Download - Kertas Kerja Terapi Pasir 2014
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
KERTAS CADANGAN
TERAPI PASIR
2014
1.0 Pendahuluan
Era globalisasi sekarang ini telah menuntut perubahan yang pesat terhadap struktur dan era
pendidikan. Oleh itu, nilai kecemerlangan menjadi satu keperluan oleh setiap individu dalam
setiap peringkat persekolahan supaya tidak ketinggalan jauh ke belakang. Sistem Pendidikan
Khas sepatutnya tidak tercicir dalam arus perdana yang menuntut kecemerlangan bagi mencapai
matlamat tersebut .
Terapi penting dalam pendidikan khas untuk mewujudkan keyakinan dalam diri guru untuk
mengajar murid dalam penguasaan dalam psikomotor kasar.Terapi ini memberi pendedahan
kepada guru untuk menyelami sendiri supaya dapat mengaplikasikannya kepada kanak-kanak
berkeperluan khas. Semua pihak patut tampil untuk mempertingkatkan pelbagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Khas.
Sehubungan dengan itu, kertas program ini melibatkan pengajaran dan pembelajaran asas
berenang bertujuan sebagai satu kegiatan rekreasi yang melibatkan pergerakan psikomotor
halus dan kasar, persediaan untuk pertandingan renang dan terapi secara tidak langsung kepada
murid-murid berkeperluan khas.
2.0 Kajian Keperluan Terapi Pasir
Terapi merupakan kaedah untuk membantu seseorang pelajar untuk bergerak balas terhadap
aktiviti atau kemahiran. Terapi bermakna suatu rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah
menghadapi sebaragn penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan menyebabkan
kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan khasm terapi merupakan kaedah
bagi membantu individu yang mempunyai pelbagai keperluan khas yang melibatkan kognitif,
1
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
emosi,, sosial dan psikomotor mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Antara kepentingan terapi ialah bagi meningkatkan pengamatan murid-murid , merangsang murid
untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan
perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor mereka, Di samping itu, melalui
terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian
dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
kondisif lagi menyeronokkan.
Kanak-kanak berkeperluan khas merupakan kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kekuatan
dan kelemahan yang ada bersama mereka, Sebagai pendidik, guru-guru seharusnya memikirkan
bahawa mereka perlu melengkapkan diri dengan pelbagai strategi dan seterusnya kreatif dalam
pengajaran bagi membantu kanak-kanak ini melalui pembelajaran mereka serta menjalani
kehidupan secara optimum. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak ini perlu menggunakan
kepelbagaian teknik yang bersesuaian beserta penggunaan sumber dengan mengambil kira
kemahiran yang ada dan perlu mereka capai.Ini bertujuan mendidik dan membantu kanak-kanak
ini melalui perkembangan mental, kestabilan emosi , intergrasi sosial dan kemahiran motor
mereka
3.0 Matlamat
Kanak-kanak memerlukan terapi untuk:
a. Merangsang kanak-kanak untuk bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.
b. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial , dan psikomotor kanak-kanak
bermasalah pembelajaran
c. Mengurangkan tekanan emosi
d. Membina konsep kendiri
e. Membantu meningkatkan keupayaan motor halus melalui aktiviti dalam terapi pasir
f. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam terapi pasir contohny
2
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
4.0 Objektif
a. melatih daya kreativiti kanak-kanak
b. menstabilkan emosi
c. meningkatkan keyakinan diri sendiri dalam mencipta sesuatu
d. mengembangkan imaginasi dan penguasaan visual kanak-kanak
5.0 Pelaksanaan
a. Masa dan waktu
Mengikut perancangan kami, program ini dapat dijalankan mengikut seperti ketetapan
berikut:-
Tarikh program : 13 MAC 2014
Hari : Setiap bulan sepanjang tahun 2014
Masa : Terapi Pasir
8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat : Pantai Puteri , Tanjong Kling, Melaka
Bil Guru/Murid : 24 orang murid, 11 orang guru , 3 orang PPM
(Segala cadangan di atas tertakluk kepada perubahan)
b. Keselamatan
Pihak sekolah akan memohon jasa baik pihak pihak REDTMA, menyediakan ahli petugas yang
mencukupi dalam mengendalikan aktiviti. Walaubagaimanapun keselamatan adalah
tanggungjawab semua guru dan pembantu pengurusan Murid PPKI SKBR..
3
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
5.0 Sasaran dan Penyertaan
Semua murid dan guru dari Program Pendidikan Khas Intergrasi Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Kebangsaan Bukit Rambai, Melaka.
6.0 Ahli Jawatankuasa Induk
Penaung : Puan Hajjah Sofiah binti Yang Razali
Guru Besar
Pengerusi : Puan Hajjah Noraidah binti Muhd Yunos
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
Penyelaras PK : Puan Hajjah Asnia binti Yusof
Setiausaha : Puan Haslimaznah binti Jibin
Bendahari : Cik Rabiatul Adawiyah binti Abd Rahman
Bendahari 2 : Puan Nik Zilaliey binti Yusof
AJK : Cik Noor Azrin binti Johari (Penyelia murid)
Puan Siti Anita binti Md Dewa (Penyelia murid)
Puan Noraliza binti Jamak (Sukaneka)
Cik Rabiatul Adawiyah binti Abd Rahman (Sukaneka)
Encik Jahari bin Ahmad (Pengangkutan)
Encik Mohd Alwi bin Matt Zahari (Ketua Stesen)
Puan Sabariah binti Abu Bakar (Keselamatan)
Puan Norannina binti Abu Bakar (Makanan)
Puan Azzawaja binti Md Zaman (Pembantu tiap stesen)
Puan Napsiah binti Abd Rahman (Pembantu tiap Stesen)
Puan Nik Zilaliey binti Yusof (Pembantu tiap Stesen)
4
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
7.0 Perbelanjaan
BIL PERKARA JUMLAH
1 Makanan :
murid
RM 3 x 24 RM 72.00
Makanan :
guru
Tanggungan sendiri RM 0.00
2. Pengangkutan
Bas (LPBT) RM 200.00
3. Yuran Aktiviti (Pihak REDTMA)
RM15 x 24 orang murid(LPBT) RM 360.00
4. JUMLAH RM 632.00
8.0 Tentatif Program
8.20 pagi - 8.30 pagi : Senamrobik
8.30 -12.30 : 1. Bawa bola dalam gelung
: 2. Bawa bola pingpong dalam sudu
: 3. Harta karun berjoget
: 4. Surat khabar tak putus
: 5. Layang-layang dan terbangkan
: 6. Straw getah
: 7. Reka istana dan
: 8. Terapi pasir
5
Sekolah Kebangsaan iBukit Rambai, Bt.10. Jalan Bukit Rambai, Melaka Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Kertas Cadangana Terapi Pasir 2014
9.0 Senarai Peserta
(Rujuk Borang BP57)
10.0 Penutup
Secara keseluruhannya, murid-murid dan guru-guru perlu didedahkan dengan terapi pasir bagi
memantapkan Pengajaran Dan Pembelajaran murid-murid berkeperluan Khas. Adalah
diharapkan agar Program Terapi pasir akan mencapai objektif iaitu akan membentuk imej diri
murid-murid PPKI yang positif. Di samping itu, diharapkan program ini berjaya menyemai nilai-
nilai murni seperti menjaga kebersihan, bertanggungjawab, menghormati orang lain, bersopan-
santun dan mengawal diri ketika melakukan aktiviti. Akhir kata, moga apa yang baik dirancang
bersama berteraskan amanah dan tanggungjawab untuk kebaikan murid-murid Pendidikan Khas
mendapat restu dari Illahi.
Disedia Oleh, Disemak oleh,
(Setiausaha Terapi Pasir )
2014
Disahkan oleh,
6