elektronik

20
Kolej Tunku Kurshiah Nama : AMAL SUFIAH AKMAL SHUKRI Kelas : 2N Guru Penilai : PUAN NORMALIZA HASSAN Tajuk : ELEKTRONIK

Upload: amal-sufiah

Post on 09-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Kemahiran Hidup Bersepadu (Tingkatan 2 & 3)

TRANSCRIPT

Kolej Tunku Kurshiah

Nama : AMAL SUFIAH AKMAL SHUKRIKelas : 2N Guru Penilai : PUAN NORMALIZA HASSAN Tajuk : ELEKTRONIK

ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1KOMPONEN ELEKTRONIK3 6

2LITAR ELEKTRONIK7 9

3ALATAN TANGAN10 12

4PEMATERIAN13 - 15

KOMPONEN ELEKTRONIK

KOMPONEN ELEKTRONIKKOMPONEN DAN SIMBOLFUNGSI DAN PENERANGAN

Diod Pemancar Cahaya/ Light Emiting Diode (L.E.D)

Menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Pemberi isyarat sama ada litar on atau off. Penghias sesuatu alat elektronik seperti radio, kamera, kereta dan lain-lain. Diperbuat daripada bahan semikonduktor. Dapat diperoleh dalam pelbagai warna. Tidak mempunyai filamen dan tahan lebih lama daripada mentol. Memerlukan arus elektrik antara 1.7V-3V. Akan terbakar jika disambung terus dengan bateri 9V. Hanya membenarkan arus mangalir melalui satu arah sahaja. Perintang digabungkan secara siri dengan LED. Mengurangkan arus bagi mengelakkan LED terbakar.

Perintang tetap Perintang tetap

Perintang boleh laras

Nilai rintangan disukat dalam unit ohm. Tidak mempunyai kekutuban dan dapat dipasang tanpa mengikut kekutuban. Perintang tetap: Berfungsi sebagai penghad aliran arus elektrik. Mempunyai nilai rintangannya yang tersendiri dan tidak boleh diubah. Jalur warna yang terdapat pada badan perinyang mewakili nilai rintangan perintang tersebut. Semaikin tinggi nilai rintangannya, semakin sedikit arus yang dapat mengalir dan begitu juga sebaliknya. Terdapat dua jenis perintang tetap iaitu perintang tetap jenis berlilit dawai dan perintang jenis karbon. Perintang boleh laras: Mengawal arus dan voltan yang boleh dilaras di antara 0 hingga nilai maksimum. Nilai rintangan boleh diubah atau dilaraskan. Mengawal warna, suara dan kecerahan cahaya pada skrin. Digunakan pada radio, televisyen, kipas angina dan sebagainya.

Kapasitor Kapasitor berkutub

Kapasitor tidak berkutub

Turut dikenali sebagai pemuat. Berfungsi menyimpan dan membuang cas elektrik. Keupayaan menyimpan cas elektrik turut disebut sebagai kapasitan. Unit asas nilai kapasitan ialah Farad (F). Semakin tinggi nilai kapasitan sesuatu kapasitor, semakin banyak cas yang dapat disimpan. Terdapat dua jenis kapasitor iaitu kapasitor berkutub dan kapasitor tidak berkutub. Kapasitor berkutub: Mempunyai dua kaki yang berlainan kutub. Kaki yang lebih panjang ialah kaki positif dan kaki yang lebih pendek ialah kaki negative. Kaki yang berhampiran dengan tanda (-) pada kapasitor ialah kaki negative. Mesti bersambung mengikut kekutuban kaki. Dua jenis kapasitor berkutub iaitu kapasitor elektrolitik dan kapasitor tantalum. Kapasitor tidak berkutub: Mempunyai dua kaki yang sama panjang. Tidak perlu disambung mengikut kekutuban. Biasanya menyimpan cas yang lebih sedikit berbanding kapasitor berkutub. Saiz badan yang lebih kecil. Dua jenis kapasitor tidak berkutub iaitu kapasitor seramik dan kapasitor mika.

Suis Suis togel

Suis tekan buka (push to OFF)

Suis tekan tutup (push to ON)

Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam sesebuah litar. Disambungkan secara siri pada wayar hidup. Bahagian luar suis biasanya dibuat daripada bahan penebat seperti plastik atau bakelit. Apabila suis ditutup, arus akan mengalir di dalam litar dan begitu juga sebaliknya. Suis togel: Arus akan mengalir apabila punat suis ditekan atau ditolak. Apabila punat suis ditekan atau ditolak ke arah yang berlawanan arus akan berhenti mengalir. Terdapat dua jenis suis teka iaitu suis tekan buka dan suis tekan tutup. Suis tekan buka (push to OFF): Arus tidak mengalir apabila punat suis ditekan. Arus hanya akan mengalir apabila punat suis dilepaskan. Contohnya ialah lampu peti sejuk.

Suis tekan tutup (push to ON) : Arus mengalir apabila punat suis ditekan sahaja. Apabila punat dilepaskan, arus akan berhenti mengalir. Contohnya ialah loceng rumah.

Transistor Transistor NPN

Transistor PNP

Digunakan untuk meninggikan arus, voltan, kuasa. Turut berfungsi sebagai suis. Banyak digunakan dalam radio, televisyen dan komputer. Mempunyai tiga kaki iaitu emitter (E), collector (C) dan base (B). Emitter (E): Mengeluarkan arus untuk kembali ke punca negatif bateri. Collector (C): Menerima arus elektrik daripada punca positif bateri. Base (B): Mengawal arus elektrik daripada kaki C ke kaki E. Biasanya disambunngkan kepada perintang tetap. Terdapat dua jenis transistor iaitu transistor jenis NPN dan transistor jenis PNP.

Buzer Buzer piezo

Buzer electromagnet

Digunakan sebagai penggera. Menghasilkan bunyi apabila disambungkan kepada punca bekalan kuasa. Wayar penghubung hitam ialah negatif (-) dan merah ialah positif (+). Tidak akan berfungsi jika sambungannya salah. Menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Terdapat dua jenis buzer iaitu piezo dan electromagnet. Buzer piezo: Memerlukan voltan 1.5V 12V. Buzer elektromagnet: Memerlukan voltan 6V 12V.

litar elektronik

LITAR ELEKTRONIK Definisi Litar elektronik ialah gabungan beberapa komponen elektronik yang disambungkan antara satu sama lain. Litar ini terdiri daripada lukisan skematik dan lukisan bergambar.

Lukisan skematik Lukisan ini mengandungi susunan komponen-komponen elektronik dalam bentuk simbol. Simbol ini memberi panduan untuk membuat pemilihan komponen yang betul.

Lukisan bergambar Lukisan ini adalah litar yang diterjemahkan daripada litar skematik dalam bentuk komponen bagi membantu kerja pemasangan komponen dengan mudah dan tepat.

Contoh papan litar

Contoh litar

alatan tangan

ALATAN TANGAN Playar Muncung Tirus Membengkok dan memotong dawai halus. Memotong kaki komponen. Memegang atau mencapai komponen elektronik di ruang yang sempit.

Playar Kacip (Pemotong Sisi) Memotong dawai dan wayar elektrik. Memotong kaki komponen setelah dipateri.

Penjalur Wayar Memotong dan menjalur wayar. Terdapat dua jenis penjalur wayar iaitu penjalur wayar mudah dan penjalur wayar spring.

Alat Pemateri Elektrik (A.P.E) Mencairkan bahan pateri ketika kerja-kerja pematerian. Dikelaskan mengikut kadar kuasa. Kadar kuasa yang biasa digunakan untuk kerja elektronik ialah 15 30W.

Penyedut Bahan Pateri Menyedut bahan pateri ketika kerja pembaikian dan pembetulan litar dilakukan.

Set Pemutar Skru Memasang dan menanggalkan skru yang beralur dan bersaiz kecil. Terdapat enam batang pemutar skru yang berlainan saiz dalam sesebuah set.

PEMATERIAN

PEMATERIANALATAN

FUNGSI DAN PENERANGAN

1 Pemegang Alat Pemateri

untuk memegang A.P.E yang panas. alat pemateri hendaklah sentiasa diletakkan di dalam pemegang pemateri jika tidak digunakan.

2 Pemegang Bod Litar

untuk memegang bod litar yang yang mengandungi komponen untuk dipateri. terdapat sepasang klip buaya untuk memegang bod litar.

3 Bahan Pateri

sejenis aloi yang diperbuat daripada campuran logam Timah dan Plumbum. mudah cair apabila dipanaskan bahan pateri yang cair mudah mencantumkan kaki komponen pada bod litar. apabila bahan pateri menjadi sejuk, pateri akan mengeras dan melekatkan cantuman secara kekal saiz bahan pateri ditentukan oleh diameternya saiz yang biasa digunakan ialah 0.8mm dan 1.0mm mengandungi komposisi Timah dan Plumbum yang berbeza.

4 Fluks

sejenis bahan kimia yang diisi ke dalam bahan pateri akan mencair bersama-sama bahan pateri apabila dipanaskan mencegah terjadinya oksida pada permukaan logam bod litar yang dipateri membersih permukaan logam bod litar yang hendak dipateri memudahkan pateri yang cair mengalir

5 Kertas las

membersih hujung bit yang dikotorkan oksida atau karat membersih permukaan bod litar dan kaki komponen kertas las jenis halus sesuai digunakan untuk membersih permukaan bod litar

6 Span

diletakkan brsama-sama dengan pemegang A.P.E sebelum memulakan kerja-kerja pematerian, span hendaklah dilembapkan span yang lembap diperlukan untuk membersihkan hujung bit

14