esei pengguna

21
Hanya dengan klik butang tetikus pengguna tidak perlu pergi ke pusat membeli belah, sebaliknya boleh mendapatkan barang-barang yang dikehendaki dengan melayari laman sesawang seperti Ebay.com atau Mudah.com. Pembelian dalam talian mendapat sambutan yang baik daripada pengguna sehingga mereka mendapat pengalaman tersendiri sebagaimana yang dialami oleh beberapa orang pengadu. “Saya telah ditipu oleh M, setelah membuat pembelian dalam talian. Pembayaran sebanyak RM5000 telah dimasukkan ke dalam akaun M pada 20 Ogos 2010 bagi urusniaga membeli sebuah kamera jenis Canon 5d Mark II. Namun setelah menerima wang melalui perbankan internet, M terus berdalih dan tidak menghantar barang kepada saya. Laporan polis telah dibuat pada 23.08.2010”. “Saya telah membuat pembelian sebuah beg dalam talian dengan harga RM199. Namun apabila menerima beg tersebut, saya dapati ciri-ciri pada beg itu berbeza dengan apa yang dipapar di laman sesawang. Kualiti beg juga tidak memuaskan. Beg tersebut terdapat kesan kemek (bukan disebabkan pos) dan jahitan yang tidak kemas. Isi tali beg juga kelihatan. Apabila saya menuntut hak saya, penjual tidak mengendahkan permintaan saya. Ada juga unsur-unsur penipuan kerana pihak tersebut mendakwa dia yang mengambil gambar beg itu sendiri, sedangkan beg yang saya terima lain bentuknya. Dalam terma dan syarat dia juga ada menyatakan tentang pengembalian wang penuh jika produk cacat. Tapi dia terus ingin menghilangkan diri”. Demikian dua contoh aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang pembelian dalam talian. Walaupun terdapat kebaikan pembelian dalam talian seperti barang-barang yang dijual adalah murah disebabkan hanya melibatkan pengeluar dan pengguna sahaja. Namun begitu terdapat juga keburukannya seperti tiada penghantaran selepas menerima wang, barang berkualiti rendah atau cacat dan sebagainya. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian dalam talian: Sebelum membeli sesuatu barang, layari lebih daripada satu laman sesawang yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga;

Upload: bosco-chun

Post on 14-Dec-2014

302 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

chun

TRANSCRIPT

Page 1: esei pengguna

Hanya dengan klik butang tetikus pengguna tidak perlu pergi ke pusat membeli belah, sebaliknya boleh mendapatkan barang-barang yang dikehendaki dengan melayari laman sesawang seperti Ebay.com atau Mudah.com. Pembelian dalam talian mendapat sambutan yang baik daripada pengguna sehingga mereka mendapat pengalaman tersendiri sebagaimana yang dialami oleh beberapa orang pengadu.

“Saya telah ditipu oleh M, setelah membuat pembelian dalam talian.  Pembayaran sebanyak RM5000 telah dimasukkan ke dalam akaun M pada 20 Ogos 2010 bagi urusniaga membeli sebuah kamera jenis Canon 5d Mark II. Namun setelah menerima wang melalui perbankan internet, M terus berdalih dan tidak menghantar barang kepada saya. Laporan polis telah dibuat pada 23.08.2010”.

“Saya telah membuat pembelian sebuah beg dalam talian dengan harga RM199. Namun apabila menerima beg tersebut, saya dapati ciri-ciri pada beg itu berbeza dengan apa yang dipapar di laman sesawang. Kualiti beg juga tidak memuaskan. Beg tersebut terdapat kesan kemek (bukan disebabkan pos) dan jahitan yang tidak kemas. Isi tali beg juga kelihatan. Apabila saya menuntut hak saya, penjual tidak mengendahkan permintaan saya. Ada juga unsur-unsur penipuan kerana pihak tersebut mendakwa dia yang mengambil gambar beg itu sendiri, sedangkan beg yang saya terima lain bentuknya. Dalam terma dan syarat dia juga ada menyatakan tentang pengembalian wang penuh jika produk cacat. Tapi dia terus ingin menghilangkan diri”.

Demikian dua contoh aduan yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang pembelian dalam talian. Walaupun terdapat kebaikan pembelian dalam talian seperti barang-barang yang dijual adalah murah disebabkan hanya melibatkan pengeluar dan pengguna sahaja. Namun begitu terdapat juga keburukannya seperti tiada penghantaran selepas menerima wang, barang berkualiti rendah atau cacat dan sebagainya.

Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diketahui oleh pengguna sebelum melibatkan diri dalam pembelian dalam talian:

Sebelum membeli sesuatu barang, layari lebih daripada satu laman sesawang yang menawarkan barangan yang sama untuk membuat perbandingan harga;

Setiap pembelian barang perlu disertakan dengan invois daripada penjual;

Dapatkan data peribadi dan nombor telefon penjual;

Pembelian dalam talian memerlukan data peribadi pembeli seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun atau nombor kad kredit yang dianggap sulit. Pastikan laman sesawang yang dikunjungi diiktiraf dan memiliki sistem sekuriti yang baik;

Pastikan alamat laman sesawang berkenaan tertera `https://’ berbanding `http://.’ Ini kerana `https’ merupakan pangkalan data dan sistem sekuriti yang menjaga segala maklumat peribadi pengguna;

Simpan resit pembayaran;

Berhati-hati apabila membayar menggunakan kad kredit. Jangan dedahkan empat nombor kad kredit yang terakhir;

Faham terma dan syarat sebelum membuat transaksi.

Jadilah pengguna yang bijak, jangan kesal nanti.

Page 2: esei pengguna

RISIKO MEMBELI-BELAH SECARA ONLINE

MEMBELI-BELAH secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.

Namun, sejauh mana pula ketelusan keselamatan pembelian secara online itu sehingga mencetuskan rasa bimbang di kalangan kebanyakan pengguna? Ketika ada pengguna yang bimbang dengan isu keselamatan itu tapi tidak pula mengambil pendekatan sewajarnya, ada pula segelintir manusia pandai mengambil kesempatan di atas kealpaan itu.Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet. Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai pengguna internet terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.

Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai.Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.

Kedua-dua aspek berkenaan menyingkap masalah penipuan perbankan Internet yang dianggap semakin menjadi-jadi seiring dengan perkembangan teknologi semasa.Antara gejala paling popular adalah ‘phishing’ yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.

Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber. Kerugian bukan saja dialami pengguna, malah pihak institusi kewangan turut terkena tempias sekiranya penipuan terbabit berlaku di pihak mereka.Penulis cuba mendapatkan komen dan nasihat institusi kewangan mengenai kes yang banyak diperkatakan ini, namun hampa kerana kurang mendapat kerjasama kerana mereka bimbang hilang kepercayaan pelanggan.

Jurucakap Bank Negara Malaysia (BNM) berkata, kerugian menerusi penipuan Internet bank dikenal pasti menyumbang sebanyak 0.00002 peratus daripada jumlah transaksi menerusi Internet mana-mana bank pada 2008.

Merujuk kepada masalah global hari ini, phishing masih dikategorikan sebagai pengancam utama kepada industri perbankan Internet di Malaysia iaitu sebanyak 94 peratus aduan diterima. Usaha berterusan diambil semua bank di Malaysia bagi mengatasi masalah penipuan perbankan Internet seumpama ini.

Page 3: esei pengguna

Pada 2004, Internet Banking Taskforce (IBTF) dilaksanakan BNM bagi mewujudkan industri perbankan yang tersusun, bijak dan bekerjasama dengan agensi berkaitan agar mampu mengawal masalah keselamatan perbankan Internet.

IBTF yang diwakili agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Pusat Keselamatan Siber Negara (Cyber Security) serta bank di seluruh Malaysia, berusaha mencari penyelesaian dalam mengatasi isu keselamatan perbankan Internet, namun pada masa sama sentiasa memberi kesedaran dan maklumat semasa kepada pelanggan bank agar berhati-hati dengan pelbagai taktik penipuan.

Malayan Banking Berhad (Maybank) antara bank ternama di negara ini giat memantau dan sentiasa bekerjasama dengan pelanggannya agar berhati-hati dengan penipuan perbankan Internet. Pihak Maybank mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) atau panggilan telefon daripada bank meminta pelanggan mengemas kini kata laluan dan nama pengguna atau memberi maklumat ‘transaction authorisation code’ (TAC).

Pelanggan dinasihatkan agar tidak mendedahkan sebarang maklumat dan pihak bank sama sekali tidak akan berurusan dengan pelanggan dengan meminta maklumat berkaitan.Sekiranya pelanggan diperdayakan dan memberi maklumat terbabit menerusi telefon atau pelanggan klik sebarang ‘link’ di dalam e-mel, pelanggan perlu memaklumkan secepat mungkin kepada pihak bank bagi tujuan keselamatan.

MASALAH SAMA…semua bank di Malaysia tidak lari daripada isu pemalsuan e-mel.

MANGSA…antara e-mel yang cuba memperdaya pengguna akaun bank.Mesej amaran seperti Amaran Polis, masalah teknikal pengeluaran wang atau masalah sistem perbankan Internet sama sekali TIDAK akan dihantar oleh pihak bank menerusi e-mel kerana pihak Maybank hanya memberi amaran kepada penggunanya menerusi gerbang Maybank2u.com.

Isu mengenai e-mel palsu serta phishing bukanlah perkara baru di negara kita. Pelanggan seharusnya memahami polisi pihak bank dan tidak sewenang-wenangnya membocorkan maklumat sendiri kepada sesiapa pun.

Pihak bank sentiasa peka dalam melindungi pengguna agar kepercayaan pelanggan tidak terjejas dengan perkhidmatannya. Maka, bank mengguna pakai ciri keselamatan berdasarkan garis panduan BNM iaitu PIN dan biometrik.

Di bawah Akta Tanda Tangan Digital 1997, DigiCert mengeluarkan produk keselamatan yang dibekalkan kepada institusi kewangan, badan berkanun, pihak swasta dan kerajaan yang bertujuan melindungi pihak terbabit bagi sebarang perkara yang berkaitan dengan digital.Bersesuaian dengan akta ini, DigiCert masih dalam penyelidikan untuk mengeluarkan sijil digital yang bakal dikembangkan menerusi aplikasi dalam telefon yang bertujuan untuk melindungi orang ramai.

Pengguna internet dinasihatkan agar sentiasa mengguna pakai perisian antivirus, antispyware dan firewall yang sentiasa dikemas kini di samping mengikuti perkembangan semasa mengenai penipuan perbankan Internet yang sering terjadi.

Page 4: esei pengguna

Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk ‘hint’ kata laluan seperti “Apakah nama ibu anda?, “Apakah makanan kegemaran anda?” atau “Apakah rancangan TV kegemaran anda?”. Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis. Sekian, selamat maju jaya untuk semua pengguna 

ergantungan terhadap teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) khasnya Internet di kalangan masyarakat kini tidak dapat disangkal lagi.

Ini dapat dilihat daripada aktiviti seharian seseorang di mana hampir keseluruhannya membabitkan penggunaan ICT dan Internet.

Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mendapatkan rakan baru, bermain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian.

Bagaimanapun, dengan berkembangnya ICT dan Internet, pengguna Internet sedang berhadapan dengan risiko baharu iaitu risiko ancaman siber.

Tanpa pengetahuan yang mendalam akan keselamatan di alam siber, pengguna Internet terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah siber.

Penjenayah siber sentiasa mencuba pelbagai kaedah baru bagi memerangkap mangsanya.

Antara jenayah siber yang kian meningkat ialah penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian ke atas program atau data komputer, kecurian maklumat, pengintipan, penggodaman dan penyebaran virus dan cecacing komputer.

Malah, kecurian identiti dalam Internet kini kerap dilaporkan di Malaysia dan kebiasaannya membabitkan pengguna laman web berasaskan perbankan dan jualan dalam talian.

Page 5: esei pengguna

Ia dilakukan oleh penjenayah siber dengan menggunakan taktik phishing antaranya menghasilkan laman web palsu yang menyerupai laman web perbankan sebenar. Pengguna yang tertipu akan memasukkan kata laluan di laman web palsu ini dan maklumat ini akan diperoleh oleh penjenayah siber.

Merujuk kepada statistik yang diperoleh daripada Pasukan Tindakan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), jumlah kes jenayah siber semakin bertambah dari tahun 1987 sehingga 2008.

Ini menunjukkan bahawa alam siber juga tidak bebas dari jenayah dan dengan kecanggihan aplikasi komputer, jenayah yang dilakukan memberikan impak yang parah kepada mangsa.

Penjenayah siber senantiasa mencari peluang dan kaedah baru bagi memerangkap mangsanya.

 

Langkah keselamatan

Kesan daripada peningkatan jenayah siber ini, pengguna Internet dinasihatkan untuk melindungi diri melalui pelbagai langkah keselamatan yang telah disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.

Antaranya ialah:

Memastikan kata laluan yang digunakan adalah alphanumeric, iaitu gabungan nombor dan abjad. Kata laluan hendaklah dihafal dan tidak dituliskan di mana-mana. Kata laluan ini hendaklah ditukar sekurang-kurangnya enam bulan sekali.

Berhati-hati dalam memberikan maklumat peribadi di dalam laman web, e-mel, sistem pemesejan segera, bilik bual atau pada papan mesej, terutamanya apabila pengguna tidak pasti tujuannya.

Pengguna berhak untuk bertanyakan mengapa dan bagaimana maklumat yang diberi akan digunakan.

Memerhatikan tanda-tanda kecurian identiti seperti bil yang hilang atau lambat sampai, menerima kad kredit yang tidak dipohon, ditolak kredit atau ditawarkan terma yang kurang menguntungkan tanpa sebab-sebab yang jelas, atau dihubungi oleh pemungut hutang atau pihak-pihak berkenaan mengenai pembelian yang tidak dibuat.

Jangan membuka e-mel, fail atau pautan laman web daripada pihak yang tidak dikenali atau dicurigai isi kandungannya.

Memastikan lampiran e-mel adalah daripada sumber yang dipercayai sebelum membukanya. Jangan berikan respons kepada e-mel yang meminta maklumat peribadi, maklumat daftar masuk atau pengesahan tukar kata laluan,

Menggunakan antivirus, anti-spyware dan program firewall yang disokong dengan baik oleh pembekalnya. Pastikan program yang digunakan adalah terkini dan dikemas kini dari masa ke semasa.

Bagi pengguna yang memiliki akaun perbankan dalam talian, anda disarankan memeriksa akaun bank dengan kerap untuk memastikan tiada pengeluaran palsu dijalankan. Jika melakukan pembelian dalam talian, gunakan kad kredit. Kad kredit biasanya mempunyai perlindungan yang lebih terjamin bagi liabiliti peribadi.

Page 6: esei pengguna

Semasa melawat laman web perbankan dalam talian, periksa sama ada tarikh dan masa sepadan dengan tarikh dan masa bagi pendaftaran masuk terakhir. Jika akaun bank telah terjejas, bertindak pantas dan laporkan kepada bank.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai langkah - langkah keselamatan yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia, pengguna boleh melayari www.esecurity.org.my .

Pengguna-pengguna Internet yang terlibat atau menjadi mangsa jenayah siber bolehlah melaporkan kes-kes tersebut kepada agensi-agensi dan kementerian-kementerian yang berkaitan.

Kesimpulannya, pengguna Internet mampu melakukan perubahan dan impak dalam menangani isu jenayah siber. Ini dilakukan dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan siber antaranya seperti yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.

Sikap sentiasa berwaspada dan berhemah ketika melayari alam siber mampu melindungi serta memerangi jenayah siber.

Sementara itu, CyberSecurity Malaysia menawarkan perkhidmatan Cyber999 yang menerima aduan-aduan jenayah siber dan memajukan kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab.

Kesimpulannya, pengguna Internet mampu melakukan perubahan dan impak dalam menangani isu jenayah siber.

Ini dilakukan dengan melengkapkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan mengenai langkah keselamatan siber antaranya seperti yang disarankan oleh CyberSecurity Malaysia.

Sikap sentiasa berwaspada dan berhemah ketika melayari alam siber mampu melindungi serta memerangi jenayah siber.

Page 7: esei pengguna

KENYATAAN DASARDasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.

Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.

RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA

Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.

DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara seluruhnya.

OBJEKTIFTahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri, kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab

Page 8: esei pengguna

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Pendidikan

Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.

MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA

Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna

Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan pembekal/pengilang.

Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi

Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.

Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari

Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.

Page 9: esei pengguna

STRATEGIStrategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah ditetapkan:-

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

SOSIAL

Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf terbaik.

Meningkatkan Perlindungan Kendiri

Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.

Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di setiap daerah.

Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan

Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan.

Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah

Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PERUNDANGAN

Page 10: esei pengguna

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna

Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini, Kerajaan perlu:-

Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan. Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.

Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan yang tidak bertanggungjawab.

Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi perdagangan dan penggunaan lestari.

Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna di Malaysia.

Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:

Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."

Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:

Kesedaran untuk mengkritik Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

Penglibatan dan tindakanPengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosialPengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih besar.

Bersatu paduPengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak mudah digugat.

Page 11: esei pengguna

Pengguna merupakan kumpulan terpenting dalam menentukan status ekonomi sesebuah Negara.  Pengguna juga merujuk kepada individu  yang menggunakan barangan, perkhidmatan dan sumber semula jadi untuk kepuasan hidup secara umum. Dalam konteks pada hari ini, pengguna perlu mengetahui hak dan peranan sebagai seorang pengguna untuk melindungi diri sendiri dari dimanipulasikan oleh pasaran yang semakin global dan terbuka luas ini. 

Hak pengguna pertama kali disuarakan oleh bekas Presiden Amerika Syarikat mendiang J.F.Kennedy apabila beliau mengisytiharkan “ Deklarasi Hak Penguna” yang dibentangkan pada Kongres pada 15 Mac 1951. Sejak peristiwa tersebut, pergerakan pengguna di peringkat antarabangsa  telah mengumumkan bahawa Sambutan “Hari Hak-hak Pengguna Sedunia” disambut pada 15 Mac setiap tahun.

Pergerakan pengguna global telah menggariskan 8 hak universal untuk pengguna iaitu:

a) Keperluan Asas : Hak untuk mendapat keperluan dan perkhidmatan asas yang menjamin kehidupan seperti makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan, pendidikan untuk semua rakyat dan sistem kawalan kebersihan awam termasuk bekalan air bersih, sistem pembuangan najis dan pembuangan sampah yang mencukupi.

b) Keselamatan : Hak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan. Contohnya peralatan elektrik yang memerlukan ciri keselamatan label SIRIM, label MS atau Malaysian Standard, Suruhanjaya Tenaga, label Malaysian Conformity (MC) bagi produk permainan kanak-kanak dan sebagainya.

c) Maklumat : Pengguna berhak diberikan maklumat yang tepat dan mencukupi agar memudahkan mereka membuat keputusan yang bijak dalam pembelian barangan. Pengguna perlu dilindungi daripada pengiklanan yang mengelirukan, pelabelan yang tidak jujur dan amalan lain seperti pemalsuan maklumat,  penipuan dan penyelewengan. Contohnya label nutrisi makanan, label peralatan kosmetik, label halal, tarikh luput, tanda harga pada rak atau produk selari dengan mesin pengimbas harga dan sebagainya.

d) Pilihan : Pengguna berhak membuat pilihan barangan dan perkhidmatan berdasarkan harga yang berpatutan dengan jaminan serta kualiti yang memuaskan. Pengguna berhak membandingkan harga barangan atau perkhidmatan yang akan dilanggani seperti menentukan permohonan kad kredit atau pinjaman sewa beli berdasarkan kadar faedah tahunan.

e) Bersuara : Hak untuk memastikan kepentingan pengguna diberi pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dasar Kerajaan. Pengguna juga melalui persatuan penduduk atau NGO setempat berhak menyuarakan pendapat sekiranya wujud penindasan atau ketidak adilan yang berlaku kepada pihak berkaitan. Aduan pengguna juga boleh disalurkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional atau NCCC di talian 03-7877 9000 atau layari laman sesawang www.nccc.org.my 

f) Ganti rugi : Pengguna berhak mendapat ganti rugi terhadap barangan yang cacat,berbahaya atau perihal dagangan yang mengelirukan serta pampasan yang sewajarnya bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian. Ganti rugi juga perlu diberikan terhadap barangan atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada pengguna apabila menggunakan barangan berdasarkan panduan yang diberikan kepada pengguna atau akibat daripada kecuaian pengeluar. Pengguna boleh membuat tuntutan ganti rugi kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM),

Page 12: esei pengguna

Tribunal Tuntutan Perumahan (TTPR), Biro Pengantaraan Perbankan dan Mahkamah Tuntutan Kecil.

g) Pendidikan pengguna : Pendidikan kepenggunaan diberikan secara tidak formal di sekolah-sekolah. Sistem pendidikan sedia ada lebih cenderung untuk melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan, tetapi tidak menitik beratkan kepada pengetahuan untuk menjadi pengguna yang bijak dan berhemah. Oleh itu, pengguna hendaklah peka dan mengambil inisiatif bersikap ambil tahu tentang isu-isu kepenggunaan yang berlaku di peringkat nasional mahupun antarabangsa melalui media massa dan elektronik. 

h) Alam sekitar yang sihat dan selamat : Hak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan wujudnya elemen alam semula jadi yang semakin pupus atau musnah akibat proses pembangunan. 

Dengan adanya fahaman dan pengetahuan yang jelas tentang hak-hak pengguna, masyakarat pengguna amnya diharapkan dapat mempertingkatkan perlindungan kendiri serta bertindak sebagai pengguna proaktif dalam kehidupan seharian. Kesejahteraan dan kestabilan ekonomi keluarga bergantung kepada gaya hidup bersederhana dan mengutamakan perkara yang perlu, merancang matlamat kewangan dari peringkat awal dan melakukan sedikit perubahan dalam kehidupan. 

HAK DAN TANGGUNGJAWAB PENGGUNADunia konsumerisme dewasa kini sering mengalami pergolakan.Situasi ini berpunca akibat daripada kelemahan peniaga dan pengeluar dalam mematuhi etika perniagaan sehingga meninggalkan kesan yang tidak sihat kepada pengguna.Siapakah yang dimaksudkan sebagai pengguna? Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penguna didefinisikan sebagai orang yang membeli dan menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Natijah daripada kejahilan para pengguna dalam menentukan tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna menyebabkan mereka senang diperkotak-katikkan oleh peniaga yang suka ‘menangguk di air keruh’.Hal ini memang sering terjadi kepada para pengguna yang rata-ratanya tidak mengetahui hak-hak dan tanggungjawab mereka..Walaupun mereka ini mempunyai kelulusan yang tinggi dalam akademik dan memegang jawatan tinggi dalam sektor perkhidmatan.Isu kepenggunaan atau konsumerisme ini sudah menjadi polemik di kalangan masyarakat kita.Namun masih kurang tindakan yang dilakukan bagi menangani situasi ini.Jika isu ini dibiarkan begitu sahaja,impaknya tetap mempengaruhi kehidupan manusia sejagat.Sejajar itu,kita sebagai pengguna mestilah proaktif dalam memainkan peranan supaya kata-kata Adam Smith bahawa ‘Consumer is the king’ atau ‘Pengguna ialah raja’ tidak hanya tinggal pada kata-kata sahaja.Menurut Pertubuhan Kesatuan Pengguna Sedunia terdapat tujuh hak asasi pengguna, iaitu hak untuk mendapat keselamatan,hak untuk mendapat maklumat,hak untuk mendapat keperluan asas dan pilihan,hak untuk mendapat perwakilan,hak untuk mendapat pampasan,hak untuk mendapat pendidikan, dan hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih.Jadi,setelah mengetahui hak-hak ini pengguna mestilah bertindak secara rasional apabila membeli barangan atau

Page 13: esei pengguna

perkhidmatan semoga mereka tidak menjadi mangsa kecurangan peniaga atau pengeluar ini.Sikap peniaga yang suka menaikkan harga barang secara semberono perlu ditangani segera.Jika ada peniaga yang bertindak menipu dalam jual beli barangan atau perkhidmatan,kita sebagai pengguna wajib mengambil tindakan melaporkan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti Persatuan Pengguna,Tribunal Pengguna,Majlis Pengguna dan sebagainya.Sebagai seorang pengguna kita berhak untuk mendapatkan keselamatan daripada produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan supaya ia tidak membahayakan kesihatan.Hal ini kerana, kebanyakan produk tidak menjaminkan keselamatan dan mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita.Biar kita mengambil contoh, peristiwa ‘pil pelansing Slim 10’yang menimpa seorang pelakon Singapura iaitu Andrea De cruz yang nyaris menemui ajal kerana mengalami kegagalan fungsi hati akut gara-gara mengambil pil langsing.Fenomena ini berlaku akibat pihak pengeluar produk menggunakan bahan kimia yang diharamkan iaitu gabungan Fenfluramine dan Phentermine. Selain itu,pengguna juga mempunyai hak untuk hidup dalam alam sekitar yang bersih.Jika kita renungkan kembali,dasawarsa ini cuaca amat panas terik sehingga merimaskan setiap aktiviti kehidupan harian kita.Semua ini berpunca daripada alam sekitar yang tercemar.Sepatutnya pengguna berhak hidup dan bekerja dalam suatu alam sekitar yang bersih,tidak tercemar,tidak membahayakan kesihatan,tidak mengancam kebebasan serta menjamin kehidupan yang selesa.Memang sah dan ternyata ,kita semua ialah pengguna .Namun,adakah kita benar-benar tahu akan apa hak kita?Hak untuk mendapat pampasan merupakan satu perkara yang sering kita tidak tahu kewujudannya.Kejahilan ini menyebabkan kita sering teraniaya.Pengguna sebenarnya mempunyai hak untuk mendapat pampasan atau ganti rugi daripada peniaga jika diberi barangan atau perkhidmatan yang rosak,busuk,dan tidak berkualiti.Di bawah Ordinan Jualan Barang-Barang 1957 dan Akta Kontrak 1974 merupakan undang-undang yang memberi hak kepada pengguna untuk mendapat pampasan jika diberi barang atau perkhidmatan yang tidak berkualiti atau tidak memenuhi syarat-syarat yang dijanjikan.Oleh itu,kita sebagai pengguna perlu peka terhadap perkara sebegini supaya tidak terus menjadi ‘seperti mentimun yang digelek oleh durian’.Selain itu, pengguna juga berhak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan. Pendidikan kepenggunaan boleh menjadikan setiap individu itu mempunyai maklumat serta kebolehan membuat pilihan secara waras.Lebih penting lagi,dengan adanya ilmu konsumerisme ini pengguna akan bertindak melaporkan kejadian penyelewengan oleh peniaga-peniaga kepada pihak yang berkenaan supaya tindakan yang sewajarnya diambil dengan segera.Sikap dan mentaliti pengguna pada hari ini perlu ada anjakan paradigma supaya mereka akan bertindak lebih efektif dan efisyen.Tindakan tidak berhati perut oleh para peniaga yang diumpamakan seperti lintah darat ini wajar dibanteras.Hal ini kerana, tanpa kita sedari golongan yang tidak beretika inilah yang selalu memperalatkan para pengguna lantaran ketidakpekaan mereka terhadap hak-hak sebagai pengguna.Kecenderungan masyarakat moden yang tidak suka menjaga tepi kain orang juga menyebabkan mereka sering ditindas oleh golongan lintah darat ini.Dalam era globalisasi ini sepatutnya pengguna tidak harus terpinggir dan terkebelakang.Masyarakat hari ini naïf dengan kebendaan dan material yang melalaikan sehingga kadang kala mereka lupa akan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.Apakah sebenarnya tanggungjawab pengguna? Menurut Risalah yang

Page 14: esei pengguna

diterbitkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pengguna Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,Kuala Lumpur,ada menggariskan pengguna mempunyai tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga terhadap masyarakat.Justeru,untuk membebaskan pengguna daripada belenggu kejahilan dan kegelapan ini maka mereka perlu tahu apakah tanggungjawab terhadap diri sendiri? Sebagai warga Malaysia yang prihatin kita mempunyai tanggungjawab untuk mendapatkan maklumat untuk diri sendiri.Kita perlu mengetahui dan memahami segala maklumat berkaitan dengan barang-barang yang dibeli.Lebih penting lagi, kita sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri apabila menggunakan barang-barang yang bahaya seperti barang-barang elektrik,bahan-bahan kimia dan ubat-ubatan.Segala arahan tentang cara penggunaan barang-barang tersebut mestilah dipatuhi agar tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.Seterusnya , pengguna juga mempunyai tanggungjawab untuk membuat aduan jika ditipu dan menuntut pampasan jika ada kecacatan pada barang tersebut.Pendedahan yang dibuat oleh media massa seperti surat khabar Mingguan Malaysia patut dipuji,dengan adanya ruangan ‘Dari Tribunal Tuntutan Pengguna’ pada setiap hari Ahad sedikit sebanyak perkara yang dipaparkan di ruangan itu memberi panduan dan pengetahuan kepada para pengguna tentang cara-cara menuntut ganti rugi.Biar kita mengambil contoh,kisah seorang pengguna yang tertipu apabila mengharapkan gambar yang mencatatkan detik bergelar graduannya hanya tinggal memori di fikirannya sahaja kerana pihak studio yang ditugaskan merakamkan detik-detik penuh bersejarah itu tidak menggunakan keprofesionalisme yang menyebabkan gambar tersebut tidak berkualiti.Walaupun sesetengah pihak menganggap perkara yang dituntut oleh pengguna itu remeh-temeh tetapi pihak yang menuntut berjaya mendapat ganti rugi yang sepatutnya, kerana Tribunal berpendapat detik bergelar graduan tidak akan berulang lagi dan adalah tidak munasabah bagi pihak yang menuntut menyewa jubah graduan dan membeli semula bunga hidup semata-mata untuk mengambil gambar buat kali kedua.Kes ini disiarkan dalam Mingguan Malaysia bertarikh 30 November 2003.Selain tanggungjawab terhadap diri sendiri,pengguna juga bertanggungjawab terhadap masyarakat iaitu tanggungjawab perwakilan yang bermaksud pengguna perlu memainkan peranan yang positif dalam badan-badan yang mewakili kepentingan mereka seperti FOMCA, Persatuan Pengguna dan Majlis Pengguna.Pengguna perlu bersikap proaktif jika mahu mereka tidak terus ditindas.Bertitik tolak dari situ juga pengguna perlu bertanggungjawab dalam bidang pendidikan kepenggunaan supaya dapat mewujudkan masyarakat pengguna yang bijak dan waras.Kita tidak mahu lagi pengeluar atau peniaga mengambil kesempatan sehingga menyebabkan kadar inflasi meningkat.Dalam konteks ini,pengguna mestilah bertindak wajar dan tidak hanya bertopang dagu merintih bahawa diri mereka sudah tertipu.Kesimpulannya, pendidikan kepenggunaan amat penting dalam membentuk masyarakat yang dinamik dan harmoni.Justeru,kita perlulah mengambil inisiatif untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang konsumerisme ini agar tidak terus ditipu oleh peniaga yang ‘ seperti harapkan pagar, pagar makan padi’ dan tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengeluar dan penjual yang mematuhi etika amalan perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa ini.Oleh itu,komitmen yang tinggi daripada semua pihak harus digembleng semoga usaha memodenkan budaya

Page 15: esei pengguna

konsumerisme dapat mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat. Di samping itu, pihak – pihak yang berkenaan seperti Persatuan Pengguna dan FOMCA mestilah sentiasa memantau hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan pengguna agar pengguna tidak terus ditindas dan ditipu oleh lintah darat yang hanya tahu menghisap darah orang lain tanpa memikirkan natijahnya.Diharapkan kerjasama yang padu antara pengguna dan pihak-pihak yang memperjuangkan kepentingannya ini dapat membanteras masalah kecurangan dalam kalangan peniaga dan pengeluar ,semoga keharmonian dan kesejahteraan hak-hak pengguna tidak terus dinodai.