas dibantu pula dengan penggunaan meja

segi empat yang menempatkan murid antara 6 - 8 orang murid dalam satu kumpulan

dapat menggalakkan aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

Penggunaan meja bulat yang diletakkan roda pemutar tembikar untuk tujuan

demonstrasi kepada murid mewujudkan ruang pembelajaran yang lebih selesa. Ruang

pengajaran dan pembelajaran yang luas yang terletak di di hadapan meja guru

membolehkan murid-murid duduk dengan selesa untuk mendengar taklimat atau

arahan guru dibantu dengan penggunaan komputer dan alat projektor. Ruang-ruang

ini boleh membantu melancarkan interaksi murid dalam kumpulan dan memudahkan

guru membuat pemantauan semasa pengajaran dijalankan.

2.2.3 Aspek emosi

Aspek emosi juga memainkan peranan yang penting dalam suasana bilik seni. Suasana

fizikal yang bagaimana ideal sekalipun tidak akan dapat mengubah keadaan pembelajaran

yang tidak memuaskan sekiranya suasana emosi serba kekurangan. Suasana emosi

merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini akan

menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifat guru dan gaya

mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya

ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan

12

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

lucu serta menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap

demokrasi dan tidak memilih kasih. Aspek emosi dapat dicapai dengan cara memenuhi

kehendak fisiologi murid iaitu, memuaskan deria murid, memenuhi kehendak mental dan

keperluan berfikir serta membentuk suasana yang merangsang kreativiti murid. Terdapat

tiga aspek emosi yang diberi keutamaan dalam pelan lantai cadangan ini iaitu, hiasan

dalaman, ruang dan peragaan hasil kerja murid seperti yang ditunjukkan dalam Lampiran

9 agar dapat memenuhi aspek emosi ini.

a

)

Hiasan dalaman dan luaran bilik seni

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai dalam bilik seni dapat membantu

suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi murid.

Perabot-perabot perlu dijaga dan disusun dengan rapi seperti rak penyimpanan alatan

dan bahan murid dan penggunaan kabinet membolehkan bilik sentiasa kemas dan

bersih. Hiasan dalaman seperti meletakkan pasu-pasu bunga yang kecil dan besar

akan melahirkan suasana emosi yang baik kepada murid. Penggunaan warna yang

cerah dan berwarna-warni juga mampu mewujudkan suasana yang ceria kepada

sesiapa sahaja yang menggunakan bilik seni. Sudut alam diadakan untuk melahirkan

rasa kecintaan kepada alam semula jadi dan penghargaan kepada Tuhan yang

menciptanya. Gambar di bawah menunjukkan contoh-contoh aspek emosi yang boleh

menarik perhatian murid.

13

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

b) Ruang

Jumlah perabot dan penggunaan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik seni

menjadikan ia lebih kondusif dan selesa supaya dapat merangsangkan pembelajaran

murid. Pelan lantai yang dicadangkan ini menggunakan perabot-perabot dan peralatan

pembelajaran yang diperlukan sahaja seperti meja guru, meja murid yang bersesuaian

dengan bilangan murid setiap kelas, penggunaan komputer dan alat projektor, rak-rak,

kabinet, alat-alat khas seperti roda memutar tembikar dan tanur elektrik. Susun atur

yang baik dicadangkan dalam pelan lantai ini akan mewujudkan ruang yang selesa

untuk pergerakan murid semasa menjalankan aktiviti dan memudahkan pengawasan

serta penerangan oleh guru.

14

PENGGUNAAN WARNA-WARNA YANG TERANG DAPAT MENCERIAKAN BILIK SENI

RAK-RAK PENYIMPANAN ALAT DAN BAHAN YANG BOLEH MELAHIRKAN SUASANA KONDUSIF

RUANG UNTUK TANUR ELEKTRIK DAN RODA PEMUTAR TEMBIKAR DITETAPKAN DI DALAM PELAN

LANTAI SESUAI DENGAN FUNGSINYA

SUDUT ALAM YANG MEMPERSONAKAN

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

c

)

Peragaan Hasil Kerja

Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding

dengan keadaan mereka semasa di peringkat prasekolah. Melalui seni visual

terutamanya ketika melukis, jika emosinya stabil, lukisan yang dihasilkan akan cantik

dan kreativitinya lebih terserlah. Oleh itu, kita memerlukan ruang dan kelengkapan

yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja murid agar dapat menghargai, membina

keyakinan dan kepuasan emosi murid dalam menghasilkan kerja seni mereka. Pelan

lantai ini turut menyediakan ruang untuk peragaan hasil kerja murid seperti tiga papan

pameran, papan pameran gantung, blok pameran, para gantung tekstil dan ruang-

ruang kosong di atas kabinet. Papan pameran di bahagian belakang digunakan untuk

mempamer hasil kerja murid dalam bidang melukis dan membuat gambar serta bidang

membuat rekaan dan corak dan kraf tradisional. Blok pameran dan ruang kosong di

atas kabinet boleh diletakkan hasil binaan murid sebagai contoh dan tontonan umum.

Di bawah ini disertakan beberapa contoh tempat untuk peragaan hasil kerja murid.

15

PAPAN PAMERAN BERGERAK PARA GANTUNG TEKSTIL PAPAN PAMERAN DINDING

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

3. PELAKSANAAN BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM RUANG BILIK SENI YANG DICADANGKAN

Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah bertujuan melibatkan murid dalam

pelbagai kegiatan seni. Kegiatan seni yang dijalankan berdasarkan empat bidang utama. Bidang-

bidang tersebut ialah bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat

binaan, dan mengenal kraf tradisional. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan

menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran

kritis dan kreatif. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara

aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta

menghargai nilai baik yang dilakukan secara pengajaran bersepadu. Oleh itu, pelan lantai yang

dirancang ini mengutamakan pelaksanaan bidang-bidang dalam PSV dalam ruang-ruang yang

disediakan di dalam bilik seni.

3.1 Melukis dan Membuat Gambar

Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi

dan kemahiran murid di samping memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid

terhadap aspek melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media

dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi

diri murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan

imej mental seseorang kerana ia adalah satu cara bagaimana seseorang boleh

berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu

hasil seni dari aspek estetik. Dalam bidang ini terdapat pelbagai teknik menggambar

seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan,

16

PAPAN PAMERAN YANG BOLEH DILIPAT

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

gurisan, capan dan mozek. Ruangan dalam bilik seni yang digunakan dalam

pelaksanaan bidang ini adalah penggunaan ruang meja murid untuk aktiviti

menggambar dan penggunaan ruang pengajaran serta pembelajaran. Hasilan karya

yang berkualiti untuk bidang ini boleh dipamerkan di papan pameran satu untuk

menjadi contoh dan tatapan umum. Penggunaan blok pameran di depan meja murid

juga boleh dibuat, penggunaan papan pameran yang bergerak adalah digalakkan untuk

memaksimakan penggunaan ruang dalam bilik seni yang dicadangkan. Contoh-contoh

hasilan daripada bidang menggambar yang boleh dipamerkan di papan pameran

seperti ditunjukkan di bawah.

3.2 Membuat Rekaan dan Corak

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Bahagian ini

menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan

corak tertentu. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana

hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil

17

CATAN RESIS

MONTAJ

KOLAJ

MOZEKGURISAN

HASIL KERJA MURID YANG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN SATU, PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN PAMERAN GANTUNG DAN PAPAN PAMERAN BOLEH LIPAT DI BILIK SENI DAPAT MENCANTIKKAN BILIK MALAHAN

DAPAT MEWUJUDKAN SUASANA YANG KONDUSIF SERTA MENGHADIRKAN RASA BANGGA DALAM DIRI MURID

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

daripada pelbagai teknik dan cara. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara

seperti pergerakan, peragaan dan lakonan dan aspek apresiasi hasil kerja diadakan

sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid

membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional

dengan teknik tertentu. Antaranya melalui kegiatan seperti:

i.

ii.

Corak tidak terancang secara pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan,

renjisan dan percikan.

Corak terancang secara lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan,

resis, kolaj dan kaligrafi.

Ruang-ruang dalam pelan lantai yang boleh digunakan untuk bidang ini adalah ruang

pembelajaran dan pengajaran di hadapan meja guru. Ruangan meja demontrasi boleh

digunakan untuk menunjuk cara bagaimana sesuatu rekaan dan corak dibuat. Selain

itu, murid boleh menggunakan ruangan meja mereka untuk melakukan aktiviti

kumpulan. Murid-murid juga boleh menggunakan bahagian atas kabinet untuk

menjalankan aktiviti seperti menghasilkan corak tidak terancang seperti teknik tiupan.

Hasil kerja murid boleh dipamerkan di papan pameran dua dan juga di papan pameran

bergerak untuk tujuan apresiasi hasil kerja mereka.

18

PUALAMANIKATAN & CELUPANTIUPAN

HASIL KERJA MURID DALAM MEMBUAT REKAAN DAN CORAK TIDAK TERANCANG YANG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN DUA,

PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN PAMERAN GANTUNG DAN PAPAN PAMERAN BOLEH LIPAT

CETAKAN CATAN RESIS

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

3.3 Membentuk Dan Membuat Binaan

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni

dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek

tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan

membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga

mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan.

Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan,

semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat

rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa

idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna tertentu manakala aspek apresiasi

hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan

dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti

seperti arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka, topeng dan

origami. Ruang-ruang yang boleh digunakan ialah kawasan meja murid, meja

demonstrasi, ruang pembelajaran dan pengajaran di hadapan meja guru. Penggunaan

ICT untuk memberi penerangan tentang cara-cara membentuk dan membuat binaan

adalah digalakkan yang membolehkan interaksi antara murid berlaku seterusnya

pembelajaran aktif dapat dilaksanakan. Di bawah ini diberi contoh-contoh

penggunaan ruang dalam bilik seni yang sesuai dengan membentuk dan membuat

binaan untuk pameran hasil kerja murid.

19

HASIL TANGAN MURID DALAM MEMBUAT REKAAN DAN CORAK TERANCANG YANG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN 2, PAPAN PAMERAN BERGERAK, PAPAN PAMERAN GANTUNG DAN

PAPAN PAMERAN BOLEH LIPAT YANG MENARIK PERHATIAN MURID DAN PENGUNJUNG BILIK SENI VISUAL.

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

3.4 Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai atau kerja-kerja berunsurkan seni yang

20

ASSEMBLAJ

MOBAIL

STABAIL DAN TOPENG BOLEH DIPAMERKAN DI PAPAN PAMERAN TIGA DI KAWASAN BELAKANG BILIK SENI VISUAL.

DIAROMABONEKA

MOBAIL DAN ORIGAMI YANG BOLEH DIGANTUNG DI RAK

PAMERAN GANTUNG UNTUK TATAPAN MURID.

ORIGAMI

ASSEMBLAJ, BONEKA DAN DIAROMA BOLEH DILETAKKAN DI ATAS BLOK PAMERAN ATAU DI ATAS KABINET DALAM BILIK SENI UNTUK PAMERAN HASIL SENI.

TOPENG

STABAIL

MODEL

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan kekreatifan

masyarakat yang diwarisi turun-temurun mengikut kaum masing-masing. Objektifnya

adalah memberi kesedaran tentang wujudnya beberapa jenis kraf tradisional dalam

budaya di negara kita. Bidang ini memperkenalkan fungsi, proses dan teknik

membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja

dilaksanakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses

pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf. Kegiatan ini boleh

dilakukan dalam pelbagai kaedah seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan

cerita di ruang-ruang yang disediakan dalam bilik seni.

Terdapat pelbagai bidang kraf yang perlu dipelajari oleh murid-murid sekolah rendah

seperti alat domestik, alat permainan, alat pertahanan diri, perhiasan diri (ornamen),

batik, tekat, ukiran, tenunan, anyaman dan tembikar. Ruang-ruang yang digunakan

untuk proses pembelajaran dan pengajaran bidan ini adalah ruang membuat tembikar

di meja demonstrasi, penggunaan tanur elektrik, ruang pameran hasil kerja murid.

Murid-murid juga boleh duduk di ruang di depan meja guru untuk sesi penerangan

atau melakukan aktiviti. Selain itu, aktiviti dalam kumpulan di meja murid-murid

boleh dilakukan oleh guru. Kraf-kraf tangan yang dibuat oleh murid boleh

dipamerkan dengan cara menggantung, meletakkannya di papan pameran dan

mempamerkannya di atas kabinet di tepi-tepi bahagian bilik seni ini mengikut

kesesuaiannya. Di bawah ditunjukkan beberapa contoh kraf tangan yang boleh

dipamerkan di sekitar ruang bilik seni ini.

21

MODEL WAYANG KULITGASING MUDAH TEMBIKAR KERIS

ANYAMAN KELARAI BATIK

KERJA TANGAN MURID-MURID YANG TELAH SIAP BOLEH DIBERI PENGHARGAAN DENGAN CARA MEMBUAT PAMERAN DI DALAM BILIK SENI VISUAL

NA RAAI A/L BUN LOOT 740722025511-002

4. KESIMPULAN

Pengurusan bilik seni adalah diperlukan untuk mengekalkan pembelajaran yang positif dan

produktif. Salah satu aspek pengurusan bilik seni yang baik adalah menyediakan pelan lantai dan

memakksimumkan segenap ruang bilik seni sebaik mungkin. Antaranya mengambil kira keluasan

bilik, susun atur perabot dan peralatan lain yang perlu disesuaikan dengan murid-murid sekolah

rendah. Guru seni juga perlu meerancang susun atur ruang pengajaran dan pembelajaran bagi

menghasilkan proses yang berkesan seperti ruang aktiviti melukis, ruang kraf tangan, ruang

bercerita dan ruang melakukan aktiviti kumpulan. Selain itu, ia juga perlu mengambil kira

unsur-unsur hubungan sosial dan pemupukan nilai-nilai perpaduan dalam diri murid-murid.

Unsur-unsur emosi murid juga perlu diberi penekanan agar murid dapat belajar mengenai emosi,

memahami, meluahkannya dan menjaga perasaan orang lain menerusi aktiviti seni yang

dijalankan. Penggunaan segenap ruang bilik seni yang kondusif untuk pelbagai bidang dalam

mata pelajaran PSV sekolah rendah menerusi pelan lantai cadangan reka bentuk ini diharap dapat

menjadi titik tolak kepada pengajaran dan pembelajaran PSV yang lebih berkesan dan

menyeronokkan kepada guru dan murid di Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting ini.

22

KERJA TANGAN MURID-MURID YANG CANTIK SEPERTI DI ATAS PERLU DIPAMERKAN AGAR BOLEH DIJADIKAN CONTOH KEPADA MURID LAIN DI TEMPAT-TEMPAT YANG

DISEDIAKAN DALAM BILIK SENI VISUAL.