esei 2 (kejutan ad-as)

3
1 TOPIK : PERMINTAAN AGREGAT (AD) DAN PENAWARAN AGREGAT (AS) Latih Tubi: Kejutan AD-AS (Soalan Esei) Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, huraikan kesan berikut atas Harga dan Pendapatan Negara Benar: a) Kenaikan harga minyak b) Tabungan pengguna meningkat c) Cukai dikurangkan (10 Markah) Rangka Jawapan: a) Rajah: Kesan Kenaikan Harga Minyak Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0. Apabila berlaku kenaikan harga minyak ia akan meningkatkan kos pengeluaran kepada pengeluar seterusnya tingkat keluaran akan dikurangkan. Kesannya penawaran agregat akan berkurangan. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran agregat ke atas dari AS0 kepada AS1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat harga akan meningkat dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan berkurang dari Y0 kepada Y1. Keadaan ekonomi ini dinamakan sebagai stagflasi.

Upload: jeya-kumar

Post on 02-Jun-2015

385 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

1

TOPIK : PERMINTAAN AGREGAT (AD) DAN PENAWARAN AGREGAT (AS)

Latih Tubi: Kejutan AD-AS (Soalan Esei)

Dengan menggunakan gambar rajah AD-AS, huraikan kesan berikut atas Harga dan Pendapatan

Negara Benar:

a) Kenaikan harga minyak

b) Tabungan pengguna meningkat

c) Cukai dikurangkan

(10 Markah)

Rangka Jawapan:

a)

Rajah: Kesan Kenaikan Harga Minyak

Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan

agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan

asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.

Apabila berlaku kenaikan harga minyak ia akan meningkatkan kos pengeluaran kepada

pengeluar seterusnya tingkat keluaran akan dikurangkan. Kesannya penawaran agregat akan

berkurangan. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran agregat ke atas dari AS0 kepada

AS1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat harga

akan meningkat dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan berkurang dari Y0 kepada

Y1. Keadaan ekonomi ini dinamakan sebagai stagflasi.

2

b) Rajah: Kesan peningkatan Tabungan Pengguna

Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan

agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan

asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.

Apabila berlaku peningkatan tabungan pengguna ia akan meningkatkan tabungan dan

penggunaan masyarakat akan berkurangan. Kesannya permintaan agregat akan

berkurangan. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan agregat ke bawah dari AD0

kepada AD1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat

harga akan menurun dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan berkurang dari Y0

kepada Y1. Keadaan ekonomi ini akan membawa kepada masalah pengangguran.

3

c) Rajah: Kesan Pengurangan Cukai

Dari rajah di atas, Keseimbangan asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan

agregat bersilang dengan keluk penawaran agregat iaitu (AD0 = AS0). Harga keseimbangan

asal pada P0 dan tingkat Pendapatan negara benar pada Y0.

Apabila berlaku pengurangan cukai ia akan meningkatakan pendapatan boleh guna

mesyarakat seterusnya meningkatkan penggunaan. Kesannya permintaan agregat akan

meningkat. Ia ditunjukkan oleh peralihan keluk permintaan agregat ke atas dari AD0 kepada

AD1. Seterusnya keseimbangan baru akan dicapai pada titik E1. Kesannya, tingkat harga

akan meningkat dari P0 kepada P1 dan pendapatan negara akan meningkat dari Y0 kepada

Y1. Ia akan mendorong pemulihan ekonomi.