edu 3093 guru dan cabaran semasa.docx

Upload: esvary-rajoo

Post on 07-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDU 3093 Guru dan Cabaran Semasa 1.0 PENGENALAN.

Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

Sejak zaman 1970-an lagi, sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pembaharuan dalam aspek kurikulum. Dalam hal ini, gurulah yang bertindak sebagai agen perubahan untuk menjana transformasi pendidikan negara demi melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing untuk membangunkan Negara selaras dengan misi Wawasan 2020 yang dibawa oleh mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara perindustrian yang maju menjelang tahun 2020. Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) mula dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan. Bertitik tolak daripada pelaksanaan KLSR tersebut, sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan mengikut situasi semasa. Antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan ialah dengan memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989.Namun begitu, KBSR telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Manakala, terbaharu KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Pembaharuan kurikulum yang dilakukan ini boleh dikatakan sebagai satu inovasi kurikulum yang utama atau reformasi yang menyeluruh. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat serta perubahan dan cabaran alaf ke-21, sistem Pendidikan Kebangsaan sentiasa diperkemas dan dibuat penambahbaikan dari masa ke masa. Proses yang dinamik dan berterusan dilaksanakan dalam pembangunan kurikulum ini bermatlamat untuk memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk perpaduan sosial, kebudayaan dan politik, menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih bersistematik dan selesa kepada para pelajar, meningkatkan taraf pendidikan di seluruh negara serta melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum mahu pun agama.

Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan

Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. Menginstitusikan idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan pembangunan pendidikan. Memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat dilaksanakan. Melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.

2.1 Konsep Transformasi Definisi transformasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) membawa maksud perubahan bentuk seperti sifat, rupa dan keadaan atau dengan erti kata lain transformasi merupakan satu perubahan daripada keadaan sedia ada kepada satu dimensi lain bertujuan untuk mengubah bentuk sesuatu kepada yang lebih baik bagi meningkatkan kualiti dan pencapaian (Artikel Pendidikan: Utusan Malaysia). Ringkasnya, transformasi juga lebih mudah difahami sebagai satu bentuk perubahan ke arah kebaikan.Terdapat pelbagai pendapat yang dikemukakan oleh tokoh yang berkait rapat dengan istilah transformasi atau perubahan. Istilah perubahan menurut Stoner (1989) di dalam Aini Hayati Mohamed (2001) mentakrifkan perubahan sebagai proses transformasi yang berlaku kepada organisasi sama ada dirancang ataupun tidak. Manakala menurut Jaafar Muhammad (1999) perubahan diperkenalkan hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas menyesuaikan dengan situasi baru. Antara pendapat lain berkenaan transformasi ialah sebagaimana yang dikemukakan oleh Mumtaz Began dan rakan-rakan (2002) yang melihat perubahan sebagai suatu bentuk peralihan daripada satu dimensi yang dapat diramalkan kepada dimensi yang lebih baik atau lebih sesuai dengan persekitaran sesuatu masyarakat. Perubahan yang berlaku ini juga mungkin merangkumi pelbagai aspek penting.

2.2 Konsep Kurikulum Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidikan. Terdapat pelbagai definisi terhadap istilah kurikulum yang dinyatakan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing.

Menurut pendapat Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di dalam dan di luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau turut mengelaskan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas serta kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu ataupun berkumpulan.

Kurikulum juga turut dinyatakan sebagai pelajaran yang formal dan pelajaran yang tidak formal oleh Hargreaves dalam Hansen et al. (2002). Pelajaran formal merangkumi kurikulum yang telah ditetapkan matlamat serta rancangan oleh kementerian, kurikulum yang dilaksanakan (berkaitan dengan cara bagaimana guru menterjemahkan kurikulum yang dihasratkan kepada amalan, aktiviti dan susunan) dan kurikulum yang tercapai atau yang diterima, yakni apa yang pelajar sebenarnya capai melalui pengalaman pendidikan. Manakala pelajaran yang tidak formal merujuk kepada kurikulum terpendam yakni pendidikan secara tidak langsung yang berlaku apabila belajar mengenai kuasa, pujian dan manusia.

Rumusannya, tafsiran kurikulum merangkumi skop yang sangat luas berdasarkan kepelbagaian definisi yang telah dinyatakan. Kurikulum merangkumi kesemua aspek pengalaman pembelajaran yang diperolehi oleh murid secara formal atau tidak formal dan memberi kesan terhadap perkembangan jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek setiap murid.

2.0 ISU DAN CABARAN UTAMA DALAM MEREALISASIKAN TRANSFORMASI KURIKULUM PERSEKOLAHAN Transformasi dalam bidang kurikulum persekolahan sering menjadi polemik dan diberi perhatian khusus oleh pentadbir pendidikan. Dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan sentiasa merangka, merancang dan melakukan penambahbaikan sistem pendidikan di Malaysia. Antara langkah yang diambil termasuklah memperkenalkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP,2006-2010) dan yang terkini Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid di negara ini dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke 21 (Muhyidin 2013, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025). Namun begitu, proses transformasi ini bukanlah mudah kerana ianya melibatkan ramai pihak khususnya warga pendidik di sekolah yang menjadi agen transformasi bagi setiap perubahan yang dirancang oleh pihak pentadbir pendidikan. Justeru, terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dalam merealisasikan transformasi tersebut. Cabaran yang paling utama dihadapi ialah dari aspek kesediaan guru dari segi sikap dan pemikiran mereka untuk menerima dan melaksanakan transformasi dengan penuh dedikasi dan kesungguhan. Sudah pastinya terdapat segelintir guru mempunyai pemikiran dan sikap negatif terhadap transformasi ini. Hal ini sedikit sebanyak menyukarkan dasar baru ini dijalankan kerana komitmen daripada guru-guru amat penting bagi memastikan usaha-usaha ini dapat dijalankan dengan sepenuhnya. Lebih membimbangkan apabila terdapat juga percanggahan pendapat dan perdebatan daripada sesetengah guru terutamanya mereka yang telah lama berkhidmat menolak dasar ini dengan pelbagai alasan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi cabaran tersebut seringkali wujudnya pelbagai isu berkaitan dengan proses transformasi yang ingin dilakukan. Isu yang timbul ini adakalanya melibatkan aspek kekangan masa, ruang, sikap guru dan sebagainya. Namun saya telah melihat isu bebanan tugas guru sebagai satu isu utama yang menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan guru di sekolah apabila mereka dibebankan atau diberikan pelbagai arahan yang perlu dilaksanakan di sekolah terutamanya dalam proses transformasi kurikulum pada hari ini. Bebanan tugas guru ibarat isu yang tiada kesudahannya. Walaupun ada segelintir pihak yang menyatakan bahawa gaji yang diperoleh oleh guru adalah lumayan, kita perlu melihat dan menilai kerja yang dilaksanakan itu adalah berbaloi atau tidak. Sistem pendidikan Malaysia yang berpusat menyebabkan kebanyakan dasar dan perancangan digubal pada peringkat kementerian dan diturunkan ke sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kebanyakan pentadbir atau guru tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa akur dengan dasar pendidikan yang ditetapkan. Walaupun pada hakikatnya keupayaan setiap sekolah adalah berbeza namun sistem yang digunakan ini menyebabkan semua sekolah di Malaysia perlu akur dan mengikuti satu sistem, prosedur dan pendekatan yang seragam dan tidak mengambil kira kemampuan, keupayaan khusus dan potensi untuk sekolah tersebut untuk melaksanakan dasar dan program pendidikan sendiri.Sebagai contohnya, Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 telah menjadi satu dasar yang wajib dilaksanakan di sekolah. Guru tiada pilihan melainkan datang menghadiri kursus yang dikelolakan selama tiga minggu atau terpaksa mengajar subjek lain. Akhirnya guru yang mempunyai kemahiran bertahun-tahun mengajar mata pelajaran tersebut tidak dapat melaksanakan pengajaran tersebut kerana bermasalah dengan penguasaan bahasa Inggeris.Bagaimanapun, baharu saja guru yang terlibat dalam program berkenaan berusaha meningkatkan pengetahuan mereka berkenaan program tersebut, akhirnya ia dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) bagi menggantikan PPSMI. Menurut akhbar Utusan Malaysia bertajuk Perubahan MBMMBI atau kekal PPSMI oleh Tan Sri Alimuddin (2011) menyatakan bahawa antara sebab pemansuhan PPSMI adalah kerana penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut semakin merosot jika dibandingkan semasa penggunaannya dalam bahasa Malaysia. Maka, sekali lagi guru-guru yang terlibat terpaksa pula bermula dari awal. Apa yang jelas, banyak masa guru diambil untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu program berbanding masa untuk melaksanakannya.Sebagaimana yang telah diketahui, kurikulum persekolahan mengalami perubahan bermula tahun 2011 apabila KBSR telah digantikan dengan KSSR. Kewujudan KSSR di sekolah ada baik dan buruknya. Usaha transformasi ini dinggap baik kerana melalui KSSR pihak KPM berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Namun begitu, Menurut Shafizan Omar (2013) dalam artikel akhbar yang dikeluarkannya menyatakan bahawa sebahagian kumpulan guru berdepan tekanan dalam melaksanakan KSSR berikutan beban kerja yang bertambah, termasuk proses memfailkan laporan KSSR yang menurut mereka, boleh mengurangkan masa untuk mereka bersama murid. Dalam masa yang sama, guru juga bertanggungjawab terhadap Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang disediakan oleh KPM yang berfungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Guru mata pelajaran dan guru kelas perlu mengisi markah dan data-data murid dalam peperiksaan melalui internet. Saya memetik keluhan daripada oleh Siti Roshayu, seorang guru mengenai sistem ini. Beliau mengatakan bahawa, sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun transformasi ini pada dasarnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun dalam masa yang sama kelemahan yang terdapat dalam penyelenggaraan sistem ini menyebabkan guru menghadapi beban tugas yang amat berat di luar keupayaan mereka.

REFLEKSI GURU DAN CABARAN SEMASA Untuk semester 8 ini, saya diperkenalkan dengan pengajian baru iaitu Guru danCabaran Semasa serta situasi-situasi dan juga teori-teori yang berkaitan dalammenjalani kehidupan sebagai seorang guru. Bagi saya, mempelajari pengajian yangbaru ini merupakan satu ilmu baru yang amat berguna kepada saya. Cabaran-cabaranterkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang gurubersiap sedia berhadapan dan menghadapi cabaran secara positif dan proaktif padamasa datang.Pada amatan saya, melalui pengajian Guru dan Cabaran Semasa inimendorong saya memahami berhubung peraturan penjawat awam yang merangkumitatatertib dan kelakuan sebagai seorang guru. Pelbagai topik yang telah saya pelajarisepanjang semester ini. Antara isu dalam topik pertama seperti isu integrasi nasional,pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian, tonggak pendidikan UNESCO, globalisasidalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumatdan komunikasi serta sosial. Bagi pendapat saya, guru akan dianggap sebagai yang memimpin, pembentuk sahsiah dan juga agen perubahan merupakan pemangkin untukmencapai hasrat membina negara bangsa yang berjaya. Melalui pengajian ini juga, saya dapat menyedari bahawa guru mempunyaiperanan dalam pendemokrasian pendidikan kepada anak-anak belajar tanpa mengirasempadan daerah dan kedudukan. Mempelajari kesan perkembangan teknologimaklumat juga turut menyedarkan saya bahawa pelbagai isu gelaja sosial yangmerebak di kalangan generasi muda sekarang adalah berpunca daripada ledakanteknologi maklumat itu sendiri. Oleh itu, adalah merupakan tanggungjawab sayasebagai seorang guru suatu hari nanti untuk memastikan anak-anak muda tidak begituhanyut dengan kemudahan teknologi maklumat yang sedia ada ini. Memupuk merekasupaya tidak salah guna kemudahan teknologi maklumat ini untuk perkara-perkarayang tidak bermanfaat kepada mereka. Di samping itu, saya juga telah menyedar tentang peranan saya sebagai seorang guru dalam pendemograsian pendidikan yang memberikan peluangmengajar kepada semua kanak-kanak tanpa sempadan daerah dan kedudukan.Selain itu, saya dapat menyedar diri tentang pelbagai gejala sosial yang melandagenerasi muda terutama dengan ledakan teknologi maklumat. Topik ini memberiinput yang secukupnya di mana menyedarkan saya dengan tanggungjawab yangperlu saya pikul setelah menjawat jawatan guru. Daripada topik ini, saya dapatbeberapa pengetahuan baru tentang isu dan cabaran pendidikan semasa. Saya sebagai seorang guru pelatih, saya haruslah meningkatkan pembacaan keranaseorang profesional harus berpengetahuan dan perlu melalui pendidikan formal ketahap yang tinggi. Selain itu, seorang guru yang profesional perlu berilmu,berkemahiran dan berketerampilan dalam pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran

Saya mempelajari banyak perkara di sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini. Antaranya ialah saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu yang timbul dalam bidang pendidikan, tidak kira ia berlaku pada beberapa tahun dahulu mahu pun sekarang. Selama ini, saya hanya melihat isu yang terjadi dari kaca mata seorang pelajar, tetapi pandangan saya kini semakin luas apabila saya dapat meneliti isu yang sama melalui sudut seorang guru. Misalnya, isu belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sewaktu di sekolah menengah, saya selalu mempertikai sebab isu ini diperbesar-besarkan kerana saya dan rakan-rakan yang lain tidak mengalami masalah untuk belajar dua subjek berikut menggunakan bahasa asing. Namun, setelah saya melihat isu tersebut dari perspektif guru, saya dapat merasai tekanan yang dihadapi oleh guru matapelajaran Sains dan Matematik, di mana mereka terpaksa berdepan dengan pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan mengajar subjek mereka pada masa yang sama. Sensitiviti terhadap isu-isu semasa ini juga mengingatkan saya supaya sentiasa bersedia dalam menempuh dunia pendidikan sebenar. Hal ini kerana, guru bekerja dengan murid lalu tindakan yang diambil oleh seseorang guru pasti akan memberi kesan kepada murid. Selain itu, kerja kursus ini telah menyedarkan saya akan keperluan untuk mempertingkat dan memperbaiki kemahiran, teknik dan kaedah mengajar saya. Saya sedia maklum bahawa murid-murid pada masa sekarang adalah jauh berbeza dengan kelompok murid terdahulu. Mereka lebih banyak terdedah dengan kemudahan ICT dan penggunaan gadjetyang canggih. Oleh itu, pendekatan yang seharusnya digunakan ke atas mereka mestilah berbentuk eksperimen atau