Download - KERTAS KERJA MURAL.docx
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
BANDAR BARU BANGI, SELANGOR.
KERTAS KERJA
PROGRAM MELUKIS MURAL DIBILIK PEMULIHAN KHAS TAHAP 2
Tarikh:15 APRIL 2013
Anjuran:GURU PRAKTIKUM PEMULIHAN SEMESTER 5 INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI
Dengan kerjasama:SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 18 (1)
1.0 PENDAHULUAN
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) merupakan usaha kerajaan bagi
melahirkan guru berkelulusan ijazah dalam pelbagai mata pelajaran. Sebagai bakal
guru, kami haruslah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi melahirkan
guru yang berkualiti. Maka, kami pelajar praktikum semester 5 Ambilan Januari 2011
IPG Kampus Pendidikan Islam dikehendaki menjalankan suatu program di sekolah
untuk menyumbang bakti dan semoga dapat dimanfaatkan pada masa yang akan
datang.
2.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk :
2.1 Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan bagi menjalankan Program
Melukis Mural di Bilik Pemulihan Khas Tahap 2.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk dan mengasah bakat guru – guru pelatih dalam kepimpinan dan
pengendalian sesuatu program dengan berkesan.
3.2 Memupuk budaya kerja sistematik dan bekerjasama dalam satu pasukan dan
membina sikap positif dalam konsep berorganisasi.
3.3 Menyumbang bakti kepada sekolah yang telah memberi tempat untuk pelajar
praktikum menjalankan tugas.
3.4 Mengeratkan ukhuwah dan silaturrahim antara guru praktikum PISMP Ambilan
Januari 2011 dan guru-guru di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1).
4.0 NAMA PROGRAM
Program Melukis Mural Bilik Pemulihan Khas Tahap 2
5.0 TARIKH
15 April 2013
6.0 TEMPAT
Bilik Pemulihan Khas Tahap 2, SK Putrajaya Presint 18 (1)
7.0 ANJURAN
Guru Praktikum Pengkhususan Pemulihan Semester 5 Ambilan Januari 2011 IPG
Kampus Pendidikan Islam
8.0 AHLI JAWATANKUASA DAN PELAKSANA
Nur Atikah Binti Remali
Shezwani Binti Mohd Saed
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak sekolah
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang telah dirancang ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya demi mencapai cita-cita murni dalam memperkukuh sistem pembelajaran di
Malaysia. Diharapkan juga usaha murni ini mendapat sokongan padu daripada pihak
pentabir SK Putrajaya Presint 18 (1) dalam usaha meningkatkan kecemerlangan
pendidikan dan keceriaan di sekolah ini.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
(NUR ATIKAH BINTI REMALI)Guru Praktikum Semester 5,Ambilan Januari 2011, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Selangor.
RUANGAN PENGESAHAN
Disemak oleh,
(PUAN ASNANI BINTI ASUDIN)
Penasihat,
Program Melukis Mural di Bilik Pemulihan Khas,
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)
Diluluskan oleh,
(PUAN ROSLINA BINTI ABDUL RAHMAN)
Guru Penolong Kanan Akademik,
Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18 (1)