hbef 1403 seni dalam pendidikan.doc

23
760409135544001 HBEF1403 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2014 HBEF 1403 SENI DALAM PENDIDIKAN NAMA : ZORIMI BT AMINSIN NO. MATRIKULASI : 760409135544001 NO. KAD PENGNEALAN : 760409135544 NO. TELEFON : 0138368941 E-MEL : [email protected] 1

Upload: zorimi-bt-aminsin

Post on 07-Nov-2015

141 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

760409135544 760409135544001 HBEF1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASEMESTER MEI 2014HBEF 1403SENI DALAM PENDIDIKAN

NAMA

:ZORIMI BT AMINSINNO. MATRIKULASI

: 760409135544001NO. KAD PENGNEALAN: 760409135544NO. TELEFON

: 0138368941E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: Pusat Pembelajaran SibuBilIsi Kandungan

Muka Surat

1.0Pengenalan3 4

2.0Pengalaman guru5

2.1 Kepentingan pengalaman5 - 7

2.2 Penggunaan Elemen Teori Gardner7 9

3.0Penggabungjalinan Elemen Mata pelajaran9 -10

3.1 Penggabungjalinan Seni & Muzik dengan Sains10 -11

4.0Penutup11 - 12

Rujukan

1.0 PengenalanDalam era globalisasi ini, peranan guru kian mencabar untuk mendidik generasi yang semakin bijak. Tugas mereka semakin menjurus ke arah perkembangan modal insan yang cemerlang pada masa hadapan. Matlamat utama juga melahirkan individu yang mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Rentetan itulah, ibu bapa serta guru hendaklah memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan emosi dan pembelajaran anak-anak semasa di rumah dan sekolah. Mereka seharusnya diberi peluang untuk mengalami sendiri pengalaman bagi tujuan pembelajaran. Peluang yang diberikan kepada anak-anak memberi kesempatan kepada mereka melalui pengalaman sendiri serta memahami setiap apa-apa yang dilalui dengan lebih berkesan. Oleh itu, pendidikan perlu disampaikan melalui pengalaman yang bermakna. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengalaman bermaksud apa-apa yang telah dialami, dirasai serta ditempuhi oleh seseorang. Ini bermaksud belajar melalui pengalaman (experiential learning) ialah cara pembelajaran atau proses belajar dan proses perubahan yang menggunakan pengalaman sebagai media belajar atau pembelajaran. Apa-apa yang dialami secara aktif dan diusahakan untuk proses pemahaman, mencari makna daripada pengalaman tersebut ialah pembelajaran melalui pengalaman. Di sini, guru dapat juga membantu anak-anak ini melalui pengalaman mereka sendiri. Contohnya semasa di kelas, guru hendaklah merancang pelajaran yang banyak melibatkan anak-anak melalui situasi itu sendiri. Sebagai guru, berilah peluang kepada murid-murid untuk bertanya seberapa banyak soalan yang ingin disuarakan oleh mereka berkaitan pelajaran yang diajar agar mereka dapat melalui pengalaman yang bermakna dalam pembelajaran.Menurut Fox dan Diffili(200), kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk perkembangan dalam bidang sosio-emosi, psikomotor dan kognitif. Rentetetan itu, guru yang kreatif dan inovatiflah yang dapat menarik perhatian serta tumpuan murid untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan di samping menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan Muzik dalam pembelajaran serta menggabungjalinkannya dengan pelajaran yang lain. Sebagai contoh, Seni menekankan elemen warna, garisan,jalinan, ruang dan rupa. Manakala melalui muzik, penggunaan irama dan pergerakan akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menggembirakan murid. Elemen-elemen ini, hendaklah digabungkan untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang menarik. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. Selain itu, melalui aktiviti seni yang dijalankan, guru akan dapat melihat pelbagai hasil karya murid yang menarik . Melalui penghasilan karya, murid berpeluang untuk mengaplikasikan kefahaman dalam penghasilan kerja seni berdasarkan kebolehan dengan pelbagai alat dan bahan serta teknik. Murid juga dilatih mengaitkan pernyataan idea berkaitan diri, masyarakat dan negara dalam penghasilan karya. Melalui hasil karya ini guru hendaklah memberikan penghargaan kepada mereka. Ini adalah kerana murid-murid lebih gemar melihat karya mereka dan rakan-rakan dipamerkan untuk tatapan umum. Ini akan mewujudkan perasaan komitmen terhadap usaha mereka mendapat penghargaan daripada guru. Hasil karya murid yang dipamer akan memberikan mereka satu rangsangan yang mendalam terhadap keupayaan mereka. Menurut Soh (2000) pula, seorang guru itu boleh secara langsung menggalakkan kreativiti melalui interaksinya dengan pelajar dengan memberi ganjaran terhadap usaha dan penghasilan yang kreatif. Ini bermaksud mempamerkan hasil kerja murid boleh menjadi satu motivasi untuk meningkatkan prestasi pembelajaran murid- murid di dalam kelas.

Rajah 1 : Hasil karya murid

2.0 Pengalaman GuruPengalaman seseorang guru dalam Seni & Muzik akan membantu menjana pembelajaran serta perkembangan kognitif kanak-kanak untuk meluahkan fikiran serta idea mereka. Oleh itu seseorang guru memerlukan banyak pengalaman agar pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menjadi bermakna.2.1 Kepentingan pengalaman Di antara kepentingan pengalaman ialah guru yang kreatif akan mengembangkan lagi idea pelajar kepada tahap yang maksimum agar pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam pembelajarannya. Menurut Ikhsan dan Norila (2005), usaha bagi menggalakkan para pelajar ke arah berfikir secara kreatif dan kritis mestilah dimulakan di peringkat sekolah rendah kerana peringkat ini dianggap sebagai masa yang paling sesuai untuk mengukuhkan batu asas bagi pelaksanaan pendidikan seterusnya. Dalcroze menyatakan pendidik hendaklah mengurangkan percakapan dan menggantikannya dengan arahan-arahan dalam bentuk irama dan melodi. Pendekatan ini memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan pengajaran yang sistematik.Guru hendaklah kreatif menggunakan bahan teknologi maklumat, seperti tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid. Selain itu, melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativiti murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas hasil lukisan mereka. Di sinilah pengalaman guru membantu meningkatkan inovasi murid-murid dalam pembelajaran.Di samping itu, pembelajaran yang dirancang dengan baik dan menarik dapat mewujudkan pembelajaran aktif dua hala di antara guru dan murid. Guru yang berpengalaman akan mengadakan aktiviti main peranan serta simulasi di mana murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya pembelajaran yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik ini menekankan kaedah pemerhatian dan peniruan seperti dalam teori pembelajaran Bandura(1986) . Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotivasikan pelajar. Contohnya memainkan peranan pekerjaan yang ingin mereka kecapi apabila dewasa kelak. Kaedah ini membawa mereka kepada pengalaman atau situasi sebenar. Murid juga belajar prinsip yang khusus, konsep atau kemahiran berfikir di dalam domain kognitif, psikomotor, nilai-nilai murni seperti kepercayaan empati, kebaikan (efficacy) dan akibat (consequence). Murid pastinya akan belajar dengan lebih seronok kerana mengalami sendiri pengajaran yang diajar oleh guru.Seterusnya, kemahiran mengaplikasikan penggunaan pelbagai media turut meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran seseorang guru. Penggunaan pelbagai media seperti tayangan video, bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan membantu mengekalkan tumpuan murid dan merangsang pengetahuan ingin tahu murid terhadap pembelajaran serta menanam minat murid yang akhirnya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. Di antara aktiviti-aktiviti yang menggalakkan pembelajaran ialah soaljawab yang bertujuan untuk meningkatkan jangkaan, merangsang perasaan ingin tahu, mencari pendapat yang berbeza serta dan bertanyakan soalan yang provokatif untuk merangsang idea baru (Esquivel 1995). Kaedah ini amat berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial mereka dengan memberi peluang kepada mereka mengalami pengalaman sebenar atau yang hampir dengan kehidupan mereka untuk dilihat dan dikaji dengan teliti.Selain itu , pengalaman akan mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan menggembirakan murid-murid. Keseronokan dalam pembelajaran boleh dihasilkan oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid agar mereka mendapat pelajaran yang hendak disampaikan. Ini adalah kerana murid-murid seharusnya diberikan banyak ruang dan peluang untuk mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan dengan cara yang sihat (Ikhsan & Norila 2005). Contohnya penggunaan media akan merangsang minat murid serta mereka pula didedahkan dengan pengetahuan yang baru. Melalui sentuhan dan pengamatan kepada bahan akan memberi peluang kepada murid-murid untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada media tersebut. Selain itu guru juga boleh membuat lawatan sambil belajar agar murid melihat sendiri tempat-tempat yang ingin dipelajari contohnya lawatan ke tempat-tempat sejarah seperti kota a Famosa. Inilah pembelajaran yang akan menambahkan keseronokan pelajar.2.2 Penggunaan Elemen Teori Gardner Menurut Howard Gardner (1983), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu: kecerdasan linguistic, kecerdasan logical matematik, kecerdasan visual-spatial, kecerdasan muzik, kecerdasan tubuh kinestetik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. Kecerdasan ini membolehkan seseorang memahami dirinya dengan tepat dan berupaya menangani keinginan, ketakutan, emosi dan motif diri dengan sewajarnya. Kecerdasan ini turut akan menjadikan seseorang itu lebih fokus, tekal dan berupaya menangani kekecewaan dan memupuk sifat sabar dalam diri.Elemen kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Sesebuah kelas perlu disusun dengan baik untuk memastikan adanya ruang yang cukup untuk guru dan pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Melalui ruang-ruang yang selesa murid-murid akan bebas meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik mengikut kemahiran yang dipelajari dalam pelajaran. Shallcross (1981), menyarankan agar guru menyediakan iklim persekitaran yang membantu meningkatkan tingkah laku kreatif di kalangan pelajar. Tambahan beliau lagi, guru perlu mengambil kira tiga faktor utama iaitu fizikal, mental dan emosi. Melalui pengajaran ini murid-murid akan bebas meluahkan perasaan sekiranya mereka tidak memahami isi pembelajaran yang diajar.Secara tidak langsung komunikasi dua hala antara guru dan murid akan terbentuk. Ini akan menjadikan pengajaran lebih efektif dan matlamatnya akan tercapai.Selain itu, elemen kinestetik dalam pengajaran dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka, iaitu apa yang mereka lihat dalam pengajaran, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktiviti pembelajaran yang mereka lakukan. Emile Jaques-Dalcroze mendapati bahawa kecerdasan kinestatik murid-murid dapat dimanipulasikan untuk pemahaman sesuatu pembelajaran iaitu dengan cara melakukan dan merasai(learning by doing). Melalui ini, murid diajar menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak boleh belajar dan membina pengetahuan dalam suasana aktif. Mereka akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik sambil bertindakbalas dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Kajian Wikstrom, Ekvall dan Sanstrom (1994) menunjukkan bahawa aktiviti-aktiviti Pendidikan Seni meningkatkan kreativiti dari segi penambahan idea-idea luar biasa iaitu kelancaran. Melalui aktiviti ini mereka meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan serta memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pancaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui pergerakan kreatif kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Ini akan mewujudkan pembelajaran yang lebih bermakna.Seterusnya ialah muzik merupakan elemen penting yang perlu digarap bersama dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggembirakan. Muzik merupakan sebahagian daripada alam kehidupan murid yang sukar dipisahkan kerana melalui elemen ini murid-murid memperolehi ilmu baru dan merasa seronok serta tidak bosan dengan keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyi-bunyian yang dihasilkan. Bennett Reiner (1989) menyatakan bahawa muzik bukan hanya bahasa emosi tetapi mempunyai nilai-nilai positif dari segi pembangunan diri individu dan kumpulan. Murid-murid sentiasa memberi respon kepada muzik dan berasa senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar irama yang dipasang. Pengajaran yang menggunakan muzik akan melibatkan murid secara aktif dan ini dapat membina pertumbuhan serta perkembangan fizikal, emosi, mental dan sosial pelajar itu sendiri. Pengalaman muzik yang menarik akan membantu meningkatkan minat pelajar dalam pelajaran yang diajar.Di sampingitu, Kecerdasan linguistik merupakan berkaitan dengan kecenderungan dalam berfikir menggunakan perkataan untuk menyampaikan sesuatu secara berkesan sama ada secara lisan atau bertulis. Murid yang mempunyai kecerdasan ini mudah berkomunikasi untuk melahirkan perasaan dan pendapat berkenaan makna yang kompleks. Murid ini juga mudah mengingati maklumat dan boleh meyakini orang lain. Guru hendaklah menggalakkan murid berkomunikasi dengan guru serta sesama rakan untuk membina pengetahuan personal. Aktiviti dalam kumpulan iaitu perbincangan diadakan kemudian disusuli pembentangan di mana murid menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin serta menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan persembahan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. 3.0 Penggabungjalinan Elemen matapelajaran

Penghubungkaitan pengajaran dalam kelas boleh diibaratkan sebagai tangan manusia di mana jejarinya sebagai murid manakala ibu jari adalah guru. Jejari murid boleh bergerak dengan bebas dan meneroka idea-idea baru sementara ibu jari (guru) berperanan sebagai penyokong dan pembimbing. Tanpa ibu jari (ibu) jari-jemari masih boleh bergerak tetapi menghadapi masalah untuk mengenggam sesuatu benda. Namun dengan adanya ibu jari (guru meneroka) ke hadapan atau membantu memahami sesuatu konsep atau idea. Penggunaan tangan La Wanda Finley seorang pelajar Golberg (1992) sebagai metafora untuk bilik darjah amat teguh dan meyakinkan. Mengikut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, perkembangan murid haruslah menyeluruh melalui aspek Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Rentetan itu, seni merupakan satu media dalam merealisasikan falsafah ini melalui konsep penggabungjalinan. Penghubungkaitan seni dianggap penting untuk perkembangan kanak-kanak, Laporan yang dibuat oleh J.Paul Getty Trust (Wolfensohn & Williams, 1993) merumuskan bahawa seni menyumbang kepada kecemerlangan kebudayaan secara menyeluruh di sekolah. Melalui ini, pelbagai kemahiran seperti pergerakan, menyanyi, melukis, kreativiti, penerokaan, mengekspresi emosi dapat membantu perkembangan secara menyeluruh. Seni juga membantu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira perbezaan kebolehan mereka. Cropley (1992) menyatakan bahawa semua pelajar tanpa mengira tahap kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan divergen.Ini bermakna semua murid mempunyai kebolehan berfikir yang berbeza mengikut kemampuan mereka.Seterusnya, penggabungjalinan elemen Seni, Muzik dan Sains dapat menyemai daya imaginasi kanak-kanak, pemikiran kritikal, kreativiti serta intelek yang berkait rapat dengan perkembangan kecerdasan pelbagai dalam diri kanak-kanak. Richmond (1993)

membina satu konsep imaginatif dalam pengajaran Seni & Muzik untuk membantu

meningkatkan imaginasi pelajar dalam hasil karya pelajar. Melalui aktiviti yang dirancang oleh guru murid-murid akan berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dengan imaginasi yang baru melalui rekacipta serta inovasi yang baru. Walter Gropius telah memberi pentingnya prinsip asas rekabentuk barangan seharian dengan menyatukan seni, pertukangan serta sains dan teknologi. Melalui penyatuan inilah terhasilnya beberapa barangan yang digunakan oleh kita seharian seperti kenderaan, kerusi, perkakasan elektrik dan lain-lain lagi. Melalui penggabungjalinan, pelbagai kemahiran dalam sesuatu matapelajaran disampaikan secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengaitkannya dengan pelajaran yang lain. Ini memberi peluang murid-murid mengingat dan menguasai beberapa kemahiran berkaitan pelajaran yang diajar dengan mudah. Selain itu, penggabungjalinan ini dapat mengukuhkan pengajaran yang telah dipelajari oleh murid. Contohnya, dalam pengajaran Seni, murid murid disuruh melukis gambar seekor burung. Selepas melukis dan mewarnakan gambar tersebut guru boleh mengajak murid-murid menyanyi lagu berkenaan dengan burung. Kemudian, guru boleh membimbing murid melabelkan gambar yang telah dilukis oleh murid apabila mereka mempersembahkan hasil karya di hadapan kelas. Melalui perancangan guru yang sistematik maka murid-murid dapat mengikuti pembelajaran yang menarik dengan lebih bermakna . 3.1 Penggabungjalinan pengajaran Seni & Muzik dengan SainsMata pelajaran : Pendidikan Seni Visual

Tahun

: Empat Teratai

Tema

: Alam persekitaran

Strategi pengajaran-pembelajaran:1. Murid dan guru menggerakkan badan untuk berkomunikasi antara satu sama lain ketika menonton video haiwan yang dipasang oleh guru pada slaid.2. Pada sekeping kertas, murid dikehendaki melukis pelbagai haiwan yang telah dilihat dalam video. Mereka dikehendaki mengaplikasikan teknik kolaj pada lukisan haiwan itu dengan mengkhusus pada jenis jalinannya: sama ada jalinan tampak atau jalinan sentuh. Seni Visual3. Seterusnya murid diminta meniru perlakuan haiwan berbeza yang mereka minati. Murid dikehendaki menggunakan stail Tiru macam saya agar murid menerima pengukuhan dalam konsep perbezaan antara haiwan. - Pergerakan4. Dengan menggunakan badan murid, beberapa pergerakan haiwan yang berbeza seperti : memanjat, merangkak, menyusur, berjalan dan melompat perlahan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Sains dan pergerakan5. Kemudian, murid membuat pergerakan haiwan yang berbeza dengan iringan pelbagai tempo daripada instrument perkusi. Ketika ini, murid dikehendaki mengikut arahan ketua dalam setiap kumpulan. MuzikDi atas adalah pengajaran penggabungjalinan di antara Seni & Muzik dengan Sains. Pengajaran ini jelas mempamerkan pelaksanaan penghubungkait beberapa elemen aktiviti dalam pengajaran dapat mengukuhkan penguasaan murid di samping memupuk minat murid untuk belajar. Namun guru hendaklah merancang pengajaran yang menarik agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan seronok di samping matlamat pembelajaran juga tercapai.3.2Penggabungjalinan Seni & Muzik dengan Matematik

Mata pelajaran : Pendidikan Seni

Tahun

: Tahun 1

Tema

: Membuat rekaan dan Corak

Strategi pengajaran dan Pembelajaran :

1. Murid menonton video berkenaan beberapa visual pergerakan manusia yang menghasilkan beberapa bentuk 2D. Soaljawab murid dan guru berkenaan rakaman dan murid meniru perlakuan tersebut. Pergerakan2. Penerangan guru berkenaan gabungan beberapa bentuk 2D dalam buku lukisan untuk menghasilkan gambar seperti robot, rumah, dan lain-lain mengikut kreativiti murid. Matematik

3. Murid menyiapkan hasil rekaan secara individu dengan bimbingan guru. - Seni4. Murid membentangkan hasil karya masing-masing di hadapan kelas.5. Dalam kumpulan murid berpegangan tangan sambil bergerak membentuk formasi untuk menunjukkan bentuk 2D sambil menyanyikan lagu Shapes Muzik

Aktiviti di atas pula, penggabungjalinan di antara Seni & Muzik dengan Matematik. Pengajaran ini dapat membantu murid mengukuhkan pembelajaran dalam kemahiran bentuk. Selain itu, penerapan nilai-nilai murni dapat dipupuk melalui kerjasama dalam aktiviti kumpulan. Kreativiti murid dapat dipamerkan melalui hasil kera yang dibentangkan di hadapan kelas. Guru turut dapat melihat maklum balas segera terhadap pengajaran yang dilaksanakan.4.0 PenutupKesimpulannya , Seni memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan. Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni memainkan peranan yang penting dalam mengembangkan nilai-nilai melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam seni visual membolehkan murid-murid menyatakan idea dan ekspresi diri. Selain itu, pengalaman turut penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri.Oleh itu, sewajarnya seni dianggap sebagai satu mata pelajaran yang penting kerana sejarah telah membuktikan melalui pengalaman serta penggabungjalinan Seni dengan matapelajaran lain akan menjadikan pengajaran lebih bermakna dan berkesan. Melalui seni, guru dapat membantu meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta berkemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni turut melahirkan modal insan yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas serta mempertahankan warisan budaya masyarakat kita yang kian dilupakan kepada generasi yang akan datang.RujukanBandura, A.(1986). Social foundations of thought and action : A social cognitive theory.

Eaglewoods Cliffs, NJ : Prentice Hall.

Cropley, A.J. 1992. More Ways Than One: Fostering Creativity. New Jersey:

Ablex Publishing Corporation.Gardner, H.(1983). Frames of mind : The Theoryof multiple intelligences . New York : Basic Books.Goldberg, M.R. (1992). Expressing and Assessing Understanding Through The Arts.

Phi Delta Kappan, AprilIkhsan, O., & Norila, M.S. 2005. Kurikulum & Pengajaran Sekolah Rendah, Aspek-aspek

yang Berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.Kementerian Pendidikan Malaysia.(1992).Pengurusan Bilik Darjah.Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka

Richmond, S. 1993. Art, imagination and teaching: Researching the high school classroom. Canadian Journal of Education 18(4): 366-380.

Shallcross, D.J. 1981. Teaching Creative Behavior: How to Teach Creativity to

Children of All Ages. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.Soh, K. C. 2000. Indexing creativity fostering teacher behavior: A preliminary

validation study. Journal of Creative Behavior, 34 (2), 118-134.

Wikstrom, B. M., R. Ekvall dan O. E. Sandstrom. 1994. Stimulating the

creativity of elderly institutionalised women through works of art. Creativity Research Journal 7(2): 171-182.

Wolfensohn & William (1993).The Power of the Arts to Transform Education : An Agenda for Action from The J.Paul Getty TrustWax, E.E. (1979). Dalcroze dimension. New York: Mostl Movemen. Ltd. Zulkifli Yaakob, Mohd Jamel Ismail, Jamilah Omar.(2014). HBEF1404 Seni dalam Pendidikan.Selangor.Meteor Doc. Sdn. Bhd.

PAGE 9

_1253083327.bin