guru dan cabaran biasa

5
6 PENULISAN AKADEMIK Pengenalan Ketika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia. Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke hadapan. Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains. Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan menuju negara maju. Kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara. Bertitik tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2012 bagi menyahut cabaran bagi meningkatkan sistem pendidikan negara kita agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan sistem pendidikan pada negara-negara luar. Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju. Apatah lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut memperuntukkan sebanyak 15 peratus daripada peruntukan bajet keseluruhan atau sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan pengurusan sektor pendidikan negara membangun secara

Upload: cikgukpg

Post on 19-Nov-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

PENULISAN AKADEMIK PengenalanKetika sistem pendidikan kita menempa beberapa kemajuan penting sepanjang lebih lima dekad yang lalu, sistem pendidikan di negara-negara lain juga telah bergerak pantas dalam perlumbaan untuk menjadi sistem yang terbaik di dunia. Dalam persaingan global yang semakin sengit ini, negara kita perlu bergerak lebih pantas ke hadapan. Walau bagaimanapun, pentaksiran pada peringkat antarabangsa menunjukkan pencapaian murid kita dalam beberapa bidang penting seperti Bacaan, Matematik dan Sains masih rendah berbanding murid di negara-negara maju. Misalnya, daripada 74 buah negara yang mengambil bahagian dalam ujian Programme for International Student Assessment atau PISA 2009, murid Malaysia berada di tempat sepertiga terbawah bagi Bacaan, Matematik dan Sains. Hal ini perlu diatasi segera sekiranya negara kita ingin mengorak langkah lebih pantas dalam perlumbaan menuju negara maju. Kita perlu akur dengan realiti semasa, jujur melakukan pembetulan dan mengambil langkah berani untuk melonjakkan prestasi pendidikan negara.

Bertitik tolak daripada kesedaran ini, Kementerian Pelajaran telah memulakan usaha mengkaji semula sistem pendidikan negara pada bulan Oktober 2011. Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Menerusi satu siri jelajah dialog pendidikan yang diadakan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor telah diterima daripada hampir 12,000 orang peserta yang mengambil bahagian. Kementerian juga telah menerima 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu. Selain itu, pandangan daripada Panel Penilai Bebas Malaysia dan Antarabangsa telah diperolehi dalam menyediakan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan.

Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah dilancarkan pada tahun 2012 bagi menyahut cabaran bagi meningkatkan sistem pendidikan negara kita agar duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan sistem pendidikan pada negara-negara luar. Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Proses transformasi yang terancang ini memberi satu lagi cabaran kontemporari buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Berdasarkan perancangan yang digariskan itu maka besarlah harapan untuk meningkatkan sistem pendidikan negara kita setanding negara-negara maju. Apatah lagi di dalam bajet 2013 baru-baru ini turut memperuntukkan sebanyak 15 peratus daripada peruntukan bajet keseluruhan atau sebanyak 38.7 bilion kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memastikan pengurusan sektor pendidikan negara membangun secara holistik terutama aspek memperkasakan kualiti guru. Keseriusan dalam membangunkan aspek pendidikan negara ini mencerminkan bahawa betapa aspek profesion perguruan dalam sistem pendidikan negara bertindak sebagai nadi utama dalam pembangunan terutama dalam memastikan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

PPPMKeperluaan kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di negara kita. Pada ketika ini, taraf pendidikan negara kita dilihat masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan taraf pendidikan di negara-negara lain. Sebagai contoh, pencapaian murid kita dalam PISA 2009 jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam ujian ini. Hal ini menunjukkan bahawa prestasi semasa pendidikan kita masih tidak setanding dengan negara lain. Begitu juga dengan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah di negara kita yang belum berada di tahap yang memuaskan. Hal ini boleh dilihat sekolah-sekolah yang terletak di pedalaman sabah dan sarawak khususnya di mana banyak kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disediakan seperti projektor, komputer riba, makmal komputer dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung membantutkan pembelajaran para murid seterusnya menjejaskan prestasi endidikan di negara kita. Pelaksanaan pelan PPPM juga dilihat bertujuan meningkatkan integriti para guru di Malaysia. Kebanyakan guru di Malaysia terlalu terbeban dengan pelbagai kerja di sekolah menyebabkan mereka demoralize. Guru-guru terlalu letih dengan pelbagai bebanan kerja sehingga menyebabkan kualiti sebagai pendidik berada di tahap yang tidak memuaskan dan menyebabkan murid yang dilahirkan tidak seperti yang dihasratkan. Sehubungan itu, hasrat yang telah Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang serba boleh sehingga sekarang masih belum tercapai.

Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia ini dilihat sebagai satu jalan penyelesaian bagi mengatasi segala masalah yang dihadapi diatas. PPPM seperti mana telah menggariskan enam aspirasi murid bagi menambahbaik segala sistem yang terdapat pada pendidikan negara kita seterusnya melahirkan murid yang mempunyai ciri-ciri atribut seperti yang dihasratkan.

Dari segi pengetahuan, setiap kanak-kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi di peringkat paling asas serta pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif serta inovatif dari segi kemahiran berfikir. Peringkat yang paling asas, adalah menjadi tanggungjawab sekolah untuk memastikan setiap murid mempunyai keupayaan literasi dan numerasi. Perkara ini amatlah penting kerana murid perlu mempunyai kemahiran hidup yang asas serta bagi membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam masyarakat. Keupayaan dalam literasi dan numerasi juga membolehkan muird memupuk nili diri untuk kesejahteraan diri, masyarakat dan negara. Murid-murid juga perlu dipastikan menguasai mata pelajaran teras seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah. Murid-murid juga perlu digalakkan untuk menguasi bidang seni, muzik dan sukan supaya kemahiran dalam bidang ini membolehkan mereka mengaplikasikan dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, usaha untuk menggalakkan murid terus menimba dan meningkatkan pengetahuan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Hal ini demikian kerana ilmu pengetahuan semuanya bermula daripada membaca. Namun, sikap membaca dalam kalangan murid dilihat masih berada di tahap yang lemah.oleh itu, adalah menjad tanggunjawab guru bagi memastikan sikap suka membaca dipupuk dlaam diri murid agar mereka dapat menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.

Sekolah adalah medan yang terbaik untuk memupuk kepimpinan dan kemahiran bekerja secara berpasukan secara berkesan dalam kalangan murid-murid selaku pewaris kepimpinan negara. Oleh yang demikian pihak sekolah seharusnya peka terhadap keperluan murid untuk membangunkan potensi dan bakat kepimpinan yang ada pada diri mereka. Sekolah perlu memastikan persekitarnnya dan iklimnya menyokong kepada pembangunan keempat-empat unsur di atas sama ada dalam aktiviti di bilik darjah, mahu pun di luar bilik darjah seperti kegiatan sukan dan kokurikulum. Sehubungan dengan itu, guru di sekolah bukan setakat menjadi pendidik semata-mata malah menjadi role model kepada murid agar sikap kepimpinan dapat dipupuk dalam diri murid-murid. Guru boleh membentuk murid yang berjiwa kepimpinan bukan sahaja di dalam bilik darjah malah semasa aktiviti kokurikulum di sekolah.

Kemahiran berfikir juga telah dititikberatkan PPPM. Setiap murid perlu membina kemahiran inkuiri dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat supaya boleh menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan mewujudkan pengetahuan baharu. Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemampuan untuk melakukan inovasi amat kritikal dalam dunia teknologi yang berkembang pesat. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting seperti pemikiran kreatif dan inovatif, pemikiran kritis dan penaakulan keupayaan belajar. Sistem pendidikan negara perlu meningkatkan kemahiran murid dalam bidang ini seperti yang digambarkan melalui skor TIMSS dan PISA sejak lima tahun lepas. Skor TIMSS dan PISA 2009+ menunjukkan bahawa murid kurang mampu mengaplikasi pengetahuan serta berfikir secara kritis di luar konteks akademik biasa. Sehubungan itu, adalah amat penting bagi pihak sekolah dan guru membantu setiap murid memperolehi kemahiran berfikir. Guru harus meninggalkan cara pengajaran yang lama iaitu pembelajaran berorientasikan peperiksaan. Contohnya, pembelajaran yang dijalankan di bilik darjah hendaklah menggunakan alat yang boleh menjana kemahiran berfikir seperti i-Think.

Hasrat keempat yang digariskan oleh PPPM adalah setiap murid perlu menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa komunikasi antarabangsa. Murid-murid juga diberi peluang dan galakkan untuk menguasai bahasa tambahanseperti bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab serta bahasa ibunda lain seperti bahasa Iban dan Kadazan-Dusun. Penguasaan kemahiran berbahasa ini amatlah penting bagi membolehkan murid-murid bersosialisasi merentas sempadan budaya dan etnik, yang seterusnya menyubnag kepada pemupukan kerjasama dan komunikasi pada peringkat global. Dalam hal ini, guru dan juga pihak sekolah memainka peranan yang besar bagi mencapai hasrat ini. Misalnya, pihak sekolah boleh menganjurkan Minggu Bahasa dan English Week bagi meningkatkan kemahiran murid unuk bertutur dalam bahasa melayu dan juga bahasa inggeris seterusnya dapat mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri murid.

Aspirasi PPPM yang seterusnya adalah melahirkan murid mempunyai etika dan kerohanian yang tinggi. Pihak sekolah perlu berperanan dalam memastikan setiap murid mempunyai sifat berani menghadapi cabaran masa hadapan, menyelesaikan konflik secara aman. Sehubungan dengan itu, murid juga harus dilatih agar dapat membuat keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa yang betul. Selain itu, usaha untuk melahirkan murid yang penyayang dan dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan komuniti dan negara harus diberi penekanan. Sekolah perlu berusaha untuk mewujudkan nilai bersama yang kukuh berteraskan kepada satu set prinsip, iaitu kerohanian, integriti serta tanggungjawab sivik. Hal ini penting bagi membentuk dan melahirkan murid yang serba boleh dan dapat memberi sumbangan kepada negara kita. Dengan era gobalisasi yang semakin mencabar pada masa akan datang, hasrat ini perlu dititikberatkan agar dapat memberi persediaan kepada murid dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi pada hari mendatang.

Aspirasi keenam terhadap murid dalam PPPM adalah berkaitan usaha membina identiti nasional dalam kalangan murid-murid. Aspirasi ini antara lain adalah untuk melahirkan murid yang mempunyai perasaan tidak berbelah bahagi tentang identiti nasional, berpegang teguh kepada prinsip Rukunegara dan sentiasa mengutamakan perpaduan. Sekolah perlu berperanan sebagai tempat semaian yang subur semangat patriotisme dalam kalanagan murid tanpa mengira etnik, kepercayaan, taraf sosioekonomi atau tempat. Sebaliknya murid mempunyai sifat berbanga sebagai anak Malaysia, memahamii dan menerima perbezaan, menghormati orang lain dan bersedia untuk hidup bersama dalam kepelbagaian budaya.

PenutupOleh yang demikian, tidak dapat dinafikan tugas dan tanggungjawab pihak sekolah dan guru adalah berat dalam usaha membentuk generasi negara masa depan yang mampu menangani segala perubahan dan tuntutan masa. Maka iltizam, semangat dan sikap yang positif sahaja yang mampu menonjol imej guru yang dapat memainkan peranan yang cukup berkesan. Kepelbagaian tugas, tanggungjawab inilah memberi cabaran pada guru bagi meningkatkan segala kualiti, sifat mahupun akauntabiliti kepada bidang profesionalisme ini agar ia terus dipandang megah oleh masyarakat dan dapat mendukung hasrat negara menaikkan mutu pendidikan negara setaraf antarabangsa. Tegasnya, peranan guru di sekolah amat penting dalam melahirkan murid seperti yang dimatlamatkan oleh PPPM.