Download - Ciri Ciri Main
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
1/10
CIRI-CIRI MAIN
Ciri-ciri main selaras dengan ciri-ciripembelajaran berkesan yang merangkumiaspek-aspek berikut :
i. Penglibatan aktif.
ii. Motivasi instrinsik
iii. Bebas untuk memilih
iv. Menyeronokkan
v. Proses penyesuaian
vi. Penerokaan
vii. Simulasi.
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
2/10
i. Penglibatan aktif
kanak kanak membuat pergerakan badan dengan menggunakan
motor kasar dan motor halus. Mereka melibatkan diri secara aktif
berinteraksi dengan rakan dan persekitaran.
ii. Motivasi instrinsik (keinginan)
Keinginan untuk bermain yang datang secara semulajadi. Kanak-
kanak bermain untuk keseronokan dan kepuasan diri, bukandesebabkan oleh ganjaran luar.
iii. Bebas untuk memilih
Main tidak boleh dipaksa. Pemilihan jenis permainan harus datang
dari keputusan kanak-kanak sendiri. Dengan itu kanak-kanak dapat
meneroka cara bermain serta menjelajah alam sekeliling serta
menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya.
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
3/10
iv. Proses penyesuaian
Semasa bermain kanak-kanak melalui proses penyesuaian diri
dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan lain-
lain peranan yang dijangkakan. Main sosiodrama atau simbolikseperi main perang, doktor, kahwin dan lain-lain menyediakan
peluang kepada kanak-kanak membuat penyesuaian yang
menyeronokkan berdasarkan budaya hidup di dalam atau luar
masyarakatnya.
v. Simulasi
Main merupakan bentuk simulasi jika ia dilakukan menyerupai
situasi sebenar. Lakonan dan main peranan yang disediakandengan kostum dan props yang mirip kepada senario sebenar
dapat memberi kefahaman dan penghayatan pelakon (kanak-
kanak) merasakan watak yang dimainkan.
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
4/10
vi. Menyeronokkan
Keseronokkan melibatkan perasaan dan emosi.
Apabila emosi teransang dan teruja, kesan kepadaindividu yang bermain adalah mendalam.
Vii. PenerokaanKanak-kanak meneroka cara menggunakan fungsialat permainan dengan efisien. Aktiviti berlari,memanjat, melompat dan membuai di taman
permainan merupakan penerokaan persekitaranfizikal dari segi ruang, jarak, kelajuan dan arah.
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
5/10
JENIS-JENIS MAIN
Jenis-jenis main
Mainsosial
Mainkognitif
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
6/10
PERMAINAN SOSIAL
Permainan sosial kanak-kanak bermain
bersama dalam kumpulan.
Mildred Parten (1932) telah mengkategorikan
main sosial kepada enam peringkat
pembentukan sosial kanak-kanak melalui
main. Kategori main sosial mengikut Parten
adalah seperti berikut :
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
7/10
Kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapa tapi
berada di dalam kawasan tersebut.Main unoccupied
Kanak-kanak bermain seorang diri tanpa
menghiraukan keadaan sekeliling.Main solitary
Kanak-kanak memerhati rakan-rakan lain bermain.
Berminat terhadap permainan orang lain.Main onlooker
Kanak-kanak kongsi alat permainan dengan rakan lain
tapi bermain bermain secara bersendirian.Main parallel
Kanak-kanak bermain sendirian namun berinteraksidengan rakan sekelilingnya.Main associative
Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan
bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan.Main cooperative
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
8/10
PERMAINAN KOGNITIF
Piaget(1962) telah mengemukakan tigaperingkat dan kategori main :
a) Main latihan- melibatkan deria motor dan
penerokaan berasaskan aktiviti fizikal (umur 6bulan hingga 2 tahun).
b) Main simbolik-contoh: sosiodrama, main olok-olok yang melibatkan penggunaan perwakilan
mental.(umur 2 tahun hingga 6 tahun).
c) Main melibatkan peraturan.(umur 7 tahunhingga seterusnya).
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
9/10
Peringkat main kognitif yang dikaji oleh Piaget(1962).
1. Main berfungsi
Kanak-kanak bermain menggunakan motor untuk
meneroka rupa bentuk objek dan cuba memahami apayang boleh dibuat dengan objek berkenaan. Contohnyabermain lego dimana kanak-kanak dapat membuatbermacam-macam binaan dengan menggunakannya.
2. Main konstruktif
Permainan ini merupakan perkembangan daripadapermainan simbolik. Dalam permainan ini kanak-kanak
bermain dengan memanipulasikan bahan permainankemudian menggunakan bahan tersebut untukmencipta dan membina sesuatu objek. Permainan inimerupakan permainan yang melibatkan mencipta
sesuatu objek.
-
7/28/2019 Ciri Ciri Main
10/10
3. Main simbolik
Permainan yang melibatkan kanak-kanak menukarsesuatu objek kepada sesuatu yang lain. Permainan ini
berlaku apabila kanak-kanak cuba berlagak menjadisesuatu yang lain dari dirinya seperti berlagak menjadiseekor binatang ataupun kanak-kanak menganggapsesuatu objek sebagai objek yang lain seperti bermain
menggunakan blok sebagai kereta.
4. Main berperaturan
Dalam permainan ini kanak-kanak bermain berdasarkan
peraturan yang telah mereka gariskan ataupunberdasarkan peraturan yang diterima umum untukbermain permainan tersebut. Dalam permainan inikanak-kanak bermain melibatkan penerimaan
pandangan, mengubahsuai peraturan dalam permainan.