educational leadership tugasan 1

12
KONSEP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an dan 1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan, dan penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger, Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah mengukuhkan kepercayaan di kalangan penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Apabila perubahan pendidikan berlaku, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu menggalakkan guru untuk mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan bersedia untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini menunjukkan pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan sekolah dan pencapaian sekolah (Carrier, 2011; Sahin, 2011). Menurut Hallinger dan Murphy (1985), kepimpinan instruksional merujuk kepada segala tingkah laku pengetua yang

Upload: sylviana-john

Post on 15-Dec-2015

30 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

educational leadership

TRANSCRIPT

Page 1: Educational Leadership Tugasan 1

KONSEP KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL

Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an

dan 1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan, dan

penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger,

Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah mengukuhkan kepercayaan di kalangan

penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama

yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Apabila perubahan pendidikan

berlaku, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu menggalakkan guru untuk

mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan bersedia

untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini menunjukkan

pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan sekolah dan

pencapaian sekolah (Carrier, 2011; Sahin, 2011).

Menurut Hallinger dan Murphy (1985), kepimpinan instruksional merujuk kepada

segala tingkah laku pengetua yang dilaksanakan dengan tujuan memajukan dan menambah

baik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang melibatkan guru, murid, ibu bapa,

perancangan sekolah, pengurusan sekolah, kemudahan sumber, dan budaya sekolah. Menurut

mereka lagi, kepimpinan instruksional merujuk kepada tiga dimensi iaitu pertama

menentukan misi sekolah di mana terdapat dua fungsi dalam dimensi ini iaitu merangka

matlamat sekolah dan menyampaikan matlamat sekolah. Dimensi kedua ialah menguruskan

program pengajaran dengan tiga fungsi iaitu menyelia dan menilai pengajaran, menyelaras

kurikulum, dan memantau kemajuan murid. Dimensi ketiga adalah mewujudkan iklim

pembelajaran sekolah dengan lima fungsi iaitu mengawal waktu pengajaran, mengekalkan

Page 2: Educational Leadership Tugasan 1

ketampakan, menyediakan insentif untuk guru, menggalakkan pembangunan professional,

dan menyediakan insentif untuk pembelajaran.

Menurut Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) oleh Jemaah Nazir dan

Jaminan Kualiti (2010), telah digariskan bahawa pengetua adalah sebagai pemimpin

instruksional di mana pengetua akan menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan

persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar di kalangan

muridnya. Mengikut garis panduan ini, sebagai pemimpin instruksional, pengetua perlu

melaksanakan tugas-tugas seperti: 1) menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas, tepat

dan berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum sekolah; 2) mengajar sejumlah waktu yang

ditetapkan; 3) menjadi rujukan berkaitan teori pembelajaran, pedagogi dan memimpin

pelaksanaan pengajaran secara berkesan di samping menyebarkan amalan terbaik pengajaran

dan pembelajaran kepada gurunya di peringkat sekolah; 4) mencerap pengajaran dan

pembelajaran semua guru di mana pengetua menggunakan maklum balas pencerapan untuk

meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; 5) menyelia hasil kerja dan pencapaian

murid secara sistematik dan berterusan; 6) menyelia perancangan pengajaran dan semua hasil

kerja guru berkaitan pengajaran dan pembelajaran secara tekal; 7) mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif secara menyeluruh bagi menyokong pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan bagi meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid; 8)

mewujudkan budaya belajar yang dapat diperlihatkan oleh hampir keseluruhan warga

sekolah.

Kepimpinan instruksional menurut Model Murphy (1990) pula mempunyai empat

dimensi dan enam belas elemen iaitu dimensi pertama membentuk misi dan matlamat dengan

dua elemen iaitu (i) merangka matlamat sekolah dan (ii) menyampaikan matlamat sekolah.

Page 3: Educational Leadership Tugasan 1

Dimensi kedua ialah pengurusan pendidikan meliputi elemen-elemen (i) menggalakkan

pengajaran berkualiti, (ii) menyelia dan menilai pembelajaran, (iii) memperuntukkan dan

melindungi masa pengajaran, (iv) menyelaras kurikulum dan (v) memantau kemajuan murid.

Dimensi ketiga mempromosi iklim pembelajaran akademik mempunyai elemen-elemen (i)

membentuk piawaian dan harapan positif, (ii) mengekalkan visibiliti yang tinggi, (iii)

menyediakan insentif kepada guru dan murid, (iv) menggalakkan perkembangan profesional.

Dimensi keempat membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu mempunyai

elemen-elemen (i) mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan teratur, (ii)

menyediakan peluang penglibatan murid yang bermakna, (iii) memupuk kerjasama dan

kejelekitan dalam kalangan staf, (iv) mendapatkan sumber luar untuk menyokong matlamat

sekolah dan (v) menjalin hubungan antara rumah dan sekolah.

Secara keseluruhannya daripada perbincangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa

kepimpinan instruksional ialah segala amalan tingkah laku perancangan pengetua yang jelas

disampaikan bertujuan untuk mempengaruhi, memberi bimbingan, dan dorongan kepada guru

dan murid dalam usaha menambah baik dan meningkatkan program-program berkaitan

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat akademik sekolah yang

ditetapkan. Ini termasuklah dalam memastikan pelaksanaan sesuatu perubahan pendidikan

berjaya mencapai matlamatnya di sekolah.

Dalam aspek amalan kepimpinan instruksional di Malaysia, ia adalah berasaskan

kepada empat dimensi kepimpinan instruksional iaitu i) mentakrif dan membentuk matlamat

sekolah, ii) mengurus program instruksional, iii) menggalakkan iklim pembelajaran dan iv)

membentuk suasana sekolah yang mesra dan saling membantu. Di Malaysia kepimpinan

instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan pengetua sekolah kerana amat signifikan

Page 4: Educational Leadership Tugasan 1

dalam melahirkan sekolah berkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Dalam

abad ke-21 amalan kepimpinan instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada

kecemerlangan sekolah (Hallinger 2005; Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan

amalan kepimpinan instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (KPM 2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).

Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi agen

perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat memberi impak

yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau lagi, tanggungjawab pengetua

sebagai pemimpin instruksional adalah memastikan pengajaran dan pembelajaran serta

aktiviti akademik dirancang dan dilaksanakan dengan baik, proses pengajaran dan

pembelajaran dijalankan dengan baik dan teratur serta melaksanakan pengurusan akademik

yang teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan (Pendidik 2010).

PERBANDINGAN ARTIKEL

Page 5: Educational Leadership Tugasan 1

Perbandingan artikel dibuat ke atas dua artikel jurnal yang telah ditetapkan iaitu :-

1. Mustafa Yuvuz and Gokhan Bas (2010). Perceptions of elementary teachers on the

instructional leadership role of school principals. U.S-China Education Review,

Vol. 7, No. 4, April 2010.

2. Murat G. Gulcan (2012). Research on instructional leadership competencies of

school principals. Education. Spring 2012, Vol. 132 Issue 3.

Perbandingan antara dua artikel di atas adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu aspek

definisi konsep kepimpinan instruksional, methodologi kajian dan signifikan hasil kajian

yang telah dilakukan.

Definisi konsep Kepimpinan Instruksional

Konsep kepimpinan instruksional telah dikaji dengan meluas dalam tahun 1980an dan

1990an (Hallinger, 2003, 2012). Kajian sekolah berkesan, pelaksanaan perubahan, dan

penambahbaikan sekolah yang telah dijalankan di pelbagai negara oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu menjadi asas kepada konsep kepimpinan instruksional (Hallinger, 2003; Hallinger,

Taraseina, & Miller, 1994). Ini sekali gus telah mengukuhkan kepercayaan di kalangan

penggubal dasar dan pengamal dasar bahawa kepimpinan instruksional adalah faktor utama

yang menjadikan sekolah-sekolah berkesan (Hallinger, 2011). Apabila perubahan pendidikan

berlaku, pengetua sebagai pemimpin instruksional di sekolah perlu menggalakkan guru untuk

mencapai matlamat akademik sekolah, berusaha lebih gigih di dalam kerjanya, dan bersedia

untuk mengerahkan usaha dalam melaksanakan perubahan di sekolah. Ini menunjukkan

pemimpin instruksional merupakan faktor utama untuk kejayaan perubahan sekolah dan

pencapaian sekolah (Carrier, 2011; Sahin, 2011).

Daripada pemerhatian saya terhadap kertas penyelidikan Mustafa Yuvuz & Gokhan

Bas (2010), pengkaji tidak menyentuh secara langsung mengenai konsep kepimpinan

instruksional itu sendiri. Mereka hanya mengemukakan mengenai peranan pengetua sebagai

ketua sekolah dalam merealisasikan kepimpinan instruksional yang cemerlang.

Page 6: Educational Leadership Tugasan 1

Murat G. Gulcan (2012) mendefiniskan konsep kepimpinan instruksional dengan

menrujuk kepada dua (2) orang penulis terdahulu iaitu Iman (2000) dan Calik (2003). Iman

(2003) mendefinisikan kepimpinam instruksional sebagai kuasa untuk mmpengaruhi dan

memimpin orang lain untuk mencapai matlamat dan sasaran. Manakala menurut Calik (2003)

kepimpinan insruksional adalah satu sumber inspirasi untuk orang lain dan sebagai panduan

kepada mereka untuk menjana kuasa untuk perubahan dalam organisasi termasuk

menyelesaikan masalah yang wujud.

Daripada penelitian di atas, dapat disimpulkan di sini bahawa konsep kepimpinan

instruksio

Methodologi Kajian

Bricki, N., & Green, J. (2007) menyatakan bahawa metodologi kajian adalah merujuk kepada

kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang

efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif,

metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk,

kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan

kaedah penganalisisan data.

Methodologi ataupun kaedah penyelidikan yang digunakan oleh Mustafa Yuvuz & Gokhan

Bas (2010) adalah bersifat kualitatif, Dalam kajian ini mereka menggunakan Teknik

Temubual Separa Berstruktur yang mana set-set soalan yang dikemukakan membolehkan

para responden boleh mengemukakan pandangan ataupun pendapat mereka. Dalam aspek

pemilihan sampel, para responden merupakan guru yang bertugas di Nigde Turkey pada

tahun 2008 hingga 2009. Guru-guru ini ditemubual secara bersemuka. Dalam mengumpul

data, pengkaji telah merujuk kepada beberapa kajian terdahulu dan juga melakukan

temubual . Keesahan dan kebolehpercayaan item soalan temubal telah dilaksanakan oleh

Department Of Educational Sciences di Universiti Selcuk. Manakala bagi tujuan analisis data

, pengkaji telah merujuk kepada teknik yang telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu.

Teknik ini melibatkan empat (4) langkah iaitu mengekod data, menjana tema, menyusun dan

mentakrifkan data mengikut kod dan tema dan seterusnya melaksanakan penilaian terhadap

dapatan kajian. Kaedah footnotes digunakan untuk mengenalpasti guru yang menjadi

responden,

Page 7: Educational Leadership Tugasan 1

Murat G. Gulcan (2012) pula menggunakan kaedah tinjauan diskriptif. Populasi

kajian adalah terdiri daripada guru dan pentadbir di seluruh sekolah rendah dan sekolah

pertengahan di Turkey. Sejumlah 675 guru dipilih secara rawak daripada setiap sekolah.

Manakala untuk kutipan data, pengkaji telah menggunakan soal selidik yang mengandungi 21

item soalan.. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis statistik.

KOMEN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN tambah pendapat sendiri

Signifikan Hasil Kajian

Penerangan mengenai dapatan kajian yang dilakukan oleh Mustafa Yuvuz & Gokhan Bas

(2010) telah dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu penentuan matlamat sekolah, pengurusan

pengajaran , penilaian pelajar, sokongan guru, dan mewujudkan persekitaran pembelajaran-

pengajaran yang tetap. Penerangan untuk setiap bahagian diperkukuhkan dengan menyelitkan

beberapa suntingan daripada penyelidikan terdahulu. Selain daripada membincangkan

dapatan kajian yang telah dijalankan pengkaji juga turut menyediakan ruang perbincangan

dan juga tafsiran dapatan kajian beliau,

Manakala bagi penyelidikan Murat G. Gulcan (2012), dapatan kajian dibahagikan kepada dua

bahagian iaitu yang pertama adalah mengenai penemuan berkaitan dengan kecekapan

kepimpinan pengajaran dan bahagian yang kedua adalah berkenaan keputusan kajian dan

cadangan. Pengkaji telah menyenaraikan sebanyak 20 item di kedua-dua bahagian

perbincangan dapatan kajian tersebut.

KOMEN PERSAMAAN DAN PERBEZAAN tambah pendapat sendiri

Page 8: Educational Leadership Tugasan 1

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN PENOLONG KANAN PETANG DAN KEPUASAN KERJA GURU DI 5 BUAH SEKOLAH MENENGAH DI KUDAT SABAH: PROPOSAL

ABSTRAK